SESAMPAI sahaja di
rumah, Humaira terus masuk ke biliknya. Namun matanya sempat menampak objek
yang berada di atas katilnya. Perlahan dia mendekati katilnya lalu dia
menyentuk kotak itu. Entah siapa pula yang mengirimkan kotak itu kepadanya.
“Siapa
punya kotak ni?” soalnya sendirian. Cepat tangannnya membuka tali yang mengikat
kotak putih itu. Dalam masa yang sama dia memanggil nama Mak Teh.
“Mak
Teh siapa punya kotak barang ni?” soal Humaira. Mak Teh yang mendengar suara
Humaira terus saja mendapatkannya.
“Tadi
ada orang bagi bungkusan itu.. Namanya Encik Johan..” Mak Teh cuba mengingati
nama orang yang menghantar kotak itu.
“Encik
Johan??” ujar Humaira terkejut. Yang di hairan mengapa Encik Johan memberikan
bungkusan yang besar itu. Lalu dia membuka kotak itu.
“Wow
Cantiknya… Dari mana dia tahu aku suka gaun ni?” Humaira membelek gaun itu.
Seingat dia hanya seorang saja yang dia jumpa ketika dia jalan-jalan tempoh
hari. Tak mungkin lelaki itu mengekori kemana dia pergi hari itu. Oh tidak!!
Namun matanya tertangkap sekeping kad warna merah di celahan gaun itu.
Untuk
Humaira,
Pakai
gaun ni untuk majlis malam ini.
Sayang
dari,
TEQ..
‘TEQ?’
“Tengku
Elman??”
“Dari
siapa?” soal Mak Teh.
“Dari
Tengku Elman. Dia suruh Ira pakai malam majlis itu nanti” jawab Humaira
perlahan. Mak Teh tersenyum. Dia kenal benar dengan sikap Tengku Elman. Dulu
pun dia selalu membeli pakaian untuk Humaira. Dan sekarang pun dia masih juga
begitu.
“Mungkin
dia tahu Humaira tak ada masa nak cari pakaian yang sesuai ke majlis itu
agaknya..” ujar Mak The sambil duduk di hujung katil. Dia juga turut membelek
gaun tersebut.
“Cantik.
Sangat cantik. Pasti lebih cantik lagi kalau Humaira pakainya malam nanti..”
sambung Mak Teh lagi.
Dalam
diam Humaira menarik nafas lega. Tak perlulah dia keluar membeli pakaian yang
akan di pakaikan malam ini. Lagi pun dia rasa sangat penat. Kalau boleh dia
rasa mahu tidur sekejap untuk menghilangkan rasa penat. Cukuplah walau sekejap
sahaja. Dia membaringkan badannya. Baru
sahaja matanya terlelap, telefon bimbitnya pula berbunyi.
“Tengku
Elman?”
Tanpa
sedar dia sudah menekan butang hijau untuk menjawab panggilan itu. Sementara
itu, Mak Teh sudah bangun meninggalkan Humaira dengan panggilan itu. Ada kerja
lagi yang perlu dia siapkan.
“Hello..”
“Hello..
Ada apa Tengku call ni?” soal Humaira
tergagap-gagap.
“Tak
adalah nak tanya, Ira dah terima hadiah ke belum?” soal Tengku Elman di hujung
talian.
“Dah..”
jawab Humaira pendek.
“Macam
mana Ira suka tak hadiah tu?” Tengku Elman menyoal lagi. Walau pun dia percaya
Humaira akan sukakan gaun itu, namun dia risau juga sebenarnya. Risau kalau
Humaira tidak mahu memakai gaun itu malam ini.
“Suka
tapi mahal sangat..” jawab Humaira jujur. Dia pernah melihat harga gaun itu di
kedai tempoh hari. Tetapi dia tidak menyangka Tengku Elman sanggup membeli untuknya.
Dia rasa terharu juga dengan perhatian yang di tunjukkan oleh Tengku Elman.
“Harganya
tidak menjadi masalah. Tapi yang penting Ira kena pakai malam ini.. Abang tahu
Ira sukakan gaun tu..” ‘Mana pula dia tahu aku sukakan gaun itu?’ bisik Humaira
dalam hati. Jadi memang betullah Tengku Elman pernah mengekorinya masa itu.
“Tapi..”
“Tak
ada tapi-tapi.. Malam ini Ira kena pakai gaun tu! Ini satu arahan! Kalau tidak
tahulah apa dendanya melanggar cakap abang!” usik Tengku Elman lagi.
“Apa??
Mana boleh Tengku sesuka hati nak denda Ira?” soal Humaira dengan geram. Dari
hari ke hari makin galak Tengku Elman membahasakan dirinya ‘abang’.
“Kenapa
tak boleh? Suka hati abanglah nak denda isteri yang melanggar cakap suami!”
ujar Tengku Elman lagi. Dia sudah tidak dapat menahan ketawa. Tidakkah Humaira
tahu dia benar-benar rasa dunianya tidak betul kerana tidak berkesempatan untuk
mengusik gadis itu. Namun sekarang dia rasa lega kerana walau pun dalam telefon
dia masih dapat mengusik sigadis itu.
“Apa-apalah!!”
terus sahaja Humaira menekan butang cancel.
Dia memarahi dirinya.. Entah mengapa bila tidak mendengar usikan dari Tengku
Elman dia merindu.. dan bila benar-benar Tengku Elman mengusik, dia jadi sakit
hati!!
Telefon
bimbit itu berbunyi sekali lagi. Namun Humaira membiarkan sahaja.
‘Biarlah
padan muka siapa suruh suka sangat nak usik aku!!’ jawab Humaira dalam hati.
Dia
terus bangun menuju ke bilik mandi. Lebih baik dia menyegarkan badannya dahulu.
Lagi pun dia harus menyiapkan diri. Walau pun majlis akan berlangsung pukul
7.30 malam, namun dia harus awal sampai dari jam itu untuk menyambut para
tetamu terhormat malam itu.
SEBAIK sahaja Humaira menutup pintu biliknya, dia terkejut
mendengar suara Zeti yang menegurnya. Kebetulan ketika itu Zeti juga baru
keluar dari bilik tidurnya.
‘Wah!! Cantiknya Kak Ira.. Kak Ira
nak masuk pertandingan ratu cantik ke?” usik Zeti lagi. Membulat biji mata
Humaira.
“Apa?? Zeti jangan nak mengarutlah!!
Kak Ira ada majlis penting malam ni! Betul ke Kak Ira nampak okey?” soal Humaira
gelisah. Dari dalam bilik tadi memang dia risau. Dia jarang menghadiri majlis
yang besar seperti malam ini. Ada rasa berdebar-debar juga! Hish!!
Mengada-ngadalah pulak!!
“Kak Iralah yang tercantik dan
terbaik!!” ujar Zeti lagi. Memang dia suka melihat apa saja yang di pakai oleh
Kak Iranya semuanya masuk. Orang cantiklah katakan. Pakai apa saja semuanya
kena.
“Mak!! Tengoklah Kak Ira..” jerit
Zeti lagi sambil menuruni anak tangga.
Mak Teh yang terdengar suara Zeti
terus melulu menuju ke arah mereka.
“Ada apa?” soal Mak Teh cemas.
“Tara.... Cantik tak Kak Ira ni?”
barulah Mak Teh mengalihkan pandangannya. Dia berasa kagum melihat kecantikan
Humaira yang mengenakan gaun malam itu.
“Cantik sungguh Ira.. Pakai macam
ni!” dia tersenyum. Akhirnya Humaira pasti takut dengan ugutan Tengku Elman
sebab itulah dia memakai gaun yang di beli oleh Tengku sendiri. Dia tidak
sengaja mendengar perbualan antara Humaira dengan Tengku Elman.
“Terima kasih Mak Teh.. Ira rasa
segan pulak..”
“Apa nak di segan, kak.. Dah memang
kakak tu cantik. Pasti ramai yang terpikat malam ni tengok kecantikan Kak Ira..
Kalaulah Zeti boleh ikut kakak pergi ke majlis tu, memang Zeti nak interview orang yang berminat dengan kak
Ira..” Zeti mula mengusik Humaira.
“Hish kau ni.. Ada-ada sajalah nak
usik kak Ira kau tu!” ujar Mak Teh pula tidak senang dengan kelakuan anak
gadisnya yang suka mengusik Humaira.
“Ira nak pergi dulu, takut lambat
nanti..” ujar Humaira sebaik saja matanya melihat jam di dinding masuk jam 6
petang. Dia hanya ada satu jam setengah saja untuk memastikan keadaan majlis
itu berjalan dengan lancar.
“Pandu kereta tu hati-hati..” pesan
Mak Teh. Humaira hanya mengangguk! Setiap kali dia keluar pasti itulah pesanan
Mak Teh kepadanya. Dia bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai keluarga angkat
seperti Mak Teh itu!
SEBAIK saja Humaira bertemu dengan beberapa kakitangan yang
lain, rata-rata memuji akan penampilannya malam itu. Paling teruja sekali ialah
Kak Sofi. Dia memang suka melihat Humaira sejak dulu lagi. Entah kenapa pertama
kali dia melihat Humaira yang baru masuk bekerja dulu, dia seperti lama
mengenalinya. Adakah begitu perasaan Tengku Elman pada Humaira atau lebih lagi.
Sempat lagi dia mengelamun.
Dulu pun dia rapat dengan arwah
Ariana. Dan dia selalu melihat Ariana dan Tengku Elman masuk ke pejabat walau
pun tidak selalu. Tetapi Ariana seorang yang peramah. Dia tidak sombong dengan
pekerja bawahan mereka.
Malam itu kelam kabut Humaira dan
Kak Sofi menyiapkan kerja di saat akhir sebelum majlis pelancaran itu bermula.
Dia cukup bimbang jika ada perkara-perkara kecil yang terlepas dari pandangan
mereka. Humaira tidak habis-habis bertanya kepada Encik Johan yang sedang
memantau majlis pada malam itu. Apa yang penting hari ini mereka tidak mahu
gagal untuk projek pertama yang di amanahkan oleh Tengku Elman kepada mereka.
Humaira menarik tangan Kak Sofi
menuju ke pintu utama grand ballroom
bagi menyambut kedatangan para tetamu. Melihat kehadiran yang sangat meriah dan
di serikan dengan kerlipan flash lensa jurukamera yang hadir, Humaira dan Kak
Sofi tersenyum riang. Nampaknya kemeriahan majlis malam itu mencapai tahap yang
mereka inginkan.
“Hai Kak Ira..” tegur Ku Zurin. Dia
berjalan bersama tunangnya. Humaira melemparkan senyuman dengan membalas
teguran Ku Zurin.
“Hai.. Ingatkan Ku Zurin tak
datang..” soal Humaira dengan senyuman. Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Mestilah Zurin datang kak.. Majlis
ni penting buat abang Elman. Mestilah Zurin tak nak ketinggalan..” jawab Ku
Zurin sambil berbisik ke telinga Humaira.
“Ku Zurin masuklah ke dalam dulu..
Kami tengah tunggu Tengku Elman dan Cik Bella sampai..” Ku Zurin mencebik.. Dia
memang tidak suka dengan Isabella.
“Kenapa muncung macam itik?” soal
tunangnya Sharul.
Mereka semua ketawa.
“Bukan tak tahu Kak Bella tu suka
mengada-ngada.. Nak sangat perhatianlah tu..” bebel Ku Zurin. Ketiga-tiga insan
yang berdiri di situ tergelak.
Dari jauh, Humaira melihat kelibat
Tengku Suraya. Dia melemparkan senyuman buat wanita separuh umur itu. Biar pun
dia sudah berumur tetapi itu tidak menghalangnya untuk bergaya di majlis yang
penting ini. Apalagi malam ini adalah malam yang penting buat anak lelakinya
Tengku Elman Qaufar sebagai pewaris tunggal Global Bhd.
“Hai mama.. Cantiknya mama malam
ini..” tegur Humaira dengan senang hati.
“Hai Ira.. Anak mama pun cantik
malam ini..” tegur Tengku Suraya. Mereka berdua saling berpelukan.
“Mama??” Kak Sofi memandang wajah
Humaira meminta kepastian.
“Oh.. Tengku Suraya yang meminta Ira
panggil dia mama..” ujar Humaira menghilangkan kehairanan di hati Kak Sofi.
“Oh macam tu. Ingatkan saja-saja Ira
nak panggil macam tu..” jawab Kak Sofi dengan senyuman.
“Mama masuklah ke dalam dulu. Tak
lama lagi majlis akan bermula. Ni pun tengah tunggu Tengku Elman dengan Cik
Bella saja..” terang Humaira lagi. Tengku Suraya tersenyum.
“Baiklah..” ujar Tengku Suraya lalu
melangkahkan kaki masuk ke dalam.
“Boleh tahan juga kau.. Rapat dengan
kerabat Tengku Elman.”
“Kebetulan saja kak..” jawab Humaira
sambil tersenyum.
“Hai Ira..” tegur Dato Farid bersama
dengan Datin Melinda.
“Hai Dato Farid.. Datin Melinda..”
jawab Humaira dengan ramah.
‘Menyampahnya dengan perempuan ni..
Mungkin sebab itulah Isabella tak sukakan dia!’ ujar Datin Melinda dalam hati.
Namun dia terpaksa juga melebarkan senyumannya pada gadis itu demi menjaga status
suaminya.
“Dato Farid.. Datin Melinda..
Silalah masuk ke dalam..” ujar Kak Sofi bila menyedari Datin Melinda seperti
tidak menyukai Humaira.
‘Datin tu macam tak suka tengok Ira ramah
menyapa Dato Farid. Agaknya sebab Ira seiras isteri Tengku yang dulu!’ bisik
Kak Sofi dalam hati.
Belum sempat lagi kaki Humaira
lenguh berdiri, bebola matanya yang memandang tiba-tiba melekat ke arah
pasangan yang sedang berjalan menghampiri mereka.
“Ira tengok tu.. Cantiknya Cik
Bella, dan Tengku Elman tu!! Mereka berdua memang padankan?”
Bisikan dari Kak Sofi mengejutkan
Humaira. Bukan pasangan itu yang menjadi subjek utama matanya tetapi pasangan
yang berjalan di belakang Tengku Elman dan Isabella. Ini mengundang rasa kurang
senang di hati Humaira. Nampaknya Azwan begitu tampan dengan suit yang di
pakainya dan di sebelahnya seorang wanita yang tidak kurang cantiknya. Arghh
itukan Cik Sally isterinya. Boleh pula dia terlupa yang Azwan sudah pun
berkahwin. Bukannya dia cemburu tetapi dia sedih bila mengenangkan peristiwa
yang berlaku terhadap dirinya. Dia benar-benar kecewa!
Mata Tengku Elman sempat melirik ke
arah tempat Humaira berdiri. Dari sinar mata itu dia dapat melihat anak mata
Humaira yang sedang memerhatikan lelaki di sebelah sana. Tiba-tiba dia di terpa
rasa cemburu!!
‘Humaira masih mengharapkan kasih
lelaki yang bernama Azwan itu ke?’ Soalnya dalam hati. ‘Ini tak boleh jadi!
Humaira tidak boleh jadi kepunyaan sesiapa pun kecuali dirinya saja!’
“Selamat datang..” tegur Kak Sofi
kepada pasangan itu. Sebentar tadi dia melihat wajah Humaira semacam sahaja
bila melihat pasangan yang berjalan itu.
“Terima kasih..” balas Isabella
sambil memeluk erat lengan Tengku Elman. Malam ini dia berasa gembira sekali
apabila dia dapat berpasangan dengan Tengku Elman.
“Hai Humaira..” tegur Sally dengan
ramah. Dia teringat dengan gadis yang datang ke Johor bersama Tengku Elman
tempoh hari.
“Mmm Hai..” balas Humaira. Sambil
itu dia tersenyum sumbing. Dia melihat Azwan merenung ke arahnya.
“Hai Humaira, remember me?” tegur satu suara di sisinya. Humaira memandang
wajah yang menegurnya. Lama dia perhatikan wajah itu.
“Oh..Hai.. Encik Jamal right?” soal Humaira lagi. Lelaki itu tersenyum taktala
si gadis itu masih ingat akan dirinya. Sebentar tadi dia sedikit bimbang kerana
mungkin gadis itu tidak ingat akan dirinya.
“Ingat pun..” Jamal tersenyum lagi.
“You
look gergous toninght..” Dia memuji kecantikan gadis yang berdiri di
hadapannya ini.
“Thank
you..” Humaira buat-buat tersenyum. Malam ini dia terpaksa juga tersenyum
kepada tetamu yang datang kerana tidak mahu mereka tahu apa yang dia rasakan
ketika ini.
“Elman.. cuba you tengok mesra sungguh Humaira dengan Jamal.. I fikir Jamal
berminat dengan Humaira..” suara girang Isabella kedengaran. Tengku Elman
Qaufar terkejut. Namun dia berjaya mengawal perasaannya itu.
“Mana?” soal Tengku Elman pendek.
Pada hal dalam hati sudah membahang rasa cemburu. Memang malam ini Humaira
sangat cantik dengan pakaian yang di pakainya. Dan tidak hairanlah kalau ada
lelaki lain yang cuba cucuk jarum! Tanpa sedar kakinya sudah melangkah ke arah
dua insan di situ.
“Tengku Elman..” panggil Jamal bila
melihat Tengku Elman mendekati mereka.
“Jamal..”
Mereka berdua terus bersalaman.
Tengku Elman tidak menyangka Jamal akan hadir pada majlis malam ini.
“I ingat you tak datang..” ujar Tengku Elman lagi.
“Mestilah I datang.. Isabella yang
jemput I..” jawab Jamal dengan cepat. Sambil itu matanya tetap melirik ke arah
Humaira.
“Sorrylah..
Maybe I terlupa.. Nasib baik ada
Isabella..” jawab Tebgku Elman sambil tergelak. Malu dengan Jamal kerana dia
terlupa untuk menjemputnya datang pada malam ini.
“Its
okey, dapat juga I jumpa dengan dia...”
“Who?”
“Your personal assistant. Humaira..” bisik Jamal ke telinga Tengku
Elman. Telinga Tengku Elman terasa bahangnya.
“Dia wanita paling cantik malam ini, and I never seen a beautiful woman in my
life like her!!”
Berdesing telinga Tengku Elman
ketika mendengar pujian dari mulut Jamal. Terasa ingin saja dia menghayunkan
tumbukan ke wajah Jamal. ‘Dasar buaya darat.. Asal nampak perempuan yang cantik
saja pasti ingin di godanya. Kalau perempuan lain dia tidak kisah. Tapi bukan
Huamira. Dia isteri aku!!’jeritnya dalam hati.
“Sayang.. Are you okey?” soal Bella bila melihat wajah Tengku Elman yang
seperti menahan perasaan. entah apa yang di bualkan antara Jamal dan Tengku
Elman tadi.
“I
am okey.. Don’t worry..” jawab Tengku Elman.
Pada masa yang sama juga pengacara
mengumumkan majlis akan bermula sebentar lagi. Tengku Elman terus menuju ke
tempat duduk yang dikhaskan untuknya dan diikuti oleh Isabella. Biar pun
hatinya tidak tenteram, dia terpaksa menyabarkan hatinya.. Nasib baik mereka
bertemu di majlis seperti ini. Kalau di luar dia tidak janji akan dapat
mengawal perasaannya!
best...padan muka azwan hahahaha
ReplyDeletebest.
ReplyDeletebest, issabela mesti tergugat. tapi memang mengada-ada sangat isabella tu. bila la rahsia sebenar nak terbongkar
ReplyDeleteBest2 x sabar nak tau next n3..
ReplyDelete