Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 30 July 2012

Kau Rantai Hatiku 6



DARI jauh dia melihat Arin sedang menunggunya di luar pintu kedainya. Cepat-cepat kakinya melangkah ke arah Arin.
“Ira cepatlah sikit. Punyalah lama aku tunggu kau!!” Humaira cepat-cepat membuka kunci sambil menoleh-noleh. Mana tahu lelaki pelik tu datang lagi nak mengacaunya. Sememangnya dia sedikit takut.
“Kau ni kenapa, macam nampak hantu je?” soal Arin. Dia baru menyedari Humaira asyik menoleh kiri dan kanan.
“Aaaa memang nampak hantu yang berambut hitam..” jawab Humaira selamba.
“Kau biar betul.. Meremang bulu tengkuk aku dengar..” balas Arin. Tidak pernah pun dia dengar cerita hantu di waktu pagi macam ni. Dan inilah kali pertama dia mendengar perkataan itu keluar dari mulut Humaira.
“Dah cepat.. Nanti lambat pula kedai kita beroperasi..” ujar Humaira.
Mereka berdua bergegas menjalankan tugas masing-masing. Tengah hari itu mereka berehat sekejap.
“Kau tau tak Arin, semalam aku kena peluk dengan lelaki pelik tu..”
“Aku silap dengar ke?” Arin bertanya sambil tangannya menyelak baju di depannya.
“Silap apanya.. Memang dia lelaki pelik!!” balas Humaira. Dia membayangkan peristiwa semalam. Malu betul. Dia kena peluk di khalayak ramai.
Handsome tak dia? Dan dia mesti orang kayakan? Atau orang berpangkat?” soal Arin. Dia sedikit terkejut bila mana lelaki yang berada di belakang Humaira menunjukkan jari ke mulut agar kehadirannya tidak di ketahui Humaira.
“Entahlah handsome ke tak dia? Kaya ke tak dia? Cuma apa yang boleh saya katakan dia memang lelaki yang gila..” jawab Humaira. Arin membelek jam di tangan. Sudah waktu makan tengah hari. Lagi pula perutnya berasa lapar.
“Kenapa kau cakap macam tu?” soal Arin. Dia juga mahu mendengar cerita lanjut dari Humaira.
“Sebab dia memang pelik. Tetiba je peluk aku di tengah orang ramai. Malulah aku beb! Dia cakap dia ingat aku ni isteri dia..” jawab Huamira lagi.
“Oh... Ira, aku nak keluar makan dulu. Awak nak pesan apa-apa tak? Perut aku ni lapar sangat” ujar Arin. Dia mahu melarikan diri sebelum Ira memarahinya.
“ Ya..belikan saya nasi ayam.. Dah lama Ira tak makan”
“Okey..” ujar Arin. Dia tahu benar makanan kegemaran Ira. Dan selama persahabatan mereka dia sudah tahu apa yang sahabatnya suka dan tidak suka. Dia senang bergaul dengan Humaira kerana sikapnya yang baik. Sebab itu mereka boleh jadi rakan kongsi untuk perniagaan mereka. Dengan bantuan ayahnya dia dan Humaira membuka butik di Time Square ini.
ARIN terus pergi keluar untuk makan tengah hari. Sementara itu Humaira sedang sibuk menyambungkan semula kerjayanya yang terbengkalai sebentar tadi.
“Cik berapa harga baju ni?”
Humaira menoleh. Namun dia tidak nampak wajah pelanggan itu. Dia cuba untuk melihat wajah itu namun lelaki itu tetap menutup wajahnya dengan baju yang ada ditangannya.
“Bawalah sini saya tengok..” ujar Humaira.
Namun lelaki itu tetap juga tidak mahu memberikan baju itu. Humaira sedikit cuak. Kalau dia bukan pelanggan memang sudah kena lelaki itu. Namun dalam situasi begini dia harus bersabar.
“Encik.. kalau nak tahu harga baju tu encik kena bagi kat saya dulu. Saya boleh carikan harga pada baju tu..” bunyi sudah sedikit geram.
“Hei.. macam ni ke caranya nak layan pelanggan.. Patutlah pelanggan takut nak datang kedai ni” kini giliran lelaki itu pula menempelaknya.
“Awak??? Awak buat apa kat sini?” terjerit Humaira apabila lelaki yang sama datang mengusiknya.
“Saya nak beli baju inilah Cik Ira.”
“Saya tak jual pada awak..” cepat saja Ira menjawabnya. Dia tidak sangka yang lelaki itu akan mencarinya kemana saja. Sudah berpuluh kali dia memberitahu yang dia bukan isteri kepada lelaki itu namun, lelaki itu tetap juga mengekorinya.
“Kenapa pula? Sayakan pelanggan juga..” balasnya tak puas hati.
“Memang. Memandangkan awak kacau saya buat kerja.. Saya tak akan jual baju tu pada awak!!” jawab Humaira.
“Garangnya dia.. Tadi bukan main sedap dia kutuk saya kat belakang..” lelaki itu membalas katanya sambil tersenyum.
‘Dia dengar ke apa yang aku cakapkan kepada Arin tadi?’
“Saya cakap apa?” Ira berpura-pura tidak tahu. Sedangkan didalam hatinya tuhan saja yang tahu.
“Amboi dah sedap-sedap mengutuk kita ni orang pelik boleh pula dia buat-buat tak tahu pulak..”
“Dah memang awak ni gila. Saya nak cakap macam mana lagi.. Sudahlah.. Baik awak pergi dari sini. Kebenarannya, saya bukan isteri awak!!”
“Tak kan awak tak suka saya yang handsome ni?” soalan bodoh pula yang di tanya lelaki pelik itu.
“Eii jangan perasan boleh tak?” Ira geram. Entah kenapa lelaki di depannya ini langsung tak makan saman. Berpuluh-puluh kali dia menyatakan dirinya bukanlah orang yang di cari lelaki itu, namun semuanya hampa. Makin menyaitkan hatinya adalah.
“Habis.. tu gambar siapa yang awak nak lukis tu?”
“Err.. itu gambar lakaran fesyen baju. Bukannya nak lukis gambar awak!” jawab Humaira lagi.
Aduh.. kenapalah dia cuai sangat. Memang betul dia cuma melakar fashion terbaru. Tetapi wajahnya itu dia belum selesaikannya. Lelaki itu tersenyum sumbing.
Perfect!!! Cuma wajahnya belum siap!”
Betapa malunya Humaira apabila lelaki itu boleh meneka apa yang ingin di lukiskannya.
“Awak nikan.. Kenapalah sibukkan hal saya ni..? Awak dah tak ade kerja lain ke selain dari menganggu orang lain?” soalnya geram.
“Suka hati sayalah. Saya bukannya nak ganggu orang lain. Saya cuma nak ganggu awak saja. Sebenarnya saya nak ajak awak keluar makan. Awak sudi tak?”
“Sorrylah.. Saya sibuk dan saya sudah pesan makanan dengan kawan saya tadi..”
“Awak pasti ke?” soal lelaki itu lagi.
“Memanglah” jawab Humaira angkuh. Mana dia berani keluar makan dengan lelaki yang baru di kenalinya. Kalau dengan Azwan tu lainlah. Mak Teh dan Pak Teh kenal dia. Lelaki ini.. Aduh leceh betullah!!
KELIHATAN Arin sudah sampai. Tapi tangannya kosong. Tak nampak pun bungkusan nasi ayam yang di pesan oleh Ira tadi.
“Arin.. Mana nasi ayam saya?” Ira terus bertanya sebaik saja Arin memasuki kedai.
“Alamak... Sorry.. Arin lupa” Arin menepuk dahinya.
“Patutlah Arin rasa semacam je dari tadi.. Rupa-rupanya Arin lupa nak beli nasi ayam awak.. Sorry ya..”
“Kan saya dah cakap, hari ini awak kena keluar makan dengan saya..” Tengku Elman Qaufar tetap tidak berputus asa. Hari ini dia akan membawa gadis itu keluar makan bersamanya. Jika tak dapat esok masih ada.
“Saya tak nak keluar dengan lelaki yang saya tak kenali.. Tolonglah jangan ganggu saya” rayu Humaira lagi.
“Ira.. Awak pergilah keluar makan. Nanti kalau awak lapar kena gastric pula..” ujar Arin memberi cadangan. Dia memang tahu kawannya itu tidak pernah mengabaikan pasal makan. Ira pantang benar keluar dengan lelaki yang tidak di kenalinya. Rasanya inilah peluang Ira belajar mengenali lelaki lain. Bukannya dengan Azwan saja.
Tengku Elman Qaufar dengan pantas menarik tangan Ira. Dia tidak mempedulikan sama ada Ira akan marahkan dirinya. Memang benar apa yang di jangka. Gadis itu meronta-ronta minta di lepaskan. Tetapi dia tetap memegang kemas tangan itu agar tidak terlepas darinya. Sampai ke kedai makan nasi ayam barulah dia melepaskan tangan Ira.
“Duduk.. kita pesan makanan.”
Humaira hanya duduk sambil membisu. Lagi pula suka hati saja lelaki itu menyentuhnya. Apa dia ingat aku ni anak patung agaknya. Sebab itu suka hati di seretnya dia itu. Mereka makan apabila pesanan mereka sudah sampai. Ira menyuapkan perlahan-lahan sudu ke mulutnya.
Namun Tengku Elman Qaufar tidak pernah melarikan matanya menjamu wajah yang berada di hadapannya itu. Terasa dekat sahaja dia dengan arwah Ariana. Entah kenapa gadis di hadapannya itu seratus peratus mirip arwah isterinya. Namun bila di tanya mengenai sesuatu gadis itu langsung tidak tahu apa-apa.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
“Tak ada apa. Sekadar menikmati keindahan anugerah tuhan. Salah ke?” ujarnya sambil tersenyum.
“Awak terkenangkan sidia ke?” terpacul soalan bonus dari mulut Ira.
Tengku Elman Qaufar tersenyum. ‘Awak memang bijak!’ bisiknya dalam hati.
Telefon bimbit Tengku Elman berbunyi. Namun Tengku Elman tidak peduli. Sipemanggil pun berdegil. Di dailnya lagi nombor itu.
“Jawablah. Bising tau! Ingat sini tempat jual handphone ke?” ujar Humaira lembut tapi masih kedengaran di telinga Tengku Elman. Dia tidak senang hati apabila pengunjung sekeliling asyik membuang pandang ke arah mereka. Dia jadi rimas.
Mahu tidak mahu Tengku Elman Qaufar terpaksa juga mengangkat telefon itu.
“Hello..”
“Hello.. Sayang you kat mana tu?” soal si pemanggil siapa lagi kalau bukan si Isabella.
“I makan. Ada apa hal call I ni?” soal Tengku Elman Qaufar.
“Tak ada apa. I ingat you belum keluar makan tadi. Jadi I ingat nak ajak you keluar makan sekali” balas Isabella.
Sorry I dah dekat luar ni makan dengan seseorang!” jawabnya selamba.
“Seseorang? Siapa tu? I kenal ke?” soal Isabella bertubi-tubi. Hatinya mula tidak senang. Takkanlah dalam masa dua hari ini Tengku Elman Qaufar sudah berjumpa dengan seseorang. Terutamanya yang perempuan. Setahu dia selepas kematian arwah Ariana, Tengku Elman memang susah untuk di dekati. Lelaki itu seperti orang yang tiada perasaan. Membeku setiap masa. Tetiba sekarang dia cakap dia jumpa seseorang.
“You tak kenallah. Nantilah ada masa I akan kenalkan dengan you” selamba saja dia menjawab. Dia tidak sengaja untuk menyakitkan hati Isabella. Tetapi kekadang dia rimas dengan cara Isabella yang suka mengongkong dirinya.
“Okeylah.. Bye” Isabella mematikan talian. Hatinya mula resah. Dia pun tak tahu kenapa hatinya menjadi risau.
Girlfriend awak ke?” soal Humaira. Dari segi perbualannya dia tahu si pemanggil itu perempuan.
“Kawan je..” jawab Tengku Elman Qaufar pendek. Malas dia mahu bercerita panjang tentang Isabella. Lebih baik dia meluangkan masa dengan gadis yang berada di depannya ini.
“Awak dah kahwin?” soal Tengku Elman Qaufar.
“Itu soalan cepumas ke?” Humaira soal balik.
“Tak.. Takut awak sudah kahwin. Kan naya saya keluar dengan isteri orang” jawab Tengku Elman.
“Belum. Kenapa?” jawab Humaira.
“Buah hati?”
“Tak adalah siapalah yang nak orang macam saya ni?” jawab Humaira dalam ketawanya. Lucu pula dia mendengar lelaki di hadapannya bertanyakan soalan sebegitu. Terpegun seketika Tengku Elman melihat Humaira ketawa. Sungguh cantik. Menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Semuanya mirip Ariana dia! Namun dia mula tersedar di alam nyata.
“Tak percayalah. Orang secantik awak ni tak ada buah hati” usiknya. Dia memang tak percaya.
“Oh.. Jadi orang cantik tak boleh tak ada buah hati? Gitu?” balas Humaira. Sambil matanya merenung wajah yang berada di depannya itu.
“Taklah. Saya tak percaya yang awak belum ada yang special. Rupa pun cantik. Sopan santun.”
“Kalau tuhan dah tentukan jodoh Ira tak ada nak buat macam mana?”
“Awak tu memilih sangat kot?” ejek Tengku Elman Qaufar lagi.
“Itulah tanggapan orang lelaki. Bila seseorang perempuan tak kahwin di katakan memilih. Sedangkan setakat ini tak ada pun yang masuk meminang. Macam mana saya nak pilih” jawab Humaira panjang lebar.
Akhirnya Humaira ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tengku Elman Qaufar tersenyum. Dadanya berdebar-debar. Kali pertama dia melihat Humaira tergelak. Humaira secantik bidadari. Bibirnya sedikit terbuka bila ketawa. Matanya sedikit sepet dan pipinya bertambah merah dan gebu. Semuanya itu mengingatkan dia pada Ariana.
“Sebenarnya, mak saya tak suka saya berkawan rapat dengan mana-mana lelaki pun. Cuma seorang je lelaki yang rapat dengan Ira” ujar Humaira perlahan.
“Kenapa?” soal Tengku Elman. Hairan. Pada hal gadis ini sangat sempurna. Patutlah tak ada buah hati sebab Humaira tidak berani bergaul dengan orang luar pun.
“Entahlah. Saya sendiri pun tak faham dengan perangai mereka. Sebab itulah saya malas nak fikir soal lelaki.”
Tengku Elman Qaufar tersenyum. Kalau macam ini dia ada peluang untuk memikat hati gadis yang berada di depannya ini. Dan kalau boleh dia mengelak nak berkahwin dengan Isabella.
HUMAIRA menuju ke kedainya selepas makan tengah hari. Entah kenapa dia berasa senang berada dengan lelaki yang pertama kali dia jumpa hari tu.
“Amboi.. tersenyum gembira nampak?” ujar Arin bila Tengku Elman Qaufar pergi dari situ.
“Tak adalah.” Humaira menyembunyikan senyumannya.
“Ala.. jangan nak tipu Arinlah. Arin tau tengok muka kau berseri-seri. Awak dah jatuh cinta kat dia ke?” Arin masih juga mahu mengusik sahabatnya itu.
“Apa jatuh cinta? Janganlah nanti membebel Mak Teh dengan Pak Teh nanti.”
“Awak tahu ke kenapa mereka melarang awak rapat dengan lelaki ni?” soal Arin. Dari dulu lagi dia selalu dengar Humaira bercakap begitu. Asal ada saja lelaki yang mahu berkenalan dengannya pastinya dia akan memberikan alasan yang begitu, tapi sampai bila? Mungkin keluarga Pak Teh ada rahsia yang di simpan tanpa pengetahuan Humaira.
“Entahlah. Sudah banyak kali Ira tanya tapi mereka still tak nak cakap” ujar Humaira lagi. dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus dia katakan.
“Yelah lupakan pasal tu.. Aku nak siapkan keja aku tu dulu.”
Mereka berdua meneruskan kerja yang terbengkalai. Waktu makan tengah hari pun dah habis. Walau pun mereka bekerja sendiri namun mereka tetap mengikut waktu kerja lain.




 

Friday 27 July 2012

Hanya Kau Milikku 17


Mira sudah bersiap dengan pakaian tidurnya. Nasib baik dia tidak lupa bawa baju sejuk dan stokinnya. Kalau tidak pasti dia akan rasa sejuk nanti. Dahlah aircond tu pun sejuk. Dia melihat Iqbal sudah memejamkan matanya. Mungkin dia sangat letih. Perlahan-lahan Mira mendekati katil itu untuk mengambil bantal. Namun belum sempat dia melangkah terasa lengannya di tarik. Terkejut dia lalu menoleh. Kelihatan Iqbal sudah terjaga.

“Sayang nak kemana pula tu?”

“Nak tidur kat situ” jawab Mira.

“Apa?”

“Awak tidur je kat katil tu.. Lagipun awak penatkan? Tak apa Mira tidur kat sofa. Mira dah biasa juga..”

“Hei siapa cakap sayang boleh tidur kat situ?” soal Iqbal lagi.

“Suka hati Miralah nak tidur kat mana pun..” jawab Mira lagi.

“Sayang lupa ke buat-buat lupa?”

“Lupa apa pula nih?”

“Memang pelupalah ni kot? Kan tadi dah janji dengan abang, untuk selama kita berada di sini, jangan ingkar cakap abang..” Iqbal mengingatkan Mira.

“Tapi?”

“Sayang jangan risau, abang janji abang tak buat selagi Mira tak mahu. Abang nak Mira betul-betul dah bersedia menerima abang sebagai suami, masa itu nanti memang abang akan nak punya!” Iqbal memberi jaminan.

Lima minit kemudian, Mira bersuara sambil memandang wajah Iqbal. Walaupun dalam hatinya dia tidak percaya akan kata-kata Iqbal namun dia menurut saja. Malas dia mhu bergaduh lagi..

“Okey kalau itu jaminan awak..”

“Janji!!” Iqbal mengangkat tangannya.

“Tapi kalau awak mungkir janji, jangan menyesal!” ujar Mira lagi tidak mahu mengalah.

“Menyesal apa sayang?” soal Iqbal tidak puas hati. Ada getar pada nada itu.

“Mana boleh bagi tau!”

“Oh nakalnya isteri abang ni.. Ni yang buat abang makin geram ni..”

 Mira tergelak. Kemudian mahu tak mahu terpaksa juga kakinya naik ke atas katil. Dia berada di atas katil sibuk membina benteng. Mira menepuk-nepuk bantal sebelum membaringkan badannya.

“Sayang..”

Mira terkejut.

“Kenapa pula ni?”

“Biar abang tidur di sebelah kanan sayang, okey”

“Kenapa pula? Kan sama je tidur di belah mana pun..” ujar Mira tidak faham kata-kata Iqbal.

“Sayangkan rusuk kiri abang..” ujar Iqbal dengan lembut sambil tersenyum.

“Yelah-yelah..” ujar Mira sambil menukar tempat tidurnya. Mira membaringkan badannya semula.  Dia baring membelakangkan Iqbal. Baru saja dia menutupkan matanya kedengaran suara Iqbal memanggilnya.

“Sayang...” panggil Iqbal lagi.

‘Hish dia ni kan tak habis-habis nak panggil’ detik hati Mira.

“Ada apa lagi?”

“Tak baik tau, tidur membelakangkan suami..”

“Macam-macamlah..” ujar Mira geram. Sejak bila pula ada banyak pantang larang ketika tidur.

“Mira tak takut ke kalau abang buat sesuatu di belakang?” soal Iqbal lagi. Sengaja dia bertanya begitu. Mahu melihat reaksi Mira.

“Eeee Takutnya..” balas Mira balik.

Kemudian dia mengiring memandang Iqbal.  Kalau tak pandang, takut Iqbal berbuat sesuatu seperti masa mereka di kampung hari tu. Iqbal juga begitu. Namun senyuman tak lekang dari bibirnya. Memandang wajah itu sebelum tidur, moga dapat jumpa lagi dalam mimpi!

..........................................

Kilat yang dari tadi asyik berbunyi membuatkan Mira tidak dapat tidur. Dia diam.

‘Iqbal dah tidur ke? Kalau aku kejut dia suruh dia bersembang dengan aku. Agak-agak dia marah tak?’ Mira gigit bibir. Ah, macam mana pun dia kena kejut jugak suaminya tu. Dah takut sangat ni!! Asyik terbayang peristiwa lalu.. Peristiwa yang hampir meragut kesucian dirinya.

“Awak.. Awak..” panggilnya.

Masih lagi tak ada respons. Mira bangun dari baringnya lalu menghadap Iqbal yang masih terbaring di sebelahnya

“Awak…” Senyap.

“Awak…” Senyap juga.

BOOM!

“Abang!” Mira memanggil sekali lagi. Kali ini suaranya sedikit tinggi dari tadi. Guruh yang sedang sabung-menyabung makin lama makin kuat bunyinya.

Iqbal menggosok-gosok matanya kemudian sedikit terjaga. Dia menoleh ke sebelah kanannya, pandangan matanya masih lagi kabur. Almaklumlah, baru bangun tidur. Dia duduk di atas katil kemudian menarik nafas. Dia mendengar seperti ada orang memanggilnya ‘Abang’ sebentar tadi. Kelihatan Mira sedang duduk di sebelahnya sambil memeluk kakinya. Hairan juga dia melihat Mira berkeadaan seperti itu!!

“Ada apa ni sayang? Gerak abang pagi-pagi buta ni. Kenapa?” tanya Iqbal dalam suara mendatar. Dia menghela nafasnya perlahan-lahan. Dia kembali baring. Perlahan-lahan matanya tertutup kembali. Rasa penat masih menguasai diri.

“Mira takut la…” Dengan jujurnya Mira mengaku.

“Takut apa pulak ni, sayang?” soal Iqbal yang masih terkebil-kebil. Apa yang Mira takutkan?

Sekali lagi guruh memekik sehingga Mira melompat terus dia memeluk ke arah Iqbal yang baru mahu terlelap.

“Abang!!” panggil Mira lagi dengan nada yang kuat.

Dia memeluk pinggang lelaki itu tanpa segan-silu. Ala, bukan salah pun. Akukan isteri dia? Makin lama makin kuat pelukan Mira.

Iqbal Iskandar terkejut. Dipegangnya bahu Mira perlahan. Terasa badan Mira mengigil ketakutan. Rasa kasihan menerpa di hati.

“Dah, apa yang nak takut sangat ni? Guruh je kan? Jom lah tidur…” Iqbal bangun dan menarik tubuh Mira perlahan-lahan ke dalam dakapannya. Baru dia teringat bahawa Mira memang takutkan bunyi guruh. Terasa gementar sekali tangan Mira dalam genggamannya. Bibirnya bergetar ketakutan.

Kedua-duanya berbaring kembali. Apabila cuaca sudah reda barulah Mira kembali ke tempat baringnya. Malunya dia!!

Mira menguis-nguis hujung bantal peluknya, namun matanya masih juga tidak mahu pejam. Apalagi bila memikirkan Iqbal Iskandar yang berada di sebelahnya. Dia masih berasa malu dan takut sebenarnya.

“Awak..”

Namun suasana senyap saja.

“Abang?” suara lembut menyapa telinga Iqbal. Matanya masih tertutup. Namun telinganya masih mendengar.

“Hmm?”

“Apa!! Mira panggil abang.. Abang?” terbangun Iqbal apabila menyedari Mira memanggilnya abang. Tadi ada sekali dia dengar tapi mungkin khayalannya saja kot! Namun kini memang sah-sah telinganya mendengar Mira memanggilnya abang!

Mira tersenyum sedikit. Tak tidur lagi rupanya. Hujan yang tadinya turun lebat kini sudah beransur rintik. Mira melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Air hujan yang rintik itu ditatapnya penuh asyik. Jam telefon bimbit sudah pun menunjuk ke pukul tiga pagi.

“Tak tidur lagi?” Mira menanya. Sengaja mencari topik perbualan. Dah la tak boleh tidur, senyap je tu. Dia memang perlukan teman berbual. Kalau dulu masa tinggal dengan Wani, sahabatnya itulah yang menjadi penemannya. Sampai mengantuk di tempat kerja gara-gara matanya yang tidak mahu tidur bila mendegar bunyi guruh di langit.

“Abang tunggu sayanglah..” jawab Iqbal.

“Mata Mira tak nak tidur..”

“Kenapa? Abang dah mengantuk sangat ni” jawab Iqbal lagi.

Mira tergelak kecil. Membuatkan Iqbal tidak jadi memejamkan matanya yang memang mahu tidur tadi. Entah mengapa matanya kembali segar bila mendengar Mira tergelak manja... Dia semakin berdebar-debar. Hatinya bagai di palu.. Sabarlah kau wahai hatiku!!

“Abang…” panggil Mira lembut.

“Yeah?”

“Terima kasih”

“For?”

“Pasal petang tadi, the birthday, the surprise and all. Tapi pasal kat bilik mandi tu tolong lupakan...yer!” jawab Mira sambil tersenyum malu. Memang di malu dengan Iqbal bila mengenangkan peristiwa petang tadi.

Senyap.

“Abang? Abang dah tidur ke?”

Senyap.

Mira jadi bingung. Aik, tadi punya la cergas nak dengar aku cakap apa. Sekarang dia pulak dah tidur? Mira bangun dari baringnya. Baru seinci kepalanya ditoleh ke depan dan…

ZUUUP!

Satu ciuman hinggap di bibirnya. Dia terkejut tapi dibiarkan sahaja. Iqbal Iskandar memandang isterinya yang kini sudah berada di depan muka. Muka Mira mungkin sudah merona merah sekarang! Dia tidak berapa nampak kerana keadaan gelap.

“Kenapa abang buat macam tu?” Mira menanya dalam dengar dan tidak. Menahan rasa getar di hati. Bkan mudah untuk mengawal rasa itu.

“Because I love you and thank you for calling me abang..” Iqbal Iskandar jawab jugak soalan yang bodoh tu.

“Awak!!”

Jarinya diletakkan ke atas bibir Mira. Serta-merta Mira diam. Kedua-duanya menatap anak mata satu sama lain. Jantung sudah bedegup kencang. Terasa macam nak gugur masa tu jugak! Air hujan yang merintik-rintik menambahkan lagi bunyi pada malam itu.

“Sayang nak kena cium kat bibir lagi ke? Dah elok panggil abang tadi” usik Iqbal lagi.

Mereka diam seketika.

“Abang lupa nak cakap sesuatu” ujar lelaki itu kemudian mengusap-usap pipi Mira yang halus itu.

“Apa?” Perlahan sahaja Mira menanya. Dia menelan liurnya.

“Happy birthday sayang and I love you so much…” Iqbal berbisik di telinga Mira kemudian mengucup bahu isterinya itu perlahan.

“Kan tadi dah ucapkan” sempat lagi Mira menegur.

“Memang pun. Tapi abang nak Mira sentiasa ingatkan abang dari saat ini sampai bila-bila” Iqbal memberitahu dengan penuh lembut. Mira menunduk.

“Sayang.. Mulai saat ini, kita akan habiskan masa seumur hidup untuk bersama. Dan abang nak sayang ikhlas terima abang dalam hidup sayang.. Sebagai mana abang ikhlaskan hati dan jiwa raga abang untuk mencintai Mira.. ya sayang..” pujuk Iqbal lagi.

Mira terkedu dengan bait-bait cinta yang di luahkan oleh Iqbal Iskandar. Hampir tidak percaya ayat-ayat itu keluar dari bibir lelaki itu. Lelaki yang mendatangkan sejarah hitam dalam hidupnya, lelaki yang tidak pernah di undang dalam hidupnya, lelaki yang amat dia benci dalam dunia ini dan akhirnya lelaki inikah yang akan menyayanginya seumur hidup..?

“Please.. Bagi abang peluang untuk menebus segala kesilapan abang yang lalu.. Abang merayu sangat..”

Suara itu separuh merayu itu membuatkan Mira sebak. Wajah jernih Iqbal Iskandar di renung penuh kasih dan dia nampak akan keikhlasan terpamer di situ. Tiada keraguan.. Namun bolehkah hatinya menerimanya?

Tanpa sedar kepalanya mengangguk perlahan. Genggaman Iqbal Iskandar semakin kemas di jari jemarinya menerbitkan rasa nyaman dan tenang sekali.

“Dahlah Mira nak tidur ni..” Mira memberi alasan. Sebenarnya dia masih gementar. Dia takut untuk mendengar ucapan Iqbal yang mungkin boleh mencairkan hatinya. Dia belum bersedia untuk menerima semuanya itu.

Dalam diam Iqbal bersyukur kerana akhirnya tuhan telah membuka sedikit pintu hati Mira untuk menerima cinta dan kasih sayangnya secara perlahan-lahan. Dia berjanji tidak akan mempersiakan kasih sayang Mira terhadapnya. Bukalah hatimu wahai isteriku.

.................................................

Pagi-pagi Iqbal sudah menghilang. Entah kemana dia pergi, Mira tidak tahu. Dia terus menuju ke bilik mandi. Takut Iqbal akan balik sebentar lagi. Kalau Iqbal ada di bilik segan pula takut terjadi lagi kejadian semalam. Malu gila dia dengan Iqbal.

Mujurlah Iqbal belum sampai walaupun dia sudah mandi. Dia duduk di atas katil yang empuk itu. Teringat dia kejadian malam tadi. Gara-gara dia takut akan bunyi guruh, dia bersengkang mata sehingga waktu subuh. Selepas subuh barulah matanya mengantuk. Dan sekarang sudah pukul 8.30 pagi. Perutnya juga berasa lapar.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut wajahnya. Hatinya terasa sedikit lapang dengan keadaan begitu malah matanya juga senang menatap keindahan di hadapan matanya. Senyuman mengayuti bibir Mira bila kenangan itu menyapa. Entah mengapa tiba-tiba ingatannya kembali kepada suasana ketika kedua orang tuanya masih hidup. Di zaman kanak-kanaknya terasa sungguh bahagia.

Iqbal membuka pintu bilik dengan membawa sejambak bunga di tangannya. Di sebelah tangannya pula ada beg plastic berisi makanan dan juga pakaian.

“Sayang..” panggil Iqbal.

‘Hish kemana pula Mira pergi. Takkan dia keluar dari bilik. Matanya meliar mencari kelibat Mira. Namun pencariannya terhenti apabila melihat tubuh Mira berada di luar bilik. Mungkin dia sedang menikmati keindahan alam kali. Perlahan lahan dia meletakkan plastik di atas meja dan menyembunyikan sejambak bunga di belakangnya. Dia berjalan menuju ke tempat Mira berdiri.  Tiba-tiba sahaja Mira menoleh apabila dia terbau sesuatu.

Dia melihat Iqbal sedang menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Dia memang sudah agak pastinya sejambak bunga yang dia tidak suka.

“Jangan datang dekat dengan Mira..” ujar Mira sebaik saja melihat Iqbal berjalan menuju ke arahnya. Iqbal hairan. ‘Apa dah jadi pada bini aku ni?’ namun dia tetap juga berjalan menuju ke arah Mira sambil menghulurkan sejambak bunga yang baru di belinya tadi.

“Mira cakap jangan datang dekat” tiba-tiba Mira menengking.

“Kenapa? Sayang tak sudi terima bunga ini?” soal Iqbal dengan nada kecewa.

Mira hanya menggeleng. Berubah wajah Iqbal yang tadi tersenyum kini bertukar menjadi kelat. ‘Sampai hati tak nak terima bunga yang ikhlas dari hati abang ni!’

“Jauhkan bunga itu dari Mira.” Dia sudah sedaya upaya menahan bersin. Memang dia alah kepada bunga. Bukan niatnya mahu menyinggung perasaan Iqbal. Namun Iqbal masih berdiri sambil memegang sejambak bunga itu. Dia tidak faham kenapa Mira menolak bunya itu.

Akhirnya Mira Syafika tidak dapat menahan bersinnya. Berkali-kali dia bersin sehingga air matanya keluar. Dia mencari kotak tisu yang tadi dia nampak di atas meja tv. Iqbal sudah cemas bila melihat Mira seperti orang menangis. Lalu dia meletakkan bunga di hujung sudut bilik itu.

‘Orang perempuan biasanya suka bunga. Tapi isteri aku ni takut bunga.’

“Sayang kenapa ni?” ujarnya sambil mendekati Mira.

Mira tetap bersin selagi bau bunga itu menusuk hidungnya, selagi itu dia akan bersin.

“Mira alah dengan bunga..” ujar Mira  perlahan sambil mengelap hidungnya yang sudah kemerahan.

“Abang minta maaf. Abang tak tau..” balas Iqbal dengan perasaan serba salah. Tadi bukan main gembira hatinya ketika memilih bunga untuk di berikan kepada Mira. Tup.. tup.. Mira alah kepada bunga.. Patutlah dia tidak pernah nampak Mira dekat dengan bunga.

Iqbal membantu Mira. Rasa kesal bersarang di hati. Sepatutnya dia lebih berhati-hati dengan apa yang Mira suka dan tak suka.

.........................................................

Pak Cik Fuad datang ke pejabat Dato Ismail. Sudah lama dia tidak datang berjumpa dengan Dato Ismail.

“Sibuk ker?” soal Encik Fuad apabila melihat Dato Ismail sedang asyik membuat kerjanya. Dato Ismail mengangkat kepalanya.

“Tak adalah Pakcik. Tinggal sikit je kerja ni..” jawab Dato Ismail.

“Kerja ni masih juga ke kau buat. Bagilah Iqbal tolong kau.. Ni Iqbal tak tolong ker?”

“Ni saya ambil alih kerja dialah ni. Dia tengah bercuti..” jawab Dato Ismail.

“Cuti? Dia pergi mana?”

“Katanya nak balik kampung isteri dia.. Lepas tu dia orang pergi ke Cameron Highland.”

“Cameron Highland?? Eh.. Sejak bila pula cucu aku seorang tu dah berubah selera. Paling tidak pun pergilah ke Paris ke, London ker? Ini Cameron Highland...” ujar Pakcik Fuad dengan tawanya.. Dia betul-betul tidak faham dengan Iqbal.

“Dia tak nak ambik cuti panjang. Cuti pun tiga hari jer.. Mana cukup nak pergi ke oversea..” jawab Dato Ismail.

“Lain kali awak bagilah cuti panjang sikit kat di orang.. Mana tau balik dari bercuti bawa hasil.. Taklah kempunan nak main dengan cucu..” ujar Pakcik Fuad sambil tergelak.

“Budak bertuah tu memang.. Susah nak jangka perangainya.. Boleh pula bawa bini dia pergi ke Cameron highland jer?” sambung Encik Fuad lagi. Mereka berdua ketawa lagi. Sungguh dunia orang di lamun cinta ni, macam-macam!

.........................................................

Mereka pergi ke ladang teh, kebun strawberi dan tempat-tempat yang menarik yang lain. Iqbal mengambil gambar di tempat-tempat yang menarik itu. Tidak lupa juga dia mengambil gambar Mira secara terang terangan.

“Jomlah sayang, kita tangkap gambar..” ajak Iqbal bersungguh-sungguh.

“Dah berapa keping yang abang dah ambik?”

“Abang rasa dekat 50 keping kot... Kenapa?”

“Banyaknya. Gambar apa yang abang ambik sebanyak tu?”

“Gambar sayang..”

“Mana? Mira nak tengok!”desak Mira lagi.

“Hish.. mana boleh sayang tengok. Abang sayang tau semua gambar yang abang tangkap dalam ni. Rahsia, tak boleh tunjuk kat sayang. Nanti sayang delete gambar tu..” Iqbal tergelak-gelak. Mira semakin geram!

“Eleh simpan jelah buat pekasam. Mira pun tak sudi nak tengok..” Mira bingkas bangun meninggalkan Iqbal yang masih tertunduk melihat gambar yang di tangkapnya. Malas dia mahu melayan Iqbal.

“Sayang..” Iqbal menoleh ke sebelah. Aik.. dah lesap pulak dah!!

“Sayang.. Marilah sini tengok..” pujuk Iqbal lagi. Iqbal menyentuh-nyentuh bahu isterinya. Mira menepis.

“Sayang.. Marilah sini tengok gambar dalam ni..”

Namun laungan Iqbal langsung tidak di pedulikan oleh Mira lagi. Di terus meninggalkan Iqbal tang tercungap-cungap mengejar dari belakang. Kemudian Mira duduk di sebuah kerusi itu. Iqbal pun turut duduk di sebelahnya.

“Sayang.. sampai hati tinggalkan abang macam tu.. Penat tau tak kejar sayang..”

 Mira tetap membisu. Rasa lucu pulak dia merajuk. Iqbal terus meletakkan kameranya dalam keadaan mode view di hadapan Mira. Dia tak peduli. Mira mesti tengok gambar tu!

Gambar Mira yang sedang lena ketika subuh tadi di bilik hotel mereka!

“Abang malulah Mira nak tengok gambar tu! Abang kena delete gambar tu!”

“Kenapa pula? Kan betul abang dah cakap tadi. Kalau Mira nampak gambar tu mesti suruh abang deletekan!” ujar Iqbal samba tergelak-gelak.

“Suka hati awaklah!!”

“Janganlah merajuk. Kalau nak tau orang inilah yang paling abang sayang!! Tak ada orang lain yang dapat mengatasi dia! Cupp!!” satu ciuman singgah di pipi Mira.

Iqbal cepat-cepat bangun meninggalkan Mira, sebab dia tahu Mira pasti akan marah padanya nanti.

“Abang!!!” geramnya Mira.. Dia memengang pipinya. Dalam hatinya dia suka!

Mereka terus berjalan pulang ke hotel. Lagi pun hari dah semakin gelap.

Wednesday 25 July 2012

Kau Rantai Hatiku 5



TENGKU Elman masuk ke kamar dan seterusnya ke bilik air. Dia mahu mandi. Keluar dari bilik air, fikirannya asyik pada gambar yang di tunjukkan oleh Ku Zurin tengah hari tadi. Ingin saja dia lemparkan jauh-jauh wajah manis itu namun ia masih menerjah jua ke benaknya.

Gadis itu memang seiras dengan Ariana cuma kurang kelembutan pada wajah di dalam photo itu. Rambut cuma paras bahu dan berpakaian ringkas. Sempat juga dia memindahkan gambar itu dari handset Ku Zurin ke handsetnya tadi. Sekarang zaman IT gambar boleh di ambil menggunakan telefon bimbit saja. Kalau jauh pun boleh di zoomkan supaya dekat. Sebab itu dia boleh nampak dengan jelas wajah gadis dalam gambar itu.

Seingatnya Ariana tidak pernah berpakaian seperti itu bila keluar dari rumah. Dia paling sopan dengan tudung dan pakaiannya menutup aurat. Tengku Elman Qaufar mula bermonolog sendirian.

Tengku Elman kaku di birai katilnya. Senyuman Ariana bermain-main di matanya. Ada kerinduan mengisi di ruang hatinya. Telefon bimbitnya di ambil. Mahu melihat kembali gambar yang di simpan dalam telefon bimbitnya itu. Siapa awak sebenarnya? Ingin saja dia menjerit namun tidak keluar pun perkataan dari kerongkongnya.

Tengku Elman Qaufar bangkit dan terus menuju ke bawah. Dia mahu mengetahui sesuatu!

ISABELLA mendail nombor Tengku Elman Qaufar. Namun dia mendapati telefon bimbit Tengku Elman di tutup. Hatinya mula geram. Semenjak mereka balik ke Malaysia, dia merasakan Tengku Elman seperti cuba menjauhi dirinya. Setelah habis mesyuarat sahaja dia sudah lesap. Bukannya mahu beritahu kemana dia pergi.

Tengku Elman pergi bersama Encik Johan. Mungkin mereka ada mesyuarat dengan klien fikirnya. Dan kalau itu yang berlaku dia tidak kisah. Tetapi kalau mereka melencong ke tempat lain memang dia akan terasa dengan perangai Tengku Elman. Hanya nampak Tengku Elman masa mesyuarat sahaja. Selepas itu batang hidung dia langsung tak nampak.

Makin bingung dia memikirkan perangai Tengku Elman. Kini dia sudah jauh berubah. Ini tak boleh jadi. Nombor Tengku Suraya di dailnya. Dia mahu Tengku Suraya menasihati Tengku Elman. Hanya itulah satu-satunya cara dia kembali rapat dengan lelaki yang bernama Tengku Elman Qaufar.

PAGI itu selepas mesyuarat, Tengku Elman Qaufar dan Encik Johan pergi ke Time Square lagi. Dia ingin memastikan projek mereka berjalan dengan lancar. Tengku Elman tidak mahu ada pihak memandang rendah akan kebolehannya. Kepercayaan mereka harus di ambil kira.

Sedang dia bercakap-cakap tentang rancangannya tiba-tiba matanya terpandang seseorang. Perempuan yang mirip seseorang. ‘Ariana!!!’

Dengan cepat kakinya terus mengejar gadis itu. Perempuan itu berjalan di celah orang ramai. Tanpa menyedari ada orang mengejar dan memanggil namanya dari belakang. Bagi gadis itu dia mahu segera sampai ke kedai kainnya. Dia baru pulang dari menghantar barang.

Tengku Elman Qaufar mempercepatkan lariannya agar gadis itu tidak pergi begitu sahaja. Semalam dia kehilangan jejak gadis itu. Namun hari ini dia bertekad mahu mengejarnya walau pun kemana gadis itu pergi.

Akhirnya gadis itu berhenti sekejap apabila merasakan kakinya sedikit penat berjalan dari tadi. Tengku Elman terus mendapatkan gadis itu dan terus memeluk gadis itu. Gadis itu terpinga-pinga.  Belum sempat dia melabuhkan punggungnya, datang lelaki gila mana yang tiba-tiba sahaja memeluk dia di khalayak ramai lagi itu. Dia benar-benar rasa malu.

“Ari.. Kenapa tinggalkan abang?” ujar Tengku Elman Qaufar. Dia memeluk erat gadis di hadapannya itu. Tidak dia peduli akan pandangan sinis orang ramai kepadanya. Yang penting dia sudah jumpa gadis yang dia lihat hari itu.

“Encik, apa ni? Kenapa ni?” balas Humaira sambil meronta-ronta untuk di lepaskan. Dia hairan dan sakit hati dengan perangai lelaki itu. Suka hati dia saja nak peluk dirinya.

“Ari?” Tengku Elman Qaufar tersenyum. Dia gembira melihat insan yang berada di hadapannya ini. Memang tepat pandangan matanya semalam. Gadis ini memang wujud. Pada mulanya dia menganggap itu khayalannya saja. Namun hari ini dia benar-benar berjumpa dengan gadis itu.

“Encik, tolong lepaskan saya..” Humaira cuba untuk meronta. Namun pelukan Tengku Elman Qaufar begitu kuat untuk dia leraikan.

“Ari kenapa tinggalkan abang?” soal Tengku Elman lagi. Dia masih memeluk kuat gadis yang ada di depannya itu.

“Encik.. Lepaskan saya.. Saya bukan orang yang encik cari tu..” ujar Humaira dengan kuat sekali. Tersentak Tengku Elman Qaufar di buatnya.

‘Bukan Ari? Habis siapa dia?’ Perlahan-lahan dia merenggangkan pelukannya sebentar tadi. Rasa malu pula kerana dia tersilap orang. Kemudian dia terus menarik lengan gadis itu ke sudut yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai.

“Encik ni kenapa? Sakitlah bodoh..” ujar Humaira dengan geram. Hilang sudah rasa sopannya terhadap lelaki pelik itu.

“Awak bukan Ari?” soal lelaki itu lagi. Dia mahu memastikan gadis tu benar-benar bukan Ariananya.

“Tentulah.. Saya bukan Arilah encik! Encik ni rabun ke tak nampak orang yang betul. Saya langsung tak kenal encik!!” jawab Humaira lagi.

Sorry.. Saya tersalah orang” ujar lelaki itu.

Sorry.. Sorry.. Lain kali naik lorilah..” jawab Humaira geram.

“Saya betul-betul minta maaf..” ujar Tengku Elman Qaufar lagi. Dia benar-benar tidak dapat mengawal dirinya. Kerana perasaan rindunya dia menganggap gadis di depannya itu adalah Ariananya. Wajah yang betul-betul seiras.

“Tak apalah, lain kali encik mesti tengok orang betul-betul. Terkejut saya tadi” Humaira memarahinya. Entah lelaki itu dah gila kot atau dia memang tidak waras.

“Saya ingatkan awak isteri saya...” sayu sekali bunyinya.  Humaira memandang tepat ke wajah itu. Gila ke apa laki ni?

Tadi memang dia berasa marah sekali. Mana pernah dalam seumur hidupnya di peluk oleh seorang lelaki.  Memang dia berasa pelik bila tiba-tiba saja dia di peluk oleh lelaki aneh itu. Namun bila dia mendengar lelaki itu menyebut isteri, mungkin kerana wajahnya mirip wajah isteri lelaki itu. Ada jugakah orang di dunia ini yang sama mukanya.Tetapi orang kata ada. Ada tujuh orang yang sama rupanya di dunia ini.

“Siapa nama awak?” soal Tengku Elman Qaufar. Dalam kekalutan di fikirannya sempat juga dia bertanya nama gadis itu.

“Encik tak payah tahulah..” jawab Humaira cepat. Mana mungkin dia akan memberitahu namanya kepada lelaki asing ini. Mana tahu dia seorang penjahat ke, penjenayah yang paling di kehendaki ke? Sekarang dunia bukannya selamat sangat!!

“Saya perlu tahu nama cik..” ujar lelaki  separuh merayu itu. Mahu tidak mahu Humaira terpaksa juga memberitahu namanya.

“Nama saya Humaira. Panggil Ira saja” ujarnya. Dia tersenyum melihat gelagat lelaki yang berdiri di hadapannya ini. Nampak kalut sangat.

“Saya Elman. Panggil El pun boleh” Teringat dia kepada Ariana yang suka memanggilnya abang El. Nama gadis itu pun serupa dengan nama hujung Ariana. Cuma bezanya arwah di panggil ‘Ari’ dan gadis di hadapannya di panggil ‘Ira’. Tengku Elman Qaufar tersenyum.

“Sekali lagi saya minta maaf atas kelakuan kurang sopan saya tadi. Saya sangat menyesal..” ujar Tengku Elman. Wajahnya mempamerkan rasa bersalah didepan Humaira.

“Tak mengapa. Lain kali encik jangan buat macam tu dengan orang lain.. Mau encik makan penampar nanti. Tak pun tumbukan padu. Sedap kalau kena sepakan ke? Manalah tau..” ujar Ira berseloroh.

“Awak tinggal kat mana? Kerja kat mana?” soal Tengku Elman. Sengaja dia bertanya supaya dia senang untuk mencari gadis itu kelak.

“Buat apa nak tahu?” soal gadis itu.

“Saja. Apa salahnya..” jawab Tengku Elman Qaufar. Namun matanya langsung tidak teralih untuk memandang wajah gadis di hadapannya itu.

“Maaf.. Saya tak akan bagitahu pada orang yang baru saya kenali..” tegas Humaira. Lelaki ini sungguh pelik! Baru kali pertama jumpa dia terus tanya tempat tinggal dan tempat kerja. Mana dia tidak takut. Orang zaman sekarang bukannya boleh di percaya. Nanti jadi macam-macam dia juga yang susah.

“Tak apa kalau tak nak bagitahu” jawab Tengku Elman. Dia tersenyum. Logik juga mana ada orang berani bagitahu tempat tinggal dan tempat kerja pada orang yang baru di kenali.

“Maaf saya pergi dulu. Saya ada hal lagi..” ujar Humaira.

“Okey.. jumpa lagi..” balas Tengku Elman. Dia tersenyum sampai ke telinga.

Humaira terus berlalu meninggalkan Tengku Elman. Pelik betul perangai lelaki itu. Sebelum ini dia pernah kenal ke dengan lelaki itu. Apabila dia menoleh lelaki itu masih berdiri di situ sambil memerhatinya. Siap melambai tangan lagi ke arahnya. Gila!! Gumamnya sendirian.

Tengku Elman Qaufar terus mendail nombor Encik Johan. Dia ingin menyuruh Encik Johan menyiasat latar belakang gadis itu. Hatinya seakan meronta-ronta bahawa dia adalah ‘Ariana’. Entah mengapa semakin dia menidaknya namun hatinya tetap mengatakan ia.

HUMAIRA termenung di kamar tidurnya. Kelakuan lelaki pelik tadi mengganggu fikirannya. Zaman sekarang ni ada juga lelaki yang setia pada wanita yang di cintainya. Sungguh dia tidak percaya. Tetapi memang susahlah nak jumpa lelaki yang jenis setia gila macam lelaki pelik itu tadi.

‘Hishh.. Kenapa aku susah payah nak ingat kejadian tadi. Tapi semakin dia cuba lupakan semakin kuat pula ingatannya pada lelaki aneh itu.’

“Kak Ira..ooo Kak Ira!!” tiba-tiba kedengaran suara Zeti dari luar biliknya.

‘Budak ni mengacau betullah. Apa lagi ni?’ gumam Ira sendirian.

“Ya.. ada apa?” jawabnya perlahan.

“Mak panggil turun makan malam.” balas Zeti. Sejak Humaira sampai tadi dia tidak berkesempatan untuk menegur kakaknya itu.

“Ha..a.. Kakak nak turunlah ni..” jawab Humaira dari dalam.

 Humaira segera bangkit dari katilnya. Semakin dia duduk lama semakin kuat pula ingatannya pada lelaki itu.

“Marilah duduk makan.. Tentu Ira dah laparkan? Mak Teh dah masak lauk kegemaran Ira tau!” ujar Mak Teh lagi.

“Iya bestnya.. Terima kasih Mak Teh.. Buat susah-susah jer!”

“Tak adalah susah sangat. Ira tu kerja sepanjang hari, entah makan ke tidak dia kat kedai tu?”

“Makan.. Mana Ira lupa nak makan.. Itu satu kepentingan bagi Ira. Kalau Ira lapar mana Ira boleh nak buat kerja.” Semua mereka ketawa.

Selepas makan malam, Humaira menolong Mak Teh mengemas di dapur. Memang menjadi kebiasaanya akan menolong Mak Teh jika dia berkesempatan.

PAGI-pagi lagi Humaira sudah bersiap-siap hendak pergi ke kedainya. Sarapan sudah di sediakan oleh Mak Teh. Begitulah orang tua tu walau pun dia kurang sihat, selagi dia mampu bangun dia tidak lupa akan tanggungjawab kepada keluarganya.

“Mak Teh. Kenapa sediakan sarapan? Kan Mak Teh tak sihat? Ira boleh tolong Mak Teh..”

“Tak apalah Ira, hal kecil je.. Lagi pun boringlah Mak Teh asyik duduk je dalam bilik tu.”

“Ha.. iyalah tu.. Sarapan apa pagi ni? Tak sabar Ira nak merasanya.”

“Mi goreng je..” jawab Mak Teh.

“Itu dah lebih dari cukup. Makan banyak pun badan Ira masih macam ni juga..”

“Itu baguslah untuk kesihatan Ira juga.. Entah-entah Ira tak makan tengah hari kat kedai tu. Yelah sibuk dengan kerja sampai lupa nak makan”

“Hish.. Ira makan. Mana boleh Ira lapar time kerja.. Kalau Ira lapar semua kerja tak menjadi tau.. Alih-alih Ira jadi mak harimau.. Rasa nak makan orang je” guraunya. Tapi memang betul pun kalau dia lapar memang rasa nak marahkan orang saja.

“Yelah tu..”

Mak Teh ketawa. Lucu dia mendengar kata-kata Ira. Tapi memang perangai Ira macam tu. Tak boleh lapar sikit semua orang akan kena marah.

“Ketawalah Mak Teh. Macam Mak Teh tak tahu perangai Ira” ujar Ira lagi.

“Pak Teh mana? Dari tadi Ira tak nampak pun.” ujarnya sambil matanya melilau mencari tubuh tua itu.

“Ada didepan tu. Entah apa pula dibuatnya. Nanti masuklah dia tu”

 “Mak Teh senang hati tengok Ira sekarang sangat gembira. Tapi Mak Teh harap Ira sentiasa berhati-hati kat luar tu..” pesan Mak Teh. Dia memang risau kalau-kalau ada orang mengenali Humaira di luar sana. Dia tidak mahu kejadian berlalu berulang kembali. Dia sangat sayangkan Humaira seperti anaknya sendiri. Selepas Humaira kehilangan ibunya, dialah tempat Humaira menagih kasih.

“Itu Mak Teh jangan risau.. Ira tau jaga diri.. Okeylah Mak Teh Ira pergi dulu nanti membebel pula Arin kalau Ira lambat.” Humaira terus mengangkat plastik yang di bawa balik dari kedainya semalam.

“Hati-hati bawa kereta tu..” Mak Teh memberi peringatan.

“Baik Mak Teh..” tangan Mak Teh di salaminya. Pipi Mak Teh di ciumnya.

Dia menghidupkan enjin keretanya kemudian dia keluar menuju ke butiknya.

Sesampai di tempat parking kereta, Humaira memberhentikan keretanya. Dia membawa plastik yang berisi kain. Agak berat juga. Maklumlah kain tu semuanya mahal-mahal jadi dia harus berhati-hati supaya pesanan pelanggan tidak rosak atau pun hilang.

“Assallamuailikum...” terdengar suara garau menyapanya. ‘Siapa pula yang rajin menyapanya waktu pagi-pagi begini?’ bisik Humaira dalam hati.

“Assallamuailikumm... Tak jawab dosa..” suara itu mengulang lagi.

“Waaalaikumsallam..” kini baru dia nampak wajah yang memberi salam. Apa pula lelaki pelik ni buat kat sini? Dia tidak bekerjakah? Tapi dari segi pemakaiannya macam dia bekerja dalam pejabat.. Tapi Entahlah!!

“Kenapa tengok saya macam tu? Saya ni handsome sangat ke?” lelaki itu mengusiknya. Merah muka Humaira.

“Perasan.. Awak ni tak ade kerja ke, pagi-pagi dah terpacak kat sini?” marahnya.

“Kerja saya ialah tunggu awak seperti sekarang ini..” ujar lelaki itu. Suka dia mengacau gadis di hadapannya itu.

“Perasan..” jawab Humaira pendek.

“Awak ni memang suka membuang masa dengan mengurat gadis ke?” soal Humaira lagi. Sebelum ini dia tidak pernah pun jumpa lelaki itu di kawasan itu. Bermula dari semalam dia di pertemukan dengan lelaki itu.

“Itu salah.. Saya cuma nak mengurat dan berkenalan dengan awak saja” jawab lelaki yang bernama Tengku Elman itu.

“Hishh!! Sah dah tak betul dia ni..” Humaira terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Malas dia nak layan. Makin di layan makin menjadi pula.

“Ira.. tunggu..”

Namun Humaira terus berjalan dengan laju dan bersembunyi di sebalik tiang yang besar itu. Kelihatan lelaki tadi sedang mencari-carinya. Sekejap-sekejap dia menjenguk ke arah ruang lobi itu. Setelah lelaki itu tidak kelihatan dia keluar dari tempat persembunyiannya.