Isabella mendail nombor
Tengku Elman Qaufar. Masih juga tidak dapat. Entah kemana dia pergi sejak pagi
lagi dia menghilangkan diri. Dia berasa marah! Semenjak dia dan Tengku Elman
pulang ke Malaysia, semakin hari hubungan mereka terasa semakin jauh. Yang dia
tidak faham, waktu pejabat pun Tengku Elman jarang berada di dalam biliknya.
Entah kemana dia pergi pun dia tidak tahu. Bila di tanya soalan itu kepada
Tengku Elman, dirinya di anggap terlalu cemburu tak bertempat. Ingin bertanya
kepada Encik Johan, jangan harap lelaki itu mahu menjawabnya, walaupun dia tahu
kemana Tengku Elman pergi!
Dia
bingkas bangun menuju ke bilik Tengku Elman Qaufar. Namun dia hampa wajah yang
di cari tiada di situ. Yang kelihatan hanya Encik Johan.
“Encik
Johan, kemana Tengku Elman pergi? Dari pagi I
call dia tak dapat-dapat. Dia ada cakap tak kemana dia pergi?” soal
Isabella dengan perasaan geram.
“Minta
maaf Cik Isabella.. Saya memang tak tahu kemana Tengku Elman pergi. Selepas
mesyuarat pagi tadi dia terus keluar dengan pemandunya. Kemudian dia berpesan
agar saya menjaga pejabat ini.” jawab Encik Johan lagi. Memang pun Tengku Elman
tak cakap apa-apa pun dengan dia.
“Hish..
dia ni tak habis-habis dengan perangai dia tu.. Kenapalah nak di ingatkan
sangat dengan orang yang dah mati!” jawab Isabella dengan keras. Sakit hatinya
apabila mengingatkan Tengku Elman tidak pernah melupakan Ariana walau pun untuk
sesaat.
Terkejut
Encik Johan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isabella. Memang sejak
dulu lagi dia tidak suka dengan perangai Isabella yang tidak sopan dan suka
bercakap ikut sedap mulut dia saja. Berbanding dengan Ariana memang jauh. Arwah
Ariana memang merupakan seorang yang baik, sopan santun, dan dia menghormati
orang tua.
Isabella
terus melangkah keluar dari pejabat Tengku Elman Qaufar. Sampai sekarang pun dia masih belum balik ke
pejabat! Kemana pulak perginya dia ni? Suka sangat nak sakitkan hati aku ni!
Sekali lagi nombor itu didail namun hampa.
MEREKA pergi makan
malam. Sebelum itu Humaira menelefon Mak Teh bahawa dia akan pulang selepas
makan malam. Dia takut mereka akan tertunggu-tunggu pula.
“Humaira
telefon siapa?” soal Tengku Elman Qaufar apabila mendengar perbualan Humaira
dengan seseorang.
“Telefon
mak. Cakap Humaira pulang lepas makan ni. Takut pula dia orang tertunggu-tunggu
kat rumah” jawab Humaira dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia tidak mahu
Mak Teh risau tentangnya.
“Oh..
Awak tak kisah ke lambat balik?” Tengku Elman Qaufar. Dia tahu gadis itu
bukanlah jenis yang suka balik lambat. Kalau lambat pun dia akan memberitahu
orang tuanya.
“Memang
saya kisah. Dan saya berharap selepas malam ini, awak jangan ganggu saya lagi.
Untuk hari ini saya dah tunaikan permintaan awak. Dan selepas hari ini saya
berharap awak jangan ganggu saya lagi” jawab Humaira dengan panjang lebar.
Memang dia berharap lelaki itu tidak akan menganggu hidupnya lagi. Apalagi
setelah dia membuktikan bahawa dia bukan isteri kepada lelaki itu.
“Tak
kan sampai hari ini saja?” soal Tengku Elman Qaufar dengan perasaan tidak puas
hati.
“Ya.
Sampai hari ini saja. Saya berharap esok lusa awak jangan ganggu saya lagi”
balas Humaira.
Malam
itu Humaira pulang agak lewat sedikit. Ini gara-gara dia terpaksa menemani
Tengku Elman seperti yang di janjikan. Tetapi benarkah lelaki itu akan mengotakan
janjinya. Dan dia berharap juga semoga lelaki itu tidak lagi menganggunya
seperti hari-hari sebelum ini.
DIKAMAR tidur, Tengku
Elman Qaufar masih gagal untuk melelapkan matanya. Masih terngiang-ngiang
kata-kata Humaira.
‘Aku
akan terus ganggu hidup kau! Jangan harap aku biarkan kau macam tu saja. Sebab
kau dah rantai hati aku semula! Kau yang mulakan semuanya sekali lagi’
Gambar
Ariana di tatapnya dalam. ‘Maafkan abang sayang.. Abang betul-betul tak dapat
lupakan wajah sayang. Sampaikan abang jumpa orang yang sama wajahnya dengan
sayang..’
Dia
mengeluh sekali lagi.
AWAL pagi Humaira sudah
bersiap-siap dengan pakaian sukan. Kekadang asal ada masa terluang dia pasti
akan bersenam. Humaira duduk di taman. Sudah lama dia tidak pergi ke taman ini.
Dari
tadi lagi Tengku Elman Qaufar mengekori Humaira. Sudah tiga hari dia tidak
menampakkan wajahnya di depan Humaira. Dia tahu gadis itu bengang dengan
sikapnya yang suka menganggu. Namun tiga hari itu bagaikan sukar baginya. Pada
mula dia hanya mahu menguji diri sendiri sama ada dia mampu menjauhkan dirinya
dari gadis itu. Namun perasaan jadi tidak menentu. Memang dia terasa kesunyian
bila dia tidak dapat melihat dan bertegur dengan gadis itu. Ada perasaan lain
yang timbul di sudut hatinya.
“Assallamuailikum..”
kedengaran satu suara memberi salam. Humaira langsung tidak dengar. Dia masih
asyik termenung. Entah sudah sampai kemana pun dia sendiri tidak sedar.
Suara
itu masih juga mengganggunya. Namun kali ini Humaira terperanjat sambil
mengurut dadanya.
“Tak
jawab salam dosa..” ujar suara itu. Humaira memandang wajah lelaki itu. ‘Dia ni
lagi!! Tak sudah-sudah nak ganggu aku ni!’
“Cik
Humaira kalau ya pun rupa aku ni handsome
sangat, jangan lupa jawab salam..” tegur si lelaki itu.
“Waalikum
salam..” jawab Humaira perlahan. Dia mahu bangun namun dia segera di tegur oleh
lelaki itu.
“Awak
nak ke mana Cik Humaira?”
“Suka
hati sayalah nak pergi mana! Yang awak suka sangat nak ikut saya kenapa? Tak
sudah-sudah nak ganggu hidup saya!” marah Humaira.
Kalau
sekali lelaki itu datang padanya tidak mengapa. Namun sangkaannya meleset
setelah dia selalu sahaja bertemu dengan lelaki aneh itu. Banyak kali dia
mengatakan dia bukanlah isteri kepada lelaki itu namun semua kata-katanya di
abaikan begitu sahaja. Makin hari dia semakin tidak faham dengan perangai
lelaki itu.
“Tak
baik awak tuduh saya macam tu!” jawab lelaki itu. Dia tidak terkejut kalau
gadis itu berasa tidak selesa dengan kehadiran dirinya di situ. Pada mulanya tadi dia cuma mahu mengekori
langkah gadis itu sahaja. Namun dia sendiri seperti terdorong oleh sesuatu!
Tanpa di duga mulutnya pula menegur.
Tengku
Elman mengejar Humaira dari belakang. Dia tidak mahu gadis itu berlalu pergi
tanpa dia meminta maaf kerana sering menganggunya. Dia sendiri pun tidak faham
mengapa dia suka untuk berada dekat dengan gadis itu.
“Awak
nak apa lagi? Sudahlah.. Pening kepala saya nak melayan karenah awak tahu
tak!!” marah Humaira lagi. Dia tidak peduli kalau dengan cara itu lelaki itu
boleh jauhkan diri darinya.
“Please.. saya bukan sengaja ikut awak.
Tapi semua itu kebetulan. Saya pun tak faham dengan diri saya. Semenjak saya
jumpa awak, hati saya begitu tenang. Dan kalau boleh memang saya nak jumpa awak
setiap masa...” ujar lelaki itu perlahan.
“Gila..
memang awak dah gila!” ujar Humaira sekali lagi. Dia tidak tahu mahu bercakap
apa lagi.
“Please kita jadi kawan..” ujar Tengku
Elman Qaufar.
“Betul..
Cuma kawan saja?” ulang Humaira lagi. Dia tidak mahu lelaki itu menaruh harapan
tinggi padanya. Cukuplah Azwan saja kini dalam hidupnya.
“Betul..
Saya hanya nak jadi kawan awak..”
“Boleh
percaya ke cakap awak.. Hari tu pun awak cakap macam tu.. tapi tengok, masih
juga nak ganggu saya!”
“Awak
tu suka sangat jual mahal.. Lelaki memang suka gadis yang macam tukan?” soal
Tengku Elman.
“Lagi
satu, Kenapa awak suka sangat nak kacau hidup saya?” soal Humaira berterus
terang. Sudah bebuih mulutnya dia memberitahu lelaki itu agar menjauhkan diri
darinya namun semua itu sia-sia saja.
“Bukan
saya yang kacau awak, awak yang kacau hidup saya..” balas Tengku Elman Qaufar
selamba.
“Bila
masa pulak saya kacau hidup awak? Awak yang kacau hidup saya.. Dulu saya tak
pernah dikacau orang..” ujar Humaira geram. Kalau boleh mahu di siat-siat
lelaki gila yang berada di depannya kini. Nampaknya dia mungkir janji lagi.
Menyesal pula dia menurut kata lelaki itu tempoh hari. Cuma tiga hari saja dia
tidak menampakkan dirinya, namun sekarang dia timbul di depannya pula!
“Sebab
saya belum muncul dalam hidup awak.. Sebab itulah tak ada orang kacau hidup
awak..” ujar Tengku Elman. Sengaja dia mahu membuatkan gadis yang berada di
depannya itu berasa marah.
“Susah
nak cakap dengan manusia yang tak tahu bahasa ni!!” tempelak Humaira. Malas dia
mahu bergaduh dengan lelaki yang berada di depannya kini. Cakap bahasa apa pun
lelaki ini tidak akan faham. Makin menambahkan sakit di hatinya adalah. Lebih
baik dia segera beredar dari situ.
“Ira..
Ira.. tunggu..” panggil Tengku Elman Qaufar
apabila melihat langkah Humaira meninggalkannya.
“Apa
lagi.. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi.. Saya ni bukan siapa-siapa pada
awak..” Humaira merayu lagi. Kalau boleh dia tidak mahu terikat dengan perangai
lelaki itu.
“Untuk
hari ini ya.. Tapi tak janji pada hari yang akan datang..” ujar Tengku Elman
sambil tersenyum.
Humaira
mengeluh lagi.
“Kenapa
mengeluh.. Tak baik tau..” Tengku Elman mengusik.. Tanpa sedar dia berjalan di
atas jalan raya yang sudah menandakan isyarat merah. Tiba-tiba
Dum!!!!!!!!!
Humaira
menoleh.. Terkejut dia bila melihat Tengku Elman berbaring di atas jalan raya
itu dengan darah yang pekat mengalir...
“Elman...”
jerit Humaira. Dia benar-benar terkejut. Dia terus berlari mendapatkan Tengku
Elman. Tengku Elman sudah tidak sedarkan diri.
“Call ambulans..” jerit Humaira kepada
orang ramai yang mula mengerumi di situ.
Tidak
lama kemudian ambulans pun sampai. Ketika itu Humaira ikut naik bersama untuk
menemani Tengku Elman. Timbul rasa kesal dihatinya. Tapi sumpah dia tidak mahu
buat begitu pada lelaki itu. Sampai sahaja di hospital Tengku Elman terus di
masukkan dalam bilik kecemasan.
Lama
Humaira menunggu. Akhirnya penantiannya berakhir juga apabila dia melihat
doktor yang keluar dari bilik kecemasan itu.
“Siapa
ahli keluarga si mangsa?” soal doktor yang separuh umur itu.
“Maaf
doktor.. Saya yang datang bersama dia tadi. Ada apa doktor?” soal Humaira.
“Sebenarnya
begini, si mangsa kekurangan darah. Jadi kami memerlukan darah untuk
menambahkan darah. Kebetulan tabung darah kami berkurangan. Nak tunggu mereka hantarkan
lama lagi..”
“Kalau
macam tu, boleh saya menderma untuk dia doktor?”
“Sebelum
menderma pun kami kena pastikan darah cik sesuai dengan darah dia. Kalau macam
tu cik ikut nurse ni pergi buat ujian darah. Kalau sesuai cik boleh menderma..”
“Baiklah
doktor.. Terima kasih..” ucap Humaira. Ini sajalah caranya dia menyelamatkan
lelaki itu. Di sebabkan rasa bersalah dia akan lakukan apa saja untuk menebus
rasa bersalahnya itu.
Selesai
membuat pemeriksaan, pihak hospital mendapati darah Humaira tiada masalah dan
di boleh menderma untuk Tengku Elman Qaufar.
Selepas
menderma darah, Humaira di minta untuk berehat di bilik yang di khaskan. Dia
tidak putus-putus berdoa agar lelaki pelik itu selamat.
Setelah
beberapa jam dia berehat akhirnya dia di benarkan keluar dari bilik tersebut.
Sebelum itu dia sempat lagi bertanya kepada jururawat dimana bilik Tengku
Elman.
Baru
saja dia mahu menuju ke bilik tersebut, dia melihat ada beberapa orang yang
berdiri di luar bilik itu. Macam pengawal peribadi?
“Kenapa
boleh jadi macam ni? Kenapa kamu tak awasi dia? Kamu tahukan dia baru balik
dari oversea, manalah dia tahu sangat
Kuala Lumpur ni.”
‘Siapa
lelaki itu sebenarnya? Nampaknya dia bukan orang sembarangan! Kenapa dia ada
pengawal? Hish.. dia ni keturuanan di raja kot!’ bisik hati Humaira.
Kedengaran
suara wanita yang nampak elegan dengan cara dan penampilannya. Humaira terus
tidak jadi melangkah lagi. Dia terus berpusing balik berkira-kira mahu pulang.
Lagi pun dia amat letih sedikit selepas menderma darahnya tadi. Dia terus
memanggil teksi menuju di mana keretanya di tinggalkan sebelum kemalangan itu
tadi.
Tengku
Elman Qaufar sudah tersedar. Pertama sekali matanya melilau mencari seseorang.
Seraya itu mulutnya menyebut nama Humaira.
“Ira..”
“Elman..
Elman dah sedar nak?” ujar Tengku Suraya. Dia sangat gembira bila melihat
satu-satunya anak kesayangannya sudah tersedar.
“Saya
kat mana ni mama?” soal Tengku Elman.
“Elman
kat hospital. Elman kemalangan... Elman tak ingat ke?” soal Tengku Suraya. Tadi
dialah insan yang paling risau dengan keadaan Tengku Elman. Mujurlah sekarang
Tengku Elman sudah sedar.
“Elman
tak ingat apa-apa..” dia berbohong. Namun sebenarnya dia ingat. Dia tidak mahu Humaira
di persalahkan jika dia menceritakan hal yang sebenarnya. Kesian gadis itu.
“Elman
tau tak, ada hamba Allah yang sangat baik hati. Dia menderma darah pada Elman
tau.. Sebab Elman kekurangan darah.. Siapa dia pun kami tak tau sebab dia tidak
mahu dirinya dikenali..” terang Tengku suraya lagi. Dia benar-benar berterimakasih
kepada insan yang sudi menolong Tengku Elman tersebut.
“Siapa
dia mama?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.
“Kan
mama dah cakap dia tidak mahu di kenali..” jawab Tengku Suraya.
“Ermm...
Tak apalah.. Terima kasih pada orang itu walau pun Elman tak kenal dia..”
ujarnya hampa.
Humaira!!!
Tiba-tiba dia teringat sebaris nama itu. Pasti gadis itu yang mendermakan darah
untuknya.. Itu pasti.. Tak apa selepas dia sembuh nanti dia akan bertanya
sendiri kepada pihak hospital. Memang ikut prosedur nama si penderma tidak
boleh di dedahkan namun dia ada kawan yang bekerja di hospital itu sebagai
seorang doktor.
PAGI-pagi lagi mereka
berdua sudah sibuk dengan tempahan pelanggan. Selain menjual mereka juga
membuat tempahan untuk menjahit baju bagi pelbagai majlis. Dan pelanggan mereka
bukan sebarangan orang.
Wajah
Humaira agak sugul sedikit. Tiada senyuman terukir di bibirnya seperti selalu.
Arin agak kehairanan. Biasanya gadis itulah yang paling banyak bercakap. Tetapi
hari ini wajah Humaira agak pucat sedikit.
“Hari ini kenapa dengan awak? Dari tadi senyap
saja? Awak sakit ke?” soal Arin tidak puas hati.
“Tak
ada apalah” jawab Humaira lemah.
“Awak
jangan nak bohong Ira. Saya kenal awak bukan sehari dua.. Awak ada masalah ke?”
soal Arin lagi. Wajah sahabatnya itu betul-betul pucat.
“Betul
tak ada apa-apalah.. Jangan risaukan saya.”
“Betul
ke awak tak ada masalah? Kalau awak sakit, baik awak balik berehat.. tak payah
risau pasal kerja ni” soal Arin tidak puas hati.
“Sebenarnya,
lelaki pelik tu..”
“Kenapa
dengan lelaki pelik tu? Dia buat benda tak senonoh kat Ira ke?” laju saja Arin
menyoalnya. Dia tak akan berdiam diri jika lelaki itu cuba melukakan hati
sahabatnya itu.
“Tak.
Sebenarnya semalam dia kemalangan.”
“Apa?
Macam mana boleh jadi macam ni?”
Humaira
terus menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap dirinya. Terkejut Arin
mendengarnya. Patutlah dari masuk kerja tadi kelihatan wajah Humaira sugul
sekali. Rupa-rupanya lelaki yang selalu datang mengacau Humaira itu berada di
hospital.
“Kau
tak pergi melawat dia ke? Mesti dia tengah tunggu kau datang melawat.”
“Macam
mana aku nak melawat dia. Di luar pintunya sudah ada pengawal yang tunggu.”
“Pengawal?
Dia tu keturunan di raja ke sampai ada pengawal segala?” soal Arin lagi. Memang
rasa macam tak percaya bila dia mendengar lelaki pelik itu di kawal ketat oleh
pengawalnya.
“Mana
Ira tau! Biarlah janji dia sudah selamat. Ira dah buat apa yang patut.” Balas
Humaira lagi. Dia melihat Arin merenung ke arahnya.
“Ira
risaukan dia yer?” Arin mengusik. Tak pernah diamelihat Humaira begitu risau
macam tu sekali.
“Hish..
Apa awak mengarut ni.. saya ni bukan siapa-siapa nak risaukan dia.. Lagi pun
mungkin dia sudah ada yang punya.”
“Mana
awak tau?”
“Hari
tu, masa kami keluar makan, ada seorang gadis telefon dia..”
“Oh..
Orang kacak macam tu mustahil tak ada peminatkan?”
“Tau
taka pa.. lagi pun Ira tak minatlah dengan orang yang kacak macam lelaki pelik
tu..”
“Awak
dah hantar borang pertandingan tu ke Ira?” kini Arin baru teringat tentang
borang pertandingan itu.
“Belum.
Kenapa?” Ira tersenyum mendengar soalan sahabatnya itu.
“Tapi kau jangan lupa tau tarikh dia tak lama
lagi.. Mesti kena hantar sebelum due datenya” Arin cuba mengingatkannya.
“Itu
aku tahulah Arin. Sebab itu aku cuba sedaya upaya yang boleh. Kalau ada rezeki
tu baguslah” ujar Humaira sambil menunjukkan rekaan fesyen yang sudah siap di
lukisnya. Melopong Arin melihatnya. Biar betul sahabatnya itu! Dia sudah
siapkan lukisan rekaan itu. Cantik lagi itu! Dia berharap lukisan itu akan
terpilih. Sebab dia tahu akan kebolehan gadis itu.
finally...setelah lama menunggu n3 bru ni...terubat rindu hamba....ahaks
ReplyDelete