Selepas balik dari Cameron
Highland, Iqbal menemani Mira mendaftar di kelas memandu. Seperti yang di
janjikan semasa mereka berada di kampung hari itu. Iqbal mahu Mira mengambil
lesen memandu. Selepas itu dia mendaftarkan Mira di kelas memandu mereka berdua
pergi ke Time Square. Iqbal mahu membawa Mira jalan-jalan.
Mereka pergi makan di KFC
selepas itu dia membawa Mira ke tempat mainan. Sambil itu Iqbal mengambil
kesempatan memengang tangan Mira walaupun Mira beberappa kali memarahinya.
Namun akhirnya Mira biarkan saja tangan Iqbal memengang tangannya. Dia rasa
seronok bila melihat sekeliling. Kadang-kadang Iqbal mengusiknya.
Ketika sedang berjalan-jalan,
tiba-tiba seorang gadis yang berjalan terkocoh-kocoh melanggar Iqbal Iskandar.
Sebaik saja Iqbal menoleh dia terkejut melihat seorang gadis yang amat di
kenalinya. Gadis itu juga begitu. Hatinya berbunga riang melihat wajah yang
menjadi pujaan berada di depan mata.
“Hi Iqbal.. Lama tak jumpakan?”
soal gadis itu.
“Hi Amanda.. You buat apa kat
sini?”
“I ada meeting kat sini. You
pula..?” soal Amanda dengan perasaan terujanya. Yalah sudah lama dia tidak
bertemu dengan Iqbal Iskandar, lelaki yang di pujanya dalam diam dahulu.
Sehingga dia sanggup bergaduh dengan Rozie gara-gara lelaki di hadapannya itu.
Akhirnya dia mengalah sahaja apabila Rozie mengugutnya. Bukannya dia takut tapi
dia rasa dirinya bertepuk sebelah tangan! Lebih baik dia lepaskan lelaki itu
dari hidupnya.Namun sekarang dia tertanya-tanya siapa pula perempuan di
sebelahnya itu?
“Oh I lupa perkenalkan wife I,
Mira.. Kami jalan-jalan je kat sini..”
Mira Syafika dan Amanda
bersalaman. Terbit rasa cemburu di hati Amanda. Bertuah sungguh gadis yang
bernama Mira itu kerana dapat berkahwin dengan Iqbal Iskandar. Lelaki yang
penuh ego dengan perempuan akhirnya jatuh juga kepangkuan gadis yang bernama
Mira itu.
Mira mula menahan rasa. Entah
kenapa hatinya bergetar dengan perasaan cemburu. Betul ke itu perasaan
cemburunya? Dia tidak tahu kenapa perasaannya tidak senang apabila melihat mata
Amanda asyik memandang suaminya itu. Bukannya dia tidak tahu suaminya itu
sering mendapat perhatian dari perempuan yang cantik dan seksi di luar sana.
Mira terus melangkah
meninggalkan kedua insan itu. Namun langkahnya itu di sedari oleh Iqbal. Dalam
hati dia mengomel sendirian.
‘Baru hari tu cakap dia
sayangkan aku seorang. Tapi sekarang tengok apa dah jadi? Pantang tengok gadis
berdahi licin.. Mulalah nak dilayannya mesra..’ kakinya melangkah ke ruang yang
menempatkan kerusi untuk menunggu.
“Sayang..” panggil Iqbal. Namun
Mira tetap juga meneruskan langkahnya.
“Sayang..” Iqbal Iskandar terus
sahaja memaut lengan isterinya itu.
Iqbal Iskandar memandang wajah
Mira yang ketat itu di lama. Mira cemburukan dia dengan Amanda ke? Iqbal
mengukir senyum. Alhamdulillah, cemburu juga Mira akhirnya. Cemburukan tandanya
sayang. Comel betul kelakuan Mira bila mula rasa cemburu. Rasa nak gelak jer
kuat-kuat.
“Sayang, stoplah.”
“Dah habis meeting ker? Mira
ingat nak tunggu kat kerusi tu..” ujar Mira mahu melindungi kegelisahan dalam
hatinya.
“Dah..” jawab Iqbal pendek. Dia perasan
wajah Mira berubah!
“Jom kita balik” tingkah Mira
sepatah. Wajahnya masih kelat seperti tadi, hatinya masih panas.
Iqbal tergelak kecil. Alah dia
ni confirm cemburu ni. Tak pernah dia nampak Mira berperangai begitu.
“Sayang jelous ye?” Iqbal
mengangkat keningnya. Dia semakin galak mengusik isterinya itu.
Tersentak Mira dengan soalan
yang tepat itu. Dia menelan air liurnya. Jelas sangat ke kelakuannya tadi? Hish
buat malu aku je dia ni!
“Erm, mana adalah. Buat apa nak
jelous pulak, buang masa saja...”
“Iya ke? Tapi abang dapat bau
cemburu ni..” usik Iqbal. Wajah Mira di simbah malu lagi.
“Dahlah jom balik.” Dalih Mira. Memang
Mira Syafika tidak sabar mahu pulang ke rumah. Dia tidak mahu lama-lama berada
dekat dengan Iqbal Iskandar. Semakin lama dia berada di samping Iqbal semakin
timbul perasaan aneh yang tidak di undang. Dan dia takut untuk menghadapinya!
...........................................
Sementara itu Rozie sudah jadi
tidak keruan. Panggilan demi panggilan langsung tidak di jawab oleh Iqbal. Mahu
ke pejabatnya pun belum tentu Iqbal ada. Sebab sebentar tadi dia menelefon ke
pejabat Iqbal, setiausahanya mengatakan Iqbal masih bercuti. Takkan mereka
pergi honeymoon? Macam mana aku nak terus tambat hati Iqbal. Dia ni kebal
semacam jer!!
Malam ini seperti biasa Rozie
akan keluar bersama kawan-kawannya. Dia mahu menghilangkan rasa tertekan.
Masalah dirinya sendiri dan juga kata-kata Daddynya masih terngiang-ngiang di
telinganya.
‘Macam mana dia nak buatkan
supaya lelaki itu boleh tunduk kepadanya. Semakin hari lelaki itu semkain sukar
untuk di dekati. Dan rancangannya dengan Daddynya akan hancur sekiranya dia
tidak dapat memiliki Iqbal. Hanya itulah satu-satunya jalan agar perniagaan
Daddynya terus maju. Dan Iqbal di pilih kerana latar belakang keluarganya. Dan
satu lagi yang memang di luar kawalannya ialah rasa cintanya hanya untuk lelaki
ego itu!
“Hi Rozie.. remember me?” tegur
seorang gadis.
“You..” Rozie tidak ingat akan
wajah gadis yang berdiri di depannya itu.
“I Amanda.. Still remember?”
soal gadis cantik itu. Baru Rozie teringat. Gadis itu yang cuba memikat Iqbal suatu
ketika dulu. Dan masa itu cuma dia sahaja yang berada dekat dengan Iqbal
Iskandar.
“Oh.. Amanda.. Lama tak jumpa
you!”
“I ingat you dah kahwin dengan
Iqbal. Lelaki dingin tu..” ujar Amanda. Sengaja dia mengusik Rozie. Berubah
wajah Rozie. Dia perasan perubahan itu!
“Why? Itu urusan you ker?”
cebik Rozie. Memang dia tidak suka jika ada di antara orang yang cuba membuka
kisah dia dengan Iqbal.
“Tentulah bukan urusan I, Tapi
I terserempak dengan dia hari tu. Makin handsome pulak.. tapi yang hairan dulu
bukan main lagi you bersusah payah rebutkan Iqbal dari I. End story dia kahwin
dengan perempuan lain pulak. So sad!” ujar Amanda lagi.
Rozie semakin geram. Perempuan
di depannya itu memang mencari nahas. Dia cuba mencari kekuatannya. Dia harus
mematahkan serangan minda dari Amanda itu. Mencari jawapan yang boleh
membuatkan perempuan itu menutup mulut. Biar dia kenal siapa Rozie anak Tan Sri
Ruslan!
“Walaupun Iqbal sudah
berkahwin, tapi dia tidak cintakan perempuan itu. Dia cuma cintakan I seorang!”
Rozie mula naik angin. Mana tidaknya perempuan di depannya itu seolah-olah
memperkecilkan dirinya.
“Oh.. how you know? I mean,
macam mana you confident yang Iqbal tak cintakan wife dia?” soal Amanda pula.
Hairan dia mendengar jawapan Rozie. Pada hal ketika dia berjumpa dengan Iqbal
hari itu, nampak sangat lelaki itu gembira dengan kehidupannya sekarang.
“Mereka kahwin sebab di tangkap
khalwat?”
“What?? It mean you buat
conclusion yang Iqbal tak cintakan wife dia?”
“Yup! Jadi I akan dapatkan
Iqbal. I akan buat apa saja cara asalkan Iqbal menjadi milik I” jawab Rozie
dengan bangga sekali. Senyuman di bibirnya penuh bermakna.
“Semoga awak berjaya memiliki
cinta Iqbal..” satu ucapan yang keluar dari mulut Amanda.
“Terima kasih” jawab Rozie.
Dalam hatinya dia sumpah seranah dengan kata-kata Amanda. Namun dia tidak mahu
menunjukkan kelemahannya pada Amanda.
“Okeylah I pergi dulu. I ada
hal..” Amanda terus berlalu dari situ.
Rozie hanya menghantar
pandangannya penuh geram pada Amanda.
“Siapa perempuan tu?” soal Elly
apabila dia baru melihat Rozie bercakap dengan seorang perempuan.
“Perempuan yang hanya tahu
menyakitkan hati saja!” Rozie mendengus.
“Apa? Menyakitkan hati? Tapi
aku tengok dia macam orang baik saja..” ujar Elly lagi. Tidak faham dengan
perangai kawannya yang seorang itu. Ada saja yang tidak kena di matanya.
“You tau apa?”
“Okey.. sorry kalau you tak
suka dengan apa yang aku cakap. Apa masalah sebenarnya ni?”
Rozie sekali lagi mendengus.
Dia meneguk air haram lagi.
“Dialah yang nak berebut Iqbal
dengan I. Tapi dia hilang macam tu saja. Sekarang dia dah muncul semula. Kalau
setakat perempuan macam wife Iqbal i can handle. But not she!” ujar Rozie.
“Tak baik tau berburuk sangka
dengan orang. Dahlah benda dah lepas. Tak payahlah kau kacau kehidupan Iqbal.
Mungkin dia dah bahagia dengan wife dia sekarang.
Elly menasihati Rozie. Sebagai seorang kawan kadang-kadang dia memang tidak bersetuju dengan perangai Rozie.
Elly menasihati Rozie. Sebagai seorang kawan kadang-kadang dia memang tidak bersetuju dengan perangai Rozie.
“I peduli apa! Yang penting I
akan dapatkan Iqbal balik.”
“Kau nak buat macam mana?”
“I ada rancangan.. tapi I tak
boleh cakap dengan youlah..”
Rozie masih tersenyum. Iqbal
Iskandar. Kau tetap tak boleh lari dari aku! Aku akan dapatkan kau walau dengan
apa cara sekali pun!
...........................................
Pagi-pagi lagi Mira sudah menyediakan sarapan
sebelum pergi kerja. Air teh sudah di tuangkan kedalam cawan dan roti bakar itu
sudah di sapukan jem dan di letakkan dia atas piring. Selalunya Iqbal hanya
minum secawan teh dan makan dua keping roti untuk alas perut sebelum masuk
kerja. Selepas menyiapkan kerjanya, dia mahu ke biliknya untuk mengambil beg
tangannya. Malas dia mahu bersemuka dengan Iqbal.
“Petang ni tunggu abang balik. Kita balik sama” ujar
Iqbal sebaik saja Mira mahu melangkah keluar dari ruang dapur.
“Kalau Mira tak payah tunggu abang boleh ke? Mira
boleh balik tumpang Kak Rosnah. Abang tak payah susah-susah.”
“Masalahnya abang nak bawa Mira keluarlah malam ni.
Nak pergi ke butik Auntie Lisda..” ujar Iqbal lagi. Dia tahu isteri masih dalam
‘mood’ merajuk!
“Nak buat apa? Abang pergi sajalah sendiri. Mira
malas nak keluar malam-malam.” Mira memberi alasan.
“Sayang kena ikut juga. Kenapa sayang tiba-tiba naik
angin ni?”
“Mira bukan naik angin. Mira malaslah nak keluar
malam-malam..” jawab Mira cepat. Memang dia malas nak keluar malam-malam.
“Sayang jangan ingkar arahan abang..” ujar Iqbal
geram!
“Huh!!” ujar Mira pendek. Dia terus saja keluar dari
rumah. Malas dia mahu bertekak dengan Iqbal awal pagi begini.
“Sayang!! Tunggulah abang..” ujar Iqbal. Dia
tergesa-gesa bangun dari meja makan. Air hanya di teguk sedikit kerana mahu
mengejar Mira. Sudah dari semalam Mira marah kepadanya. Susahnya dia mahu
memujuk hati sang isteri. Alahai macam mana dia nak pujuk. Dia takut Mira tidak
bersetuju pergi ke majlis orang tua Amirul.
...............................
Iqbal dan Mira masuk ke pejabat bersama-sama.
Kelihatan wajah Iqbal betul-betul ceria. Senyumannya memanjang. Semua
kakitangannya juga perasan. Dan Liza salah seorang yang tidak ketinggalan.
“Morning bos!!”
“Morning..”
“Ceria betul nampak bos kita hari ni. Ni baru balik
dari honeymoon ke?”
“Kami balik kampung.. Boleh kira honeymoon juga.
Jadi ada apa-apa pesanan ketika saya tak ada di pejabat?”
“Ada. Cik Rozie call.”
“Why?” soal Iqbal balik.
“Entahlah bos, setiap hari dia call. Tanya bos dah
masuk kerja ke belum..”
“Yang lain tak ada masalahkan?”
“Yuppp!! Oh ya, Dato Ismail nak jumpa, kalau bos
dah masuk kerja..”
“Ok, nanti kalau Dato Ismail call, cakap saya akan
jumpa dia sebentar lagi..”
Liza hanya mengangguk. Iqbal terus sahaja masuk ke
biliknya. Semua fail di atas meja di buka terlebih dahulu. Dia mahu memastikan
kerjanya berjalan dengan lancar walau dia tiada masuk pejabat selama tiga hari.
Setelah selesai barulah dia pergi ke pejabat papanya. Pasti ada sesuatu yang ingin
di bincangkan oleh papanya itu.
Di dalam pejabat Dato Ismail, Iqbal duduk di depan
ayahnya di sebuah sofa yang di khaskan di satu ruang dalam pejabt itu.
“Hey cerianya anak papa balik dari bercuti. Seronok
sangat ker?”
“Mestilah seronok pa.. sekurang-kurangnya Mira dah
mula rapat dengan Iqbal. Tak macam dulu..” Iqbal tersengih-sengih. Malu pun
ada.
“Baguslah kalau macam tu. Papa berharap sangat kamu
berdua akan bahagia. Tak perlu tergesa-gesa sangat, biar lambat asalkan kamu
akan bahagia nanti.”
‘Syukurlah kalau mereka berdua makin bahagia’
“Iqbal pun berharap kami akan bahagia samapai ke
akhir hayat..”
“Mama Iqbal ada komplen kat papa”
“Pasal apa papa?”
“Dia cakap dah lama Iqbal tak balik ke rumah. Dia
dah rindu dengan anak menantunya tu..”
“Iqbal tau.. Nantilah kalau ada masa Iqbal bawa
Mira balik rumah papa..”
Dato Ismail tersenyum. Iqbal balik semula ke bilik
pejabatnya.
.................................
Awal pagi lagi, Amirul sudah masuk ke pejabat
Iqbal. Dia mendengar Iqbal minta cuti selama tiga hari. Dan baru hari ini di
masuk ke pejabat semula. Dia
tersenyum-senyum melihat wajah Iqbal yang berseri-seri. Apa lagi terus saja dia
mengusik sahabatnya itu.
“Hello bro.. morning...” ujar satu suara di
depannya. Iqbal mengurut dadanya.
“Assalamualaikum...” ujar Iqbal perlahan.
“Waalaikumusalam...” jawab Amirul sambil
tersenyum-senyum.
“Dah lupa kawan yer?” soalnya lagi.
“Hish mana ada.. Aku baru je masuk pejabat. Terus
cakap aku ni lupa kawan. Apa kes ni?” soal Iqbal tidak puas hati dengan tuduhan
sahabatnya itu.
“Tak ada apalah. Rindu pula tak nampak wajah awak
tu..” usik Amirul lagi.
“Awak ni apa hal datang jumpa aku ni.. Tak ketuk
pintu lagi...” jawab Iqbal dengan senyuman yang lebar.
“Dari tadi aku asyik tengok kau tersenyum-senyum..
Ada apa-apa ke?” soal Amirul lagi. Soalan Iqbal langsung tidak di jawab.
“Hish awak ni kan memandai jer.. Suka hati akulah
nak senyum ke tidak..” Iqbal mula menyembunyikan perasaannya.
‘Hish nampak sangat ke aku ni gembira.. Semua orang
asyik menegur jer?’ ujar Iqbal dalam hati..
“Termenung lagilah tu.. Ni meeting tak lama lagi
tau.. Nanti kita terlambat..”
“Meeting? Liza tak cakap pun dengan aku tadi?”
“Oh yer ker? Ni aku ingatkanlah..” ujar Amirul
lagi. Dia tersenyum melihat gelagat Iqbal yang agak kelam kabut.
“Okey let go..” ujar Iqbal seraya bangun dari
kerusinya.
............................
Petang itu, awal Iqbal menyuruh Mira menunggu di
dalam biliknya. Sengaja dia menerkam intercom memberitahu Liza agar memberitahu
Mira masuk jumpanya di dalam.
“Ada apa abang nak jumpa Mira ni?” soal Mira.
“Saja. Nak tahan sayang dalam bilik ni. Abang takut
sayang sengaja larikan diri nanti.” jawab Iqbal jujur.
“Kan Mira cakap Miraa tak nak ikut abang! Abang
paksa Mira ni kenapa?” ujar Mira dengan rasa geram. Iqbal hanya tersengih. Suka
melihat wajah Mira yang marah. Cemburulah tu.. Tapi tak nak ngaku!
Apabila semua kakitangan pejabat mula beransur
pulang barulah mereka berdua sama-sama keluar dari bilik pejabat Iqbal. Iqbal
dengan senyuman yang memanjang. Namun Mira dengan muka yang berkerut seribu.
............................................
Kebisuan
Mira membuatkan Iqbal tidak tenang. Memang semalam dia berasa gembira kerana
dengan tidak sengaja Mira cemburukan dirinya dengan Amanda. Namun pada hari ini
dia merasakan dirinya tidak tenteram kerana Mira langsung tidak bertegur sapa
dengan dirinya. Sikap Mira yang mendiamkan diri itu membuatkan hatinya tidak
senang.
Makan
malam mereka senyap saja. Tiada seorang pun yang ingin memulakan bicara. Mira
sebenarnya masih terasa hati dengan perangai Iqbal.
“Sayang
marahkan abang ker?” soal Iqbal setelah dia selesai makan. Pinggan makanan di
tolak ke tepi. Sambil menghirup air matanya memandang kearah Mira. Dia tahu
pasti Mira marahkannya kerana petang tadi dia marah-marah terhadap isterinya
itu. Dari dia menjemput sampai keruang meja makan, Mira hanya mendiamkan diri
dan langsung tiada senyuman buatnya
“Sayang
merajuk dengan abang ker? Kalau sayang merajuk dengan abang janganlah lama-lama
nanti abang rindu..”
Tadi
sengaja dia duduk berdekatan dengan Mira dan meletakkan tangannya di atas bahu
Mira. Dari tadi lagi isterinya itu membisu. Sepatah di tanya sepatah di jawab.
“Siapa
yang merajuk? Mira? Memang taklah. Buang masa saja!”
“Habis
kalau sayang tak merajuk kenapa tak nak tegur abang macam selalu?”
“Suka
hati Miralah. Mulut Mira… bukan mulut abang!”
“Habis
kenapa sejak semalam lagi sayang langsung tak nak tegur abang. Abang cakap pun
sayang tak nak jawab.”
“Susahlah
nak cakap dengan abang ni..”
“Sayang
cemburu abang dengan Amanda ya? Kan abang dah cakap abang tak ada apa-apa
dengan dia!”
“Suka
hati abanglah. Mira tak kisah… lagi pun Mira bukan siapa-siapa pun bagi abang.
Yelah mulut cakap lain hati pula lain..”
“Betullah
ni sayang cemburukan? Abang tanya tak nak ngaku. Mulut cakap lain, hatinya pula
lain..” ajuk Iqbal lagi.
“Cemburu?
Memang taklah..”jawab Mira sambil menahan rasa geram.
“Habis
tu kenapa sayang nak marah-marahkan abang ni? Abang tak buat salah pun!” balas
Iqbal tidak puas hati. Mira mula
berdiri. Berdepan dengan Iqbal. Wajahnya menyinga.
“Abang!
Berapa ramai lagi perempuan koleksi abang? Mula-mula Rozie, kemudian Elly
sekarang Amanda. Abang tak payah nak tipu Miralah bang. Depan Mira abang buat
baik, belakang Mira entah apa yang abang dah buat. Sebab itulah Mira langsug
tak percayakan abang!”
Mira
terus bangun meninggalkan Iqbal di ruang tamu. Iqbal terkejut mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut Mira. Dia tidak menyangka Mira tidak
percayakan dirinya. Aduh dah mula perang dingin sekali lagi ni!
Dia
juga turut bangun. Dia mahu keluar menghirup udara segar di luar sana.
Apalagi
kawannya Amirullah tempat dia mahu meluahkan rasa yang terbuku di hati. Isteri
ku sudah merajuk! Bagaimana nak ku pujuk. Isteriku janganlah merajuk lama-lama
nanti abang rindu!!
hmmm best, makn suspen la pulak... ni mira pon dah pandai cemburu pada iqbal, so maknanye mira sygkn iqbal la ni.. yuuhuuu...horeyy bestnya...mira dah merajuk2 sayang huhuhu iqbal ape lg g la pujuk..
ReplyDeleterozie jahat betol lah... ade2 jer plan dia nk rosakkan orang.. perampas betol...
ngeeee bencinya rozie ni....tp berjaya ke rozie dgn plannya untuk rampas iqbal dr mira ????
writer jgn lupa post N3 lg ... terbaik..
ReplyDeleteTAPI JANGAN MAIN BOMOH2 X SUKA LE
ReplyDeleteapa strategi iqbal lepas ni....x sabar nak tau
ReplyDeleteBest.. hope writer jgn bykkan konflik k.
ReplyDeleteCik Do