Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 1 May 2013

Prolog Mencintaimu aka Saat Ku Cinta




Kereta BMW berwarna hitam yang di pandu Zharif Syamir meluncur laju di atas jalan raya. Dia lebih gemar melayan perasaan dengan mendengar muzik berentak sentimental. Sesekali sekala dia menyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio.

Aku telah lelah

Memilih wanita mencari wanita

Siapakah dirinya

Yang akan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana

Ada kejutan tak terduga

Dia berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Zharif memandang ke depan. Dia berhenti betul-betul depan garisan untuk orang ramai melintas jalan. Matanya melihat ke arah orang ramai yang melintas jalan. Ada pelbagai karenah dan ragam manusia.

Dia gadis bertudung merah

Hatiku tergoda tergugat

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha

Dia gadis bertudung merah

Bawalah diriku padanya

Takkan habis ku berdoa

Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal

Memeluk halal menciummu

Lekaslah jangan tunda

Untuk menjadi kekasih halalku

 

Sering kali orang bertanya pada dirinya, mengapa hingga sekarang dia masih membujang? Dan soalan itu selalu di sambut dengan senyuman sahaja. Tiada orang yang akan memahami keadaan hidupnya. Bayangkanlah dalam usia yang muda, dia sudah di amanahkan untuk menjaga dua orang budak yang ketika itu masih kecil. Nasib baik Mak Enon menjaga budak-budak itu buat sementara waktu. Dia harus menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu.

Duit tanggungan untuk budak-budak itu pula dia dapat hasil dari tuntutan insuran yang di beli oleh abang Zulhairi. Jadi dia tidak risau tentnag perbelanjaan budak –budak itu. Bila waktu cuti semester dia akan melawat anak buahnya itu. Bukan senang dia mahu berjaya seperti sekarang!

Rumah, kereta, pejabat dan kelengkapan yang lain sudah ada. Hanya tinggal untuk mencari calon yang sesuai sahaja yang amat susah! Wanita sekarang bukan seperti dulu.. Ikut saja cakap suami! Tetapi wanita sekarang juga mempunyai kerjaya dan masing-masing mahu mempertahankan diri!

Sering kali dia juga pening memikirkan calon-calon yang sesuai bagi melengkapkan sebuah keluarga! Di luar sana memang ramai wanita yang berminat dengan dirinya. Namun apabila mereka mengetahui dia mempunyai dua orang anak angkat, pasti mereka pun angkat kaki juga!! Mungkin mereka tidak mahu membebankan diri dengan tanggungjawab selepas kahwin dengan menjaga anak orang lain!

Tiba-tiba matanya menangkap tubuh seorang gadis yang memimpin nenek tua yang mahu melintas jalan. Sebentar tadi dia melihat nenek itu berjalan seorang diri dan terkial-kial sama ada dia sempat untuk melintas jalan. Sekarang ada seorang gadis pula yang memimpin tangan nenek itu melintas jalan. Zaman sekarang memang susah mahu melihat orang muda membantu yang tua. Selalunya mereka akan buat haluan masing-masing sahaja. Dia terleka sekejap melihat gadis itu menyeberang jalan bersama nenek itu. Dia sempat mengambil gambar gadis itu dengan telefon bimbitnya. Di zoom gambar itu. Perfect!! Itu saja yang Zharif dapat katakan.

Itu itu dia gadis bertudung merah

Hatiku tergoda tergugat

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha..


Bunyi hon di belakang mengejutkan dia dari meneruskan pandangannya. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Dia terus menekan minyak kereta meninggalkan tempat itu. mahu segera sampai di rumah. Walaupun dia tahu malam ini dia keseorangan tinggal di rumah itu.

...........................................

Zharif kebingungan! Dia menyandarkan badan di kerusi, matanya dipejam seketika. Di usia 30 tahun ini, sepatutnya dia sudah memikirkan soal rumahtangga. Sudah ramai kawan yang seusia dengannya mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Sesekali dia terasa iri hati dengan kebahgiaan mereka. Bukan dia tak teringin, tapi hatinya belum tersentuh dengan mana-mana perempuan setakat ini.

Tiba-tiba dia teringat gadis yang di lihatnya pagi tadi. Siapakah gerangannya. Lalu telefon bimbitnya di ambil. Dia membuka fail gambar. Dia menekan satu persatu. Dia mahu melihat gambar yang sempat di ambilnya pagi tadi. Memang cantik wajah itu. entah mengapa hatinya mula berdebar-debar. Takkanlah dari melihat gambar saja dia boleh berperasaan begini? Aneh betul perasaannya yang timbul bila dia menatap wajah gadis dalam gambar itu.

Ketukan di pintu membuatkan Zharif kembali ke alam realiti. Begitu jauh dia mengelamun.

“Masuk”

Pintu dikuak perlahan. Tumpuan Zharif terarah pada gadis yang baru melangkah masuk.

“Ada apa?”

“Encik Zharif, petang ni ada meeting dengan Datuk Majid.”

“Okey.. ada apa-apa lagi?”

“Encik Zack ada call.. dia pesan Encik Zharif call dia balik.”

“Okey, itu saja ke?”

“Mmm nampaknya itu sajalah untuk setakat ini..”

Zharif kembali menyambungkan kerjanya. Namun dia masih tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjanya itu.
 

 

3 comments: