Mata Mira Syafika
masih tertumpu pada
dia dari tadi.
Melihat wajah tenangnya
membuat Mira serba
sedikit lega dari
kegelisah dihatinya. Seakan-akan
Mira Syafika turut tenang seperti
Iqbal Iskandar. Perasan Mira Syafika
tengah perhatikannya, dia
menoleh kearah Mira dan
memberikan Mira senyuman manis.
Tergamam seketika Mira
melihat senyuman yang
begitu menawan walau
hanya untuk seketika.
Kali pertama, Mira
melihat senyuman ikhlas
dari bibirnya. Memang
menawan. Mira memejamkan
mata dan mengulang
kembali mengingati wajahnya
yang tengah tersenyum
manis tu. Adakah dia senyum
ikhlas terhadapnya atau hanya sebuah sindiran tanda kemenangan di pihak lelaki.
Bagaimana pun dia tetap kelihatan sangat
kacak dengan baju
melayu berwarna krim
bersampingkan kain songket
yang disulam dengan
benang emas berlatarkan
warna hitam. Memang
menambahkan kekacakan diwajahnya
yang sedia kacak itu.
"Aku
terima nikahnya Mira Syafika Binti Megat Sharifuddin dengan mas kahwinnya
sembilan puluh sembilan ringgit tunai"
"Sah?"
tanya tuan kadi tadi kepada saksi yang pertama.
"Sah!"
balas saksi tersebut beserta dengan anggukan. Kemudian tuan kadi tersebut
memalingkan pandangannya kearah saksi yang kedua.
"Sah?"
tanyanya.
"Sah!"
balas empunya badan itu dengan simpulan senyuman. Dia senang setelah dapat
melihat wajah bahagia penuh seri milik temannya yang baru sah menjadi suami
orang itu.
"Alhamdulillah!"
para tetamu disitu akhirnya lega setelah upacara aqad nikahnya sudah
terlaksana.
Lafaz tahmid
itu mengejutkan Mira dari dunia khayalannya. Sepanjang majlis nikah itu, Mira Syafika
bagaikan berada dalam dunia lain. Dunia yang dicipta tanpa ada orang lain
selain dirinya. Bila dia mula tersedar dari lamunan, Mira cepat-cepat
memerhatikan sekeliling. Sekadar ingin mengetahui adakah dia sudah bergelar
isteri kepada lelaki itu. Isteri??? Mira mula terfikir akan gelaran itu.
Kebetulan pandangannya jatuh ke arah genggaman tangan milik tok kadi dan
suaminya. Suami?? Betul ke dia sudah sah menjadi suaminya?
Lantas Mira perhatikan
wajah tetamu-tetamu yang duduk berdekatan dengan suaminya. Mira dapat mengagak
dia sudah menjadi isteri kepada Iqbal Iskandar. Tengok saja dari wajah gembira
mereka yang sudah terangguk-angguk. Tentu lafaz akad nikah sudah dibuat tanpa
dia menyedarinya.
Sekilas ku berpaling ke sisiku, aku sudah
bertentang mata dengan Nenek Nab, nenek yang menjagaku semenjak aku kehilangan
kedua orang tuaku. Ternampak kesenduan dalam riak wajah tua itu. Aku
tersenyum sebak. Lantas kupeluk tubuh nenekku erat. Kini dua-duanya sudah
menangis. Pasti berat
hatinya untuk melepaskan
aku pergi dari
hidupnya. Nek Nab, terima
kasih atas segala
yang nenek berikan kepada Mira.’Semua jasa Nenek Nab tidak akan Mira
lupakan.’
"Tahniah Mira! Mira dah jadi isteri
orang sekarang. Nenek nak mulai dari sekarang Mira kena belajar hormatkan
suami. Suami tetap suami. Agama tidak pernah bermain dengan syariatnya. Nenek
tau, Mira tidak cintakan dia, tapi Mira kena tahu tanggungjawab Mira sebagai
seorang isteri!" Nenek Nab sempat membisikkan perlahan kata-kata
nasihat kepada Mira sebelum melepaskan pelukannya. Kedua tangannya masih memegang
kedua bahu Mira. Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda memahaminya.
"Nek, terima kasih atas segala
pengorbanan nenek selama ini, menjaga dan membesarkan Mira dengan kasih sayang
nek. Mira sayang sangat kat Nenek. Nek, sebenarnya Mira takut nek. Mira takut
Mira tak mampu lakukan semua itu nek. Tolong Mira nek!" sekali lagi aku
didakap oleh nenekku yang sangat kusayangi. Aku sudah tersedu-sedan di bahunya.
Namun, esakanku masih terkawal. Takut didengari oleh tetamu lain.
"Ssyyy...dah...
dah.. Tak elok nangis lama-lama. Nampak dek orang lain, nanti
mereka fikir yang bukan-bukan pulak! Hah tengok...! Make-up Mira pun dah
luntur" pujuk Nenek Nab dengan lembut sambil mengusap-ngusap pipi cucu
kesayangannya. Sebenarnya hatinya turut risau memikirkan nasib hidup Mira
kelak. Nenek Nab sudah jangka akan penerimaan keluarga besannya. Nasib baiklah
Iqbal Iskandar melayan mereka dengan
baik sepanjang perkenalan mereka. Tidaklah juga mereka berasa terhina.
Maklumlah mereka berasal dari keluarga yang miskin. Manakan sama enggang
terbang dengan pipit. Sudah tentu enggang memilih berkawan dengan enggang yang
lain. Pipit tidak akan dipandang. Usahkan dipandang, dijeling pun tidak.
Bergenang
airmata Iqbal Iskandar saat melafazkan ikrar nikah tadi. Sungguh! Dia melafazkannya
dengan sepenuh keyakinan dan kepastian. Melalui ikrar itu, dia berjanji kepada
Allah untuk mematuhi dan menyempurnakan tanggungjawab baru dalam
rumahtangganya. Dengan serendah-rendah tarafnya sebagai seorang hamba padaNYA,
dia memohon agar ditetapkan hatinya hanya untuk menyintai isterinya itu. Tiada
kedua atau ketiganya.
Hatinya
merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang amat sangat di saat itu. kini dia,
Iqbal Iskandar Bin Dato' Ismail, kini telah sah menjadi suami kepada Mira
Syafika, isteri kesayangannya. Dia benar-benar gembira dan bersyukur dengan
rahmat Allah yang satu ini. Ternyata doanya selama ini dimakbulkan.
'Syukur
Alhamdulillah!' bisik hatinya. Kini dia sudah berteman. Teman yang bernama
isteri yang kini menjadi satu tanggungjawab barunya. Dan dia pula bakal
menakhodai pelayaran rumahtangga mereka. Semoga perhubungan mereka akan di
lindungi.
Sungguh!
Saat dia malafazkan lafaz nikah bersaksikan kehakiman Allah tadi, seluruh
kasih-sayangnya telah dihimpun untuk dicurahkan kepada isterinya kelak. Akan
dipersembahkan seluruh cintanya buat isterinya. Dia berjanji akan medapatkan
sebuah cinta yang suci dari isterinya.
'Terima kasih ya Allah atas rahmatmu ini!’ Desis
hatinya syahdu. Bahagianya bukan kepalang. Seakan dia mahu menjerit memberitahu
dunia bahawa dialah insan yang paling bahagia saat ini. Serasa dia mahu menghentikan
putaran waktu alam agar kebahagiaan yang baru dikecapi tidak dicemari
dengan palitan luka yang bakal meyuramkan perjalanan rumahtangga mereka kelak.
'Demi Allah!
Tiada saat yang paling membahagiakanku melainkan menjadi suami yang terbaik
buat isteriku yang amat kucintai' terima kasih atas rahmatmu ini ya Allah!
'Ya Allah kukira ini adalah satu rahmatmu yang
maha agung. Maka Engkau kuatkanlah jodoh diantara kami ya Allah!' rayu Iqbal
Iskandar dalam hati dengan penuh pengharapan.
Semasa anaknya
melafazkan ijab qabul pun Dating Mardiah masih sempat berangan. Tidak
habis-habis dengan angan-angan kosongnya. Dia mengangankan anaknya sedang
bernikah dengan gadis pilihannya. Dia benci pada wanita yang telah sah menjadi
menantunya. Dia benci pada Mira Syafika yang dimatanya seorang perempuan yang
tak ubah seperti perempuan jalang. Perempuan yang kekampungan dan gilakan
harta. Dia menuduh Mira yang merancang supaya ditangkap khalwat dengan anaknya.
******************************
Terasa bahuku disentuh. Aku
menoleh dan melihat Wani tersenyum sambil
menunjuk kedepan. Tergamam seketika,
apabila dia berada
dihadapanku. Terkebil-kebil mata
aku memandangnya. Bila
masa dia ada
dekat depan aku
ni? Bukan tadi
ada dekat depan
tok kadi ke?
Pantasnya dia lafas
akad nikah? Aku memaling wajah
pada nenek nab. Dia tersenyum. Ahh.. Malunya..
Aku hanya menundukkan wajahku apabila Iqbal Iskandar
mencapai tangan kiriku. Jemariku disulam dengan jemarinya sekejap sebelum
dileraikan. Jemariku yang kaku di diusap-usap perlahan. Kemudian Iqbal Iskandar
mengambil sebentuk cincin dari bekas berbaldu biru tua dari tangan ibu mentuaku
lalu menyarungkannya ke jari manisku. Perfect! Cincin tangkap muat itu ternyata
amat kena dengan saiz jariku. Memang pandai betul dia memilih!!.
“Ingat cincin
ini tanda ikatan kita, jangan pernah tanggalkannya walau apa pun yang terjadi
ya sayang..” bisik Iqbal Iskandar kepada Mira Syafika sambil mengucup jemari
Mira syafika. Dahi Mira Syafika di kucup juga. Mira melemparkan jelingan
mautnya. Menahan rasa getar di hati. Semakin sang isteri menjelingnya semakin
cantik pula pada pandangan matanya.. Arghh itulah penangan orang yang mabuk
cinta!!
“Tengoklah
kalau Mira rasa tak nak pakai, Mira tanggalkan” dia berbisik.
“Kalau
berani, tanggallah.. Sayang akan tahu akibatnya nanti.” Iqbal Iskandar berbisik
sambil mengugutnya. Sekali lagi hati Mira di ancam amarah.
Perasaan
Mira Syafika bercampur gaul. Ada rasa terharu, ada sakit hati, dan juga
perasaan malu juga. Ikutkan rasa hati, mahu saja dia meraung saat ini.
Aku cepat-cepat mengesat airmata yang menitis ke
pipi dengan menggunakan tangan kanan. Namun, belum sempat tanganku sampai ke
pipi, tangan kasar Iqbal Iskandar sudah mencapai tanganku. Membantutkan niatku.
Aku sedikit terperanjat. Aku mendongakkan wajahku memandang tangan kami yang
bersatu. Perlahan-lahan ku alihkan pandanganku kearah seraut wajah Iqbal. Rupa-rupanya
dia masih lagi berada di depanku.
“Jangan menangis.
Nanti orang kata awak kena kahwin
paksa dengan saya pulak.” Bisiknya
dengan nada lembut. Tapi memang
itulah kenyataannya. Hanya dia dan diriku yang tahu hal ini.
Bagaikan ada kuasa magic saat wajahku kupalingkan
ke wajahnya. Sekejapan saja mata kami sudah berlaga. Aku dapat merasakan
wajahku sudah kebas. Darah sudah naik ke mukaku. Tentu wajahku sudah merah! Aku
jadi sangat malu dan segan kerana tertangkap oleh matanya. Dengan pantas, ku
tundukkan wajahku. Berpura-pura memandang cincin berlian yang elok tersarung di
jari manisku agar keresahanku tidak begitu ketara.
Iqbal Iskandar perlahan-lahan menyulam jarinya ke
jemari isterinya dengan penuh kasih dan erat namun pandangan matanya tetap
tidak dialihkan dari merenungi wajah isterinya. Manakala sebelah tangannya
pantas mengesat airmata isterinya. Mira masih tunduk. Malu dan segan diperlakukan
sebegitu didepan tetamu yang ramai. Tentu sahaja mereka menyangka dia menangis
kerana kegembiraan. Namun, mereka salah menilai. Dia menangis mengenangkan
nasib dirinya.
Iqbal
Iskandar menyentuh dagu isterinya kemudian dengan perlahan dia mendongakkan
wajah isterinya. Teringin benar matanya untuk menatap sepasang mata bundar
menawan milik isterinya itu sekali lagi. Sekali lagi dia terpana saat matanya
bertembung dengan renungan isterinya. Namun cepat-cepat isterinya menundukkan
pandangannya. Segan barangkali, bisik hatinya. Dia tersenyum dalam hati. Lucu
dengan tingkah isterinya. Lama dia mengamati wajah cantik isterinya dengan
penuh kagum.
Perlahan-lahan jari kasarnya mengelus wajah mulus
isterinya dengan penuh kasih sayang. Ditenungnya wajah itu dengan pandangan
yang sungguh redup. Penuh keasyikan. Penuh kelembutan dan sarat dengan kasih
sayang. Itulah satu-satunya wajah yang mampu menggetarkan perasaannya.
Mengocakkan naluri kelelakiannya hingga dadanya terasa sangat sempit.
“Sudah-sudahlah pengantin
lelaki. Malam sikitlah
kalau ya nak pandang
pengantin perempuan lama-lama.”
Kedengaran suara orang
mengusik dan keadaan
yang tadi sunyi
sepi menjadi riuh
rendah dengan usikan
dari tetamu yang
hadir.
Iqbal Iskandar sudah benar-benar mabuk cinta dengan
isterinya. Sudah dipahatkan dalam hatinya untuk menyayangi dan menyintai
isterinya dengan sepenuh jiwa dan raganya di saat dia melafazkan akad nikah
tadi. Dia berazam akan bersungguh-sungguh untuk membahagiakan isterinya.
"Sayang, pandang muka abang ya!" pintanya
lembut pada isterinya. Dia masih tidak berasa puas hati selagi dia tidak puas
menatap sepasang mata bundar milik isterinya. Dia mahu dirinya hanyut kelemasan
dalam renungan lembut isterinya. Sungguh, dia benar-benar inginkannya. Terasa
batinnya puas bila dia berbuat sedemikian. Benar-benar puas dan bahagia.
Aku sedikit tersentak dengan permintaan itu.
Sungguh, aku masih segan dengan suamiku. Ya Allah berikanlah aku ketenangan
dalam menghadapi semua ini. Dengan hati yang berdebar kuat, aku menuruti
permintaan suamiku itu. Aku tidak mahu orang lain mengesyaki sesuatu lantaran
kedinginanku. Selebihnya, biarlah perkara itu menjadi rahsia hidupku. Menatap
sepasang mata bening miliknya. Dalam sekelip mata saja, tautan mata kami sudah
bertemu semula.
'Subhanallah... Cantiknya isteriku..' hati Iqbal
Iskandar sudah berbisik memuji-muji anugerah tuhan itu. Makin dia leka
merenungi sepasang mata memikat milik isterinya, makin berdebar-debar hatinya.
Dia benar-benar sudah terawang-awangan melihat kejelitaan isterinya. Kening
Mira yang cantik terukir memang benar-benar membuatkannya tampak lebih jelita.
Hidung Mira yang mancung dan indah terletak menambahkan lagi manis diwajahnya.
Sorotan matanya sudah berada di bibir isterinya yang merah bak delima merekah.
Membuatkannya terliur. Sungguh, Mira dikurniakan wajah yang cukup jelita dan
menawan belum lagi ditambah dengan pesona budi pekertinya yang lembut dan
mulia. Sungguh mempesonakan. Biarpun wajahnya tidak terhias dengan
senyuman namun Mira tetap kelihatan jelita di matanya yang sememangnya
sudah sarat dengan cinta untuk isterinya. Maka, makin bertambahlah sengihannya.
Insya-Allah
tidak sekali akan kupersiakan isteriku ini ya Allah! Janjinya dengan seikhlas
hati. Kemudian tanpa membuang masa lagi, terus saja tubuh isterinya diraih
kedalam dakapannya. Kepala isterinya di bawa kedadanya dan berkali-kali kucupan
demi kucupan hinggap di ubun-ubun isterinya yang terselindung disebalik tudung
pengantin. Sesudah itu, dia melonggarkan pelukan dan kini dahi isterinya pula
menjadi sasaran bibirnya. Satu kucupan lama dihadiahkan ke dahi isterinya
dengan rasa kasih yang membuak-buak untuk isterinya.
“Tahniah,
Mira.” Tiba-tiba Wani
pelukku dengan erat.
Ketawa kecil
aku dengan gelagat
Wani tu. Kedengaran
esakkan kecil dari
Wani. Wani, kau la
kawan dunia dan
akhiratku. Selamanya kita
berkawan. Aku membalas
pelukkannya dengan erat
sekali.
“Terima
kasih, Wani.”
“Aku gembira sangat tengok kau bahagia..” namun
dalam hatinya tuhan saja yang tahu gelora di jiwanya. Mungkin Wani ingat antara
dia dengan Iqbal Iskandar terikat kerana hal itu.
*******************
Majlis
pernikahan sudah selesai. Walapun ianya sederhana tetapi majlis itu meriah.
Iqbal Iskandar sentiasa tersenyum. Dia puas hati sekarang sekurang-kurangnya
apa yang diingini telah tercapai. Mira Syafika telah menjadi miliknya. Dan
mamanya tidak dapat memaksanya berkahwin dengan Rozie.
“Congratulation
Iqbal. Akhirnya.. Kau dapat juga apa yang kau nak.”
Amirul yang
hadir di hari pernikahan itu menyalami dan memeluknya. Iqbal Iskandar ketawa
kecil mendengar kata-kata Amirul.
“Kau mesti
pandai ambik hati dia. Jangan pulak kau persiakan dia. Kalau tak sia-sia sahaja
bantuan dan rancangan kita hari tu.” bisik Amirul perlahan.
Iqbal
Iskandar mengangguk perlahan. Dia akan pastikan Mira tidak pernah tahu apa yang
terjadi itu adalah rancangannya dengan Amirul.
“Hati-hati
memandu tu. Sampai kat KL nanti call aku tau” pesan Iqbal Iskandar.
Amirul
mengangguk perlahan. Mereka berpelukan.
Tidak lama
kemudian, Datin Mardiah dan Dato Ismail
memohon izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Iqbal Iskandar dapat melihat
wajah mamanya seakan-akan marah dengan kejadian yang berlaku dan juga terpaksa
menghadiri majlis perkahwinannya ini.
Cuma dia berharap suatu hari nanti kedua orang tuanya memahami apa yang
berlaku antara dia dengan Mira Syafika. Maafkan Iqbal mama... Untuk kali ini
Iqbal tidak dapat menurut kata mama.. Tapi percayalah pilihan Iqbal ini pilihan
yang tepat dan membahagiakan Iqbal.
*********************
Malam
semakin larut. Tetamu sudah ramai yang pulang. Mira masih duduk di luar rumah.
Sebentar tadi dia baru habis mencuci barang-barang dapur. Bukan dia tidak penat
cuma dia belum punya kekuatan untuk masuk ke bilik tidurnya. Dia duduk di
serambi sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa, dan memandang ke
langit. Apalah malangnya nasib anak ayah dan ibu ini. Lepas satu persatu malang
yang menimpa kini dia sudah bergelar isteri kepada lelaki yang telah menodai
kesucian dirinya. Air matanya jatuh lagi. Dia juga tidak tahu kenapa semenjak
akhir-akhir ini air matanya terlalu senang jatuh ke pipi.
Dengan siapa
dia ingin meluahkan segala hasrat hati. Dengan siapa yang boleh dia berkongsi
masalah. Wani sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis akad nikah tadi. Dia
tidak dapat bercuti lama. Dari jendela itu Iqbal Iskandar melihat gadis itu sedang duduk di
luar rumah. Ingin sekali dia mendekatinya namun dia bimbang kalau-kalau
kedatangannya mengganggu gadis itu. Dia tahu Mira Syafika memang tengah
bersedih dan marah di atas apa yang berlaku. Tetapi dia tiada cara lain untuk
mendapatkan cinta dan kasih sayang dari gadis yang bernama Mira Syafika itu.
Memang gadis itu lain daripada yang lain.
Walau pun dalam hidupnya dia pernah berjumpa dengan ramai wanita, namun
Mira Syafika adalah wanita yang teristimewa dalam hatinya. Hanya gadis itu yang
bisa menggugurkan hati lelakinya.
Dia baring
sambil menunggu kedatangan Mira. Baru sahaja matanya mahu terlelap tiba-tiba
dia mendengar tombol pintu di pulas. Dia melihat kearah pintu itu. Kelihatan
wajah itu sugul sekali.
“Dah ngantuk
ker? Ingatkan sayang nak tidur kat luar.” Dia menegur.
“Memang saya
nak tidur kat luar pun. Tapi nenek dah membebel sebab tinggalkan awak kat bilik
ni.” Jawab Mira acuh tak acuh. Dia berjalan menuju ke arah almarinya. Dia nak
mengambil toto dan bantal. Gaun tidurnya juga di ambil. Nak mandi dulu. Peluh
sudah melekat di badannya.
“Pandai awak yer Mira?”
“Pandai
apa?”jawab Mira tidak mengerti akan maksud Iqbal Iskandar.
“Pandai
awak kenakan saya yer?”
“Pasal
apa?” soal Mira.
“Pasal
tadi suruh abang cuci periuk tu.”
“Nasiblah.
Pengantin lelaki memang kena cuci periuk.”
“Macam
yer? Tapi tak apa saya masih bertenaga untuk perkara yang penting malam ini.”
Ujar Iqbal dengan seribu sengihan.Mata Mira membulat mendengar kata-kata dari
bibir Iqbal.
“Awak!!”
Dia
menghempaskan toto dan bantal ke atas lantai. Biarlah dia tidur di atas lantai
dari pada dia tidur sekatil dengan lelaki durjana ini. Kemudian dia keluar
menuju ke bilik air untuk mandi.
Gaun tidur
itu di sarungkan ke badannya. Tidaklah seksi gaun tidur itu kerana dia
sememangnya tidak suka memakai barang seksi. Lagi pun tak manis pada pandangan
orang lain. Itulah nasihat nenek Nab kepadanya. Kemudian dia masuk ke bilik.
Dia melihat toto dan bantal yang di lemparkan ke atas lantai tadi sudah hilang.
Dia melihat kearah Iqbal Iskandar. Ini tidak lain mesti kerja lelaki ini. Tidak
sudah-sudah dia mahu menyusahkan hidupnya.
“Awak, mana
awak letak toto dan bantal saya tadi?” dia cuba bertanya. Walaupun dia melihat
Iqbal sudah Iskandar menutup matanya. Sekali lagi Mira bertanya kali ini betul
betul dekat dengan telinga Iqbal. Kalau di turutkan hati ingin saja dia
menjerit namun dia takut suaranya akan mengejutkan penghuni di rumah itu.
“Mana saya
tahu.! Kan awak dah letak kat sana tadi. Carilah sendiri” Jawab Iqbal Iskandar
acuh tak acuh.
Perasaan
geram cuba ditahan. Dia tidak berputus asa. Di bukanya almarinya untuk kali
kedua. Dia melihat toto dan bantalnya di simpan kemas di situ. Dia ni memang
sengaja nak kenakan akulah. Jangan harap aku nak tidur sekatil dengan dia.
Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang berdiri di belakang. Tangan sasa itu
memeluk pinggangnya. Dia juga merasakan bahawa bibir itu semakin mendekati
pipinya. Iqbal Isakandar mencium bau wangi dari rambut Mira. Terasa dia sudah
tidak dapat mengawal perasaannya yang semakin membuak untuk memiliki Mira
sekali lagi.
“Sayang tak
payahlah tidur kat bawah tu. Tidur je atas katil, abang janji tak akan buat
apa-apa kat sayang.” Namun tiada tindak balas dari Mira. Geli pula ada sebab
Iqbal Iskandar menggelarkan dirinya abang.
“Tak apalah.
Lagipun Mira selesa tidur macam ni.”
“Sayang tak
malu ke kalau nenek tau abang tidur sorang-sorang atas katil ni.”
Mira cuba
berlagak selamba.
“Tak naklah
saya tidur sekatil dengan awak. Nanti awak buat lagi perkara tak senonoh tu.”
Iqbal
tersenyum mendengar alasan Mira. Dia faham apa yang Mira maksudkan.
“Malam nikan
malam pertama kita, tak kan awak nak rosakkan dengan begitu saja. Lagi pun
abang dah lama rindukan belaian manja dari sayang” Sengaja dia cuba
mengingatkan Mira tentang peristiwa lalu.
“Awak ni
kenapa? Malam pertama kita sudah berlalukan. Tiada makna malam pertama bagi
Mira. Mira tidak suci lagi, Mira bukan perawan lagi. Tak ada apa yang Mira
boleh banggakan sebagai seorang isteri. Semua itu tak ada makna lagi. Awak tahu
tak!” Kedengaran Mira mendengus.
Iqbal
Iskandar mengeluh lagi. Sekian kalinya dia di ungkit dengan peristiwa hitam
yang lalu. Dia di gamit perasaan bersalah tapi kenapa Mira tidak pernah tahu
rasa cinta sayang dan rindunya pada perempuan itu.
Mira terus
menarik toto dan bantal itu lalu dia susun di tepi katilnya. Dia sudah baring
membiarkan saja Iqbal Iskandar melayani perasaannya. Dia membaringkan badannya
yang penat itu. Matanya tidak dapat di pejam. Hatinya sakit setiap kali
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mira.
Dia memusing
badannya. Cuba mencuri-curi pandang ke tempat Mira tidur. Dalam gelap dia dapat
melihat wajah yang selama ini di rinduinya penuh sedih dan amarahnya.
Dia terpaku
seketika melihat keindahan wajah milik isterinya itu. Jika dia mengatakan
isterinya itu cukup cantik apa lagi pada pandangan lelaki lain. Dan dia
bertekad tak akan membiarkan Mira jauh dari pandangannya walau sekejap.
Akhirnya dia
terlelap tanpa disedarinya. Kesejukan angin malam itu telah berjaya membuai
perasaannya agar matanya dapat di lelapkan.
******************************
Pagi-pagi
lagi Mira sudah bangun. Walaupun dia berasa asing di bilik sendiri dia tetap
berpura-pura seperti biasa. Di lihatnya Iqbal Iskandar masih lena di buai
mimpi. Ah.. Lantaklah kalau dia tak bangun. Terus Mira mengambil tuala dan
menuju ke bilik air yang berada di luar rumah.
Selesai
mandi dia masuk ke bilik di lihatnya Iqbal Iskandar sudah terjaga.
“Kenapa tak
kejutkan abang. Kita solat sama-sama. Mira tunggu abang ya..”
Jawab pun
tidak kata-kata Iqbal Iskandar itu. Mira membentang sejadahnya sambil menunggu
Iqbal Iskandar. Tidak lama kemudian dia melihat Iqbal Iskandar sudah bersiap.
Selesai sembahyang subuh, Mira melipat sejadah dan di simpan ke tempat asalnya.
Perlakuan Iqbal Iskandar tadi memang mengganggu fikirannya. ‘Memang lelaki itu
pandai mengambil kesempatan’ marahnya dalam hati. Kemudian dia memakai tudung
dan ingin menuju ke ruang dapur. Biasanya dia akan menyiapkan sarapan pagi.
“Sayang nak
kemana tu? Duduk dengan abang sekejap.” Ujar Iqbal Iskandar apabila melihat
kelibat Mira yang ingin keluar dari bilik.
Mira
menoleh. Matanya tajam melihat Iqbal Iskandar.
“Kalau ada
apa-apa hal kita bincang selepas balik ke KL. Sekarang saya nak sediakan
sarapan pagi untuk awak cik abang oi..”
Iqbal
Iskandar tersenyum. Gembira dia mendengar kata-kata Mira. Walaupun dia
sebenarnya rasa marah pada dirinya namun dia tahu Mira masih menghormati
dirinya. Geram hatinya bila melihat Iqbal tersenyum-senyum seperti itu.
“Awalnya
pengantin baru bangun. Ingatkan masih tidur lagi” Pak Su Man mengusik Mira.
“Pak Su ni
ada saja benda nak kenakan Mira tau.. Tak baik Pak Su cakap macam tu..”
“Yelah
Mira.. Sepatutnya Mira kena temankan suami tu. Nanti merajuk pula kalau dia
nampak Mira tak ada dalam bilik..”balas Mak Su pula.
“Dia dah
bangun tadi. Tu yang Mira masuk dapur nak siapkan sarapan..” jawab Mira tidak
mahu mengalah.
“Oh macam
tu.. Nanti ajaklah dia makan sekali. Nanti lepas makan tengah hari baru balik
KL ye!” cadang Pak Su Man. Mira hanya mengangguk. Yelah pakaiannya pun belum di
kemas lagi. Ingatkan lepas sarapan nanti dia akan mengemas pakaian yang nak di
bawa balik ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment