Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 17 November 2014

Kau Rantai Hatiku 56


BAB 56

TENGKU Elman membawa Humaira pergi ke kondo mereka. Dia sana dia akan melepaskan segala rindu dendamnya untuk beberapa hari ini pada Humaira. Belum sempat Humaira melabuhkan duduk di atas sofa, Humaira rasa tubuhnya di tarik lembut. Sekali lagi dia tenggelam di dada suaminya. Dia tersenyum bahagia. Betapa rindunya dia dengan pelukan sebegitu. Namun dia tidak boleh menunjukkan sangat.Sekarang ni dia masih dalam mood merajuk.

 “Abang rindu sangat kat sayang..”

Really??” sepatah sahaja Humaira menyoal. Tengku Elman mengangguk. Dia tahu mungkin  Humaira berfikir yang bukan-bukan pasal dirinya. Namun dia berharap Humaira akan setia di sisinya walau apa pun yang berlaku. Tak dapat di ungkapkan bagaimana perasaannya dalam beberapa hari tanpa bertemu atau mendengar suara Humaira. Namun semua itu dia tempohi demi kasih sayangnya pada Humaira.

“Sayang, don’t you know that I miss you so much? Abang harap sangat sayang rindukan abang juga..” bisikan itu membuatkan Humaira sebak. Ingatkan tadi dia mampu menahan perasaannya. Dia juga membalas pelukan suaminya erat-erat.

“Abang tak payah tanya kalau abang memang sudah tahu jawapannya..” balas Humaira lagi.

I love you sayang..”

Bisikan keramat itu benar-benar membuatkan Humaira mengingati betapa romantiknya lelaki itu padanya suatu masa dulu.

I love you too, suamiku sayang..” dia membalas dengan senyuman.

Tengku Elman juga tersenyum gembira. Hilang rasa resah di hati. Hilang rasa rindu bila Humaira sudah berada dalam pelukannya. Entah sampai bilakah dia dan Humaira hidup dalam keadan seperti ini? Dia rasa amat terseksa namun dia tetap bersabar kerana dia percaya suatu hari nanti pasti ada jalan keluar dari masalah ini.

“Sayang tahu tak betapa seksanya hidup abang dalam beberapa hari ini?” soal Tengku Elman. Dia memandang tepat ke arah anak mata Humaira. Dia tidak pernah puas unutk menatap sepasang anak mata yang cantik milik Humaira itu. Dari dulu sehinggakan sekarang. Kadang-kadang dia terpaksa menahan perasaan apabila mata-mata lelaki lain memandang minat terhadap Humaira.

 Humaira menggeleng kepalanya. ‘Abang pasti juga tidak tahu betapa rindunya Ira pada abang!’ bisik hati Humaira lagi.

“Abang betul-betul minta maaf pada sayang..”

“Macam mana dengan Bella?” soal Humaira lagi. Sekali pun hatinya pedih, tetapi dia bukanlah insan yang kejam. Dia faham perasaan cinta Bella kepada Tengku Elman. Namun Tengku Elman tetap memilih dirinya.. Dia rasa sangat bertuah.

“Itulah yang abang nak jelaskan.. Abang nak sayang faham dengan keadaan abang buat masa sekarang. Abang pun tak suka dengan situasi abang sekarang..”

Humaira tersenyum. Nampak sangat Tengku Elman berserabut dengan masalahnya. Dia percaya pasti ada jalan keluar dari masalah ini.

“Tak pelah bang.. Abang cakap je terus terang dengan Ira.. Ira akan cuba faham dengan masalah abang.” Sekali lagi Tengku Elman menarik tubuh Humaira ke dalam dakapannya. Dia betul-betul tidak percaya dalam keadaan dia sekarang ini, Humaira masih mampu berfikir secara terbuka.

Tengku Elman menarik Humaira duduk di sofa. Satu persatu perkara di ceritakannya. Dia tidak mahu Humaira berasa sangsi terhadap dirinya.

Hari ini, Tengku Elman dan Humaira menghabiskan masa bersama. Berulang kali juga Tengku Elman menceritakan kenangan manis dalam hidup mereka. Dia mahu Humaira mengingati semula. Biar pun lambat tapi dia yakin Humaira akan ingat semula jika dia rajin menceritakan perkara-perkara yang paling manis dalam hidup mereka.

Terasa terubat rindu yang ditanggung beberapa hari ini terhadap Humaira. Hatinya tenang bila melihat wajah Humaira yang gembira bersama dengannya. Kalau boleh dia memang mahu hidup begini dengan Humaira namun selagi masalah itu belum selesai, dia tidak akan dapat hidup bersama dengan Humaira.

DI SYARIKAT Global, Isabella berasa tidak senang hati. Tengku Elman masih belum nampak bayangnya. Sementara itu, dia juga mendapat tahu yang Humaira juga tidak masuk kerja. Takkan mereka berdua ada pergi kemana-mana tanpa memberitahu dia. Tapi betulkah itu satu kebetulan atau mereka berdua bersama di mana-mana. Sakit hatinya bila mengenangkan kemesraan Tengku Elman dengan Humaira.

Tadi dia bertanya pada Encik Johan, namun lelaki itu juga menyatakan dia tidak tahu kemana Tengku Elman pergi. Cuma katanya Tengku Elman menelefon yang dia tidak masuk pejabat hari ini. Isabella bertambah risau. Kemana Tengku Elman pergi? Telefon bimbitnya juga di tutup. Takkan dia pergi berjumpa dengan perempuan itu. lagipun Humaira tidak masuk kerja hari ini! Hish!! Tak mungkinlah.. Mungkin dia pergi ke tempat lain.. Isabella cuba menenangkan hatinya.

Malam sudah menginjak pukul lapan malam. Selepas makan malam, Tengku Elman akan menghantar Humaira pulang ke rumah Pak Teh. Lagi pun esok mereka akan masuk kerja.

Sesampai sahaja Tengku Elman di hadapan rumahnya, dia ternampak kereta Isabella sedang terparkir di depan rumahnya. Dia pasti Bella akan melaporkan ketiadaannya di pejabat kepada Tengku Suraya. Kali ini dia harus bersedia berdepan dengan soalan-soalan yang bakal di tujukan kepadanya nanti.

Sebaik sahaja Tengku Elman membuka pintu utama, Kelihatan Isabella sedang bersembang dengan ibunya Tengku Suraya.

“Dah sampai pun! El dari mana?”

“El ambik cuti ma..”

“Patutlah EL tak masuk pejabat..” jawab Tengku Suraya. Dia dapat melihat wajah anaknya itu keletihan. Namun Tengku Suraya sengaja memberi ruang kepada Tengku Elman dan Isabella.

“Kamu bersembanglah.. Saya nak naik atas dulu..”

“Selamat malam ma..” ujar Tengku Elman.

“Sayang you pergi mana? Puas I call you tau! You pulak tutup handphone!” sampuk Isabella lagi. perasaan tidak sabarnya membuatkan dia terus bertanyakan soalan seperti itu.

I pergi jalan-jalan. I nak tenangkan fikiran..”

“Nak tenangkan fikiran? Apa masalah you ni?” tiba-tiba Isabella naik berang.

Tengku Elman memandang wajah Isabella. Geram juga dia dengan perangai Isabella yang tidak pernah memahami dirinya.

“Sekarang ni I dah penat..”

I tak peduli!! I nak tahu you pergi mana hari ini? Kenapa you tutup handphone?”

“Itu bukan urusan you..”

“Masalahnya kita tidak banyak masa untuk persiapan hari perkahwinan kita. Kak Abby pun dah bising. You selalu tak datang bila nak cuba pakaian..”

I penat layan karenah you ni! Macam budak-budak. You tak faham bahasa ke.. Sampai masanya nanti I sendiri pergi ke butik. Tak payah you bising-bising dengan I.. Dahlah sekarang ni otak I tengah serabut dengan masalah yang sedia ada.”

“Masalah apa?”

“Masalah pasal youlah.. Tak habis-habis nak curiga..”

I am sorry sayang. I tak bermaksud nak buatkan you marah. Tapi I betul-betul sayangkan you. I tak nak kehilangan you. You dah janji akan teruskan pernikahan kitakan?” soal  Bella mahukan kepastian. Menjadi juga tricknya malam itu. Dalam diam dia tersenyum riang.

“Kalau macam tu I nak balik sekarang.. Lega rasanya..”

“Baliklah… I pun dah penat.”

Tengku Elman mengiringi Isabella sampai ke kereta. Sebaik sahaja kelibat Isabella tidak kelihatan, dia terus masuk ke dalam rumah. Penatnya dia hari ini. Namun dia tersenyum gembira. Hari ini dia menghabiskan masanya bersama Humaira. Alangkah bahagianya jika setiap hari Humaira berada di sisinya.

Tengku Elman terus menuju ke ruang kamar. Dia mahu membersihkan dirinya. Selesai semuanya nanti barulah dia akan menelefon Humaira.

ISABELLA sudah sampai ke rumah. Kelihatan mummynya sedang menunggu kepulangannya di ruang tamu. Dia memang sudah mengangak yang mummynya akan menunggunya. Mungkin mummynya risau kejadian malam itu akan berulang lagi.

Bella you okey ke?” soal Datin Melinda sebaik sahaja nampak kelibat anak gadisnya itu

Bella okey mummy.. Mummy tak payah risau!”

“Macam mana mummy tak risau. Bella tu selalu buat mummy risau..”

Humaira baring di atas tilamnya. Hari ini dia benar-benar rasa gembira. Gembira apabila Tengku Elman sanggup menghabiskan masa bersamanya. Hilang segala resah dan rindunya pada suami tersayang.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Siapa lagi nama yang tertera selain nama TEQ. Singkatan nama Tengku Elman Qaufar suaminya. Jarinya terus menekan butang hijau.

“Assallamuailikum sayang..”

“Waalaikumsallam suamiku sayang..” jawab Humaira sambil tersenyum.

“Sayang dah nak tidur ke?” soal Tengku Elman.

“Baru baring-baring.. Mata pun belum mengantuk lagi.”

“Sayang tak rindu abang kat sini ke?” usik Tengku Elman.

“Tak.”

“Tak?? Abang mati-mati rindu kat dia tau..”

“Dia? Siapa dia?” kini giliran Humaira lagi bertanya. Perkataan dia itu membuatkan dia tersedar seketika.

“Dia tu, sayanglah..” jawab Tengku Elman bila menyedari pertanyaan Humaira itu berbau cemburu. kemudian dia tergelak sendiri.. itulah ayat yang tidak semperna kadang-kadangnya akan membuatkan seseorang itu salah faham!

“Oh ingatkan abang maksudkan Isabella..”

“Macam bunyi orang cemburu je?”

“Buat penat je Ira nak cemburu. Abang bukan kisah pun!”

“Siapa cakap abang tak kisah? Abang susah hati tau kalau sayang fikir yang bukan-bukan. Lagi pun sayang kena jaga kesihatan..” bebel Tengku Elman. Humaira faham benar bila encik suami mula membebel.

“OKlah Ira nak tidur. Selamat malam..” terus di tekannya butang merah. Tengku Elman pula yang terkejut dengan perbuatan Humaira. Dia belum habis bercakap lagi. Adui!!! Mesti Humaira merajuk lagi.. Di dailnya lagi nombor telefon bimbit Humaira. Namun panggilannya tidak di jawab.