PAGI-pagi
lagi, Mak Teh sudah sampai. Kiranya awal juga Pak Teh menghantar isterinya.
Mungkin disebab hari ini dia ada kerja. Humaira menyambut kedatangan mereka
dengan senyuman. Dia tidak mahu Mak Teh terlalu sedih melihat keadaan Zeti itu.
Selepas balik dari hospital, Humaira
singgah di taman tempat dia selalu bersenam. Semenjak kemalangan yang menimpa
Tengku Elman hari itu, baru kali ini dia berkesempatan untuk membuat
aktivitinya itu. Nasib baik dia memang membawa pakaian sukannya di dalam
kereta. Lalu dia mengambil pakaian sukan yang di letakkan di dalam bonet
kereta. Hari ini dia mahu mengeluarkan peluh.
Dalam minggu ini dia memang tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Awal pagi ini Tengku Elman bangun
seperti biasa. Dia mahu bersenam kali ini. Sudah lama dia tidak bersenam. Sejak
kemalangan yang menimpa dirinya dulu, kali ini dia merasakan kakinya sudah
benar-benar pulih. Lagipun dia merasakan badannya seperti tidak enak kerana
terlalu di manjakan.
Setiba dia di tasik itu dia duduk sekejap
di sebuah kerusi di mana dia dengan Humaira bergaduh hari itu. Teringat kembali
masa itu dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba matanya memandang tubuh seseorang.
Dia seakan-akan kenal dengan wajah itu. Tanpa sedar dia menguntum senyum. Terus
saja dia bangun untuk mengejar si gadis itu.
“Hai..” sapa Tengku Elman sambil
menghampiri gadis itu.
‘Hish siapa pulak yang tegur aku ni?
Takkan dia kot? Aku baru teringat je bila nampak kerusi itu tadi.’gumam Humaira
dalam hati. Namun dia teruskan larian dengan nafas yang masih termengah-mengah!
Melihat tiada tindak balas dari si gadis itu, Tengku Elman Qaufar memberi
salam. Kali ini suaranya sudah jelas di pendengaran Humaira!
“Tengku!!!” ujar Humaira separuh
menjerit! Dia tidak menyangka orang itu benar-benar berada di depannya.
“Ya saya.. Kenapa? Terkejut? Atau awak
tengah teringat dekat saya?” usik Tengku Elman. Wajah Humaira merah. ‘Hish dia
ni macam tau-tau je kita teringatkan dia!!’
“Taklah.Tengku jangan nak perasan
lebih!! Ira mana ada masa nak teringatkan orang macam Tengku ni. Rasanya Ira
pun tak teringin! Lebih baik Ira memikirkan orang lain.” jawab Humaira dengan
angkuh. Malulah dia kalau Tengku Elman tahu yang dia baru memikirkan lelaki itu
tadi!
Tengku Elman Qaufar tersenyum
mendengar jawapan dari mulut Humaira. Gadis ini memang susah mahu di usik.
“Kalau macam tu, kita tukar topic..”
“Tukar topic apa pulak?”
“Macam mana dengan Zeti? Dia dah sedar
ke belum?” Humaira terkejut mendengar soalan dari mulut Tengku Elman. Humaira
memberhentikan lariannya. Dia membuat senaman ringan. Tengku Elman pun turut
sama. Mengikut apa yang Humaira buat.
“Setakat ini belum lagi. Entahlah bila
dia akan sedar. Ira berharap sangat dia dapat sembuh dengan cepat! Apa pun
terima kasih dengan duit yang Tengku bagi tu. Nanti kalau ada rezeki saya akan
bayar duit Tengku tu..”
“Saya tak minta pun duit itu diganti.
Cuma saya minta Ira jangan menjauhkan diri dari saya. Itu saja permintaan saya”
jawab Tengku Elman dengan cepat. Dia tidak faham mengapa gadis itu suka
menimbulkan isu duit yang dia berikan tempoh hari!
“Kenapa? Kenapa saya tidak boleh
menjauhkan diri dari Tengku? Sebab wajah saya yang serupa dengan wajah isteri
Tengku. Begitu?” soal Humaira bertubi-tubi.
“Bagi saya masa.. Namun perkara ini
memang saya tak dapat jelaskan sekarang. Ira tahu tak, ada banyak persamaan
antara Huamira dengan Ariana saya tu. Dan setiap kali saya teringatkan Ira,
pasti Ira berdekatan dengan saya. Contohnya seperti sekarang.” Tengku Elman
memberi penjelasan. Dia tidak mahu Humaira berterus terusan menuduhnya yang
bukan-bukan.
“Itu andaian Tengku saja. Tak ada
kaitan dengan Ira.. Tolonglah.. Tengku jangan nak buat hal. Tengku tu bakal nak
bertunang dengan Cik Isabella. Saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan
Tengku itu..” Humaira menjelaskan perkara yang terlintas di kepalanya. Kalau
dia tidak memberi alasan yang baik, Tengku itu tetap akan mengacau hidupnya.
“Saya tak peduli hal itu. Ianya tiada
kaitan dengan hubungan kita ni! Lagipun pertunangan itu bukan kehendak saya.
Tapi itu aturan mama saya dengan keluarga Isabella. Saya dah katakan yang saya
tak nak. Tapi mereka berkeras juga. Biarlah!!” Tengku Elman pula memberi
penjelasan yang sebenarnya. Dia tidak mahu gadis itu terus menyalahi dirinya.
Memang tidak adil bagi dirinya jika gadis itu tetap bersikap tidak endahkan
dirinya.
“Tengku nak Ira cakap bahasa apa
supaya Tengku faham keadaan Ira? Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Perancis,
Bahasa Benggala?” soal Humaira dengan geram. Dia pun sudah mati akal dengan
perangai Tengku Elman itu.
“Kalau betul Ira boleh cakap semua
bahasa itu, saya janji saya tak akan ganggu Ira lagi!” dengan beraninya Tengku
Elman mencabar Humaira. Humaira menggigit bibirnya!
‘Erkk!! Aku mana tahu cakap semua bahasa tu.
Itulah mulut dia juga yang gatal cakap macam tu, sekarang Tengku tu betul-betul
nak dengar aku cakap semua bahasa itu pulak! Geramnya!!!’
“Saya mana reti cakap semua bahasa
tu!! Tunggulah lepas saya tahu macam mana nak cakap, saya akan cakap depan
Tengku!”
Tengku Elman ketawa kuat. Suaranya yang
kuat ketawa itu menarik perhatian pengunjung di situ. Humaira perasan mata
pemngunjung tertumpu pada mereka berdua.
“Tengku sudahlah.. Jangan ketawa kuat.
Tak malu ke semua orang tengok kearah kita..” Huamira menegur sikap Tengku yang
ketawa dengan kuat itu. Namun begitu tak henti-henti juga Tengku Elman ketawa.
Humaira pun tak tahu apalah yang lucu sangat dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Lain kali kalau tak tau nak cakap
semua bahasa tu jangan ugut-ugut saya tau tak! Tapi kalau betullah Ira pandai
cakap dalam semua bahasa tu, memang saya tak akan kacau hidup Ira lagi..”
Tengku Elman memberi jaminan. Pada mulanya tadi pun dia risau juga kalau-kalau
Huamira boleh bercakap dalam semua bahasa itu walaupun sepatah dua. Manalah
tahu kebolehan seseorang. Tapi akhirnya dia lega bila Humaira memberitahu yang
dia tidak tahu cakap dalam semua bahasa itu dia ketawa pula.
Humaira menjeling tajam ke arah Tengku
Elman di sisinya. Jam di tangannya di selak. Sepatutnya dia pulang kerumah
sekarang. Mahu berkemas lagi. Dia takut petang nanti dia terlambat pergi ke
hospital. Rasa peluh pun sudah melekit di badannya. Memang dia rasa tak selesa
sekarang ini. Kemudian dia terus meninggalkan Tengku Elman yang terkial-kial di
situ.
“Humaira..” panggil Tengku Elman. Baru
dia tersedar yang Humaira sudah meninggalkan dia di situ. Dengan cepat dia
melajukankan lariannya agar dapat mengejar Humaira.
“Berhentilah!!!” ujarnya sambil
menarik tangan Humaira. Sikit lagi Humaira mahu hilang pertimbangan.
“Tengku nak apa lagi?” soalnya geram.
Lelaki ini tidak pernah mahu mengalah. Asyik mendesak dan terus mendesak.
“Awak nak pergi mana?” soal Tengku
Elman dengan tercungap-cungap. Penat dia berlari mengejar Humaira tadi pun
belum hilang.
“Saya nak balik rumah. Saya nak
berehat. Petang nanti saya nak pergi hospital jaga Zeti lagi. Kenapa?” Humaira
bertanya.
“Tak ada apa-apa. Kalau macam tu saya
tak nak ganggu hari minggu awak. Maaflah kalau saya asyik menyusahkan awak!”
ujar Tengku Elman Qaufar dengan lembut. Entah mengapa dengan gadis ini dia
cepat benar beralah dan lembut hati.
Humaira terus melangkah pergi. Malas
dia mahu lama-lama berdepan dengan Tengku itu. Nanti ada saja permintaan yang
tak masuk akal di suruhnya buat.
“Hati-hati jalan tu!” jerit Tengku
Elman. Humaira menoleh.
“Terima kasih. Tengku juga sama..”
balas Humaira lagi. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya seperti dia
sudah lama mengenali lelaki itu pada hal dia baru saja berkenalan dengan lelaki
yang bernama Tengku Elman Qaufar itu!
PETANG
Ahad begini, Tengku Elman Qaufar berasa bosan pula tinggal di rumah. Dia mahu
keluar tapi nak jumpa siapa? Kawan-kawannya ramai yang tidak tahu dia sudah
pulang ke tanah air. Mana tidaknya belum sempat dia mahu berehat, tugas di
syarikat itu sudah sedia menunggu. Memang Tengku Suraya menyuruhnya berehat
dahulu, tapi dia sendiri yang mahu terus masuk kerja kerana dia sudah
mengabaikan syarikat itu selama lima tahun. Nasib baik keluarga mereka
mempunyai seorang pembantu yang ikhlas dan baik sanggup menolong mereka
mentadbir syarikat itu. Dan pada hari ini tugas itu di serahkan kepadanya.
Lama dia berfikir, lalu dia menukar
pakaiannya. Dia mahu keluar jalan-jalan. Seorang diri pun tak apa! Apa yang
penting tempat yang di tuju itu memang mempunyai kenangan yang indah bersama
Ariana suatu masa dulu. Sebab itu dia lebih selesa berjalan seorang diri.
Ketika Tengku Elman Qaufar berada di
tingkat bawah KLCC, tiba-tiba bahunya terlanggar bahu seseorang. Kedua-dua
terkejut!
“Sorry..”
kedua-dua mereka berkata serentak. Seraya itu mata mereka bertentangan.
“Elman!!”
“Amir!!”
“How are you bro? Oh my, It really you!
Lama tak jumpa kau..” Amir memeluk erat tubuh Tengku Elman beberapa saat.
Bersinar-sinar matanya merenung lelaki yang segak dan bergaya dari atas ke
bawah.
“Makin handsome, makin meningkatlah saham kaukan? Walaupun duda. Tapi
bukan sebarang duda!!” Amir mengusik.
Tengku Elman Qaufar tersenyum sumbing.
Kembang hatinya kerana Amir masih melayannya dengan baik walaupun lima tahun
dia menyepikan diri. Ada banyak perkara yang mereka ingin bualkan. Lima tahun
tidak berjumpa memang, pelbagai cerita yang ingin di kongsi bersama.
“Biasa je beb, Kau pun apa kurangnya.
Kau lapang tak?”
“Lapang.. Kenapa?” soal Amir. Namun
dia gembira dapat berjumpa dengan Tengku Elman.
“Jom kita masuk ke sini. Banyak benda
aku nak sembang dengan kau ni.” Pelawa Tengku Elman dan senang hati Amir
menerima ajakannya. Mereka berdua terus masuk ke restoran berdekatan. Lagipun
itu sudah waktu tengah hari. Mereka mengambil pesanan.
“Bila kau balik sini? Kau tak cari aku pun! Kalau tak terserempak
tadi, memang aku tak tau pun kau dah balik!” soal Amir lagi. Memang dia tidak
menyangka akan bertemu dengan Tengku Elman Qaufar setelah lima tahun mereka
terpisah. Tengku Elman pergi keluar negara selepas apa yang terjadi dalam
hidupnya. Memang dia sebagai seorang kawan pun turut bersedih dengan peristiwa
yang menimpa kawannya itu.
“Sorrylah
beb, aku tak contact kau awal-awal
sebab aku busy sangat.” Amir
tersenyum dan mengangguk kepalanya. Tidak payah Tengku Elman beritahu pun, dia
sudah sedia maklum. Dan dia gembira sebenarnya kerana Tengku Elman masih
melayannya seperti dulu!
“Kau jangan risau. Aku fahamlah, nama
besar macam kau ni mestilah sibuk. Siapa tak kenal dengan Tengku Elman Qaufar
pemilik syarikat tersohor di Malaysia..” usik Amir lagi.
“Kau apa kurangnya. Aku gembira sangat
dapat jumpa dengan kau..”
“Ni pun nasib terserempak kat sini.
Kalau tak alamatnya memang kita tak jumpalah walau pun KL ni kecil je!” Sambil
berkata, Amir menunjukkan dengan dua jari yang di padatkan. Kedua-dua mereka
ketawa.
“Kau kerja apa sekarang? Dengar khabar
kau jadi pegawai polis betul ke?” soal Tengku Elman lagi. Dia bangga dengan
kawannya jika benarlah kawannya itu menjadi seorang pegawai polis. Dan dia
tidak hairan jika kawannya itu memilih bidang itu kerana ayahnya juga seorang
pegawai polis juga!
“Nampaknya begitulah. Bukan macam kau,
dapat belajar ke luar negeri. Jawatan memang sedia bagus punya sedang
menunggu.” jawab Amir dengan gelaknya.
“Itu pun kerja juga namanya. Kalau kau
nak aku offer kerja kat syarikat aku
tu nak?” secara terang-terangan Tengku Elman mengajak sahabatnya itu bekerja
dengannya.
“Hish tak naklah. Itu bukan bidang
aku. Lagi pun cita-cita aku dari kecil memang nak jadi pegawai polis macam ayah
aku tu!” jawab Amir dengan jujur. Dia tidak pandai dalam berurusan urus niaga.
Dia lebih minat kepada penyiasatan. Padanya kerja itu lebih mencabarnya. Berdepan
dengan penjenayah adalah perkara yang paling sukar tetapi dia suka dengan
cabaran yang di harunginya.
“Jadi kau kerja kat balai mana?
Manalah tau kot-kot aku ada masalah nanti aku boleh terus cari Inspektor Amir!”
Amir tersenyum mendengar usikan Tengku Elman. Tetapi memang benar pun. Hidup di
Kuala Lumpur ini sangat bahaya. Bahaya datang bila-bila masa sahaja. Begitu
juga dengan jenayah!
“Aku kerja kat Bukit Aman. Nama je
Bukit Aman tapi tak pernah aman dengan kes jenayah walau pun seminit.” ujar
Amir dengan tawanya. Tengku Elman juga ketawa. Bunyi tawa mereka berdua menarik
perhatian pengunjung di restoran itu.
“Biasalah.. Siapa yang tak tahu ibu
pejabat polis bukit Aman. Memang tak akan aman dengan kes jenayah!” sambung
Tengku Elman pula. Dia pasti sahabatnya itu sibuk dengan alam pekerjaannya.
Namun dia lihat sahabatnya itu gembira dengan pekerjaannya.
“Kau ni belajar di luar negeri berapa
tahun?”
“Lima tahunlah. Tapi bukan belajar
sepenuh masa tu. Aku pergi melancong sekali. Nak lapangkan fikiran.”
“Eh!! Kau ni pergi kat luar negeri,
tak kan tak jumpa dengan gadis bermata biru, berambut perang ke?” usik Amir
lagi. Dia kalau bab mengusik ni serahkan saja pada dia. Tengku Elman tersenyum.
‘Kalaulah semudah itu?’
“Manalah aku ada masa dengan semua tu.
Lagipun aku tak dapat nak lupakan dia. Dia yang terindah bagiku..” sayu sekali
kedengaran suara Tengku Elman. Memang berduyun-duyun perempuan yang
menghampirinya pun tidak menggoyahkan perasaannya pada isteri tercintanya.
Walaupun dia sedar wanita yang di kasihinya itu sudah ‘pergi’ lama dalam
hidupnya.
“Sorrylah.. Aku saja je nak usik
kau..” ujar Amir dengan rasa bersalah. Apalah?? Nak usik kawan pun agak-agaklah
marahnya pada diri sendiri.
Tiba-tiba Amir rasa bersalah pula
kerana niatnya hanya mahu mengusik Tengku Elman. Tetapi dia tersalah cakap pula
kali ini. Dia sedar, Tengku Elman memang susah mahu melupakan peristiwa yang
berlaku dan meragut nyawa orang yang di sayangi. Kalau dia pun mungkin akan
menjadi seperti Tengku Elman. Sebab itu dia pun susah mahu dekat dengan
perempuan.. Mungkin dia takut menjadi seperti Tengku Elman.
“Tak ada apalah. Cuma aku tak tau nak
buat macam mana nak lupakan peristiwa itu. Ianya masih segar dalam ingatanku.
Walau pun sudah lima tahun perkara itu berlaku, aku macam tak percaya yang
ianya memang berlaku. Gila aku ni kan?” terdengar keluhan di bibir Tengku Elman
Qaufar.
“Kau kena kuat. Memang susah nak
terima kenyataan ini tapi perkara itu sudah berlaku. Apa pun kau mesti lawan
rasa di hati tu. Jangan di turutkan sangat perasaan sedih kau tu!” Amir memberi
nasihat. Memang itulah nasib.
“Sebenarnya aku nak minta tolong kat
kau ni” kedengaran Tengku Elman melepaskan keluhannya. Dia menegakkan badannya
pada kerusi itu.
“Nak minta tolong apa? Kau cakap
jelah. Manalah tau aku boleh tolong kau..”
“Biasanya kalau kes kemalangan yang
berlaku masih di simpan tak rekodnya?” soal Tengku Elman Qaufar tiba-tiba.
Entah kenapa pula terlintas di hatinya mahu kawannya itu membongkar kes yang
sudah berlaku lima tahun dahulu.
“Maksud kau?” Amir hairan.
“Begini, sekarang ni aku keliru antara
perasaan hati dan kenyataan. Kemalangan yang menimpa Ariana itu mungkin angkara
khianat. Aku pun tak tahulah. Tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku tak
tenang. Mungkin perasaan aku saja kot. Tapi..”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Sebenarnya hari pertama aku menjejak
kaki ke Malaysia, aku terjumpa dengan seorang gadis. Wajahnya mirip Ariana.
Tapi malangnya dia langsung tak kenal aku!”
“Pelik! Mungkin dia bukan Ariana.
Mungkin orang yang sama rupa...”
“Sebab itulah yang membingungkan aku.
Namanya juga sama. Cuma yalah perwatakannya saja berlainan sedikit. Aku rasa
kalau kau jumpa dia mesti kau terkejut punya.” Tengku Elman melepaskan nafas
dan bersandar pada kerusi. Air minumannya di hirup. Memang dia berharap sesuatu
tak yang mungkin berlaku!
“Aku faham perasaan kau. Beginilah aku
akan cuba cari rekod tu. Kalau dah di hapuskan aku tak dapat nak menolong.
Sebab biasanya rekod yang disimpan selama lima tahun dan kesnya di kira selesai
akan di hapuskan..” Amir memberi kata putus kepada Tengku Elman.
“Terima kasih..” ucap Tengku Elman.
Dia berharap suatu hari nanti dia akan menemui kebenaran. Dan dia berharap
firasatnya selama ini kepada gadis itu adalah benar.
NAK LAGI
ReplyDeleteI do think humaira is ariana yg mereka cari.... Do continue.....
ReplyDelete