ZHARIF memandu
keretanya membelok ke simpang rumah yang dia pernah pergi malam itu. Tiba-tiba
dia ternampak Zarra sedang membawa beg besar keluar dari simpang rumahnya. Dia
berasa hairan. Entah kemana gadis itu mahu pergi? Takkan dia lari dari rumah
pada siang hari begini. Arghh zaman sekarang apa-apa pun boleh berlaku! Dia
memberhentikan keretanya.
Zarra kelihatan
terkejut apabila mendengar hon kereta di depannya. Dia tergamam seketika! Dia
tidak kenal siapa empunya kereta itu.
Tidak lama kemudian dia
melihat seorang lelaki keluar dari perut kereta itu. Lama juga dia memerhati
gelagat lelaki itu barulah dia teringat. Lelaki misteri malam itu. ‘Tapi apa
dia buat kat sini?’ bisik hati Zarra.
“Eh Zarra.. Zarra nak
kemana ni?” soal Zharif sebaik saja dia mendekati Zarra. Dari jauh tadi dia
melihat gadis itu membawa beg pakaian. Gayanya seperti orang yang mahu keluar
dari rumah.
“Saya pun tak tahu
kemana saya nak pergi!” ujar Zarra lemah.
“Kenapa dengan Zarra?
Zarra lari dari rumah ye?” soal Zharif lagi. Walau pun soalan itu agak lucu
tapi mungkin ada kebenarannya juga!
“Zarra bukan lari dari
rumah tapi di halau dari rumah!” jawab Zarra perlahan-lahan. Zharif terkejut!
Biar betul! Siapa pulak yang menghalau Zarra dari rumahnya?
“Di halau? Siapa yang
halau Zarra? Ayah Zarra?” teka Zharif. Dari reaksi yang dia lihat malam itu,
adalah tidak mustahil kalau Encik Harun menghalau anak gadisnya itu. Tapi itu bukan
salah dan silap Zarra. Kesian dia dengan Zarra. Zarra menggeleng kepalanya.
“Habis siapa?”
“Makcik Saleha dan
Mona. Mereka halau Zarra ketika ayah tiada di rumah..” ujar Zarra berterus
terang. Entah kenapa laju saja mulutnya memberitahu hal yang sepatutnya tidak
dia beritahu kepada lelaki yang baru dia kenali.
“Kenapa mereka halau
Zarra?”
“Sebab mereka tak nak
tanggung malu. Saya tak tahu nak cakap apa. Lagi pun fikiran saya buntu. Saya
dah putus tunang. Dan tak ada apa lagi yang saya risaukan lagi!” ujar Zarra
kepada Zharif. Zharif hanya mengangguk. Sempit betul fikiran keluarga bekas
tunang Zarra. Tapi dia juga tidak dapat salahkan sesiapa. Manusia memang
begitu, nak yang baik tapi tak sedar dirinya tak sebaik mana.
“Sabar sajalah. Lagi
pun ini mungkin dugaan buat Zarra..” pujuk Zharif lagi. Entah mengapa ketika
dia melihat wajah sugul Zarra, ada perasaan halus yang sukar dia sendiri faham
menusuk hatinya. Apa yang pasti itu bukan perasaan simpati.. Lalu dia mendapat
satu idea.
“Baik awak ikut saya
sekarang!!” arah Zharif.
“Nak pergi mana?” soal
Zarra terkejut.
“Ikut sajalah..” ujar
Zharif sambil mengangkat beg pakaian Zarra! Zarra hanya mengikut saja. Entah
kemana lelaki ini mahu membawanya. Lagipun buat masa sekarang, memang dia tiada
arah tuju juga.
Kereta Zharif berhenti
didepan rumah dua tingkat itu. Zarra hanya melihat sekeliling. Dia tidak berani
keluar pun dari kereta itu. Entah rumah siapa pula lelaki itu bawa dia.
“Ini rumah siapa?”
“Rumah saya..” selamba
sahaja Zharif menjawab.
“Encik..”
“Zharif”
“Encik Zharif tinggal
seorang diri kat rumah ini?” soal Zarra lagi.
“Taklah.. Ada orang
lain juga.. Zarra tak payah takut. Buat sementara ini, Zarra boleh tinggal di
sini dulu..” ujar Zharif perlahan.
“Tapi takkan Zarra nak
menumpang lama di rumah Encik Zharif ni..” soal Zarra lagi.
“Awak boleh tinggal di
rumah ini selama mana pun. Nanti saya suruh Mak Enon sediakan bilik untuk
Zarra..”
“Terima kasihlah Encik
Zharif..”
Zharif mengangkat beg
Zarra lalu mempersilakan Zarra masuk ke rumah. Dia bercakap sesuatu pada Mak
Enon. Kelihatan orang tua itu mengangguk-ngangguk. Entah apa yang mereka
bincang tidak Zarra ambil peduli. Apa yang penting dia harus kuat dan berani
untuk memulakan hidup baru.
DIA di berikan tempat
tinggal yang selesa. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat berteduh. Kalau
tidak dia mahu kemana? Menumpang siapa? Ada kawannya pun si Hanis tidak ada di
sini sekarang ini.
Zarra masih menangis.
Ketika Zharif membuka pintu bilik itu dia melihat, Zarra masih duduk di bawah
katil sambil memeluk lututnya.
“Zarra menangislah
selagi Zarra merasakan begitu. Saya tak tahu apa yang Zarra rasakan. Cuma saya
minta Zarra jangan menangis lagi selepas hari ini.. Saya nak keluar dulu..”
ujar Zharif. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk gadis yang baru di
kenalinya itu. Namun hanya itu saja yang mampu dia lakukan. Mendengar kata
Zharif, Zarra terus mengesat sisa air matanya. Dia bangun menuju kearah Zharif
yang berdiri di depan pintu biliknya.
“Nak keluar? Pergi
mana?” spontan sahaja Zarra bertanya.
“Saya nak keluar jemput
budak-budak balik.” ujar Zharif sambil memandang kearah Zarra.
“Budak-budak?” soal
Zarra. Dia terkejut. Ingatkan lelaki di depannya itu masih bujang. Rupa-rupanya
sudah berkahwin. Patutlah tadi dia perasan ada gambar budak budak di ruang tamu
didepan tadi. Mungkin budak berdua itu yang di maksudkan oleh Zharif.
“Arghh!! Lupa saya nak
beritahu, habis waktu sekolah saya akan jemput budak-budak balik kerumah.” terang
Zharif lagi.
“Budak-budak? Anak
siapa budak-budak itu? Sebelum ini, Encik Zharif dah kahwin ke? Mana isteri Encik
Zharif?” soal Zarra dengan berani. Pada mulanya dia hairan apabila Zharif
mengatakan dua orang budak akan pulang ke rumah petang itu. Benar seperti yang
di katakan oleh Zharif itu. Tapi mereka anak siapa? Dia ingat Zharif belum
kahwin! Tapi budak-budak tu anak dia ke?
“Belum. Tapi bakal berkahwin”
jawab Zharif pendek. Zarra mengerutkan dahinya. Bakal berkahwin? Dia nak kahwin
dengan siapa? Pelbagai persoalan timbul di fikiran Zarra!
“Bakal berkahwin? Nak
kahwin dengan siapa? Mana bakal isteri Encik Zharif?” soal Zarra kebingungan!
Kalau boleh dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Encik Zharif
dengan bakal isterinya.
“Kahwin dengan
Zarralah. Kan Zarra bakal isteri saya..” jawab Zharif selamba. Zarra geram. Dia
bertanya dengan serius, Zharif main-main pulak!!
“Zarra serius tanya Encik
Zharif ni? Bila masa saya setuju nak jadi isteri Encik Zharif?” kedengaran tawa
halus dari bibir Zharif. Suka benar dia mengusik Zarra. Rupa-rupanya Zarra seorang
gadis yang prihatin juga.
“Betullah saya serius
ni… Apa kata kita kahwin?” spontan saja dia bertanya.
“Kahwin???” ujar Zarra.
Dia sudah gelisah. ‘Macam mana ni? Takkan nak kahwin dengan lelaki yang baru
beberapa hari dia kenali? Hish dah gila agaknya! Tapi kenapa lelaki ini macam desperate nak kahwin dengan dia?’ getus
hati Zarra. Lelaki itu kenal dia ke sebelum ni?
“Yelah takkan kita
tinggal serumah tanpa ikatan? Awak tu bukan muhrim saya tau tak! Kalau ada Mak
Enon tak apalah. Di buatnya Mak Enon pergi mana-mana nanti macam mana?” Zarra
masih mendiamkan diri. ‘Betul juga cakap lelaki ini. Tapi takkan dia nak kahwin
dengan lelaki yang dia tak kenal sangat ni? Apa pun dia kena ambil masa untuk
berfikir.’
“Awak nak ke tidak?”
soal Zharif lagi. Dia bukannya sangat mahu menggertak gadis itu. Namun dia buat
begitu untuk kebaikan. Mana boleh dia tinggal serumah dengan gadis yang bukan
muhrimnya.
“Kalau tak nak kahwin
dengan saya tak kisah. Bagaimana kalau Zarra tiba-tiba mengandung nanti? Bukan
senang tau nak jumpa pak sanggup macam saya ni..” ugut Zharif lagi. Muka Zarra
berubah merah. MENGANDUNG?? Kenapalah dia tidak terfikir akan hal itu. Lama
juga Zarra terdiam. Zharif mula tersengih-sengih. Mesti Zarra akan bersetuju
dengan cadangannya tadi.
“Boleh Encik Zharif
bagi saya masa?” Zharif mengangguk! Gila!! Macam mana dia boleh melamar Zarra
dalam keadaan begini. Bukankah itu di namakan mengambil kesempatan di atas
kesulitan orang lain? Dia mengutuk perangai Makcik Saleha dan Mona tapi dia
sendiri pun apa kurangnya..
“Budak-budak itu anak
siapa?” Zarra kembbali menyoal.
“Perlu ke saya beritahu?”
soal Zharif. Dia tahu lambat laun pasti Zarra akan bertanyakan siapa budak
berdua tu.
“Perlu.. Biar Zarra
tahu siapa mereka sebenarnya.. Tak adalah timbul salah faham nanti.”
“Mereka anak buah saya
sendiri. Anak arwah abang Zulhairi dan Kak Arfa. Abang Zul tu abang long kami..”
“Jadi kenapa mereka ada
di sini? Maksud Zarra..” soalan Zarra terputus! Sepatutnya budak-budak itu di
bawah penjagaan orang lain.
“Perkahwinan abang
Zulhairi tidak di ketahui oleh parent
saya. Sebab parent saya tidak merestui
perhubungan mereka. Akhirnya mereka bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah
saya... Namun perkahwinan mereka tidak lama apabila kedua mereka kemalangan.
Dan arwah abang Zulhairi mengamanahkan kedua anaknya ini kepada saya!”
“Lepas itu apa yang
terjadi?” soal Zarra seolah-olah berminat. Hilang sekejap masalah dalam kepala
otaknya.
“Saya terpaksa
menyuruh Mak Enon menjaga mereka buat sementara waktu. Sebab saya nak
menghabiskan pengajian waktu itu. Bila saya habis pengajian, barulah saya dapat
duduk dengan mereka. Pejabat saya itu sebenarnya hasil titik peluh arwah abang
Zulhairi dan isterinya. saya kerja di situ dan menerajui syarikat yang di
tinggalkan oleh abang Zulhairi...”
“Jadi ibu dan ayah Encik
Zharif tak tahu siapa mereka tu?” Zarra bertanya lagi.
“Itulah yang
menyebabkan saya keluar dari rumah keluarga saya. Sebab mereka marah saya
mengambil mereka sebagai anak angkat saya! Pada hal mereka tidak pernah tahu,
dalam diam mereka sudah mempunyai cucu!” jelas Zharif lagi. Zarra mengangguk.
“Kesiannya mereka.
Mereka tidak bersalah..” ujar Zarra dengan perlahan.
ZARRA duduk termenung.
Dia tidak tahu apa yang dia harus buat. Semua kerja dalam rumah sudah di
siapkan oleh orang gaji Zharif. Mungkin sebelum kedatangan dia, Zharif
memerlukan orang gaji untuk mengemas, mencuci dan sebagainya.
Namun dia nekad untuk
melupakan perkara yang terjadi dalam hidupnya. Dia harus kuat semangat dan
memulakan hidup baru di rumah ini. Dia melangkahkan kaki ke dapur. Ringan saja
mulutnya bertanya kepada Mak Enon.
“Ada apa-apa yang saya
perlu tolong ke Cik Zarra?” soal Mak Enon sebaik saja melihat Zarra tetamu Tuan
Zharif nya itu menjejak kaki ke dapur.
“Mak Enon, tak payahlah
nak bercik-cik dengan saya... Malu saya tau!” ujar Zarra. Dia rasa tidak selesa
bila Mak Enon memanggilnya begitu.
“Tapi Cik Zarrakan
bakal isteri Tuan Zharif..” balas Mak Enon lagi. Dia takut di marahi Encik
Zharif kalau dia memanggil nama Zarra sahaja!
‘Hish.. Bila masa aku
cakap nak kahwin dengan dia. Pandai-pandai dia cakap dengan Mak Enon yang aku
ni bakal isteri dia!’ gerutu hati Zarra. Dia memandang wajah Mak Enon.
“Mak Enon.. Panggil je
saya Zarra. Tolonglah..”
“Baiklah..” akhirnya
Mak Enon mengalah. Zarra tersenyum. Hormat betul Mak Enon pada Zharif. Mungkin
di sebabkan Zharif seorang majikan yang baik barang kali.
BEST 3X NAK LAGI.
ReplyDeleteSetuju sajalah zarra... hheeee
ReplyDelete