Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 29 August 2013

Ada Dia Di Hati 25


 “Abang, Isha hantar Akif ke taska dulu ya..”

“Kenapa tak suruh Pak Mat hantar?” soal Amri kehairanan.

“Entahlah.. Dia merengek-rengek minta Isha hantar dia..” jawab Alisha. Dia pun tidak tahu apa kena dengan anak lelakinya pagi ini. Tiba-tiba sahaja minta dia hantarkan ke sekolah.

“Mama, cepatlah nanti Akif lambat!”

“Dengar tu bang, sekarang dia dah pandai nak menyuruh pulak!” ujar Alisha dengan geram. Amri hanya ketawa. Kadang-kadang dia terasa lucu dengan sikap Alisha yang kadang-kadangnya kebudak-budakan.

“Biasalah budak-budak. Sekali sekala memang dia nak bermanja-manja juga dengan Isha. lagi pun Isha dah lama tak hantar dia pergi ke sekolah..” ujar Amri sambil mengambil kasut di rak yang telah di sediakan.

“Yelah abang ni pun sama..”

Amri hanya ketawa. Pagi-pagi lagi dia terhibur dengan gelagat kedua insan yang penting dalam hidupnya. Amanah papanya supaya menjaga Alisha dengan Akif tetap di pengangnya.

Masuk kedalam kereta, Alisha menghidupkan enjin kereta.

“Mama cepatlah. Apalah yang di cakapnya dengan babah lama-lama. Nanti Akif lambat tau!” bebel si anak kecil itu. Alisha tersenyum. Dia terhibur pula melihat gelagat Akif pagi ini.

“Alolo anak mama cayang.. Cayang merajuk ke? Kita belum lambat lagilah.. Tadi mama cakap dengan babah nak hantar Akif sebelum mama masuk pejabat..”

“Oh macam tu.. Cepatlah mama. Nanti lambat..”

Alisha mencuit pipi Akif. Permata hati yang selalu menghiburkan dirinya. Terus sahaja dia memandu menuju ke sekolah Akif.

.........................

Alisha mempercepatkan langkahnya. Nampaknya hari ini dia terlewat untuk masuk ke pejabat. Memanglah syarikat itu arwah papanya yang punya tapi dia tidak boleh menunjukkan sikap yang tidak baik pada para pekerjanya. Ketika dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya tadi, dia sempat menghubungi abangnya mengatakan dia lambat masuk kerja. Nasib baiklah abangnya tidak marah.

Entah apa angin Akif pagi tadi, tiba-tiba merengek minta di hantar ke Taska. Biasanya dia tidak berperangai begitu.

Dalam perjalanan pula dia terperangkap dengan kesesakan jalan raya kerana berlaku kemalangan di lorong tengah jalan raya.

Tiba-tiba dia terlanggar tubuh seseorang.

‘Dupp!’

Alisha terjatuh akibat pertembungan yang kuat dari orang yang berlanggar dengannya. Dia terduduk kerana terasa pinggangnya sakit akibat hentakan tadi. Alisha mengangkat wajahnya. Lambat-lambat Alisha berpaling ke belakang, Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

Matanya tertancap tepat ke seraut wajah yang merenungnya. Wajahnya yang dari tadi tengang mengendur perlahan. Jantungnya berdegup laju, dan nafasnya ditarik dan dihembus sudah terasa sesak dan pendek. Seluruh badannya terasa sejuk dan menggigil lututnya menahan sejuta rasa. Demi tuhan mengapa dia harus bertemu dengan wajah itu?

“Miss are you okey?” Tajam mata Alisha melihat tubuh lelaki yang berjalan menujunya itu. Entah kenapa suara itu membuatkan dadanya berkocak resah. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Takkanlah dia?

Nafasnya mula sesak, berdebar-debar menunggu lelaki itu berpaling menayang muka. Kalau betul dia tu Zafran Haicarl, apa yang perlu dia buat? Lari sekuat hati? Atau mungkin dia terus pengsan di sini?

 Miss, are you okey?” semakin berderau darah Alisha mendengar soalan dari bibir lelaki itu. Tangannya serba tak kena. Perlahan lelaki itu menapak ke arahnya. Dan apabila lelaki itu mendekat, dia berpaling, matanya membulat. Terasa degupan jantungnya berhenti untuk beberapa saat. Bukan dia saja yang terkejut, malah lelaki itu turut tercengang melihat dia ada di sini.

Melihat lelaki itu mahu mendekati dirinya Alisha terus mengangkat tangannya.

“I said leave me alone!”

Zafran Haicarl menelan air liur. Buat pertama kalinya dia di tolak dan direject seperti ini! Perempuan ini dari mana datang agaknya? Langsung tak tergoda dengan rupa dan suaranya. Bibirnya di ketap rapat. Rasa geram pun ada!! Ini semua pasal wanita ini!

“Jangan dekat dengan I!” jerit wanita itu dengan lantang.

“I cuma nak tolong you..”

Wajah wanita cantik di hadapannya di renung. Yang ini lebih classy dan bergaya serta semula jadi cantik. Langkah Zafran Haicarl itu terhenti. Buat seketika mata mereka berlaga. Dan wanita itu benar-benar tidak suka dengan kehadirannya. Entah di mana silapnya dan apa salahnya?

 “Alisha..” panggil lelaki itu. Mendengar lelaki itu menyebut sebaris nama itu membuatkan Alisha yakin! Itulah lelaki yang ingin dia hindari seumur hidupnya!

Melihat reaksi wanita itu, Zafran menyedari wanita itulah yang di carinya selama ini! Dia tidak menyangka yang dia betul-betul bertemu dengan Alisha. Dengan tidak menunggu lama Alisha terus melangkah meninggalkan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui identitinya.

“Alisha..”

Alisha menoleh sekali lagi. Memang benar itulah lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya suatu masa dulu. Dia tidak berlengah lagi. Dia harus lari dari situ.

“Alisha..” kelam kabut Alisha melarikan diri. Dia tidak mahu lelaki itu menjejakinya. Namun lelaki itu tetap mengejarnya dari belakang.

“Alisha...” panggil lelaki itu lagi. Makin cepatlah Alisha melangkahkan kaki. Dan Zafran yakin itu memang Alisha. Sebab itu dia melarikan dirinya.

...........................................

Sebaik sahaja ternampak kelibat Alisha, Maisarah mula menegur. Biasanya Alisha yang rajin menegur dahulu. Namun pagi ini, Alsiha lambat masuk ke pejabat.

Good morning kak!” sapa Maisarah.

Good morning..

“Kenapa wajah akak semacam je?” soal Maisarah lagi. Alisha cuba tersenyum. Namun senyumannya itu pun begitu payah di ukir.

“Tak ada apalah..”

“Kenapa lambat? Biasanya akak tak lambat pun!”

“Si Akif meragam. Dia nak akak juga yang hantar dia ke sekolah. Dalam perjalanan pula akak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Kau pun tahukan jalan kat Kl ni kalau ada berlaku kemalangan?”

Maisarah hanya mengangguk!

“Okeylah akak masuk dulu!” Alisha meminta diri.

........................

Dalam pejabat, Zafran masih memikirkan kelakuan wanita yang di temuinya pagi tadi. Nampak aneh. Selama ini tidak pernah ada wanita yang menolak dirinya mentah-mentah. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang di temuinya pagi tadi.

Bunyi ketukan pintu biliknya membuatkan dia tersedar.

“Masuk..”

Noni segera masuk membawa fail yang perlu di lihat oleh Zafran.

“Petang nanti, bos kena jumpa Encik Amri untuk projek kat Johor tu.”

“Okey.. Ada apa-apa lagi ke?”

“Itu saja..”

“Terima kasih..”

 Zafran kembali lagi menyambungkan kerjanya. Dia tidak mahu memikirkan sangat tentang wanita pagi tadi. Namun sudah dua jam berlalu wajah itu tetap menganggu fikirannya.

........................

Alisha berpaling ketika mendengar bunyi pintu di buka dari luar. Terpacul pula wajah abangnya di muka pintu sambil tersengih-sengih.

“Macam mana dengan Isha hari ini? Sibuk sangat ke sampai tak keluar makan tengah hari?” soal Amri sebaik saja dia mengambil tempat duduk di depan Alisha.

“Abang, kan ke Isha dah pesan kalau nak masuk bilik Isha kena ketuk pintu dulu. Ni tak suka sangat nak buat Isha terkejut...”

Amri tersengih.

“Ala bos nak masuk bilik pekerja sendiri pun kena ketuk ke?” soal amri lagi. Suka sangat dia melihat wajah Alisha yang membulatkan matanya.

Isha hanya mencebik.

“Aik nak masuk bilik pejabat adik sendiri pun nak ketuk dulu ke? Tak ada surpriselah kalau macam tu!”

Surprise apanya bang. Nasib baik Isha tak sakit jantung! Kalau tak memang ada Isha terus pengsan kerana terkejut!” marah Alisha lagi. Dia memang geram dengan sikap abangnya itu.

Amri hanya tersenyum. Alisha sudah banyak berubah. Yelah semenjak dia bekerja di syarikat ini, dia memang menjaga penampilan dan juga pergaulan. Dia senang dengan perubahan Alisha.

“Abang dah nak pergi dah ke ni?” Amri tersedar dari lamunannya.

“Nak pergi mana?”

“La.. pagi tadi cakap, abang cakap nak jumpa klien. Cakap nak bincang pasal projek tu” ucap Alisha lagi.

Amri baru teringat.

“Ya tak ya juga abang lupalah. Kalau Isha tak ingatkan mesti abang lupa..” kelihatan Amri menepuk dahinya. Alisha mengetap bibirnya. Memandang abangnya dengan penuh geram!

“Apa yang abang ingat sampai dah lupa dengan temu janji tu.. Abang ingatkan Kak Nor ye?” usik Isha lagi. Amri hanya tersenyum.

“Hish!! Isha ni kalau bab nak usik abang.. Sukanya dia..”

“Mestilah suka.. Tak sabar tau Kak Nor jadi kakak ipar Isha.. Lagipun abang tak perlu risau pasal Isha lagi!”

Amri terus memandang jam tangannya. Dia berfikir seketika.

“Tapi abang ada appointment dengan klien Jepun sekejap lagi di Restoran Amana.”

“Habis macam mana dengan appointment dengan syarikat yang satu lagi ni?”

Amri terdiam. Mengeluh sejenak sambil duduk menyandar kekerusi.

“Isha ganti tempat abang!”

“Ah.. Isha tak nak lah..” Isha terus sahaja menolak cadangan abangnya. Lagi pun dia manalah pandai dalam bab-bab ini. Dahlah abangnya suruh dia pergi seorang. Enatah macam mana pula rupa orang yang akan di temuinya nanti. Memikirkan semua itu, Alisha jadi risau.

“Alah tolonglah. Untuk sekali ini saja. Lagi pun takkan abang tak batalkan kedua-dua appointement itu!?” rayu Amri lagi.

“Abang batalkan salah satunya lah..”

“Kalau abang batalkan appointment abang dengan orang Jepun tu nanti, takut mereka tidak akan percayakan abang lagi. Kalau abang batalkan appointment dengan syarikat ni abang rasa kita tiada peluang lagi. Walaupun mereka syarikat kecil tetapi mereka sangat berpotensi. Abang tak nak hilang peluang..” ujar Amri dengan panjang lebar.

“Isha mana ada pengalaman nak jumpa klien? Selama ini pun semua kerja Isha hanya kat pejabat ni saja! Lagipun manalah Isha pandai cakap Jepun! Lainlah abang...”

“Abang bukan suruh Isha jumpa dengan orang Jepun tu?”

“Habis?”

“Abang nak suruh Isha jumpa bos syarikat tu.”

“Tapi?”

“Tak ada tapi-tapi. Abang minta tolong sekali ini saja. Lagipun inilah peluang Isha belajar untuk menguruskan syarikat. Manalah tahu kalau-kalau abang ada hal, Isha boleh handle syarikat keluarga kita ini. Isha mesti ingat inilah harta keluarga kita untuk kita.”

Alisha terdiam. Memang betul apa yang katakan oleh abang Amri. Kalau dia tidak belajar dari sekarang sampai bila dia akan pandai. Takkan dia hanya mengharapkan abang Amri seorang!

“Pergilah ya.. abang nak cepat jumpa klien Jepun ni..”

Alisha mengangguk. Dia juga bangun bersiap untuk menuju ke pejabat yang di maksudkan abang Amri.

 

6 comments:

  1. best...
    nak lagi bole... :)

    ReplyDelete
  2. best nye... :)

    ReplyDelete
  3. best sgt.... :)
    nk en3 ge bole... ^_^

    ReplyDelete
  4. best sgt.... :)
    nk en3 ge bole... ^_^

    ReplyDelete
  5. best... nk n3 lg... x sbr nk tgk alisha jpe dgn zafran

    ReplyDelete