Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 26 August 2013

Ada Dia Di Hati 24


Zafran memandang untuk ke berapa kalinya. Macam pernah kenal dengan lelaki itu. Tapi di mana? Lama dia cuba mengingatinya. Baru dia teringat gambar yang di berikan Sofia kepadanya beberapa tahun yang dulu. Tapi betul ke Alisha pergi ikut dia? Tapi inilah kesempatan dia untuk menanyakan hal yang sebenarnya. Argh!! Mungkin untung nasibnya dia tahu di mana Alisha. Cepat sahaja kakinya melangkah ke arah tubuh itu.

“Encik?” Zafran menegur lelaki itu.

“Encik..”

Lelaki itu menoleh. Mungkin benar ada orang yang menegurnya. Dia pun tidak tahu kenapa encik di depannya itu memanggilnya dengan perkataan ‘encik!’

“Encik panggil saya ke?” soal lelaki itu lagi. Zafran Haicarl tersenyum. Nampaknya lelaki itu tidak curiga apa-apa.

“Ye.. kalau tak silap you ni Nizamkan?” soal Zafran Haicarl terus. Tiba-tiba sahaja dia teringat nama lelaki itu. Bukannya dia memusuhi lelaki itu tetapi dia ingat dengan cepat sebaris nama itu yang pernah di kaitkan dengan isterinya.

“Ya saya.. Kalau tak silap saya ni juga encik ni Abang Zafrankan?” Zafran mengangguk. Nampaknya dia tidak perlu memperkenalkan dirinya pada lelaki itu.

“Nizam buat apa kat sini?” soal Zafran lagi. Namun hatinya berdebar pula! Pada hal tadi dia sangatlah marah. Nasib baiklah dalam keadaan ini dia masih mampu mengawal perasaannya.Kalau di ikutkan hati memang dia mahu menghadiahkan penumbuk ke wajah lelaki itu. Lelaki yang telah mamabawa isterinya lari!

“Tengah tunggu seseorang..”

“Seseorang?” soal Zafran Haicarl dengan nada serius. Cuak juga dia mendengar kata-kata Nizam itu. Mungkin Alisha yang di katakan ‘seseorang’ itu!

“Ye.. seseorang yang special dalam hidup saya..” jawab Nizam sambil tersenyum.

“Maksud Nizam?” soal Zafran tidak puas hati. Kalau dia sebut nama Alisha pasti penumbuknya akan melayang ke wajah lelaki itu.

“Abang.. Sorry kalau lama menunggu.. Tapi orang kat dalam tu ramai sangat!” terdengar satu suara menyampuk perbualannya dengan Nizam.

“Habis tu, kenapa sayang keluar?” soal Nizam kepada wanita yang tak di kenalinya itu. Dalam diam, Zafran tersenyum lega!

“Nur takut abang lama tunggu..” jawab wanita itu dengan lembut.

“Tak apalah, abang akan tunggu Nur kat luar ni. Lagipun abang jumpa kawan lama ni. Kenalkan ini abang Zafran suami Alisha.. Ingat tak sepupu abang yang selalu abang certiakan itu?”

“Ingat. Kalau macam tu, lega hati Nur. Nur masuk ke dalam dulu..” si isteri meminta izin.

“Your wife?” soal Zafran tanpa sabar lagi.

“Ya.. Kenapa? Abang Zafran nampak macam terkejut saja.”

Zafran menghembus nafas lega. Tanpa sedar dia tersenyum lagi!

“Sebenarnya, dah lama abang cari Alisha. Sehingga hari ini abang belum lagi bertemu dengannya. Entah di mana agaknya dia sekarang?” terdengnar keluhan dari bibir Zafran.

“Abang tak pernah jumpanya?” soal terkejut.

Zafran mengangguk. Nizam menunduk. Dia pun sudah lama tidak berjumpa dengan Alisha. Semenjak Alisha keluar dari kampung, hingga ke hari ini dia belum berjumpa dengan Alisha lagi. Entah ke mana dia pergi membawa diri!

“Saya pun dah lama tak jumpa Alisha.. Sejak dia keluar dari kampung. Ayah saya cakap sehingga hari ini Alisha tidak pernah balik ke kampung. Kami sangat risaukan dia dan rindukan dia.”

“Selama ini abang memang terpikir dia lari ikut lelaki lain..” luah Zafran lagi. Entah kenapa dengan Nizam cepat saja dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Mungkin di sebabkan dia tahu bahawa Alisha tidak pernah ikut Nizam. Tapi di mana Alisha jika dia tidak bersama Nizam?

“Ikut lelaki lain? Tak mungkin! Isha bukan jenis yang macam tu. Kenapa abang Zafran fikir macam itu?” soal Nizam terkejut. Setahu dia Alisha seorang gadis yang baik. Dia tidak mungkin seperti yang Encik Zafran beritahu itu.

“Sebab ada orang menunjukkan gambar itu pada abang. Dan gambar lelaki itu adalah gambar awak!”

“Gambar saya?” soal Nizam.

“Ya ini dia..” Zafran menunjukkan gambar di dalam telefon bimbitnya. Nasib baik dia masih lagi menyimpan gambar itu. Manalah tahu kalau-kalau terjadi seperti sekarang ini.

Kemudian dia terdengar Nizam ketawa.

“Kenapa Nizam ketawa?”

“Mana tidaknya.. Itu gambar ketika hari pengebumian Pak Su Hamid dan Mak Su Limah. Mana abang Zafran dapat ni?” soal Nizam kehairanan. Ada pula orang curi gambar dia dengan Alisha.

“Jadi Nizam dan Alisha tidak ada apa-apalah?” soal Zafran seperti orang bodoh. Memang dia tidak percaya.

“Benar abang Zafran. Gambar itu di ambil ketika saya menolong Alisha yang hampir pengsan ketika itu. Oleh kerana saya dan Mak Jah saja yang berada di situ, saya pun menolong Alisha. Tak salahkan?” soal Nizam kembali. Dia dapat mengesan wajah Zafran yang kebingungan dengan kenyataannya.

Zafran mengucap sendirian. Selama ini dia sudah tersalah anggap pada Alisha.

“Abang sudah salah anggap hubungan kamu selama ini. Abang betul-betul ingat Alisha ikut kau lari ke tempat lain. Lagi pun sehingga sekarang abang masih mencari Isha..”

Nizam hanya mengangguk. Dia faham perasaan Zafran. Lelaki mana yang mampu menahan perasaan bila melihat isterinya berada di pelukan lelaki lain. Namun dalam keadaan mereka itu semua salah faham.

“Kita bersabar sajalah. Manalah tahu suatu hari nanti pintu hati Alisha terbuka untuk pulang ke kampung...”

“Abang juga berharap begitu..”

Tiba-tiba, Zafran Haicarl menerima panggilan dari pihak hospital. Kata pihak hospital, papanya sudah tersedar.

“Abang nak pergi dulu. Abang ada hal.”

“Nampak tergesa-gesa nak kemana?” soal Nizam. Pelik melihat sikap Zafran yang seperti tidak keruan bila menerima panggilan sebentar tadi.

“Papa abang ada kat hospital.” Beritahu Zafran lagi. Dia sebenarnya rasa gembira bila di beritahu oleh pihak hospital yang papanya sudah sedar.

“Kenapa, papa abang sakit ke?” soal Nizam.

“Tak dia kemalangan hari tu. Baru sebentar tadi pihak hospital memberitahu yang dia baru sedar..” beritahu Zafran lagi.

“Alhamdulillah..”

Zafran cepat-cepat menuju ke keretanya.. Biarpun dia berada ditempat lain namun fikirannya hanya pada papanya yang terlantar di atas katil di hospital. Dia hanya singgah sekejap ke pejabatnya untuk memberitahu sesuatu.

......................

Sesampai sahaja di bilik rawatan Tuan Razman, Zafran Haicarl melihat ada doktor yang sedang merawat papanya.

“Macam mana dengan keadaan papa saya doktor?”

“Nampaknya dia sudah melepasi saat kritikalnya. Dia sudah sedar. Cuma dia perlu banyak berehat.”

“Terima kasih doktor..”

Kemudian doktor serta jururawatnya keluar dari bilik itu. Zafran memandang sayu wajah itu. Tuan Razman tersenyum pahit. Dia tidak menyangka Zafran masih sudi menjenguknya dalam keadaan dia begitu.

“Papa..” panggil Zafran lagi.

“Zaf nak minta maaf..” ujar Zafran. Tuan Razman cuba tersenyum. Biar pun kerongkongnya rasa pedih, namun dia berusaha untuk bercakap dengan Zafran.

“Pa..papa yang patut minta maaf..” Tuan berusaha bercakap walau pun terasa payah. Zafran terus meluru ke arah Tuan Razman. Entah mengapa dia terasa ingin memeluk papanya kali ini. Mungkin dia sudah sedar bahawa selama ini dia telah mengabaikan papanya.

“Zaf minta maaf papa.. Zaf banyak buat dosa dengan papa..” Tuan Razman terus membalas pelukan dari Zafran. Dia juga ingin meminta maaf di atas apa yang berlaku.

“Papa juga nak minta maaf dengan Zaf.. Sebenarnya sudah lama papa cari Zaf. Tapi akhirnya kita bertemu dalam keadaan begini pula..” ujar Tuan Razman dengan kesal. Sepatutnya dia tidak mahu menyusahkan Zafran dengan keadaan dia sekarang.

“Ini bukan salah papa. Zaf yang langgar papa hari tu.. Zaf tak sengaja..” seraya itu pelukan di longgarkan.

“Zaf rasa bersyukur sangat sebab papa masih selamat.” Kini barulah Tuan Razman mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Patutlah Zafran meminta maaf darinya. Dan kalau tidak berlaku kemalangan itu sudah pasti sampai sekarang dia tidak akan berjumpa dengan Zafran!

“Papa malu dengan Zaf. Papa dah banyak buat silap. Kalau bukan kerana silap papa, hidup Zaf tak akan seperti sekarang.”

“Itu bukan salah papa.. Zaf pun bersalah juga.. Zaf pergi tinggalkan papa keseorangan...” Zafran rasa lega apabila dia dapat bertemu kembali dengan papanya. Begitu juga dengan papanya Tuan Razman. Rasa gembira bila mereka berdua bertemu kembali.

Tiba-tiba Zafran menerima panggilan dari Fana. Pasti gadis itu sedang mencarinya kerana dia langsung tidak masuk pejabat hari ini. Pagi tadi dia hanya singgah sekejap ke pejabatnya menyatakan yang dia cuti. Dia juga mahu memastikan bahawa dokumen yang perlu di tandatangainya selesai. Dia tidak mahu Noni mengalami kesukaran dalam membuat kerjanya.

“Helloo..”

“Helloo.. You kat mana sekarang? Kenapa tak masuk ofis lagi?” soal Fana.

“Sorrylah lupa I nak bagitau, I cuti hari ini. Kalau ada apa-apa kita jumpa esok..” ujar Zafran sambil menekan butang merah.

Fana mendengus marah. Dia belum habis bercakap, tetapi taliannya sudah di putuskan. Entah ke mana Zafran pergi sehinggakan dia tidak berkesempatan utnuk berbual lama.

“Siapa tu?” soal Tuan Razman.

“Budak pejabat. Hari ini Zaf dah minta cuti. Tapi still juga nak kacau Zaf time cuti macam ni..” Tuan Razman tersenyum. Sekurang-kurangnya Zafran mempunyai pekerjaan di bandar besar ini.

“Papa nak minta maaf..”

“Kenapa nak minta maaf? Zaf pun bersalah juga. Sampai sekarang Zaf masih lagi mencari Alisha..”

“Zaf masih tidak jumpa Alisha?” soal Tuan Razman terkejut. Namun apa nak di hairankan. Semua itu salah dia juga.

“Papa minta maaf Zaf. Disebabkan papa, Alisha telah keluar dari rumah. Papa pun tak tahu di macam mana nak cari dia” ujar Tuan Razman dengan kesal.

“Apa yang sebenarnya berlaku papa? Banyak benda yang Zaf nak tanya kat papa. Kenapa Isha keluar rumah tanpa izin Zaf.. Papa tau tak setiap hari Zaf asyik menyesali diri. Asyik salahkan diri kerana tidak menjaga Alisha dengan baik. Kalaulah Zaf tak pergi Jepun masa itu, semua ini tidak akan berlaku.”

Tuan Razman menarik nafas. Dia akan menceritakan satu persatu kejadian yang menimpa Alisha sebelum Alisha di halau olehnya. Dia tahu pasti anaknya Zafran akan memarahi dirinya. Namun dia juga tidak dapat menanggung beban itu. Dia rasa sangat bersalah kerana dia percayakan kata-kata Sofia bulat-bulat. Namun apa yang boleh dia buat semuanya sudah terlambat. Dan akhirnya anaknya juga yang menderita kerana kehilangan Alisha.

Zafran juga menarik nafas lega. Kalau begitulah ceritanya memang ini semuanya angkara Sofia. Sofia sengaja berbuat begitu agar Alisha pergi dari hidupnya.

Tuan Razman juga bercerita tentang harta yang akan di warisi oleh Zafran. Nasib baiklah ketika itu dia terdetik untuk menukar wasiatnya. Kalau tidak memang dia menyesal kerana memberikan sebahagian hartanya pada perempuan tak guna itu. Melalui peguamnya, dia mendapat tahu Sofia tidak berpuas hati kerana dia hanya mendapat 10% dari harta yang mereka ada. Memang perempuan itu tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada sebenarnya.

.......................

Hari ini Tuan Razman di benarkan keluar. Itupun setelah dia menjalani beberapa pemeriksaan khas. Dan orang yang paling gembira ialah Zafran.

Zafran membawa Tuan Razman pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu papanya bermalam di hotel sedangnya papanya boleh menumpang tidur di rumahnya. Cukuplah selama ini dia sudah mengabaikan tanggung jawabnya sebagai seorang anak. Biar apa pun yang sudah berlaku dalam hidupnya itu bukanlah salah papanya.

..........................

Mak Jah duduk termenung. Dia selalu memikirkan Alisha. Dia mana agaknya Alisha sekarang? Sudah lama dia menyepikan diri. Semenjak dia keluar dari rumah Tuan Razman dia langsung tidak tahu kemana Alisha pergi. Kesian dengan Alisha. Baru saja dia mahu mengecap bahagia, namun gelora datang melanda.

2 comments: