TENGKU Elman Qaufar sudah berada di pejabatnya. Sengaja dia datang awal pagi ini. Manalah tahu dia terserempak dengan Humaira. Namun apa yang di harapkan tidak berlaku pula. Argh,, tak apa selepas hari ini hari-hari dia jumpa. Tangannya terus saja menaip pesanan ringkas di tujukan pada seseorang. Lepas menekan butang send, dia tersenyum sendiri. Semalam dia sempat mengambil nombor telefon Humaira yang ada dalam borang permohonan kerja. Kalau nak minta dari dia memang alamatnya sampai tahun depan pun gadis itu tak akan bagi.
“Teet..teet..teet.”
bunyi pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Humaira. Humaira segera mengambil
telefon bimbit itu lalu di tekan’open’.
“Mulakan hari anda dengan senyuman.
Biar rezeki senang masuk.. TEQ..”
‘TEQ?’
“Tengku
Elman Qaufar?” tanpa di sedari dia telah menyebut nama lelaki itu.
“Humaira..
Kenapa dengan awak ni? Aku dengar kau sebut nama penuh Tengku? Korang kenal ke
sebelum ini?” soal Kak Sofi. Dia merupakan orang yang paling lama bekerja dalam
syarikat ini. Dia sebenarnya pelik dengan gadis yang baru masuk bekerja itu.
“Tak
ada apa-apa..” jawab Humaira sambil menggeleng kepalanya.
“Kenal
pun sebab semalam dah jumpa dia..” ujar Humaira menutup perasaan malunya.
‘Hishh.. Baru hari pertama dah macam-macam hal berlaku.’ Keluhnya dalam hati.
“Dah
jumpa dengan Cik Isabella ke?” soal Kak Sofi lagi.
“Cik
Isabella? Siapa dia?” ‘Macam kenal je dengan nama tu, tapi kat mana ya? Mungkin
perempuan semalam tu kot?’ bisik hati Humaira.
“Dia
ketua bahagian pemasaran.. Tak kan tak tahu dia tu bakal tunang Tengku..”
terang Kak Sofi lagi.
“Oh..”
jawab Humaira pendek. ‘Patutlah perempuan semalam tu macam tidak suka dengan
kehadiran dia. Mungkin dia rasa tergugat. Tapi dia datang ke situ untuk mencari
rezeki.. Teringat pula dia dengan nasihat Mak Teh.
“CIK
Humaira, Tengku suruh cik masuk ke biliknya sekarang juga!” itulah arahan
pertama yang di terima oleh Humaira sebaik saja mereka selesai bermesyuarat.
Dalam mesyuarat itu, Humaira memperkenalkan diri sebagai seorang pereka fesyen
yang baru masuk kerja pada hari tersebut.
Isabella
perasan mata Tengku Elman begitu static pada wajah yang sedang memperkenalkan
dirinya itu. Tiba-tiba hatinya di terpa perasaan cemburu. Ini tak boleh jadi!
Dia harus menawan hati Tengku Elman sebelum ada gadis lain yang dapat menawan
hati yang dingin itu.
Tengah
hari itu sengaja dia menekan nombor telefon Humaira. Dia mahu Humaira keluar
makan tengah hari bersamanya. Namun permintaannya itu di tolak baik oleh
Humaira. Tengku Elman geram lalu dia keluar dari biliknya menuju ke arah meja
Humaira.
Mereka
berbisik-bisik sesama sendiri bila melihat Tengku Elman datang ke meja Humaira.
Mereka juga mendengar Pengarah mereka mengajak Huamira keluar makan. Mungkin bos
mereka dengan Humaira sudah kenal. Dari gaya dan perbuatan Tengku Elman
menampakkan mereka seperti sudah kenal.
“Untung
kau Humaira, baru je masuk kerja bos besar dah ajak keluar makan. Kenapa kau
tak pergi tadi?” soal Kak Sofi sebaik saja kelibat Tengku Elman hilang dari
pandangan.
“Yelah
Ira, kenapa kau tak nak keluar dengan Tengku tadi? Kalau akulah tadi memang aku
tak tolak peluang. Memang nak saja..” sampuk Lala pula.
“Hish
tak naklah.. Nanti timbul gossip pula. Dia tu orang terhormat. Kita ni orang
biasa saja.. Hish tak naklah tak ada hal cari hal pula..” jawab Humaira.
“Hish
kalau akulah yang bos ajak keluar makan, sure
aku tak tolak punyalah.. Kau ni tak padan dek untung tau!”
“Tak naklah.. Lagi pun seganlah dengan bos
tu..” jawab Humaira tenang. ‘Bukan segan tapi dia menyampah dengan sikap Tengku
Elman yang tak habis-habis dengan muslihatnya.’
“Bukan
apa kami yang dah lama kerja kat sini pun belum pernah dia nak belanja makan.
Entah-entah dia ada hati kot dengan Ira..”
“Ada
hati? Hish jangan nak mengarutlah!! Perasaan korang je tu! Dia bakal bertunang
dengan Cik Isabella. Tak mungkinlah!” Humaira tergelak. Lucu pula di rasakan
kata-kata teman sepejabatnya itu. Ini baru hari pertama dah macam-macam hal!
Namun dalam diam memang dia marahkan Tengku Elman yang tak sudah-sudah cari hal
dengan dirinya.
Berderau
darah Isabella mendengar perbualan pekerja-pekerjanya. Memalukan sungguh,
Tengku Elman mengajak pekerja baru tu keluar makan! Apa Tengku tu dah buang
tabiat ke?
“Biarlah.. aku baru je masuk kerja. Manalah
aku tau sikap bos tu macam mana? Nanti ada pula di sembur dengan girlfriend dia. Tak ke malu aku di
buatnya..”
“Sebut
pasal girlfriend, ya Cik Isabella tu
bakal tunang Tengku.. Itu khabar angin yang aku dengar. Tapi tak tahulah bila
mereka akan bertunang..”
“Sebab
itulah aku tak nak cari pasal..” balas Humaira lagi. ‘Rupa-rupanya dah ada
bakal tunang! Tapi Tengku Elman sibuk juga nak ganggu hidupnya.’
Humaira
tahu mungkin ada orang memandang sinis pada gelagat Tengku Elman terhadap
dirinya namun apakan dayanya. ‘Hish!! Semua pasal kontrak tu.’ Humaira mengeluh
sendiri. Selepas ini apa lagi dugaan yang akan melanda dirinya.
Petang
itu sebaik saja habis waktu pejabat dia segera pulang. Untuk hari pertama tidak
banyak kerja yang perlu dia lakukan. Baru saja Humaira mahu melangkah,
terdengar seperti namanya di panggil.
“Humaira..”
panggil Tengku Elman dari belakangnya. Humaira menoleh bila terdengar ada orang
memanggil namanya. Dia mahu pulang cepat agar tidak terserempak dengan Tengku
Elman. Namun sangkaannya meleset.
“Tengku,
jangan nak buat hal boleh?” ujar Humaira. Dia sudah rimas dengan perangai
Tengku Elman yang selalu tak di sangka-sangka. Bukan apa dia tidak mahu timbul
gossip mengatakan dialah orang ketiga dalam hidup Tengku Elman. Semenjak dia
tahu Cik Isabella itu bakal tunang Tengku Elman, seboleh-bolehnya dia cuba
mengelak untuk tidak berjumpa atau teserempak dengan lelaki itu walau di mana
jua!
“Hal
apa? Saya tak faham..” selamba sahaja Tengku Elman bertanya. Bukannya dia tidak
sedar bahawa gadis di depannya itu tidak suka dengannya namun, hatinya tidak
berkata begitu.
“Jangan
pura-pura tak tau pula! Saya tak nak ada gossip dengan Tengku.. Cukuplah kalau
Tengku nak balas budi saya dengan memberikan kerja ini. Saya tak nak ada
masalah dengan Tengku..” Humaira bersuara tegas. Bagai mana dia mahu meyakinkan
lelaki ini dengan segala alasan agar lelaki ini memahami situasinya. Runsing
sungguh!!
“Kalau
dia orang nak bergosip, biarlah itukan mulut mereka. Lama-lama nanti mereka
akan bosan juga..” jawab Tengku Elman selamba.
“Tengku
cakap senanglah.. yang menanggungnya saya!” marah Humaira lagi. Nasib baik
mereka berada di luar pejabat. Terasa Tengku Elman begitu kecil di ruang
matanya ketika perasaaan marahnya meluap-luap.
“Saya
juga menanggung rasa.. Apa awak ingat saya suka lihat keadaan awak begini? Saya
rasa sengsara tau. Dari tadi lagi awak menjauhkan diri. Apa salah saya?” soal
Tengku Elman yang tidak faham dengan perangai Humaira. Dulu dia sangkakan,
setelah Humaira bekerja di Syarikatnya maka senanglah mereka akan berjumpa
namun apa yang terjadi sekarang di sebaliknya.
Humaira
membisu. Dia tidak tahu apa yang harus di katakannya. Bukan setakat itu, lelaki
ini asyik menyusahkan hidupnya. Langkahnya diatur untuk meninggalkan Tengku
Elman di situ.
“Humaira..”
panggil Tengku Elman apabila menyedari gadis sudah meninggalkan dia di situ.
Namun Humaira mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu berdepan dengan Tengku
Elman lama-lama.
Terus
saja dia masuk ke dalam keretanya lalu di memecutkan keretanya tanpa
menghiraukan panggilan dari Tengku Elman.
Tengku
Elman yang mengejar dari belakang tadi hanya mampu melihat kedegilan gadis itu
yang tidak mempedulinya panggilannya. Telefon bimbit menjerit-jerit minta di
angkat.
“Hello
sayang, you kat mana? I tunggu you lama tau!” suara Isabella menyoal di hujung
talian. Diringankan tangannya untuk mendail nombor Tengku Elman apabila
mendapati Tengku Elman masih lagi tidak datang ke tempat yang mereka janji
untuk bertemu.
“Okey
tunggu kejap nanti I datang..” jawab Tengku Elman lalu menamatkan panggilan
telefonnya.
Dengan
tergesa-gesa, Tengku Elman menuju ke arah keretanya. Dia mahu sampai ke tempat
yang dituju dengan cepat.
HUMAIRA terus memandu
menuju ke kedai kainnya. Dia mahu menjenguk sahabatnya Arin. Kesian dia!
Terjengul
saja wajah Humaira, Arin sudah menghadiahkan sebuah senyuman pada sahabatnya.
“Macam
mana hari pertama kerja?” soal Arin. Wajah sahabatnya tidak menunjukkan dia
gembira pun walaupun hari pertama dia bekerja.
“Macam
itulah..” jawab Humaira lemah.
“Ni
kenapa ni? Ada masalah ke kat pejabat awak tu?”
“Setakat
ni belum lagi. Tapi masalahnya dengan bos aka Tengku tu..” kedengaran Humaira
mengeluh.
“Dia
buat apa dengan awak sampai awak jadi macam ni.. Tak bersemangat langsung..”
Arin memandang wajah sahabatnya yang nampak sedikit lesu.
“Pagi-pagi
dah buat mood aku kacau tau!”
“Dia
buat apa?”
“Aku
baru je duduk kat kerusi aku, dah terima sms dari dia.. Mulakan hari anda dengan senyuman. Biar rezeki senang masuk.. TEQ..”
“Apa?
Tengku tu beri sms.. Mungkin dia dah syok kat awaklah tu..” usik Arin.
“Syok
apa ke benda nye.. Tu girlfriend dia
yang satu pejabat tu dia nak campak kat mana? Dia memang sengaja nak sakitkan
hati aku je..” luah Humaira lagi!
“Janganlah
serius sangat. Tak baik tau terlalu bencikan dia. Nanti kau jadi terlalu
sukakan dia jangan nak salahkan sesiapa tau!” usik Arin lagi. Dia memang suka
kalau ada lelaki yang sudah dapat menembus tembok hati sahabatnya itu. Baginya
sudah tiba masanya Humaira membuka mata dan minda untuk menerima orang di
sekelilingnya.
“Bukan
itu maksud Ira. Ira tak nak bencikan sesiapa pun. Tapi dia kena sedar, dia tu
orang ternama. Kita ni mana setaraf dengan dia tu.. Kita ni siapa?”
“Cinta
tak mengenal rupa dan darjat.. yang penting hati Ira dah terbuka nak terima
cinta seorang lelaki..” balas Arin lagi.
“Awak
tak fahamlah Rin.. “ ujar Humaira mengeluh lagi.
“Ira
sendiri yang tak nak faham diri sendiri..” balas Arin lagi. Rasanya dia lebih
suka melihat Humaira rapat dengan Tengku itu berbanding dengan Azwan!
PETANG itu Humaira
balik terus ke rumah. Nampaknya hari ini dia tidak sempat untuk menziarahi
Zeti. Lagi pun keesokan harinya dia akan kerja.
Sampai
saja di rumah, dia melihat Mak Teh sudah menyiapkan makan malam. Dia segera
menyapa Mak Teh.
“Mak
Teh masak apa hari ini?”
“Mak
Teh masak makanan kegemaran Ira. Sempena Ira mula bekerja di pejabat baru hari
ini..” balas Mak Teh. Dia benar-benar kesiankan Humaira. Humaira memang seirang
gadis yang baik. Saggup gadis itu menolong mereka sekeluarga yang berada di dalam
kesusahan.
“Ni
yang sayang sangat dengan Mak Teh..” ujar Humaira sambil memeluk bahu Mak Teh.
Mak Teh tersenyum.
“Pergilah
Ira mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama..”
“Baik
Mak Teh..”
Humaira
segera menuju ke bilik atas. Dia mahu menyegarkan tubuhnya yamg rasa melekit
kerana seharian dia bekerja.
SEKALI sekali sekala
terdengar keluhan dari bibir Tengku Elman. Entah apa yang di keluhnya sampai
Isabella di depannya mula sakit hati.
“You
ni kenapa sayang? Dari tadi asyik mengeluh? Kalau you tak nak keluar dengan I
cakap jelah. Tak payah nak sakitkan hati I dengan perangai you macam ni!” ujar
Isabella dengan rasa tidak puas hati.
“Sorry bukan I berniat buat macam tu..”
Tengku Elman memberi alasan. Benar juga kata Isabella, kalau tak suka keluar
dengannya cakap saja dari pada berdiam diri begini dan asyik mengeluh tak tentu
hala.
Makan
malam mereka sunyi sepi. Tiada seorang pun yang mahu memulakan bicara. Tengku
Elman juga tidak berkata apa-apa. Dia menikmati hidangan yang sudah ada di
depan matanya saja.. akhirnya Isabella memulakan bicara.
“Sayang,
you perasan tak yang pekerja baru kita tu mirip macam arwah Ariana.
Mula-mulanya I terkejut nampak dia sewaktu dia datang jumpa you hari tu..”
terang Isabella.
“Mmmm...”
“I
dengar you ada ajak dia keluar makan tengah hari dengan you. Betul ke?” soal
Isabella. Dia mahu melihat reaksi Tengku Elman dengan pertanyaan dia tu.
“Betul..
Kenapa? Salah ke I buat macam tu?” soal Tengku Elman lagi. Dia tidak akan
menyembuyikan kenyataan lagi. Biarlah Isabella tahu segalanya.
Merah
muka Isabella bila mendengar pertanyaan Tengku Elman yang berbaur sindiran itu.
“Tak
salah.. Memang patut pun seorang ketua mengambil kebajikan seorang pekerja..”
Isabella menjawab. Namun dia tidak mahu dirinya di pandang serong oleh Tengku
Elman.
Bosan
dengan pertanyan demi pertanyaan dari Isabella, Tengku Elman mengajak Isabella
pulang. Makin lama dia berada dekat dengan Isabella, makin rimas pula dia
rasakan.
best...new n3 plz
ReplyDelete