Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 16 July 2013

Ada Dia Di Hati 19



Zafran akhirnya mengambil keputusan pergi juga berjumpa dengan Sofia. Dia pun tidak tahu apa yang Sofia inginkan dari dirinya lagi. Sudah berkali-kali dia mengatakan bahawa cintanya hanya untuk Alisha. Dan tiada ruang lagi dalam hatinya untuk wanita lain. Sudah cukup dengan segala penderitaan yang di alaminya selama ini.

Zafran Haicarl berligar-ligar di lobi hotel. Dia terima panggilan dari seseorang yang menyatakan ada orang menunggunya di hotel. Dia segera menuju ke kaunter bertanya. Hanya ada beberapa orang saja di situ.

Alisha ketika itu ternampak lelaki itu asyik menoleh-noleh. Dia sendiri pun tidak pasti adakah itu sebenarnya Zafran Haicarl. Tak mungkin dia berada di Kuala Lumpur. Kalau benar dia sudah balik kenapa Zafran tidak mencari dirinya. Mungkin benar apa yang di katakan Sofia padanya hari itu. Zafran sudah lama balik ke Malaysia. Cuma dia tidak mahu balik ke rumah agam itu. Mungkin benar Zafran sudah melupakan dirinya.

Alisha benar-benar rasa gembira. Dia yakin lelaki yang berada tidak jauh di hadapannya itu ialah Zafran Haicarl. Berbulan-bulan dia merindui Zafran, berbulan-bulan dia menderita sehingga kelahiran Akif sedikit sebanyak membalut luka. Tanpa sedar mulutnya sudah menyebut nama Zafran.

“Abang Zaf…” Alisha memanggil. Kelihatan Zafran menoleh. Kemudian dia masuk semula ke lobi hotel. Dia perasan seperti ada orang memanggil namanya ‘Abang Zaf!!’ Hanya Alisha yang memanggilnya begitu. Dia melihat di sekelilingnya. Namun apa yang dia lihat kini hanyalah seorang perempuan yang menjadi ibu tirinya iaitu Sofia. Bukan main terkejut lagi dia melihat Sofia dari jauh tersenyum padanya. Tanpa segan silu, wanita itu terus memeluknya. Zafran rasa tidak selesa dengan pelukan dari perempuan itu. ‘Sungguh dia ni memang tidak punya perasaan malu kot!!’ getus Zafran dalam hatinya.

Alisha yang berdiri tidak jauh dari itu cuma mampu tergamam! Benarkah itu Sofia yang memeluk suaminya. Kelu lidahnya mahu memanggil suaminya itu untuk kedua kali. Perlahan-lahan dia memusing badannya. Air matanya sudah laju menuruni pipinya. Sampai hati abang Zaf buat Alisha begini. Perlahan-lahan dia menelan segala kepahitan itu sendirian. Hari ini telah membuktikan bahawa kata-kata Sofia tempoh hari itu benar. Zafran masih cintakan Sofia!

Zafran cuba merenggangkan pelukan dari Sofia. Dia rasa tidak selesa. Dahlah ini bumi Malaysia. Sofia langsung tidak punya perasaan malunya ketika memeluk dirinya. Mungkin orang ingat mereka tu suami isteri sebab itu ada juga orang yang tak kisahkan mereka. Tanpa sedar ada perasaan seorang insan yang terluka di situ!

‘Aku akan lupakan segalanya-galanya yang berkaitan dengan abang.. Dan jangan harap abang akan kembali pada Alisya lagi! Abang sudah menyakiti hati Alisha!’ getus hati Alisha

Tanpa segan silu, Sofia memeluk Zafran. Rindunya sudah tidak tertanggung pada lelaki itu. Sehinggakan dengan tidak sedar dia sanggup merendahkan maruahnya sebagai seorang perempuan di mata Zafran Haicarl.

 Zaf I miss you..” bisik Sofia perlahan. Selama ini dia menanggung rindu pada Zafran. Entah mengapa saban hari rindunya pada lelaki itu sudah tidak tertahan lagi. Bagaikan orang yang mabuk bercinta.

“Rindu? You jangan nak merepeklah Sofia..” Zafran Haicarl menyindir. Sambil itu tangganya cuba merenggangkan pelukan Sofia.

“Betul I betul-betul rindukan you..” rengek Sofia lagi. Dia masih memeluk erat tubuh Zafran. Belum puas rasanya dia melepaskan rinu pada lelaki itu. Perasaan itu kian membuak-buak selepas pemergian Zafran ke Jepun hari itu. dan sekarang dia sudah bebas dari Tuan Razman.

“You jangan nak berlakonlah Sofia.. You tu isteri papa I. Walau macam mana sekali pun keadaan tetap tak dapat mengubah kenyataan..” sekali  lagi Zafran mengingatkan status Sofia. Dia mula rasa geram. Nasib baiklah tiada orang yang kenal dia dengan Sofia di sekitar itu. kalaulah orang tahu bahawa Sofia itu isteri papanya sendiri apa pula tanggapan masyarakat sekelilingnya.

“I dah bercerai dengan papa you.. I nak kahwin dengan you..” ujar Sofia lagi. Dia harus memberitahu berita yang menggembirakan itu. Dan itulah sebab sebenarnya dia mencari Zafran di Kuala Lumpur ini.

Are you crazy??” gertak Zafran lagi. Dia semakin panas mendengar permintaan Sofia yang tidak masuk akal itu.

I really mean it Zaf.. I love you so much..” balas Sofia lagi.

“Tapi I tetap tak dapat nak terima you balik dalam hidup I. You dah puas menyakiti hati I dan you halau Isha dari rumah.. dan you juga memberitahu hal yang bukan-bukan pada Isha.. Macam mana I nak maafkan you..” ujar Zafran dengan kesal. Dia tidak menyangka Sofia sanggup menabur fitnah pada Alisha dan ini menyebabkan Alisha dia halau keluar oleh Tuan Razman.

“You dengar dari mulut orang lainkan? I tak pernah halau Alisha. Dia sendiri yang mahu keluar dari rumah. Masa itu, pap you pun terlibat sama. Dia yang mengarah Alsiha keluar dari rumah. Bukannya I..” jelas Sofia lagi. Untuk Zafran dia sanggup lakukan apa saja asalkan Zafran dapat menerimanya kembali. Hanya itu saja harapannya.

“I tahu Alisha tidak akan meninggalkan rumah tanpa sebab. Tapi apa yang pasti suatu hari nanti I akan tahu jawapannya.” Zafran seolah-olah menggertak Sofia.

 “Balik-balik you sebut nama perempuan itu. You tahu tak betapa seksanya I menanggung rindu pada you?” marah Sofia lagi. Dia rasa sakit hati apabila Zafran menyebut nama Alisha.

“Memanglah I akan sebut nama itu sebab dia wife I… I benar-benar risaukan dia! Sehingga sekarang I masih tak jumpa Alisha.. I benar-benar rindukan dia..” lemah sahaja suara Zafran Haicarl.

“I tahu semua itu salah I dulu. Tapi I nak kembali pada you.. I nak cinta you pada I seperti dulu..” rengek Sofia lagi. Dia tidak akan berhenti memujuk hati Zafran yang keras padanya itu. Kalau dia tidak berputus asa, pasti lelaki itu akan menjadi miliknya.

“I dah kahwin.. dan I sayangkan isteri I.. Walau apa pun yang terjadi I tetap cintakan Alisha..” tegas Zafran lagi. Kali ini dia tidak mahu mengalah dengan apa jua keadaan. Selagi dia tidak jumpa Alisha dia tidak akan berputus asa. Dia sudah nekad dan berjanji pada dirinya sendiri. Dia mahu menebus segala dosa dan penderiataannya pada Alisha.

“You memang bodoh Zaf!! Buat apa you nak mengabadikan cinta you pada perempuan yang tak guna tu. I yang separuh mati cintakan you, you langsung tak nak beri peluang..” marah Sofia lagi, dia betul-betul akan hilang waras jika dia mendengar Zafran Haicarl menyebut nama Alisha. Nampaknya nama Alisha sudah memenuhi ruang di hati lelaki itu.

“Peluang?? Peluang apa? Peluang supaya hati I terluka lagi.. Sudahlah.. Cukup sudah..”

Please Zaf.. Berikan I peluang sekali lagi..” rayu Sofia lagi. Namun rayuannya itu tidak mampu mencairkan hati Zafran yang kian membeku.

No.. I mahu setia pada wife I..

“Setia? Yang you berseronok dengan perempuan tadi tu, apa? Setia ke?” soal Sofia marah. Dia memang cemburu melihat kemesraan Zafran Haicarl dengan perempuan itu. Sedangkan dengan dirinya begini buruk layanan yang dia terima dari Zafran!

She is my business partner. Bukan siapa-siapa pun” jawab Zafran menegakkan kebenaran. Memang dia tidak pernah menganggap Fana lebih dari itu.

“I perempuan. Dan I percaya dia juga menyimpan perasaan pada youkan?” soal Sofia dengan nada cemburu.

“Nonsense!!”

Zafran mahu terus pulang ke rumahnya. Dia bingung memikirkan masalah dirinya. Sejak bila pula papanya menceraikan Sofia? Kenapa dia langsung tidak tahu? Mungkin sebab itulah Sofia datang ke KL untuk mencarinya. Tetapi begitu mudah untuk Sofia menemuinya. Bagai mana dengan Alisha. Mengapa sampai sekarang dia masih belum berjumpa dengan Alisha?

‘Isha sayang, di mana kau berada sayang, abang sangat merindui kamu..’  

Dia betul-betul terseksa dengan keadaan begini.

……………………….

 “Jom adik.. Mak Som dah tunggu kita ni..” ujar Amri pada Alisha. Alisha terus saja mengikut langkah abangnya. Mereka harus pulang dengan segera kerana dia teringat Akif belum menyusu lagi. Sesampai sahaja di rumah, Alisha terus menuju ke biliknya. Dia melihat Akif sedang lena tidur. Nasib baiklah dia tak meragam. Sebagai seorang ibu dia sentiasa risaukan permata hatinya itu. Mak Som yang keluar dari bilik air terkejut bila melihat Alisha sudah pun berada di bilik sambil memandang wajah Akif.

“Dah lama sampai ke?” soal Mak Som.

“Taklah baru je.. Lepas selesai urusan penting tu, Abang Amri terus hantar Isha balik. Lagipun Akif belum menyusu lagi..” jawab Isha tenang. Dia tidak mahu Mak Som melihat keadaannya yang sedih sekarang.

“Yelah dia lena sangat tidurnya. Mak Som pun risau juga tadi kalau-kalau Isha lama keluar dengan abang Isha tu..”

“Isha pun tak boleh nak tinggalkan Akif lama-lama. Tak sampai sejam Isha tak tenogk wajahnya, Isha dah rindu sangat dekat dia. Memang macam tu ke perasaan seorang ibu Mak Som?” soal Alisha lagi. Mak Som hanya tersenyum.

“Memang macam tulah perasaan menjadi seorang ibu.. Kalau boleh nak sentiasa dekat dengan anak kita tu.. Kita pasti akan risau jika kita berjauhan darinya..”

“Memang itulah yang Isha rasa Mak Som..”

“Okeylah, Mak Som nak buat kerja lain dulu. Isha nak apa-apa ke?”

“Tak apalah. Kalau Isha nak minum nanti Isha boleh pergi ambil sendiri..” ujarnya pada Mak Som. Mak Som hanya tersenyum.

Peristiwa petang tadi masih lagi berligar-ligar di fikirannya. Mungkin benar Zafran Haicarl masih lagi bercinta dengan Sofia. Sungguh keji perbuatan mereka.. Manusia sekarang memang tidak peduli dengan siapa mereka bercinta. Rasa benci makin meluap-luap di ruang dadanya. Sehingga bila-bila Isha tak akan maafkan abang!!

Di ruang meja makan, Alisha hanya berdiam diri. Selepas makan dia terus menuju ke biliknya. Dia melihat Akif masih tidur. Sungguh lena anak lakinya itu tidur. Alangkah seronoknya menjadi bayi sekecil Akif. Dia tidak perlu memikirkan apa-apa kecuali mahu makan, minum dan tidur.

“Akif, papa dah ada orang lain. Papa tak perlu tahu akan kehidupan kita..” dalam itu Alisha menyelimutkan Akif. Kemudian dia menuju ke bilik air.. Dia mahu membersihkan mukanya. Memang itulah yang selalu di lakukannya sebelum masuk tidur.

Tubuhnya di baringkan. Dia mahu tidur. Mulai hari ini dia mahu melupakan lelaki itu. Hatinya sudah sarat dengan rindu tetapi rindu itu sudah terhalang dengan sebuah kecurangan. Dia berazam mahu melupakan wajah dan nama itu buat selama-lamanya.

……………………

Alisha mendekati abangnya. Dia sudah nekad dengan keputusannya. Lagipun apa yang dia buat itu adalah untuk masa depannya dan juga Akif. Dia tidak mahu bergantung pada abangnya. Dan dia berhak memilih jalan hidupnya sendiri.

“Abang..”

“Ye ada apa?”

“Kalau adik nak sambung belajar boleh tak?”

“Betul ke adik nak sambung belajar?” soal Amri. Dia terkejut apabila Alisha menyatakan hasratnya mahu menyambung belajar.        

“Betullah bang.. Kenapa? Abang tak percaya?” soal Alisha sambil tersenyum.

“Tapi selama ini, adik tak cakap pun nak sambung belajar. Kenapa tiba-tiba je ni?” soal Amri lagi. Dia masih terkejut mendengar permintaan adiknya itu. Selama ini Alisha tidak pernah memberitahu apa-apa pun tentang nak sambung belajar. Tapi hari ini tiba-tiba pulak. Lagi pun dia perasan ketika mereka balik dari hotel semalam, dia perasan wajah Alisha yang sedikit murung.

“Sebenarnya adik teringin nak sambung belajar dari dulu lagi. Adik memang bercita-cita mahu meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Tetapi di sebabkan arwah papa masih hidup dan sakit, adik tangguhkan dulu niat itu. Adik tak sampai hati nak tinggalkan arwah papa yang masih sakit ketika itu. Dan sekarang adik nak teruskan niat adik tu..” terang Alisha dengan tenang. Sudah sepanjang malam dia memikirkan hal itu. Dan seperti sangkaannya pasti abangnya terkejut mendengar permintaannya itu.

“Adik nak belajar kat mana? Nanti abang tolong carikan..”

“Kalau boleh kat luar negara.. Adik dah pun dapat tawaran.. Tinggal nak bertolak saja..” jawab Alisha lagi. Sekali lagi Amri terkejut. Akhirnya dia tersenyum. Sepatutnya dalam keadaan ini dia harus memberi galakan dan sokongan kepada Alisha.

“Baguslah kalau macam tu.. Adik pergi belajar bawa Akif dan Mak Som sekali..” cadang Amri kepada Alisha. Alisha terkejut!

“Abang pula macam mana?” soal Alisha cepat.

“Nanti abang fikirkan.. Tak lama tu dik.. Paling lama pun empat tahunkan? Pasal abang, adik jangan risau..”

Alisha tersenyum. Dia berasa sangat bertuah. Abangnya Amri tetap berusaha memberikan yang terbaik buat dirinya.

……………………

No comments:

Post a Comment