Pertama sekali , saya ingin minta maaf sbab dah lama menyepi.. BAB 60
TENGKU
Elman terpaksa juga bertemu dengan Isabella petang itu. Dia tidak mahu Isabella
membuat perkara yang di luar jangkaannya. Dia meninggalkan Ariana Humaira
bersama Mak Teh. Masalahnya harus selesai hari ini juga. Dia tidak peduli lagi
tentang perasaan Isabella. Dan dia sudah membuat keputusan yang nekad!
“Jadi
you nak cancelkan majlis perkahwinan kita..” soal Bella. Tengku Elman memandang
wajah Isabella. Memang dia rasa bersalah. Tetapi dia tidak dapat memaksa
dirinya untuk menikahi perempuan itu.
“I
minta maaf.. I tak dapat meneruskan rancangan kita ini..”
“Atas
sebab apa?”
“Sebab
I tak pernah cintakan Bella. Hati dan cinta I hanya untuk Ariana..”
“You
memang kejamkan.. Sampai hati you buat I macam ni.. Malukan I serta keluarga I
dengan perbuatan you ini..” jerit
Isabella lagi. Dia tidak peduli dengan perasaan Tengku Elman ketika ini.
“Kan I
minta maaf.. I tahu I bersalah. Tapi I tak dapat nak teruskan majlis
perkahwinan kita ini.. I cintakan Ariana..”
“Tak
bolehkah you berikan sedikit kasih sayang you tu untuk I? I tak minta banyak..
El.. Cuma sedikit kasih sayang..” rayu Isabella lagi.
“Lagi
satu, I sanggup jadi madu Kak Ari kalau you sanggup berikan I peluang untuk I
buktikan cinta I pada you..”
“Tapi
I tak sanggup menduakan Ari.. Biar pun Ari bersetuju untuk hidup bermadu dengan
Bella, tapi I tak janji yang I akan berlaku adil. Dan akhirnya kita akan saling
bermusuhan..” dengan tenang Tengku Elman memberikan alasan yang kukuh. Kalau
boleh dia memang tidak mahu menyakiti hati Isabella. Dia juga tidak mahu
kehilangan Ariana. Tetapi dia harus bijak mengambil keputusan.
Sekali
lagi Tengku Elman melepaskan keluhan.
TELEFON
bimbit milik Tengku Elman Qaufar berbunyi. Di skrin tertera nama Inspektor
Amir. Lalu dia menjawab. Ada perkara penting yang di beritahu oleh Inspektor
Amir. Setelah panggilan di matikan Tengku Elman memberitahu berita yang baru di
sampaikan oleh Inspektor Amir tadi.
“Pihak
polis dah jumpa orang yang langgar Ari” ujar Tengku Elman perlahan.
“Siapa?”
soal Dato Farid.
“Seorang
lelaki. Sebenarnya dia di upah untuk melanggar Ari” jawab Tengku Elman. Entah
siapa yang mengupah lelaki itu untuk melanggar wanita yang amat di cintainya
itu. Kalau dia dapat hish.. taulah apa dia nak buat..
“Pihak
polis belum dapat siasat lagi ke?” ujar Dato Farid.
“Nampaknya
mereka akan dapat bukti tidak lama lagi. Lepas ni baru kita tahu siapa dalang
semua ini!” tegas Tengku Elman lagi.
Datin
Melinda jadi serba tidak kena. ‘Sial, kenapa budak upahannya itu tidak dapat
melarikan diri. Kan dia sudah pesan, kalau dah buat kerja itu dia mahu bukti di
lupuskan dan dia harus melarikan diri’ bisiknya dalam hati.
“Awak
kenapa Mel? Gelisah semacam je? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Dato Farid.
Dia hairan dari tadi lagi mereka rancak berbual mengenai siasatan polis,
isterinya hanya mendiamkan diri. Biasanya dialah orang yang paling kecoh
sekali.
“Tak
ada apa-apalah bang.. Mel pening kepala. Mel nak masuk rehat sekejap..” dalih
Datin Melinda. Dia tidak betah mahu tinggal lama-lama bersama dengan mereka.
Di
dalam bilik, dia segera mengambil telefon bimbitnya. Di dailnya nombor budak
upahannya itu.
“Hello..”
“Helloo..
Botak?”
“Ya
Datin?”
“Asal
budak you kena tangkap? Kan I dah cakap hari tu, lepas buat kerja pergilah
bersembunyi buat sementara waktu. Ni tidak, kau biarkan pihak polis dapat
tangkap anak buah you tu..”
“Kami
pun tak tahu benda ni boleh berlaku Datin. Datin tak boleh salahkan kami saja”
jawab Botak.
“Mmm
yalah.. Kamu pun hati-hati tau..” pesan Datin Melinda.
Kemudian
kedengaran pintu di buka dari luar bilik. Mungkin Dato Farid ikut serta mahu
merehatkan badannya.
“Mel
cakap ngan siapa tadi?” soalnya kehairanan. Pada hal tadi isterinya itu cakap
dia pening kepala. Dan sebentar tadi dia terdengar isterinya seperti bercakap
dengan seseorang.
“Dengan
kawan Mel.. Mereka bertanya khabar tentang Ariana..” Datin Melinda berpura-pura.
Dia tidak tahu apa alasan yang sebaiknya.
“Cepat
betul berita macam tu tersebar. Abang pun tak sabar nak tunggu Ariana sedar
semula. Kesian dengan Elman. Hari-hari dia menemani Ariana kat hospital tu..”
‘Huh..
Lega. Nasib baik dia tidak mendengar perbualannya dengan Botak tadi.’
“Abang
memang pentingkan anak awak je.. Habis anak Mel abang langsung tak ambil
peduli!” Datin Melinda pura-pura merajuk.
“Siapa
cakap abang tak peduli, tapi sekarang Ariana lebih memerlukan perhatian dari
abang. Dan sebagai seorang ayah, abang memang bertanggung jawab ke atasnya.”
Dato
Farid segera berbaring di tempatnya. Dia rasa sangat letih hari ini. Pelbagai
peristiwa yang berlaku.
ISABELLA
menjadi sakit hati. Dia mahu membunuh perempuan yang di anggapnya merampas
Tengku Elman Qaufar darinya. Dia menuju ke hospital di mana Ariana Humaira di
tempatkan. Sejak kemalangan itu Ariana Humaira koma. Sudah dua minggu
keadaannya begitu.
Dia
memasuki bilik Ariana setelah memastikan tiada orang yang menjaganya. Biasalah
bilik itu tidak pernah kosong dengan penemannya. Namun kali ini nasibnya baik
apabila dia memerhati tiada seorang pun berada dalam biliknya itu.
Perlahan-lahan dia berjalan menuju kearah
katil yang menempatkan Ariana.
“Aku
mahu kau mati. Sepatutnya kau dah mati masa lima tahun yang lalu. Kalau kau
mati tiada siapa yang berebut Elman dengan aku. Aku pun hairan apa yang
membuatkan Elman tergila-gilakan kau. Padahal kalau dibandingkan aku lebih
cantik dan bergaya dari kau. Tapi dia tetap pilih kau. Jadi sekarang kau tak
ada pilihan lagi. Aku akan tamatkan riwayat kau sekarang supaya tiada siapa
yangberani berebut Elman dari aku!!”
Isabella
ketawa terbahak-bahak. Dia memengang hos oksigen yang berada di wajah Ariana.
Baru saja dia mahu membukanya, dia terkejut mendengar namanya di panggil.
“Isabella!!”
jerit Tengku Elman. Suaranya menggegarkan seluruh ruang dalam bilik itu.
Kelihatan
wajah Tengku Elman yang sangat marah ketika itu. Cepat saja dia mendekati
Isabella dan menarik kasar tangan itu supaya menjauhi katil Ariana.
“Hei
apa kau buat kat sini hah?? Kau jangan berani nak dekat dengan Ariana!!”
ujarnya sedaya upaya menahan rasa marahnya. Dia baru saja meninggalkan Ariana
di bilik itu kerana ingin berjumpa dengan Doktor Faizal. Bila dia baru hendak
membuka pintu dia melihat Isabella sedang mencabut hos oksigen yang di
sambungkan ke mulut Ariana.
“Kau
nak bunuh Ariana ke?” soalnya.
Wajah
Isabella kelihatan pucat. Mana tidaknya Tengku Elman tidak pernah memarahi dia
seperti sekarang ini. Biasanya dia hanya marah yang biasa tetapi kali ini
berbeza sekali.
“Ti..Ti..Tidak...”
jawabnya sambil tergugup-gugup.
Bunyi
karbulator itu membuatkan Tengku Elman menoleh. Kelihatan Ariana seperti sesak
bernafas. Segera dia mendekatinya. Menyambungkan semula hos yang di cabut oleh
Isabella sebentar tadi.
Isabella
terus melarikan diri apabila melihat Tengku Elman mendekati Ariana. Tengku
Elman baru menyedari Isabella mahu melarikan diri. Untuk menjejakinya dia tidak sempat kerana dia
harus memanggil doktor untuk memeriksa Ariana. Nyawa Ariana lebih penting
sekarang. Hal Isabella itu di ketepikan. Butang kecemasan di tekan.
Berlari-lari
Doktor Faizal menuju ke bilik Ariana bersama dengan jururawatnya. Ada panggilan
kecemasan datang dari bilik tersebut.
“Apa
yang berlaku?” soal Doktor Faizal kepada Tengku Elman Qaufar.
‘Tadi,
Isabella datang, masa I jumpa you tadi. Lepas tu dia cabut hos oksigen tu.
Kebetulan masa tu I baru nak masuk kebilik ni.. Kemudian dia terkejut. Lepas tu
dia larikan diri. Ariana pula macam tak cukup oksigen. Cuba you check dia”
Tengku Elman memberi penerangan. Dia mahu Doktor Faizal menyelamatkan nyawa
Ariana. Dia tidak mahu kehilangan Ariana lagi.
“Okey
I akan periksa dia.. You jangan risau okey..” ujar Doktor Faizal selaku sahabatnya.
Memang
Doktor Faizal bersimpati dengan apa yang di alami oleh sahabatnya Tengku Elman
Qaufar. Siapa sangka selepas lima tahun dia kembali bertemu dengan isterinya
tetapi dalam sekelip mata saja dia di duga dengan keadaan yang begini pula.
“I tunggu
di luar.”
Tengku
Elman Qaufar terus keluar dari bilik wad itu. Dia mahu membiarkan Doktor Faizal
merawat Ariana. Telefon bimbitnya di ambil dari poketnya, lalu dia menelefon
Inspektor Amir.
Dato
Farid terus sampai sebaik saja Tengku Elman menelefonnya dan memberitahu apa
yang terjadi. Dia juga risau tentang keadaan Isabella yang kini amat
membimbangkan. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah. Entah kemana pula dia
pergi. Dan sekarang dia di kejutkan dengan berita Isabella cuba membunuh
Ariana!!
“Macam
mana dengan Ariana?” soal Dato Farid.
“Dia
dah okey pa..”
“Macam
mana hal ini boleh berlaku?”
“Elman
pun tak tahu, masa tu Elman pergi ke bilik Doktor Faizal bertanyakan tahap
kesihatan Ariana. Apabila Elman balik ke bilik, tiba-tiba Elman ternampak
Isabella mencabut hos oksigen dari mulut Ari. Apa lagi terus Elman menegurnya.
Kemudian Isabella melarikan diri. Tapi jangan risau, Elman dah call Inspektor
Amir. Dan sekarang pihak polis sedang mencari dia.”
“Risau
papa dibuatnya. Entah dia dah tak betul agaknya. Ini dah kira kes cubaan
membunuh ni..”
“Jangan
risau pa.. Tak lama lagi mesti pihak polis dapat cari dia” Tengku Elman Qaufar
memujuk Dato Farid. Ayah mana yang tidak risaukan keselamatan anaknya.
Ditambahkan lagi dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.
“Terima
kasih sebab jaga Ariana”
“Itu
papa jangan risau. Sudah memang tanggung jawab Elman. Dan kali ini Elman tidak
akan terlepas pandang lagi. Elman mahu jaga Ari sampai sembuh..” itulah
janjinya pada dirinya sendiri. Dia tidak mahu terlepas pandang lagi. Takut
perkara yang sama akan berulang lagi.
“Kita
semua berdoa supaya dia cepat sedar. Papa pun tak sabar nak peluk dia. Papa
rindukan dia. Sebab dialah satu-satunya anak papa.”
Tengku
Elman mengangguk.
“Elman
lagilah pa.. Tapi Elman rasa bersyukur sangat kerana di beri peluang untuk
hidup kembali bersama Ariana.
ISABELLA
mencari hotel murah untuk didiaminya. Dia tahu sekarang pihak polis giat
mencarinya. Ketika dalam perjalanan sini pun dia ternampak polis sedang membuat
sekatan jalan raya. Mesti Tengku Elman membuat laporan tentangnya. Sial!!!
Gara-gara perempuan yang bernama Ariana Humaira itu, Tengku Elman Qaufar
langsung tidak mempedulikan perasaannya. Malah semakin hari semakin
menyakitinya lagi.
Telefon
bimbitnya berbunyi. Di lihat nama si pemanggil. Mummy!!!
Terus
dia mengangkatnya.
“Helloo..”
“Helloo
sayang kat mana tu?” soal Datin Melinda. Sebentar tadi dia mendengar Tengku
Elman memberitahu bahawa, Isabella cuba membunuh Ariana. Dia rasa risau lalu
dia menelefon anak kesayangannya itu.
“Mummy..
tolong Bell mummy.. Bell takut sangat.”
“Awak
dekat mana ni sayang?”
“Bella
menginap di hotel murah je mummy. Nak hotel mahal nanti polis senang cari
Bell.”
“Okey
macam mana mummy nak jumpa Bell ni?”
“Tak
payahlah mummy nanti orang tau dekat mana Bell tinggal..”
“Masalahnya
mummy risau dengan Bell.. Mummy tak boleh biarkan Bell sendirian..” ujar Datin
Melinda risau. Mana tak risaunya apabila dia mendengar berita terbaru, Isabella
cuba membunuh Ariana di hospital.
“Mummy
jangan risau. Bell boleh jaga diri, ya mummy. Okeylah nanti apa-apa hal Bell
akan call”
“Janji
dengan mummy..”
“Okey
mummy Bell janji akan call nanti.”
Talian
segera di putuskan.
“Awak
call siapa?”
Datin
Melinda terkejut mendengar suara suaminya Dato Farid bertanya. Entah sejak bila
pula suaminya ada di belakangnya.
“Bella..”
“Dapat
call dia?”
“Dapat.
Mel baru cakap dengan dia” jawab Datin Melinda.
“Dia
ada kat mana?” soal Dato Farid lagi.
“Mel
tak tahu.. Dia tak nak cakap.”
Sekali
lagi Dato Farid mengeluh kasar.
‘Apa
nak jadi dengan budak tu. Mungkin dia dah hilang akal.’
Dia
terus melangkahkan kakinya meninggalkan isterinya di situ. Dia sudah tiada hati
untuk bertanya lebih lanjut tentang Isabella. Kalau dulu memang dia manjakan
Isabella seperti anaknya sendiri. Tetapi entah kenapa sejak dia tahu Ariana
masih hidup dia bagaikan terlupa dengan anak tirinya itu.
KETIKA
pihak polis mahu membawa Datin Melinda pergi, sempat juga Datin Melinda meminta
maaf dari Tengku Elman. Kini dia mengaku bersalah kerana berniat mahu membunuh
Ariana lima tahun yang lepas. Kini dia di berkas untuk di bawa ke pangadilan.
Sesiapa
saja yang melihat keadaan Datin Melinda pada masa ini memang akan berasa
kesian. Tetapi sikapnya yang kejam itu rata-rata membuatkan orang hilang
simpati padanya. Terutama sekali Tengku Elman dan Dato Farid.
Datin
Melinda mendekati Tengku Elman.
“Tengku
Elman, Auntie nak minta maaf..” ujarnya perlahan. Walau pun dia sedar
kesilapannya memang susah untuk di maafkan. Dia tetap memohon maaf pada Tengku
Elman.
“Tolonglah maafkan Auntie. Auntie tahu Auntie
banyak buat salah. Dan sekarang Auntie dah sedar akan kesilapan Auntie..” ujar
Datin Melinda dengan tangisan yang tiada kesudahannya.
“Sabar
nak, sabar. Ingat Allah banyak-banyak.” Lembut Dato Farid memujuk Tengku Elman
sambil menepuk–nepuk bahunya.
“Elman..”
Tengku Elman terus merenggangkan pelukan Dato Farid sebaik sahaja mendengar
suara Datin Melinda memanggilnya. Wajah Datin Melinda juga kelihatan murung.
“Auntie
betul-betul minta maaf Elman..”
“Perlu
ke saya nak maafkan Auntie. Kerana sikap Auntie yang tak peri kemanusiaan,
Auntie telah membunuh satu nyawa yang sepatutnya hidup di dunia ini. Nyawa yang
sepatutnya menjadi penyeri dalam rumah ini. Auntie tahu tak, walaupun Ariana
masih hidup, tetapi anak dalam kandungannya telah mati kerana tidak dapat di
selamatkan. Macam mana saya nak maafkan perbuatan Auntie tu?” jelas Tengku
Elman lagi!
“Apa
yang El cakap ni?”
Tubuh
Tengku Elman itu digoncang oleh Dato Farid.
“Papa,
sebenarnya Ariana mengandung masa tu..” Dato Farid, Tengku Suraya ternganga.
Kakinya menjadi lembik tiba-tiba. Dia memang terkejut mendengar berita ini. Apa
salah dan dosa Ariana sampai Datin Melinda sanggup membunuh menantunya yang
baik itu.
“Apa??
Ariana mengandung masa tu? Kenapa papa tak pernah tau?” soal Dato Farid.
“Memang
tiada siapa yang tahu Ariana mengandung. Sebab pada masa sebelum kejadian itu,
Ariana pernah menelefon bahwa dia mahu memberi satu kejutan. Tetapi Mak Teh dan
Pak Teh telah di beritahu oleh doktor bahawa Ariana kehilangan bayi dalam
kandungan itu. Dan yang sedihnya sekarang Ariana tidak tahu yang dia pernah
mengandung!” ujar Tengku Elman penuh kesal. Kesal kerana semua itu berlaku
tanpa pengetahuannya.
“Auntie
tak tahu Ariana mengandung pun. Auntie minta maaf..” ujar Datin Melinda lagi.
Menyesal sekarang pun tiada gunanya lagi. Dia sudah terlanjur dan melakukan
jenayah!
“Walaupun
auntie tak tahu dia mengandung Auntie tetap mahu bunuh diakan? Apa salah Ariana
dan saya pada Auntie. Cuba cakap? Apa salah kami pada auntie sampai auntie
sanggup membunuh anak perempuan suami Auntie sendiri?”
Semua
yang ada di situ diam dan terpaku mendengar kata-kata Tengku Elman Qaufar.
“Elman
maafkan Auntie walaupun dengan kemaafan itu tidak dapat mengembalikan keadaan
seperti sedia kala..” jawab Tengku Elman Qaufar dengan penuh kesal. Dia hairan
mengapa di dalam dunia ini masih ada manusia yang kejam seperti Datin Melinda
dengan Isabella. Kerana harta, mereka jadi tamak. Kerana sikap tamak itu mereka
sanggup lakukan apa saja termasuklah membunuh.
“Hidup
Elman sangat menderita selama ini. Hancur dan musnah sebab manusia keji macam
auntie ini.. Elman pun tak tahu nak cakap apa jenis manusia seperti Auntie ini.
Apa dosa kami pada auntie? Cakap? Apa dosa kami pada auntie?” marah Tengku
Elman lagi. Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia menumbuk wajah Datin Melinda
itu bila dia merasa kesakitannya yang di tanggung oleh Ari dan juga dirinya.
“Dahlah
Elman.. Elman marah macam mana sekali pun takkan dapat merubah segalanya. Papa
pun kesal dengan apa yang terjadi pada Elman dan Ariana. Papa lagilah menyesal
kahwin dengan perempuan yang hampir membunuh anak perempuan papa sendiri!”
Datin
Melinda terus memandang wajah Dato Farid. Inilah kali pertama dia mendengar
kata-kata yang sangat menyedihkan hatinya. Tetapi dia sendiri juga yang
memulakan semua ini. Dan semua itu telah pun berlaku!
“Abang,
Mel minta maaf.. Mel menyesal bang! Abang tolong Mel bang!! Mel sayangkan abang
juga..” rayu Datin Melinda. Dia menangis. Langsung dia tidak pedulikan pada
mata yang memandangnya. Sekarang bukanlah masanya untuk dia meninggikan egonya
seperti selalu!
“Bawa
dia pergi sebelum apa-apa berlaku..” ujar Dato Farid sambil tangannya
mengarahkan kedua polis wanita itu membawa Datin Melinda pergi. Hatinya hancur
dan luluh. Dia rasa sangat mneyesal kerana berkahwin dengan wanita yang di
sangkakan dapat menjaganya dengan baik!!
Kedua
anggota polis wanita itu membawa Datin Melinda masuk ke dalam kereta peronda
polis. Biar pun Datin Melinda meronta-ronta agar dia di lepaskan, namun dia
tidak mampu melawan kudrat dua anggota polis wanita tersebut. Akhirnya kereta
polis itu membawa Datin Melinda pergi ke balai.
No comments:
Post a Comment