Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 5 July 2016

Kau Rantai hatiku 59

WAKTU pejabat sudah habis. Humaira sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Tengku Elman. Dia terus menuju ke tempat letak keretanya. Sebelum dia sempat membuka pintu kereta, kedengaran Tengku Elman memanggilnya.
“Ira..” lambat laun Humaira menoleh. Dia dapat melihat Tengku Elman sedang mengejarnya dari belakang.
“Ada apa Tengku?” soal Humaira. Matanya melorot kearah Tengku Elman yang menghampirinya. terpaksa juga dia memanggil nama formal.
“Abang hantarkan Ira balik.” ujar Tengku Elman. Malam tadi dia langsung tidaka dapat melelapkan mata. Jenguh juga dia memikirkan masalahnya dengan Humaira.
“Tak payah susah-susah Tengku, saya boleh balik sendiri..” jawab Humaira dingin. Dia memang jenis yang tak suka menyusahkan orang lain. Lagi pun keretanya elok di pakai.
“Tapi abang risaukan Ira tu” ujar Tengku Elman sambil merenung tajam ke arah Humaira. Sejak beberapa hari ini, kelihatan Humaira asyik megelakkan diri darinya. Tapi dia tidak dapat menyalahkan Humaira. Mungkin dia dalam keadaan tertekan pada masa ini. Yelah dia juga bakal melangsungkan hari perkahwinannya dengan Bella. Dan walaupun seribu kali, dia mengatakan cintanya hanya untuk Humaira, gadis itu tetap tidak percaya. Dia juga tertekan apabila Humaira asyik mengelakkan diri darinya.
“Jangan risau saya taulah jaga diri saya sendiri. Lagipun saya ni bukannya budak-budak.”
“Tapi abang tetap risaukan keselamatan Ira. Abang rasa tak sedap hatilah..”
“Tak apalah Ira tau jaga diri..” Humaira memberi jaminan.
“Sayang jangan degil boleh tak?” tegas Tengku Elman lagi. Sekali-sekala dia geram juga dengan kedegilan Humaira. Melihat kesungguhan Tengku Elman merayu kepadanya, Humaira mengalah.
“Mmm ya lah.. Kereta Ira siapa bawa pulak?” soalnya lagi.
“Nanti abang suruh Encik Johan hantarkan ke rumah Ira. Tak apa Ira tunggu kat sini dulu abang nak  jumpa Encik Johan sekejap.”
“Tunggu tau.. Jangan kemana-mana!!” ujar Tengku Elman sebelum berlalu pergi.
“Okey.. Ira tunggu kat sini.” jawab Ira.
Tengku Elman Qaufar terus masuk ke pejabat semula. Dia harus berjumpa dengan Encik Johan untuk memberitahu supaya menghantar kereta Humaira sampai ke rumahnya. Selepas dia menemui Encik Johan dia terus berlari untuk mendapatkan Humaira. Namun ketika dia menghampiri kawasan itu tiba-tiba sebuah kereta melanggar Ira yang baru hendak melintas jalan.
Berdentum bunyi kereta itu kerana melanggar objek di depannya. Terpana Tengku Elman Qaufar  seketika. Sekujur tubuh Humaira sudah terlentang di atas jalan raya. Dia terus memanggil nama Humaira sambil meluru ke arah tubuh itu.
“Ira!!!!!!!!!!” dia segera memangku kepala Ira.
“Ya Allah Sayang...!!” jerit Tengku Elman saat melihat Humaira sudah terlentang di atas jalan raya. Isterinya sedang kesakitan. Darah merah pekat mengalir keluar dari mulut dan juga kepalanya.
“Abang... Tolong bang, sakit...” adu Humaira. Dia sudah tidak tertahan lagi. Begitu perit dia rasakan saat ini. Orang ramai yang berada di situ berkumpul mengerumuni mereka.
“Sayang… Bangunlah sayang…. Tolonglah bangun… Jangan tinggalkan abang…” raung Tengku Elman. Tapi Humaira masih begitu.
“Sayang… Jangan buat abang macam ni… Sayang… tolonglah bangun,,” rayu Tengku Elman pada tubuh kaku itu. 
“Sabarlah Tengku...” ucap Encik Johan yang turut berada di situ. Dia juga turut terkejut dengan keadaan itu.
“Macam mana dengan isteri saya ni Encik Johan?” soal Tengku Elman kebingungan.
“Kita bawa ke hospital..” Saran Encik Johan.Tengku Elman terdiam. Ya ALLAH… Selamatkanlah isteriku… Ya ALLAH..
“Ini kena bawa ke hospital segera ni...” ucap salah seorang mereka.
“Mari saya bawakan ke hospital...” Encik Johan menawarkan bantuan kepada Tengku Elman. dalam keadaan begini, Tengku Elman memang tidak mampu memandu kereta menuju ke hospital.
“Cepat angkat isteri Tengku, kereta ada di situ...” arah Encik Johan sambil menunjukkan di mana keretanya berada. Nasib baik keretanya tidak berada jauh dari tempat kejadian.
Tengku Elman mengangkat Humaira sambil dibantu oleh Encik Johan yang menawarkan bantuan tersebut ke kereta miliknya. Selepas itu, Encik Johan terus membawa mereka ke hospital yang berhampiran iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur.
Tengku Elman cuba mengingati nombor plat kereta yang melanggar Ira tadi. Dia akan buat laporan polis. Tetapi sebelum itu dia harus menghantar Humaira ke hospital. Itu yang paling penting sekali.
Tiba-tiba dia teringat apa yang di cakapkan oleh Pak Teh dan Mak Teh tempoh hari. Baru dia teringat akan nombor plat kereta dan warnanya itu seperti di kenalinya.
Kali ini kamu tak akan terlepas dari melakukan jenayah. Datin Melinda, tak sangka kamu kejam rupanya. Sudah dua kali kamu cuba membunuh isteriku.
SESAMPAI di hospital, Humaira di masukkan ke bilik kecemasan.
“Doktor tolonglah saya. Berikan rawatan yang terbaik untuk isteri saya. Saya sanggup bayar berapa saja kos dia..” rayu Tengku Elman kepada doctor yang masuk kedalam bilik kecemasan itu.
“Encik jangan risau. Itu memang kewajipan kami. Kami akan cuba yang terbaik. Jangan risau. Cuma berdoa pada DIA yang maha pengasih..”
Tengku Elman mengangguk! Benar juga kata doktor itu. Semuanya terserah pada yang maha esa. Tengku Elman mendail nombor orang yang terdekat terutama sekali Pak Teh dan Mak Teh. Mungkin juga mereka tengah risau kerana sepatutnya jam ini Humaira sudah sampai ke rumah.
Tidak lama kemudian kelihatan Mak Teh dan Pak Teh sudah sampai.
“Macam mana keadaan Ira?”
“Dia masih kat dalam tu. El risau Pak Teh, Mak Teh..” jawabnya perlahan. Dialah yang paling risau sekali. Mana mungkin dia akan mampu kehilangan Humaira buat kedua kalinya.
“Jangan risau.. kita banyak-banyakkanlah berdoa ya..” ujar Pak Teh. Bukan sahaja Tengku Elman sahaja yang merasa risau. Malah mereka sekelaurga juga rasa begitu.
“Elman takut kehilangan dia..” jawab Tengku Elman dengan suara yang sudah serak. Dia rasa mahu menangis ketika ini. Dugaan apakah yang tiada kesudahan buat Humaira?
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Pak Teh.
“Entahlah.. Elman ingat ada orang cuba nak bunuh Ira..”
“Apa!! Ada orang cuba nak bunuh Ira? Tapi kenapa?” soal Pak Teh semakin risau. Apa yag ditakuti kini sudah berlaku.
“Entahlah...” jawab Tengku Elman pendek.
“Mesti ada perkara yang Tengku tak tahu kot! Apa sebab orang itu melanggar Ira..” usul Pak Teh perlahan. Kebimbangannya selama ini akhirnya terjadi jua. Sudah pasti Datin Melinda yang punya angkara. Mungkin Datin Melinda sudah tahu yang Ariana yang sebenarnya masih hidup. Akhirnya dia mengeluh sekali lagi. Melihat keriasaauan di wajah Pak Teh, Tengku Elman serba salah.
“Sebenarnya hari tu Isabella gaduh dengan Ira. Dia marahkan Ira penyebab kami putus tunang. Sebab itulah saya tawarkan diri untuk menghantar dia pulang tadi. Saya suruh dia tunggu kat luar sekejap. Tapi bila Ira nak lintas jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta itu terus melanggar Ira. Saya tak sempat nak buat apa-apa. Laporan polis pun saya belum buat.” terang Tengku Elman.
“Tak apalah kalau macam tu biar kami berdua jaga dia. Kamu pergilah buat laporan polis.” Pak Teh memberi cadangan.
“Tapi, Elman nak tunggu sampai Ira keluar dari bilik kecemasan ni.”
KEMUDIAN Dato Farid sampai. Apa lagi terkejutlah dia melihat Pak Teh dan Mak Teh turut berada di sana.
“Pak Teh??” nama itu disebut sebaik saja melihat wajah yang berada di hadapannya ini.
“Ya Dato.. Dato Apa khabar?” ujar Pak Teh sambil tersenyum. Sudah lima tahun mereka tidak bertemu. Namun wajah itu masih tidak berubah. Begitu juga dengan sikap Dato Farid. Masih ramah seperti dulu. Tetapi adakah bekas majikannya itu akan memaafkannya kerana selama tahun ini mereka menyembunyikan anak perempuannya?
“Sihat. Kamu berdua macam mana? Sihat?” balas Dato Farid lagi. Betapa gembiranya dia bila dapat berjumpa dengan Pak Teh dan Mak Teh.
“Kami sihat.. Datin Melinda tak ikut Dato sekali ke?” soal Pak Teh apabila dia menyedari Datin Melinda tiada di situ.
“Tak. Saya terus bergegas ke sini bila menerima panggilan dari Tengku Elman tadi. Macam mana kamu boleh berada di sini.? Dan siapa pula yang sakit ni?” dia menyoal sambil memandang Tengku Elman. Sebentar tadi dia cepat-cepat menuju ke hospital apabila menerima panggilan dari Tengku Elman. Disangkanya Tengku Elman mengalami kecelakaan.
“Sebenarnya.. Ari atau Ariana. Dia tu anak papa, isteri Elman..” ujar Tengku Elman. Memang dia tahu sukar untuk Dato Farid percaya akan kata-katanya. Sama macam dia mula-mula tahu akan kebenarannya itu. Namun sekaranglah masa yang sesuai untuk dia memberitahu hal itu kepada bapa mertuanya.
“Apa ni? Papa tak faham.. Ariana mana pula ni?” soal Dato Farid. Memang dia pernah berjumpa dengan gadis yang serupa dengan anaknya. Bukan sekali malah beberapa kali.
“Betul Dato.. Ariana anak Dato masih hidup..” Pak Teh mencelah. Dia harus memberitahu hal yang sebenarnya. Sudah lima tahun mereka menyimpan rahsia ini dan sekaranglah masa yang sesuai.
“Masih hidup? Mana mungkin.. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan letupan berlaku pada kenderaannya. Dan kini awak cakap Ariana masih hidup? Apa ni?” kedengaran suara Dato Farid agak tegang.
“Betul papa.. Pada mulanya Elman pun tak percaya. Setelah Pak Teh dan Mak Teh ceritakan segalanya barulah Elman percaya” kina giliran Tengku Elman pula mebela Pak Teh dan Mak Teh.
“Betul ke anak papa masih hidup?” soal Dato Farid masih dengan rasa tidak percayanya.
“Betul papa..”
“Syukur alhamdulilah..” ada air mata yang bergenang di pipinya. Siapa tidak gembira mendengar anaknya yang di sangkakan mati itu sebenarnya masih hidup.
“Tapi kenapa dia tak kenal papa masa itu?” teringat kembali bagaimana telatah gadis yang mirip wajah anaknya itu.
“Dia mengalami amnesia. Selepas kemalangan itu dia langsung tak ingat apa-apa tentang masa lampaunya. Malah dia langsung tidak kenal siapa dirinya yang sebenarnya. Dengan Elman pun dia tidak kenal..”
“Tapi kenapa dia ada dengan kamu Pak Teh? Apa yang berlaku sebenarnya..”
“Saya minta maaf Dato.. Saya dan isteri tidak sengaja..”
“Sampai hati kamu sembunyikan dia dari saya yang ayah kandungnya.. Selama ini saya sangka satu-satunya anak kami sudah meninggal” ada nada kesal di hujung suaranya Dato Farid.
“Sebenar ada penyebab Pak Teh berbuat demikian” kemudian Tengku Elman menceritakan apa yang berlaku kepada Ariana. Dan sehingga sekarang mereka tidak tahu apa motif Datin Melinda berbuat demikian.
“Saya minta maaf Dato..” Pak Teh meminta maaf dia atas apa yang terjadi. Dato Farid menarik nafas lega. Dia sendiri terkejut mendengar pengakuan Pak Teh sebentar tadi.
“Tak apalah.. Sepatutnya saya berterima kasih kerana menyelamatkan nyawa dan menjaga Ariana selama lima tahun ni. Saya sungguh tak sangka.. Datin Melinda bersikap macam tu. Sanggup dia nak bunuh anak saya yang saya sayang tu..”
KU Zurin tergesa-gesa menuju ke hospitàl sebaik sahaja dia menerima panggilan dari Tengku Elman. Dalam hati dia juga tertanya-tanya kenapa abang sepupunya itu tiba-tiba menelefon. Setiba di hospital, dia melihat Tengku Elman sedang berada didalam kegelisahan. Dia melihat di sana ada Dato Farid dan bekas pekerja di rumah Dato Farid dulu. Kalau semua orang yang berada di situ dia kenal, siapa pula yang berada di dalm bilik kecemasan itu?
“Siapa yang sakit ni? Kak Bella ke?” soal Ku Zurin. Cuma dia perasan Isabella dan Datin Melinda saja yang tidak berada di situ.
Tengku Elman menoleh.
“Bukan Kak Bella..”
“Habis tu, Datin Melinda?” soal Ku Zurin lagi.
“Pun bukan..”
“Habis tu siapa?”
“Kak Ari..” jawab Tengku Elman pendek. Dia tahu pasti Ku Zurin akan terkejut mendengar sebaris nama itu.
“Kak Ari? Abang jangan nak bergurau? Kak Ari kan dah..” belum habis lagi Ku Zurin menghabiskan ayatnya. Namun percakapannya terus di potong oleh Tengku Elman.
“Dia masih hidup lagi..” pintas Tengku Elman. Apalagi, makin terkejut Ku Zurin mendengarnya. Mungkinkah abang sepupunya itu bermimpi di siang hari.
“Masih hidup?? Macam mana perkara ini boleh berlaku?” soal Ku Zurin yang masih berada dalam  keadaan terperanjat! Dia memang terkejut apabila mendapat tahu yang Kak Ari masih hidup. Namun dia tetap mengucapkan syukur kerana dia juga rindukan Kak Arinya.
“Abang pun tak percaya.. Pada mulanya abang anggap, Humaira itu orang lain..”
“Jadi selama ini, Kak Ira tu Kak Arilah ya?” ujar Ku Zurin lagi.
“Ya.. Kak Ira itu sebenarnya Kak Ari..”
“Tapi kenapa dia tak ingat wajah kita ni?”
“Sebab dia mengidap penyakit amnesia..”
“Oh.. kesiannya Kak Ari..”
“Begitulah ceritanya…”
Ku Zurin terus tersenyum. Dia sangat bersyukur kerana orang yang di sangka mati selama ini sebenarnya masih hidup. Tidak sabar rasanya dia mahu mendakap tubuh itu untuk meleraikan perasaan rindunya.
Amir dan Arin juga sampai di sana. Ruangan menunggu itu seakan sesak kerana di penuhi oleh saudara dan sahabat rapat Tengku Elman.
“Macam mana dengan Ira?” soal Arin sebaik saja dia melihat wajah Tengku Elman yang masih sugul. Dia tadi sangat terkejut apabila menerima panggila dari Amir yang mengatakan sahabatnya Humaira kecelakaan. Kemudia dia menyuruh Amir menjemput untuk pergi ke hospital. Kedai kainnya di tutup awal hari itu. Macam mana dia mahu bekerja jika dia berasa susah hati mengenangkan keadaan Huamira.
“Belum keluar lagi dari bilik kecemasan. Saya risau sangat ni! El tak boleh nak kehilangan dia sekali lagi..” ujar Tengku Elman dengan nada sedih. Amir mendekati dan memeluknya.
“Bawa bersabar.. Amir percaya Humaira akan selamat. Tapi apa yang penting, nanti El buat laporan polis. Biar polis yang uruskan kes ini.” Amir menasihati Tengku Elman.
“El nak tunggu Ira keluar dari bilik kecemasan dulu. Nanti barulah El pergi buat laporan polis.
TIDAK lama kemudian doktor yang merawat Humaira pun keluar dari bilik kecemasan. Semua mereka membuang pandang ke arah dokotr itu.
“Siapa ahli keluarga pesakit?”
“Saya suami dia..” cepat sahaja Tengku Elman mengakuinya.
“Saya nak bagitahu sesuatu. Pesakit dalam keadaan stabil. Cuma dia perlu berehat sebab kami dah beri dia ubat sedative. Tapi jangan lama-lama sangat jumpa pesakit.”
Semua mereka mengucap syukur dan tersenyum lega. Apa yang penting sekarang, Humaira selamat.
“Baiklah Doktor. Terima kasih”
“Sama-sama..”
Kemudian kelihatan beberapa jururawat menyorong katil beroda menuju ke bilik pesakit. Selesai semuanya barulah mereka di benarkan untuk melawat pesakit.
DATIN Melinda masih sibuk dalam dibilik pejabatnya. Telefon bimbitnya berdering. Dia tersenyum senang. Mungkin  ada berita baik yang mahu disampaikan oleh orang suruhannya. Mana tahu Humaira dah mati di langgar oleh budak suruhannya. Tidak sabar dia menunggu berita gembira itu. Segera dia mengangkatnya.
“Hello Rajai..”
“Hello.. Datin..” jawab suara dihujung sana.
“Ya.. Macam mana dengan kerja yang saya suruh kamu buat tu?” soal Datin Melinda tanpa sabar.
“Minta maaf Datin.. Kami dah buat kerja tu tapi tak taulah sama ada perempuan tu masih hidup atau dah mati..” jawab orang suruhannya itu.
“Apa!!! Sial.. Itu kerja senang pun korang tak boleh buat!!” bentak Datin Melinda. Sakit hatinya apabila mendengar orang suruhannya tidak dapat membuat kerja yang di berikan. Tak apa dia akan cari jalan lain. Namun dia harus bertindak cepat. Dia tidak mahu ada pihak yang menghidu perbuatannya.
DATIN Melinda berjalan ke hulu ke hilir. Dia resah dan gelisah. Semenjak dia menerima panggilan telefon tadi dia marahkan dirinya sendiri. Mengapa mereka yang buat kerja itu terlalu cuai! Dan sekarang mereka pasti tahu yang Ariana sebenarnya masih hidup. Kebetulan tadi dia terdengar Dato Farid menerima panggilan telefon dari seseorang. Lalu dia mengekori Dato Farid. Apabila dia sampai di hospital, dia melihat Tengku Elman bersama dua orang yang sangat di kenalinya. Dan orang itu sudah lama keluar dari rumahnya. Cepat-cepat dia pergi dari situ kerana dia mengangak akan ada beberapa orang lain lagi yang akan sampai.
“Habislah kita kali ini Bella..” ujar Datin Melinda lagi.
“Kenapa mummy? Apa yang berlaku?” soal Bella lagi. Dia melihat mummy sangat risau. Dari tadi dia melihat mummynya berjalan ulang-alik. Sampai dia sendiri pun pening kepalanya.
“Betul Bella tak tahu apa yang berlaku?” soal Datin Melinda dengan perasaan geram. Entah kenapa hari ini dia merasakan hidupnya seperti kelam kabut.
“Betullah mummy. Mana Bella tahu apa yang berlaku..” jawab Isabella dengan hati yang tertanya-tanya.
“Mereka dah tahu yang Ariana masih hidup!”
“Hah!! Macam mana ini boleh berlaku?”
“Ariana kemalangan. Daddy awak pun belum balikkan?”
“Belum..”
“Habislah.. mesti mereka akan cancelkan majlis perkahwinan itu nanti..”
“Bella tak akan biarkan Elman buat macam tu!!” ujar Isabella geram. Tinggal seminggu lagi tempoh majllis perkahwinan mereka!
“Habis apa kita nak buat?” soal Datin Melinda lagi. Namun perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi orang membuka pintu utama. Pasti Dato Farid sudah pulang!
Jam dinding sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Nampak sangat wajah Dato Farid keletihan. Cepat-cepat Datin Melinda menghampiri suaminya itu.
“Abang dari mana tadi? Sekarang baru balik?” soal Datin Melinda dengan lembut. Pada hal dalam hati dia masih gelisah.
“Abang dari hospital! Anak kawan abang accident!” tenang sahaja Dato Farid menjawab. Dia masih teringat pesan Tengku Elman sebentar tadi. Biar pun dia rasa sukar untuk percaya tetapi itulah hakikatnya. Datin Melinda yang menyebabkab dia hampir-hampir kehilangan anak tunggalnya.
“Kesiannya.. teruk ke dia bang?” soal Datin Melinda dengan serius.
“Teruklah juga.. masuk ICU. Dahlah abang nak mandi. Nak berehat.. Abang penatlah..”
“Okey.. Abang naiklah dulu.. Mel sediakan air susu untuk abang..” ujar Datin Melinda lagi. Namun dalam hatinya dia memang gelisah. Gelisah bila memikirkan apa yang di beritahu Dato Farid sebentar tadi.
Kemudian, Dato Farid terus melangkah menaiki anak tangga satu persatu. Isabella sudah lama meninggalkan ruang tamu.

Ketika berada di dapur, Datin sekali lagi menghubungi si Botak. Namun panggilannya langsung tidak berjawab. Kemana pula dia pergi ni? soal Datin Melinda dalam hati. Dahlah sekarang dia betul-betul perlukan pertolongan dari lelaki itu!