Suasana pagi
itu sangat sejuk. Air yang di curahkan ke badannya tadi masih terasa
kesejukannya. Di cermin itu dia memandang wajahnya. Nampak segar dan bibirnya
masih kebiruan kerana kesejukan. Setelah mengenakan t-shirt dan seluar panjang,
dia menuju ke ruang dapur. Pak Su, Mak Su, Mira dan Nenek Nab sedang menantinya
di meja makan.
“Hah, mari
sarapan Iqbal.” Pak Su Man mempelawa sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelah
Mira. Iqbal tersenyum sambil melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Mira.
Mira menghulurkan
pinggan berisi mee goreng kepada Iqbal.
“Lena kamu
tidur malam tadi?”
“Lena Pak
Su.. Ni yang terlajak tidur. Mira pun tak nak kejutkan.” Sengaja dia mengenakan
Mira. teringat dia bagai mana Mira marahkan dia pagi tadi kerana dia tidur bersama.
“Ha.. Dekat kampung
macam ni memang tak payah pakai aircond.
Sejuknya terasa sikit.” Sampuk Pak Su di susuli dengan tawa kecilnya.
Iqbal tersengih dan mengangguk kepalanya.
Sungguh kemesraan
keluarga Mira membuatkan hatinya selesa dan tenang. Kalau boleh dia mahu
berlama-lama di situ. Inilah impiannya mahu hidup di suasana kampung begini. Namun
buat masa sekarang dia masih lagi sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Cuti untuk
sehari dua tu bolehlah.
...................................................
Selepas bersarapan pagi, Mira duduk di
luar rumah. Tempat di mana dia selalu menghabiskan masanya berjam-jam untuk
membuat kerja sekolah masa waktu sekolah dulu. Pemandangan yang indah itu
menyapa di ruang matanya. Kadang-kadang perasaan rindu pada kedua orang tua
singgah di ruang ingatan. Dia menjadi anak yatim piatu semenjak umur dua belas
tahun lagi. Dia kehilangan orang tua selepas mereka terlibat dalam nahas jalan
raya sewaktu mereka pulang dari kerja. Pada masa itu kebetulan dia tidak ikut
kedua orang tuanya. Sekiranya dia ikut masa itu mungkin dia tidak lagi bernafas
di muka bumi tuhan ini.
“Assalamualaikum..” sapa satu suara. Mira terkejut apabila mendengar orang memberi salam kepadanya.
“Waalaikumusalam...” jawab Mira sambil mendongak ke arah suara yang memberi salam itu. Dia tersenyum ke arah anak muda itu.
“Oh..Malleh...” ujarnya sambil tersenyum. Ismalleh adalah salah seorang kawannya yang memang di kenali semenjak dia bersekolah di sekolah kampung itu dulu.
Ismalleh melabuhkan duduk di hujung pangkin. Satu keluhan yang amat berat di lepaskan.
“Lama kita tak jumpa..” ujar Ismalleh.
“Memang dah
lama kita tak jumpa. Ni pun kebetulan cuti panjang sedikit tu yang Mira balik
ke sini” jawab Mira tenang.
Ismalleh
tersenyum sinis. Sungguh, hatinya tidak dapat menidak bahawa Mira sentiasa di
hatinya. Mira cinta pertamanya dan mungkin cinta terakhirnya, sampai bila-bila.
Sebab itu dia berasa kecewa apabila mendengar Mira
Syafika sudah berkahwin. Selama ini dia menaruh hati pada gadis itu. Sebab
itulah dia mahu bekerja keras untuk menggumpul duit. Namun kini dia terlambat.
Dari sumber yang dia tahu suami Mira bukan calang-calang orangnya dan mempunyai
syarikatnya sendiri. Dan dia hairan, tidak mungkin Mira Syafika mahu berkahwin
kerana harta sahaja.
“Malleh dengar Mira dah kahwin.. Betul
ke?” soal Ismalleh. Entah kenapa soalan itu pula yang keluar dari mulutnya. Walaupun dia sudah tahu dari mulut maknya
sendiri. Kebetulan semasa majlis akad nikah Mira hari itu dia tengah berkursus
di Jepun. Mira hanya mengangguk. “Bertuah pemuda itu kan dapat kahwin dengan Mira. Nampaknya saya dah terlambat” ujar Ismalleh lagi. Sekali lagi sebuah keluhan kedengaran.
“Terlambat? Maksud awak?” soal Mira tidak faham.
“Tak ada apalah itu cerita lama. Malleh ingatkan sempat nak kumpul duit dan pergi meminang Mira. Tapi nampaknya Malleh dah terlambat. Maklumlah orang cantik, semua nak kat dia. Lagipun siapalah Malleh ni jika nak di bandingkan dengan lelaki itukan?”
“Sebenarnya Mira, saya dah lama sukakan Mira. Sebab itulah saya kerja nak kumpul duit. Bila dah cukup nanti ingatkan nak pergi meminang Mira. Tapi malangnya bila duit Malleh dah cukup, tup-tup dengar Mira dah kahwin dengan lelaki orang Kuala Lumpur..”
Mira menunduk. Awak tak tahu Malleh.
Perkahwinan ini bukan dipintanya.
“Saya balik dululah. Tak elok saya duduk lama-lama dengan isteri orang” ujar Ismalleh lagi.
Dia segera bangkit dari tempat duduknya. Dia cuba menahan rasa hatinya yang begitu kecewa mendengar dari mulut Mira bahawa dia sudah berkahwin. Dan dia pasti Mira bahagia dengan kehidupannya sekarang. Mira hanya mampu menghantar pendangannya ke arah Ismalleh. Maafkan aku Malleh!
...................................................
Iqbal berdiri di sebalik batang pokok
mempelam itu dapat mendengar segala butir percakapan Mira dengan seorang pemuda
itu. Tadi dia keluar untuk mencari Mira. Selepas sarapan pagi dia masuk kebilik
Mira. Dia menunggu akan kehadiran Mira namun dia hampa sendiri apabila orang
yang di tunggu tidak kunjung tiba. Lalu dia mahu mengambil kesempatan untuk
keluar dari rumah. Tiba-tiba matanya terpaku kearah dua insan yang sedang duduk
membelakangkannya. Dia mahu memanggil nama Mira tetapi niatnya terbantut
apabila mendengar lelaki itu seperti sedang meluahkan perasaannya.
‘Patutlah Nenek Nab kata ramai orang berminat dengan Mira. Rupa-rupa lelaki itu pun sama.’ Rasa gelisah melingkar di hatinya. Apa pun akau mesti menambat hati dia terlebih dahulu sebelum ada lelaki lain yang cuba mengambil perhatian Mira. Rasa cemburu makin membuak di dada. Kalau boleh hari ini juga dia nak bawa Mira keluar dari kampung ini.
‘Hish ini tak boleh jadi ni.. Esok mesti bawa Mira jauh dari kampung ni..’
Mira terus termenung jauh lagi. Entah apa nasibnya di dunia ini.
“Boleh abang duduk kat sini?” kedengaran satu lagi suara menyapanya. Mira terkejut. Lalu dia mengangkat pandangannya. Kelihatan Iqbal sedang tersenyum mesra ke arahnya.
“Dudukah.. Inikan tempat awam.. Siapa-siapa pun boleh parking kat sini..”
“Siapa lelaki tu tadi?” serius pertanyaan Iqbal sebaik saja bayangan Ismalleh hilang dari tempat itu.
“Ismalleh.. Kawan sama sekolah dulu..” jawab Mira tenang. Tak mungkin dia memberitahu, Ismalleh datang berjumpa dengannya untuk bertanyakan status dirinya.
“Boleh tahan juga kacak.. Tapi kalau nak di bandingkan dengan abang, mana satu lebih kacak, Abang atau Is.. malleh?” soal Iqbal tiba-tiba. Mira tersenyum timbul akal nakalnya. Entah mengapa dia menjadi lupa kepada kebingungannya sebentar tadi.
“Awak betul nak tahu jawapannya..”
“Mestilah abang lebih kacakkan.. Sebab abang suami Mira..” ujar Iqbal bangga.
“Perasan betullah.. Betul awak nak tahu jawapan sebenarnya..” giat Mira lagi. Iqbal mengangguk..
“Dua sama-sama kacak..” jawabnya samba menyembunyikan senyum di bibir. Wajah Iqbal berubah. Mati-mati dia ingatkan Mira akan menangkan dia tapi hampeh punya isteri!!!
“Mana aci macam tu..”
“Aci ada kat Indialah..” ujar Mira lagi. Selalu dia dengar dialog begitu. Tapi tak tahu pula hari ini dia gunakan dialog itu.
“Pandailah nak kenakan abang yer!!” tangan Iqbal cepat mencubit pipi Mira.
“Jawab lagilah tu..”ujar Iqbal geram. Tapi
dia suka jika beginilah caranya Mira menunjukkan kemesraannya. Mira ketawa
sendiri.
“Sini tempat sayang duduk termenung ke?” usik Iqbal lagi.
“Aaa.. dulu masa sekolah Mira selalu buat kerja sekolah kat sini kalau tak hujan. Kalau hujan Mira buat kat dalam bilik. Mira suka duduk kat sini sebab nyaman, udaranya segar, luas mata memandang.”
“Kesian abangkan.. Abang tak pernah
rasa hidup suasana kampung. Abang rasa seronok pula duduk kat sini..”
Mira mengalihkan pandangan.
“Tak percaya ke cakap abang?” ujar Iqbal sambil ketawa.
“Tak adalah.. Jom kita jalan-jalan. Nanti Mira boleh tunjukkan sesuatu” kata Mira menutup malunya.
..............................................
"Seronokkan
hidup di kampung. Tak macam hidup di bandar" ujar Iqbal berbasa-basi. Dia
sengaja mahu memancing agar Mira bertegur dengannya.
"Memang
seronok. Sebab itu Mira suka nak balik kampung. Kalau dulu pantang ada cuti
memang Mira akan balik kampung."
Kemudian
tangan Iqbal memengang tangan Mira. Terkejut Mira di buatny
"Hei
awak nak buat apa ni?" marah Mira
lagi.
"Takkan
suami pengang tangan isteri pun tak boleh. Lainlah kalau kita ni belum ada
ikatan yang sah.." jawab Iqbal selamba.
"Mira
taulah. Tapi tak manis orang tengok.. Sini kampung bukannya bandar.. Apa kata
orang kampung nanti.." Mira memberi alasan.
"Alasan..
Peduli apa orang cakap. Abang pengang tangan isteri abang. Bukannya orang lain
pun.. Biar semua orang tau abang ni suami Mira. Tak taulah pula kalau Mira
takut ada seseorang akan tahu dan nampak.."
Mira terdiam.
'Siapa yang patut tidak tahu tentang dia?'
Iqbal
menggenggam kuat tangan Mira seperti tidak mahu melepaskannya. dia tidak peduli
dengan amarah Mira. Yang penting dia mahu semua orang tahu bahawa dia suami
Mira.
Mira
membiarkan saja tangannya di genggam oleh Iqbal. Nak marah pun bukan di
dengar.. Daripada asyik bertekak lebih baik dia mengalah saja. Lagi pun sini
kampung. Takut ada orang terperasan pula betapa dinginnya perhubungan mereka
berdua. Mereka sampai di depan rumah Pak Husin. Kebetulan pada masa itu Pak
Husin sedang sibuk mengumpul buah kelapa yang di ambil dari kebun.
"Handsomenya suami kak Mira. Dah tu bergaya, kaya pulak tu!"
ujar Yusma.
"Semua tu tak menjaminkan kebahagiaan..
Kalau nak pilih suami setakat rupa paras lebih baik jangan.." jawab Mira selamba. Dia tahu dari dulu lagi Yusma memang berminat kepada kekacakan lelaki. Semua dia nampak kacak saja.
"Kenapa pula? Akak tak suka dengan abang
Iqbal tu yer?" soal Yusma.
"Tak adelah.. Akak cakap kalau nak pilih
pasangan hidup setakat memandang rupa paras lebih baik jangan.."
"Oh.. Macam tu.. tapi abang Iqbal tu
hansomelah kak. Nanti Yusma pun nak cari lelaki macam Abang Iqbal tu" ujar
Yusma. Matanya tidak beralih dari memandang lelaki kacak di depannya.
Mira hanya tersenyum saja melihat gelagat
Yusma itu.
"Akak, bila nak balik KL?" soal
Yusma lagi. Rasanya dia belum puas mahu memandang wajah tampan lelaki itu.
"Esok.. Kenapa?"
"Tak ada apalah kak.. Saja nak
tanya.."
"Oh.. Awak berkenan ke dengan abang
tu?" usik Mira lagi. Merah pipi Yusma apabila menyedari soalan yang
memalukan itu di tujukan kepadanya.
"Eh Tak adalah kak.. Suka jer tengok
muka abang yang handsome tu.." jawab Yusma.
Mira mengalihkan pandangannya pada Iqbal yang
sedang rancak berborak dengan Pak Husin. Terleka seketika dia memandang Iqbal
tanpa menyedari Mak Ton datang dengan membawa hidangan minum petang.
“Susah nak dapat lelaki bandar macam Encik
Iqbal tu. Dahlah kaya berbudi bahasa pula tu. beruntung Mira”
Mira tersenyum kelat mendengar pujian dari Mak Ton
yang tinggi melangit. ‘Kalau Mak Ton tahu apa yang Iqbal pernah buat kepada
dirinya, automatik dia akan menarik balik kata-katanya itu.
Mira menolak
perlahan daun pintu biliknya. Melihat Iqbal sedang tidur dengan nyenyak, maka
dia masuk senyap-senyap seperti pencuri di dalam bilik sendiri. Lena sangat
tidur. Mungkin dia penat agaknya. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi meja
soleknya. Namun matanya memandang ke arah pembaringan Iqbal.
Esok dia dan
Iqbal akan pergi ke Cameron Highland. Dia menunduk menarik beg pakaiannya dari
tepi sudut biliknya.
“Sayang buat
apa tu?” tanya Iqbal tiba-tiba. Terkejut Mira di buatnya.
“Sorry.. Bising ker? Mira ganggu awak tidur
ker?” ujar Mira perlahan.
“Taklah..
Sayang buat apa tu?” tanya Iqbal lagi matanya masih terkebil-kebil.
“Tak ada apa,
Mira nak kemas beg. Esok kitakan nak bertolak ke Cameron Higland."
“Aaa erk..
Abang lupalah..” jawab Iqbal sambil tersenyum. Mana tidaknya dia rasa seronok
sangat tinggal di kampung. Maklumlah dia memang dilahirkan di kotaraya dan
membesar di sana juga. Manalah dia tahu macam mana rasanya suasana duduk di
kampung. Rasa seronok sangat!
Kemudian
Iqbal bangkit mengambil album lama yang di susun di rak buku tersebut. Dia
duduk kembali ke katil sambil menyelak satu persatuhelaian album itu. Sampai ke
satu gambar dia terhenti seketika. Lama dia mengamatinya. Kemudian dia ketawa.
“Awak
kenapa?” tanya Mira Syafika, pelik dengan Iqbal yang tiba-tiba ketawa
sendirian.
“Abang macam
pernah nampak gambar ni tapi abang tak ingat dekat mana!” jawab Iqbal sambil
otaknya masih memerah mencari jawapanya.
“Awak nampak
gambar tu dekat mana?” soal Mira lagi.
“Entahlah.
Abang pun tak ingat.”
“Betul ke
abang ada nampak gambar macam tu kat tempat lain?” soal Mira ragu-ragu.
“Nantilah
abang cari gambar tu. Rasanya macam pernah nampak tapi tak ingat kat mana..”
Iqbal masih
juga menatap gambar yang menarik perhatiannya itu.
“Yang
perempuan ni siapa?” Iqbal menunjukkan gambar itu.
“Mira..
Kenapa?”
“Oh.. handsomekan budak lelaki kat
sebelahnya tu. Ni buat abang jelous tau..” usik Iqbal.
Mira mencebik. Ada-ada saja benda yang
dia nak usik! Geram!
............................................
Selepas
makan malam mereka berkumpul di ruang tamu. Sementara itu Mak Su Esah
menyediakan minuman air kopi panas untuk mereka.
Sementara
itu Iqbal sengaja duduk bersebelahan dengan Mira. Mereka duduk bertentangan
dengan Nenek Nab dan Pak Su Mannya. Sementara itu Akil sedang bermain permainan
baru yang di beli oleh Mira.
Mira
memimpin tangan nenek Nab menuju ke bilik neneknya. Dia melabuhkan punggungnya
di atas katil Nenek Nab.
“Nek, Mira
nak tidur dengan nenek malam ni boleh tak?” soal Mira perlahan. Nenek Nab memandang wajah Mira dengan perasaan hairan.
“Kenapa
pula? Mirakan dah bersuami. Tak baik tinggalkan suami sorang-sorang..” ujar
Nenek Nab. Sambil itu tangannya membelai rambut Mira.
“Ala..
nenek.. Nanti kalau Mira balik KL, Mira akan rindukan nenek..” jawab Mira lagi.
Kalau boleh dia memang tidak mahu berjauhan dengan neneknya itu.
“Tak
boleh... Mira dah ada suami. Tanggungjawab Mira pada suami lebih penting.
Walaupun Mira tak suka, tapi Mira kena belajar menerima dia.. Tak baik tau
derhaka pada suami..” Mira menarik muncung.
Nenek Nab
tersenyum melihat gelagat Mira. Dia pun rindukan cucunya yang seorang itu. Tapi
dia tak boleh menurut sangat permintaan cucunya itu. Lagi pun dia kena belajar
menerima orang lain dalam hidupnya.
“Nek.. Apa
kata nenek ikut Mira tinggal di KL?”
“Tak
naklah.. Nenek lebih suka tinggal di kampung.. Lagi pun kat sini nenek dekat
dengan saudara-mara dan sahabat handai..”
“Yelah..yelah..
Mira tahu nenek memang tak sudikan?” tebak Mira lagi. Nenek Nab hanya tersenyum.
Dia tahu sangat perangai Mira yang kuat merajuk.
“Mira..
kalau ada masa nanti nenek akan datang jenguk kamu. Nanti jangan pula masa tu
Mira tak nak nenek tinggal kat rumah tu pulak..”
“Apalah
nenek ni.. Takkan jadi macam tulah.. Mira janji Mira akan jaga nenek dengan
baik.. Luangkan masa dengan nenek.. kita boleh pergi jalan-jalan..
seronoknya!!” ujar Mira. Nenek Nab tersenyum gembira. Mungkin cucu aku ni sudah
bahagia. Kalau dia sudah mampu tersenyum begini memang dia bahagia.
Alhamdulillah...
Mahu tidak
mahu, Mira terpaksa juga melangkah ke bilik tidurnya sendiri. Sebenarnya dia
malas mahu bertekak lagi dengan Iqbal. Dia memberi alasan supaya tidur bersama
neneknya, namun neneknya seperti tidak faham akan perasaannya itu.
Dia
memandang ke katil. Iqbal tiada di situ. ‘Kemana pulak dia pergi? Tadi elok
saja cakap nak masuk bilik’ bisik hati Mira. Kemudian dia keluar dari biliknya.
Mereka berdua berlanggar.
“Aduh!!”
“Aduh!!”
“Awak ni
kenapa?” ujar Mira. Memandang ke wajah Iqbal.
“Awak ni nak
kemana?” soal Iqbal balik. Kedua-dua mata mereka berlaga. Masing-masing rasa
tidak puas hati. Kedua-dua dahi mereka berdua merah akibat pertembungan sebentar
tadi. mira mencari ubat minyak cap kapak untuk di gosokkan pada bahagian dahinya yang merah itu. Kemudian dia menuju ke arah Iqbal.
"Sinilah Mira sapukan minyak cap kapak ni.. takut makin bengkak lagi.." Iqbal tersenyum.
'Dalam diam ambil berat juga isteri aku ni dengan aku'
............................................"Sinilah Mira sapukan minyak cap kapak ni.. takut makin bengkak lagi.." Iqbal tersenyum.
'Dalam diam ambil berat juga isteri aku ni dengan aku'
Iqbal tersedar apabila merasakan bahang matahari mula menikam ke wajahnya. Rupa-rupanya sudah pukul 7 pagi. Alamak!!! Malunya dia terlewat bangun. Mira ni pun satu kenapa tidak di kejutkan dirinya.
'Kemana Mira pagi-pagi ni? Batang hidung dia
pun tak nampak?'
Iqbal terus keluar dari biliknya. Mana tahu
Mira sedang menyediakan sarapan pagi seperti yang selalu di buatnya.
Namun wajah itu tetap juga tidak kelihatan.
"Duduk Iqbal.. Kita sarapan
sama-sama.." ujar Nenek Nab apabila melihat kelibat Iqbal yang seperti
sedang bingung sendirian.
"Mira kemana nek? Dari tadi tak nampak
pun batang hidung dia?" soal Iqbal sebaik saja dia duduk di kerusinya.
"Mira tak cakap kat Iqbal dia pergi mana
ke?" soal Nenek Nab.
Iqbal menggeleng kepalanya.
"Budak bertuah tu. Dia tu memang.. Pergi ke kuburlah
tu. Menziarahi kubur orang tuanya. Dia memang macam tu sejak dulu lagi kalau
dia berkesempatan nak balik kampung, dia tak pernah lupa mengunjungi kubur
orang tuanya"
"Oh.. Kenapa dia tak cakap.. Boleh Iqbal
pergi dengan dia.."
"Mungkin dia belum bersedia lagilah tu
kot.." jawab Nenek Nab. ‘Kenapa dia belum bersedia nak bawa aku pergi ke
kubur orang tuanya?’ bisik Iqbal dalam hati.
Iqbal mengangguk saja.. 'Patutlah hari tu dia
beriya-iya mahu balik kampung.. Mungkin dia rasa rindu..'
"Makan Iqbal. Tak lama lagi tu sampailah
dia.." ujar Nenek Nab yang sememangnya faham dengan perangai Mira.
Tidak lama kemudian Mira muncul di muka pintu
sambil memberi salam.. semua mereka memandang ke arahnya. Mira segera menuju ke
meja makan dan mengambil tempat di sebelah Iqbal. Selamba saja.
Pagi itu selepas sarapan, mereka sudah
bersiap-siap mahu bertolak. Mereka akan bertolak menuju ke Cameron Higland. Biarlah mereka
bertolak awal nanti tidak lah terlalu tergesa-gesa mahu sampai di puncak
Cameron Highland itu.
Mira berasa berat hati mahu berpisah dengan Nenek Nab. Kali ini
dia dapat balik untuk melampiaskan rasa rindunya, dan entah bila lagi dia ada
masa terluang untuk bersama dengan neneknya.
"Nenek jaga diri selalu ya.."
“Kami pergi dululah ya..” ujar Iqbal lagi samba
bersalaman dengan Pak Su, Mak Su, Nenek Nab Dan memeluk si kecil Akil.
....................................................
Dalam perjalanan,
Mira tetap membisu. Dia langsung tidak bertegur dengan Iqbal di sebelahnya.
“Mira...”
Mira
mengerling ke sebelahnya. Wajah tenang Iqbal di tenung penuh tanda tanya.
“Awak okey
tak ni?”
“Saya okey.”
“Habis kenapa
senyap je dari tadi?” soal Iqbal lagi.
“Sebab Mira
rindukan Nenek Nab..”
“Kita boleh
balik selalu kalau ada masa.. Abang janji kita akan balik kalau ada masa
terluang. Jadi sayang jangan bersedih hati tau.. Nanti abang pun turut sedih
juga..."
“Kenapa pulak awak nak sedih?”
“Kenapa pulak awak nak sedih?”
“Yelah..
jawapan itu abang saja yang tau..” Iqbal tersenyum sendirian. Dia terus memandu menuju ke Cameron Highland.
best la pulak..ngeee... x sabar nk tnggu part cameron highland tu nanti..iqbal syng sngt2 kat mira..best la writer..bile mira dapat terima cinta iqbal yerk..hrp2 slps honeymoon ni mira akan dpt menerima iqbal kottt, dn honeymoon ni akan mnjadi knangan yg sngt indah buat mereka berdua..ngeee aku tersenyum lg...hehehe...writer teruskan post N3 16 yerk...
ReplyDeletewlupapen mmmng terbaik..
bestnya cpt smbg ya.....
ReplyDeleteBESTNYA NAK LAGI
ReplyDeletewriter bila nk up date N3 < 16 > ,x sabar nk baca ni..hrp dpt update ngan cpat...
ReplyDelete