Laila membaringkan tubuhnya di sisi suaminya. Asyik benar
suaminya menatap majalah tentang perniagaan di tangannya.
“Abang.” Panggilnya.
“Ada apa sayang?” soal Hazzim.
“Abang tak menyesal ke kahwin dengan Laila?” soal Laila
perlahan. Suaminya yang tadi tengah asyik membaca majalah terus saja menutup
majalahnya. Dia sebenarnya terkejut dengan soalan yang keluar dari bibir
isterinya.
“Kenapa abang menyesal kahwin dengan Laila pula?” soal
Hazzim kehairanan.
“Yelah dah lima belas tahun kita kahwin, tapi kita belum di
kurniakan zuriat lagi..” adu si isteri. Bukan sekali dua dia menyuarakan tapi
saban tahun, mereka tetap menunggu.
“Apa yang Laila risaukan. Kesihatan Laila tu penting tau!
Jangan nak kusutkan fikiran dengan masalah macam ni.” nasihat Hazzim lagi. Dia
tahu semenjak akhir-akhir ni Laila tidak berapa sihat. Berbuih jugalah mulutnya
menasihati Laila supaya pergi ke klinik, namun isterinya itu degil orangnya.
“Laila pun nak tahu juga apa perasaan abang. Kalau abang nak
juga ada anak, apa kata abang kahwin lagi..” tiba-tiba dia memberi idea gila.
“Hish gila!! Apa Laila merepek ni? Abang bersyukur tau punya
isteri macam Laila. Isteri yang sanggup bersama dalam keadaan abang susah dan
senang. Sakit dan sihat abang. Semuanya Laila yang jagakan.”
“Tapi abang mesti nak anak lagikan. Memanglah abang dah ada
Yusoff tapi..”
“Dah jangan nak merepek malam-malam macam ni.. Mari kita
tidur..” ujar Hazzim memotong ayat Laila. Kalau di layan kata-kata Laila sampai
esok pagi pun tak habis. Dia menarik selimut menutup tubuh isterinya. Dia
memeluk tubuh isterinya. Dia mendekatkan bibir ke telinga isterinya.
“Dengar sini baik-baik. Abang sayangkan Laila seorang..
Abang tak nak menduakan Laila. Biar apa pun orang cakap, Laila jangan pernah
peduli. Dan lagi satu, abang bersyukur kita sudah ada Yusoff. Jadi abang harap,
Laila jangan nak ungkitkan pasal kahwin tu.. Faham!!” sambil itu dia mencium
dahi isterinya. Laila hanya mengangguk. Entah kenapa hari ini dia tiba-tiba
saja membuka cerita itu. Bukannya dia tidak tahu kasih dan sayang Hazzim
kepadanya. Namun dia rasa rendah diri bila tidak dapat melahirkan zuriat untuk
abang Hazzim.
........................
“Selamat pagi umi..” sapa Yusoff. Laila yang menyediakan
sarapan pagi hanya tersenyum. Memang itulah kebiasaannya.
“Selamat pagi Yusoff..”
“Umi masak apa pagi ni?”
“Nasi goreng.. Yusoff nak ke?”
“Kalau umi yang masak mestilah Yusoff nak.. Rugi tau tak
makan makanan yang umi masak..” balas Yusof lagi. Memang dia suka dengan
masakan uminya. Uminya memang umi yang terbaik di dunia! Kadang-kadang teman
rapatnya juga cemburukan dia. Mereka sering mengatakan Yusoff bertuah punya umi
yang baik. Pada hal mereka tahu uminya itu bukan ibu kandung. Kiranya ibu
tirilah tu.
Laila hanya tersenyum. Yusoff ni memang pandai mengambil
hati. Dia juga seorang anak yang baik. Laila meletakkan nasi goreng ke pinggan
Yusoff. Berselera sungguh Yusoff menikmati hidangannya.
“Abah mana umi?” soal Yusoff lagi. Dia baru perasan abahnya
belum turun lagi. Sedangkan dia sudah separuh nasi goreng yang di makannya.
“Tu, dah turun pun. Umi baru ingat nak jenguk dia tadi.”
jawab Laila.
..............................
“Hai Hazzim..”
Hazzim melihat kearah seorang perempuan yang menyebut
namanya. Dia rasa macam kenal tetapi di mana dan bila?
“You tak kenal I ke?” soal perempuan itu lagi. Hazzim masih
lagi cuba mengingati. Takkan dia?
“Marissa?” dia menyebut nama yang sudah lama hilang dari
hidupnya.
“Iya ex wife you.”
Balas Marissa tersenyum. Dia sendiri pun tidak menyangka akan bertemu semula
dengan bekas suaminya di sini. Sudah lapan belas tahu dia bercerai dengan
Hazzim. Ketika dia pergi dari hidup Hazzim dulu, Hazzim tidaklah segah
sekarang. Namun dari hari ke hari jiwanya meronta-ronta mahu berjumpa dan
bersua muka dengan Hazzim. Hazzim sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang
sangat hebat sekarang. Dan dia mahu kembali dalam hidup Hazzim seperti dulu.
Tiba-tiba Hazzim berasa tidak sedap hati. Kemunculan Marissa
itu adalah sesuatu yang mengejutkan. Namun dia tidak boleh berburuk sangka
dengan bekas isterinya.
“You ni kenapa? Tak
suka jumpa I ke?” soal Marissa pura-pura terasa dengan sikap Hazzim.
“Tak adalah. Cuma I terkejut tengok you sekarang..” balas
Hazzim sambil tergelak sendiri.
“Anak kita mesti dah besarkan? Macam mana rupanya dia
sekarang?” soal Marissa lagi. Sengaja dia bertanya pasal ‘anak’ yang telah di
tinggalkan bersama Hazzim dulu. Inilah yang paling merisaukan Hazzim. Kewujudan
perempuan ini mesti mahu bertanya pasal anak mereka. Tapi kenapa sekarang?
Setelah berbelas tahun Marissa tinggalkan dia dengan Yusoff, baru sekarang dia
muncul!
“Ya dia dah besar. Kami jaga dia dengan penuh kasih
sayang..” jawabnya dengan jujur. Marissa sedikit terasa.
“Kami?” soalnya pendek.
“I dah kahwin lagi. Itu pun selepas kita bercerai dan you
pun pergi dari hidup I.” Jawab Hazzim dengan tenang. Kalau di fikir-fikirkan
kembali, betapa sakit hatinya ketika itu. Namun, Lailalah perempuan yang banyak
membantunya untuk bangkit semula. Melihat kejujuran Laila yang selalu
menjagakan Yusoff untuknya, ibunya Puan Mariam menyuruh dia berkahwin dengan
Laila. Pada mulanya dia memang tidak dapat menerima sepenuhnya Laila sebagai
seorang isteri. Namun lama kelamaan dia berasa tidak sanggup lagi menipu
dirinya sendiri. Cintanya sudah utuh buat wanita yang bernama Laila itu.
“Oh mesti you dah punya anak dengan wife youkan? Berapa
orang agaknya?” soal Marissa dengan nada cemburu. Beruntunglah perempuan yang
menjadi isteri lelaki itu.
“Kalau tak ada apa-apa lagi I nak pergi dulu.” Hazzim cuba
memberi alasan. Dia malas mahu menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari mulut
Marissa.
“Macam mana I nak jumpa you lagi?” soal Marissa yang kecewa
dengan sikap dingin Hazzim. Dia berharap pertemuan mereka tidak terhenti di
situ saja.
“I rasa I tak nak jumpa lagi.. Takut ada orang salah faham
dengan pertemuan kita.” Jawab Hazzim. Marissa mengeluh kecewa. Nampaknya Hazzim
masih terasa dengan sikapnya yang dulu.
..................................
Tiba-tiba Yusoff terlanggar seorang wanita yang agak bergaya
itu. Kalau di lihat umurnya mungkin lebih kurang dengan umur uminya.
“Maafkan saya puan. Saya tak sengaja..” dia terus meminta
maaf. Dia teringat pesan uminya. Dan pesanan sebegitulah yang membentuk dia
menjadi seperti sekarang ini.
“Awak buta ke? Jalan pakai kepala lutut!” marah wanita itu
lagi. Terasa sakit bahunya di langgar lelaki muda itu tadi. Entah apa yang di
kejarnya sehinggakan dia yang besar itu di rempuh oleh pemuda itu!
“Saya dah minta maaf. Terpulanglah kalau puan tak nak
maafkan saya.” Ujar Yusoff lalu berlalu pergi. Dia dapat melihat wajah wanita
yang garang macam singa itu. Geram pula bila maafnya tidak di terima oleh
wanita itu.
.................................................
“Umi tak sihat ke?” soal Yusoff sebaik saja melihat wajah
Laila yang pucat itu. Semenjak akhir-akhir ini dia sibuk dengan assignment di kolej membuatkan dia tidak
sempat bersembang dengan uminya seperti selalu.
“Tak adalah. Umi cuma pening sedikit..” jawab Laila mahu
melegakan hati Yusoff.
“Kalau Umi tak sihat, Yusoff call abah balik cepat.” Usulnya
lagi.
“Tak payahlah. Abah Yusoffkan banyak kerja. Umi tak nak dia
risau!” balas Laila lagi.
Yusoff hanya mendiamkan diri. Namun dia dapat melihat wajah
uminya yang sedang menahan kesakitan.
“Umi dah makan ubat ke?” soanya lagi.
“Dah. Umi nak berehat sekejap. Nanti baiklah tu. Yusoff tak
payah risau ye!”
“Okeylah kalau macam tu, Yusoff masuk bilik dululah ya
umi..” ujar Yusoff lagi. Pintu biliknya di tutup perlahan.
Dia duduk termenung di atas katil. Entah mengapa dia berasa
tidak sedap hati bila melihat seorang sedang menghendap di luar rumah mereka
tadi. Dia mahu memberitahu hal itu kepada uminya. Tetapi tidak jadi
memandangkan uminya tidak sihat. Dia bangun menuju ke tingkap. Dia masih lagi
melihat kereta yang sama berada di luar rumah mereka.
.......................................
Hazzim pulang ke rumah dengan wajah yang penuh kerisauan. Pertemuannya
dengan Marissa tengah hari tadi masih lagi terbayang di ingatannya.
“Kenapa abang nampak risau?” soal Laila bila melihat
suaminya asyik termenung. Dari petang tadi lagi dia perasan.
“Tak ada apalah..” jawab Hazzim. Tapi dia rasa serba salah
kerana tidak bersikap jujur dengan Laila. Patutkah dia memberitahu Laila hal
itu. Tapi kalau Laila tahu adakah isterinya itu akan cemburu! Mungkin dengan
orang lain Laila tidak cemburu kerana tahu dia begitu sayangkannya. Tapi wanita
ini adalah Marissa bekas isterinya sendiri!
“Kalau tak ada apa-apa masakan abang asyik termenung je dari
petang tadi..” Laila memancing perhatian suaminya.
“Sebenarnya, abang ada jumpa Marissa tengah hari tadi. Waktu
abang balik dari jumpa klien.”
“Iya.. dia cakap apa?” soal Laila lagi.
“Dia bertanyakan Yusoff. Tapi abang risaulah..” terdengar
keluhan dari bibir Hazzim.
“Apa yang abang risaukan..” soal Laila hairan.
“Entahlah. Macam-macam. Abang sendiri pun tak tahu..” jawab
Hazzim lagi. Memang benar pun dia pun tak tahu kenapa dia berasa risau.
“Baik abang berehat. Abangkan dah penat. Seharian bekerja.
Nak Laila urut tak?” soal Laila manja. Hazzim mengangguk. Memang begitulah
sikap Laila. Dirinya di layan dengan penuh kasih sayang.
.....................................
Marissa bertemu dengan kawannya Ainul. Peritstiwa pertemuannya
dengan Hazzim masih lagi terbayang di fikirannya.
“Aku ada jumpa Hazzim..”
“Kau jumpa dengan Hazzim? Kat mana?” soal Ainul. Bertahun-tahun kawannya itu bercerai dengan lelaki itu, baru kini dia berjumpa dengannya semula.
“Masa tu aku pergi spa. Aku pun tak sangka terserempak
dengan dia kat luar Spa tu.”
“Habis tu, macam mana?”
“Aku tengok dia makin handsome dan bergaya. Maklumlah
seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pasti dia menjadi pujaan ramai wanita di
luar sana.” ujarnya sambil tersenyum.
“Jadi apa kau nak buat?”
“Aku fikir aku nak berbaik semula dengan dia. Manalah tahu
aku masih ada peluang..” jawab Marissa lagi. Entah mnegapa selepas dia bertemu
dengan Hazzim. Pelbagai perkara yang timbul di kotak fikirannya.
“Diakan dah kahwin. Tapi aku dengar dia tak ada anak dengan
isteri dia tu..”
“Betul ke ni? Mana kau tau?” Marissa seperti teruja.
Nampaknya dia masih ada peluang untuk mendekatkan dirinya dengan Hazzim.
................................................
“Buat apa you datang sini?” soal Hazzim sambil matanya masih
memandang fail yang berada di depannya. Marissa hanya tersenyum. Nampaknya
Hazzim buat-buat dirinya sibuk!
“I datang nak berbaik dengan you..”
“Apa maksud you?” Kali ini barulah Hazzim mengangkat
mukanya. Dia pandang wajah Marissa yang duduk di depannya.
“Maksud I, kita berbaik seperti dulu. Lagipun ini untuk kebaikan
anak kita..” selamba saja Marissa memberi alasan. Hazzim tergelak! Kali ini
giliran Marissa lagi yang kehairanan.
“Hei you! Apa mimpi you nak berbaik dengan I? Kalau untuk
kebaikan anak kita, I think you wrong. It
not a good reason..” ujar Hazzim lagi masih menyambung gelaknya. Kelakar
sungguh! Sudah bertahun-tahun dia dan Marissa bercerai dan berpisah, tiba-tiba
kali ini Marissa meminta untuk berdamai.
“Kenapa? Tak boleh ke I berbaik dengan you? I sanggup jadi
bini nombor dua you..”
“Ini bukan perkara mudah Marissa. Cuba you fikir, setelah
bertahun-tahun you tinggalkan I dengan Yusoff, baru sekarang you nak fikir
semua ini. Mengapa tidak dari dulu?”
“Jadi you masih cintakan I?” soal Marissa tanpa ragu. Laila
yang berdiri di luar itu hanya berdiri mendengar butir bicara suaminya dengan
seorang perempuan. Dia menggenggam erat tali bungkusan makanan tengah hari
untuk suami tercinta. Namun sesampai di luar bilik suaminya dia terdengar suara
seorang perempuan sedang berbalah dengan suaminya. Dia menguatkan hati.
“Apa you cakap ni? Antara kita dah lama terpadam. Cinta I
dengan you pun dah tak ada semenjak you mengambil keputusan untuk meninggalkan
kami. I hanya cintakan isteri I saja. Dialah isteri yang terbaik di dunia”
“Apa lebihnya dia? Sampai you sanjung sangat isteri mitahli
you tu?” soal Marissa geram. Ingatkan Hazzim masih cintakan dirinya. Namun dia
tersalah sangka. Malu sungguh!!
“I tak boleh cakap apa-apa. Cuma I nak you tahu, I
betul-betul sayangkan isteri I..” tegas Hazzim lagi. Perempuan seperti Marissa
tidak layak untuk bertanyakan kelebihan orang seperti Laila itu.
“Walaupun dia mandul!” soal Marissa lagi. Perkataan mandul
itu benar-benar membuatkan hati Hazzim sakit!
“Shut up!! Dia
bukannya mandul. Cuma belum rezeki kami dapat anak.” jerit Hazzim. Dia pantang
benar kalau ada orang yang mahu merendahkan maruah isterinya. Sekali lagi
Marissa terkejut dengan tindak balas Hazzim.
“You tak berhak tuduh isteri I yang bukan-bukan. Walau apa
pun yang orang lain cakap, I pasti semua itu ada hikmahnya.. dan you sedar
sikit, you memang tak ada hak nak masuk campur dalam urusan rumah tangga I”
Laila yang mendengar kata-kata Hazzim begitu terharu! Dia
tidak menyangka suaminya itu benar-benar menyayanginya. Dia terus memusingkan
badannya. Tidak jadi dia mahu masuk kebilik pejabat suaminya. Dia meninggalkan
plastic makanan itu kepada setiausaha suaminya. Dia tidak mahu mengganggu
urusan suaminya. Kini apa yang di fikirkannya dia mahu segera pulang! Manalah
tahu Yusoff sudah menunggunya di rumah.
Dia menyuruh pemandunya Pak Husin menghantarnya pulang
segera ke rumah.
.............................
Marissa keluar dari pejabat Hazzim dengan perasaan marah!
Dia tidak menyangka bekas suaminya itu masih berdendam dengan dirinya.
Sebaik sahaja melihat Marissa keluar dari bilik Hazzim,
cepat-cepat Nurul mengetuk pintu bilik Hazzim.
“Ada apa?” soal Hazzim tanpa memandang. Nurul meletakkan bungkusan
makanan yang di hantar oleh Puan Laila tadi.
“Encik Hazzim, ini makanan yang di hantar oleh Puan Laila
tadi.” Ujar Nurul.
“Mana dia?” soal Hazzim sebaik saja mendengar Nurul menyebut
nama isterinya.
“Dia sudah pulang! Katanya dia tidak mahu menganggu urusan
Encik Hazzim..”
“Terima kasih..”
“Saya keluar dulu. Sekarang waktu makan tengah hari..”
“Baiklah.” Hazzim terus mengambil telefon bimbitnya. Dia
mendail nombor telefon Laila. Panggilan pertama tidak di jawab. Kemana
isterinya pergi? Dia mendail lagi, namun dia tetap hampa apabila panggilannya
tidak berjawab.
Dia terus mendail nombor Pak Husin. Pak Husin menjawab.
“Hello..”
“Ya Tuan..”
“Puan mana?” soal Hazzim gelisah!
“Puan sudah balik ke rumah Tuan. Kenapa?” soal Pak Husin
hairan.
“Tak ada apa-apa. Saya call tadi dia tak jawab..” perasaan
Hazzim sedikit lega. Walau pun dia risaukan sesuatu, namun dia tetap juga
memakan makanan yang di hantar oleh Laila tadi.
.........................................
Laila duduk termenung di biliknya. Masih terngiang-ngiang
kata-kata Marissa kepada suaminya. Bukannya dia tidak pernah menyusulkan
suaminya kahwin lain, tapi suaminya yang menolak. Namun kini dia perlu
memikirkan untuk suaminya. Ya dia harus membuat keputusan!
“Laila ada datang ke pejabat abang tengah hari tadikan?” soal
Hazzim sebaik saja di berada didepan Laila.
“Ada. Tapi Laila terus balik sebab Laila tengok abang ada
tetamu..” jawab Laila dengan senyuman.
“Tetamu tu tak penting. Abang terasa tau, Laila balik macam
tu saja. Lepas tu abang call pun Laila tak angkat. Risau abang tau!” Hazzim meluahkan
perasaannya.
“Laila minta maaflah bang. Manalah Laila tahu abang perlukan
Laila..” Laila membuka tali leher yang di pakai oleh Hazzim.
“Laila nak tahu tak, siapa tetamu tak di jemput tu?” soal
Hazzim lagi.
“Siapa tu bang? Laila kenal ke?”
“Marissa. Dia datang nak berbaik dengan abang..”
“Baguslah tu..” jawab Laila selamba. Namun dia cemburu juga
pada mulanya bila mengetahui perempuan itu adalah Marissa! Namun dia tidak mahu
menampakkan rasa cemburu di depan suaminya.
“Apa yang bagus? Dia sanggup nak jadi madu Laila. Laila nak
ke?” kali ini Hazzim pula yang naik geram dengan sikap acuh tak acuh Laila.
Tidakkah isterinya tahu yang dia tidak boleh hidup tanpa isterinya di sisi.
“Laila tak halang kalau abang nak rujuk balik dengan dia.
Lagi pun, Laila sedar akan kekurangan Laila..” ada nada sayu di hujung suaranya
itu. Merajuk kali!!
“Apa yang Laila cakapkan ni?”
“Tak ada apa-apalah..” Laila terus menuju ke dapur untuk
menyediakan minuman petang buat suaminya.
......................................
“You buat apa kat sini?” soal Hazzim. Dia terkejut melihat
Marissa sudah berdiri di depan pintu pagarnya. Pada masa itu dia sedang
membelek bunga yang di tanam oleh Laila. Memang hari minggu begitu dia
meluangkan masa bersama isterinya.
“I nak jumpa anak I..” jawab Marissa.
“You nak jumpa Yusoff?”
“Ya. I teringin nak tengok wajah dia..” rayu si Marissa. Dia
harus bersikap lembut sedikit. Manalah tahu umpannya mengena. Lagi pun dia
melihat seorang wanita berdiri di sisi Hazzim. Kalau dengan si Hazzim, pasti
dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya.
“Bang bagilah dia masuk. Tak elok biarkan tetamu di luar
tu..” tegur Laila lagi. Hazzim akur sahaja dengan teguran Laila. Hazzim membuka
pintu pagar. Marissa cepat-cepat melangkahkan kaki ke rumah bekas suaminya itu.
‘Mak ai.. Besarnya rumah. Tapi memang patut pun, diakan seorang ahli perniagaan
yang berjaya.’ Getus hati Marissa.
Laila menjemput Marissa ke ruang tamu. Sambil itu dia
menyuruh Mak Ejah membuat minuman untuk mereka dan juga tetamu mereka. Sementara
itu, mereka menunggu Yusoff balik dari luar.
Mendengar motosikal Yusoff bergema di luar rumah, Laila
terus bangun menuju ke pintu. Dia membukakan pintu untuk Yusoff. Bagi Yusoff
bersalam dengan uminya itu sudah menjadi kemestiannya. Namun dia terkejut bila
uminya memberitahu mereka ada tetamu yang menunggunya.
“Siapa dia ni umi, abah?” soal Yusoff agak kasar. Dia hairan
melihat wanita yang pernah memarahinya tempoh hari ada di ruang tamu rumahnya.
“Yusoff, salam tangan dia..” ujar Laila lagi. Yusoff
menjeling tajam ke arah wanita itu. Salam tangan dia? Umi ni biar betul?
“Tak apalah umi, Yusoff nak naik ke atas dulu..”
“Mesti you tak pandai didik anak. Sebab itu dia kurang ajar
sangat!” marah Marissa. Terpempam Yusoff seketika. Siapa wanita yang berani
marahkan uminya. Dan abahnya pun ada di situ juga?
“Puan ni siapa nak marah-marah umi dan abah saya. Untuk
pengetahuan puan, orang macam puan ni tak layak nak di hormati.” Sambung Yusoff
lagi.
“Yusoff..” panggil Laila lagi.
“Kenapa umi? Kenapa dia sesuka hati nak marah umi macam tu?”
marah Yusoff lagi. Dia semakin hairan! Kelakuan umi dan abahnya sangat pelik
hari ini!!
“I ibu kandung Yusoff!” terang Marissa pula.
“Ibu kandung?” soal Yusoff terkejut.
“Ya. Dia ibu kandung Yusoff. Jadi Yusoff tak boleh bersikap
macam tu dengan dia..” nasihat Laila lagi. Dia benar-benar terkejut melihat
Yusoff seakan-akan marah dengan Marissa. Selama ini, Yusoff tidak pernah
menunjukkan sikap marah pada dirinya. Pasti ada sesuatu yang membuatkan Yusoff
marah sebegitu.
“Memang you tak pandai didik diakan? Sebab itu dia bersikap
kuarang ajar begini!”
“Sepatutnya puan yang tak pandai didik anak. Jangan nak
pandai-pandai tuduh umi saya macam tu! Dia umi Yusoff. Dan saya tak suka orang
tengking umi Yusoff macam ni..”
“Dia hanya ibu tiri Yusoff. Tapi I yang sebenarnya ibu
kandung Yusoff..”
“Betul! Seingat saya, puan yang pergi tinggalkan kami. Masa
itu abah hidup susah. Di sebabkan puan seorang yang gilakan harta, puan sanggup
ikut lelaki lain dan tinggalkan kami macam tu saja. Kenapa baru sekarang, puan
nak cari kami? Oh sebab abah dah jadi kayakan. Abah dah jadi ahli perniagaan
yang berjayakan?” sindir Yusoff lagi.
“Yusoff..” panggil Laila lagi. Dia tidak mahu Yusoff
mengungkit perkara yang sudah lama berlalu. Hazzim hanya mendiamkan diri. Kali
ini biarlah Marissa tahu, bukan dia saja yang tidak dapat menerima dia kembali
dalam hidupnya malah anak mereka Yusoff pun begitu.
“Biar dia tahu umi! Biar dia sedar diri! Ibu jenis apa yang
sanggup tinggalkan anak yang masih kecil dan mengikut lelaki lain!”
“Yusoff! Umi tak pernah ajar Yusoff kurang ajar dengan orang
lain terutama dengan perempuan yang memang ibu kandung Yusoff..” suara Laila
mula berketar.
Marissa hanya mendiamkan diri. Dia betul-betul rasa terhina
didepan anaknya sendiri. Dia ibu kandung anak itu. Tetapi anaknya lebih
menyebelahi wanita yang menjadi ibu tirinya itu.
“Yusoff tahu abah sangat sayangkan umi! Dan Yusoff pun
sayangkan umi juga. Sebab itulah Yusoff tak sampai hati melihat umi di hina
oleh perempuan yang tak tahu diri ini!” tunjuk Yusoff lagi. Sekali lagi Marissa
rasa dirinya di hina! Begitu sekali anak kandungnya sendiri mengagungkan wanita
itu. Dia rasa dirinya sangat hina sekali.
“Apa yang you ajar kat anak I ini hah!!” dia menjerit kepada
Laila.
“Marissa!!” kali ini barulah Marissa dan Laila mendengar
suara Hazzim bergema. Tiba-tiba Laila pengsan. Mereka semua terkejut!
“Ni yang you sukakan. Datang rumah ni nak buat huru-hara..” marah
Hazzim kepada Marissa. Marissa yang terkejut itu terus berari keluar dari rumah
itu. Dia tidak sanggup untuk berdepan dengan mereka lagi.
........................................
Hazzim dan Yusoff berasa sangat gembira apabila Laila di
sahkan hamil. Laila juga tidak lupa mengucapkan syukur kerana penantian mereka
berhasil juga.
Sepanjang Laila mengandung, Hazzim menjaganya dengan baik.
Dia tidak membenarkan Laila membuat kerja yang berat-berat. Kadang-kadang Laila
pun rasa bosan duduk sahaja tidak membuat kerja rumah. Nak masuk dapur pun
suaminya melarang. Siap dia suruh Mak Ejah memantau untuknya lagi. Dia tahu
sangat perangai Laila yang degil.
Laila tidak pernah memberitahu Hazzim tentang risiko yang
bakal dia hadapi semasa dia mengandung dan melahirkan. Demi untuk mempunyai zuriat,
dia sanggup mengambil risiko itu walaupun ianya melibatkan nyawanya sendiri.
Namun, apabila doktor memberitahu kepada Hazzim tentang
kesukaran itu, Hazzim benar-benar rasa tidak kuat. Dia risau kalau-kalau
berlaku perkara buruk terhadap Laila.
“Abah, kita berdoa saja semoga umi selamat melahirkan adik
untuk Yusoff.” Pujuk Yusoff. Dia tahu abahnya sedang bersedih. Namun hanya
hanya mampu berdoa.
Pembedahan terpaksa di jalankan kerana Laila tidak mampu
untuk melahirkan anak secara normal. Hazzim benar-benar rasa risau. Masih
terngiang-ngiang di telinganya tentang permintaan Laila. Namun dia tidak
memberitahu permintaan Laila itu kepada Yusoff.
“Laila nak abang berjanji..”
“Janji apa? Laila jangan fikir yang bukan-bukan..”
“Abang berjanji dulu..” ujar Laila dengan suara yang lemah.
Mahu tidak mahu, Hazzim mengangguk.
“Kalau apa-apa terjadi pada Laila, abang kahwin dengan
Marissa ya!”
“Apa yang Laila merepek ni?” soal Hazzim tidak senang hati.
Permintaan itu amat berat baginya. Dia hanya cintakan Laila. Tiada wanita lain
yang dapat menandingi Laila dalam hatinya.
“Abangkan dah janji..” ujar Laila sambil tersenyum pahit.
Hazzim juga terpaksa mempamerkan senyumannya. Laila rasa tenang.
.................................
Hazzim dan Yusoff mundar mandir di luar bilik pembedahan.
Mereka berdua benar-benar gelisah. Pelbagai perkara yang membuatkan mereka
risau. Tidak lama kemudian, doktor yang membuat pembedahan terhadap Laila pun
keluar. Cepat-cepat mereka menyerbu doktor tersebut.
“Macam mana doktor?” soal Hazzim tidak sabar.
“Tahniah encik. Encik mendapat sepasang anak kembar.”
“Sepasang anak kembar?” soal Hazzim lagi. Selama ini
isterinya tidak pernah memberitahu pun tentang hal itu. Namun dia cepat
tersedar tentang sesuatu.
“Ya Encik, tapi...”
“Macam mana dengan isteri saya?” soal Hazzim lagi.
“Beginilah. Sebenarnya, dia mengambil risiko untuk
mengandung bayi tersebut walaupun dia tahu kesannya. Buat masa sekarang dia
masih koma. Kita berdoa sahaja semoga dia dapat melepasi waktu kritikalnya.” Terang
Doktor Jamaliah itu.
“Koma?” rasa bagaikan mahu pengsan Hazzim mendengarnya.
Dugaan apakah yang sedang menimpanya. Dia tidak sanggup kehilangan Laila.
Mungkin di sebabkan itu, Laila sanggup menyembuyikan perkara tersebut dari
pengetahuannya. Yusoff juga mendengar apa yang di katakan doktor tersebut.
“Abah, sabar abah. Kita doa banyak-banyak buat umi..” pujuk
Yusoff lagi. Dia juga terasa sedih. Umi Laila terlalu baik! Sekarang dia
mempunyai sepasang adik kembar.
........................................
Dua hari Laila berada dalam keadaan koma. Akhirnya berkat
doa yang tidak putus-putus dari suaminya, Laila sudah sedar. Dia merasakan ada
insan lain yang tidur sambil mengenggam jari jemarinya. Dia pasti tiada orang
lain melainkan suami yang tercinta. Perlahan-lahan dia gerakkan jarinya.
“Abang...” panggilnya perlahan. Dia juga masih keliru. Tidak
ingat apa yang sudah terjadi!
Hazzim terbangun. Dia terasa bagaikan mimpi bila ada si
isteri memanggilnya abang. Namun bila dia melihat ke wajah Laila, kelihatan
Laila tersenyum padanya.
“Laila dah sedar?” soalnya sambil bangun dari kerusinya. Dia
mengucup dahi Laila. Seluruh rasa kasih sayangnya tumpah di situ. Tak tergambar
perasaan gembiranya.
“Abang panggil doktor dulu ya..”
Laila mengangguk! Hazzim segera memanggil doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Selesai pemeriksaan itu, Hazzim pergi mendapatkan Laila.
“Terima kasih Laila sebab berikan sepasang anak kembar buat
abang dan adik kepada Yusoff..” ujar Hazzim lagi. Dia benar-benar rasa gembira.
Berkali-kali juga dia mengucup pipi Laila.
“Mana anak-anak kita bang? Laila teringin nak tengok mereka.”
Hazzim menoleh sebaik saja pintu bilik di buka dari luar.
“Itu pun mereka..” ujar Hazzim tersenyum. Dia melihat dua
orang jururawat menyorong anak kembar mereka. Kemudian jururawat itu keluar.
Yusoff juga baru sampai bersama Mak Ejah dan Pak Husin.
“Hello baby. Welcome
to the world!!” Yusoff menegur perlahan kepada adik-adiknya.
“Tak payahlah nak usik mereka tu..” ujar Hazzim. Dia gembira
melihat kenakalan Yusoff terhadap adik-adiknya.
Laila juga tersenyum.
Kemudian mereka terdengar bunyi pintu di tolak dari luar. Kelihatan
Marissa sedang meluru masuk. Yusoff sudah bengang. Apa lagi yang perempuan itu
mahukan.
“Buat apa datang ke sini?” soal Yusoff kepada Marissa.
“Ibu datang nak jenguk umi Yusoff..” jawab Marissa. Dia benar-benar
kecewa dengan layanan dari Yusoff.
“Yusoff, tak baik buat ibu Yusoff macam tu..” nasihat Laila
dengan lembut. Yusoff memandang wajah uminya. Dia terkesan dengan kata-kata
uminya yang lembut itu.
“Minta maaf dengan ibu sayang..” sambung Laila lagi. Yusoff
hanya mengangguk. Dia tidak mahu menghampakan hasrat uminya.
“Yusoff minta maaf.. i..ibu..” ujarnya kepada Marissa.
Marissa tersenyum gembira. Kali ini dia dapat mendengar Yusoff memanggilnya
ibu. Dia malu dengan sikapnya yang menuduh laila tidak pandai mendidik Yusoff. Pada
hal, Yusoff merupakan seorang anak yang mendengar cakap. Dia begitu kagum
dengan sikap Laila yang menjaga Yusoff seperti anaknya sendiri.
“Ibu pun minta maaf. Ibu tahu ibu dah bersalah pada Yusoff,
umi Yusoff dan juga abah Yusoff...” ujar Marissa lagi. Akhirnya Yusoff memeluk
ibunya. Kini Yusoff mempunyai dua orang yang di panggil ibu. Namun Umi Laila
adalah Umi yang terbaik di dunia.
No comments:
Post a Comment