Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 10 May 2013

Ada Dia Di Hati 10


Sejak malam tadi Alisha menunggu kepulangan Zafran namun hampa. Hatinya begitu risau. Kemana agaknya Zafran pergi? Telefon bimbit pun di padamkan. Sebenarnya dia takut kalau ada apa-apa yang terjadi kepada suaminya itu. Maklumlah masa ini, macam-macam boleh berlaku. Itu yang dia risaukan sebenarnya.

Malam tadi dia langsung tidak boleh lelap bila dia gagal menghubungi Zafran. Lagipun selama perkahwinan mereka Zafran tidak pernah lambat pulang apatah lansung tidak pulang seperti sekarang. Awal pagi dia sudah berada di ruang tamu untuk menunggu Zafran. Manalah tahu kalau-kalau Zafran pulang awal pagi ini.

Setelah lama dia duduk dan jam sudah menginjak ke pukul lapan, orang yang di nantikan tetap tak kunjung tiba, Alisha mengeluh lagi.

Dia bingkas bangun untuk menuju ke bilik. Baru sahaja langkahnya berada di anak tangga kedua dia terdengar bunyi kereta suaminya. Pantas dia turun semula. Menyambut kepulangan suaminya. Sebaik sahaja pintu utama di buka, Alisha terus menyambut tangan suaminya seperti biasa.

“Abang dah sampai? Abang penat ker?” suara merdunya menyapa.

Zafran merenung ke arah anak mata Alisha. Dia begitu terharu dengan layanan baik Alisha terhadapnya. Dia rasa bersalah sangat kerana membiarkan Alisha menunggunya. Pasti Alisha risaukan dirinya kerana dia tidak pulang malam tadi.

Dia pantas menarik tangan Alisha supaya mengikutnya masuk ke bilik. Perasaan rindunya semakin menebal dengan belaian kasih manja dari isterinya itu.Itu baru satu hari satu malam tidak nampak wajah itu. Mereka bersama-sama duduk di atas katil. Alisha memandang wajah yang lesu itu. Dia membuka butang baju. Dan itu adalah kerja yang biasa Alisha lakukan.

“Abang penat ker? Abang mandi dulu biar, Isha siapkan minuman untuk abang ok?” wajah Zafran di tenungnya. Nampak sangat dia letih. Sejak kebelakangan ini Zafran terlalu sibuk dengan kerja. Kadang-kadang dia pulang lewat. Dia merasa simpati dengan keadaan Zafran sebenarnya.

“Abang nak sayang duduk sini dulu. Abang memang penat tapi abang nak tatap wajah Isha dulu. Rindulah...” ujar Zafran tanpa selindung. Alisha cuma tersenyum manja. Kadang-kadang pun dia rimas juga bila di layan terlalu baik begini.

“Isha siapkan air mandian dulu ya. Nanti abang bolehlah mandi dan tenangkan fikiran tu. Lepas itu abang boleh berehat.”

Baru saja Alisha mengangkat punggung, tangannya di tarik. Membuatkan Alisha jatuh di atas paha Zafran.

“Abang cakap sayang jangan nak kemana-mana. Abang rindu nak tengok wajah sayang. Rindu sangat nak peluk dan cium sayang.” Zafran Haicarl terus memeluk Alisha. Entah mengapa dia seperti orang hilang akal. Inginkan Alisha sentiasa di sisi.

“Tapi bang tak manis siang-siang buat macam tu..”

“Sayang.. Nak ingkar cakap suami ya. Berdosa tau tak layan suami sendiri. Pedulilah apa orang kata. Kita ni suami isteri tak ada siapa yang boleh ganggu.”

Lalu Zafran Haicarl mendekati Alisha. Bibirnya mencari bibir Alisha. Di cium lama di situ. Sekurang-kurangnya terlerai sedikit rasa rindu yang bermukin di hatinya. Setelah rasa lega barulah dia melepaskan Alisha dari pelukannya. Sesungguhnya dia tidak boleh hidup tanpa melihat wajah itu untuk satu tempoh yang lama. Alisha sekadar menurut sahaja. Dia tidak boleh ingkar terhadap perintah suaminya.

“Sayang tak nak tanya abang pergi mana ker? Dengan siapa ke?” sengaja Zafran menduga hati isterinya.

“Kenapa? Perlu ke Isha tanya kat abang?” soal Isha balik. Dia pelik dengan pertanyaan suaminya itu.

“Kenapa Isha tak nak tanya abang? Takkan Isha langsung tak risaukan abang?” ujar Zafran Haicarl lagi. Polos benar isterinya itu.

“Yelah..yelah Isha tanya. Abang pergi mana sampai tak balik malam tadi? Call pun tidak. Buat Isha risau saja tau..” nada suara Alisha seolah-olah merajuk. Zafran hanya tersenyum.

“Jadi sayang tak tidurlah malam tadi?” soalnya walau pun dia tahu dari sorotan mata itu kelihatan layu sedikit. Memang isterinya langsung tidak boleh tidur.

“Aik tadi suruh Isha tanya, dia jawab dengan pertanyaan pulak!” Alisha memandang ke arah wajah Zafran. Mungkin suaminya ini sengaja mahu mengusiknya. Bukannya dia tidak tahu perangai si suamiyang galak mengusiknya.

“Jadi Isha tunggu abanglah malam tadi?Abang tau tengok mata Isha pun abang dah agak dah..”

“Mestilah.. Isha nak tunggu abang balik..” jawab Alisha dengan senyumannya.

“Sorry sayang.. Abang pergi ke hospital di KL. Jumpa kawan abang. Dia accident. Lepas tu bateri telefon bimbit abang pula dah kosong. Abang temankan dia malam tadi..”

“Apa..? Kawan abang accident? Macam mana boleh jadi macam tu? Teruk ke dia?” soal Alisha bertalu-talu.

“Manalah abang tau. Itu namanya malang tak berbau. Tapi taklah teruk sangat. Cuma patah tangan je. Isha tak risaukan abang pun?” jawab Zafran. Namun wajahnya keliahatan kelat sedikit bila Alisha bertanya banyak pasal kawannya.

“Abang cemburu ke?” soal Alisha apabila melihat wajah Zafran seperti tidak suka bercakap banyak tentang kawannya itu.

 “Tak adanya abang nak cemburu. Tapi cemburulah juga sikit..” akhirnya dia tersenyum. Si isteri memang boleh membaca perangainya. Itulah kelebihan Alsiha. Dia pasti akan bertanyakan tentang perasaannya.

”Abang ni.. suka nak sakat Isha tau.. Tak sukalah macam ni..”Alisha pula merajuk!

“Hah.. nak merajuklah tu. Sinilah abang pujuk...” ketawa Zafran melihat bibir Alisha yang muncung. Memang dia suka menyakat Alisha.

 

MALAM itu, Zafran bercadang membawa Alisha keluar berjalan-jalan. Dia tahu pasti Alisha bosan hanya terperap sahaja di rumah. Mungkin malam ini juga dia boleh membawa Alisha tidur di bilik Motel milik keluarganya itu. Apa salahnya dia membawa isterinya itu berjalan sekali-sekala.

“Isha tukar pakaian. Jangan lupa pakai cantik-cantik..” ujar Zafran setelah dia keluar dari bilik air. Alisha menoleh. Dia terdengar Zafran sedang bercakap dengannya sebentar tadi.

“Apa bang?”

“Isha tukar pakaian. Kalau boleh pakai yang cantik-cantik sayang oi!!” ujar Zafran lagi. Si isteri kalau matanya tidak menatap baca novel memang tidak sah. Kadang-kadang dia pun geram. Isterinya itu lebih pentingkan novel yang di baca dari dirinya.

“Abang nak bawa Isha kemana?” soal Isha sebaik sahaja Zafran menyuruhnya menyalin pakaian yang lain. Hairan juga dengan perangai suaminya. Tadi elok saja. Sekarang dia di suruh tukar pakaian. Mereka mahu kemana?

“Abang nak bawa Isha keluar jalan-jalan. Isha tak suka ke?” soal Zafran lagi.

Alisha tersenyum. Tanpa sedar tangannya sudah menutup buku novel yang di bacanya.

“Suka.. sebenarnya Isha pun bosan juga duduk di rumah seharian.. Nak keluar pun tak ada abang temankan..”

“Nakalnya isteri abang ni yer.. Sebab itulah abang ajak Isha keluar sekarang. Nanti mengadu bosan duduk di rumah pulak!”

Sofia keluar dari bilik bila mendengar bunyi kereta Zafran pergi. Dia turun ke ruang tamu. Dia memanggil Mak Jah.

“Mak Jah, mereka pergi mana?” soalnya.

“Tak tau cik. Mereka cakap nak keluar je..” jawab Mak jah lagi. Dia dapat merasakan Sofia tidak suka melihat kebahagiaan Zafran dengan Alisha.

 

ZAFRAN membawa Alisha makan di sebuah restoran mewah. Dia melihat Alisha begitu gembira sekali. Selepas makan dia membawa Alsiha berjalan-jalan di tepi pantai. Ada juga pasangan lain seperti mereka. Menikmati deruan ombak dan merasakan angin sepoi-sepoi bahasa. Mereka berdua berpengangan tangan.

“Isha kenyang Tak makan tadi?” soal Zafran. Namun dia dapat melihat wajah yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Alisha.

“Isha kenyang sangat. Rasa nak termuntah balik  pula..”

“Kenapa pula? perut ni dah ada isi ke?”

“Hish!! Kesitu pula abang ni! Perut Isha penuh sangat. Sepatutnya Isha tak boleh kenyang sangat..”

“Oh ingatkan perut sayang dah berisi..”

“Kalau ada rezeki, pasti kita akan dapat juga!”

“Abang berharap sangat kita dapat baby secepat mungkin..” Alisha hanya tersenyum. ‘Isha pun tak sabar dapat baby bang’ bisiknya dalam hati.

“Jom kita balik..” ujar Alsiha. Dia merasakan sudah lama mereka berada di tepi pantai itu.

“Balik? Balik kemana?” soal Zafran lagi.

“Balik rumahlah. Abang tak nak balik?”

“Abang tak nak balik. Abang nak tidur di sini dengan Isha..”

“Kat sini? Abang biar betul?” alsiha terperanjat mendengar kata-kata sang suami.

“Yelah..Abang nak tidur sini dengan Isha. tapi bukan di sini.. di bilik hotel..”

“Hotel? Buat apa abang buang duit tidur di hotel?”

“Abang buat apa saja selagi abang mampu. Dan abang sangat menghargai peluang yang ada bersama dengan Isha..”

“Apalah abang mengarut ni? Abang tak apa-apa ke?” lain macam saja percakapan suaminya malam ini. Rasa timbul syak wasangka pula.

“Abang tak mengarut. Sebenarnya abang rasa sangat bahagia dapat hidup bersama dengan Isha. Abang ingat, abang tak akan hidup bahagia seperti sekarang ini..”

“Abang janganlah sedih sangat. Nanti Isha pun turut sedih juga..”

“Mana tak sedihnya, mama abang meninggal dunia sejak abang berumur tujuh tahun. Lepas tu, Mak Jahlah menjaga abang..”

“Isha pun sama. Isha tak ingat pun wajah ibu bapa kandung Isha.. Ibu cakap Isha terpisah dengan mereka semenjak Isha berumur lima tahun. Masa itu ayah Isha jumpa Isha di tepi pantai. Sehingga sekarang mereka tidak jumpa dengan keluarga kandung Isha..”

“Dahlah sayang.. Jangan di kenang cerita sedih kita. Nampaknya kita masing-masing ada kenangan sedih dalam hidup ini.”

...............................

TIBA-tiba telefon bimbit Zafran berbunyi. Zafran pantas menjawabnya. Senyuman terukir di bibirnya. Tak pernah-pernah si isteri akan menelefonnya sebaliknya dialah yang selalu menelefon Alsiha ketika dalam pejabat atau di mana jua. Rasa tidak sabar dia mahu pulang berjumpa dengan Alisha.

“Abang dah nak balik ni. Isha nak apa-apa ke?” suara romantik kedengaran.

“Oh kalau macam tu tak apalah. Isha tak nak apa-apa. Cuma minta abang balik dengan selamat..” Zafran menekan butang cancel. Senyumannya terbit di bibir. Entah mengapa dia berasa sangat gembira dan bahagia ketika bersama Alisha.

Mak Jah segera membuka pintu sebaik sahaja mendengar deruan enjin kereta Zafran.

“Alisha demam.” ujar Mak Jah. Zafran mengerutkan dahi. Dalam telefon tadi dia tak cakap pun.

“Demam?”

“Ya dia demam. Panas sangat badannya..” ujar Mak Jah sekali lagi.

Zafran terus meniti tangga ke atas. Zafran Haicarl risau!

“Isha..” Zafran mengejutkan Alisha. Pada mulanya diia memang tidak sampai hati mahu mengejutkan Alsiha. Tetapi bila dia menekapkan belakang tapak di dahi Alisha dia rasa panas!

“Abang dah balik?” soal Alisha yang membuka matanya.

“Jom kita pergi klinik..”

“Tak payahlah. Lagipun Isha dah makan ubat tadi..”

“Laa jomlah.. Abang risau tengok Isha macam ni..” pujuk Zafran lagi.

Perlahan-lahan Alisha cuba bangun sambil di tolong oleh Zafran.

........................

Mak Jah meletakkan dulang minuman ke atas meja kecil.

“Kenapa lambat sangat?” Sofia yang sedang membaca majalah menjengilkan mata ke arah Mak Jah.

“Maaf Cik Sofia, tadi bukakan pintu untuk Zafran. Zafran baru sampai..”

“Lain kali buat minuman saya dulu..”

Mak Jah mengangguk dan hendak pergi.

“Dahlah Mak Jah, turun bawah!” arah Sofia lagi. Mak Jah menuju ke ruang dapur dia mahu menyiapkan minum petang untuk Zafran dan Alisha lagi.

Sofia menerpa ke pintu. Dia terasa mahu turun ke bawah. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu. Kedengaran suara Alisha yang meminta Zafran menurunkannya. Rupa-rupanya Zafran sedang mendukung Alisha turun tangga.

“Macam dia seorang ada laki!” getus Sofia lagi. Dadanya berombak marah. Sofia mengerutkan dahi. Api cemburunya semakin menyala. Sofia memejamkan matanya. Alisha sangat beruntung memiliki Zafran sebagai seorang suami. Senyuman Zafran yang istimewa itu sering menerpa di ruang ingatannya. Kalau dulu dialah insan yang bertuah dapat mendampingi lelaki itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah.

Mak Jah segera membuka pintu utama. Biar Zafran mudah membawa Alisha ke kereta. Kemudian kereta Zafran sudah keluar. Sofia kembali mengingati. Kenapa Zafran membawa Alisha dengan tergesa-gesa. Ada apa ya?

Dia segera turun ke ruang tamu. Dia melihat Mak Jah menutup kembali pintu utama.

“Mak Jah kenapa dengan mereka tu? Siang-siang pun main dukung-dukung..”

“Alisha demam. Sebab itu Zaf dukung dia turun. Nak pergi klinik..”

“Alisha demam?” soal Sofia lagi. Mak Jah mengangguk. Patutlah dia nampak Zafran tergesa-gesa membawa Alisha turun dari bilik tadi. Kemudian Mak Jah terus menuju ke dapur. Dia tidak mahu lama-lama berdepan dengan Sofia. Manalah tahu ada-ada saja yang tak kena nanti.

Kepulangan Zafran dan Alisha di sambut oleh Mak Jah. Kelihatan Zafran memengang bahu Alisha dan palstik ubat di tangannya.

“Macam mana?” soal Mak Jah lembut.

“Dia demam panas je..”

“Isha dah cakap dengan abang Zaf. Tapi dia nak juga Isha pergi klinik..”

“Mestilah.. Zaf risaukan Isha tu..”

“Okeylah Mak Jah. Zaf nak bawa Isha naik berehat di atas.”

“Baiklah. Hati-hati tu..”

Alisha melangkah perlahan menaiki anak tangga. Kan dia cakap dia tak apa-apa pada suaminya. Namun Zafran tetap juga berdegil agar dia pergi ke klinik.

..................................

“HARI ni abang tak pergi kerja ke?” soal Alisha. Dari tadi lagi dia melihat Zafran masih belum bersiap-siap dengan pakaian pejabat. Selalunya jam ini dia sudah pergi ke pejabat.

“Tak. Hari ni abang nak temankan Isha di rumah.” jawab Zafran sambil tersenyum.

“Isha bukannya sakit teruk pun. Lagi pun Mak Jahkan ada di rumah temankan Isha...”

“Tapi abang nak temankan Isha.. Abang rasa tak sedap hatilah pulak nak tinggalkan Isha sekarang ni.. Kalau boleh abang nak Isha berada di depan mata abang je suapaya abang tak risau..”

“Suka hati abanglah. Isha pun rasa sunyi juga kalau sorang-sorang dalam bilik ni..”

Mereka bergelak ketawa. Sofia hanya mencebik.

 “Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku!” Sofia geram sendirian di dalam bilik sebaik saja pintu di tutup.

“Mengada-ngada! Berpeluk 24 jam! Macam dia seorang saja ada laki!”

Zafran terlalu sayangkan Alisha! Tak mungkin dia akan mengalihkan perasaannya kepada dia lagi! Tak mungkin!

2 comments: