Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 15 January 2013

Kau Rantai Hatiku 26


Teet..teet..teet..

Satu bunyi tanda ada pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit milik Humaira. Humaira terus menekan butang untuk membacanya.

‘Jumpa saya sekarang di tempat parking.’

Humaira mengerutkan dahinya. Entah kenapa Tengku Elman Qaufar tiba-tiba memberi mesej berbunyi demikian. Pelik!!

Dia tidak juga mengendahkan pesanan ringkas itu. Terus juga dia membuat kerjanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya pula berdering.

‘Tengku Elman!!’ ujar Humaira dalam hati.

Perlahan-lahan dia mengangkatnya juga.

“Saya suruh awak turun sekarang.. Saya tunggu kat tempat parking!”

‘Tut..’

Bunyi talian itu sudah di matikan. Belum sempat Humaira bercakap apa-apa, namun Tengku Elman sudah mematikan telefonnya.

Mahu tidak mahu Humaira terpaksa pergi berjumpa dengan Tengku Elman Qaufar di tempat parking kereta. Dia melihat Tengku Elman sedang menunggunya di hadapan kereta miliknya.

“Ada apa Tengku nak jumpa saya kat sini?” soalan pertama keluar dari mulut Humaira.

Masuk dulu..” seraya itu Tengku Elman membuka pintu keretanya. Humaira masuk saja tanpa banyak bicara. Dia sebenarnya sakit hati apabila Tengku Elman langsung tidak menjawab soalannya tadi.

Tengku Elman terus menutup pintu kereta di sebelah Humaira. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta. Kererta itu di pandu tanpa menjawab soalan Humaira tadi.

“Kita nak pergi mana ni Tengku?” soal Humaira lagi. Dia mula rasa gelisah. Wajah Tengku Elman sangat serius. Lelaki itu tetap berdiam diri. Akhirnya Humaira juga mendiamkan diri. Pandangannya di lemparkan ke luar tingkap. Rasa perjalanan itu sangat lambat dan jauh pula menuju ke destinansinya.

AKHIRNYA kereta itu terus membelok ke sebuah kodominium mewah. Kemudian Tengku Elman memberhentikan keretanya di sebuah kotak parking. Humaira melihat sekeliling. Kotak parking itu banyak yang kosong. Hanya ada beberapa buah kereta sahaja. Mungkin yang lain pergi kerja sebab itulah, tempat ini nampak sunyi.

Tengku Elman terus turun dari keretanya. Kemudian dia pergi ke sebelah pintu tempat Humaira duduk. Di bukakannya pintu kereta itu untuk Humaira.

“Kita di mana sekarang?” soal Humaira takut-takut. Rasanya dia tidak pernah datang ke tempat ini. tapi buat apa Tengku Elman membawanya ke sini?

“Ikut sajalah.. Jangan banyak soal boleh!” suara Tengku Elman yang memberi arahan membuatkan Humaira terkejut! Akhirnya dia diam seribu bahasa. Tengku Elman menarik tangannya agar Humaira mengikut langkahnya. kasar sungguh cara Tengku Elman menarik tangannya. sehinggakan Humaira merasakan kesakitan.

Didepan pintu lif, Tengku Elman tetap juga memengang tangan Humaira kerana dia bimbang Humaira akan melarikan diri. Dari wajah gadis itu, dia tahu gadis itu dalam ketakutan! Namun dia tidak ada pilihan!

Sehingga di depan pintu rumah itu barulah Tengku Elman melepaskan tangan Humaira. Dia mahu membuka kunci pintu rumah. Namun dia tetap memandang ke belakang. Takut Humaira melarikan diri.

“Masuklah..” ujar Tengku Elman kepada Humaira.

“Tak nak!!”

Tengku Elman mengetap bibirnya. Menahan sabar dengan karenah Humaira. Namun akalnya tetap mahu dia berbuat sesuatu agar keputusan yang di buat itu menjadi pasti!

“Kita nak buat apa kat sini?” soal Humaira sambil matanya mencerlung tajam ke arah Tengku Elman.

“Saya ada benda nak bincang dengan Ira..” jawab Tengku Elman tegas!

“Bincang? Nak bincang apa? Kalau pasal kerja kita patut bincang di pejabat. Bukan di tempat macam ni!” marah Humaira lagi.

“Bukan hal kerja..”

“Jadi hal apa?”  

“Hal kitalah..”

“Apa?” mata Humaira terbuka luas. Pandangannya tepat menikam wajah Tengku Elman. ‘Hal apa yang ada kaitan dengan dirinya? Dan mengapa wajah Tengku Elman kali ini agak serius?’ Bermacam-macam perkara yang bermain di fikirannya.

Please.. Saya bukannya nak apa-apakan Ira.. Tapi kita harus berbincang.”

“Habis tu kita tak boleh bincang di tempat lain ker? Mesti juga di tempat ini? Kalau kita kena tangkap basah apa nak di jawab?” soal Humaira geram. Dari tadi lagi lelaki itu berlagak memberi arahan kepadanya.

Tengku Elman menghela nafasnya. Tangannya masih memegang daun pintu sambil menunggu Humaira masuk ke dalam kondonya. Akhirnya dia terpaksa berkeras dengan menarik tangan Humaira agar masuk ke dalam kondo tersebut.

“Lagi bagus. Kita boleh kahwin free..”

“Aduh sakitlah!!” jerit Humaira sambil mengosok-gosok lengan tangannya yang di tarik oleh Tengku Elman. Sementara itu Tengku Elman siap mengunci pintu utama sambil memandang sekejap ke arah Humaira. Dia rasa kasihan melihat pergelangan Humaira yang sudah merah itu. Kuat sangatkah dia menarik pergelangan tangan Humaira tadi?

 “Duduk sini, saya nak ambilkan air minuman.. Lagipun saya tahu tekak Ira dah kering..” Tengku Elman masih berdiri menghampiri meja dan mengambil remote control.

“Ira tak nak minum. Ira nak balik.” ujar Humaira perlahan. Dia masih juga berdiri didepan pintu. berharap Tengku Elman akan membenarkan dia keluar ketika itu. Tapi semuanya itu mustahil!

Tengku Elman menuju ke dapur dan peti ais di buka sebelum menoleh ke arah Humaira yang masih terpacak di depan pintu. Manalah tahu kalau-kalau dia mahu keluar melalui pintu itu nanti!!

“Jus oren. Okey tak? Atau nak susu segar?” soalnya kepada Humaira.

Humaira mendengus. Kepalanya mula berdenyut! Tidak lama kemudian Tengku Elman membawa dua gelas air menuju ke ruang tamu.

“Jom duduk di sofa ni..” dia mempelawa Humaira.

“Tak nak!! Saya nak balik!!”

“Jangan sampai saya heret Ira duduk di sini nanti..” kedengaran suara tegas dari Tengku Elman.

Mendengar ugutan Tengku Elman, Humaira perlahan-lahan melangkah menuju ke ruang tamu itu. Sambil itu mulutnya tidak habis-habis menyumpah Tengku Elman yang suka mengungutnya.

“Rumah siapa ni?” soalan pertama keluar dari mulut Humaira sebaik saja Tengku Elman mempersilakan dia duduk di sofa itu.

“Betul ke Ira tak ingat rumah ini?” soal Tengku Elman Qaufar selamba.

“Betul.. Sebab itulah Ira bertanya..” geram pula dia mendengar jawapan Tengku Elman.

“Rumah abang..” jawab Tengku Elman perlahan sambil matanya melihat wajah Humaira. Ada riak terkejut di wajah Humaira.

“Rumah abang?” dahi Humaira berkerut. Dalam fikirannya dia seperti pernah melihat rumah ini tapi di mana dan bila? Semakin dia cuba mengingati semakit sakit pula kepalanya. Namun dia harus bertenang.

“Ya.. Ini rumah abang..”

“Kenapa Tengku bawa Ira pergi ke sini?” soalnya dengan berani!

“Sebab ada perkara yang perlu kita selesaikan.. dan abang ada banyak soalan yang ingin di soalkan kepada Ira..”

“Nak soal apa pula Tengku? Rasanya tak ada perkara yang perlu di selesaikan..”

“Betul ke Ira nak bertunang dengan Azwan?”

“Betullah. Kenapa Tengku tanya? Saya rasa ini tak ada kena mengena dengan hal Tengku?” jawab Humaira dengan berani.

“Habis tu macam mana dengan saya?” selamba saja Tengku Elman bertanya.

“Kenapa pula? Tengku dan Cik Bella pun akan bertunang tak lama lagi? Apa kena-mengena pula dengan saya?” soal Humaira kehairanan.

“Ira tak takut ker kalau bakal tunang Ira tahu, Ira pernah berpeluk dengan saya?” Tengku Elman sengaja mengingatkan peristiwa itu kepada Humaira.

“Eh..Hello.. Bukan saya yang berpeluk dengan Tengku, tapi Tengku yang peluk saya hari tu..” ujar Humaira dengan perasaan marah. Dia ni kenapa main ugut-ugut pulak!

Marah bila mengenangkan kembali bagaimana lelaki di hadapannya itu tiba-tiba memeluk dirinya ketika itu. Nasib baik dia tak pernah cakap hal itu kepada Azwan. Kalau tidak pasti Azwan akan memarahinya kerana membiarkan dirinya di peluk oleh lelaki yang bukan muhrim.

“Tengku jangan nak sibuk hal saya. Lebih baik Tengku tumpukan perhatian pada Cik Isabella. Lagipun tak lama lagi kalian berdua akan berkahwin. Jadi tak payahlah Tengku nak menyemak otak fikiran dengan memikirkan hal saya..”

“Itu pendapat Ira. Tapi saya tak peduli.. Sebab saya sudah jatuh cinta pada Ira!”

“Tengku!! Mana boleh Tengku bersikap begini? Takkan Tengku jatuh cinta pada saya di sebabkan wajah saya mirip dengan wajah isteri Tengku! Tengku sudah gila agaknya..” semakin memuncak kemarahan di hati Humaira.

“Memang saya gila. Kali pertama saya jumpa Ira hari itu, saya dapat merasakan ada perasaan lain yang hadir antara kita. Dan Ira pun merasakan perasaan yang sama. Tapi sengaja menidaknya..”

“Mana ada.. Saya tak pernah..” Humaira menafikan.

“Memanglah tapi dari sinar mata Ira tu, saya tahu Ira pun ada perasaan pada sayakan..”

“Tengku!” jerit Humaira lagi. Terasa mahu menitis air matanya ketika itu.

“Ya saya..”

“Tengku tak berhak untuk berkata tentang perasaan orang lain..”

“Kalau betul awak tak cintakan saya katakan sekarang. Buktikan kata-kata awak tu!” ujar Tengku Elman dengan jelas. Dia mahu Humaira mengaku tentang perasaan dirinya. Namun gadis itu tetap menafikan perasaan cinta kepadanya. Dia makinlah.

Humaira hanya diam. Dia sendiri tidak tahu nak cakap apa.

“Humaira..” Tengku Elman cuba mencapai tangan Humaira. Dalam masa yang sama, Tengku Elman mencium belakang tapak tangan Humaira. Humaira terbuai seketika.

Namun hanya seketika, Humaira terpinga-pinga. Dengan cepat dia menarik tangannya. Dia bingkas bangun.

“Tengku keliru sebenarnya. Semuanya kerana saya mirip Arianakan?” bicara Humaira akhirnya.

Tengku Elman menggeleng barkali-kali.

“Tidak sayang, kerana abang tak boleh hidup tanpa sayang. Berilah peluang pada abang untuk membuktikan kasih sayang abang masih utuh.” Tengku Elman berkata dengan yakin bahawa di sisinya itu adalah Ariananya.

Dia bagaikan berbicara dengan Ariana namun dalam masa yang sama dia cuba mengawal gerak lakunya agar Humaira tidak sangsi dan juga yakin bahawa dirinya ikhlas.

Humaira terkedu.

‘Abang’

Hish.. Entah kenapa hatinya menjadi tidak keruan.

“Saya nak balik sekarang..” ujar Humaira perlahan. Lalu dia memusingkan badannya. Tiba-tiba kakinya tersadung. Mujur Tengku Elman sempat menahan dan menariknya. Humaira terus melekat di dada Tengku Elman.

Mata saling bertatapan. Lidah kelu dan terkedu. Nafas menderu dengan cepat dan resah. Keluh resah itu merantai jiwa mereka. Peluh kedinginan menyapu wajah mereka. Ianya sungguh menjerat dan memperdayakan.

Tengku Elman merapatkan wajahnya ke wajah Humaira. Jiwanya meronta ingin merasa bibir mongel yang merekah itu. Dia tidak sedar ada makluk ketiga disisi mereka sedang bergelak ketawa bila nafsu jahat mula menguasai tubuh manusia.

Namun kilauan buah rantai di leher Humaira mengejutkan Tengku Elman pada dunia nyata.

“Tengku!!” Humaira menjerit dan menolak tubuh Tengku Elman dengan kuat.

Tengku Elman terundur jua. Gelora di dadanya kian reda. Dia terus menuju ke sofa dengan rasa bersalahnya. Dia hamper tertewas dengan hawa nafsunya.

“Saya minta maaf..” itu saja yang Tengku Elman mampu katakan. Tadi hampir saja dia mahu mencium bibir Humaira dan memeluknya pula satu hal!! Tapi sumpah itu semua berlaku di luar kawalan mindanya.

“Saya nak balik sekarang!!”jerit Humaira dengan kuat. Jeritan Humaira telah menyedarkan Tengku Elman ke dunia yang nyata.

“OK..”

Akhirnya Tengku Elman pun membawa Humaira pulang ke pejabat semula. Sampai di pejabat, Kelihatan Isabella sedang berdiri menunggu mereka.

“You pergi mana? Keluar tak bagitau I pun!” ujar Isabella kepada Tengku Elman.

“I dengan Ira keluar jumpa klien!” jawab Tengku Elman.

“Kenapa dengan Humaira tu? Mukanya pucat saja?” soal Isabella sebaik saja matanya singgah di wajah pucat Humaira.

“Oh.. mungkin dia penat kot. Maklumlah jumpa klien yang tidak sopan sangat!”

“Oh.. Okeylah I nak sambung kerja dulu..”

“Okey..” syukur dalam hati Tengku Elman kerana Isabella tidak syak apa-apa antara dia dengan Humaira. Namun dia perasan Humaira menghadiahkan jelingan yang sangat tajam kepada dirinya. Dia tahu dia bersalah!!

Humaira melabuhkan punggung di kerusinya. Kepalanya bagaikan mahu pecah bila memikirkan perangai Tengku Elman yang agak melampau pada dirinya.

PINTU kamar di kuak perlahan. Ruang yang sepi di renung kosong. Berbalam-balam pandangan Tengku Elman bila kakinya melangkah masuk ke kamarnya. Dia merebahkan diri di katil. Tempat pembaringan Ariana di sisinya di raba penuh kerinduan. Sudah lima tahun dia merasa sepi begini.

Tengku Elman menelentangkan tubuhnya. Lemah segala minda dan tubuhnya. Kepalanya langsung tidak berasa berpusing atau pun suhu naik meningkat namun dia merasakan bagai tidak berdaya langsung untuk berbuat sesuatu jika keseorangan begini.

Tiba-tiba dia merasakan sebutir mutiara terbit jua di kelopak matanya. Hatinya tenang setelah dia bertemu dengan Humaira kini menjadi tidak bersemangat apabila mendengar kata-kata Humaira petang tadi. Sama rasanya ketika dia menerima berita tentang pemergian Ariana dulu.

Mengapa dengan hati ini? Sukarnya untuk menafikan bahawa dia bukan Ariana. Senyumannya, gelaknya dan rantai yang pernah dilihatnya pada leher Humaira. Arghh semuanya milik Ariana. Mungkin juga ini semuanya kebetulan tapi kenapa perasaan aku masih ragu-ragu tentang identitinya yang sebenarnya.

Apakah aku sudah jatuh cinta padanya? Aghh.. tidak! Tidak mungkin aku mahu menduakan cinta Ariana kepadaku. Hanya Ariana cinta hatiku. Hanya Ariana seorang!

Identiti Ariana sudah di akui melalui ujian DNA walaupun aku tak melihat wajahnya ketika itu. Dan segala bukti barang peribadi memang sah milik Ariana. Di sebabkan itu, segala urusan pengkebumian juga dilakukan oleh pihak hospital. Mungkinkah pihak hospital dan pihak polis melakukan kesilapan?

Tengku Elman Qaufar mula berfikir yang bukan-bukan. Pada masa itu bukan dia tidak mahu menatap untuk kali terakhir wajah tu tetapi dia di nasihatkan agar tidak melihatnya dengan alasan wajah itu sudah tidak di kenal pasti lagi. Apa yang di beritahu oleh pihak hospital, sebahagian tubuh isterinya itu memang hancur. Dan persoalan di mindanya kini benarkah yang meninggal itu adalah Ariana isterinya. Ada satu benda yang dia tidak jumpa pada mayat itu! Dan barang itu ada pada Humaira. Tidak mungkin itu pun satu kebetulan. Nama penuhnya pun sama! Arghh boleh jadi gila dia di buatnya. Tak mungkin segala yang berlaku itu hanya kebetulan. Hatinya mula berteka-teki.

Namun dia teringat kembali dengan kata-kata Amir. Kemungkinan juga mayat itu bukan mayat Ariana. Dan kalau benar Ariananya masih hidup di mana dia sekarang.

 

 


 

3 comments:

  1. tahniah cik writer.. jalan citer yang semakin menarik..

    harap2 betul la humaira dan ariana adalah insan yg sama.. xcted dh nie nak bca new n3.

    cepat2 upload yer.. ^_^

    ReplyDelete
  2. best. tak sabar tunggu next n3

    ReplyDelete
  3. Best x sabar saya tunggu n3.

    ReplyDelete