Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 10 January 2013

Kau Rantai Hatiku 25


HUMAIRA datang juga ke butik. Kelihatan Arin sudah sibuk dengan kerjanya.

“Hi sibuk nampak?” soal Humaira.

Arin menoleh. Dia tersenyum mendengar teguran sahabatnya itu. ‘Malam tadi kata tak sihat badan, sekarang timbul juga dia kat butik ni!’ gerutu hati Arin.

“Tak adalah. Tadi dah ada tempahan. Itu yang Arin cari apa yang patut. Awak ni kenapa tak rehat je kat rumah?” soal Arin balik. Humaira tersenyum.

“Ala duduk kat rumah pun bukan boleh buat apa? Kesian pulak tengok Arin sorang-sorang buat kerja. Lebih baik Ira datang sini!”

“Sorang apanya. Kan ada dua orang pembantu kita tu.. Ira tak payah risaulah..”

“Ni nak halau Iralah ni?” soal Humaira seolah-olah merajuk. manalah tahu bantuannya tidak di perlukan ketika ini.

“Bukan macam itu, tapi Arin kesian tengok Ira... Kalau rasa penat tu Ira baliklah dulu. Lagi pun esok Ira kan keja lagi.. Kesihatan tu kena jaga juga..” nasihat Arin lagi.

“Ira tahu. Sebab itulah Ira sayang sangat kat Arin..” akhirnya Humaira tersenyum.

Arin hanya tersenyum. Dia tahu Ira tak sampai hati membiarkan dia buat kerja sendirian. Hanya pada hujung minggu beginilah dia dapat membantunya.

“Beb.. Apa kes malam tadi?” tiba-tiba Arin bertanya.

“Kes apa pula ni?” soal Ira.

“Buat-buat tak tahulah pulak! Dengan Tengku Elman tu ler. Tak kan Ira langsung tak ada perasaan dengan dia...”

“Dengan Tengku Elman.. Awak ni tak betul kot? Awak demam ke?” soal Humaira sambil belakang tapak tangannya hinggap di dahi Arin.

“Aku tak demamlah.. Tapi aku serius nak tanya dengan kau ni?”

“Kenapa?”

“Aku nampak Tengku Elman macam suka je dengan Ira.. sebab itulah aku tanya?”

“Aku dengan Tengku Elman tak ada apa-apa. Tapi memang tak di nafikan yang Tengku Elman mengaku dia mula sukakan aku..”

“Oh.. Romantiknya...” ujar Arin pula.

“Dia cakap dia dah falling in love dengan Ira.. Dan dalam masa yang sama dia paksa Ira mengaku perasaan Ira terhadap dia. Gila ke apa dia tu?” cebik Humaira lagi.

“Habis tu apa jawapan awak?”

“Ira cakap dengan dia, Ira langsung tidak punya perasaan terhadap dia..”

“Tapi yang sebenarnya Ira pun ada perasaan dengan diakan?” tembak Arin lagi.

“Masalahnya Ira sudah ada Azwan...”

Kedengaran keluhan dari bibir Humaira. Arin cuma tersenyum. Dia tidak pernah melihat Humaira segelabah seperti sekarang ini. Mungkin sahabatnya sudah jatuh cinta tetapi dia tidak mahu mengakunya! Namun dia dapat melihat dari sinar mata Humaira.

SEPERTI yang di janjikan, petang Ahad itu, Datin Melinda dan Dato Farid pergi ke rumah Tengku Suraya. Mereka ingin membincangkan hal pertunangan Isabella dengan Tengku Elman Qaufar.

Sebenarnya awal pagi lagi, Tengku Suraya sudah memaklumkan akan kedatangan Datin Melinda dan Dato Farid kepada Tengku Elman. Biar Tengku Elman tidak kelaur pergi kemana-mana.

Pada mulanya Tengku Elman membantah. Tetapi Tengku Suraya tetap berkeras mahu majlis itu di teruskan. Dan tempoh pertunangan mereka hanya satu bulan dari sekarang dan majlis perkahwinan hanya enam bulan selepas bertunang. Tengku Elman rasa bagaikan di hempap batu besar di kepalanya.

Sementara itu Isabella tersenyum kemenangan. Tengku Elman tidak akan terlepas ke tangan orang lain terutamanya dengan gadis yang mirip Ariana itu. Pada muka!! Tengku Suraya memang jenis yang menepati janji. Itulah yang dia suka dengan sikap wanita itu. Dan sebagai seorang ibu sudah pasti si anak tidak akan membantah.

Tengku Elman mengajak Isabella keluar dari rumah. Sengaja dia menarik tangan Isabella keluar ke taman milik ibunya.

“Ada apa you tarik I sampai ke sini?” soal Isabella tidak suka dengan cara Tengku Elman.

“I ada nak cakap sesuatu dengan you..” kedengaran keluhan dari bibir Tengku Elman.

“You nak cakap apa? Jangan nak batalkan pertunangan kita pulak! Tadikan dah setuju..” cebik Isabella lagi.

“Betul.. Cuma I harap you jaga tingkah laku sepanjang tempoh ini. Kalau you degil, pertunangan kita tak akan di teruskan..” tutur Tengku Elman perlahan.

Isabella merengus marah.

“Habis syarat you tak melampau ke? Tunang sebulan dari sekarang. Lepas tu kahwin enam bulan lepas bertunang..” Tengku Elman tersengih.

“I rasa tak melampaulah.. Lainlah kalau you nak kita kahwin sekarang...” balasnya balik. dia tahu Isabella tak akan suka kalau kahwin dalam masa terdekat. Pada hal ketika mereka berada di luar negara, pelbagai agenda yang Isabella mahukan untuk perkahwinan mereka.

“I memang nak kahwin secepat yang boleh dengan you.. Tapi..” Tengku Elman mengoyangkan jari telunjuknya di depan Isabella.

“Takkan you dah lupa, masa kat oversea dulu, you pernah cakap suasana majlis perkahwinan yang di impikan. Kalau cepat sangat sempat ke? Semua tu kita kena atur satu- persatu..”

“Iya I tahu.. Apa pun thanks..”

“Kalau macam tu kita ikut perancangan tu, sebelum I berubah hati..” ugut Tengku Elman Qaufar.

“Mana boleh macam tu.. Pertunangan dan perkahwinan kita mesti di teruskan..”

“Lagi satu, jangan nak cari masalah dengan Humaira. I tak suka you cari pasal dengan dia. Kalau you degil, you tahulahkan..”

“Habis I tak boleh bagi syarat dengan you?”

“Sebab I tak nak pertunangan kita ni. You yang berharap sangat.. dan I ikut cakap you.. Ikut cakap mama I..”

“Mana boleh macam ni!”

“Kalau tak boleh, pertunangan di batalkan..” ugut Tengku Elman. Kali ini dia harus berkeras dengan Isabella. Biasanya dia selalu mengalah.

Kemudian mereka berdua masuk semula ke rumah. Kata sepakat sudah setuju dengan syarat. Datin Melinda tersenyum lega. Sekurang-kurangnya Tengku Suraya tidak mungkir janji.

Dalam diam, Dato Farid juga seperti tidak menyukai Isabella di jodohkan dengan Tengku Elman. Namun dia terpaksa mengikut kata-kata isterinya yang nak sangat bermenantukan lelaki seperti Tengku Elman.

MALAM itu, Isabella berada di biliknya. Dia terbaring dia atas katilnya. Masih terngiang-ngiang ugutan Tengku Elman petang tadi masih menganggu fikirannya. Mengapa lelaki itu selalu sahaja mahu melindungi Humaira. Tidakkah Tengku Elman sedar kelakuannya itu amat menyakitkan hatinya. Hati bakal tunangnya ini langsung tidak dijaga. Malah di sakitinya pula.

Kedengaran pintu biliknya di ketuk. ‘Mesti itu mummy’ bisiknya dalam hati.

“Masuklah.. Pintu tak kunci..” ujarnya dari dalam. Kemudian terdengar bunyi pintu itu di buka. Memang benar, Datin Melinda sudah berdiri di depannya. Perlahan Isabella bangun dari pembaringannya tadi.

“Mengapa dengan anak mummy ni? Dah nak bertunang pun masih bersusah hati?” soal Datin Melinda sambil memandang wajah anak gadisnya.

“Hish mana ada mummy.. Bella rasa gembira sangat!! Akhirnya Bella akan bertunang dengan Elman.” ujarnya sambil tersenyum. Ya benar, dia akan bertunang dengan Tengku Elman sebulan dari sekarang. Datin Melinda turut tersenyum.

“Kan mummy dah cakap, Tengku Suraya bukan jenis orang yang mungkir janji. Dan Tengku Elman juga merupakan seorang anak yang taat. Jadi Bella gunakan peluang yang ada ni untuk menambat hati Tengku Elman. Jangan beri ruang dia untuk dekat dengan perempuan lain. Bellakan tahu Tengku Elman itu menjadi pujaan ramai gadis di luar sana tu!” cucuk Datin Melinda lagi. Dia mahu kali ini dia berjaya dalam rancangannya.

“Itu Bella taulah mummy. Mummy jangan risau ya.. Bella akan buatkan Elman tak lupakan Bella...” Datin Melinda tersenyum gembira mendengar kata-kata anak gadisnya.

Mereka berdua berpelukan. Isabella tidak memberitahu hal ugutan Tengku Elman kepadanya. Biarlah dia simpan rahsia itu. Kalau mummynya tahu tentang itu, pasti mummynya tidak akan berdiam diri.

KU Zurin duduk di hadapan Tengku Elman. Dia terkejut apabila abang sepupunya itu menelefon ingin berjumpa dengannya di restoran itu. Matanya meliar mencari seseorang. Namun orang yang di carinya itu tidak kelihatan. Ingatkan Tengku Elman mahu memberitahu berita gembira tentang hubungannya dengan Isabella.

“Kak Isabella mana? Dia tak ikut abang?” soal Ku Zurin sebaik saja dia duduk di depan Tengku Elman. Tengku Elman menggeleng kepalanya.

“Ada apa abang nak jumpa Zurin ni?” soal Ku Zurin lagi. Hairan dia dengan perangai abang sepupunya itu. Dia datang berseorangan.

“Saja abang buntu.. Ni yang ajak Zurin jumpa kat sini..” jawab Tengku Elman.

“Oh.. ingatkan abang ada hal nak cakap dengan Zurin. Sebab itulah Zurin cepat-cepat sampai ke sini..” ujar Zurin seakan merajuk.

Tengku Elman sesekali mengeluh. Dia duduk bersandar di kerusi itu. Matanya meliar memandang sekeliling.

“Abang ni kenapa? Abang ada masalah dengan Kak Isabella ke?” soal Ku Zurin lagi.

Tengku Elman menggeleng kepalanya.

“Entahlah abang tak tahu nak cakap apa..”

“Habis tu apa masalah abang sebenarnya?” Ku Zurin masih lagi mengasak.

“Abang jadi bingung..”

“Kenapa abang bingung.. Mama cakap abang akan bertunang dengan kak Isabella sebulan dari sekarang. Betul ke?”

“Betul.. sebab itu abang jadi bingung..”

“Habis tu apa yang membingungkan abang sebenarnya.. Cuba abang ceritakan pada Zurin.”

 “Entahlah.. Semakin dekat hari pertunangan abang dengan Isabella, fikiran abang semakin kusut..” ujar Tengku Elman sambil meraup wajahnya. Entah dia sendiri pun tak tahu apa yang perlu di buat.

“Kejap.. Kejap.. Abang  susah  hati pasal Humairakan?” tebak Ku Zurin. Tengku Elman Qaufar tersenyum kelat. Macam Ku Zurin tahu saja apa yang ada di fikirannya.

“Abang Elman cintakan dia?”

Tengku Elman terkasima. Cintanya teguh pada Ariana tapi Humaira juga ingin di dekatinya. Dan itu tidak dapat dipastikan sama ada dia cintakannya atau perasaan ingin tahu tentang gadis yang saling tak tumpah seperti Ariana!

“Abang Elman cintakan dia?” tukas Ku Zurin.

Tengku Elman tersenyum.

“Sudah masanya ada pengganti kak Ari, bukan?”

Walaupun Ku Zurin keliru. Namun dia diam sahaja.

“Adikkan pernah bercinta. Dan adik tahu jawapannya..”

Gadis itu tidak menyampuk. Dia senyap sahaja.

“Sudahlah, cepat habiskan nasi tu, abang kena balik cepat ke pejabat. Ada banyak kerja yang perlu abang selesaikan.”

“Abang nikan!! Tadi beria-ia ajak Zurin jumpa kat sini. Sekarang dia nak balik. Abang okey tak?” soalnya kehairanan. Entah apa yang merasuk fikiran abang sepupunya itu.

“Abang dah okey dah.. Abang tahu apa yang abang perlu buat.”

“Yelah tu..” ujar Zurin.

TENGKU Elman duduk di pejabatnya. Kemudian kedengaran pintu di kuak dari luar. Terjengul wajah Isabella dengan wajah yang mencuka.

“You pergi mana tadi?” soalnya sebaik saja dia duduk didepan Tengku Elman. Dia geram dengan sikap acuh-tak acuh Tengku Elman terhadapnya.

“Perut lapar. I pergi makanlah..” jawab Tengku Elman.

“You makan dengan siapa tadi?”

Waktu makan tengah hari tadi, Isabella melihat Humaira keluar makan dengan kawan sepejabat yang lain. Jadi, dia hairan Tengku Elman keluar makan dengan siapa.

“Tak perlu tahulah” ujar Tengku Elman selamba.

“Mestilah I nak tahu..”

“Dengan Zurin. Kenapa?” jawab Tengku Elman geram!

“Oh.. Ingatkan you keluar dengan Humaira…” sengaja dia menyebut nama itu di depan Tengku Elman.

“You jangan buat hal boleh tak? Kepala I ni dah pening tau!!” keras bunyinya.

Isabella mencebik lalu dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia puas hati asalkan tahu dengan siapa Tengku Elman keluar kecuali dengan Humaira. Perempuan yang amat di bencinya itu.

 

 


 

2 comments:

  1. TAHNIAH CIK WRITER.. JALAN CITER YG semakin menarik..

    gud job n cepat2 upload n3 bhru..

    peace ^_^

    ReplyDelete
  2. menarik tertarik d boom..ee

    ReplyDelete