Dari jauh
Azwan melihat Humaira sedang menuju ke meja buffet.
Cepat-cepat dia meninggalkan Sally yang asyik bercakap dengan Tengku Elman dan
Isabella. Dia mendekati Humaira.
“Ira masih marahkan Wan ke?” soal
suara garau menegur di sebelahnya. Segera Humaira berpaling. Azwan!! Lama
kemudian baru dia menjawab pertanyaan Azwan.
“Taklah.. Ira tak marahkan Wan pun..
Kenapa mesti Ira nak marahkan Wan?” soalnya sebaik mungkin. Dia sebenarnya cuba
mengawal perasaannya. Mana mungkin dia tidak marah namun ketika Azwan
bertanyakan soalan begitu di tempat begini pasti dia mengaku yang dia tidak
marah. Bodohnya lelaki ini yang betul-betul percaya dia tidak marah.
“Manalah tahu Ira berdendam dengan
Wan.. I am sorry..” Azwan lagi. Dia tidak percaya Humaira tidak
marahkan dirinya.
“Sudahlah Wan, memang kita tak ada
jodoh. Nak buat macam mana? Dan Ira pun redha dengan semua ini. Mungkin ada
hikmah di sebalik kejadian ini.. Kita tak tahukan?” kini giliran Humaira pula
yang memberi nasihat. Dia tidak mahu Azwan terfikirkan dia masih mengharap.
“But
I still love you Ira.. Wan tak dapat lupakan Ira.. Wan..” Humaira menjeling
tajam. Kata-kata itu seolah-olah merobek perasaannya yang memang masih dalam mood bersedih. Tidakkah Azwan tahu dia
sebenarnya berlakon kuat di depannya. Sekarang dia bimbang kalau-kalau dia
tidak dapat mengawal perasaannya.
“Ira mesti suka makan inikan?” ujar
satu suara di sebelah kanannya pula. Humaira berpaling kea rah suara itu. Tengku
Elman?? Kelihatan dia menyeduk lauk butter
prwan di hadapannya lalu di letakkan ke dalam pinggannya. Selamba sahaja.
“Macam mana Tengku tahu?” soal
Humaira hairan. Tiada orang lain yang tahu dia suka makan butter prawn jika bukan ahli keluarganya.
“Malam ini saya jadi nujum Pak
Belalang je..” jawab Tengku Elman dengan senyumannya. Dia puas hati bila
melihat wajah Azwan yang sudah bertukar. Itulah lain kali jangan nak buat hal
dengan hak aku!! Bisiknya dalam hati.
Kemudian Azwan terus berlalu dari
situ. Tengku Elman tersenyum dalam hati.
Mungkin dia tengah menahan rasa cemburu di hati. ‘Padan muka!!’ bisik Tengku Elman
dalam hati. Biarlah Humaira marahkan dirinya tapi apa yang penting, Azwan tidak
akan mendekati Humaira.
“Ira sayang, makanlah banyak sikit.
Muka Ira dah sedikit cengkung tu.. Tak payah nak fikir nak diet. Sekarang bukan
masanya.. Lagi pun lauk ni nampak sedap. Rugi tau kalau tak makan..” ujar
Tengku Elman sambil menceduk lauk kegemaran Humaira yang lain. Entah berapa
lama Humaira berdiri memandang makanan itu tetapi pinggannya masih kosong.
Tetapi kini sudah di penuhi dengan lauk-lauk yang di cedok oleh Tengku Elman
untuknya! Tiba-tiba dia naik geram. Geram dengan perangai Tengku yang tak ikut
masa.
“Tengku tak payah nak buat baik
dengan Ira. Tengku pergi sajalah layan Cik Bella tu. Jangan nak menyibuk pasal
Ira!” getus Humaira semakin geram. Tengku Elman memandang wajah Humaira yang
tengah bengang. Namun hatinya sangat sakit. Sakit bila melihat Azwan mendekati
Humaira dan dia terdengar perbualan Humaira dengan lelaki tak guna itu. Lebih
sakit lagi bila Humaira memarahinya cuba mencampuri urusannya.
“Kenapa Ira marah-marah ni? Saya just nak tolong je tadi?” jawab Tengku
Elman.
Sepantas kilat Humaira memalingkan
mukanya kepada Tengku Elman. Lelaki itu mengangkat-ngangkat kening kepadanya
dengan senyuman di bibir. Humaira menjeling ke arah Tengku
Elman. Sakit hatinya bila melihat senyuman di bibir lelaki itu. Teringat
kembali bagaimana Mak Teh memujuknya agar memakai gaun itu! Mungkin lelaki itu
tersenyum tanda kemenangan di pihaknya kerana dia memakai gaun yang di belinya
itu.
Argh!!
Bentak Humaira dalam hati. Pasti dia juga membelikan pakaian untuk Isabella.
Malam itu Isabella sangat menyerlah dengan gaun yang berwarna hitam dan
mengembang. Tapi gaun yang di pakainya juga tidak kurang hebatnya!!
“Nak tolong Tengku cakap.. Tengku
mengeruhkan keadaan lagi adalah..” marah Humaira.
“Yelah.. Ira marah ke?” soal Tengku
Elman lagi.
“Siapa yang marah?”
“Come
on Ira, when you want to telling me truth! How you really feel?” bisik
Tengku Elman ke telinga Humaira sambil tersenyum. Senyuman di bibir lelaki itu
membuatkan Humaira semakin tidak tentu.
Bulat mata Humaira memandangnya. Dia
bertambah geram!! Tengku Elman ini sengaja mencabar mindanya.
“Nak beritahu apa?” soal Humaira
hairan. Tidak ada angin dan ribut tiba-tiba pula keluar tentang luahan
perasaan. Tengku Elman semakin berani pula kali ini.
“Soal hati Ira pada abanglah. Oh ya
terlupa pula abang, sayang nampak cantik malam ini..” bisik Tengku Elman ke
telinga Humaira. Humaira menjeling tajam. Dia memprotes kelakuan Tengku Elman
dalam diam.
“Tengku jangan nak buat hal lagilah okey!”
ujar Humaira lalu dia menuju ke meja makan. Tengku Elman hanya tersenyum
melihat gelagat Humaira. Kalaulah Humaira tahu kebenarannya suatu hari nanti
bagaimana agaknya reaksi wanita itu?
“Baik betul Tengku dengan awak ye
Ira, siap dia cedok lagi lauk ke pinggan awak tu..” usik Kak Sofi. Humaira
hanya tersenyum kelat. Mereka tidak tahu apa yang sedang bergolak dalam
jiwanya. Biarlah dia pendamkan sendiri.
“Hai Ira..” tegur Jamal lagi.
Humaira terpaksa senyum. Bimbang kalau lelaki itu mengatakan dia sombong.
“Hai..”
“Boleh I join dengan you ke?” soal
Jamal berhati-hati. Dari tadi dia mencari-cari kelibat Humaira. Baru kali ini dia
melihat Humaira sudah duduk di meja makan yang telah di sediakan.
“Boleh. Apa salahnya...”
Jamal tersenyum suka. Nampaknya
Humaira tidaklah sombong seperti mana ketika pertemuan mereka buat kali pertama
di Johor hari itu. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Humaira.
Malam itu perasmian itu berjalan
dengan lancar walaupun dalam diam Humaira mula berperang dengan perasaannya
sendiri. di akhir majlis itu, para hadirin dan tetamu di kejutkan dengan satu
pengumuman.
“Malam ini kita akan adakan pasangan
yang paling cantik dan kacak..”
“Wow!!!” ujar tetamu yang hadir. Mereka
memberikan tepukan yang gemuruh sekali. Isabella tersenyum girang. Dia pasti
akan mendapat gelaran wanita paling cantik malam ini. Dan Tengku Elman pasting
mendapat gelaran lelaki paling kacak.
“Mesti you dengan I akan dapat
gelaran Miss beauty dan Mr handsome malam ni..” beritahu
Isabella kepada Tegku Elman. Tengku Elman hanya tersenyum. Namun matanya tetap
memandang kearah di mana Humaira berada. Biar pun dia bersama Isabella namun
pandangannya tetap kepada Humaira yang berada tidak jauh dari mereka.
“Pada malam ini, kita akan memilih
tetamu yang paling cantik dan paling kacak. Kita mempersilakan tetamu yang
paling kacak malam ini di menangi oleh Tengku Elman Qaufar…” semua tetamu memberi
tepukan yang gemuruh sekali. Begitu juga dengan Isabella yang duduk di sebelah
Tengku Elman. Dan dia yakin Miss Beauty akan di menangi olehnya. Tengku Elman
bangun dan menuju ke depan.
“Dan Miss Beauty pada malam ini di
menangi oleh Humaira… Di persilakan beliau datang ke depan..” Humaira terkejut.
Kak Sofi memeluk Humaira. Dia tidak menyangka Humaira di pilih menjadi Miss
Beauty pada malam ini.
“Tahniah Ira..” ucap kawan-kawan
yang duduk semeja dengannya. Humaira terpaksa juga bangun menuju ke depan.
Malu? Memanglah dia malu. Dia hairan kenapalah pulak dia yang menjadi Miss
Beauty pada malam ini. Ketika dia lalu di meja tempat duduk Isabella, sempat
dia melihat Isabella melihat dia dengan pandangan yang tajam. Namun dia tetap
meneruskan langkahnya.
Dia berdiri di sebelah Tengku Elman.
Hatinya mendongkol geram melihat senyuman di bibir Tengku Elman. Kalau boleh
mahu saja dia memulas bibir lelaki itu.
“Ni mesti Tengku punya kerjakan?”
bisik Humaira di sebelah Tengku Elman. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia
sebenarnya pun terkejut kenapa pula ada acara sebegitu. Jangan-jangan ini kerja
Encik Johan.
“Eh, mana ada? Saya pun terkejut
juga bila kita jadi pasangan malam ini..” jawab Tengku Elman dengan tenang. Memang
betul pun dia tidak menyangka malam ini ada acara yang menarik perhatian
tetamu.
“Habis ini kerja siapa?” Humaira
bertanya lagi. dia masih mahukan jawapan dari Tengku Elman. Kemudian dia
teringat. Jangan-jangan ini kerja Encik Johan.
“Entahlah..”
Mereka berdua dia hadiahi sesuatu.
Tengku Suraya yang memberikan hadiah itu kepada mereka berdua.
“Ira sungguh cantik malam ini..”
puji Tengku Suraya ketika dia menyerahkan sebuah kotak hadiah itu. dia dalam
kotak hadiah itu ada jam tangan berjenama mahal.
“Terima kasih mama..” balas Humaira
sambil memeluk tubuh Tengku Suraya. entah m engapa dia rasa damai ketika
memeluk tubuh wanita itu.
“Tengok mama pun suka dengan Ira..”
Tengku Elman menyampuk.
“Hadiah ini akan menjadi kenangan
seumur hidup mereka..” ujar pengacara lagi.
Sementara itu di sudut sana,
Isabella merengus marah. Dia rasa sangat malu dengan tetamu yang hadir malam
itu. Sepatutnya gelaran yang di sandang oleh Humaira itu adalah miliknya. Namun
itu hanya apa yang difikirkannya sahaja.
Malam itu Humaira balik lewat. Esok pagi dia terpaksa turun kerja juga. Lagi pun lepas sehari kerja mereka ada tiga hari cuti. Bolehlah juga dia berehat setelah sepanjang minggu
dia sibuk dengan kerja. Bagaikan tiada ruang untuk dia merehatkan badannya.
assalamulaikum. tahnniah tengku nampaknya langkah semakin maju kehadapan. padan muka dengan isabella terlalu ego tak sedar dia yang rampas hak orang
ReplyDeleteTengku macam sengaja tarik tali sebenarnya..Isabella memang jenis perempuan tak sedar diri.. dia ingat Tengku Elman dalam gengamannya.
DeleteWow.. tahniah cik ira & TEQ... sy ikt happy... hehheheh
ReplyDeleteLow jodoh x kmn... btul x cik D...
Next N3 please.... (^_^)
betul tu.. Kalau jodoh memang tak kemana..
Deletetq..
ReplyDeleteNext n3 please!!! :-)
ReplyDeleteNak lagi.......plezzzzzzzz
ReplyDeletelove ira and TEQ
ReplyDelete