Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 28 September 2012

Kau Rantai Hatiku 15




TENGKU Elman Qaufar masih juga berdiri di hujung katil Zeti. Matanya memandang wajah gadis itu. Muda-muda dah sakit. Itulah penyakit ini bukannya mengira umur tua atau muda. Kalau dah kena bukan boleh kata apa!! Patutlah hari itu Huamira bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang di telefonnya bahawa dia akan mengusahakan duit itu, Rupa-rupanya gadis ini yang terlantar sakit. Sungguh kesian!!

“Kenapa Tengku datang sini?” soal Humaira perlahan. Dia mengalih pandangnya.

“Saja. Salah ke kalau saya datang melawat?” jawab Tengku Elman dengan selamba. Bukan niatnya mahu menyakiti hati Humaira, tetapi dia jadi sakit hati bila panggilan demi panggilannya pagi tadi tidak di jawab. Sebab itu dia bertindak untuk menjejaki Humaira sampai ke sini.

“Tak salah. Tapi tak eloklah Tengku lama-lama berada dalam bilik ni. Lagipun Tengku ni orang luar. Nanti apa kata orang sekeliling atau kalau terserempak dengan budak pejabat nanti kecoh pula jadinya.” Terang Humaira. Dia tidak mahu ada gossip yang timbul di antara dia dengan Tengku Elman. Sedangkan ketika Tengku Elman memanggilnya masuk ke pejabatnya hari itu pun mereka yang lain sudah sibuk bertanya.

“Kalau macam tu kita bercakap di luar..” pujuk Tengku Elman Qaufar. Dia tahu memang ada benarnya kata-kata Humaira. Tapi hatinya tidak berkata begitu.

“Ira tak nak tinggalkan dia!! Mana tau dia tersedar nanti. Tiba-tiba saya tak ada di sisinya pula. Saya rasa lebih baik Tengku balik saja. Lagipun kita tak ada urusan yang nak di bincangkan pun!!” balas Humaira lagi.

“Saya nak bercakap dengan awak sekejap saja!” janji Tengku Elman. Wajah itu di tatapinya. dia hatinya dia tetap bersimpati dengan apa yang terjadi.

Hish degilnya lelaki ni!! Entah apa yang dia mahukan!

“Baik Tengku balik. Takut ada orang nampak Tengku kat sini. Saya tak nak ada masalah dengan Tengku!” Humaira tetap juga berdegil dengan memberikan pelbagai alasan.

“Awak ni degil jugakan. Please sekejap saja kita bercakap di luar..”

Melihat kedegilan Tengku Elman Qaufar, Humaira mengalah. Lalu dia melangkah ke luar bilik. Dia duduk di kerusi yang di sediakan di luar. Tengku Elman Qaufar pula mengambil tempat di sisi! Wajah itu di pandangnya.

Sorrylah kalau kedatangan saya ni menganggu awak di sini. Bukan apa saya cuma nak tau macam mana keadaan ahli keluarga awak yang sakit ni.” Tengku Elman mula menuturkan kata dengan lembut. Dia tidak mahu mereka berdua semakin tegang lagi.

“Bukan itu tujuan Tengku bukan? Tengku datang sini untuk memastikan yang saya cuti bersebabkan?” tuduh Humaira. Sakit benar hatinya ketika ini. Tengku Elman Qaufar diam. ‘Kalaulah awak tahu apa tujuan aku mencari awak sampai ke sini pastinya awak tak akan percaya!!’bisik Tengku Elman lagi.

Wajah Humaira di pandangnya lama. Kelihatan gadis itu benar-benar tidak selesa dan tidak suka dengan kedatangannya ke situ. Namun dia hanya mengikut kata hatinya. Walaupun otaknya kata tidak namun hatinya kata ya. Jadi dia meminta Arin menemankan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan gadis ini.

“Awak jangan salah faham. Saya memang ikhlas datang melawat. Apa salahnya saya sebagai majikan datang melawat..” dia cuba menahan rasa geramnya.

Humaira mendengus geram juga. Alasan!! Cakap sajalah yang Tengku tu memang tak percaya dia cuti sebab nak jaga Zeti.

“Macam nilah.. Kalau Tengku benar ikhlas datang melawat, tolong pergi dari sini. Saya tak nak menimbulkan gossip tentang Tengku dengan saya. Lagi pun sekarang budak opis pun dah syak yang bukan-bukan pasal saya dengan Tengku. saya nak bekerja cari rezeki bukannya nak di gossipkan dengan Tengku! Tolonglah faham. Please!!” rayu Humaira lagi. Dia berharap selepas ini lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Biarlah hubungan mereka sekadar majikan dan pekerja.

“Peduli apa dengan apa yang mereka cakap. Nanti pandailah mereka bosan!!” geramnya Tengku Elman pada gadis itu.

Humaira mengeluh. Bahasa apa lagi yang dia mahu cakapkan kepada lelaki yang tak faham bahasa ini. Sudah berbuih mulutnya mengatakan agar dia tidak masuk campur dalam urusan keluarga mereka namun semuanya bagaikan mencurahkan air di daun keladi sahaja.

Humaira mengeluh lagi. Dia memandang wajah Tengku Elman. Semua rasa bercampur gaul. Ada rasa sedih, marah, gembira dan juga geram pada lelaki itu.

“Saya minta maaf kalau kedatangan saya ini hanya menganggu ketenteraman awak. Tapi kalau Ira perlukan bantuan apa-apa, jangan segan beritahu dengan saya.” Pesan Tengku Elman. Berkerut dahi Humaira. Bantuan apa yang di maksudkan?

“Apa maksud Tengku?” Humaira bertanya meminta kepastian. Bunyinya macam orang bodoh saja.

“Yelah manalah tahu Ira perlukan bantuan apa-apa terutamanya dari segi kewangan? Saya boleh bantu pada bila-bila masa saja. Janganlah segan dengan saya.” Humaira tersenyum pahit mendengarnya.

“Tengku sindir saya ke?” soal Humaira. Terasa panas telinganya mendengar kata-kata Tengku sebentar tadi.

“Bukan menyindir, saya katakan dari hati saya yang ikhlas. Mungkin Ira sudah lupa bahawa kita kongsi rasa yang sama..” Tengku Elman menjawab dengan berhati-hati. Dia tidak mahu Humaira tersinggung dengan katanya. Memang niatnya ikhlas..

“Jangan Tengku, nanti saya ambil kesempatan. Habis duit Tengku saya kikis nanti. Hari itu pun saya dah gunakan banyak duit Tengku. Tak terbayar saya..” Humaira menjawab dengan nada bergurau. Lupa sekejap tentang perasaan marahnya.

Tengku Elman Qaufar merenung wajah Humaira yang begitu manis pada pandangan matanya. Dia tahu gadis itu cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya.

“Selalunya orang yang cakap dia tak akan buat. Lebih-lebih lagi orang yang macam Ira. Saya tak percaya Ira orang yang macam itu.” Begitu lembut Tengku Elman berkata. Humaira mengangkat bahunya.

“Entahlah Tengku, kita ni manusia. Sebaik mana pun seseorang itu akan tergelincir juga sekali sekala.” Jawab Humaira lagi.

“Itu memang betul. Tapi saya tetap tak percaya Ira kategori orang yang macam tu.”

“Terserah.”

Kedua mereka tersenyum. Macam mana mereka berdua sering saja seia dalam suatu hal. Mungkin betul kataTengku Elman. Mereka berdua berkongsi rasa yang sama!!

Tengku Elman bertanya sedikit tentang latar belakang keluarga Humaira. dia juga bertanya macam mana Zeti boleh jatuh sakit. Humaira mula mencertiakan perkara yang sebenarnya. Dia rasa lega kerana dapat meluahkan masalahnya pada Tengku Elman tanpa disedari.

PETANG Sabtu itu, Arin mahu melawat Zeti. Hari itu dia tutup kedai butiknya terlebih awal dari biasa. Dia juga menyuruh pembantunya balik awal hari itu.

Di sebabkan waktu melawat tidaklah lama, Arin cepat-cepat melangkah ke pintu besar hospital itu. Arin terkocoh-kocoh berjalan tanpa menyedari dia terlanggar seorang pemuda yang sedang berjalan keluar dari pintu utama hospital.

Opss sorry..

Sorry saya yang terlanggar awak tadi..” ujar Arin. Dia malu sendiri. Kelihatan pemuda itu juga tersenyum. Berdebar-debar pula hatinya melihat senyuman di bibir pemuda itu.

“Saya juga salah sebab tak nampak awak tadi..”

Inspektor Amir tersenyum melihat gadis itu tersipu malu. Kalau dilihat penampilan gadis itu memang boleh tahan juga!

“Cik, saya benar-benar minta maaf...”

“Arin Natasya. Panggil Arin saja..” jawab Arin dengan cepat. Dia sudah malu untuk menatap wajah lelaki yang berada di depannya itu. Boleh tahan juga gaya lelaki ini!

“Saya Amir Nazim. Panggil Amir saja. Selamat berkenalan..” ujar Amir sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya

“Nampaknya nama kita ni bermula dari huruf A dan N lah kan?” Arin pula berseloroh. Siapa sangka nama mereka berdua bermula dengan huruf A dan N.

Kedua mereka tergelak. Amir cepat teringat. Mahu meminta nombor telefon gadis itu. Mana tau untung kalau gadis itu belum berpunya!

Mereka berdua bertukar nombor telefon. Arin cepat-cepat menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Kelihatan Humaira masih setia menemani Zeti. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu.

“Akhirnya kau datang juga..”

“Beb.. sorrylah terlambat sikit.. Tadi aku terlanggar pemuda kacak kat bawah tu..” Arin memberitahu dengan nada yang tercungap-cungap. Nasib baik plastik makanannya tidak jatuh ketika dia berlanggar dengan lelaki itu tadi.

“Sempat pula kau!” cebik Humaira.

“Siap bertukar nombor telefon lagi..” Arin sengaja menggiat Humaira. Dia tahu Humaira masih marahkan dirinya kerana membawa Tengku Elman semalam. Tapi apa boleh dia buat bila lelaki sekacak itu merayu-rayu meminta dia pergi melawat pesakit itu.

“Siapalah lelaki bertuah tu? Yang dapat memikat hati cik Arin Natasya kita ni yer?” usik Humaira lagi. Dia gembira melihat wajah Arin yang berseri-seri menceritakan peristiwa yang berlaku di bawah itu tadi.

‘Nampaknya Humaira tidak lagi marahkan dirinya jika dia boleh bergurau seperti itu’bisik Arin dalam hati. Sebenarnya dia risau juga jika Humaira marahkan dirinya. Namun bila mendengar kata-kata Humaira sebentar tadi dia percaya kawannya itu tidak marahkan dirinya.

“Bagai mana keadaan Zeti hari ini?”

“Macam tulah.. Dia belum sedarkan diri lagi. Entahlah bila dia akan tersedar..” jawab Humaira dengan sayu. Dia sedih melihat keadaan Zeti yang terlantar di atas katil pesakit dengan berbirat wayar yang di cucuk sana sini. Bagai mana pula perasaan Mak Teh dan Pak Teh bila melihat keadaan Zeti begitu. Mereka tentunya rasa sedih melihat satu-satunya puteri mereka yang sakit ini.

“Bersabar sajalah. yang penting dia dah menjalani pembedahan itu dan dia selamat.” Arin cuba memujuk hati Humaira. dia tahu sahabatnya itu dalam kesedihan. dia pun rasa kasihan pada Zeti yang umur semuda itu sudah di duga dengan cubaanseperti ini.

“Pasal semalam tu, aku minta maaf ya!” Arin segera teringat tentang Tengku Elman yang merayu-rayu mahu berjumpa dengan Humaira.

“Buat apa kau nak minta maaf?” soal Humaira kehairanan.

“Pasal bawa Tengku tu kesini. Dia yang beriya-iya mahu datang melawat ke sini. Dah sedaya upaya Arin tolak namun dia pandai memujuk!” ujar Arin dengan nada kesalnya.

“Ira tahu, perangai Tengku tu. Dia tak mungkin mengalah begitu saja.. Sebab itulah Ira marahkan dia semalam.” teringat kembali bagai mana dia memarahi Tengku Elman aka bosnya itu. Memang dia selalu memarahi lelaki tu namun, lelaki itu tetap juga berdegil dengan sikapnya sendiri. Sampaikan dia mati akal di buatnya. Tidak pernah dia jumpa lelaki yang benar-benar buat dia meluat!!

Arin tersenyum lega. Sekurang-kurangnya sahabatnya itu tidak marahkan dirinya. Dia benar-benar risau kalau Humaira menyangka dia sengaja membawa Tengku Elman berjumpa dengannya hari itu.

Setelah habis waktu melawat, Arin meminta diri. Tinggallah Humaira yang menjaga Zeti. Pagi tadi dia sudah bertukar dengan Mak Teh. Masa yang terluang itu dia gunakan untuk merehatkan fikiran dan badannya. Bila waktu petang, dia akan pergi ke hospital untuk menggantikan Mak Teh yang menjaga Zeti waktu pagi itu.

 

 

Tuesday 25 September 2012

Kau Rantai Hatiku 14



Petang itu sebaik saja masuk waktu kerja, Humaira pergi berjumpa dengan Cik Isabella. Dia mahu memohon cuti pada hari Jumaat ini. Dia sedar sepatutnya dia tidak boleh bercuti kerana dia baru masuk kerja selama tiga hari ini. Namun dia rasakan Mak Teh dan Pak Teh memerlukan dia pada saat genting itu. Lagipun dia sudah berjanji dengan Mak Teh dia akan memohon cuti pada hari tersebut.

“Tok..tok..tok..”  bunyi pintu di ketuk.

“Ya Humaira ada apa nak jumpa I ni?” soal Isabella sinis. Wajah Humaira di pandangnya dengan hairan.

“Begini Cik Bella, saya nak memohon cuti hari jumaat ni.. Boleh ke?”

“Hari jumaat ini? Bukan ke awak baru masuk kerja dah nak minta cuti?”

“Saya tahu saya baru masuk kerja tapi saya ada hal mustahak pada hari tersebut..” terang Humaira lagi.

“I tak boleh bagi.. Lagipun I tak ada kuasa dalam bidang ini. Tapi you nak juga cuti hari tersebut, you pergi jumpa Tengku Elman. Pandai-pandailah you bagi alasan kat dia nanti”  jawab Isabella.

“Terima kasih.. Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..”

“Okey.. sekarang you pergilah jumpa Tengku Elman. Kalau dia tak benarkan you cuti memang I tak dapat nak tolong.. ini kuasa dia..” ajar Isabella. Dia sengaja menyuruh Humaira pergi berjumpa dengan Tengku Elman. Mungkin Humaira akan di marahi oleh Tengku Elman kerana baru saja mula bekerja dia sudah berani minta cuti. Tak pernah di buat orang!!

“Saya faham Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..” Humaira tersenyum. Sekurang-kurangnya dia akan mendapatkan persetujuan dari Cik Bella. Tinggal dia berjumpa dengan Tengku Elman saja. Dan dia berharap lelaki itu akan meluluskan permohonan cutinya.

Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya menuju ke pejabat Tengku Elman. Di luar bilik itu dia berjumpa dengan Erin, setiausaha Tengku Elman. Humaira segera memberitahu tujuannya datang berjumpa dengan Tengku Elman. Cepat saja Erin menekan intercom untuk bertanya kepada Tengku Elman. Setelah dia mendapat persetujuan dari tengku Elman, Erin mempelawa Humaira masuk ke dalam bilik Tengku Elman.

Humaira mengatur langkah menuju ke meja Tengku Elman. Tengku Elman yang ketika itu masih sibuk meneliti fail yang ada di depannya.

“Selamat petang Tengku..” Humaira menyapa Tengku Elman. Tengku Elman mengangkat mukanya. Ada kerutan diwajahnya.

“Duduk Humaira. Ada apa hal nak jumpa saya ni?” soal Tengku Elman Qaufar. Fail yang ada di depannya itu terus di tutup. Anak matanya menikam terus wajah yang ada di depannya itu. Dia sedang menantikan jawapan dari Humaira.

“Sebenarnya begini, saya nak minta cuti pada hari jumaat ini.. Cik Bella yang suruh saya datang jumpa Tengku untuk memberitahu hal ini. Katanya dia tak boleh bagi kata putus dalam hal ini. Sebab saya baru masuk kerja..” terang humaira dengan panjang lebar. Dia tidak mahu membuang banyak masa dengan lelaki di depannya ini. Dia sedar lelaki itu sedang galak memerhatinya.

“Memang pun... Sepatutnya awak tak boleh ambil cuti!” ujar Tengku Elman.

“Itu saya tahu sebab itulah saya datang ke sini jumpa Tengku untuk meminta persetujuan dari Tengku..” ujar Humaira perlahan. Seram juga dia melihat wajah Tengku Elman ketika ini.

“Kenapa awak nak minta cuti?”

“Saya ada hal penting..”

“Boleh saya tahu apa hal penting itu?”

“Ini masalah keluarga. Rasanya Tengku tak payah tahu!” timbul pula akan nakal Tengku Elman. ‘Dia ni kalau tak di ugut, dia tak akan beritahu hal yang sebenarnya!’

“Kalau awak tak nak bagi tahu hal yang sebenarnya, macam mana saya nak bagi awak cuti. Tak apalah kalau kamu ingat saya nak menyibuk dalam keluarga kamu tu.. tapi untuk minta cuti ni, saya perlu tahu alasan munasabah dari awak. Kenapa awak nak minta cuti pada hari jumaat ini? Sedangkan awak tahu, yang awak tu baru masuk kerja..”

Humaira mendiamkan diri. ‘Patut ke tidak dia memberithau hal yang sebenarnya. Kalau tak bagitau mesti lelaki ni tak nak bagi cuti. Dan yang penting tadi dia sudah berjanji dengan Mak Teh. Bodoh! Siapa suruh berjanji dulu sebelum dia mendapat kepastian.

“Macam mana? Tak nak bagi tahu apa masalah awak?”

Humaira menganggkat mukanya. Nafasnya di hembus perlahan. Dia tiada pilihan lain selain dari berterus terang akan keadaan keluarga. Walaupun dia pernah menyuruh lelaki itu agar tidak masuk campur dalam urusan keluarganya.

“Sebenarnya, saya nak temankan keluarga saya. Hari Jumaat ini ialah hari pembedahan adik saya yang mengalami sakit jantung. Mereka memerlukan sokongan semua ahli keluarga. Jadi saya tak nak ketinggalan bersama mereka..”

Tengku Elman mengangguk. Sebenarnya dia sudah tahu hal itu namun dia sengaja untuk mendengar alasan dari mulut Humaira sendiri.

“Baiklah kalau macam tu. Saya bagi awak cuti hari Jumaat ni..”

“Terima kasih Tengku.. Tadi mak saya ucap terima kasih pada Tengku pasal duit tu..” tiba-tiba Humaira teringat pesanan Mak Teh tadi.

“Sama-sama. Bukan ke saya perlu bertanggung  jawab pada pekerja saya?”

Humaira tersenyum. Dia rasa lega. Humaira tidak menyangka bahawa Tengku Elman akan meluluskan permohonan cutinya itu. Pada mulanya memang dia berasa risau jika dia tidak dapat cuti. Lelaki tahu juga bertolak ansur dengannya.

MALAM itu, Humaira mahu berehat awal. Dia sudah memberitahu Arin bahawa dia tidak singgah ke kedai butik petang itu.

Tubuhnya di hempaskan di atas katil. Bantal lembut yang sering menjadi alas kepalanya di capai dan letakkan di kepalanya. Mata di pejam rapat. Namun telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Azwan pula di skrin itu. Terus saja di tekannya butang hijau. Rasa sudah seminggu lelaki itu tidak menelefonnya mungkin kerana dia sibuk dengan kerjanya.

“Hello..” sapanya tidak bermaya.

“Hello.. Ira sihat?”

“Sihat..”

“Kenapa suara Ira macam lain je?” soal Azwan. Walaupun Humaira cuba menyembunyikan sesuatu namun dia dapat rasakan perubahan suara itu.

“Taklah.. Penat sikit kot! Ada apa Wan call ni?”

“Rindu.. rindu nak dengar suara Ira.. Tapi kalau Ira penat, lain kalilah Wan call ya..”

“Tak pe.. Ira dah baring dah pun.. Wan cakap jelah apa Wan nak cakap. Ira dengar ni..” ujarnya. Dia tidak mahu Azwan terasa dengan sikapnya.

“Sebenarnya minggu depan Wan akan datang ke Kl tau! Wan ada meeting kat Kl. Wan ingat nak ajak Ira keluar time tu nanti..”

“Oh ya ke? Takpa macam nilah kalau Wan dah sampai KL. Wan calllah Ira. Manalah tau kalau Ira dapat keluar dengan Wan. Ni Ira lupa nak bagitau, Zeti masuk hospital. Dah dekat seminggulah juga..” Humaira memberi tahu hal itu. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan hati Azwan. Walaupun dia tahu Mak Teh dan Pak Teh adalah Pak Lang dan Mak Lang kepada Azwan.

“Apa? Baru sekarang nak bagitau Wan. Kenapa tak bagitau Wan awal-awal!”

Sorrylah Ira lupa. Lagipun Ira baru masuk ke tempat kerja baru.. Kiranya baru tiga hari Ira kerja kat situ..”

“Ira, kenapa benda penting macam ni, Ira tak telifon bagitau!” marah Azwan. Dia kecil hati bila perkara sebegini berlaku. Dia merasakan Humaira tidak mempedulikan perasaannya. Ada keluhan kedengaran di telinga Humaira.

“Ira minta maaf.. Ira ingat Mak Teh ada bagi tau Wan?”

“Tak ada. Ira kerja kat mana sekarang? Tadi Ira cakap Ira kerja tempat baru..” Azwan mengalih topik pula. Dia tidak mahu Humaira rasa bersalah pada dirinya.

Humaira segera memberitahu Azwan tentang pekerjaannya yang baru itu. Syarikat Global memang sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang peragaan. Perekanya selalu menonjolkan fesyen terbaru untuk bidang peragaan.

AWAL pagi Jumaat, Mak Teh dan Humaira sudah bersiap-siap mahu ke hospital. Mengikut kata Pak Teh dalam perbualan telefon tadi, Zeti akan masuk ke bilik pembedahan pada pukul 8 pagi.

Sesampai sahaja di hospital, Mak Teh yang masuk dulu ke bilik Zeti sementara Humaira dan Pak Teh menunggu di luar.

Dekat pukul 7.45 pagi, Zeti di masukkan ke bilik pembedahan. Sementara itu Humaira, Mak Teh dan Pak Teh menunggu di luar dengan perasaan gelisah. Berdebar-debar hati mereka kerana tahu risiko yang menimpa Zeti selepas pembedahan itu nanti. Namun mereka berharap Zeti akan selamat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu nanti.

Panggilan demi panggilan yang di terima oleh Humaira langsung tidak di pedulikannya. Hatinya mendongkol geram pada si pemanggil itu yang langsung tidak penat mendail nombornya. Nasib baik dia senyapkan bunyi telefon bimbitnya. Namun getaran itu tetap mengganggu dirinya.

Akhirnya setelah tiga jam mereka menunggu, Doktor Wong pun keluar dari bilik pembedahan itu.

“Siapa ahli keluarga pesakit bernama Rosma Zeti bte Puteh?” soalnya kepada mereka yang menunggu di luar bilik tersebut.

“Saya ayah pesakit. Ini ibunya dan sebelah sana kakak angkat dia. Macam mana keadaan anak saya doktor?” soal Pak Teh.

Dalam hatinya dia memang berdebar menunggu keputusan dari doktor itu. Humaira memeluk bahu Mak Teh supaya bertenang dengan apa yang bakal doktor itu bagitahu nanti.

“Kami berjaya dalam pembedahan ini. Cuma dia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.  Mungkin masa itu nanti dia akan mengalami tempoh yang sukar bagi dirinya. Jika dia berjaya mengatasi masa ini dia akan terus selamat. Namun kita banyak-banyak berdoa dan bersabar. Kita tengoklah nanti..”

Ketiga-tiga insan itu mengukir sedikit senyuman. Sekurang-kurangnya pembedahan Zeti berjaya dan juga selamat walaupun dia terpaksa menempuhi masa yang sangat sukar sekarang. Tidak lama kemudian Zeti di tempatkan di unit rawatan rapi. Mereka bertiga sekadar menjadi pemerhati sahaja.

DARI pagi tadi Tengku Elman Qaufar langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Entah mengapa dia rasa sesuatu. Biasanya dia tidak pernah berkelakuan aneh begini. Namun dia terpaksa juga menghadap fail-fail itu untuk kegunaan pada mesyuarat petang nanti. Akhirnya dia bangun lalu menuju ke bilik Encik Johan. Itu pun setelah merasakan otaknya tidak dapat berfungsi, dia mahu meminta pertolongan Encik Johan yang sudah biasa dengan kerja-kerja pejabat itu.

Isabella perasan setelah habis mesyuarat sahaja petang itu, Tengku Elman Qaufar sudah lesap. Bukannya mahu beritahu kemana dia pergi. Dan dia pergi bersama Encik Johan. Mungkin mereka ada mesyuarat dengan klien fikirnya.

Petang itu, Humaira menyuruh Pak Teh membawa Mak Teh pulang kerana kesihatan Mak Teh yang tidak mengizinkan. Biarlah dia yang menjaga Zeti di hospital. Lagipun dia sudah meminta cuti dan esok hari minggu. Mendengar kata-kata Humaira, Pak Teh membawa Mak Teh pulang untuk berehat di rumah.

Tengku Elman Qaufar datang ke butik IRARIN. Dia mahu berjumpa dengan kawan Humaira. Dari pagi dia cuba menghubungi Humaira namun gadis itu langsung tidak mempedulikan panggilannya. Rasa geram dan sakit hati pula bila melihat Humaira yang langsung tidak pedulikannya.

“Buat apa Tengku ke sini?” soal Arin sebaik saja melihat wajah Tengku Elman Qaufar berada di dalam butiknya itu. Dia hairan kenapa lelaki itu datang ke butiknya. Sedangkan Humaira tidak berada di situ lagi.

“Saya nak cari kawan awak Humaira. Saya cuba call dia tadi dia langsung tak angkat call. Kenapa ya?” soal Tengku Elman walaupun dia tahu sebab-sebab Humaira meminta cuti pada hari tersebut.

“Oh begitu.. Mungkin dia masih di hospital sekarang. Pagi tadi dia beritahu, Zeti sudah menjalani pembedahan. Mungkin mereka dalam keadaan risau. Sebab itu Humaira langsung tidak pedulikan panggilan dari Tengku..” Arin mencipta alasan. Tapi ada logiknya juga. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya itu.

“Awak tahu tak, mereka berada di hospital mana? Saya nak pergi melawat..” soal Tengku Elman tanpa menunggu lama. Sebab sekarang Encik Johan sedang menunggunya di tempat parking.

“Tau.. tapi tak ada orang nak jaga butik saya ni..” Arin berterus terang. Butik itu adalah hasil titik peluh dia dengan Humaira.

“Awak tutuplah butik tu. Nanti awak balik kesini lepas melawat mereka. Saya pasti awak pun nak pergi jenguk merekakan?” soal Tengku Elman Qaufar mahu menarik minat Arin. Arin mengangguk. Memang dia mahu melawat Zeti tapi keadaan masa itu tidak mengizinkan.

“Baiklah.. Tapi saya kena cakap dengan pekerja saya dulu.. Mungkin saya suruh mereka keluar sekejap, sementara tunggu saya balik dari hospital.” Akhirya Arin mengalah. Memang benar kata Humaira, lelaki ini memang jenis yang tidak mahu mengalah!!

“Okey.. saya tunggu di luar...”

Tengku Elman melangkah ke luar kedai. Matanya melilau melihat sekeliling. Manalah tahu ada orang yang ternampak dia berada di situ. Sebab itu dia menukar pakaiannya sebelum datang ke sini tadi. Dia tidak mahu dirinya menjadi perhatian. Dua orang pekerja Arin sudah keluar. Sementara Arin menutup pintu butiknya.

Arin mengikut Tengku Elman Qaufar ke tempat parking. Kelihatan Encik Johan sudah sedia menunggu mereka berdua. Tengku Elman menyuruh Arin naik kereta bersamanya sekali. Selepas melawat nanti, dia menyuruh Encik Johan menghantar Arin balik ke sini semula.

 Encik Johan hanya menerima arahan dari Tengku Elman. Dia segera memandu menuju ke hospital yang di sebutkan oleh Arin.

Petang itu ketika Mak Teh dan Pak Teh pulang, Humaira dikejutkan dengan kedatangan Tengku Elman Qaufar bersama dengan Arin. Memang dia tidak tahu kenapa Tengku Elman menjejakinya sampai ke sini. Terus dia mendekati Arin.

“Kenapa dia datang ke sini?” soal Humaira ke telinga Arin. Arin hanya tersenyum.

“Dia yang nak sangat jumpa awak kat sini. Mungkin dia ingat awak tipu dia dan bagi alasan jaga Zeti kat sini!” balas Arin lagi.

“Apa?? Aku tak tipulah.. Lelaki ini memang menjengkelkan.” Humaira mencebik. Tak sudah-sudah lelaki ini mahu menjejakinya.

“Awak ni buta kot!”

“Kenapa pula cakap Ira macam tu?” soal Huamira tidak puas hati. Dia melihat Tengku Elman tersenyum padanya. Hati dia pula yang rasa sakit.

“Memanglah.. Sebenarnya dia ni baik hati tau!! Mana pernah seorang bos nak datang melawat ahli keluarga pekerjanyan yang baru masuk kerja?”

“Awak jangan mengarut boleh tak!!” bisik Humaira lagi.

“Okeylah.. Aku tak boleh tinggalkan kedai tu lama-lama. Ni datang pun sebab dia merayu kat aku. Kalau tidak jangan harap aku nak keluar temankan dia sampai ke sini” jawab Arin pula. Namun matanya sempat mengerling ke arah Tengku Elman sambil itu dia melemparkan senyuman pada lelaki itu.

“Okeylah kalau awak memang ada kerja. Hati-hati balik tau!” pesan Humaira. Dia sudah biasa memberi pesanan sebegitu pada Arin dan begitu juga sebaliknya.

Mereka berdua berpelukan. Lupa seketika bahawa ada insan lain bersama dengan mereka di dalam bilik itu.

“Awak jagalah Zeti baik-baik. Esok kalau ada masa aku datang lagi tau!”

“Okeylah..Hati-hati..”

Selepas Arin menutup pintu, Humaira kembali duduk di kerusinya.

Friday 14 September 2012

Kau Rantai Hatiku 13



PAGI ini mereka di kejutkan dengan mesyuarat tergempar. Tergemparlah konon!!! Tengku Elman Qaufar memang sengaja memberitahu saat-saat akhir. Bukan apa dia sekadar mahu menguji segelintir sikap pekerja di syarikatnya itu.

Semua pereka yang bekerja dalam syarikat itu turut serta termasuklah Humaira pekerja baru mereka. Dalam bilik mesyuarat itu, Humaira mencari tempat yang agak terselindung dari pandangan Tengku Elman. Nasib baik ada kerusi kosong di sebelah Kak Sofi. Nanti dia bolehlah berselindung di sebalik tubuh kak Sofi yang gempal sedikit itu. Dia rimas melihat mata Tengku Elman Qaufar yang asyik melemparkan pandangan padanya seperti mesyuarat hari itu.

“Okey, saya nak anda semua sediakan satu rekaan yang bersesuaian dengan projek ini. Dan berikan sampel ini kepada Cik Isabella sebelum ia di hantarkan kepada saya..” arahan yang di terima dari Tengku Elman Qaufar membuatkan semua pekerja mengangguk.

Isabella yang duduk di sisi Tengku Elman Qaufar tersenyum manis kepada pekerja yang ada dalam bilik tersebut. Dalam projek ini dia di lantik menjadi ketua pasukan. Namun pandangan Isabella terhenti pada wajah Humaira. Wajah yang membuatkan hatinya tidak senang! Kebetulan juga anak mata Humaira memandang ke arahnya.

‘Kelihatan tajam benar pandangan Cik Isabella terhadapnya. Mungkin perasaan aku saja kot!’ Humaira memujuk hatinya.

Sebaik saja mesyuarat selesai, semua pekerja keluar dari bilik mesyuarat itu. Humaira juga mahu berebut keluar. Dia cepat-cepat menghayunkan langkahnya. Namun belum sempat dia keluar dari bilik tersebut, kedengaran orang memanggil namanya. Lalu dia menoleh. Kelihatan Tengku Elman memanggilnya sekali lagi dengan muka yang sangat serius.

“Humaira, awak ikut saya sekarang!” Tengku Elman seolah-olah memberi arahan. Isabella yang masih lagi berada bersama mereka rasa hairan. Kenapa pula Tengku Elman begitu serius suruh Humaira masuk ke biliknya? Apa yang tak kena dengan gadis itu? Isabella tertanya-tanya sendirian.

“Elman kenapa dengan you ni? Ada yang tak kena dengan Humaira ke?” soal Isabella yang hairan melihat kelakuan Tengku Elman yang agak serius pagi itu. Dahlah mesyuarat pun secara tiba-tiba, sekarang dia nak jumpa Humaira pula. Apa yang tidak kena dengan dia pagi ini?

“Itu bukan urusan youlah.. Ini urusan I dengan dia..” jawab Tengku Elman dengan nada tegas. Namun dia sempat mengerling ke arah Humaira. Kecut perut juga Humaira melihat wajah Tengku Elman yang serius itu.

Humaira hanya mengangguk macam burung belatuk! Entah apa lagi yang lelaki ini tidak puas hati terhadapnya.  Nak kata penampilannya tidak menarik, dia dah minta pendapat tentang penampilannya dari Kak Sofi tadi. Kata Kak Sofi okey je! Memang dia suka berpenampilan yang biasa-biasa saja. Kalau hari-hari macam ni memang dia boleh naik gila!! Ini semua pasal kontrak tu. Kalau tidak sudah lama dia meletakkan jawatan dan kembali ke kedai butiknya. Dia lebih selesa bekerja di kedai butik bersama dengan Arin, walau pun kekadangnya dia terpaksa melayan karenah pelanggan yang agak cerewet! Tapi bila dia mengenangkan impiannya dia harus menguatkan semangat!!

Namun Humaira mengikut juga belakang Tengku Elman. Dia perasan Cik Isabella merenung tajam ke arahnya. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak ikut Tengku.. Itu arahan yang dia sendiri pun tidak suka. Entah apa yang lelaki itu mahu darinya!

Sampai sahaja di biliknya, Tengku Elman mempelawa Humaira duduk. Humaira sekadar mengikut saja apa yang di suruh Tengku Elman. Lama dia duduk namun Tengku Elman tidak bersuara. Entah apa yang ada dalam kotak fikiran lelaki itu! Namun dia sedar mata lelaki itu sedang meratah seluruh wajahnya. Mungkin dia teringat pada ‘isterinya’ kot!

“Tengku tak ada apa nak cakap ke? Kalau tak ada saya nak minta diri dulu. Lagi pun saya banyak kerja nak buat ni..” akhirnya Humaira yang memulakan bicara.

Oppss sorry! Sebenarnya saya ada hal penting panggil awak kemari”

“Hal apa? Saya ada buat salah ke?” berkerut dahi Humaira. Dia cuba mengingatkan sesuatu.

“Tak bukan pasal tu, tapi ini hal lain.”

“Hal apa?” Humaira langsung tidak faham apa yang Tengku Elman cuba sampaikan. Lelaki itu benar-benar mengungat keimanannya. Cakaplah cepat-cepat! Ni tidak perlahan-lahan macam siput berjalan. Apa dia ingat aku ni banyak masa nak spend dengan dia kot!!

“Sebenarnya saya dah masukkan duit dalam akaun awak sebanyak RM 10 ribu. Rasanya cukup untuk kegunaan awakkan?” lelaki itu memberitahu hal pentingnya itu.

“Apa?? Tengku ni dah gila ke? Saya tak nak terima duit tu!” Humaira rasa mahu cepuk je wajah lelaki di depannya ini.

“Saya tahu, mesti awak cakap saya gila! Sebab itulah saya terus masukkan duit itu ke dalam akaun awak! Kalau semua nak minta persetujuan awak, rasanya sampai tahun depan pun tak mungkin awak akan setuju!!” sinis sekali kata-kata Tengku Elman. ‘Huh!! Kalau bab menyindir ni bagi sajalah pada lelaki ini’ gumam Humaira sendirian.

“Mana Tengku dapat nombor akaun saya?” soal Humaira kehairanan.

“Dunia sekarang tiada yang mustahil! Lagipun boss mereka tu kawan I. Jadi segala urusan tu senang!”

“Kenapa Tengku buat macam ni? Tengku tak patut masuk campur dalam masalah keluarga kami..” Humaira berkata dengan nada yang sedih. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melibatkan orang lain dalam hal keluarga mereka. Memang benar dia memerlukan sejumlah wang yang besar namun dia tidak mahu menagih simpati dari orang lain.

“Mungkin awak sudah lupa, yang darah awak tengah mengalir dalam tubuh saya. Jadi mulai saat itu, segala masalah awak adalah masalah saya juga..” gertak Tengku Elman lagi. Gadis ini tidak sudah-sudah menyalah tafsirkan dirinya.

“Jangan jadikan itu alasan Tengku!! Saya tak nak duit Tengku itu. Cukuplah hadiah yang saya terima hari tu..” ujar Humaira dengan nada tegas. Tengku ni makin di layan makin menjadi-jadi pula perangainya.

“Itu hadiah dari pihak penganjur. Ini hal peribadi saya. Saya tahu awak perlukan duit yang banyak. Jadi saya terus masukkan duit tu dalam akaun awak!” jelas Tengku Elman juga tidak mahu mengalah. Dalam diam dia memang kagum dengan sikap jujur si gadis itu.

“Sebab saya tahu itu pemberian peribadilah saya tak nak terima..” tegas Humaira.

“Dan saya pun tahu awak tak akan terima duit tunai atau cek kalau saya bagi depan awakkan!!” ujar Tengku Elman geram. Kemudian dia menyambungkan lagi kata-katanya. Tapi kali ini nadanya lembut dari yang tadi.

“Saya tahu satu beg darah yang awak dermakan itu tak ternilai harganya. Tapi itulah salah satunya cara untuk saya membalas jasa baik awak! Atau awak rasa ianya tidak mencukupi?” nada geram sudah kedengaran di telinga Humaira. dia tahu mungkin TEngku Elman tersinggung dengan kata-katanya tadi. Tapi dia memang tidak berniat mahu meraih simpati dari Tengku Elman.

Humaira mendiamkan diri. Sudah mati akal dia mahu membalas balik kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Elman. Lama mereka menyepi. Lelaki ini memang degil!!

“Okeylah.. Saya terima saja duit itu. Dan saya berharap Tengku jangan buat kerja gila macam ni lagi..” Humaira memberi amaran!

“Apa pun terima kasih kerana menderma darah untuk saya hari itu..” balas Tengku Elman pula. Senyuman terukir di bibirnya. Akhirnya gadis ini tahu juga nak mengalah!

“Saya pun nak ucapkan terima kasih pada Tengku sebab duit itu. Duit itu akan menyelamatkan nyawa seseorang yang paling saya sayang..” akhirnya Humaira senyum. Terbayang-bayang wajah Zeti yang sedang menderita sakit jantung.

Zappp!!! Darah Tengku Elman terasa. ‘Apa maksud Humaira? Orang yang paling dia sayang?’

“Saya nak minta diri dululah..” ujar Humaira seraya bangun dari kerusinya. Tengku Elman hanya menghantar pandangannya sahaja.

HUMAIRA segera bergerak menuju ke meja kerjanya. Ketika itu dia rasa mahu meraung saja!! Melayan karenah Tengku Elman yang semakin hari semakin melampau!! Namun dia terus mengingatkan dirinya agar rasa bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menghulurkan bantuan ketika dia memerlukan. Duit itu nanti dapatlah dia membayar rawatan untuk Zeti.

Dia terus duduk di kerusinya. Pekerja lain pula mengeruminya.

“Bos cakap apa pada awak tadi?” soal mereka bergilir-gilir.

“Tak ada apalah.. Ada perkara penting yang dia nak bincangkan dengan Ira!” jawab Humaira berterus terang.

“Oh.. macam tu.. Tak apalah Ira teruskanlah buat kerja tu. Kalau nak di layan mereka ni samapai esok pun tak akan habis punya..” ujar Kak Sofi. Dia memang tahu sangat perangai pekerja di situ.

Humaira terus membuat kerjanya. Dia harus focus. Lagipun hatinya sudah tenang sekarang kerana duit yang mahu di carinya sudah ada dalam genggamannya. Kekadang dia sendiri tidak faham dengan sikap Tengku Elman. Dalam kasar ada lembutnya. Dalam nakal ada baiknya.. Ddia tersenyum sendiri.

Waktu makan tengah hari sudah tiba. Pekerja-pekerja di bahagian mereka sudah keluar. Namun Humaira masih lagi meneruskan kerjanya.

“Ira, awak tak keluar makan tengah hari ke? Dah waktu makan tengah hari ni?” soal Kak Sofi. Dia sanagt prihatin tentang pekerja di bawahannya. Terutama sekali pekerja baru seperti Humaira. ada banyak yang mereka perlu tahu dan pelajari. Namun dia tidak kedekat dengan ilmu yang dia ada.

“Akak keluar dululah. Lagipun Ira nak siapkan sikit lagi ni.. Sementara idea masih ada ni..” jawab Humaira samba tersenyum.

“Kalau macam tu, kami keluar dululah ya.. Awak jangan lupa makan tengahhari pulak!!”

“Baiklah kak..  Akak jangan risau, nanti pandai-pandailah Ira cari tempat makan..”

Kak Sofi dan Lala segera keluar. Perut sudah lapar mana tahan nak menunggu Ira yang belum habiskan kerjanya.

HUMAIRA mengambil telefon bimbitnya lalu dia menelefon Mak Teh. Dia mahu bertanya khabar tentang kesihatan Zeti. Minggu ini dia langsung tak berkesempatan mahu melawat Zeti kerana dia baru memulakan pekerjaannya di syarikat ini. Mahu memohon cuti pun bukannya senang. Selain itu dia juga mahu memberitahu Mak Teh yang dia sudah mendapatkan duit untuk kos pembedahan jantung Zeti nanti.

“Helloo..”

“Helloo..”

“Mak Teh, macam mana kesihatan Zeti hari ni?” soal Humaira. Walau pun dia bekerja namun dia tidak lupa untuk bertanya khabar.

“Doktor cakap mungkin lusa dia akan menjalani pembedahan itu.”

“Iya.. Syukur alhamdulillah, Lebih cepat Zeti buat pembedahan lagi bagus..”

“Tapi Mak Teh risau mana nak cari duit sebanyak itu?” satu keluhan kedengaran di hujung talian.

“Pasal duit tu Mak Teh jangan risau. Yang penting Zeti mesti sihat cepat. Ni Ira nak bagi tahu, Ira dah dapatkan duit untuk kos pembedahan Zeti. Jadi Mak Teh tak payah risau tentang duit tu ya!” ujar Humaira dengan gembiranya.

“Iya.. Alhamdulillah.. Mana Ira dapat duit tu?”

“Kan Ira menang pertandingan hari tu. Dan bos Ira ada juga hulur sedikit”

“Baiknya bos Ira.. Cakap dengan dia Mak Teh ucap Terima kasih..”

“Baik Mak Teh.. Nanti Ira cakap dengannya..”

‘MakTeh?’ bisik Tengku Elman dalam hati. Dia baru saja keluar dari biliknya melihat Humaira sedang bertelefon. Lalu dia mengatur langkah dengan senyap berdiri tidak jauh dari situ.

“Cakap dengan Zeti kalau Ira ada masa nanti Ira pergi melawat dia. Tapi sekarang Ira masih sibuk.. Maklumlah baru bekerja di tempat baru macam ni memang susah sikit nak dapat cuti..”

“Baiklah Ira, nanti Mak Teh bagitau Zeti. Kalau Zeti tau mesti dia gembira..” ujar Mak Teh di hujung talian sambil mengelap air matanya. Dia rasa terharu dengan pengorbanan Humaira.

‘Lembut juga dia bercakap dengan orang lain kalau dengan aku ciss.. Selalu saja mahu menyinga!’ tapi yang sebenarnya Tengku Elman lega apabila Humaira menyebut nama orang bernama Zeti itu rupanya anak mak cik itu. Mati-mati dia ingatkan orang yang di sayang oleh Humaira itu lelaki. Dia tersenyum sendiri! Lalu dia angkat kaki dari situ sebelum Humaira menyedari kehadirannya di situ!

 

 
 
 

Wednesday 12 September 2012

Kau Rantai Hatiku 12



TENGKU Elman Qaufar sudah berada di pejabatnya. Sengaja dia datang awal pagi ini. Manalah tahu dia terserempak dengan Humaira. Namun apa yang di harapkan tidak berlaku pula. Argh,, tak apa selepas hari ini hari-hari dia jumpa. Tangannya terus saja menaip pesanan ringkas di tujukan pada seseorang. Lepas menekan butang send, dia tersenyum sendiri. Semalam dia sempat mengambil nombor telefon Humaira yang ada dalam borang permohonan kerja. Kalau nak minta dari dia memang alamatnya sampai tahun depan pun gadis itu tak akan bagi.

“Teet..teet..teet.” bunyi pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Humaira. Humaira segera mengambil telefon bimbit itu lalu di tekan’open’.

“Mulakan hari anda dengan senyuman. Biar rezeki senang masuk.. TEQ..”

‘TEQ?’

“Tengku Elman Qaufar?” tanpa di sedari dia telah menyebut nama lelaki itu.

“Humaira.. Kenapa dengan awak ni? Aku dengar kau sebut nama penuh Tengku? Korang kenal ke sebelum ini?” soal Kak Sofi. Dia merupakan orang yang paling lama bekerja dalam syarikat ini. Dia sebenarnya pelik dengan gadis yang baru masuk bekerja itu.

“Tak ada apa-apa..” jawab Humaira sambil menggeleng kepalanya.

“Kenal pun sebab semalam dah jumpa dia..” ujar Humaira menutup perasaan malunya. ‘Hishh.. Baru hari pertama dah macam-macam hal berlaku.’ Keluhnya dalam hati.

“Dah jumpa dengan Cik Isabella ke?” soal Kak Sofi lagi.

“Cik Isabella? Siapa dia?” ‘Macam kenal je dengan nama tu, tapi kat mana ya? Mungkin perempuan semalam tu kot?’ bisik hati Humaira.

“Dia ketua bahagian pemasaran.. Tak kan tak tahu dia tu bakal tunang Tengku..” terang Kak Sofi lagi.

“Oh..” jawab Humaira pendek. ‘Patutlah perempuan semalam tu macam tidak suka dengan kehadiran dia. Mungkin dia rasa tergugat. Tapi dia datang ke situ untuk mencari rezeki.. Teringat pula dia dengan nasihat Mak Teh.

“CIK Humaira, Tengku suruh cik masuk ke biliknya sekarang juga!” itulah arahan pertama yang di terima oleh Humaira sebaik saja mereka selesai bermesyuarat. Dalam mesyuarat itu, Humaira memperkenalkan diri sebagai seorang pereka fesyen yang baru masuk kerja pada hari tersebut.

Isabella perasan mata Tengku Elman begitu static pada wajah yang sedang memperkenalkan dirinya itu. Tiba-tiba hatinya di terpa perasaan cemburu. Ini tak boleh jadi! Dia harus menawan hati Tengku Elman sebelum ada gadis lain yang dapat menawan hati yang dingin itu.

Tengah hari itu sengaja dia menekan nombor telefon Humaira. Dia mahu Humaira keluar makan tengah hari bersamanya. Namun permintaannya itu di tolak baik oleh Humaira. Tengku Elman geram lalu dia keluar dari biliknya menuju ke arah meja Humaira.

Mereka berbisik-bisik sesama sendiri bila melihat Tengku Elman datang ke meja Humaira. Mereka juga mendengar Pengarah mereka mengajak Huamira keluar makan. Mungkin bos mereka dengan Humaira sudah kenal. Dari gaya dan perbuatan Tengku Elman menampakkan mereka seperti sudah kenal.

“Untung kau Humaira, baru je masuk kerja bos besar dah ajak keluar makan. Kenapa kau tak pergi tadi?” soal Kak Sofi sebaik saja kelibat Tengku Elman hilang dari pandangan.

“Yelah Ira, kenapa kau tak nak keluar dengan Tengku tadi? Kalau akulah tadi memang aku tak tolak peluang. Memang nak saja..” sampuk Lala pula.

“Hish tak naklah.. Nanti timbul gossip pula. Dia tu orang terhormat. Kita ni orang biasa saja.. Hish tak naklah tak ada hal cari hal pula..” jawab Humaira.

“Hish kalau akulah yang bos ajak keluar makan, sure aku tak tolak punyalah.. Kau ni tak padan dek untung tau!”

 “Tak naklah.. Lagi pun seganlah dengan bos tu..” jawab Humaira tenang. ‘Bukan segan tapi dia menyampah dengan sikap Tengku Elman yang tak habis-habis dengan muslihatnya.’

“Bukan apa kami yang dah lama kerja kat sini pun belum pernah dia nak belanja makan. Entah-entah dia ada hati kot dengan Ira..”

“Ada hati? Hish jangan nak mengarutlah!! Perasaan korang je tu! Dia bakal bertunang dengan Cik Isabella. Tak mungkinlah!” Humaira tergelak. Lucu pula di rasakan kata-kata teman sepejabatnya itu. Ini baru hari pertama dah macam-macam hal! Namun dalam diam memang dia marahkan Tengku Elman yang tak sudah-sudah cari hal dengan dirinya.

Berderau darah Isabella mendengar perbualan pekerja-pekerjanya. Memalukan sungguh, Tengku Elman mengajak pekerja baru tu keluar makan! Apa Tengku tu dah buang tabiat ke?

 “Biarlah.. aku baru je masuk kerja. Manalah aku tau sikap bos tu macam mana? Nanti ada pula di sembur dengan girlfriend dia. Tak ke malu aku di buatnya..”

“Sebut pasal girlfriend, ya Cik Isabella tu bakal tunang Tengku.. Itu khabar angin yang aku dengar. Tapi tak tahulah bila mereka akan bertunang..”

“Sebab itulah aku tak nak cari pasal..” balas Humaira lagi. ‘Rupa-rupanya dah ada bakal tunang! Tapi Tengku Elman sibuk juga nak ganggu hidupnya.’

Humaira tahu mungkin ada orang memandang sinis pada gelagat Tengku Elman terhadap dirinya namun apakan dayanya. ‘Hish!! Semua pasal kontrak tu.’ Humaira mengeluh sendiri. Selepas ini apa lagi dugaan yang akan melanda dirinya.

Petang itu sebaik saja habis waktu pejabat dia segera pulang. Untuk hari pertama tidak banyak kerja yang perlu dia lakukan. Baru saja Humaira mahu melangkah, terdengar seperti namanya di panggil.

“Humaira..” panggil Tengku Elman dari belakangnya. Humaira menoleh bila terdengar ada orang memanggil namanya. Dia mahu pulang cepat agar tidak terserempak dengan Tengku Elman. Namun sangkaannya meleset.

“Tengku, jangan nak buat hal boleh?” ujar Humaira. Dia sudah rimas dengan perangai Tengku Elman yang selalu tak di sangka-sangka. Bukan apa dia tidak mahu timbul gossip mengatakan dialah orang ketiga dalam hidup Tengku Elman. Semenjak dia tahu Cik Isabella itu bakal tunang Tengku Elman, seboleh-bolehnya dia cuba mengelak untuk tidak berjumpa atau teserempak dengan lelaki itu walau di mana jua!

“Hal apa? Saya tak faham..” selamba sahaja Tengku Elman bertanya. Bukannya dia tidak sedar bahawa gadis di depannya itu tidak suka dengannya namun, hatinya tidak berkata begitu.

“Jangan pura-pura tak tau pula! Saya tak nak ada gossip dengan Tengku.. Cukuplah kalau Tengku nak balas budi saya dengan memberikan kerja ini. Saya tak nak ada masalah dengan Tengku..” Humaira bersuara tegas. Bagai mana dia mahu meyakinkan lelaki ini dengan segala alasan agar lelaki ini memahami situasinya. Runsing sungguh!!

“Kalau dia orang nak bergosip, biarlah itukan mulut mereka. Lama-lama nanti mereka akan bosan juga..” jawab Tengku Elman selamba.

“Tengku cakap senanglah.. yang menanggungnya saya!” marah Humaira lagi. Nasib baik mereka berada di luar pejabat. Terasa Tengku Elman begitu kecil di ruang matanya ketika perasaaan marahnya meluap-luap.

“Saya juga menanggung rasa.. Apa awak ingat saya suka lihat keadaan awak begini? Saya rasa sengsara tau. Dari tadi lagi awak menjauhkan diri. Apa salah saya?” soal Tengku Elman yang tidak faham dengan perangai Humaira. Dulu dia sangkakan, setelah Humaira bekerja di Syarikatnya maka senanglah mereka akan berjumpa namun apa yang terjadi sekarang di sebaliknya.

Humaira membisu. Dia tidak tahu apa yang harus di katakannya. Bukan setakat itu, lelaki ini asyik menyusahkan hidupnya. Langkahnya diatur untuk meninggalkan Tengku Elman di situ.

“Humaira..” panggil Tengku Elman apabila menyedari gadis sudah meninggalkan dia di situ. Namun Humaira mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu berdepan dengan Tengku Elman lama-lama.

Terus saja dia masuk ke dalam keretanya lalu di memecutkan keretanya tanpa menghiraukan panggilan dari Tengku Elman.

Tengku Elman yang mengejar dari belakang tadi hanya mampu melihat kedegilan gadis itu yang tidak mempedulinya panggilannya. Telefon bimbit menjerit-jerit minta di angkat.

“Hello sayang, you kat mana? I tunggu you lama tau!” suara Isabella menyoal di hujung talian. Diringankan tangannya untuk mendail nombor Tengku Elman apabila mendapati Tengku Elman masih lagi tidak datang ke tempat yang mereka janji untuk bertemu.

“Okey tunggu kejap nanti I datang..” jawab Tengku Elman lalu menamatkan panggilan telefonnya.

Dengan tergesa-gesa, Tengku Elman menuju ke arah keretanya. Dia mahu sampai ke tempat yang dituju dengan cepat.

HUMAIRA terus memandu menuju ke kedai kainnya. Dia mahu menjenguk sahabatnya Arin. Kesian dia!

Terjengul saja wajah Humaira, Arin sudah menghadiahkan sebuah senyuman pada sahabatnya.

“Macam mana hari pertama kerja?” soal Arin. Wajah sahabatnya tidak menunjukkan dia gembira pun walaupun hari pertama dia bekerja.

“Macam itulah..” jawab Humaira lemah.

“Ni kenapa ni? Ada masalah ke kat pejabat awak tu?”

“Setakat ni belum lagi. Tapi masalahnya dengan bos aka Tengku tu..” kedengaran Humaira mengeluh.

“Dia buat apa dengan awak sampai awak jadi macam ni.. Tak bersemangat langsung..” Arin memandang wajah sahabatnya yang nampak sedikit lesu.

“Pagi-pagi dah buat mood aku kacau tau!”

“Dia buat apa?”

“Aku baru je duduk kat kerusi aku, dah terima sms dari dia.. Mulakan hari anda dengan senyuman. Biar rezeki senang masuk.. TEQ..”

“Apa? Tengku tu beri sms.. Mungkin dia dah syok kat awaklah tu..” usik Arin.

“Syok apa ke benda nye.. Tu girlfriend dia yang satu pejabat tu dia nak campak kat mana? Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku je..” luah Humaira lagi!

“Janganlah serius sangat. Tak baik tau terlalu bencikan dia. Nanti kau jadi terlalu sukakan dia jangan nak salahkan sesiapa tau!” usik Arin lagi. Dia memang suka kalau ada lelaki yang sudah dapat menembus tembok hati sahabatnya itu. Baginya sudah tiba masanya Humaira membuka mata dan minda untuk menerima orang di sekelilingnya.

“Bukan itu maksud Ira. Ira tak nak bencikan sesiapa pun. Tapi dia kena sedar, dia tu orang ternama. Kita ni mana setaraf dengan dia tu.. Kita ni siapa?”

“Cinta tak mengenal rupa dan darjat.. yang penting hati Ira dah terbuka nak terima cinta seorang lelaki..” balas Arin lagi.

“Awak tak fahamlah Rin.. “ ujar Humaira mengeluh lagi.

“Ira sendiri yang tak nak faham diri sendiri..” balas Arin lagi. Rasanya dia lebih suka melihat Humaira rapat dengan Tengku itu berbanding dengan Azwan!

PETANG itu Humaira balik terus ke rumah. Nampaknya hari ini dia tidak sempat untuk menziarahi Zeti. Lagi pun keesokan harinya dia akan kerja.

Sampai saja di rumah, dia melihat Mak Teh sudah menyiapkan makan malam. Dia segera menyapa Mak Teh.

“Mak Teh masak apa hari ini?”

“Mak Teh masak makanan kegemaran Ira. Sempena Ira mula bekerja di pejabat baru hari ini..” balas Mak Teh. Dia benar-benar kesiankan Humaira. Humaira memang seirang gadis yang baik. Saggup gadis itu menolong mereka sekeluarga yang berada di dalam kesusahan.

“Ni yang sayang sangat dengan Mak Teh..” ujar Humaira sambil memeluk bahu Mak Teh. Mak Teh tersenyum.

“Pergilah Ira mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama..”

“Baik Mak Teh..”

Humaira segera menuju ke bilik atas. Dia mahu menyegarkan tubuhnya yamg rasa melekit kerana seharian dia bekerja.

SEKALI sekali sekala terdengar keluhan dari bibir Tengku Elman. Entah apa yang di keluhnya sampai Isabella di depannya mula sakit hati.

“You ni kenapa sayang? Dari tadi asyik mengeluh? Kalau you tak nak keluar dengan I cakap jelah. Tak payah nak sakitkan hati I dengan perangai you macam ni!” ujar Isabella dengan rasa tidak puas hati.

Sorry bukan I berniat buat macam tu..” Tengku Elman memberi alasan. Benar juga kata Isabella, kalau tak suka keluar dengannya cakap saja dari pada berdiam diri begini dan asyik mengeluh tak tentu hala.

Makan malam mereka sunyi sepi. Tiada seorang pun yang mahu memulakan bicara. Tengku Elman juga tidak berkata apa-apa. Dia menikmati hidangan yang sudah ada di depan matanya saja.. akhirnya Isabella memulakan bicara.

“Sayang, you perasan tak yang pekerja baru kita tu mirip macam arwah Ariana. Mula-mulanya I terkejut nampak dia sewaktu dia datang jumpa you hari tu..” terang Isabella.

“Mmmm...”

“I dengar you ada ajak dia keluar makan tengah hari dengan you. Betul ke?” soal Isabella. Dia mahu melihat reaksi Tengku Elman dengan pertanyaan dia tu.

“Betul.. Kenapa? Salah ke I buat macam tu?” soal Tengku Elman lagi. Dia tidak akan menyembuyikan kenyataan lagi. Biarlah Isabella tahu segalanya.

Merah muka Isabella bila mendengar pertanyaan Tengku Elman yang berbaur sindiran itu.

“Tak salah.. Memang patut pun seorang ketua mengambil kebajikan seorang pekerja..” Isabella menjawab. Namun dia tidak mahu dirinya di pandang serong oleh Tengku Elman.

Bosan dengan pertanyan demi pertanyaan dari Isabella, Tengku Elman mengajak Isabella pulang. Makin lama dia berada dekat dengan Isabella, makin rimas pula dia rasakan.