Hari pertama
masuk kerja memang agak janggar. Namun ini sajalah caranya untuk memenuhi masa
dan mengumpul wang untuk di kirimkan kepada Nenek Nab bila dia terima gaji
nanti.
“Awak
sungguh bertuah kerana di pilih untuk bekerja disini. Macam mana awak boleh
dapat keja ni yer?” soal Kak Rosnah. Bukannya senang nak mendapat kerja seperti
keadaan sekarang. Ramai lagi penganggur di luar sana yang memerlukan kerja. Dan
semestinya orang macam Mira juga tak terkecuali. Memang dia kagum bila mendapat
tahu yang inilah kali pertama Mira memohon kerja selepas habis pengajiannya.
“Oh mungkin
saya memang bertuah sebab terpilih. Sebenarnya hari tu saya ada hantar resume,
tak tahu pula dia call suruh interview dan dapatlah pula keja ni” jawab Mira.
Dia terpaksa menipu.
“Oh ya baru
aku teringat, hari tu masa interview Encik Iqbal suruh aku call nama Mira
Syafika. Bukan ke itu nama penuh awakkan?” soal Liza. Mengingatkan kembali pada
hari temuduga tersebut. Berulang kali bosnya mengingatkan dia agar mnenelefon
calon tersebut.
Mira
mengangguk. Liza pula tersenyum. Cantik gadis ni. Baik pula tu. Mungkin sebab
itu bosnya terus terpikat bila melihat dari resume saja. Ada pakej.
Sebenarnya
dia memang ada hantar resume ke pejabat ini. Selepas itu dia menerima panggilan
untuk di temuduga di bilik hotel kononnya dia di pilih untuk di temuduga dalam
bilik itu. Tetapi dia tidak menyangka lain pula jadinya sampai dia terikat
dengan lelaki itu untuk sekali lagi. Kalau dia tahu ini syarikat keluarga Iqbal
Iskandar sumpah dia tidak akan memperjudikan nasibnya. Biar dia mencari rezeki
di tempat lain.
Baru dia
teringat mungkin Iqbal Iskandar menjejakinya melalui resume yang di hantarnya
beberapa minggu yang lalu. Sampai dia terperangkap di bilik hotel itu. Sungguh
memalukan peristiwa yang berlaku pada masa itu. Seandainya ada pekerja di
pejabat itu tahu peristiwa hitam itu alangkah malunya dia. Dia cuba tersenyum
manis.
Tiba-tiba
kelibat seorang perempuan melintas di hadapannya. Seksi, dengan tubuh yang
tinggi ala-ala model dan skirt yang di pakai hanya paras atas lutut. Kasut
tumit tinggi lima incilah tu. ‘Nak menayang peha dan betis yang putih gebu dialah
tu kononnya. Pirah!! Aku punya peha lagi gebulah. Tapi model sesat mana pulak
ni? Ada buka modeling agensi ke kat syarikat ni? Kalau ada bolehlah aku mencuba
nasib’ ujar Mira dalam hati. Tapi conform kena rejaect sebab dia isteri kepada
bosnya itu!
Rozie
berjalan dengan lenggang lenggoknya di hadapan para pekerja berjalan menuju ke arah
bilik Encik Iqbal Iskandar. Semua pekerja hanya memandang sinis saja
terhadapnya. Mereka tahu Rozie sedang kemaruk cinta dengan bos mereka tetapi
bos mereka jarang melayannya. Jika layan pun atas urusan kerja.
“Hi ada
staff baru masuk keja ke hari ni?” Soalnya bila dia terpandang kearah meja Mira
Syafika. Dia terasa tidak senang hati setiap kali melihat ada pekerja wanita
yang baru masuk bekerja. Terutama sekali jika dia melihat wanita itu lebih
cantik dari dirinya. Dia segera merasa cemburu! Dia takut kalau Iqbal tiba-tiba
jatuh cinta dengan gadis itu. Sedangkan dia bertahun-tahun menaruh hati pada
Iqbal. Iqbal langsung tiada respon padanya. Beku sangatkah hati lelaki itu.
Entah perempuan manalah yang dapat cairkan hati lelaki itu?
Iqbal
Iskandar mendengar bunyi bising dari luar. Cepat-cepat dia bangun melihat apa
yang terjadi di luar biliknya. Dia pasti Rozie buat hal lagi, terutamanya bila
ada staff baru yang masuk kerja.
“Hai Rozie.
Wanna see me?” Iqbal mengangkat kening. Sedikit terkejut melihat Rozie yang
sudah menapak ke bilik pejabatnya.
“Datang sini
mestilah nak jumpa you.. Hmm.. Berseri-seri je muka you tu. Ada apa-apa yang I
tak tahu pasal you ker?” Iqbal terus mempelawa Rozie masuk ke pejabatnya. Kalau
boleh dia tidak mahu Rozie lama-lama diluar itu. Kerana kehadiran seorang
pekerja baru itu, Rozie boleh mengamuk dengan dirinya dan juga pekerjanya.
Pecah ketawa
Iqbal. Tak sangka dalam keadaan begini masih ada orang yang perasan tentang
wajah cerianya itu. Mestilah dia ceria kerana dia merupakan pengantin baru!! Kalaulah
berita itu tersebar mcam manalah agaknya respon si Rozie.
“You pergi
mana sampai dua minggu I call you tak dapat? Selalunya you tak pernah pun ambil
cuti panjang macam ni..” ujarnya manja. Matanya meratah setiap inci wajah
Iqbal.
“Ala saja je
nak ambil angin lama sikit. Penat sangat asyik nak keja saja.. Apa salahya kan
sekali-sekala pergi bercuti. Lagi pun ada papa I tolong handlekan semua kerja
kat pejabat ni..”
Rozie
mengeluh panjang. Patutlah dua minggu ni dia tak dapat menjejaki Iqbal
Iskandar. Wajah yang dirinduinya itu di tatap dalam.
Ketukan di
pintu membuatkan pandangan Iqbal terus beralih kearah berkenaan. Liza masuk
sambil menatang dulang berisi dua cawan minuman. Di letakkan tertib di atas
meja sofa sambil menganggukkan kepala kepada Rozie. Tiada balasan. Iqbal
memandang Liza. Tersenyum.
“Thanks Liza.”
Setiausaha
itu mengangguk kepala seraya melangkah kearah pintu. Di tarik dan tutup
perlahan-lahan. Iqbal melangkah ke arah Rozie. Di labuhkan duduk di hadapan
Rozie.
“Minum
Rozie...”
“Thanks.. Iqbal you ada staff baru ke? Tadi masa I lalu
tadi nampak ada orang baru. Cantik pulak tu...“ terus saja dia bertanya. Dia
hairan sebelum ini tidak ada pun Iqbal memberitahu ada jawatan kosong dalam
pejabatnya.
“Yupp.. Lupa
pula I nak kenalkan.. Nantilah..” jawab Iqbal acuh tak acuh. Dia tahu Rozie
maksudkan Mira Syafika. Selepas minum, mereka berdua keluar dari bilik Iqbal.
Rozie terus memeluk lengan Iqbal dengan gaya yang melentuk-lentuk.
“Oh ya saya
lupa nak kenalkan. Semua staff beri perhatian. Hari ini ada pekerja baru masuk.
Saya memperkenalkan Mira Syafika. Dan harap kamu semua dapat beri kerjasama
dengan dia” Iqbal memandang kearah Mira.
“Single lagi
ke..? Kalau single bolehlah nak menguratkan gitu En. Iqbal?” Ujar Borhan.
Iqbal Iskandar menjeling tajam kearah Borhan.
Pantang sekali tengok staff perempuan baru masuk mesti nak di urat. Kalau orang
lain boleh tapi jangan kau cuba nak mengurat bini aku desisnya dalam hati.
“Memang saya
masih single” Mira menjawab spontan. Dia tiada niat membohongi sesiapa. Kerana
dalam resumenya itu, status dia memang masih single. Tapi sekarang dia sudah
menjadi isteri orang. Pedulikan perasaan Iqbal Iskandar marahnya dalam hati.
Sakit hati
Iqbal Iskandar mendengar pengakuan dari mulut Mira. Dia terasa tercabar. Sampai
hati dia cakap dirinya masih single!! Balik nanti tahulah aku nasihatkan kau!!
********************************
Habis waktu
bekerja Mira cepat-cepat mengemas meja dan berangkat pulang, dia tidak mahu
terserempak dengan Iqbal Iskandar. Lagi pun pagi tadi Iqbal Iskandar sudah
berinya kunci rumah jadi tidak susahlah dia untuk balik ke rumah lebih awal.
Kalau menunggu dia mesti banyak gossip pual tentang dia dengan bosnya itu.
Dia menunggu
di stesen bas, berkira untuk naik teksi balik ke rumah. Tadi Kak Rosnah ada
mempelawa nak tumpangkan dia, tetapi dia menolak. Dia harus belajar berdikari
sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Lepas apa yang jadi tadi, tak
ingin nak balik dengan suaminya.
“Ish.. Mana
teksi ni? Lambatlah aku sampai kat rumah ni?” Mira mengomel sendirian. Jam di tangan
di kerling. ‘Sudah pukul 5.30 petang. Peraturan mesti sampai kat rumah sebelum
jam 6 petang. Macam mana ni? Nak masak lagi.. Arghh!!!’
Tiba-tiba
BMW putih berhenti betul-betul di hadapannya. Terkebelakang dia sedikit
mengelak kereta yang berhenti terlalu hampir dihadapannya.
“Gila!!!”
ujar Mira menyumpah si pemandu yang tidak prihatin itu. Dia tidak sedar dia
telah memarahi suaminya sendiri. ‘Nasib baik tak langgar aku!! Suka sangat nak
berlagak!’ Bentak hati Mira.
“Naik!!”
arah Iqbal mendatar namun kedengaran tegas pada telinga Mira. Terkejut bukan
kepalang lagi Mira di buatnya. Dia ingatkan orang lain tadi. Kerana rasa
marahnya Mira buat tak peduli sahaja.
Peduli apa
aku?? Terus Mira memeluk tubuhnya sambil membuat muka berlagaknya. Di
pandangnya sebelah kanan. Manalah tahu kot-kot ada teksi ketika ini. Langsung
tidak mempedulikan kata-kata Iqbal Iskandar.
“Sayang
jangan degil boleh tak??” penat je aku tunggu dia kat lobi tadi, rupanya dia
tunggu kat stesen bas. Terus Iqbal Iskandar keluar dari kereta dan menyentap tangan
Mira memaksanya masuk ke dalam kereta. Hatinya makin sakit bila Mira buat tak
endah dengan kata-katanya tadi. Nak kena ajar sikit.
“Ouchh!!!
Sakitlah tau tak!” Mira mengaduh kesakitan. Pergelangan tangannya dah naik
merah direntap suaminya tadi. Digosok-gosok pergelangannya yang terasa sedikit
perit. Sempat dia menjeling tajam kearah suaminya itu. Tanda tidak puas hati.
Suka hati dia saja nak tarik tangannya tadi.
“Tau pun
sakit… Lain kali jangan degil sangat, dengar je cakap abang” balas Iqbal
Iskandar dengan nada memerli. Dia bukannya mahu menyakiti gadis itu namun
bila teringat kembali peristiwa pagi membuatkan dia geram dengan tingkah laku
isterinya.
Sesekali
dikerling tangan isterinya yang ternyata merah. Kuat sangat ke aku tarik tadi? Baru
tarik sikit dah sakit.
“Oh dalam
pejabat tadi bukan main lagi sayang ye, siap cakap diri tu single lagi. Apa dah
tak sedar diri ke, yang awak tu dah jadi isteri orang!!” Iqbal menghamburkan
rasa tidak senang hatinya. Bukan dia tidak tahu macam mana pekerja bawahannya! Asal
ada gadis cantik semuanya cuba cucuk jarum. Dia memang tak nak mereka kacau
Mira!
“Aik. Awak
marah ke Mira cakap macam tu? Memang dalam resume hari tu masih status singlekan?
Macam mana kalau saya cakap saya dah kahwin mesti diorang terkejut. Takkan
dalam masa dua minggu Mira dah jadi isteri orang? So Mira cakap sajalah” jawab
Mira. Tidak pernah dia mahu menjaga perasaan suaminya yang mungkin terasa
dengan kata-katanya itu.
“Tak ada
yang mustahil. Lagipun kitakan kahwin ekpress!! Mana dia orang tahu hal-hal
yang ekpress macam ni?” jawab Iqbal lagi.
“Huh.. awak
cakap semua senangkan? Bukannya ada hati dan perasan memikirkan orang lain.
Semuanya nak ikut kepentingan diri sendiri. Selfish!!”
Iqbal
tersenyum saja bila mendengar Mira memarahinya. Entah kneepad bebelan Mira
terasa syadu pula di telinganya. Sengaja dia embakar perasaan Mira agar dia
dapat bercakap dengannya. Jika tidak memang jangan harap dia dapat mendengar
suara Mira.
Terus mata
Mira dihalakan ke luar tingkap, malas nak bertengkar lagi. Menyakitkan hati je.
Bagus dia melayan perasaannya sendiri.
***********************
Sampai saja
di rumah, terus Mira naik ke bilik. Malas nak tengok suaminya lama-lama, Buat
sakit jiwa. Baik aku mandi tenteramkan diri. Selepas mandi dia membaringkan
badannya di atas katil. Akhirnya dia terlelap. Bila waktu magrib terus dia
bangun. Menunaikan kewajipannya.
“Alamak
perut rasa laparlah pulak..”
Dia terus
keluar dari bilik menuju ke dapur. Peti ais di buka melihat kalau ada makanan
yang boleh di masak. Kemudian dia mengeluarkan isi perut peti ais itu. Dia mula
memasak. Setelah siap semuanya dia berkira-kira macam mana nak memanggil Iqbal
Iskandar turun makan. Walau pun dia tidak bersedia dengan tanggung jawab yang
lain namun kewajipannya menjaga makan minum Iqbal Iskandar tetap di jalankan. Masih
terngiang-ngiang amanat dari Nenek Nab. Kemudian dia tersenyum sendiri.
Memanglah kalau di ikutkan rasa hati memang mati. Ikutkan rasa binasa.
Akhirnya dia
berjalan menuju ke pintu bilik Iqbal Iskandar. Walau pun rasa marah masih
terasa, tetapi kewajipan dia sebagai seorang isteri tidak patut di abaikan.
Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik itu.
Namun tiada jawapan. Mira ketuk lagi. Tiada jawabnya juga. Manalah tahu
kalau-kalau Iqbal tidur sampai tak sedar dia mengetuk pintunya. Lalu dia
memulas tombol pintu itu.
Terkejut dia
bila melihat Iqbal Iskandar masih memakai tuala separas pinggang baru keluar
dari bilik mandi. Iqbal pun sama terkejut!!
“Masuklah
jangan malu. Ada apa cari abang?” sengaja dia mahu melihat wajah Mira yang
sedikit terkejut melihat keadaan dirinya.
“Aaa..
ma..makan malam dah siap. Maaflah Mira dah ceroboh bilik awak” teringat kembali
pesanan Iqbal yang tidak mah dia menceroboh biliknya. Dalam hati menyesal
kerana membuka pintu bilik itu tadi kalau dia tahu keadaan macam ini yang di
tonton bagus dia tak payah masuk. Dia terus turun menuju ke dapur sambil
menunggu Iqbal Iskandar turun dari bilik.
Iqbal
Iskandar hanya tersenyum. Dia tahu Mira malu melihat keadaannya yang cuma bertuala
separas pinggang. Nampak sangat wajah itu naik merah menahan malunya. Tapi dia
tidak kisah. Dia lagi suka membuatkan Mira merasa malu terhadap dirinya.
Sekurang-kurangnya dia tahu apa rasa hati Mira.
Tanpa
berlengah lagi dia terus turun menuju ke ruang makan. Perutnya yang lapar tadi
di isi. Dia menikmati makanan malam itu. Semua makanan yang di masak Mira
begitu sedap sekali. Dia tidak menyangka Mira seorang yang pandai memasak.
Rasanya dia tidak silap memilih pasangan hidupnya.
“Sedapnya
sayang masak. Bertuah abang punya isteri yang pandai masak.” Pujinya. Dia puji
ikhlas.
“Makan
sajelah. Tak payah nak puji-puji. Bukan dapat award ke hadiah ke dari Mira”
jawab Mira. Dia memang tidak suka di puji. Kecualilah jika orang itu
benar-benar ikhlas.
“Sayang..
Abang puji ikhlas tau.. Tak baik buruk sangka dengan abang!” Iqbal masih juga
mahu membela diri.
“Suka
hatilah..” ujar Mira dingin.
Akhirnya
kedua-dua mereka terdiam sampai habis makan.
Selepas makan Mira mengemas meja dan mencuci
pinggan mangkuk yang telah di gunakan tadi. Dia sedar ada sepasanag mata yang
sedang memerhatinya namun dia buat tidak endah saja. Jika di layan semua kerja
pun tidak akan menjadi.
Setelah
selesai semuanya dia terus melangkah menuju ke ruang tamu. Di tekan remote tv.
Dia teringat cerita yang paling di gemarinya. Baru nak bermula. Nasib baiklah
dia sempat tadi. Bisiknya dalam hati...
Iqbal
Iskandar sengaja melabuhkan punggungnya dekat dengan Mira. Dia sudah tidak
tahan bila menghidu haruman wangi dari badan Mira. Sengaja dia mendekatkan
dirinya dengan badan Mira. Di cium wangian itu. Masih tidak berubah. Seperti
wangian yang di pakainya semasa mereka berdua bersama di hotel dulu.
“Hish.. Apa
ni kacau orang nak menonton?” ujar Mira tidak senang. Dahlah dari tadi Iqbal
Iskandar melihatnya bagaikan singa lapar, sekarang dia menggeselkan badannya
dengan badannya pula..
“Abang nak
manja-manja dengan isteri abanglah. Takkan itu pun tak boleh kot..?”
“Mira tak
sukalah.. Tak senonoh..” namun matanya masih melotot melihat cerita kegemarannya.
Semakin lama semakin ada pula tangan yang menjalar di bahunya. Lalu Mira
melihat dengan matanya. Iqbal Iskandar sudah tersenyum. Mira jadi marah. Tak
boleh tengok orang senang agaknya!!
Mira mahu
bangkit dari tempat duduknya. Malas dia nak menonton cerita kegemarannya. Dia
tidak betah duduk bersama dengan orang yang gatal tangannya. Namun belum sempat
dia melangkah lagi, dia terjatuh di atas paha Iqbal. Tiba-tiba bibirnya
mendarat tepat pada bibir Iqbal. Mukanya menjadi merah seperti udang kena bakar
saja.
“Manisnya
bibir sayang.. Pakai liploss juga ke malam-malam? Sayang nak pergi mana? Kan
sayang nak tengok cerita ni..” bertalu-talu pertanyaan yang keluar dari bibir
Iqbal. Dia tersenyum melihat wajah Mira yang kemerahan menahan malu.
“Malaslah
nak duduk dengan orang yang gatal tangannya. Mira tak selesa. Bagus Mira naik
tidur. Lagipun esok Mira nak keja..” dia berusaha merungkaikan pelukan Iqbal.
Namun Iqbal
Iskandar tetap memeluk tubuh itu. Tidak membenarkan Mira pergi dari situ.
Walaupun beberapa kali Mira meronta-ronta namun usahanya hanya sia-sia saja.
Tangan Iqbal Iskandar memeluknya kuat sambil matanya meratah kesemua wajah yang
dekat dengannya. Kudrat Iqbal Iskandar lebih kuat darinya. Bukan selalu dia
mendapat peluang untuk memandang wajah itu dari dekat.
.............................................
Pagi-pagi
lagi Amirul melihat Rozie sudah bertenggek di depan meja Liza. Namun dia masuk
juga ke bilik Iqbal. Dia harus menyampaikan pesanan dari Dato Ismail.
“Assalammuailikum”
sapa Amirul.
“Waalaikumussalam.”
Jawab Iqbal sambil mengangkat mukanya. Dari dalam dia ternampak Rozie sedang
bersembang dengan Liza, PAnya.
“Sebelum tu
aku nak tanya, apa Rozie buat kat sini? Awal-awal pagi macam ni?” Pelik.
Rasanya, dia tiada temujanji dengan Rozie hari ini. Matanya jatuh pada wajah
Rozie yang berdiri di depan Kak Ros.
“Nak jumpa kaulah.
Nak apa lagi?” Amirul sengih sinis sekali.
“Oh, aku tak
de appointment pun dengan dia hari ini.” kerut dahi Iqbal.
“Bagus kau
bersihkan otak perempuan tu dengan status kau, aku tengok dia dah kemaruk cinta
kat kau.” Gelak. Dia bukan bodoh nak baca hati perempuan macam Rozie tu. Iqbal
saja yang dungu mentafsir. Atau dia sengaja buat-buat tak tahu. Hai dunia...
“Kau ni
mungkin dia ada urgent kes kot” dalih Iqbal meski pun dia rasa ada betulnya
cakap Amirul. Memang kedatangan Rozie amat merimaskan dia. Namun untuk menjaga
nama baik syarikat dia terpaksa mengikut rentak Rozie itu.
“Ikut suka
kaulah Iqbal. Aku pergi dulu. Menyampah aku tengok muka dia yang dengan makeup
tebal tu” cepat-cepat dia bangun bila langkah Rozie semakin dekat menuju ke
bilik Iqbal.
“Kau pun ada
sekali Am. I ganggu you all berdua ker?” tegur Rozie sebaik saja kakinya
melangkah ke dalam pejabat Iqbal.
“Taklah dah
selesai pun perbincangan kami. Awak bolehlah teruskan hasrat awak tu” jawab
Amirul dan terus melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. Dia rimas bila
berdepan dengan minah gedik yang makeup ala-ala cat Nippon paint itu. Berwarna-warni.
Macam manalah Iqbal boleh tahan melayan karenah perempuan gedik macam tu. Kalau
dia bagi free pun haramlah!!
“Hi sayang..
busy ker hari ni?” soal Rozie dengan suara gediknya.
“Busy.
Maklumlah baru balik dari bercuti. Nanti I ada meeting. Ada apa hal datang
sini?” soal Iqbal endah tak endah saja.
“La.. buat
tak tau pulak.. I call you tak dapat-dapat.. Siap buat appointment lagi dengan
you ni. Lunch time kita keluar sama nak tak? Rasanya dah lama kita tak keluar
sama” Rozie sudah mula menggedik. Lelaki di hadapannya itu di tatapnya.
“Mmm, I dah
janji keluar makan dengan papa Ilah.. Sorry tak dapat temankan you makan..”
“Hurmm.. Kalau
begitu lain kalilah ya.. Tapi no excuse lagi tau!” balas Rozie dengan rasa
kecewa.
Iqbal
mengangguk saja tanpa melihat ke arah Rozie. Dia bukan sengaja member alasan
sebegitu tetapi memang papanya sudah awal-awal call agar mereka berdua makan
tengah hari bersama.
“I ada meeting ni dengan papa I kalau tak
keberatan you pergi dululah ya..”ujar Iqbal.
“Okey.. sure
next time you boleh keluar makan dengan I kan?” Iqbal Iskandar hanya mengangguk.
Malas dia nak lebih-lebih.
..............................................
Selesai
mesyuarat ahli Lembaga, Dato Ismail mendekati Iqbal Iskandar. Sudah beberapa
hari ini dia asyik terfikirkan peristiwa yang berlaku sampai menyebabkan anaknya
Iqbal Iskandar boleh menikahi gadis yang langsung dia tidak kenali. Namun
begitu dia tidak bersikap prejudis seperti isterinya. Pada pandangan mata
tuanya gadis itu terlalu polos dan mungkin ada sesuatu hal yang dia tidak
ketahuinya. Dengan itu dia bercadang untuk bertanya hal itu kepada anaknya.
Mungkin juga anaknya tidak sempat untuk memberitahu hal sebenarnya yang
berlaku.
“Lunch
dengan papa. Ada hal yang papa nak bincang.”
“Oklah.
Sekejap ya..”
Tengah hari
itu Iqbal Iskandar makan tengah hari dengan papanya. Sebelum keluar tadi dia
mencari-cari kelibat Mira namun dia di beritahu oleh setiausahanya Mira sudah
keluar makan dengan Kak Rosnah. Lalu dia biarkan saja.
Sementara
mereka menungu makanan mereka sampai, Dato Ismail mengambil peluang ini untuk
bertanya. Semenjak dari hari pernikahan anaknya, dia terasa ada sesuatu yang di
sembunyikan oleh anaknya.
“Papa nak
Iqbal berterus terang tentang kejadian hari tu.. Kenapa boleh sampai kena
tangkap khalwat pula? Yang papa hairan Iqbal langsung tak marah dengan kejadian
yang berlaku? Siap mahu bertanggung jawab pula tu.. kenapa? Cuba cakap dengan
papa? Nasib baik tak ada orang yang tahu sangat. Kalau tak ia boleh menjejaskan
reputasi syarikat kita tau..” serius saja bunyi dari Dato Ismail.
“Sebenarnya
papa.. Ini semua rancangan Iqbal. Iqbal tak nak kahwin dengan Rozie tu. Bukan
papa tak tahu, mama asyik paksa Iqbal terima si Rozie tu..” jawab Iqbal
perlahan-lahan. Dato Ismail menarik nafas lega. Memang pada mulanya dia tidak
faham akan tindakan Iqbal.
“Mira tahu
tak ini rancangan Iqbal?” Iqbal menggeleng kepalanya.
“Pa.. kalau
Mira tahu, biar mati sekali pun dia tak akan terima Iqbal pa..” jawab Iqbal. Ada
Betul juga kata Iqbal. Walaupun dia tidak suka dengan cara Iqbal tetapi dia mengharapkan
anaknya itu tahu menghargai gadis sebaik Mira Syafika itu.
Malah Iqbal
Iskandar degan senang hati menceritakan pada papanya bahawa itu semua adalah
rancangannya untuk menggagalkan hasrat mamanya untuk mengahwinkannya dengan
Rozie. Pada mulanya papanya terkejut. Namun, dia tiba-tiba papanya tergelak
kuat. Iqbal Iskandar pelik dengan sikap papanya saat itu. Rupa-rupanya
papanya sudah mengesyaki semua itu namun dia menunggu anaknya untuk
memberitahunya secara bersemuka dengannya tanpa gangguan sesiapa.
Malah,
papanya menyokong tindakannya untuk menikah dengan Mira Syafika. Lantas, dia
memeluk erat tubuh papanya yang sudah semakin dimamah usia. Dia merasa amat
terharu dengan sifat penyayang papanya. Dato Ismail juga merasa sebak dengan
kelakuan anak lelaki tunggal kesayangannya. Beberapa titis air mata tumpah
kepipi tuanya. Dia membalas pelukan anaknya dengan erat sambil mengusap-usap
belakang tubuh anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Berkali-kali ubun-ubun anaknya
menjadi sasaran bibir tuanya. Dia amat menyayangi anaknya yang satu ini.
Sayangnya pada anaknya melebihi sayangnya pada isterinya walaupun cintanya pada
isterinya masih kekal utuh seperti dahulu. Dia bertekad untuk menyokong anaknya
untuk berhak mendapat kebahagiannya. Dia akan membuat rancangannya sendiri untuk
membuktikan kebenaran bahawa menantunya, Mira Syafika bukanlah seorang
perempuan seperti yang digembar-gemburkan oleh ahli keluarga yang lain.
“Tapi kenapa
Iqbal pilih Mira Syafika? Tentu dia seorang gadis yang istemewa bukan?” Dato
Ismail bertanya lagi. Dia pun hairan dalam banyak-banyak gadis di luar sana
kenapa Iqbal Iskandar memilih gadis itu menjadi ‘penyelamatnya’.
“Sebenarnya
papa.. Iqbal pernah buat salah kat dia masa di universiti dulu. Masa tu dia
masih lagi dalam tahun pertama. Iqbal sebenarnya sudah jatuh cinta sejak
pertama kali pandang wajah dia..”
“Hebatnya
anak papa.. Jadi maknanya jatuh cinta pandang pertamalah ni ya..? Tapi kenapa
Iqbal tergamak buat dia macam tu? Langsung tak fikirkan akibatnya pada Mira”
“Pada
mulanya memang Iqbal tak terfikir pun buat macam tu dekat dia. Saya iklhas nak
berkawan dengan dia. Sebab dia menolak niat baik saya dan dia pernah tampar
muka saya di khalayak ramai. Lalu Iqbal berdendam dengan dia. Salah satu
caranya ialah dengan membuatkan dia rasa dirinya tidak ada maruah lagi. Tapi
percayalah papa Iqbal sudah menyesal sekarang. Sepatutnya Iqbal tak menurutkan
nafsu ketika itu.”
Dato Ismail
mengangguk perlahan. Kini barulah dia tahu kenapa Iqbal memilih Mira Syafika
sebagai isterinya. Ada perasaan sedih terpamer diwajah Iqbal.
“Dah lama
Iqbal mencari dia pa... Namun tuhan masih mahu beri peluang untuk Iqbal menebus
segala dosa-dosa Iqbal yang lalu. Bila Iqbal terjumpa resume dia masa di
pejabat tu, Iqbal tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira tu. Jadi
Iqbal dan Amirul merancang untuk mengenakan dia. Iqbal tak peduli apa akan
berlaku lepas ini janji Iqbal dapatkan dia kembali dalam hidup Iqbal.” Ujarnya
bersungguh-sungguh.
“Rumit juga
hidup anak papa ni rupanya. Patutlah mama Iqbal mengamuk sakan sebab tak dapat
bermenantukan si Rozie tu. Tapi tak apa, papa lebih sukakan menantu papa yang
sekarang. Walaupun papa belum
berkesempatan nak berkenalan lebih dekat dengan dia” ujar Dato Ismail samba
tersenyum. Entah sejak pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu dia merasakan
ada sesuatu. Tetapi dia tidak dapat nak katakan apakah ia. Wajah itu ada
iras-iras orang yang dia kenal.
“Ala biarlah
mama tu..! Cuma Iqbal berharap suatu hari nanti dia akan sedar kesilapannya. Iqbal
akan buktikan bahawa pilihan Iqbal memang tepat.”
“Tapi macam
mana penerimaan Mira terhadap Iqbal..?”
“Biasalah
papa. Manalah dia mahu nak menerima Iqbal sebenarnya. Apa lagi Iqbal pernah
buat salah pada dia. Tapi Iqbal berharap suatu hari nanti dia akan sedar akan
keiklasan dan perasaan cinta Iqbal terhadapnya..” segala isi hati di luahkan
pada papa tersayang. Dia sebetulnya bertuah mempunyai seorang ayah yang sangat
memahami dan menyayanginya. Tidak seperti mamanya. Lebih percaya orang lain
dari anaknya sendiri.
Kini hatinya
tenang. Semoga dengan ini anaknya dapat hidup tenang. Sudah lama Iqbal
menyimpan rahsia ini. Patutlah Iqbal seperti tidak menyukai mana-mana gadis
yang tergedik-gedik kat dia. Termasuklah si Rozie tu. Dia memang menyokong
Iqbal.
“Apa kata
Iqbal ambil cuti dan pergi honeymoon. Mana tahu dalam masa tu nanti Mira dapat
mengubah perasaannya terhadap Iqbal..”
“Hasrat hati
memang nak pergi honeymoon.. Tapi Iqbal takut Mira tak nak pergi.. Lagi pun
sekarang dia dah keja.. Susah juga dia nak dapat cuti...” ujar Iqbal Iskandar.
“Ala itu
papa boleh uruskan. Diakan menantu papa.. Nantilah papa bincang dengan dia. Tak
kan dia sanggup tolak pelawaan papa. Ni papa nak tanya, kamu nak buat tak
majlis resepsi kat hotel tu?” Dato Ismail tersenyum senang. Dia mahu menolong
anaknya. Tidak mungkin dia akan melepaskan menantu yang sebaik Mira Syafika
itu.
“Terima
kasih papa. Rasanya tak payahlah. Yang penting akad nikah. Nanti kita buat buat
majlis sempena ulang tahun perkahwinan papa dengan mama masa tulah kita boleh
bagi tau pada para tetamu. Jemput jugalah sekali dengan pekerja kita tu.”
“Betul juga
tu. Papa akan tolong setakat yang papa mampu.. Selebihnya Iqbal kena berusaha..
Jangan lupa berdoa pada Allah, agar dibukanya pintu hati Mira untuk Iqbal.
Kalau ada masa tu jangan lupa bawa balik isteri kamu ke rumah. Papa pun ingin
juga berkenalan dengan lebih dekat dengan dia.”
Iqbal
Iskandar mengangguk. Dia tidak pernah lupa berdoa supaya suatu hari nanti pintu
hati Mira terbuka untuknya.
No comments:
Post a Comment