Sofia merengus beberapa kali. Orang yang di tunggu belum muncul lagi. Hatinya resah dan gelisah. Sementara suaminya pula tiada di rumah, lalu dia mengambil keputusan untuk keluar berjumpa dengan temannya.
Hatinya
sakit dan cemburu melihat kemesraan di antara Alisha dan Zafran. Nampaknya dari
hari ke hari mereka semakin bahagia. Manakala dia pula? Walaupun di limpahi
dengan segala kemewahan namun dia terasa jiwanya kosong. Perkahwinannya dengan
Tuan Razman hanya bahagia di depan mereka. Tapi hakikatnya dia kesunyian!
‘Mana
pula si Zaza ni? Cakap nak jumpa kat sini, tapi sampai sekarang pun masih tak
sampai-sampai lagi.’ Namun bila matanya terpandang ke arah pintu masuk, dia
melihat Zaza sudah pun sampai dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Sorrylah
beb, I lambat sikit. Jojo nak jumpa tadi..”
“Kalau
bab nak jumpa mulalah lupakan I..” ujar Sofia mencebik. Zaza tersenyum. Dia
tahu benar perangai Sofia yang kurang sabar.
“Sorrylah
ya!!”
“Mmmm..”
ujar Sofia lagi sambil menyedut minumannya.
“Husband you tak ada kat rumah?” soal
Zaza lagi. Dia tahu benar kalau Sofia menelefon dan mengajaknya keluar pasti
Tuan Razman tidak ada di rumah. Bukan sekali tetapi setiap kali suaminya tidak
ada di rumah, pasti dirinya akan di jadikan teman oleh oleh Sofia untuk keluar.
“Tak
ada. Sebab itu I ajak you keluar. I bosan duduk di rumah..” ujar Sofia
mencebik. Zaza tersenyum. Sebab itulah kawannya itu telefonnya tadi. Dan dia
terpaksa berkejar-kejar jumpa Sofia. Sampaikan Jojo merajuk dengannya. Namun
dia akan memujuk buah hatinya esok hari. Yang penting dia harus menemani Sofia
malam ini.
“I
tak fahamlah dengan you ni.. Ada suami yang kaya tapi muka still juga macam orang mati laki. Kalau I lah memang I akan gunakan
sepenuhnya kemewahan yang ada tu..” ujar Zaza lagi.
“Buat
apa ada suami yang kaya tetapi selalu tinggalkan I macam ni.” keluh Sofia lagi.
Memang dia di limpahi dengan kemewahan, tetapi hatinya kosong.
“Eh
baguslah tu. Sekurang-kurangnya you ada amasa untuk keluar seperti sekarang. Pergi
shopping, jumpa kawan, pergi minum apa-apa sajalah. Lagi pun you tu tak susah
pasal duit. Lainlah macam I ni. Nak belanja sikit pun payah!”
“Tapi
I rasa hidup I ni sunyi. I sunyi tau tak! Kalau selalu I kena tinggal macam ni
memang I rasa macam nak gila saja.”
“You jelous ke tengok Zaf dengan wife dia?” soal Zaza lagi. Dia tahu
Sofia masih lagi ada perasaan pada lelaki yang bernama Zafran Haicarl itu.
“Itu
lagi satu hal! Hari-hari romantic. Dalam rumah pun dia tak segan pilu nak
tunjukkan kasih sayangnya pada wife
dia! Memang I rasa jelous.. I rasa
menyesal kerana tinggalkan dia dulu!” sedikit perlahan nada suaranya itu. Zaza
terpana. Memang betul apa yang di jangkanya tadi. Sofia masih menaruh perasaan
pada Zafran Haicarl. Sofia tidak pernah melupakan kekasih lamanya itu walaupun
dia sudah berkahwin dengan Tuan Razman.
“Jangan
macam ni. You pun boleh bahagia juga macam mereka tu..” pujuk Zaza lagi.
“Nak
bahagia macam mana? Kalau setiap minggu tu husband
I keluar daerah dan tinggalkan I macam ni. Lepas tu dalam rumah hari-hari
pula terpaksa berdepan dengan Zaf dan wife
dia. Hati saya ni rasa sangat sedih dan kecewa tau! Lagi pun I rasa I masih
cintakan Zaf!”
“Habis
tu you nak buat macam mana?”
“I
pun tak tahu. Macam mana nak buatkan Zaf kembali pada I. I sangat cintakan
dia.. tolongah I Zaza.. I need him, i
love him..” pedih juga hatinya mengatur ayat-ayat itu. Memang selama ini
dia sedaya upaya menyimpan kata-kata itu dari hatinya, namun hari ini rasanya
dia sudah tidak dapat menyimpan lagi. Semuanya rasa melompat-lompat mahu keluar
dari hati dan mulutnya. Sebenarnya dia masih cintakan Zafran Haicarl! Zaza hanya mengangguk! Dia
tahu Sofia sudah tidak berdaya untuk menyimpan segala rasa dalam hatinya. Sebab
itulah dia meluahkan semuanya hari ini.
“You
sabar jelah ya.. lagipun Zaf dah jadi suami orang pun. Sepatutnya you tak payah
menyesal dengan apa yang you buat.”
“Apa
maksud you Za? I tak faham..” soal Sofia tajam matanya memandang wajah di
depannya itu.
“Sepatutnya
you berasa gembira melihat Zafran sudah bahagia. Jadi you tak perlu rasa
bersalah. You tumpukan perhatian pada Tuan Razman saja..”
“Kan
I dah cakap tadi, I masih cintakan Zaf.. I tak akan biarkan dia hidup bahagia.
Kalau hati I terluka dan kecewa dengannya mengapa dia boleh hidup bahagia
dengan perempuan lain...”
Zaza
hanya mendiamkan diri. Dia sedikit terkejut mendengar kata-kata Sofia tadi.
Entah syaitan mana yang merasuk kawannya. Pada mulanya tadi dia memang
bersimpati dengan perasaan Sofia tetapi baru dia sedar sekarang, Sofia
berdendam dengan Zafran. Entah apa yang berlaku di luar pengetahuannya. Lagipun
Zafran sudah hidup bahagia sekarang, sebab itu Sofia merasa terseksa.
“I am sorry..” ujar Zaza lagi. Dia
gelisah melihat wajah Sofia yang sudah bertukar macam singa betina saja. Yang
bila-bila sahaja menerkam mangsanya.
“Lain
kali cakap tu ikut akal bukannya sebarangan cakap macam tadi. I akan pastikan
Zafran kembali ke pangkuan I. Dan dia akan membenci wife dia sampai bila-bila pun!” itu saja yang dia dapat katakan.
Rancangannya yang lain dia akan fikirkan kemudian.
..........................
Alisha
sedang mengemas bilik tidurnya. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah kad di
dalam laci. Lalu dia mengambil kad itu. Di bacanya. Dia terasa seluruh jiwanya
bagaikan jatuh terhempas ke bumi.
Siapakah
gerangannya yang memberikan kad itu kepada suaminya. Tak mungkin Zafran
menduakan kasih dan cintanya. Memang mereka baru saja berkahwin. Dan tidak
mungkin masih ada insan lain yang menyintai suaminya dalam diam. Dia terduduk
di atas katil. Berulang kali dia membaca kad itu. Entah mengapa air matanya
tiba-tiba gugur ke pipi.
Alisha bingung. Siapa agaknya berani menulis ungkapan
cinta untuk suaminya. Siapa? Mungkinkah hubungan mereka sudah lama terjalin. Mungkin Zafran
cuma pura-pura sayangkan dia tetapi sebaliknya menyintai orang lain. Mungkin
juga! Dia cuma gadis kampung yang tak layak menjadi isteri lelaki itu. Tapi tak
mungkin Zafran sekeji itu!
Alisha termenung sekali lagi sambil menatap bait-bait
kata-kata itu.
Bunyi
pintu kereta di tutup mengejutkan Alisha. Zafran sudah pulang! Alisha serba
salah. Tetapi dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia menunggu Zafran
di bilik dengan perasaan seram sejuk! Pintu biliknya di buka perlahan. Zafran
melangkah masuk. Ketika mendengar pintu bilik terbuka, Alisha menyapu air
matanya. Dia tidak mahu Zafran mengetahui apa yang di alaminya tadi.
“Bang!”
sapa Alisha perlahan. Zafran melangkah menghampirinya. Dia duduk di sebelah
Alisha.
“Kenapa ni?” soal Zafran Haicarl. Dia melihat
seperti Alisha menyapu air matanya. Pagi tadi dia elok saja. Siap bergurau
mesra lagi dengannya. Tapi kali ini wajah Alsiha dah lain macam saja!
“Tak
ada apa-apalah bang. Habuk masuk mata..” Alisha memberi alasan.
“Mari
abang tiupkan.. Mana tau nanti mata tu boleh sembuh.” Selamba saja Zafran
berkata demikian dan dia benar-benar mengangkat wajah Alisha agar dia dapat
melihat mata Alisha. Alisha rasa malulah pulak. Hish suaminya ini selalu saja
membuat perkara yang tidak pernah dia sangka-sangka.
“Sayang
tak payahlah malu dengan abang.” Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa menadah
wajahnya di depan suaminya itu. Kemudian Zafran meniup mata Alisha. Dia
sebenarnya terpegun melihat mata Alisha yang berwarna coklat itu. Sungguh
cantik. Mengapa selama ini dia langsung tidak perasan!
“Abang
dah ker?” soal Alisha mematikan khayalan Zafran Haicarl.
“Opp
sorry.. Dah.” jawab Zafran sambil tersenyum. Alisha pun tersenyum kepada
suaminya. Dia rasa bahagia sekarang. Padanya suaminya ini selalu saja
menggetarkan jiwanya. Dan dia sendiri pun tidak sangka akan jatuh cinta pada
lelaki itu.
“Terima
kasih abang..” ucapnya dengan lembut. Cair hati Zafran mendengar kata-kata yang
sungguh lembut dan merdu itu.
“Sama-sama..”
jawabnya. Hampir saja dia mahu mengeluarkan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.
Namun dia pernah di tegur oleh Alisha suatu masa dulu. Dan dalam diam, Alisha
tidak tahu yang dia pernah melihat keputusan ujian SPMnya. Memang dia dapat 1a
dengan cemerlang.
Tiba-tiba
mata Zafran menangkap sesuatu.
“Apa
ni?”
“Kad
cinta yang di tulis untuk abang..” ujar Alisha perlahan.
“Kad
untuk abang? Dari siapa?” soal Zafran kehairanan.
“Ya.
Untuk abang. Isha tak sangka ada orang lain yang cintakan abang. Isha nak tahu
sama ada abang pun cintakan dia?” jelas Alisha. Dia tiba-tiba jadi sebak.
Walaupun terasa pedih untuk dia menyatakannya namun dia harus bersikap
rasional. Bergaduh itu tidak akan menyelesaikan masalah itu.
“Tidak
sayang, abang tak cintakan dia. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Abang hanya
cintakan Isha seorang..” jawab Zafran dengan jujur. Wajah Alisha di pandangnya.
Patutlah tadi wajah Alisha sedikit muram.
“Siapa
dia bang?”
Zafran
tergamam sekali lagi. Suara yang lunak itu menyoal untuk mempastikan siapa yang
memberikan kad cinta itu. Mata Alisha memandang ke arah anak mata Zafran. Dia
benar-benar inginkan kepastian.
“Abang
tak tahu.”
“Abang
tak tahu?”
Zafran
mengangguk.
“Betul,
abang tak ada sebarang hubungan dengan dia?”
“Abang
cuma cintakan Isha seorang. Percayalah!”
Alisha
cuba meleraikan pelukan dari Zafran. Zafran pula di dera perasaan bersalah.
Bukan mudah bagi Alisha mempercayai kata-katanya.
“Isha
tak kisah kalau abang tak nak beritahu atau tidak! Tetapi Isha tak pernah
meragui abang. Kalau di takdirkan abang sudah berubah hati pun, apa boleh Isha
buat?” terang Alisha lagi. Hidup ini masih panjang. Dan dia juga tidak akan
tahu apa akan berlaku pada hari esok.
“Abang
cintakan Isha.. dan tak ada orang lain yang dapat menggantikan tempat Isha di
hati abang sekarang..” ujar Zafran Haicarl sambil mengeratkan lagi pelukannya.
“Isha
percayakan abang.. Isha minta maaf kerana meragui cinta abang..” balas Alisha
lagi.
Di
dalam bilik berlainan, Sofia mundar-mundir ke sana sini. Pasti mereka berdua
sedang bergaduh sekarang. Tetapi kenapa tiada bunyi orang bergaduh.
Sofia
cuba mengintai ke bilik Zafran dan Alisha. Belum ada tanda-tanda mereka keluar
dari bilik. Agaknya mereka tengah bergaduh. Pasti Alisha mendesak siapa yang
bagi kad itu pada Zafran! Zafran tentu marah apabila Alisha mendesaknya. Dia memikirkan
lagi apa yang akan terjadi seterusnya. Sofia merapatkan pintu kembali. Tetapi
dia sendiri terkejut apabila melihat Zafran Haicarl sedang memeluk bahu Alisha
dengan senyuman terukir di bibir sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang
tamu.
Zafran
tak marahkan Alisha? Atau Alisha tak tanya pasal kad itu? Sofia mengharapkan
agar pertanyaan kad itu membuatkan Zafran marah. Apabila Zafran marah dia akan
keluar rumah. Zafran akan membenci Alisha kerana tidak mempercayai dirinya.
Dialah yang akan memujuk Zafran di luar! Tetapi tidak. Semua kemungkinan itu
tidak berlaku. Kedua-duanya masih mesra.
No comments:
Post a Comment