Syafira termenung lagi.
Di mana dia harus mencari duit untuk merawat neneknya yang sakit itu. Bukan
sedikit kos rawatan itu. Gajinya sebulan pun tak mampu untuk menampung rawatan
nenek. Kata-kata doktor itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Macam mana
dia nak cari duit yang cepat dan tiada masalah kemudian hari.
“Wei.. Syamirul nak
jumpa kau!” ujar Aya mengejutkan lamunan Syafira.
“Buat apa dia nak jumpa
aku? Bukan ke ramai lagi awek lain dia boleh jumpa?” soal Syafira hairan. Dalam
ramai manusia dalam dunia ini, dia juga yang lelaki itu cari! Dia sebenarnya
tidak suka dengan perangai lelaki itu. Perangai yang di ibaratkan buaya darat! Perkenalan
mereka sebulan lalu membuatkan lelaki itu tidak henti-henti menganggu hidupnya.
Kadang-kadang dia naik rimas pula.
“Entahlah katanya ada
hal. Lagipun dia dah cuba call awak tapi handphone awak tutup. Sebab itu dia
sampaikan pesanan ni..” jawab Aya lagi.
Baru Syafira teringat.
Balik dari hospital tadi dia langsung tidak mempedulikan telefon bimbitnya.
Mana dia pernah offkan hanphone. Mungkin bateri dah habis. Memang betul
tekaannya. Malam tadi dia lupa mengecas bateri telefonnya.
……………………
Dari jauh kelihatan
lelaki itu sedang menunggunya. Kali ini apa pula yang lelaki itu mahukan
darinya. Kalau lelaki itu berdegil juga mahu menganggu hidupnya dia akan
kenakan syarat. Biar padan muka lelaki tu!!
“Ada apa awak nak jumpa
saya?” soal Syafira terus sebaik saja dia melabuhkan punggungnya. Dia tidak
mahu berlama-lama dengan lelaki itu. Dia ada hal lain lagi.
“I rindu nak tengok
wajah you” jawab Syamirul dengan selamba. Syafira mencebik. Dia tidak suka
mendengar ayat maut lelaki itu!
“Tolong jangan nak
merepek di siang harilah ya. Kalau itu je yang awak nak cakap, saya nak blah
dulu..” dia mahu bangun.
“Fira wait..” ujar Syamirul
cepat. Wajah gadis itu di tenunginya. Gadis itu seperti mahu melarikan diri
darinya. Bersusah payah dia meminta tolong dari Aya baru hari ini dia
berkesempatan dapat berjumpa dengan gadis itu. Sekarang dia nak pergi macam tu
saja!! Ini Syamirullah!!
“Saya tak ada masa nak
buang masa dengan awak. Kalau ada hal penting cakap cepat! Saya ada hal lagi ni..”
ujar Syafira dengan marah. Dia tidak suka di permainkan seperti itu. Lelaki ni
bukan boleh di percaya sangat.
“Tapi I memang serius..
I miss you..” sekali lagi Syamirul meluahkan rasa. Entah mengapa semenjak kali
pertama dia bertemu dengan gadis itu, hatinya bagaikan tertarik dengan
kelembutan gadis itu. Walaupun dengan dia, gadis itu selalu berkasar, namun
kekasaran itu tidak dapat menutup sifat kelembutan pada gadis itu!
“Sekali lagi awak
merepek jangan harap dapat jumpa saya lagi..” ugut Syafira. Syamirul menelan
air liurnya. Gadis ini memang serius berkata begitu. Arghh betapa bodohnya
dia!!
“Habis tu you nak I
buat apa?” soal Syamirul seperti orang bodoh.
“Awak tahukan dunia
sekarang, dunia duit?”
“Tahu.. habis you nak I
buat apa?”
“Kalau awak nak keluar
dengan saya boleh, tapi dengan syarat!”
“Apa syaratnya?”
“Macam ni sajalah.. Kalau
awak nak keluar dengan saya, awak mesti bayarkan saya..” entah tiba-tiba sahaja
idea gilanya datang. Lelaki ini selalunya tidak kisah dengan duit. Janji dia
dapat apa yang dia mahukan.
“Bayarkan you?”
tergelak Syamirul mendengar kata-kata Syafira. Syafira mengangguk.
“No duit No cinta. Maksudnya setiap kali awak
keluar dengan saya, awak mesti bayarkan saya sebanyak RM 500. Itu pun kalau
awak setuju. Kalau tak…” belum sempat lagi Syafira menghabiskan ayatnya.
“I setuju..” jawab Syamirul
dengan cepat. Sekali lagi Syafira terkejut. Biar betul lelaki di depannya itu.
Banyak tu RM 500. Mentang-mentang dia anak orang kaya. Apalah sangat RM 500 tu.
Macam bantuan BRM 1 Malaysialah pula! Kalau setiap hari dia keluar dengannya
memang senanglah hidup macam tu.
“Okey.. kalau awak
setuju, awak mesti bayar pada saya selepas kita keluar bersama..” ujar Syafira
selamba. ‘Kita tengoklah nanti. Sama ada awak bertahan nak bayarkan saya’ bisik
Syafira dalam hati. Dia tersenyum sendirian. Terbayang-bayang wajah nenek
Kalsom yang kini berada di hospital. ‘Fira akan cari duit untuk biayai kos
pembedahan nenek. Tapi nenek janji, nenek mesti bertahan untuk Fira dan
Herman.’
…………………………………
Syamirul memang tidak
lupakan janji mereka. Biar pun dia terpaksa mengeluarkan duit untuk bersama
dengan Syafira dia tidak kisah. Apa yang pasti ketika bersama Syafira hatinya
begitu gembira. Sehingga satu saat dia terlalu rindukan wajah gadis itu.
Namun selepas pertemuan
beberapa hari yang lalu, gadis itu mula menyepikan diri. Bila di telefon,
panggilannya langsung tidak di jawab. Begitu juga dengan sms.
Sementara itu, setiap
hari Syafira menemani neneknya di hospital untuk rawatan. Itu pun setelah dia
puas memujuk neneknya. Barulah neneknya bersetuju untuk membuat pembedahan.
Mujurlah pembedahan itu berjaya dan dia cuma menjaga neneknya di hospital.
Kini tiba-tiba pula dia
teringat kepada Syamirul. Dia tahu pasti lelaki itu sibuk mencarinya. Panggilan
dari lelaki itu saja boleh mencecah berpuluh-puluh ‘miscall’ dalam masa sehari.
Sms apa lagi. Namun dia langsung tidak menjawab panggilan dan sms dari lelaki
itu. Biarlah dia. Nanti bila dia sudah bersedia, dia akan berterus terang
dengan lelaki itu. Dia mahu memutuskan hubungan yang tidak masuk akal itu!
‘Hish mana pula dia ni?
Kemana dia menghilang selama ni? Dia nikan suka sangat nak dera perasaan aku!’
bisik Syamirul dalam hati. Panggilannya tidak di jawab. Sms pun sama. Apa lagi
nak jumpa. Gadis itu benar-benar buatkan dia gila! Di pejabat dia asyik
merenung handphonenya manalah tahu gadis itu membalas sms atau membalas panggilannya.
Namun hampa.
“Apa yang awak tenungkan
tu?” soal Faizul kawannya. Dari tadi dia memerhatikan Syamirul asyik merenung
terus ke handphone miliknya itu. Rasanya tenungan Syamirul boleh menembusi ke
dalam handphone itu. Sebelum ini, kawannya itu tidak pernah berperangai pelik
begini!
“I tak dapat hubungi
Syafira..” jawab kawannya itu.
“Tu je? Habis kenapa
awak susah hati? Bukan ke awak ada ramai awek di luar sana. Melly, Anim, Sara.
You pilih sajalah dengan siapa yang you nak.. Apa susah!!” ujar Faizul lagi.
“Yang susahnya hati aku
ni!!” jawab kawannya itu lagi.
Faizul terdiam. Entah
apalah istimewanya perempuan mata duitan itu pada Syamirul. Setahu dia
perempuan itu hanya mahukan duit Syamirul saja bukannya cinta. Arghh dia sama
saja macam perempuan yang mengejarnya di luar sana!!
“Apa yang istimewa
sangat perempuan mata duitan itu? Dia sama saja macam perempuan di luar sana.
Dia hanya mahukan duit awak je!”
“Awak jangan panggil
dia macam tu! Lagipun dia tak sama dengan perempuan di luar sana tu!!”
“Mana taknya, setiap
kali awak keluar dengan dia, awak kena bayarkan dia RM 500.. Bukan mata duitan
namanya?”
“Aku yang setuju dengan
syarat dia..” jawab Syamirul perlahan. Teringat kembali ketika gadis itu
mengenakan syarat sebegitu. Dia terus sahaja bersetuju.
“Itu syarat dia? Dan
awak setuju? Awak ni dah gila ke apa?” soal Faizul sambil ketawa.
“Entahlah.. Tapi
katanya, no duit no cinta…” teringat kembali kata-kata yang keluar dari bibir
Syafira tempoh hari.
“No duit, no cinta..
Hebat!!” ujar Faizul lagi. Dia sudah tidak faham dengan perangai kawannya yang
seorang itu. Semenjak bertemu dengan perempuan mata duitan itu, nampaknya dia
sudah jauh berubah.
“Aku rasa…”
“Rasa apa?”
“Aku jatuh cinta dengan
dia..” ujar Syamirul perlahan.
“Apa???”
“Aku yakin, aku sudah
jatuh cinta dengan gadis no duit no cinta!”
“Apa-apalah kau ni!!”
gelak Faizul.
“Aku tak pernah rasa
sebegini dengan mana-mana awek di luar sana.. Dan aku tak peduli kalau orang
cakap aku gilakan gadis mata duitan...”
“Aku tak tahu nak cakap
macam mana lagi kalau awak dah jatuh cinta dengan gadis tu..” balas Faizul.
Akhirnya penantian
Syamirul juga berbalas apabila dia menerima panggilan dari Syafira. Katanya dia
mahu berjumpa dengan Syamirul.
……………………………
Petang itu Aya melawat
nenek Kalsom di hospital. Sambil itu dia ada hal penting yang ingin di
sampaikan kepada Syafira. Bukannya apa setiap hari dia yang pening melayan
karenah Syamirul yang bertanyakan hal Syafira pada dirinya.
Aya menarik Syafira
supaya berada agak jauh dari katil pesakit. Syafira hanya menurut sahaja. Dia
tahu sahabatnya pasti ada hal yang ingin di sampaikan. Ada riak tidak puas hati
di wajah Aya.
“Awak tau tak, setiap
hari Syamirul bertanyakan hal awak pada saya..”
“Dia tanya apa? Takkan
dia nak cari aku? Lagipun diakan ramai awek?” soal Syafira hairan. Sepatutnya
ketiadaan dia menggembirakan lelaki yang bernama Syamirul itu. sebab setiap
kali lelaki itu keluar dengannya melayanglah duit lelaki itu sebanyak RM 500.
“Masalahnya hari-hari
dia bertanyakan pasal awak pada saya.. saya pun tak tau nak jawab apa?”
“Sepatutnya dia gembira
kalau saya tak ada di sisi dia.. Sebab dia kena keluarkan duit untuk bayar masa
saya tu!” bisik Syafira ke telinga Aya..
“Itu aku tak taulah.. Tapi
macam mana? Nak saya beritahu di hal yang sebenarnya ke?” soal Aya lagi.
“Tak payahlah.. Nanti
saya akan call dia bila nenek dah sihat semula. Buat masa ini memang saya menyepi
dulu. Lagipun nenek perlukan perhatian dari Fira. Masalah tu nanti Fira
selesaikan bila nenek benar-benar sembuh nanti.”
“Okeylah kalau macam
tu.. Aku takkan pecah rahsia kita..” balas Aya lagi sambil tersenyum.
“Terima kasih..”
“Sama-sama.. Aku balik
dululah ya.. Kalau ada apa-apa nanti call aku tau!!”
“Ye aku tau! Terima
kasih..”
Aya pun pulang ke rumah
sewanya. Sementara itu Syafira pula masih setia menjaga neneknya. Hanya di
hujung minggu sahaja dia balik kerumah sewanya sekejap!
…………………………….
Di taman itu kelihatan
Syafira sudah menunggu Syamirul di sebuah kerusi yang selalu mereka duduk.
Sedaya upaya Syafira tersenyum melihat kedatangan lelaki itu.dalam hatinya dia
sebenarnya bimbang kalau Syamirul tidak bersetuju dengan keputusannya.
“Awak, apa khabar?”
soal Syafira sebaik saja Syamirul melabuhkan punggungnya.
“Baik.. You pulak?”
“Fira baik saja.. Fira
minta maaf kerana mengganggu awak..” jawab Fira sambil tersenyum.
Senyuman itu
benar-benar menggugat perasaan Syamirul yang sedang merindukan gadis itu. namun
egonya mengatasi segala-galanya.
“Ada apa Fira nak jumpa
I ni?” soal Syamirul resah. Pada hal beberapa minggu ni dia asyik merindukan
wajah itu.
“Fira dah fikir
masak-masak, cukuplah hubungan kita sampai di sini saja.. Fira minta maaf
banyak-banyak…” perlahan Syfira menuturkan ayat yang ingin di sampaikan.
“Kenapa you buat I
macam ni?” ujar Syamirul. Tadi dia tiba-tiba mendapat panggilan dari Syafira
setelah dua minggu menyepikan diri. Sekarang perasaannya yang tidak sedap hati
itu terjawab. Syafira mahu memutuskan perhubungan mereka. Biasanya dia yang
memutuskan sebuah perhubungan dengan seorang gadis. Namun kini seorang gadis
pula yang memutuskan hubungan dengannya.
“Dulu you cakap tak ada
duit tak ada cinta. Apa yang kurangnya? Setiap kali kita berjumpa, I bayarkan
you bukan? Jadi apa masalahnya sekarang?” soal Syamirul mula naik marah. Dia
rasa sangat kecewa mendengar keputusan Syafira.
Syafira hanya diam. Dia
tahu lelaki itu sedang marah. Tapi lelaki itu tidak perlu marahkan dirinya macam
tu sekali kerana setahu dia ada ramai perempuan di luar sana yang sukakan
lelaki itu.jadi apa masalah lelaki itu sebenarnya?
“Ya.. memang betul.
Sebab itu saya datang jumpa awak. Saya nak ucapkan selamat tinggal kepada
awak!” perlahan saja Syafira menuturkan kata. Dia tahu lelaki itu benar-benar
bengang dengannya. Dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu sangat emosi pada
dirinya. Setahu dia, lelaki itu tidak pernah berperangai pelik macam itu.
“You nak tinggalkan I
macam tu saja. Jadi buat apa selama ini I bayarkan cinta you untuk I?” soal Syamirul
tidak puas hati.
“Atau ada lelaki lain
yang bayarkan lebih lumayan dari I?” soal Syamirul lagi. Tiba-tiba hatinya di
asak rasa cemburu. Dia pernah nampak Syafira dengan lelaki lain. Nampak akrab
sangat. Namun dia diamkan diri. Kerana dia tidak mengenali sangat peribadi
Syafira.
“Sebab itulah saya
datang ni nak minta maaf. Pasal duit tu saya akan bayar balik. Terima kasih
kerana tolong saya selama ini. Dengan duit itu orang yang saya sayang selamat. Terima
kasih sangat. Dan saya berjanji akan bayar balik duit yang awak bayarkan pada
saya selama ini. Saya pun tidak mahu menyusahkan awak lagi. Dan maafkan saya
sekiranya saya telah menyakiti perasaan awak. Saya benar-benar minta maaf…”
ujar Syafira panjang.
Syamirul hanya
mendiamkan diri. Tanpa sedar Syafira sudah melangkah pergi. Namun Syamirul cepat
tersedar dan bangun sambil tangannya menyambar lengan Syafira.
“Apa maksud you? You
tak boleh tinggalkan I macam tu..”
“Kenapa tak boleh pula?”
“Memang tak boleh..”
“Mengapa? Sepatutnya
awak gembira kerana awak tak payah susah-susah keluarkan duit untuk keluar
dengan saya.”
“Tapi I tak nak
putuskan hubungan kita macam ni saja..” ujar Syamirul lemah.
“Kan saya berjanji akan
bayarkan duit itu nanti.. Saya pun tak nak ada apa-apa hubungan dan hutang
dengan awak lagi. Cukuplah dengan duit awak hari itu telah menyelamatkan nyawa
nenek saya. Sebab saya dan adik saya hanya ada nenek saja di dunia ini. Dan
saya sanggup lakukan apa saja asalkan nenek kembali sihat seperti dulu…”
“Adik? Maksud awak
lelaki itu adik awak?”
“Ya.. dialah
satu-satunya adik lelaki saya yang bernama Herman.”
Dalam diam, Syamirul
tersenyum gembira. Dia tidak menyangka lelaki yang di cemburuinya itu
sebenarnya adik Syafira. Lucu betul!! Malulah dia kalau Syafira tahu apa yang
ada dalam kotak fikirannya itu.
“Kenapa awak senyum
macam tu?” Syafira hairan tiba-tiba.
“I nak kahwin dengan
you!” spontan saja ayat itu keluar dari bibir Syamirul.
“Apa??” ujar suara
Syafira separuh menjerit. Lelaki ini memang suka buat keputusan yang
memeranjatkan dirinya.
“Yuppp. I nak lamar you
jadi isteri I…” ujar Syamirul perlahan sambil mengeluarkan sebuah kotak baldu
berwarna biru tua. Lalu di bukanya kotak cincinnya itu. Dia sudah memikirkan
hal itu dalam-dalam. Dan orang tuanya pun bersetuju. Mereka terima saja siapa
gadis pilihan anak mereka. Sebab inilah kali pertama Syamirul beriya-iya mahu
memperkenalkan gadis pada mereka. Dan anak mereka nampaknya benar-benar serius.
“Saya tak nak. Saya
minta maaf. Saya sanggup gantikan duit awak dari berkahwin dengan lelaki macam
awak!” kotak cincin itu hanya di pandangnya saja. Lelaki ini tak sudah-sudah
mahu merumitkan hidupnya. Berubah wajah Syamirul bila mendengar ayat yang
keluar dari mulut Syafira. Gadis ini tidak sudah-sudah mahu menduga
perasaannya.
“Senangnya you nak
tinggalkan I sekarang!! Dengar sini, saya tak akan membiarkan you pergi macam
tu sahaja dari hidup I. Selepas you dah curi hati I!!!” jerit Syamirul. Dia
tidak peduli dengan pengunjung yang datang ke taman itu. dia rasa geram dan
kecewa sangat.
“Aku tak peduli.. Aku
tak ingin pun nak curi hati awak tu!!” balas Syafira lagi.
Syafira tetap berdegil.
Dia menolak lamaran dari lelaki buaya itu. Dia tidak sanggup untuk berkongsi
hidup dengan lelaki yang sentiasa di kejar oleh gadis lain! Dia terus
meninggalkan Syamirul di taman itu.entah mengapa hatinya ada perasaan sedih
pula bila melihat wajah Syamirul yang benar-benar sedih dengan penolakannya
tadi.
……………………………..
Syamirul seakan-akan
mati akal. Macam mana dia mahu memujuk gadis itu agar sudi berkahwin dengan
dirinya. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Dia benar-benar sudah jatuh
cinta pada gadis itu. Namun ada seorang sahaja yang dapat menolongnya dalam
situasi ini. Dia harus bertemu dengan Aya. Mungkin Aya boleh menolongnya
menyelesaikan perkara ini.
Dia segera berjumpa
dengan Aya di sebuah restoran yang di janjikan. Melalui Aya, dia mendapat
sedikit maklumat. Rupa-rupanya benar Syafira menggunakan duit yang dia berikan
itu untuk membiayai kos rawatan neneknya. Mulia sungguh hati Syafira. Rasa
sayangnya makin mendalam terhadap gadis itu. Dia tersenyum. ‘Aku akan
menjadikan dia suri hidupku juga. Aku tidak mahu gadis lain..’ Nekadnya. Kalau
Syafira menolak lamarannya, dia masih ada cara lain agar gadis itu berkahwin
dengannya.
Hujung minggu itu dia
datang ke rumah Nenek Kalsom. Syamirul menceritakan niat hatinya yang jujur
mahu memperisterikan Syafira. Namun niat baiknya di tolak keras oleh Syafira.
Kemudian dia
memberitahu rahsia yang selama ini di simpan oleh Syafira sendiri. Apalagi
marahlah nenek Kalsom terhadap cucu kesayangannya. Patutlah hari itu, Syafira
bersungguh-sungguh mahu dia menjalani rawatan di hospital hari itu. Rupa-rupanya
cucunya mendapatkan duit dengan cara yang tidak halal. Di mana dia mahu
letakkan muka? Biar apa pun alasan cucunya dia tetap akan memastikan cucunya
berkahwin dengan lelaki yang telah banyak menolong mereka sekeluarga.
Mahu tidak mahu,
Syafira terpaksa menerima pinangan dari keluarga Syamirul atas nasihat
neneknya. Sebelum itu dia puas di marahi oleh neneknya. Dia tidak menyangka
lelaki seperti Syamirul akan serius dengan perhubungan mereka.
.............................
Dua bulan kemudian
Majlis pernikahan itu
berjalan dengan lancar. Dan Syamirul tidak menyangka yang dia akan hidup
bersama dengan gadis yang di gelar no duit no cinta. Dia berasa sangat gembira
kerana orang tuanya juga merestui pilihan hatinya.
Bilik pengantin itu di
buka perlahan dari luar. Ketika itu Syafira sedang membetulkan bantal di atas
katil. Dia mahu katil itu kelihatan kemas. Manakala Syamirul menutup pintu
dengan perlahan tanpa membuat bunyi. Dia tersenyum nakal taktala melihat
isterinya sedang mengemas katil mereka. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya.
Lalu tubuh itu di peluk dari belakang.
“Arghh!!” jerit
Syafira. Hampir saja tangannya mahu memukul tangan yang memeluk pinggangnya.
Syamirul mendudukkan
Syafira di atas katil. Tetapi tangannya tidak lepas dari memengang jemari
isterinya. Kelihatan isterinya malu-malu pula.
“Sayang…” panggil Syamirul
dengan lembut. Syafira tidak berani mengangkat mukanya. Dia rasa sangat malu.
Malu untuk bertatapan mata dengan si suami.
“Sayangku Syafira…
tengoklah muka abang yang ni..” ujar Syamirul sambil mengangkat dagu isterinya.
“Terima kasih kerana
sudi menjadi isteri abang. Dan abang minta maaf sekiranya abang pernah
menyakiti hati sayang…”
“Fira pun ingin
mengucapkan terima kasih pada abang sebab sudi terima Fira jadi isteri abang.
Fira tahu Fira banyak buat salah dan dosa pada abang.. Tapi Fira lakukannya
demi nenek..” tiba-tiba saja hatinya berasa sayu. Teringat dia bagaimana nenek
Kalsom marahkan dia sebaik saja rahsia itu terbongkar. Dan katanya walau apapun
alasannya mahu menolak pinangan Syamirul, neneknya tidak akan terima.
“Shhh.. sayang jangan
sedih. Abang dah maafkan segala kesilapan sayang tu..” ujar Syamirul sambil
memeluk wanita yang di dambakan siang dan malamnya.
“Betul ke ni?” soal
Syafira dengan senyuman di bibir.
“Betul! Dan sayang tak
perlu nak bayar balik duit tu sebab sayang dah kahwin dengan abang. Cuma abang
nak, kali ini biarlah sayang cintakan abang dengan ikhlas. Sebab abang pun
cintakan sayang dengan ikhlas. Tak ada perkataan No Duit No Cinta”
“Abangkan dah jadi
suami Fira. Sudah tentu cinta Fira untuk lelaki yang bergelar suami Fira saja.”
“Pandainya nak kenakan
abangkan. Baguslah kalau benar sayang cinta pada abang. Tapi kenapa dulu Fira
asyik main sembunyi-sembunyi dengan abang? Sekejap ada, sekejap tak ada?” soal
Syamirul. Wajah itu di renunginya. Kelihatan Syafira tidak selesa dengan
renungannya itu.
“Sebab abangkan ada
ramai peminat.. Nanti tak pasal-pasal awek abang gaduh dengan Fira. Fira tak
naklah kena bantai dengan awek abang tu. Sebab itulah Fira main
sembunyi-sembunyi dengan abang dan bagi syarat macam tu..”
“Kenapa sayang bagi
syarat macam tu?” soal Syamirul lagi. Dia masih tidak puas hati dengan alasan
si isteri.
“Sebab Fira tak tahu
macam mana nak cari duit lebih untuk rawatan sakit nenek. Sambil itu Fira ingat
abang akan berputus asa dan salah sangka dengan Fira supaya abang tinggalkan
Fira. Manalah Fira tahu lain pula jadinya…” ujar Syafira berterus terang.
“Mestilah.. Sebab niat
sayang tu baik. Bukannya sayang sengaja nak buat macam tu! Sebab itulah tuhan
balikkan hati abang sukakan sayang..”
“Pandailah abang nikan?
Ada pula macam tu?”
“Masa tu kemana sayang
menghilang selama dua minggu? Sayang tau tak masa tu abang cari sayang di
mana-mana? Bertanya pada Aya pun dia tak nak beritahu hal yang sebenarnya..”
“Tahu..Aya ada beritahu
dengan Fira. Tapi Fira yang suruh dia tak cakap apa-apa pada abang. Masa tu
Fira jaga nenek. Sebab itu Fira minta cuti tanpa gaji. Nak harapkan Herman dia
masih belajar.”
“Sayang sampai hatikan
biarkan abang rindukan sayang. Sayang tau tak masa tu, abang dah macam orang
tak betul. Ini semua gara-gara sayang yang tinggalkan abang tanpa berita. Lepas
tu sayang datang tiba-tiba minta putus. Mengapa sayang buat macam tu?” soal
Syamirul mengingati peristiwa itu. Pada mulanya memang dia rasa sangat kecewa
bila Syafira meminta hubungan mereka di putuskan. Namun dia tidak berputus asa.
Dia cuba mencari jalan untuk membuatkan Syafira menerimanya kembali.
“Sebab Fira rasa itu
jalan yang terbaik buat kita berdua..”
“Namun jodoh kita kuat.
Dan sayang tak boleh lari dari abang lagi. Abang benar-benar cintakan sayang..”
Syafira tersenyum bahagia. Dia tidak sangka cintanya untuk lelaki yang di gelar
buaya itu.
“Fira pun cintakan
abang. Cinta Fira sebenarnya hanya pada yang halal..”
Syamirul mengeratkan
lagi pelukannya. Sekarang baru dia faham dan dia bahagia sangat. Tak sangka
perempuan yang di gelar mata duitan oleh Faizul itu menjadi pilihan hatinya.
Dan bukan setakat itu, dia terharu bila mendengar pengorbanan yang di lakukan
oleh isterinya.
best kelakar pun ada
ReplyDelete