Malam itu para tetamu mula
membanjiri halaman rumah Dato Ismail dan Datin Mardiah. Tetamu mereka datangnya
dari golongan ahli korporat, rakan seperniagaan dan sebagainya. Tidak
ketinggalan juga para pekerja dari syarikat Jaya Holding. Semuanya di jemput
hadir.
“Kak Ros, akak nampak tak apa
yang saya nampak?” soal Liza.
“Awak nampak apa?” soal Kak
Ros.
“Perempuan dengan bos kita tu?”
“Mana?”
“Tu.. yang berdiri dekat dengan
bos kita tu. Siap berpegangan tangan lagi tu.. Setahu saya bos kita belum kahwin
kan? Tapi kenapa dia pegang tangan perempuan tu? Janganlah cakap bos kita dah
tak betul pula.. Haram kalau belum nikah..” ujar Liza panjang berjela.
“Akak rasa macam kenal je
dengan perempuan tu.. Bukan Mira Syafika ke tu?”
“Ha.. ha erkk.. baru aku
perasan. Memang macam Mira Syafika. Erat betul pegangan tangan mereka tu. Tapi nampak
macam Mira tak selesa pula.. Kenapa yer?”
“Jom kita pergi jumpa mereka..”
Baru saja mereka mahu melangkah ke arah bos dan
pasangannya, tiba-tiba ada pengumuman meminta perhatian dari para tetamu. Mereka
segera memberhentikan langkah mereka.
“Perhatian para tetamu
sekalian. Assallamuailikum dan selamat malam kepada semua. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang ke majlis yang amat
bermakna bagi kami sekeluarga. Sempena majlis menyambut ulang tahun perkahwinan
saya dan isteri saya, disini saya juga ingin mengumumkan bahawa anak tunggal
saya iaitu Iqbal Iskandar sudah berkahwin dengan gadis pilihannya yang bernama
Mira Syafika binti Megat Sharifuddin. Oleh itu sempena majlis malam ini saya
berharap anda semua tidak segan dan malu untuk menjamu selera pada malam ini”.
Akhirnya Dato Ismail mengakhiri ucapan nya malam itu.
“Hah!!!..” Semua tetamu yang hadir malam itu terkejut. Ada di antara mereka yang sudah memasang angan-angan ingin berbesankan Dato Ismail menjadi kecewa. Tidak juga ketinggalan dengan Tan Sri Ruslan dan anaknya Rozie. Memang melopong mulut Rozie mendengar berita yang baru di sampaikan oleh Dato Ismail sebentar tadi. Tak percaya!! Itulah yang ada dalam kotak fikirannya pada masa ini.
“Hah!!!..” Semua tetamu yang hadir malam itu terkejut. Ada di antara mereka yang sudah memasang angan-angan ingin berbesankan Dato Ismail menjadi kecewa. Tidak juga ketinggalan dengan Tan Sri Ruslan dan anaknya Rozie. Memang melopong mulut Rozie mendengar berita yang baru di sampaikan oleh Dato Ismail sebentar tadi. Tak percaya!! Itulah yang ada dalam kotak fikirannya pada masa ini.
“Patutlah aku nampak bos caring sangat dengan Mira. Rupa-rupanya isteri yang tercinta..” ujar Liza.
“Akak pun tak sangka.. Pandai Mira simpan rahsia dari kita semua.. Memang masuk kerja hari isnin ni memang dia nak kena..” balas Kak Ros dengan tawanya..
“Itulah pasal. Aku pelik tengok sikap bos semenjak Mira masuk kerja. Kalau dulu dia selalu balik lewat. Tapi semenjak Mira masuk kerja dia selalu balik awal. Senyum pun sampai ke telinga. Dan caring sangat kat Mira. Aku ingatkan dia nak mengorat Mira rupa-rupanya dah jadi suami isteri. Bos..bos.. memang terbaiklah bos kita tu..” balas Ina pula.
"Kamu semua tengoklah macam mana muka Rozie perasan cantik tu..”
“Mana?”
“Tu.. muka macam kerat empat belas je saya tengok..” ujar Liza. Memang dia tidak suka dengan perangai Rozie yang suka menempel dekat bos mereka. Walaupun dulu pernah dia mendengar ura-ura dia bakal jadi tunang bos mereka tetapi berita itu akhirnya senyap begitu sahaja. Tetapi kali ini mereka di kejutkan dengan berita bos mereka sudah berkahwin dengan Mira Syafika.
"Padan muka dia. Muka tak tahu malu asyik nak menggedik jer dengan bos.." Ina pula menyambung.
Mereka meneruskan langkah menuju ke arah Encik Iqbal Iskandar dan Mira Syafika.
“Tahniah bos.. Pandai bos simpan rahsia dari kita orang..” ujar Liza. Iqbal Iskandar dan Mira tersenyum. memang sudah di jangka ramai yang terkejut dengan berita yang baru di sampaikan tadi.
“Maaflah bukan nak berahsia,
tapi belum tiba masanya nak bagitau kat semua.. Terima kasih kerana sudi datang
malam ni..”
“Kalau bos jemput mestilah kita orang datang tak gitu??” ujar Kak Ros
“Ya..ya.. makan free siapa tak
nak bos..” jawab Ina pula.
“Hishh kau ni Ina, tak
habis-habis pasal makan.. Memang bab makan nombor satu kau yer!!”
“Dahlah.. Jemputlah ambil
makanan sendiri ya..” ujar Iqbal kepada pekerja bawahannya.
Sengaja dia memeluk bahu Mira
agar rapat pada dirinya. Kalau mahu saja dia menjerit pada satu dunia biar
orang tahu Mira Syafika adalah haknya yang sah. Biar tiada lelaki di luar sana
yang cuba mengurat iaterinya itu. Biar padan muka dengan lelaki yang satu
pejabat dengan Mira.
“Haa.. Mira jangan lupa hari
Isnin..” ujar Kak Ros sengaja mengusik Mira.
“Jangan lupa apa Kak Ros?” soal
Mira tidak tahu.
“Kena ceritakan bagaimana Mira
kahwin dengan bos?” bisik Kak Ros ke telinga Mira. Merah padam muka Mira
menahan malu. Berdebar dia menunggu hari Isnin.
“Apa pun Mira tahniah sebab
dapat tambat hati bos kita yang kacak ni..” ujar Kak Ros lagi. Memang dia suka
sangat mengusik. Dulu pernah juga dia mengusik Mira dengan bos mereka.
Rupa-rupanya memang mereka sudah jadi suami isteri pun.
Mereka turut tumpang gembira dengan
perkhabaran yang di dengar tadi. Lepas ni makin galaklah mereka mengusik Mira.
Biar padan dengan muka lelaki yang bekerja di pejabat yang cuba nak usha Mira.
Selama ini mereka tak tahu yang mereka sebenarnya mengusik isteri bos mereka..
Dunia hai dunia..
Selepas pengumuman itu di buat,
bertimpa-timpa ucapan tahniah dari para tetamu yang datang. Memang tak cukup
tangan di buatnya. Penat juga mereka berdua membalas ucapan tahniah dari para
tetamu yang hadir pada malam itu.
Mata Rozie menangkap tubuh yang
berdiri di sisi Iqbal Iskandar. Cemburunya datang secara tiba-tiba. Hatinya
sakit bila melihat Iqbal Iskandar memengang mesra tangan gadis itu. Dan
nampaknya wajah Iqbal Iskandar semakin ceria ketika berjalan bergandingan
dengan gadis itu. Apa hubungan Iqbal dengan gadis itu sudah terjawab dengan
pengumuman tadi. Datin Mardiah perasan akan mata tajam Rozie itu. Rozie
memaling wajahnya kearah Datin Mardiah. Lalu dia berjalan mendekati Datin
Mardiah. Dia inginkan kepastian dari mulut Datin Mardiah.
“Bila masa mereka menikah
Auntie..? Rozie tak tau pun..” berkerut-kerut dahi Rozie dengan berita yang
baru di dengarnya tadi tu.
“Dah sebulan dah mereka
menikah. Kami buat secara kecil-kecilan aje kat kampung perempuan tu. Iqbal tak
nak buat resepsi kat hotel. Sebab tu ramai orang yang tak tahu” jawab Datin
Mardiah.
“No.. Auntie. Rozie macam tak
percaya. Macam mana Iqbal boleh berkahwin dengan perempuan kampung tu?”
“Itu Rozie kena tanya dia
sendiri. Auntie pun terkejut masa dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu.
Walaupun perempuan itu tidak mahu berkahwin dengannya” ujar Datin Mardiah. Tak
kan dia nak cakap mereka kahwin sebab kena tangkap khalwat!
“Tapi perempuan tu bukan kerja
dekat pejabat Iqbal ke? Kalau tak silap?” dia cuba meneka. Entah apa yang
merasuk fikiran Iqbal sampai dia sanggup kahwin dengan perempuan kampung tu? Yang
menghairankan selama dia kenal dengan Iqbal tidak pernah sekali pun Iqbal
memperkenalkan gadis itu kepadanya. Sejak bila pula mereka bercinta. Angin tak
ada, ribut pun tak ada. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan perkahwinan Iqbal. Apa
sebenarnya yang berlaku dia sendiri pun tak faham. Semuanya berlaku tiba-tiba
sahaja. Hatinya semakin geram. Patutlah Iqbal langsung tidak layan dia selama
ini. Tak apa aku akan ikthiarkan sesuatu.
“Itu Rozie tanya dia sendiri.
Sebenarnya sudah lama Auntie nak cakap dengan Rozie tapi susah nak jumpa dengan
Rozie tu yang baru sekarang dapat bagitahu hal ni pada Rozie.
“Auntie minta maaf..” jawab Datin Mardiah
serba salah. Sememangnya selama ini dia cuba menghubungi Rozie namun dia
langsung tidak dapat berjumpa dengannya. Lalu perkara itu di diamkan saja
hingga ke hari ini. Bukan Rozie saja yang terkejut dengan berita itu malah
dirinya juga turut rasa kecewa kerana Iqbal lebih suka memilih gadis itu dari
Rozie.
Mendengar berita yang di dengar
dari Datin Mardiah tadi, hatinya begitu panas. Kalau boleh memang mahu menggeledak
rasanya. Kalau air yang di masak tentu sudah menggeledak dan mendidih. Dan
kalau boleh benda yang boleh meletup sudah pasti akan berkecai sekarang ini. Begitulah
apa yang Rozie rasakan kali ini. ‘Tak apa aku nak malukan isteri Iqbal tu’ ujarnya
dalam hati. Dia tersenyum sendirian.
Elly mendekati Rozie setelah
melihat Datin Mardiah meninggalkan Rozie sendirian di situ.
“Perempuan tulah dengan Iqbal
masa I terserempak dengan mereka petang tadi kat butik..” ujar Elly sengaja
membakar perasaan Rozie. Dia tahu Rozie sudah lama menaruh hati pada Iqbal
Iskandar. Bukan tidak ada lelaki lain yang cuba mendekatinya namun hanya Iqbal
Iskandarlah lelaki yang satu-satunya dapat menembusi keegoannya.
“Habis kenapa you tak cakap
dengan I?” soal Rozie bengang. Tak guna punya kawan. Benda macam tu pun dia tak
bagitau!
“Sorrylah I ingat you tau pasal
ni. Lagipun mana I tahu yang itu wife dia...” jawab Elly. Dia dapat mengagak,
sekarang Rozie sedang berperang dengan perasaannya. Dari raut wajahnya dia
tahu, pasti Rozie akan berbuat sesuatu.
“So sekarang apa you nak buat?”
soal Elly lagi.
“I nak malukan wife Iqbal tu.
Dia tak kenal siapa Rozie ni yang sebenarnya. Berani dia rampas lelaki pujaan
I..” jawab Rozie dengan yakin.
“Tak sabar I nak tengok you
malukan wife Iqbal tu.. Perempuan kampung tu tak setaraf dengan kita ni pun..”
ujar Elly bangga. Dia tahu pasti Rozie akan mengotakan apa yang di kata.
“Tahniah Iqbal. Tak sangka kamu
dah kahwin” ujar Encik Hamid. Memang pada mula-mulanya dia pun terkejut
mendengar Iqbal mahu berkahwin hari itu. Tapi bila dia berjumpa dengan isteri
Iqbal hari ini barulah dia tahu perempuan itu memang sepadan dengannya.
“Terima kasih Uncle, Auntie..”
balas Iqbal.
“Huh.. Kalau nak tunggu anak
Auntie tu kahwin memang lama lagilah tu.. kan bang?”ujar Auntie Lisda. Teringat
anak lelakinya Amirul.
“Awak ni, bagilah dia masa
pilih pasangan hidup dia. Kalau dah bertemu jodoh nanti tak kemanalah..” balas
Encik Hamid. Auntie Lisda merenung wajah Mira. Wajah itu sungguh menarik
perhatiannya. Bak kata orang tak jemu mata memandangnya. Bertuah Iqbal punya
isteri yang cantik dan juga baik.
“Betulkan Auntie cakap, Mira cantik
sangat pakai blaus ni?” ujar Auntie Lisda. Memang dia suka sangat dengan Mira.
Gadis itu tidak sombong.
Teringat perbualan Mira dengan
Iqbal di butik petang tadi. Walaupun Mira bercakap separuh berbisik ke telinga
Iqbal namun dia masih boleh mendengar butir perbualan mereka.
Mira tidak suka Iqbal
membelikan pakaian yang mahal. Namun Iqbal tetap juga berdegil mahu membelikan
untuknya. Kalaulah perempuan lain, itulah perkara yang di tunggu-tunggu.
Patutlah Iqbal sayang sangat kat isterinya itu.
“Terbaik..” jawab Iqbal sambil
mengangkat jari ke arah Auntie Lisda.
Kedua tetamu itu tersenyum.
Mereka turut rasa gembira melihat pasangan di depan mata itu bahagia.
“Am tak datang ke Auntie? Pada
hal awal-awal Iqbal dah cakap dengan dia...”
“Datang tapi tak tau pula dia
kat mana? Dari tadi auntie menjenguk-jenguk pun tak nampak batang hidung dia” jawab
Auntie Lisda.
Kemudian kelihatan Rozie melangkah
mendekati band yang bermain muzik itu. Microphone di ambil dari penyanyi
tersebut. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir dia membuat pengumuman.
“Pengumuman.. pengumuman..”
Semua tetamu yang hadir
berpaling ke arah Rozie. Termasuk Iqbal dan Mira Syafika. Mereka berdua sedang
melayan tetamu sedikit terkejut.
‘Apa yang Rozie nak buat ni?’ soal
Iqbal dalam hati. Hairan!
“Malam ini kita akan menjemput
Mira Syafika untuk menyanyi dan bermain piano. Dengan segala hormatnya di
persilakan Mira Syafika...” suara Rozie kedengaran di udara.
Para tetamu bertepuk tangan.
Mira terkejut mendengar apa yang di ucapkan oleh Rozie tadi. Mana mungkin dia
mahu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu memalukan suami dan keluarganya.
Dia tahu mungkin Rozie sengaja mengenakan dia. Bukan dia tidak tahu selama ini
Rozie sentiasa mencari peluang untuk mendekati Iqbal. Menurut budak pejabat
Rozie memang tergila-gilakan suaminya itu.
“Sayang.. macam mana ni? Sayang
bolehkah main piano? Kalau tak dapat abang tolong Mira” soal Iqbal. Dia tahu
Mira sebenarnya sudah bengang. Dari riak wajahnya dia tahu isterinya jadi tak
menentu.
“Tak apalah. Mira akan cuba.
Mira tak nak keluarga awak dapat malu” lega Iqbal Iskandar mendengar kata-kata
yang keluar dari mulut Mira.
Rozie ni memang sengaja nak
kenakan Mira. Mungkin sebab dia dah tahu perkara yang sebenarnya. Perlahan-lahan
Mira Syafika mengatur langkah menuju ke arah piano yang di sediakan. Dia duduk
dan menarik nafas. Ingat dia tidak berani menyahut cabaran itu. Salah oranglah
beb kalau ada orang yang buat begitu.
Dia memejam matanya sambil
mengingat not. Dulu masa kecil dia adalah bermain piano dengan arwah papanya.
Selepas papanya meninggal, hanya instrument pemberian papanya itu saja yang
selalu menemani kesunyiannya.
Perlahan-lahan dia mendaratkan
jarinya dia atas piano itu. Terlintas di fikirannya mahu menyanyikan lagu yang
di minatinya. ‘Ku pinang kau dengan Bismillah.’ Lagu yang di nyanyikan oleh
Rossa dan Pasha dari kumpulan Unggu. Hanya lagu itu saja yang terlintas di
kotak fikirannya.
Mira menyanyi dengan
perlahan-lahan mengikut not yang di mainkan.
Selesai menyanyi dan memainkan
piano tersebut, Mira menerima tepukan yang gemuruh sekali. Apalagi Rozie jadi
malu dengan diri sendiri apabila dia tidak menyangka Mira pandai bermain piano.
Sebenarnya tadi dia mahu malukan Mira Syafika sebaliknya dia mendapat pujian
lagi setelah habis persembahan itu. Hati sudah berbalam-balam rasa sakitnya.
Sedangkan dia hanya perempuan
kampung, mana mungkin dia pandai bermain piano? Datin Mardiah pun terkejut
sama. Dia tidak menyangka menantunya itu pandai bermain piano. Dalam diam dia
memuji akan kecantikan dan bakat yang Mira ada.
“Sedap suara sayang. Abang suka
sangat” puji Iqbal hampir di telinga Mira. Mira menoleh. Terkejut mendengar
suara yang begitu dekat dengannya.
“Terima kasih. Sebab awak
tolong saya tadi” ucapnya. Kalau dia sendirian memang lagu itu tidak lengkap.
“Apa nak berkira sangat. Kitakan
suami isteri. Tak sangka kita minat lagu yang sama. Tapi abang suka dengan liriknya”
ujar Iqbal lagi. Alangkah gembiranya dia kalau Mira memaksudkan perasaannya
seperti bait-bait lagu itu.
“Perasan. Mira cuma nyanyi je
tak bermaksudkan apa-apa” Mira menjeling. Dia juga tidak menyangka Iqbal naik
ke pentas bersamanya tadi. Memang pun itu lagu duet. Hanya lagu itu yang
terlintas di fikirannya dan dia dapat menyanyi sambil bermain piano.
Iqbal hanya tersenyum. Suka dia
melihat wajah isterinya yang merah kerana menahan geram. Dan dia tidak
melepaskan peluang dengan menggenggam tangan Mira di hadapan tetamu. Tangan itu
di genggam kemas. Kadang-kadang terasa Mira ingin menarik tangannya. Namun dia
sengaja buat tak tahu saja. Hanya malam ini dia bekesempatan untuk memengang
tangan itu. Dia tidak mahu memikirkan untuk hari esoknya.
“Amboi.. pengantin baru kita
ni.. Tak habis-habis dengan perangai romantiknya” Amirul menegur. Dia tersenyum
suka bila melihat sahabatnya itu bahagia. Kekadang dia berasa cemburu dengan
Iqbal kerana di pertemukan dengan gadis sebaik dan secantik Mira. Tetapi bila
dikenangkan bagai mana cara Iqbal untuk mendapatkan Mira baginya sungguh tidak
adil bagi Mira. Kesian gadis itu. Itulah kuasa cinta!! Kuasa cinta yang
membuatkan sahabat karibnya menjadi lelaki yang seperti sekarang ini.
“Ala biasalah. Namakan
pengantin barukan sayang? Awak cemburu ke? Kalau cemburu, cepat-cepatlah awak
kahwin” ujar Iqbal sambil melirik kearah Mira. Mira tertunduk malu.
Tangan Iqbal tidak melepaskan
gengamannya. Malam ini adalah peluangnya dia menggengam tangan itu. Di hadapan
tetamu dia beramah mesra. Dia tahu Mira tidak akan membantah kerana tidak mahu
dirinya di permalukan.
“Amboi-amboi.. Romantik sangat
sampai tak ingat kat atuk!” ujar Encik Fuad pula mencelah dia antara mereka.
Dari tadi dia mencari kelibat pasangan sejoli itu. Suka dia melihat Iqbal
bahagia dengan gadis pilihannya. Setiap kali dia melihat wajah gadis itu, dia
teringatkan seseorang. Mata gadis itu mirip dengan mata arwah isteri pertamanya.
Tapi tidak mungkin!! Sebab itu hatinya sentiasa tertarik-tarik untuk mendekati
gadis itu. Dia juga senang dengan kelakuan gadis yang sopan itu. Tidak macam
cucunya sendiri. Seksi. Nampak sana, nampak sini. Perangai tak ubah seperti
perangai isteri mudanya.
“Tak adalah tuk.. Ramai sangat
tetamu jadi kami tak berkesempatan nak jumpa atuk..” jawab Mira mesra. Memang
dari tadi juga matanya melilau mancari kelibat Encik Fuad. Entah kenapa dia
berasa seperti dekat dengan atuk itu walapun baru sekali mereka berjumpa.
Iqbal juga membela diri. Mana
mungkin dia lupa pada Encik Fuad. Datuk kepada Rozie itu. Di sangkanya Encik
Fuad tidak mahu lagi bergaul mesra dengannya kerana dia berkahwin dengan Mira.
Ternyata sangkaannya meleset. Lelaki tua itu nampaknya suka dengan Mira.
Katanya gadis itu sesuai dengan dirinya. Dia seorang yang baik hati dan
bersopan santun. Apalagi kembanglah hidung Iqbal mendengarnya. Dia bersyukur
sangat perlahan-lahan orang sekelilingnya menerima Mira dalam hidupnya.
“Awak, Mira nak ke tandas
sekejap” bisik Mira ke telinga Iqbal. Iqbal tersenyum. Alasan!! Pada hal dia
mesti tidak selesa dengan suasana begini.
“Okeylah. Nanti datang balik
tau!” balasnya.
Mira mengangguk. Kemudian dia
terus berlalu dari situ. Ketika dia baru melangkah ke tandas dia terdengar
sesuatu.
“Perempuan macam Mira tu boleh
kahwin dengan Iqbal. Dia ingat dia boleh jadi enggang kalau kahwin dengan si
enggang. Pada hal dia masih jadi pipit..” berdesing telinga Mira mendengar kata-kata
itu dari seorang perempuan yang tidak di kenalinya.
“Yelah Elly. Dia ingat dirinya
tu hebat sangat. Sebab tu dia boleh perangkap lelaki kaya supaya kahwin dengan
dia. Iqbal tu pun bodohkan Elly. Perempuan kampung macam tu yang dia pilih jadi
isteri dia.. Memang tak padan..” ujar Rozie lagi.
Mira yang mendengar kata-kata
itu ingin rasanya membalas balik kata-kata yang menghina dirinya namun dia
tidak mahu, mengeruhkan keadaan dan majlis malam ini. Biarlah dia hanya
mendengarnya sendiri. Cuma dalam hatinya saja dia memang berjawab. Di terus masuk
kedalam tandas. Kedua-dua perempuan tadi keluar dari bilik tandas itu.
Rozie melihat kelibat Mira yang
baru keluar dari tandas. Kali ini dia mesti berjaya memalukan Mira di depan
para tetamu malam ini. Kalau tadi dia gagal memalukan Mira dia akan pastikan
kali ini dia berjaya. Sengaja dia berjalan dengan membawa segelas air oren di
tangannya.
“Sorry I tak nampak you kat
sini. Sorrylah air I tumpah kat baju you yang cantik dan mahal ni..” ujar Rozie
dengan sengajanya.
Pada hal dia tersenyum gembira
melihat Mira yang sudah basah di sirami dengan air oren di tangannya tadi.
Merah muka Mira saat itu. Siapa tidak malu bila semua mata tetamu memandang ke
arahnya. Dalam ramai-ramai orang yang ada di majlis itu dia pula yang kena
siram.
“Tak apalah..” jawabnya perlahan.
“Sorry ya.. I sengaja nak
malukan you depan para tetamu yang ramai ni. Lain kali sedar diri tu. You ni
langsung tak setaraf dengan kami tau tak..! Awak ingat Iqbal cintakan awak ke?”
bisik Rozie ke telinga Mira. Merah muka Mira sekali lagi. Rozie tersenyum
gembira bila melihat aksi Mira seperti mahu marah.
“Hei.. awak ingat sebab awak
anak orang kaya dan ternama, awak boleh hina saya sesuka hati. Dan lagi satu,
saya pun tak harap yang Iqbal cintakan saya sebab saya langsung tak cintakan
dia..” puas rasa hati Mira membalas setiap kata-kata Rozie sebentar tadi.
Jangan ingat dia tidak pandai
membalas setiap kata-kata seperti itu. Silap oranglah beb! Rozie terkejut mendengar
balasan kata dari Mira.. Sekali lagi dia merasakan dirinya kalah di tangan perempuan
itu. Sial!!
“Sayang.. Kenapa ni?” soal
Iqbal. Dari jauh tadi dia nampak Mira seperti ada masalah dengan Rozie. Lalu
dia segera mendapatkan mereka berdua. Dan sekarang dia ternampak pakaian Mira
basah. Arghh!! Sudah pasti itu puncanya isterinya itu tengang sangat wajahnya.
“Excuse me...” ujar Mira tanpa
mempedulikan teguran dari Iqbal. Sakit hatinya apabila Rozie memang sengaja
mahu memalukan dia pada malam ini.
“Mira!!” Iqbal mahu
mengejarnya. Namun lengan cepat di paut oleh Rozie.
“You.. Macam ni ke tuan rumah
layan tetamu. Sepatutnya you tTak bolehlah biarkan tetamu macam kami ni di
sini. Majlis nikan majlis kamu.. Takkanlah you sanggup tinggalkan para tetamu
yang datang malam ini.”
“Tapi I..”
“Tak apalah.. Wife you bukannya
budak kecik.. And sorrylah I tak sengaja tumpahkan air ke baju dia tadi” ujar
Rozie dengan menggoda. Kalau boleh malam ini dia mahu Iqbal menemaninya
walaupun hanya seketika.
“Tapi I nak jenguk dia
sekejap..” balas iqbal.
“You.. Apa kata malam ni kita
lepak kat tempat biasa tu. I nak celebrate perkahwinan you..” ujar Rozie
memberi cadangan. Dia berharap agar jeratnya kali ini mengena. Kalau dengan
Mira dia tidak dapat membalas, dengan Iqbal pun jadilah. Membayar hutang
setelah hatinya di lukai..
“Sorrylah.. I penat sangat malam
ni.. You pergilah cari orang lain temankan you..” Iqbal memberi cadangan.
Kemudian dia berlalu meninggalkan Rozie sendirian di situ. Ada tetamu yang
beransur pulang. Jadi dia harus mengambil tempat di depan untuk mengucapkan
terima kasih kepada para tetamu yang datang malam itu.
Mira melangkahkan kakinya ke
atas menuju ke arah billik tidur Iqbal. Kemudian dia segera menuju ke bilik
mandi. Di situ dia menangis sepuas hatinya di situ. Segala kesedihan dan
kemarahan dalam dirinya di muntahkan di situ. Setelah merasa lega dia terus
mandi sebelum si suaminya masuk kebilik tidur itu kelak.
Penat terasa badannya maklumlah
dari pagi dia menemani Iqbal pergi membeli hadiah kemudian pergi ke butik.
Selepas keluar dari butik mereka pergi makan dan menonton wayang. Dan pada
sebelah malamnya dia terpaksa menemani Iqbal melayan tetamu yang hadir malam
itu.
Badannya di baringkan dia atas
sofa yang terletak di tepi katil itu. Lega rasanya bila badannya sudah bersih.
Hanya hatinya masih sakit mendengar sindiran dari Rozie dan kawannya sebentar
tadi. ‘Bukannya aku nak sangat kahwin dengan Iqbal tu..’ ujarnya dalam hati.
Akhirnya dia terlelap bersama titisan air mata di pipinya.
..............................................................
Iqbal
naik ke atas menuju ke bilik tidurnya. Dari tadi lagi dia mencari kelibat Mira.
Dia ingatkan Mira akan turun balik menemaninya namun hampa bila orang yang
dicari itu tidak kelihatan. Pada masa ini barulah dia dapat meloloskan diri dan
mengambil peluang untuk menuju ke biliknya. Para tetamu sudah pulang. Majlis
ulang tahun papa dan mamanya juga baru selesai.
Sampai
di muka pintu, Iqbal Iskandar mengetuk pintu biliknya perlahan beberapa kali.
Kemudian dia tunggu sekejap. Setelah beberapa lama dia menunggu masih tiada
tindak balas dari dalam. Mungkin isterinya itu sudah tidur! Bisiknya.
Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik itu. Pintu itu dikuak
perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengejutkan isterinya dengan bunyi pintu
itu nanti. Dia menonong masuk ke dalam. Kemudian dia menutup pintu itu
perlahan-lahan.
‘Eh!
Kenapa pula lampu bilik ini tak ditutup? Tak silaukah dia nak tidur?’ bisiknya
kehairanan. Di palingkan wajahnya ke arah katil peraduan. Kosong! Dia pergi
mana? Kemudian matanya terarah kebilik mandi. Perasan pintu bilik sedikit
renggang. Laju kakinya menapak menghampiri bilik air. Pintu itu di kuak
perlahan. Kepalanya di jengulkan sedikit. Matanya melilau memerhati keadaan
bilik air yang kemas. Cuma tempat mandi masih lagi basah. Orang yang di cari
tiada di situ.
Aik
kat sini pun dia tak ada? Dia pergi mana? Hatinya menjadi risau akan kehilangan
isterinya. Hatinya berdebar-debar hebat. Takkan nak tanya pada semua orang di
rumah itu. Pasti kecoh nanti jadinya. Namun dia berperangsangka baik. Jangan
pula cakap isterinya balik kerumah mereka tanpa pengetahuan dia. Atau mungkin
juga isterinya sedang mengambil angin dan bersiar-siar di luar! Bisik hatinya
sekadar untuk menyedapkan kegalauan perasaannya.
Dia
terus mengambil tuala yang di gantung lalu membersihkan diri. Selesai mandi,
terasa matanya mengantuk pula. Badannya terasa penat setelah seharian dia
menghabiskan masa bersama isteri tersayang.
Seperti
kebiasaanya dia menutup pintu bilik air kemudian suis lampu bilik utama di
tutup. Kakinya di pacu menuju kea rah katil. Lampu katil pula di hidupkan dalam
cahaya yang agak malap. Lantas badannya di baringkan di atas tilam empuk yang
berusia. Kemudian badannya di merengkan ke sebelah kanan. Dia sedikit
tersentak. Matanya sudah merenung ke arah seraut wajah yang sedang tidur lena
di atas sofa putih yang panjang di sisi katil yang agak terlindung dari pintu
bilik. Memang wajarlah dia tidak nampak ketika dia masuk ke bilik ini tadi.
Perlahan-lahan
dia angkat kakinya menuju ke arah sofa itu. Di amati wajah itu dengan penuh
rasa kasih dan sayang. Wajah itu nampak begitu mulus tanpa secalit make-up. Di
kepalanya masih tersarung tudung berwarna putih menutupi mahkotanya.
Tiba-tiba
dia perasan akan sesuatu. Seperti isterinya baru lepas menangis! Tapi kenapa
boleh jadi begitu? Mungkin ada orang yang telah menyakiti hati isterinya itu.
Ingin
saja dia terus bertanya tetapi mengenangkan isterinya itu lena sangat tidurnya
dia tidak mahu mengganggu. Tapi tak mengapalah. Esokkan masih ada. Dia akan
bertanya hal itu esok.
‘Dia
nikan, nak tidur pun masih pakai tudung?’ soalnya dalam hati. Ternyata tubuh
itu sedang mengerekot kesejukan. Hatinya jatuh belas pada si isteri. Kerana
rasa sayang yang kian menebal dan tanggungjawabnya sudah terbeban di kedua
belah bahunya, dia memberanikan diri untuk menyentuh isterinya. Dia tidak rela
membiarkan isterinya tertidur dalam kesejukan.
Lalu
tubuh isterinya itu di angkat lantas di cempung menuju ke katil. Dia tidak
memandang wajah itu sewaktu dia mengangkatnya. Takut imannya senipis kulit
bawang itu tidak mampu menahan gelora hatinya yang sudah menderu ganas.
Tubuh
itu kemudiannya di baringkan dengan cermat di atas katil yang berhias indah.
Malam ini barulah dia berpeluang tidur di atas
katil itu bersama-sama Mira. Kalau dalam keadaan sedar jangan harap Mira
mahu tidur sekatil dengannya.
Belum
pun sempat tangannya yang melingkari tubuh itu di tarik, tiba-tiba terasa
lehernya di peluk erat. Hatinya semakin berdebar kuat. Darah muda sudah naik hingga ke kepalanya.
Mengecas semula keupayaan akal sihatnya. Wajah di palingkan ke muka isterinya.
Hanya satu inci saja jarak yang memisahkan wajah mereka. Tangannya makin erat
memeluk pinggang isterinya. Wajah yang penuh eskotik itu di perhatikan dengan
penuh kasih dan sayang yang makin membuak-buak.
Akibat
tidak tertahan dengan kasih sayangnya yang sudah menggunung,dengan penuh
perasaan Iqbal Iskandar memeluk tubuh isterinya dengan erat. Dahi isterinya di
kucup tanpa di lepaskan. Bau harum yang terbit dari tubuh isterinya
menghangatkan lagi perasaannya. Terbuai seketika perasaannya ketika itu.
Perlahan-lahan
tangannya menanggalkan tudung yang membaluti kepala isterinya. Sungguh!!
Isterinya langsung tidak terkutik dengan gerakan pada tubuhnya. Tudung putih
itu di leparkan ke tepi katil. Terserlah rambut hitam lebat beralun cantik
milik isterinya. Dia mengusap perlahan rambut panjang itu. Ini kali ke tiga dia
melihat rambut isterinya itu.
“Sayang...
Abang sangat mencintaimu..” tangannya melingkari lehernya di kucup penuh kasih.
“Izinkan
abang untuk membahagikanmu sayang.. Abang betul-betul dah kemaruk cintakan
sayang... Ya allah! Aku pohon padamu agar jodoh kami di perkuatkan. Aku tidak
mampu hidup tanpa bayangan isteriku. Ya Allah.. Hambamu memohon dengan
serendah-rendah hati agar hamba di beri peluang menjadi seorang suami yang
patuh dan bertanggungjawab pada keluarganya. Berikanlah kesempatan itu pada
hambamu ini ya Allah.. Perkenankanlah permohonan hambamu ini. Amin ya
rabbalalamin..” ucapnya dengan penuh pengharapan agar dia kekal hidup bersama
isterinya.
Wajahnya
di tundukkan tepat bertentangan dengan wajah isterinya. Dia mahu merenung
sepuas-puasnya wajah isterinya itu. Inilah kesempatan dan peluangnya. Bukan
mudah untuknya mengamati wajah isterinya dari jarak dekat. Teringat dia ketika suatu
malam dia menyusup masuk ke bilik isterinya. Memang mengamuk Mira padanya
ketika itu. Dia tersenyum sendirian mengenangkan masa itu.
Pelukan
di pinggang isterinya masih lagi tidak di lepaskan. Dia mahu tidurnya
bertemankan kehangatan dan keharuman isterinya. Akhirnya dia terlelap
bertemankan si isteri dalam pelukannya.
Dia
mengangkat sedikit tubuhnya dan menjulurkan tangannya ke bawah tengkuk
isterinya bila dia mula rasa tidak selesa kerana lama tubh itu menindih tangan
kanannya. Kini isterinya tidur berbantalkan lengannya. Dan dia amat selesa
begitu. Malam ini bagaikan malam yang paling indah buat dirinya.
.................................................................
Mira
membuka matanya. Terasa seperti dia menghempap sesuatu. Alangkah terkejutnya
dia bila melihat seenak-enaknya dia berada dalam pelukan lelaki itu. Aduh..!!
Bila masa aku tidur atas katil dia ni.. Dia cuba mengingati... Seingat dia, dia
sedang tidur di atas sofa panjang di
sisi katilnya itu.. Macam mana dia boleh berada
dalam pelukan suaminya itu? Dengan perlahan dia cuba merenggangkan badannya.
Enak saja lelaki itu mengambil kesempatan ke atasnya.
“Selamat
pagi sayang..” tiba-tiba suara itu menyapa di telinganya.
Cepat
saja Mira bangun. Terkejut mendengar suara yang menegurnya. Dia dapat melihat
senyuman dari bibir lelaki itu. Sakit hatinya.. Awal pagi dia dah buat hal!!
“Apa ni? Awak suka ambik
kesempatan ya..” Marah Mira lagi. Mentang-mentang mereka berada di rumah
keluarga Iqbal dan tidur di biliknya itu, membuatkan lelaki itu suka hati saja mengambil
kesempatan ke atas dirinya.
“Eh siapa yang ambik
kesempatan? Sayang atau abang? Cuba tengok. Kita berdua kat mana sekarang..?”
soal Iqbal sengaja mengusik si isterinya. Merah muka Mira, bila tersedar mereka
berdua berada diatas katil Iqbal. Pada hal malam tadi dia tidur di sofa itu.
Matanya melirik kearah sofa di mana dia tidur malam tadi. Jadi bila masa pula
dia tidur atas katil?
“Macam mana..?” belum habis
lagi Mira bertanya.
“Mira yang cari abang sampai
kat katil. Abang nak buat macam mana?” ujar Iqbal serius. Tapi sumpah rasa
macam nak pecah ketawanya bila melihat wajah isterinya merah menahan malu.
“Yelah tapi awak sukalah. Lepas
tu ambik kesempatan dengan Mirakan?”soalnya sambil menahan getar di hati. Jantungnya
sudah berdegup kencang seumpama nafas pelari seratus meter sahaja.
“Abang memang suka ambil
kesempatan. Jangan sayang tak tahu. Tapi cuma dengan sayang sajalah abang
berani buat macam tu” seloroh Iqbal Iskandar pula. Di tariknya badan isterinya
dalam pelukannya. Mira pula cuba menolaknya. Namun tenaga Iqbal lebih kuat
darinya. Akhirnya dia menurut sahaja.
Kepala isterinya di bawa dekat
ke arah dada bidangnya dan di tekapkan telinga isterinya selari dengan terletak
jantungnya.
“Sayang dengar tak degupan
jantung abang yang laju ni. Cuma sayang je yang boleh buat jantung abang
bekerja keras macam ni tau!”
“Yelah tu.. Malas nak gaduh
dengan awak ni tau!” balas Mira.
“Kenapa
sayang tak kejutkan abang..?”
“Awakkan
dah bangun tu..” memuncung mulut Mira.
Ketawa
Iqbal Iskandar melihat muncung bibir isterinya. Ingin saja dia mencium bibir
itu supaya dia bertambah marah lagi. Mira membelakangkannya. Dia ingin pergi ke
bilik mandi. Membersihkan diri dan kemudian sembahyang subuh. Malunya dia bila
mengenangkan dirinya yang tidur dalam pelukan Iqbal Iskandar.
Entah
apa yang terjadi malam tadi. Tanpa dia menyedarinya. Tetapi apa yang pasti
pakaiannya masih elok saja di badannya. Tak payah fikirlah. Tak ada apa-apa pun
yang berlaku dia memujuk hatinya.
“Sayang
menungkan apa tu.. Pasal malam tadi ker?” sengaja Iqbal mahu mengusik
isterinya. Mira menjeling tajam ke arahnya. Dia sebenarnya tidak tahu berkata
apa. Nak bertanya malu kantoi pulak. Adalah lebih baik dia diamkan dirinya
saja. Mira mengangkat kakinya menuju ke bilik mandi. Lepas mandi dan
bersembahyang subuh nanti dia mahu membantu bibik di dapur mertuanya.
.................................................................................
Di
dapur Mira melihat bibik sudah sibuk menyiapkan sarapan. Bibik leka memotong
sayur sehingga dia tidak sedar Mira ada di belakangnya.
“Selamat
pagi bik..? Ada apa yang saya boleh tolong ker?”soal Mira. Memang dia seorang
yang ringan tulang kalau bab-bab kerja dapur.
“Selamat
pagi non. Tak apa non.. Bibik tinggal goreng mi saja.. Ini kegemaran Iqbal..”
“Tak
apa kalau aku tolong gorengkan..?” ujar Mira menghulurkan bantuan. Lalu dia
mengambil alih tugas bibik. Dia membiarkan bibik menyediakan makanan di atas
meja makan.
Tumis
bawang di masukkan ke dalam kuali, kemudian dia masukkan udang dan sotong, lalu
di gaulnya.
Dia
masih tidak lupa skill memasaknya. Walaupun dia sedar bahawa Datin Mardiah
tidak sukakannya namun dia harus pandai mengambil hatinya dan dia begitu
hormatkan Dato Ismail kerana dia bagaikan seorang bapa padanya.
“Morning
sayang.. Masak apa tu?” tiba-tiba Iqbal Iskandar berdiri di sebelah Mira. Terbang
segala khayalan Mira. Tangannya terletak kemas di pinggang Mira. Keadaan ini
membuatkan Mira rasa tidak selesa.
“Hish..
janganlah nak kacau Mira. Tangan tu boleh duduk diam tak..? Malulah dengan
bibik tu..” marah Mira sambil mendengus.
“Ala
sayang ni nak manja-manja pun tak boleh.. Apa salahnya abang peluk bini abang
jugakan..” sambil berkata Iqbal Iskandar mengeratkan lagi pelukannya.
Mukanya
terletak kemas di antara bahu dan leher Mira. Mira mula merasa rimas. Memang lelaki
ini sengaja membuatkan dia rimas. Dari bilik tidur sampai ke dapur tak
habis-habis dia membuat perangainya.
“Hai
romantiknya anak mama ni? Dah tak de tempat lain nak bermanja ker?” tegur Datin
Mardiah. Dari tadi dia melihat Iqbal asyik berkepit dengan menantunya. Walaupun
dia sesekali mendengar Mira marah-marah dengan Iqbal namun anaknya itu tidak
peduli dengan teguran isterinya malah dia makin suka menyakatnya pula. Mungkin
benar Mira tidak sukakan anaknya. Tetapi kelihatan Iqbal pula yang sedang
kemaruk cinta dengan Mira.
Dari
tadi dia asyik perhatikan perbuatan Mira. ‘Rajin juga menantu aku ni masuk
dapur. Jadi selalulah Iqbal makan di rumah. Lagipun dia tengok badan Iqbal
sekarang sedikit berisi. Mungkin isterinya rajin memasak di rumah. Sebab itulah
tak ingat nak bawa isterinya balik ke rumah ini’ bisik hati Datin Mardiah.
“Ala
mama.. jangan jeles.. Iqbal bermanja dengan isteri Iqbal sendiri bukan dengan
orang lain pun..” jawab Iqbal selamba. Sengaja dia mahu mengusik mamanya. Muka
Mira sudah merah menahan malu. Malu di tegur oleh Datin Mardiah ini semua
gara-gara Iqbal. Selesai memasak Mira terus membawa pinggan mi goreng di atas
meja.
“Hurmmm..
Nampak macam sedap. Ni mesti bukan bibik yang masak” ujar Dato Ismail. Dia
kenal benar dengan cara masakan bibiknya.
“Mestilah
bukan bibik yang masak. Itukan menantu Dato yang masak. Memanglah sedap..”
jawab bibik sambil tersenyum.
Dia
pun tidak menyangka Mira memang pandai memasak. Setahu dia bila sudah menjadi
menantu Dato orangnya akan jadi sombong. Dan paling pun tak akan rajin menolong
di dapur. Tetapi berbeza dengan menantu Dato yang seorang ni. Dahlah peramah
ringan tulang pula membantu dia di dapur. Walau pun beberapa kali di tegah
olehnya Mira tetap juga berkeras mahu menolongnya.
“Betullah
pa.. Isteri Iqbal yang masak pa.. Memang sedap. Dia selalu masakkan di rumah..”
ujar Iqbal bangga. Sambil matanya menjeling isterinya di sebelah. Mamanya dari
tadi asyik muncung saja. Langsung tiada senyuman di bibirnya.
“Oh
iya ker.. Jadi Mira selalulah masak di rumah untuk Iqbal?” soal Dato Ismail.
Dia tidak menyangka bahawa menantunya itu jenis yang suka masuk ke dapur.
“Iqbal
memang bertuah pa.. Dapat isteri yang cantik dan pandai masak.. Kalau papa tak
percaya papa cubalah..” balas Iqbal dengan bangga. Wajahnya tidak lekang dari
senyuman apalagi bila mendengar pujian dari papanya.
“Mmmm
memang sedaplah.. Betul cakap Iqbal.. Papa tak pernah rasa masakan sedap macam
ni..” Mira hanya menunduk. Bukan dia bangga di puji tapi terharu bila mendengar
kata-kata pujian yang ikhlas dari bapa mertuanya.
“Pandai
Iqbal pilih isterikan? Mamanya kenapa tak makan? Takkan dah kenyang, papa puji
menantu papa..” Dato Ismail sengaja mengusik isterinya. Namun Datin Mardiah
tetap membisu. Matanya terarah kepada Mira.
Sedari
mata mamanya asyik memandang Mira, Iqbal mencari-cari tangan Mira di bawah
meja. Dia menggenggamnya. Mira cuba menarik tangannya, namun tangan Iqbal lebih
kuat genggamannya. Mira hanya diam membisu melihat gelagat suaminya itu. Dia
tidak mampu melepaskan tangannya dari genggaman tangan Iqbal.
Selesai
sarapan pagi, Mira menolong bibik mengemas meja dan dapur. Walaupun beberapa
kali bibik melarangnya namun Mira tetap berdegil. Bukan apa dia berbuat
demikian agar dapat melarikan diri dari suami dan keluarga mertuanya.
Setelah
selesai kerja-kerja di dapur barulah dia melangkahkan kakinya menuju ke bilik
Iqbal Iskandar. Dia ingin mengemas bilik itu agar kelihatan kemas. Pintu di
buka dari luar. Mira Syafika menapak masuk apabila mendapati tiada orang di
dalam bilik. Namun dia tidak sedar bahawa Iqbal sebenarnya berada di balkoni
biliknya. Dia sedang duduk bersantai sambil melemparkan pandangannya di luar
rumah.
Mira
mengemas meja dan bilik mandi mereka. Kini tiba giliran untuk menyapu pula.
Mira tetap kusyuk menjalankan tugasnya tanpa menyedari ada mata yang
memerhatinya. Dari tadi lagi Iqbal Iskandar mendengar seperti ada orang membuka
pintu bilik. Namun dia berdiam diri. Kemudian baru dia mengintai dari cermin
luar itu tanpa Mira sedarinya.
Timbul
pula otak nakalnya. Inilah kesempatan untuknya mengusik Mira. Di rumah papa dan
mamanya ini sahajalah peluang yang ada. Teringat dia peristiwa malam tadi.. dia
tersenyum nakal. Sedangkan malam tadi pun Mira mengikut rentaknya. Bepegang
tangan di depan para tetamu.. Nampak mereka seperti pasangan yang bahagia sangat.
Memang dia bahagia dengan suasana malam tadi.
Perlahan-lahan Iqbal Iskandar
mendekati Mira. Pada ketika itu Mira sedang menyapu debu-debu yang ada di tepi
katil itu. Lalu tangan Iqbal memeluk pinggang yang masih ramping itu.
“Ahrgg!!” Mira menjerit kerana
terkejut. Penyapu di tangan hampir saja di angkat untuk memukul. Bila dia
menoleh dia mellihat Iqbal Iskandar sedang ketawa mendengar dia menjerit
terkejut tadi.
“Awak nikan.. Tak boleh tengok
orang senanglah..” ujar Mira marah. Mukanya sudah merah seperti orang memakai
blusher saja.
“Sayang senang ke ni? Abang
tengok dari pagi tadi buat keja rumah.. Senang ke tu?” Iqbal bertanya lagi.
“Awak nak apa ni?” tanya Mira
lagi. Padahal dia sudah kecut perut. Bukan dia boleh lari dari Iqbal
memandangkan itu bilik peribadi Iqbal dan rumah keluarga Iqbal. Kalau di rumah
mereka jangan haraplah Iqbal boleh mengambil kesempatan.
“Abang nak sayang..” lembut
saja kata-kata yang keluar dari bibir Iqbal dekat dengan telinganya. Apalagi
meremang bulu roma Mira mendengarnya.
“Gila..” Mira mengangkat muka.
Jelingan maut di hadiahkannya kepada Iqbal Iskandar.
“Memang dari dulu lagi abang
gilakan Mira.. Mira je yang buat tak tau..” Iqbal mengusik lagi. Merah lagi
pipi Mira. Dia suka dengan perubahan di wajah Mira. Apalagi makin galak dia
mengusik wanita pujaannya itu. Bukan selalu dapat peluang macam tu.
Iqbal mengeratkan pelukan dari
belakang. Teringin sekali dia menikmati saat-saat indah seperti ini bersama
Mira.
“Sayang.. Tinggalkan dulu keja
tu.. Ada sesuatu yang abang nak cakapkan” sambil tangannya mengambil penyapu
dari tangan Mira lalu di letakkan ke tepi. Dia menarik tangan Mira agar duduk
di birai katil bersamanya.
Mereka duduk bertentangan mata.
Hati Mira sudah berdegup kencang. Apa yang lelaki ini nak sebenarnya. Apa yang
nak di bincangkannya.
“Sayang.. Abang minta maaf
kalau abang ada buat salah dan silap malam tadi. Tapi abang nak Mira berterus
terang apa yang terjadi malam tadi sampai buat Mira menangis?” berhati-hati dia
menuturkan soalan cepumas itu. Dia tidak mahu Mira terasa dengan kata-katanya.
‘Menangis..? Bila masa aku
menangis?’ detik hati Mira. Dia pejamkan mata. Ingin mengingati.. Benarkah dia
menangis malam tadi.. Oh ya baru dia teringat memang dia menangis..’ Tapi macam
mana Iqbal tahu semua itu..’
“Ma..mana ada Mira menangis?”
dia cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.
“Look at me dear.. Jangan nak
bohong abang.. Abang tau.. Mira tak pandai nak tipu abang.”
“Mana ada Mira menangis.. Awak
salah nampak tak?” ujar Mira cuba berseloroh. Tajam mata Iqbal Iskandar
memandangnya.
“Betul..? Atau sayang nak kena
denda..” Iqbal cuba mengugutnya. Mira terkejut. Bersungguh-sungguh juga Iqbal
ingin mengetahui hal yang sebenarnya. Patutkah dia menceritakannya.
“Betullah. Tak ada apa-apa..”
dia cuba berbohong lagi. Baginya tiada papa-apalah setakat kena sindir macam
tu. Tetapi malam tadi entah kenapa dia berasa airmatanya terlalu senang untuk
keluar. Walaupun dia cuba menahan namun airmatanya tetap juga menuruni pipi
gebunya itu.
“Sayang.. nak kena cium kat
bi..” belum lagi Iqbal Iskandar menghabiskan ayatnya lalu di potong oleh Mira.
Dengan gerakannya mukanya sudah menghampiri muka Mira.
“Ya Mira bagitau..” akhirnya
Mira mengalah.
“Macam itulah isteri abang.. Jangan
cuba nak sembunyikan sesuatu dari abang.. Jangan sesekali..” ujar Iqbal
Iskandar memberi amaran. Siap dengan jari amaran lagi.
Mira mula menceritakan perkara
yang sebenarnya. Kini tahulah Iqbal kenapa isterinya menangis malam tadi.
Nampaknya dia harus berhati-hati dengan Rozie. Ini baru permulaan apalagi bila
dia tahu Mira adalah isterinya yang sah. Memang tidak dapat dia jangkakan apa
akan berlaku selepas ini.
“Petang nanti kita balik
rumah..” dia memberitahu. Tangan Mira di kucupnya. Tumpah kasih sayangnya pada
wanita itu tidak berbelah bahagi. Dia tidak mahu orang lain menyakiti hati insan
kesayangannya itu. Dalam masa yang sama Mira rasa macam nak meletup-letup
debarnya di dalam dada.
more please....................kalau blh buatlah tiap-tiap hari ada n3 baru...........for this story dgn story yg lg satu......tak pun 2 n3 every wk for this one and 2 n3 for the other.....barulah best.........nak tunggu kat penulisan2u lambat lah..........
ReplyDeletetq sebab beri cadangan. tapi buat masa sekarang saya lagi sibuk sebab nak buat persediaan majlis perkahwinan adik saya. tapi selepas ini saya akan cuba untuk buat n3 secepat mungkin.
ReplyDeleteSuka sangat cite nih, hope penulis cepat-cepatkan sambungannya. :-)
ReplyDelete