Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 23 September 2013

Ada Dia Di Hati 30


Alisha terperanjat apabila telefon di hadapannya berbunyi. Siapa pula yang call dia time ni? Ketika dia asyik mengelamun ada saja gangguan.

“Helloo..” perlahan suaranya menyapa.

“Hai sayang..” Alisha menjauhkan sedikit telefon di telinganya. Kedengaran suara Zafran ceria di hujung talian. Alisha mengerling jam di pergelangan tangannya. Apa mimpi lelaki itu menelefonnya?

“Hmm.. Ada apa Encik Haicarl?” soal Alisha bersahaja. Dia mendengar rengusan. Dia memang sengaja memanggilnya Encik Haicarl.

“Abang nak ajak keluar..” kedengaran suara Zafran di hujung sana.

“Keluar? Pergi mana?”

“Pergi makan tengah hari.. Please..” suara Zafran merayu. Alisha cuba mencari alasan untuk tidak keluar dengan Zafran. Malas dia mahu berhadapan dengan muka lelaki itu. Naik menyampah!! Kalau hari-hari macam ni memang dia boleh naik gila!! Semakin dia mahu melarikan diri semakin dekat pula Zafran mengejarnya.

“I dah janji keluar makan dengan kawan..”

“Lelaki ke perempuan?” suara Zafran bernada cemburu. Entah mengapa semenjak dia bertemu semula dengan Alisha tidak dapat dia nafikan dia selalu cemburu dengan apa yang Isha buat atau dengan siapa Alisha keluar dan sebagainya. Sampaikan dia tidak dapat berfikir hanya kerana wanita yang bernama Alisha itu!!

“Perempuanlah. Kawan sepejabat..”

“Okey.. Abang tunggu Isha kat bawah sekarang! Kalau Isha tak turun, abang naik ke atas!” Zafran mengungutnya. Alisha terpempan.

“Tapi..”

“Tut..” bunyi telefon sudah di letakkan oleh Zafran. Alisha hanya merengus! Kalau dia tidak jumpa lelaki itu sudah pasti lelaki itu akan mencarinya sampai ke pejabatnya. Dia terus bangun dan mengambil beg tangannya. Pintu biliknya di buka. Ternampak pula abangnya juga baru keluar dari biliknya.

“Isha nak ke mana?” soal Amri.

“Isha nak jumpa orang..”

“Oh.. abang masuk dululah ya..”

“Okey..” Alisha terus menuju ke pintu keluar.

Sesampai sahaja dia di tingkat bawah, matanya terus statik melihat Zafran sedang setia menantinya di sisi kereta. Zafran Haicarl membuka cermin mata bila melihat Alisha berdiri di depannya.

Dia memberi salam. Alisha menjawabnya walaupun dia menunjukkan muka tidak senangnya. Namun Zafran Haicarl tetap tersenyum manis padanya.

Dia segera membukakan pintu kereta di bahagian penumpang untuk Alisha. Beberapa orang gadis yang melihat Zafran dan Alisha tersenyum suka.

“Bertuahnya kalau boyfriend aku romantic macam lelaki tu. Dahlah handsome, bergaya dan gentleman pulak tu..” ujar seorang gadis yang tidak dapat menahan perasaannya.

“Aku pun, jelous tengok lelaki yang macam tu.. Bertuah Cik Alisha kitakan?”

Mereka masing-masing memuji sikap Zafran yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.

NAFASNYA di tarik dalam-dalam. Pandangannya di lemparkan ke luar tingkap. Hatinya bungkam, dengan perasaan yang resah dan gelisah. Menghadap wajah satu-satunya lelaki yang paling dia benci bukanlah sesuatu yang mudah. Alisha bengang!!

“Alisha..” Zafran memanggil dengan nada sedikit mengeluh. Menu di tangannya di letakkan semula di atas meja. Pandangannya pula tepat berlaga dengan mata yang bersinar garang itu. Dia tidak bodoh dan dia nampak ada api kebencian di hati Alisha melalui pandangan itu.

“Alisha.. Tolong jangan buat abang begini? Apa salah abang? Kenapa layan abang macam ni?” soal Zafran tidak puas hati. Dia ingin tahu dari mana punca keretakan hubungan mereka berdua. Lima tahun mereka terpisah, Alisha bagaikan berdendam dengan dirinya. Tetapi apa salah dan silapnya? Kalau ada besar sangatkah kesilapannya sehinggakan Alisha bersikap begitu?

“Habis you nak I layan you macam mana? Menghadap you macam raja? Bentang red carpets depan you?” tingkah Alisha sambil berpeluk tubuh. Pandangan mereka beradu tepat.

Zafran Haicarl mengeluh perlahan. Sikap dan layanan Alisha benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Lama mereka berdua menyepi. Alisha dengan sikap dinginnya, dan Zafran Haicarl juga begitu. Suasana sunyi namun di dalam hati masing-masing berperang dengan perasaan yang sangat hebat. Sesekali pandangan mereka berlaga namun mulut tidak mampu mengeluarkan suara.

Zafran Haicarl memandang wajah Alisha yang masih termenung memandang keluar tingkap. Wajah itu masih cantik seperti dulu. Cuma bezanya penampilannya kali ini Alisha lebih matang dan kemas. Dengan calitan mekap yang nipis, tudung dan pakaian yang bergaya, wanita ini mampu menarik perhatian banyak mata. Namun bibirnya yang sedikit mungil itu susah mahu tersenyum. Dan bila memikirkan semua itu semakin gila dia di buatnya. Rasa cemburu meluap-luap dalam dadanya. Pasti ramai lelaki yang berminat dengan wanita itu.

“Alisha.. Please bagi tahu abang, apa salah abang? Kalau ia boleh di perbetulkan abang akan betulkan..” rayu Zafran lagi. Dia tidak tahu macam mana lagi dia mahu memujuk hati Alisha yang sudah keras itu. Bagaikan ada sesuatu yang dia buat sampaikan wanita itu terlalu membencinya.

“Apa salah you? Tanyalah pada diri sendiri! Takkan I nak bagitau apa salah you!” marah Isha lagi. Dia rasa bagaikan meletup kepala otaknya menahan marah. Kalau boleh memang dia nak telan hidup-hidup lelaki yang berdiri di depannya sekarang!

Bimbang perasaan marahnya tidak dapat di bendung, Alisha terus menolak kasar kerusi yang didudukinya tadi. Tanpa membuang masa, Alisha mahu terus berlalu. Dia tidak betah lagi menghadap muka lelaki itu lama-lama. Tolonglah dia ingin benar menjauhkan diri dari lelaki itu. Tidak sanggup dia memandang wajah yang telah membawa pergi kebahagiaan dalam hidupnya.

“Alisha!”

Langkah Alisha mati ketika lengannya di paut oleh Zafran Haicarl. Memang kasar!! Alisha menjeling tajam!

“Lepaskan tangan you itu!” ujarnya perlahan. Namun tangan Zafran tetap juga memengang lengan Alisha.

“I cakap lepaskan tangan you itu!!” jerit Alisha lagi. Zafran terpaksa mengalah apabila beberapa orang yang lalu lalang di situ melemparkan pandangan pelik!

“Abang benar-benar minta maaf. Tapi please beri peluang pada abang untuk perbetulkan keadaan. Abang tak sanggup berhadapan dengan keadaan kita macam ni!” Zafran merayu sekali lagi.

“Beri you peluang? Hei! You kat mana masa I benar-benar perlukan seorang suami di sisi? You tahu tak apa yang menimpa hidup I selama ini? Oh ya.. Sepatutnya I tak perlu bagitahu semua itu. Bukan boleh di putar balik pun masa lalu” ujar Alisha hampir saja mahu menangis bila mengenangkan keperitan hidupnya di saat lelaki itu meninggalkannya dulu.

“Abang tahu Isha sangat terseksa. Tapi abang minta, berilah peluang pada abang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya..” Zafran Haicarl masih tidak berputus asa. Dia nekad dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan Alishanya kembali. Sejak dia bertemu dengan Alisha hari itu, dia memang berazam mahu membawa Alisha kembali dalam hidupnya. Lima tahun dia menantikan saat ini. ‘Jangan harap sayang akan terlepas dari pandangan abang lagi!’ ujarnya dalam hati.

After five years?” jawab Alisha dengan cepat. Mudahnya lelaki ini mahu dia memberi peluang. Tetapi lelaki itu tidak tahu segala pahit manis yang di laluinya selama lima tahun itu. Dan hari ini, lelaki itu tiba-tiba muncul pula.

Please stay away from my life. That all!!” perlahan Alisha melahirkan kata-kata itu. Dia tidak pasti apakah perasaan Zafran Haicarl ketika mendengar permintaan itu. Tapi yang pasti Alisha juga merobek perasaannya sendiri.

“I balik dulu..” ujar Alisha sambil melangkah pergi meninggalkan Zafran Haicarl yang masih berdiri di situ. Dia tidak mahu airmatanya gugur didepan lelaki itu.

Alisha berlalu dan membuka pintu kereta. Namun tanpa di duga, Zafran menutupnya. Sedikit kasar. Alisha menoleh dan sempat dia memandang wajah Zafran.

“Alisha please jangan buat abang macam ni,” Alisha mendengar suara Zafran yang seakan merayu.

“You tak dengar ke apa yang I dah cakap tadi. Atau you nak I ulangkan. Please stay away from my life..” ulang Alisha lagi. Dia berharap sangat Zafran tidak akan merayu-rayu kepadanya lagi. Dia sendiri pun tidak percaya jika dia boleh bertahan lagi. Sekarang pun air matanya cuba di tahan dari gugur!

Zafran Haical hanya memandang Alisha yang semakin jauh. Dia rasa sangat sedih. Kenapa tiba-tiba Alisha jadi bencikan dirinya. Adakah kerana dia sudah mempunyai pengganti dirinya atau dia tidak bemaksud begitu! Arrgh!! Fikirannya jadi kusut sekarang ini.

TUBUHNYA di hempaskan di sofa. Matanya di pejamkan. Entah mengapa lelaki itu telah muncul dalam hidupnya. Sekian lama dia menyimpan segala rasa duka dihati, tetapi hari ini segalanya bagaikan berlumba-lumba mahu lompat keluar. Sesak dadanya menanggung kesedihan yang bukan sedikit. Semuanya kerana gara-gara lelaki yang bernama Zafran Haicarl itu!

Zafran Haicarl... Sekali lagi dia teringat nama yang telah menghancurkan hati dan perasaannya. Persoalannya mengapa baru sekarang dia muncul kembali dalam hidupnya. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi semuanya lagi.

“Mama, kenapa mama menangis ni?” soal Akif. Dari mamanya sampai, mamanya langsung tidak bertegur dengannya. Malah mamanya duduk di kerusi itu dan termenung. Dia melihat mamanya mengesat air mata.

“Mama tak menangis sayang. Ada habuk masuk mata mama..” ujar Alisha sambil mengesat baki air matanya. Tidak mahu di kesan oleh anak kecilnya itu.

“Mari sini Akif tiup..”

“Mari sayang.. Mata mama sakitlah..” ujar Alisha lagi. Sesungguhnya dia rasa terhibur juga dengan kaletah anak lelakinya itu.

Setelah habis meniup, Akif tersenyum. Begitu juga dengan Alisha. Terbang segala masalah yang di fikirkannya sebentar tadi.

“Amboi, sukanya Akif. Buat apa tadi?” kedua mereka terkejut bila di sapa oleh Amri.

“Tak adalah babah. Akif cuma tiup mata mama?”

“Kenapa?”

“Mata mama masuk habuk. Akif tolong tiuplah. Macam mama sesalu buat kat Akif..” jawab si kecil itu. Namun babahnya melihat mamanya terdiam. Pasti ada perkara yang membuatkan Alisha diam begitu.

“Pandainya anak babah..” puji Amri lagi. Dia melihat Akif turut tersenyum. Budak-budak memang suka di puji. Lagipun Akif sahajalah penghibur mereka dalam rumah itu.

 

ZAFRAN pergi berjumpa dengan Shahrul di rumahnya. Dia sudah buntu dengan masalah yang di alaminya dengan Alisha. Ingatkan bila dia bertemu dengan Alisha kembali, dia akan dapat hidup bersama seperti dulu. Tetapi dia sudah silap perhitungan.

“Shah, aku dah jumpa Alisha” ujar Zafran kepada sahabatnya itu. Dia tahu pasti sahabatnya juga akan berasa gembira kalau mendengar berita itu.

“Dah jumpa kat mana?” soal Shahrul lagi dengan girang. Memang tidak salah tekaan Zafran tadi. Dia tersenyum hambar.

“Kat sinilah.. Tapi dia masih...”

“Kenapa? Zaf dengan dia ada masalah ke?”

“Entahlah.. Zaf nampak dia macam bencikan Zaf. Dan dalam masa yang sama Zaf masih percaya yang dia masih cintakan Zaf..”

“Biasalah tu.. Dengan apa yang berlaku selama lima tahun ni, memang wajarlah dia bersikap sedemikian. Dia masih marah lagi tu. Kau pujuklah dia baik-baik. Dengan keikhlasan kau nanti pasti dia akan memaafkan kau. Cuma kau mesti banyak bersabar. Beri dia waktu. Minta petunjuk dari Allah. Itu jangan lupa.” Shahrul menasihatinya. Zafran mengangguk!

“Aku tahu. Tapi aku tak sanggup tengok dia memandang aku dengan perasaan penuh benci. Aku betul-betul sayang dan cintakan dia. Aku tak nak kehilangan dia lagi..”

“Aku faham dengan perasan kau. Tapi kau kena banyak bersabar. Berdoa banyak-banyak. Minta tuhan bukakan pintu hatinya untuk kau.. Tapi kau jangan terlalu mendesak dia sangat.. Nanti dia bertambah benci lagi..”

“Terima kasih atas pertolongan kau selama ini.”

“Itu tak setanding masa kau tolong aku dulu-dulu. Nasib baik, punya seorang kawan yang baik macam kau. Inilah masanya aku membalas jasa baik kau.. Cuma aku nak ingatkan kau berdoalah pada DIA agar Alisha kembali ke pangkuan kau. Dah lama kamu terpisah.. mestiah dia rasa tak selesa. Janji kau jangan putus asa saja.”  

“Memang aku selalu mendoakan agar di bukakan pintu Alisha untuk menerima aku kembali. Aku tak boleh hidup tanpa dia lagi. Lima tahun ni pun aku dah rasa sangat seksa sekali. Kau pun tahukan?”  

Shahrul mengangguk. Memang dia nampak segala perjalanan hidup Zafran Haicarl sejak di tinggalkan Alisha lima tahun dulu. Dan sekarang tibalah masanya Zafran menikmati rasa bahagia. Dan dia sebenarnya berhak bahagia bukan derita seperti yang di alaminya selama ini.

SELEPAS balik dari berjumpa dengan Shahrul, Zafran terus mandi. Dia mahu melelapkan matanya. Namun setelah sejam matanya masih tidak mahu tidur. Dia terus bangun menuju ke tingkat bawah. Dia mahu membuat air milo. Mungkin selepas minum nanti matanya boleh terlelap. Dia duduk di meja dapurnya. Entah kenapa dia masih lagi teringat peristiwa siang hari tadi. Dia bena-benar terkilan dengan sikap Alisha. Kenapa Alisha sangat membenci dirinya? Sehinggakan tiada peluang langsung untuk dia mendekati wanita itu.

“Jauhnya Zaf termenung..” sapa papanya Tuan Razman.

“Eh papa.. tak adalah. Banyak kerja yang Zaf perlu fikirkan..” jawab Zafran menutup rasa di hati. Dia tidak mahu papanya merasa serba salah. Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan mejaga hati dan perasaan papanya. Lagi pun sekarang kesihatan papanya tidak begitu mengizinkan.

“Zaf, papa nak balik esok..” akhirnya uan Razman memberitahu sesuatu. Zafran Haicarl terkejut.

“Hah! Cepatnya pa.. Duduklah sini lama sikit..” pujuk Zafran lagi. Dia sedar dia tidak ada masa untuk menemaninya di rumah tetapi papanya pasti faham pekerjaan seperti dia itu.

“Papa pun banyak kerja nak di buat kat sana tu.. Papa tak boleh cuti lama-lama..” balas Tuan Razman. Dia tidak mahu Zafran terfikir yang bukan-bukan. Mereka berdua sebenarnya masing-masing sibuk dengan hal kerja.

“Tapi papa.. Zaf belum puas nak duduk bersembang dengan papa..”

“Hish anak ayah ni.. Dah besar panjang nak bermanja juga dengan papa..” usik Tuan Razman lagi. Zafran hanya ketawa mendengar usikan papanya. Memang dia rindukan kemesraan seperti sekarang. Rasanya sudah lama dia tidak ketawa begitu dengan papanya.

“Ada masa nanti Zaf baliklah ke sana jumpa papa..”

“Insyaallah pa..” balas Zafran lagi. Tenang sedikit hatinya bila dia dapat bersembang dengan papanya.

 

Friday 20 September 2013

Ada Dia Di Hati 29


Pagi ini, Zafran datang ke pejabat Alisha. Semenjak dia tahu Alisha bekerja di syarikat itu, dia telah membuat pelbagai persiapan untuk dirinya sendiri. Kali ini dia tidak mahu Alisha menjauhkan diri darinya. Penantiannya selama lima tahun itu bakal berakhir. Tapi semudah itukah? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Ketika dia masuk ke syarikat itu, sememangnya dia kagum. Besar juga syarikat ini. Pekerjanya pun nampak sibuk. Lalu dia menuju ke kaunter pertanyaan. Kedatangannya ke sini ada dua tujuan.

“Selamat pagi encik..” sapa Suzana.

“Selamat pagi. Di mana saya boleh jumpa Cik Alisha?” soal Zafran lagi.

“Oh! Cik Alisha.. Mari saya tunjukkan tempatnya..” Zafran terus mengikuti belakang si gadis itu. Hatinya rasa berdebar-debar. Dia risau, macam mana penerimaan Alisha terhadapnya. Mungkin baik atau buruk!

“Sekejap ya..” ujar si gadis itu. Dia mengetuk pintu bilik Alisha.

“Kak ada orang nak jumpa..”

“Siapa?”

“Entah.”

“Suruh dia masuk..”

“Baik kak.”

Si gadis itu terus menjemput lelaki itu masuk ke bilik Alisha. Alisha masih lagi menatap kerja di depannya. Langsung tidak memangdang tetamunya itu.

“Assallamuailikum..”

“Waalikum sallam..” namun Alisha diam bila melihat wajah itu. Dia tidak menyangka akan menerima lelaki itu sebagai tetamu pagi ini.

Suasana sepi. Masing-masing diam membisu. Zafran Haicarl mahu pun Alisha tidak mahu mengalah. Alisha tetap membelek fail kerja di hadapannya. Walaupun fikirannya sedikit kacau dengan kehadiran lelaki di hadapannya itu namun dia harus kuat. Sengaja dia membiarkan Zafran dengan renungannya. Dia sengaja berbuat begitu agar lelaki itu faham bahawa dia benar-benar sibuk waktu ini.

“Isha apa khabar?” akhirnya Zafran megalah dengan kebisuan Alisha yang ternyata dingin bagai ais batu. Dari penglihatanya Alisha sudah banyak berubah. Dari segi gaya, pertuturannya dan kedinginan gadis itu terhadap dirinya.

“Isha sihat?” sekali lagi Zafran bertanya. Namun pertanyaan Zafran itu di biarkan sepi oleh Alisha.

“Isha, abang tanya ni. Kenapa diam?” Zafran Haicarl masih tidak berputus asa bertanya khabar. Kesabarannya benar-benar teruji sekarang.

Namun Alisha masih membisu. Melihat kedinginan Alisha itu, lantas Zafran merampas fail yang berada di tangan Alisha.

What??” soal Alisha sepatah. Zafran rasa dia benar-benar tercabar dengan sepatah perkataan itu. Ternyata Alisha langsung tidak mempedulikan kehadirannya pada masa itu. Dia bagaikan orang asing yang tidak wujud di hadapan wanita itu.

“Isha sihat?” Zafran masih menagih jawapan.

What you can see?” jawab Alisha dengan selamba. Malas dia mahu menjawab soalan yang ternyata biasa jawapannya.

“Isha menghilang kemana selama ini?” soal Zafran lagi. Kalau boleh hari ini juga dia mahu jawapan dari mulut Alisha. Namun untuk bertanya khabar pun begitu susah dia mahu mendengar jawapan dari mulut Alisha. Inikan untuk menceritakan apa yang berlaku selama beberapa tahun ini.

“Itu masalah I. Buat apa you nak tau?” soal Alisha dengan nada geram. ‘Sibuk je nak tahu hal aku sekarang buat apa?’ bisik hatinya. Setelah lima tahun berlalu, baru hari ini lelaki itu datang berjumpa dengannya.

Zafran tersenyum mendengar jawapan Alisha. Nampaknya dia masih marah, desis hatinya. Namun dia akan cuba mengambil hati Alisha. Tidak kira macam mana pun dia harus bijak menambat hati Alisha.

Of course abang nak ambil tahu sebab Isha tu isteri abang. You are my wife Isha. Jangan cuba nak menafikannya” tungkas Zafran lagi. Biar Alisha sedar sikit. Bahawa dia itu masih isterinya lagi. Tiada lagi pangggilan ‘abang dan Isha’ kedengaran di telinganya. Jelas-jelas Alisha mahu membina tembok di antara mereka. Tembok yang di bina itu amat sukar untuk di tembusi olehnya. Dia sedar Alisha sekarang bukannya Alisha yang dia kenal lima tahun yang lalu.

“Do I know you Mr Haicarl?” pandangan yang tajam dari Alisha benar-benar menusuk ke dalam jantung Zafran. Pertanyaan itu jelas menunjukkan Alisha mahu membuatkan dia sakit hati. Tetapi kenyataannya, dia memang terasa dengan soalan Alisha itu.

I’am Zafran Haicarl! Your husband! And you still my wife.. Isha dah lupa ke?” soal Zafran dengan rasa sakit hati. Kata-kata Alisha itu benar-benar menyucuk hatinya.

Do I care?” sekali lagi pertanyaan Alisha itu membuatkan Zafran Haicarl tersentak!

I care.. Abang tahu, Isha masih marahkan abangkan?” Zafran Haicarl sengaja menduga walaupun dalam hati dia menunggu jawapan dengan penuh debar. Wajah Alisha yang dingin dan tiada perasaan itu di pandang. Mahu mencari kemana riak yang dulu selalu sahaja menemaninya siang dan malam. Suasana yang selalu menggembirakan hatinya. Selalu membuatkannya bahagia dan tersenyum girang.

Tetapi dia hampa. Alisha tetap bersikap dingin terhadapnya. Seolah-olah dia sudah menjadi musuh kepada wanita itu. Kebisuan wanita itu benar-benar mendera perasaannya.

“You datang ke sini atas urusan kerja atau urusan peribadi?” soal Alisha lagi. Zafran Haicarl tersenyum mendengar soalan Alisha itu. Tiba-tiba timbul akal jahatnya.

“Abang datang atas urusan kerja..” Alisha mendongak. Dia melihat Zafran Haicarl tersenyum sinis terhadapnya. Makin bertambahlah rasa sakit hatinya.

“Dah la Encik Haicarl. Kalau you datang atas urusan kerja, you tak sepatutnya masuk bilik I. You kena berurusan dengan Encik Amri.” Alisha cuba menyembuyikan perasaan gemuruhnya. Kalau dia ada urusan kerja kenapa masuk ke bilik aku? Sepatutnya dia pergi jumpa abang Amri.

“Tapi bukankah Isha yang datang jumpa abang hari tu?” soal Zafran kehairanan. Mana tidaknya sekarang wanita di hadapannya meminta dia berurusan dengan Encik Amri. Baru Alisha teringat. Memang betul pun apa yang Zafran cakapkan.

“Itu I hanya gantikan tempat dia. Itu pun atas desakan dia.” Alisha mula rasa tidak selesa dengan kelakuan Zafran.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, sila keluar dari bilik I. Lagi pun sekarang waktu kerja. I ada banyak kerja lagi ni..” selamba sahaja Alisha memberi arahan.

Zafran Haicarl mengambil tempat duduk berhadapan dengan Alisha tanpa mempedulikan arahan Alisha. Di amatinya wajah Alisha dengan lebih dekat. Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia memeluk tubuh Alisha. Rindunya pada Alisha hanya tuhan saja yang tahu.

Alisha bangun mengejut membuatkan Zafran terkejut. Dia dapat melihat wajah Alisha yang merah padam menuju ke arah pintu. Namun belum sempat tangan Alisha mencecah ke tombol pintu, Zafran menarik lengan Alisha dengan kuat. Tarikan yang kuat itu menyebabkan muka Alisha tersembam ke dada Zafran. Lantas tangan Zafran merangkul erat tubuh Alisha yang ramping itu. Kali ini dia tidak peduli. Walau pun dia sedar dia sudah melampaui batas. Namun rasa rindunya pada wanita itu tidak tertanggung!

“Apa ni Encik Haicarl?” Alisha meronta-ronta untuk di lepaskan. Tangan kasar Zafran merangkul kemas di pinggang Alsiha, malah dia mengeratkan lagi pelukannya ke tubuh itu yang semakin kuat meronta. Namun sekuat mana rontaan Alisha masih tidak dapat melawan tubuh Zafran yang sasa dan tenaga lelaki Zafran.

“Lepaskan..”  ujar Alisha separuh menjerit. Takkan dia nak menjerit sekuat hati. Nanti pasti pekerja di luar sana salah faham dengan dirinya. Akhirnya dia sendiri juga yang akan menanggung malu! Namun cubaan keduanya dia terhenti apabila terasa satu kucupan terasa di bibirnya. Bukan main terkejutnya Alisha dengan tindakan Zafran itu. Berani sungguh! Bulat matanya memandang ke arah Zafran. Alisha sedaya upaya cuba melepaskan bibirnya dari pautan bibir Zafran. Selepas beberapa minit bibirnya bersatu, barulah Zafran melepaskannya. Sesak nafasnya ketika itu.

“Abang rindukan Isha. Abang benar-benar rindukan sayang..” ujar Zafran dengan perlahan. Namun dia masih kedengaran di telinga Alisha. Sekali lagi dia menghadiahkan ciuman di dahi Alisha.  Haruman yang terbit dari rambut Alisha membuaikan perasaannya. Walaupun di tutupi dengan tudung. Hanya itu saja yang tidak berubah. Alisha masih bertudung sehingga sekarang. Alisha tetap cuba meleraikan pelukannya.

“Lepaskan I Encik Haicarl..” sekali lagi Alisha merayu. Namun rayuannya tidak di hiraukan malah sekali bibir Zafran hinggap ke bibirnya. Namun kali ini, Alisha tidak lagi meronta seperti tadi. Dia sudah lelah untuk menahan gelora di hatinya. Segalanya rasa sangat lemah. Dia tersungkur di dalam pelukan Zafran Haicarl.

Namun itu hanya untuk seketika. Alisha kembali mengingati dirinya.

“Lepaskan I, Encik Haicarl..” dengan sekuat tenaga dia meloloskan diri dari pelukan lelaki itu. Untuk kali ini Zafran sudah merenggangkan pelukannya. Mungkin dia juga telah tersedar.

I am sorry..” ujar Zafran setelah menyedari keterlanjurannya sebentar tadi. Sepatutnya dia tidak bertindak terburu-buru. Tetapi dia tidak dapat menahan rasa rindunya pada Alisha.

“Keluar sekarang!!” ujar Alisha perlahan. Namun dia tidak memandang wajah Zafran Haicarl.

“Abang minta maaf Isha.. Abang tak..”

I said leave me now!!” kali ini kedengaran arahan itu lebih kuat dari tadi. Baru Zafran sedar yang Alisha memaksudkannya. Perlahan lahan dia menuju ke muka pintu. Namun sebelum dia memulas tombol pintu itu dia menoleh ke arah Alisha.

“See you again.. But remember I still love you..”

‘Pergi jahanam dengan kau punya cinta..’ marah Alisha dalam hati. Dia tidak sanggup lagi memandang ke arah lelaki itu.

ZAFRAN Haicarl terus pulang ke pejabatnya. Dia merasa tidak senang hati. Kedinginan Alisha terhadapnya membuatkan dia sakit hati. Kenapa Alisha seperti sudah berubah? Apa yang terjadi padanya sehinggakan wanita itu begitu membencinya. Dia tidak sanggup menjadi orang yang di benci wanita itu. dia bukan lelaki bodoh untuk tidak melihat kebencian di mata Alisha. Tetapi dia mahu tahu. Apa yang membuatkan Alisha benar-benar membencinya.

‘Tidakkah kau tahu sayang, pandangan bencimu bisa membunuh hati abang!’ gumam Zafran sendirian. Arghh!! Tak sanggup rasanya dia di pandang dengan perasaan benci oleh Alisha.

Alisha sudah masuk ke pejabat setelah menghantar Akif balik ke rumah. Namun otaknya masih ligat berfikir tentang masalahnya dengan Zafran Haicarl. Macam mana dia menghadapi keadaan yang sukar ini?

“Hei kenapa petang-petang macam ni muka moyok ni..” tegur Maisarah.

“Tak ada apa-apalah..”

“Mustahil tak ada apa-apa.. Kalau tak Kak Isha tak akan muram begini..”

“Entahlah akak bingung sekarang ni.. Masalah yang dulu pun tak selesai lagi, sekarang timbul lagi masalah baru. Pening akak dibuatnya. Seperti masalah ni memang suka datang kat akak tau..” kata Alisha di iringi gelak ketawanya.

“Takkan ada masalah yang tak dapat di selesaikan. Memang kekadang kita di uji dengan pelbagai masalah tetapi setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita pandai-pandai menguruskannya. Masalah yang datang itu hanya mahu menguji sejauh mana ketabahan kita..” ujar Maisarah.

Alisha tersenyum bila mendengar kata-kata dari bibir Maisarah. Dalam diam dia turut mengakui akan kebenaran kata-kata Maisarah itu. Memang setiap masalah ada jalan penyelesaian tetapi bagai mana caranya nak menyelesaikan masalah tersebut? Dia sendiri jadi bingung. Bahasa seperti apa yang harus dia gunakan untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya?

“Apa kes dalam masalah kak Isha kali ini? Boleh cerita pada Mai tak? Akak boleh percayakan Maikan? Kalau Mai boleh tolong Mai akan tolong..” pandai sungguh si gadis itu memujuknya. Alisha hanya tersenyum. Dia gembira melihat gelagat Maisarah.

“Mai.. Akak tau akak boleh percayakan Mai lebih dari orang lain” balas Alisha sambil merenung wajah Maisarah sambil mengukir senyum.

“Ni pasti pasal lelaki yang jumpa akak pagi inikan? Mai nak tahu siapa lelaki itu sebenarnya pada akak.. Dahlah handsome, charming, and good looking..” Maisarah tersenyum kembali bila mengenangkan seraut wajah lelaki itu. Memang sepadan dengan Kak Alishanya.

“Sebenarnya lelaki yang Mai tengok pagi tadi tu sebenarnya bapa kandung Akif..” perlahan saja Alisha menutur kata.

What??” ternganga mulut Maisarah mendengar kata-kata Alisha.

“Woi tutup mulut tu nanti lalat masuk!” Alisha ketawa kecil nampak lucu bila melihat gelagat Maisara yang masih terkejut dengan pengakuannya sebentar tadi. Dia memang dah jangka. Maisarah akan terkejut mendengar penjelasan itu. Tapi dia belum bersedia unutk menceritakan perkara lain.

Wow very interesting! Mai tak sangka itu suami akak... Kan dah lama kamu berpisah? Apa punca perpisahan akak sebenarnya?” sekaranglah masanya dia mengorek kisah hidup Alisha. Banyak perkara yang menjadi tanda soal dalam hidup Alisha.

“Panjang ceritanya.. Tapi yang pasti dia masih suami akak.”

“Tapi sekarang apa masalahnya? Dia nak kamu kembali kepadanya?” Maisarah bertanya lagi.

“Agaknya macam itulah..” jawab Alisha sambil menghirup milo yang sudah sejuk didalam mug.

“Baguslah kalau macam tu.. Akak terima dia balik.. Rugi tau nak lepaskan lelaki yang kacak macam dia tu.” Kata Maisarah membuatkan Alisha terdiam seketika sebelum melepaskan ketawanya.

“Kalaulah semudah itu boleh menyelesaikan masalah akak ni!!” Alisha mengeluh perlahan.

“Apa sebenarnya yang berlaku antara akak dengan suami akak tu sampai boleh berpisah betahun-tahun ni?” Alisha menelan air liur. Dalam bab ini memang agak sukar untuk dia ceritakan kepada orang lain.

“Sebenarnya perkahwinan kami itu memang di restui oleh kedua belah pihak. Cuma seorang saja yang tidak suka..” jawab Alisha perlahan.

“Siapa pula yang tak suka akak kahwin dengan suami akak?” soal Maisarah lagi.

“Ibu tiri suami akak. Dia masih muda cuma beza umur kami adalah dalam lingkungan empat tahun. Sepeninggalan suami akak ke Jepun dia mengambil kesempatan menghalau akak dari rumah. Dan paling akak tak sangka rupa-rupanya dia bekas kekasih suami akak sendiri. Hancur hati kakak masa tu bila dapat tahu yang suami akak kahwin dengan akak untuk membalas dendam terhadap perempuan itu..” terharu Maisarah mendengar keluhan dan cerita sedih Alisha. Menitis air mata Maisarah mendengarnya. Dia tak sangka begitu rumit hidup Alisha.  Dia memang kagum dengan sikap Alisha. Sungguh tabah menghadapi cabaran.

“Habis apa akak nak buat sekarang?” Alisha menggelengkan kepalanya. Dia pun buntu dengan keadaannya sekarang. Menghindari lelaki itu pun tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada.

“Entahlah akak pun tak tau.. Biar akak fikir dululah..” jawab Alisha tenang.

“Apa pun akak fikirlah yang terbaik untuk kehidupan akak sendiri.”

Maisarah segera belalu meninggalkan Alisha sendirian di dalam pejabatnya. Dia memang bersimpati mendengar cerita Alisha tadi. Dia tidak menyangka wanita itu hidup sengsara sebelum ini.

Alisha kembali menyambungkan kerjanya. Dia mahu melupakan peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya. Biar pun payah dia akan cuba juga. Sebenarnya dia juga inign hidup bahagia seperti orang lain, tetapi masih adakah sinar bahagia buat dirinya?

Wednesday 18 September 2013

Ada Dia Di Hati 28



Alisha membawa barang dari bonet keretanya. Dia sempat sampai pukul 8 malam. Agak lama juga dia membeli di Carefour tadi. Beberapa bungkusan plastik di bawa masuk kedalam rumah.

“Yea yah.. Mama dah sampai..” jerit Akif dari tangga. Dia baru turun dari bilik. Tadi sebaik sahaja dia mendengar kereta ibunya sampai, dia terus turun ke bawah.

“Akif nakal tak hari ni?” soal Alisha sebaik sahaja anak kesayangannya menghala kepadanya.

“Taklah mama.. Akif seronok pergi sekolah.. Lepas balik tadi Akif tidur. Penat main dengan kawanlah mama..” Akif mula bercerita tentang kisahnya seharian ini.

“Baiknya anak mama.. Ni mama ada belikan buku baru untuk Akif..”

“Iya ke ma? Bestnya.. Terima kasih mama..” ujar Akif sambil menyambut plastic yang ada buku tulisan di dalamnya.

“Akif dah makan ke?”

“Belum tunggu mama..”

“Oh Kesiannya.. Babah mana?”

“Babah ada dalam bilik..”

“Okey mama nak ke dapur dulu. Lepas tu mama naik mandi. Dah siap nanti kita makan malam ye.. Kesian anak mama ni dah lapar..”

“Baik mama..”

Alisha terus menuju ke dapur dan meletakkan barang-barang yang sudah di beli di atas meja dapur. Kemudian dia terus naik ke bilik untuk mandi.

“SIAL!! Kau memang nak mampus Zaf!! Berani you buat I macam ni!! You tau tak I sayang sangat kat you. Tapi ini balasan yang you beri? You ingat I akan lepaskan you macam tu sahaja ke? Kalau I tak dapat you, perempuan lain pun tak akan dapat you!!” jerit Fana di dalam bilik. Pekikannya itu mengejutkan Datin Nora. Dia yang berada di bilik kamarnya pun boleh terdengar jeritan Fana itu terus meluru masuk ke bilik itu.

“Apa dah jadi dengan kau ni Fana? Hantu mana yang dah rasuk engkau ni?” soal Datin Nora bertalu-talu. Dia melihat barang sudah bertaburan sana-sini di dalam bilik itu.

“Si Zaf tu memang lelaki tak guna mama!! Boleh pula dia keluar dengan perempuan lain. Dia ingat Fana ni siapa? Suka hati dia je buat Fana macam ni.. Fana malu tau kena tegur dengan perempuan yang ikut dia tu!”

“Perempuan mana? Entah-entah perempuan tu isteri dia? Kan Fana juga cakap yang Zaf tu dah kahwin?” soal Datin Nora lagi.

“Tak tahulah mama. Perempuan mana yang dia angkut? Bukan Fana tak tahu dia memang sengaja nak sakitkan hati Fana ni! Dia tidak kira perempuan mana yang jadi mangsa dia!”

“Habis tu yang Fana marahkan sangat ni kenapa?” soal Datin Nora lagi.

Nirfana menjeling ibunya.

“Mama ni faham ke buat-buat tak faham!!” jerit Fana lagi. Datin Nora terkejut. ‘Kenapa dengan Fana ni?’ bisik hatinya.

“Mama faham.. Fana jangan buat macam ni lagi ya.. Mama risau tau!” pujuk Datin Nora lagi. Akhirnya Fana menangis. Dia memeluk mamanya. Datin Nora memujuk. Dia sebenarnya risau dengan keadaan Fana. Sudah lama Fana tidak bersikap sedemikian.

ALISHA memusingkan badannya. Walaupun dia berasa penat, tetapi matanya tetap tidak mahu terlelap. Ingatannya masih terbayang peristiwa di Carefour petang tadi. Pertemuannya dengan Zafran Haicarl tadi sekali lagi menjengkelkan. Kali ini dia terpaksa menyelamatkan lelaki itu dari wanita yang menganggunya. Sepatutnya dia tidak perlu campur tangan dengan hal peribadi lelaki itu.

‘Hish!! Kenapalah aku menyibukkan diri nak backup dia. Sepatutnya dia biarkan saja masalah Zafran dengan wanita gedik tu. Mungkin sebab itulah Zafran fikir yang bukan-bukan.’ Gumam Alisha sendirian. Bila di fikirkan balik, menyesal pula dia menolong lelaki itu. Dan akhirnya dia juga yang lelah berdepan dengan lelaki itu. Macam mana dia berdepan dengan lelaki itu esok. Dia pasti lelaki itu lambat laun akan datang mencarinya.

Malam ini, sekali lagi Zafran tidak dapat melelapkan mata. Dia masih lagi memikirkan permasalahannya dengan Alisha. Petang tadi sekali lagi dia bertembung dengan Alisha secara tidak sengaja. Namun dia kecewa melihat layanan dingin Alisha terhadapnya. Entah di mana silapnya sehinggakan wanita itu memandang sinis terhadapnya. Dia umpama seorang musuh bagi wanita itu.

“Apa salah abang Isha? Abang tidak sanggup melihat Isha membenci abang..” gumamnya sendirian. Sekali lagi dia terkenangkan kenangan indah bersama Alisha suatu masa dulu. Seperti kebiasaannya bingkai gambar Alisha di peluknya erat. Biar pun pertemuan mereka tidak begitu baik, namun dia bersyukur akhirnya dia dapat bertemu dengan wanita yang sekian lama di carinya.

PAGI ini, Zafran terlewat bangun. Nasib baiklah dia masih sempat pergi ke pejabat. Walau pun dia tidak sempat bersarapan di kedai, namun di pejabat nanti pasti Noni akan membuatkan air kopi untuknya.

Sudah dua jam dia menatap kerja di hadapannya. Perutnya mula berkeroncong. Awal sikit dia lapar hari ini. Tetapi kerjanya belum siap lagi.

Tiba-tiba intercom di mejanya berbunyi. Lalu di tekan butangnya.

“Bos ada orang datang nak jumpa.” Kedengaran suara Noni.

“Suruh dia masuk..”

Noni selaku setiausaha Zafran menjemput seorang lelaki separuh umur itu masuk ke bilik Encik Zafran. Lelaki itu ikut di belakangnya.

“Assalamuailikum..” kedengaran satu suara memberi salam. Pada masa yang sama Tuan Razman berasa tidak sedap hati. Manalah tahu kedatangannya itu tidak di undang oleh Zafran. Perlahan Zafran mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya bila dia melihat wajah papanya.

“Papa..”

“Maaf kalau kedatangan papa ini mengganggu Zaf..” ujar tuan Razman.

Zafran terus bangun dari tempat duduknya. Kemudian Zafran mengajak papanya Tuan Razman keluar makan. Ada banyak perkara yang mereka ingin bincangkan. Tanpa berlengah lagi, Zafran membawa papanya keluar dari bilik pejabatnya.

“Noni..”

Ya boss!!”

“Kalau ada orang cari I nanti cakap I dah keluar..” Zafran memberitahu kepada Noni.

“Jom kita bergerak sekarang..” Tuan Razman melemparkan senyumannya pada Noni. Noni hanya membalasnya.

Mereka duduk di sebuah restoran yang menjadi kegemaran Zafran. Mereka memilih tempat duduk yang agak terpencil dari orang lain. Dalam keadaan sekarang ada banyak perkara yang ingin mereka bincangkan.

Waktu tengah hari pula terjengul wajah abangnya. Tak lain tak bukan pasti mahu mengajaknya keluar makan. Namun dia sudah berjanji keluar makan bersama Maisarah. Lalu dia menyuruh abangnya mengajak Kak Norana keluar temankan abangnya makan.

Amri terus keluar dari bilik Alisha. Alisha juga sama keluar. Risau pula kalau Maisarah menunggunya lama.

MAKAN tengah hari Alisha keluar bersama dengan Maisarah. Mereka suka memilih tempat makan yang bersih dan juga sedap masakannya tetapi berbaloi rasanya. Mereka duduk di tempat biasa selepas mengambil makanan dan lauk kegemarannya. Pada saat itu dia terpandangkan seseorang. Mengecil anak matanya. Tidak mungkin dia? Tak mungkin dia tahu aku berada di sini? Arghh!! Perasaan aku saja mungkin!!

“Kak Isha ni kenapa? Sejak tadi Mai tengok lelaki itu asyik pandang ke sini je. Akak kenal ke siapa orang tu?” soal Maisarah apabila melihat Alisha seperti tidak selesa dengan pandangan seseorang di hujung meja itu.

“Tak ada apalah. Akak tak kenal pun lelaki tu. Mungkin dia tengok orang lain kot..” jawab Alisha. Pada hal dalam hati dia sudah tidak keruan. Bagai mahu pecah saja dadanya apabila melihat untuk keberapa kalinya lelaki itu adalah Zafran Haicarl. Tapi tak mungkin selepas bertahun-tahun lamanya dia cuba melupakan wajah itu. Dia bersama siapa? Entah dia malas mahu memikirkan semuanya itu.

Memang lelaki itu tersenyum ke arahnya tetapi apa alasan yang dia ada untuk menutup rasa gemuruhnya itu. Selepas makan, mereka hendak membayar bil makanan.

“Adik sini bayar bil..” Maisarah memanggil pelayan tersebut.

Pelayan itu datang mendekati mereka.

“Maaf ya bil puan berdua dah di bayar oleh encik tu tadi..” lalu pelayan itu menunjuk kearah lelaki yang telah membayar bil makanan mereka.

“Hah!!” kedua-dua mereka terkejut.

“Kalau macam tu terima kasih yer dik.. Ucapkan pada orang yang bayar tu..” balas Maisarah apabila menyedari kelakuan mereka di perhatikan oleh pelanggan yang di katakan oleh pelayan tadi. Pelayan itu hanya mengangguk. Alisha hanya membisu. Janganlah dia di pertemukan dengan lelaki itu selepas ini.

“Kan Mai dah cakap mesti lelaki tu syok kat akak. Tu yang dia asyik pandang kat sini je..” Maisarah seperti tidak puas hati terhadap sikap Alisha. Memang dia tidak hairan jika ada lelaki yang selalu memandang ke arah Alisha. Dia memang cantik dan bergaya walau pun dengan pakaian muslimah. Tetapi sampai ke hari ini wanita itu tetap dengan pendiriannya tidak mahu mendekati mana-mana lelaki kerana statusnya.

“Akak tak perasan ker lelaki tu handsome.. Tak kan akak tak minat?” Maisarah cuba memancing minat Alisha.

“Dia handsome ke tak handsome ke, bukan hal akaklah! Apa yang penting, akak dah ada someone special iaitu anak akak tu si Akif.” jawab Alisha selamba. Geramnya Maisarah. Ingatkan dia dapat mengenakan Alisha, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Mereka berdua melangkah laju menuju ke pejabat. Takut waktu asar terbabas pula. Walau pun mereka kenyang namun kewajipan itu tidak pernah mereka lupakan.

Dari jauh Zafran Haicarl hanya mampu melihat kelibat wanita itu. Memang itu Alisha dan dia rasa firasatnya tidak pernah silap. Cuma sekarang dia harus menjejaki di mana tempat tinggal wanita itu.

DALAM pejabat Alisha tidak dapat menumpukan penuh perhatian terhadap kerjanya. Dia masih teringat dengan wajah lelaki yang berada di restoran itu itu. Tidak mungkin itu Zafran Haicarl. Tetapi matanya belum buta lagi dan dia masih mengingati wajah itu dengan jelas. Lagi pun baru semalam dia berjumpa dengannya secara tidak sengaja.

“Helloo..” lambaian tangan Maisarah di depannya mematikan khayalannya.

“Masih teringatkan lelaki kat restoran tadi ker? Kuat betul aura dia?” usik Maisarah. Alisha tersenyum sumbing. ‘Kalaulah Mai tahu siapa dia?’ getus hatinya.

“Kau nikan ada-ada jer.. Malas nak layan tau!” ujar Alisha cuba berselindung di balik wajahnya.

“OI.. Akak ingat Mai tak tahu ker yang akak tu teringat dekat lelaki kat restoran tu. Dia memang kacak. Bergaya dan memang sesuailah dengan akak tu..” terpacul puji-pujian Maisarah terhadap lelaki yang di lihatnya di restoran tadi.

“Amboi cik Mai.. Mulut tu sedap sikit bahasa yer.. Apa pun akak ni still isteri orang! Walau pun akak lama tak jumpa my husband..

“Opppss!! Lupa pula dengan title akak tu.. Jadi akak dah jumpa husband akak?” soal Maisarah lagi. Entah mengapa perasaan ingin tahu sangat kuat. Alisha menggeleng lemah. Dia tidak tahu nak jawab macam mana.

“Buat masa sekarang akak tak ada keberanian nak jumpa dia. Lagi pun mungkin dia sekarang tengah bahagia dengan bini baru dia. Buat apa nak kacau rumah tangga orang..” jawab Alisha sambil memandang wajah Maisarah yang ada di depannya. Geram juga dia di buatnya. Tapi kemudiannya dia berasa sakit hati bila mengenangkan Zafran dengan perempuan lain. Bukan sekali dia ternampak Zafran dengan perempuan lain. Dia jadi takut untuk bersemuka dengan Zafran semula.

“Hello Puan Alisha but you still wife number one kan?” balas Maisarah lagi.

“Hmmm. Entahlah.. Dahlah malas nak layan kau nanti satu kerja akak pun tak siap..” Alisha bangun dan menolak tubuh Maisarah.

“Amboi menghalau nampak..” ujar Maisarah tidak puas hati.

“Taklah terima kasih..” ujar Alisha sambil tersenyum. Keramahannya itu membuatkan dia di senangi oleh semua pekerja yang berada di pejabat itu. Maisarah terus sahaja keluar dari bilik Alisha.