Dalam
pejabat yang agak besar itu Mira masuk sambil matanya gatal memandang
persekitaran. Hatinya tertanya-tanya kenapa ketua Pengarah ingin berjumpa
dengannya. Bak kata Kak Rosnah, bukan calang-calang orang yang panggil masuk
untuk berjumpa dengan ketua pengarah syarikat itu. Tapi siapa pula yang menjadi
ketua pengarah syarikat itu?
Kerusi
yang diduduki oleh seseorang itu dipusing oleh si duduknya. Wajah itu tersenyum
mesra kearah Mira. Buat seketika Mira agak terkejut juga. Dia tidak menyangka
orang di hadapannya kini ialah bapa mertuanya. Dia sebenarnya belum begitu
mengenali keluarga di sebelah suaminya kerana selepas majlis akad nikah itu dia
mengikut suaminya tinggal di rumah berasingan dari keluarganya.
“Duduk
Mira.. papa ada perkara nak bincang dengan Mira” Terkejut Mira apabila
mendengar Dato itu membahasakan dirinya papa!
“Terima
kasih Dato..”
“Jangan
panggil Dato.. panggil papa lagi mesra” Dato Ismail tersenyum lagi bila Mira
memanggil gelarannya. Bukannya papa!!
“Tapi..”
“Tak
ada tapi..tapi.. Mulai sekarang, Mira kena panggil saya papa..”
Mira
terkedu. Baik betul bapa mertuanya ini. Namun dia dapat merasakan ibu mertuanya
tidak sebaik ini. Sebab di hari pernikahan mereka, dia sempat di ejek dan di
sindir oleh ibu mertuanya.
“Mira..
tujuan papa panggil Mira kemari ialah
untuk memberitahu, yang papa nak hadiahkan sebuah pakej bulan madu.. Lagi pun
papa belum berikan hadiah perkahwinan kamu dengan Iqbal. Kamu pilihlah tempat
kamu nak pergi berbulan madu.”
“Tapi
da.. pa.. Mira baru je keja.. Nanti apa pula kata pekerja lain?” soal Mira. Itu
hanyalah alasannya saja. Kalau boleh dia tidak mahu kemana-mana dengan suaminya
itu.
“Jangan
dengar cakap dia orang. Mirakan menantu papa. Walau pun sekarang mereka tidak
tahu Mira menantu papa tapi suatu hari nanti mereka harus tahu juga. Jadi papa
boleh tentukan apa yang terbaik buat kamu berdua” terkedu seketika Mira. Tak
sangka bapa mertuanya ini terlalu baik hati. Tidak sampai hatinya ingin menolak
pelawaan baik dari bapa mertuanya.
“Nantilah
Mira bincang dengan Iqbal..”
“Tak
payah bincang.. Papa nak kamu berdua ambil cuti dan pergi bulan madu..” ada
nada tegas di hujung suaranya..
“Baik
pa.. tapi bukan buat masa sekarang. Apa pun Mira kena bincang dengan Iqbal
dulu.”
“Baiklah..
Kamu bincang elok-elok dulu.”
Dengan
perlahan Mira mengangguk sahaja. Nak pergi bercuti kat mana? Dia manalah tahu
tempat yang menarik.. Aduh masalah ni.. Sebenarnya dia takut untuk berdua-duaan
dengan Iqbal Iskandar. Tapi bapa mertuanya seakan-akan mengharapkan hubungan
yang baik antara mereka.
........................................................
Ketika
baru menyeberang jalan, Mira ternampak seorang lelaki tua yang terjatuh. Dia
segera mendapatkan lelaki tua itu. ‘Kasihan mengapa tiada anak atau cucu yang
menemankan dia. Dan sampai hati pula anak atau cucunya membiarkan dia berjalan
sorang-sorang.’ Bisik Mira dalam hati.
“Atuk
tak apa-apa?” tanya Mira.
Lelaki
tua tadi mengangkat mukanya. Memandang ke arah gadis yang menegurnya. Hairan
juga kerana ada juga orang yang mahu menegurnya.
“Atuk
tak apa-apa. Terima kasih kerana sudi menolong atuk. Anak siapa nama?” soal
Lelaki tua itu.
“Mira.
Ni atuk nak pergi mana ni?” tanya Mira lagi.
“Atuk
nak pergi ke pejabat tu..” sambil menunjukkan arah tempat yang di maksudkan.
“Saya
pun nak balik ke sana juga. Saya kerja kat situ. Apa kata saya temankan atuk ke
sana” ujarnya ramah. Bukan salah tolong orang. Terutamanya umur atuk itu
seperti sama dengan umur neneknya. Teringat pula dia pada nenek kesayangannya
itu.
“Baiklah
terima kasih..”
“Sama-sama.
Dah jadi tanggungjawab saya menolong orang yang susah.”
Mira
memimpin tangan lelaki tua itu. Nampak bersih saja penampilannya. Mungkin dia
bukan calang-calang orangnya. Tetapi atas urusan apa dia nak pergi ke pejabat
tempat dia bekerja itu? Arghh!! Buat apa menyemak fikiran dengan pertanyaan
yang tiada jawapannya..
“Atuk
sebenarnya nak jumpa siapa? Mana tau Mira boleh bawa atuk jumpa dia.”
“Atuk
nak jumpa Dato Ismail. Boleh ke?” soal lelaki tua itu tadi.
“Oh..
boleh-boleh.. Biar Mira bawa atuk jumpa dia.”
‘Buat
apa lelski tua itu nak jumpa Dato Ismail. Selama ini Iqbal tidak pernah cakap
pun dia punya seorang atuk. Atau dia tidak berkesempatan untuk memberitahu
kepada dirinya.’ Bisiknya dalam hati.
Sampai
di depan pintu pejabat milik Dato Ismail, Mira mengetuk pintu tersebut.
“Masuk..”
kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk. Mira menjempuk lelaki tua itu
masuk.
“Papa
ada orang nak jumpa!” ujar Mira. Walau pun janggal dia menyebut perkataan papa
namun dia harus membiasakan dirinya.
Kelihatan
lelaki tua itu terkejut. Dato Ismail mengangkat mukanya.
“Sejak
bila pula kau ada anak perempuan?” soalnya bila memandang Dato Ismail yang
tersenyum lebar.
“Maaflah
Pakcik.. Ini menantu Mail. Isterinya si Iqbal. Mira Syafika namanya. Mail tak
sempat nak bagitahu masa tu Pakcik masih kat oversea..” kelihatan Dato Ismail
bangun dari kerusi yang didudukinya menuju kearah ruang sofa yang terletak di
sudut tepi bilik itu.
“Bertuah
punya budak. Dah beristeri pun dia tak cakap” ujar lelaki tua itu. Mira hanya
menjadi pemerhati dan mendengar. Memang pun Iqbal Iskandar jenis yang sudah nak
di jangka perangainya. Rupa-rupanya bukan dia saja yang berpendapat demikian.
“Papa,
Mira keluar dulu ya. Dah nak masuk waktu kerja ni.. Atuk, minta maaflah Mira
tak kenal dengan atuk tadi” ujar Mira Syafika.
“Tak
apa. Terima kasih sebab tolong atuk tadi..”
“Sama-sama..”
jawab Mira.
Dia
segera keluar dari bilik Dato Ismail. Terus menuju ke departmetnya sendiri. Takut
terlewat nanti. Di tambahkan lagi kalau Iqbal mencarinya nanti.
“Cantik
dan baik betul budaknya. Pandai Iqbal pilih perempuan jadi isterinya” ujar
Encik Fuad.
“Entahlah
Pakcik. Budak-budak. Mail pun tak tau nak cakap macam mana. Yang sebenarnya mereka kahwin bukan di sebabkan
mereka dah lama bercinta. Tetapi sebab kena tangkap khalwat” selamba saja Dato
Ismail memberitahu.
“Apa??
Kena tangkap khalwat? Kenapa jadi macam ni?” bukan main terkejut lagi Encik
Fuad mendengarnya. Iqbal Iskandar ni memanglah! Kalau dia tengok gadis tu,
macam budak yang baik. Tapi apa yang di dengarnya kini, gadis itu terpaksa
berkahwin dengan Iqbal kerana di tangkap khalwat.
“Pakcik,
bukan tak tahu si Iqbal tu. Dia mesti dapat apa yang dia nak!” jawab Dato
Ismail.
“Apa
maksud Mail?” soal Encik Fuad ragu-ragu.
“Penahan
cinta pandang pertama. Sebab itu jadi begini” ujar Dato Ismail sambil ketawa.
“Budak
bertuah tu. Termasuk dengan budak Mira ni?” soal Encik Fuad pula.
Dato
Ismail mengangguk. Encik Fuad menggeleng. Tak sangka sungguh bila dia mendengar
kata Dato Ismail. Iqbal ni macam-macam perangainya.
“Pada
mulanya Mail memang tak percaya mendengar cerita dari mulut Iqbal. Tapi melihat
akan kesungguhannya, barulah Mail percaya. Yelah kahwin bukan perkara yang
boleh di bawa main.. Ibu bapa mana yang tak risau tentang masa depan anaknya.
Tapi Mail bersyukur sangat kalau Iqbal ada pendirian yang begitu.”
“Hei
macam-macam dunia sekarang” ujar encik Fuad bila mendengar cerita dari mulut
Dato Ismail. Apa pun dia memang berkenan dengan Mira yang merupakan gadis yang
baik hati, bersopan santun dan menghormati orang tua. Jika dibandingkan dengan
Rozie cucunya sendiri pun dia sokong untuk memilih Mira. Entah cucunya yang
seorang itu pun ikut perangai bapanya juga. Dalam diam dia berdoa semoga jodoh
mereka berpanjangan. Iqbal Iskandar memang tidak dapat di duga perangainya. Dia
seorang lelaki yang berani untuk mendapatkan kebahagiaannya. Bukan sepertinya
pada masa dia muda dulu.
“Termenung
jauh nampak. Pak cik ada apa-apa ke datang nak jumpa Mail ni?” soal Dato
Ismail. Dia sudah menganggap orang tua itu seperti ayahnya sendiri.
“Adalah..
semenjak akhir-akhir ini Pakcik rasa tak begitu sihat. Mungkin sebab dah tua
agaknya..” luah Encik Fuad.
“Lumrah
hidup Pakcik. Memang macam tu.. inikan pula Pakcik, Mail pun kadang-kadang
penat juga bila memikirkan kerja. Kadang-kadang Mail terpikir nak serahkan saja
syarikat ini pada Iqbal.”
“Ada
baiknya kamu lepaskan kerja kamu sekarang. Percayalah pada Iqbal. Dia akan
melakukan yang terbaik. Nampak saja rupanya yang suka main-main, tapi soal
kerja dia amat serius” Encik Fuad memberi cadangan.
“Itulah
yang saya tengah fikirkan. Tapi Mail nak bagi peluang untuk mereka berbulan
madu dulu. Lepas tu barulah saya letak jawatan.”
“Eloklah
tu. Mana tau kamu dapat cucu dengan cepat.. Boleh jugalah Pakcik menumpang
kasih..”
Mereka
berdua ketawa. Memang banyak cerita jika mereka berdua bertemu. Bukan selalu
mereka meluangkan masa bersama seperti sekarang ini. Masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri.
“Berbalik
pada tadi, Mail dah jumpa ke dengan anak perempuan arwah Megat?”
“Setakat
ni belum Pakcik. Kenapa?” soal Dato Ismail. Kedengaran Encik Fuad mengeluh.
Entah apa yang menyebabkan orang tua itu mengeluh pun dia sendiri tidak tahu.
“Sebenarnya
hari tu, Ruslan ada datang jumpa Pakcik.”
“Kenapa
dia datang jumpa Pakcik?”
“Dia
nak Pakcik wariskan harta Pakcik atas nama dia. Anak tak mengenang budi!! Kalau
pasal harta cepat je dia tu!!” kedengaran keras saja bunyi yang keluar dari
mulut Encik Fuad.
“Wariskan
harta? Dari mana dia dapat tahu Pakcik wariskan harta pada anak arwah Megat?”
“Entahlah.
Orang yang berhati busuk memang macam tu. Pakcik pun tak tahu macam mana dia
boleh tahu hal itu!” ujar Encik Fuad samba mengeluh. Sakit hatinya bila
mengenangkan Ruslan sanggup datang bergaduh dengannya gara-gara wasiatnya itu.
“Mungkin
dia upah orang untuk siasat kot!” ujar Dato Ismail.
“Mungkin
juga. Saya tak pernah sebut berapa nilai harta tersebut pada dia. Sebab dia
seorang yang tamak. Nama saja pangkat Tan Sri, tapi dia langsung tak hormat
pada Pakcik.” Keruh sekali wajah tua itu. Memang perangai Tan Sri Ruslan
berlainan benar dengan perangai arwah Megat. Mereka berdua adik beradik tiri.
Arwah Megat merupakan anak dari isteri pertama Encik Fuad, manakala Tan Sri
Ruslan anak kepada isteri kedua Encik Fuad.
Mungkin
Tan Sri Ruslan mewarisi sifat buruk dari ibunya. Dia kenal benar dengan
keluarga tersebut.
“Jangan-jangan
dia pun turut cari anak arwah Megat tu!” ujar Dato Ismail.
“Ni
yang Pakcik risaukan ni. Kalau boleh Pakcik nak sangat jumpa cucu Pakcik tu.
Nak sangat peluk dia sebelum Pakcik menghembuskan nafas terakhir Pakcik.” Ada
nada kesedihan di hujung suaranya.
“Kita
akan berusaha cari dia Pakcik.. Semoga tuhan mempermudahkan kerja kita.”
“Harap-harap
begitulah”
Mereka
bergelak ketawa.
*************************
Iqbal
Iskandar balik lewat malam itu. Bukan apa dia sudah lama tidak melepak dengan
Amirul. Dia juga sibuk dengan kerja di pejabat juga banyak. Dengan perangai
Mira lagi dia bertambah kusut. Bukannya ada jalan penyelesaiannya. Hanya dengan
Amirul sajalah dia dapat meluahkan segala masalah yang di hadapinya. Dia merasa
sungguh penat. Namun matanya sempat juga tertacap ke bilik di hadapannya.
Untuk
kebilik tidurnya dia terpaksa melewati bilik tempat Mira tidur. Entah kenapa hatinya
mendesak untuk menjenguk Mira. Walaupun hari-hari dia dapat menatap wajah Mira
namun hari ini dia betul-betul sibuk dan tak berkesempatan melihat wajah itu.
Perlahan-lahan
tombol pintu di pulas, bibirnya mengukir senyum kerana bilik itu tidak
berkunci. Argh nasib menyebelahi dia. Mungkin juga Mira terlupa untuk
menguncinya. Dengan hati-hati dia membukakan pintu dan melangkah masuk. Terasa
macam pencuri pulak pun ada. Dia bukannya buat perkara tak baik, sekadar untuk
melihat wajah gadis itu sahaja. Naluri lelakinya yang mendesak.
Suasana
bilik itu agak suram, hanya lampu tidur di tepi katil yang terpasang. Jadi
tidak sukar bagi Iqbal menyelinap masuk ke bilik itu. Matanya terus terpaku
pada susuk tubuh yang nampak tidur mengereng dengan lena sambil memeluk bantal
panjang. Seperti bayi, nafasnya teratur di balik selimut tebal yang membalut
tubuhnya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Lama dia merenung wajah polos
itu sebelum mengambil keputusan untuk duduk di tepi katil. Inilah peluang dia
untuk menatap wajah itu dengan sepenuh hati tanpa ada gangguan.
Wajah
itu cukup sempurna, manis dan tenang. Setiap inci wajah itu di tenung. Terasa
ingin sekali membelai wajah itu. Siang dan malam wajah itu sentiasa hadir dalam
mindanya, malah mimpinya juga di penuhi dengan wajah itu. Begitu comel dan dia
benar-benar terpesona. Tak puas dia menatap wajah itu. Perlahan-lahan
tangannnya mengelus lembut wajah di hadapannya, begitu berhati-hati agar gadis
itu tidak terjaga. Tidak dapat di bayangkan apa tindakan gadis itu sekiranya
dia terjaga. Dia tersenyum sendiri.
“Aa..awak..?”
Iqbal Iskandar terbangun bila tiba-tiba Mira terjaga. Sama-sama kalut. Mira
segera bangkit dari tidur. Kepalanya terasa pening kerana terjaga dalam keadaan
yang terkejut bila terasa ada sesuatu merayap pada wajahnya. Dia takut pada
lipas yang sebenarnya. Tapi rupa-rupanya bukan lipas. Yang merayap tadi ialah
tangan Iqbal. Iqbal Iskandar kembali duduk di tepi katil. Mira sudah pun
bersila di atas katil dengan wajahnya tajam merenung Iqbal.
“Aa..Awak
buat apa kat sini?” mencerlung tajam jelingan Mira sambil bangun dari
pembaringannya. Kemudian dia turun dari katilnya.
“Sorry…
Abang tak ada niat nak ganggu. Saja nak tengok muka sayang hari ni!” ujar
Iqbal.
Terasa
dia ingin mengusap rambut Mira yang sedikit kusut itu supaya nampak lebih
kemas. Biar lebih cantik walaupun dia memang sudah cantik. Pakaian tidur Mira
nampak seksi pula dimatanya. Mungkin masa tidur barulah Mira memakai pakaian
tidurnya agar dia selesa untuk tidur. Tiba-tiba perasaannya terasa tidak dapat
di kawal. Badan Mira di peluknya. Biarlah Mira marah kepadanya dia tidak
peduli. Dia sudah tidak tahan setiap hari dia hanya mampu memandang wajah itu
dari jauh sahaja. Mira memberontak.. Berusaha melepaskan diri dari pelukan
Iqbal Iskandar.
“Hei
apa ni!! Peluk segala.. Mira tak suka!!” marah Mira. Dia terkejut apabila Iqbal
Iskandar tiba-tiba memeluknya. Dada Iqbal di pukulnya bertalu-talu. Namun
apakan daya dia.
“Mira
sayang..” dengan nada lembut sahaja. Sengaja dia melambat-lambatkan
percakapannya. Rambut Mira di belai. Haruman syampu masih terasa. Rambutnya
yang sedikit basah itu membuatkan dia terbuai.
“Sayang
sedar tak, yang sayang ni gadis yang sangat bertuah dapat kahwin dengan abang!”
Iqbal
Iskandar berbunyi berlagak sombong. Matanya tak lekang dari menatap setiap inci
wajah yang berada dalam pelukannya. Semuanya nampak menarik dan sempurna.
Sebenarnya dia ingin menebak perasaan Mira terhadapnya.
“Huhhhh!!
Ye ke saya ni gadis bertuah? Atas tiket apa awak boleh kategorikan saya ni
bertuah? Memang saya gadis bertuahlah sangat-sangat kerana menjadi mangsa rakus
awak dan terpaksa berkahwin dengan awak. Awak ingat saya suka semua yang
berlaku ni?” tengking Mira menahan marah.
“Abang
tak kisah sebab abang percaya suatu hari nanti sayang hanya akan jadi milik
abang. Walaupun sayang bencikan abang, tapi suatu hari nanti hati sayang itu akan
tetap jadi milik abang. Hanya kau milikku!” selamba saja dia berkata demikian.
Sengaja dia menaikkan darah Mira.
“Awak!!!!!!!!”
sekali lagi Mira melepaskan amarahnya. Memang lelaki ni perlu di ajar. Semakin
hari semakin menjadi perangainya. Langsung tidak hormatkan dirinya.
Sebuah
kucupan lembut singgah di dahi Mira membuatkan Mira terkesima. Dia menelan air
liur. Sambil memandang wajah lelaki itu. Dia nampak begitu tenang dan yakin
akan kata-katanya sebentar tadi. Semakin membaralah amarah di hati Mira.
Matanya mula berkaca akibat menahan marah.
“Awak
jangan terlalu yakin sangat. Ya memang saya jadi milik awak dari dulu lagi.
Puas hati! Lagi satu saya tak suka awak sentuh dan peluk saya macam ni” balas
Mira setengah menjerit.
“Tapi
bukan hati sayang tu. Suatu hari nanti, hati sayang tu akan jadi milik abang
selamanya..” bisik Iqbal sekali lagi di telinga Mira. Kali ini nadanya begitu
lembut sekali. Iqbal tersenyum. Hatinya puas. Suatu malam yang cukup bermakna
dalam hidupnya selama mereka bergelar suami isteri walau pun hanya sekejap. Dia
melepaskan pelukannya.
“Lebih
baik awak keluar sekarang” Mira menuju ke pintu dan membukanya. Sebelum apa-apa
berlaku lebih baik dia menghalau Iqbal keluar dari bilik tersebut.
“Okey,
abang pergi sekarang. Abang pun nak singgah sekejap je tadi.“
Iqbal Iskandar mengangkat kedua-dua tangan
seakan-akan menyerah. Sambil itu dia mengatur langkah perlahan kearah pintu.
Mira yang masih berdiri di pintu sempat mengelak apabila Iqbal mengangkat
tangan untuk menyentuh pipinya.
“Selamat
malam dan jangan lupa mimpikan yang indah-indah bersama abang ye..” sempat
Iqbal Iskandar bersuara sambil menghadiahkan senyuman sebelum keluar dari bilik
Mira.
Mira
mengurut dada. Lega kerana lelaki itu sudah keluar dari biliknya. Cepat-cepat
dia menutup pintu dan menguncinya. Bimbang kejadian tadi berulang. Entah bagai
mana dia boleh terlupa mengunci bilik sedangkan selama ini dia tidak pernah
lupa untuk menguncinya.
Dia kembali baring di atas katilnya. Namun
matanya berdegil tidak mahu tidur. Mungkin kerana peristiwa tadi membuatkan dia
sentiasa terbayang-bayang.
************************************
Pagi
ini Mira sudah terlambat. Gara-gara tidak dapat tidur malam tadi, akhirnya dia
terlanjur tidur. Segalanya kelam kabut sahaja. Lagipun kalau boleh dia tidak
mahu menumpang dengan Iqbal. Tetapi hari ini dia terpaksa menumpang dengan
lelaki itu. Bukan senang nak dapatkan teksi waktu ini. Kalau dapat pun mesti
dia lambat sampai kat pejabat. Bila di kenang kembali, Mira semakin geram. Dari
hari ke hari ada saja yang Iqbal Iskandar buat kepadanya.
Sekarang
dengan selamba sahaja Iqbal menyuruhnya naik kereta bersama. Seribu alasan yang
dia berikan, satu pun tidak melekat di kepala lelaki itu. Sudahnya sekarang dia
buntu mahu memikirkan seribu alasan untuk di berikan kepada yang bertanya.
Bukan dia tidak tahu dari hari pertama dia masuk kerja sudah ada tersebar
gossip yang kurang enak di dengar. lainlah Iqbal, dia tidak akan berdepan
dengan masalah. Keluar saja dari kereta dan kemudian masuk ke bilik. Lelaki itu
sudah selamat. Persoalannya dia yang mungkin di soal oleh pekerja di situ.
“Kenapa
ni?” soal Iqbal sejak dari rumah lagi dia langsung tak melihat senyuman di
bibir Mira dan juga suaranya. Entah apa yang di fikirkan sang isterinya itu.
“Saya
takut ada gossip pasal kita” Iqbal Iskandar tergelak kecil. Itu rupanya
persoalan besar yang mengganggu Mira. Yang membuat bibir mungil itu sedikit
muncung. Mira menjeling tajam. Dah malam tadi lelaki itu buat hal. Pagi-pagi ni
dia terpaksa berdepan dengan karenahnya sekali lagi.
“Besar
sangat ke masalah tu?”soalnya bersama sisa senyum yang membungai bibir. Mira
membuang pandang. Menarik beg tangan lalu di sangkut ke bahu. Malas nak melayan
Iqbal Iskandar yang menganggap soalan itu tidak penting.
“Jawab
sajalah apa yang patut. Lagi bagus kalau mereka tahu sayang tu isteri kepada
bos mereka. Biar padan muka mereka.”
Sebenarnya
dia geram bila mengingatkan status bujang yang dikatakan oleh Mira tempoh hari.
Apa lagi pekerja lelaki mulalah nak menggatal. Mana dia tak sakit hati. Maklumlah
orang cantik memang ramai yang berminat. Sekali lagi dia berasa cemburu
terhadap Mira..
Tangan
Mira terhenti di pintu kereta. Berpaling sambil melawan renungan redup Iqbal
Iskandar. Sedikit terpana apabila satu kenyitan nakal di hadiahi Iqbal Iskandar
padanya. Sedikit sebanyak berjaya membuat jiwanya sedikit bergetar. Namun,
perasaan itu cepat-cepat di campakkan jauh dari hatinya. Hubungannya dengan
Iqbal Iskandar tidak memerlukan semua itu.
“Sayang
tunggu apa lagi tu?” Iqbal Iskandar mengusik lagi. Mira sudah menarik muka
masam. Terasa semakin di permainkan.
“Awak
pergi dulu. Nanti Mira masuk kemudian.”
Iqbal
Iskandar berhenti melangkah. Berpaling sambil sebelah mencekak pinggang.
“Apa
yang you takutkan sangat ni? Dah, come, masuk office. Sebelum saya membuat
perkara yang menarik perhatian mereka nanti. Awak nak gosip hangat ker?” Iqbal
Iskandar bersuara lagi. Sempat mengangkat kening sambil tersenyum nakal.
Tanpa
banyak bicara Mira mula melangkah. Sama-sama mengatur langkah menuju ke ruang
pejabat. Dan bagai di jangka Liza bagai sudah tergambar apa yang sedang bermain
di fikiran.
“Good
morning, Encik Iqbal.” Tegur Liza selaku setiausahanya.
“Morning..”
“Sama-sama
masuk pula hari ini” tiba-tiba Liza mengusik. Dia perhatikan wajah bosnya
berseri-seri namun wajah gadis itu masam mencuka. Hari ini baru dia nampak
mereka berjalan berdua. Selalunya dia dengar dari rakan sekerja yang lain
sahaja.
“Dah
memang jalan kami sehala. Tak salahkan saya tumpangkan dia?” jawab Encik Iqbal.
Penipu!!.
Banyaklah alasan kau tu, bentak Mira dalam hati. Pagi-pagi begini dia sudah
tidak ada mood di buatnya. Walaupun alasan sudah di berikan oleh bos mereka.
Namun mereka tetap tidak puas hati bila melihat wajah Mira yang tidak senang
dengan jawapan bosnya itu. Sebaik saja Mira melabuhkan punggung di kerusinya
terus saja mereka bertanya.
“Kamu
dengan bos tu ada apa-apakah? Saya tengok bos caring sangat dengan kamu.
Perangainya peliklah. Biasanya dia tak nak layan perempuan lain sebaik itu.”
“Ye
ker? Tapi saya tak suka dengan perangai dia tu.. Boleh timbul gossip tau tak!”
jawab Mira dengan perasaan tak senang hati.
“Kamu
berdua ada apa-apa ke?” soal Liza.
“Kamu
tanyalah kat bos. Mira tak dapat bagi jawapan sekarang. Lagi pun Mira baru je
keja kat sini. Mira tak tahulah perangai bos tu macam mana?” Mira cuba
berdalih. Takut juga kalau rahsia mereka terbongkar.
Selepas
itu dia terdengar bunyi pesanan ringkasnya masuk.
‘Jangan marah pagi-pagi ni nanti cepat tua.
Sayang awak tau.’
Menyampahlah
dengan sms awak ni. Mira menarik muka masam. Tak boleh nak layan sangat. Makin
di layan makin menjadi perangainya nanti.
**************************************
Petang
itu habis saja waktu kerja terus Mira bergegas keluar menunggu teksi. Dia tidak
mahu menumpang dengan bos mereka. Kedatangan bersama pagi tadi pun sudah ada
yang berbisik-bisik melihat mereka.
Jam
di tangan asyik di tilit. Pada hal teksi susah nak dapat pulak hari ni.
Rakan-rakan yang lain sudah pulang. Menyesal pula dia tak tumpang dengan Kak
Ros tadi.
Hon
kereta berbunyi. Mira memandang sepi. Hujan mula nak turun. Macam mana ni?
Takkan aku nak tumpang dia lagi. Mesti gossip pula nanti.
“Naiklah..
Hari nak hujan ni..” jeritnya dari dalam kereta.
Mira
menggeleng kepala. Dia memprotes. Dengan geram Iqbal Iskandar keluar dari
kereta lalu menarik tangan Mira. Terpaksa juga dia gunakan kekerasan. Kalau
tidak isterinya akan tetap berdegil.
Dalam
kereta, Iqbal menegur.
“Sayang
ingat boleh lari dari abang ker? Kenapa tak tunggu abang tadi. Susah-susah je
abang mencari-cari Mira kat dalam” Suara lembut kedengaran di telinga Mira.
Mira mencebik saja. Tanda protes.
Iqbal
Iskandar hanya tersenyum. Dia tahu apa yang bermain-main di fikiran Mira. Dari
wajah cemberutnya dia tahu Mira tidak puas hati dengan tindakkannya tadi. Namun
ada kalanya dia harus berkeras dengan gadis itu untuk kebaikannya juga.
bestnye...sambung lagi
ReplyDelete