Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 9 September 2013

Cerpen:Suri Hatiku


Hari itu, mereka menerima tetamu dari jauh. Kata Pak Longnya keluarga sahabat baiknya mahu datang kerumah. Dari pagi lagi Suri bertungkus lumus memasak lauk yang di suruh oleh Pak Long. Wardiah juga meringankan tulang untuk membantunya di dapur. Pak Long Zali rasa seronok melihat kearaban kedua-dua anak gadisnya itu.

Dekat tengah hari barulah tetamu yang di maksudkan itu sampai.  Pak Long sudah seperti tidak sabar menunggu kedatangan sahabat baiknya itu.

Suri hanya tersenyum kepada lelaki yang tidak di kenalinya itu. Entah kata Pak Longnya itu anak kawan baiknya. Sharnaz namanya. Wajahnya sederhana. Kulitnya sedikit putih. Lelaki itu sempat membalas senyumannya.

“Makanlah jangan malu-malu. Semua masakan ini Suri yang masak.” Ujar Pak Long Zali. Bukan dia sengaja mahu memuji Suri tetapi memang benar Suri memasak lauk yang sedap itu.

“Betul Pakcik. Kak Suri kalau masak memang sedap..” ujar Wardiah pula. Dia pula yang rasa gembira melihat keluarga kawan ayahnya yang datang dari jauh sedang asyik menikmati hidangan tengah hari itu.

“Oh iya.. Memang padanlah semuanya sedap. Dahlah semua ini lauk kegemaran saya ni..” balas Dato Hamzah. Suri hanya tersenyum mendengar pujian dari lelaki yang sebaya dengan umur Pak Longnya itu. Dia juga dapat melihat lelaki itu juga tersenyum mendengar kata dari ayahnya sendiri.

“Memang aku suruh Suri masakkan lauk kegemaran kau Ham.. Biarlah berbaloi rasa Ham menjalani perjalanan yang jauh ni..” gelak Pak Long Zali lagi. Semua tetamu yang datang itu ketawa. Tak sangka Pak Long Zali pandai bergurau.

Sejak itulah perhubungan Suri dan Sharnaz semakin rapat. Akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun hanya seorang saja yang tidak merestui hubungan mereka. Mak Long Zainab. Dia tidak pernah menunjukkan muka senangnya kepada Suri. Sejak Suri tinggal bersama mereka, dia selalu mencari salah Suri. Boleh di katakan setiap hari ada sajalah benda yang tak kena dengan Suri. Walau pun begitu Pak Long Zali dan Wardiah baik kepadanya.

Suri tinggal bersama mereka setelah kedua orang tuanya meninggal dalam kemalangan. Sejak hari itu Pak Longnya mengambil alih tugas itu untuk menjaga Suri. Kedatangan Suri dalam keluarga mereka membuatkan Mak Long Zainab semakin membenci Suri. Selalu sahaja dia bergaduh dengan suaminya Zali dan mengungkit kisah lama.

.............................

Sudah tiga bulan berlalu, Dato Hamzah datang membawa rombongan. Mereka mahu anaknya Sharnaz cepat-cepat menikah dengan Suri. Lagi pun perkara yang baik tak elok bertangguh. Kedua-dua mereka saling menyintai antara satu sama lain. Jadi tiadalah istilah kahwin paksa.

Pak Long Zali dan Wardiah juga turut merasa gembira. Tak lama lagi Suri akan berkahwin dengan Sharnaz. Lagipun Pak Long puas hati apabila Suri bakal menjadi menantu sahabatnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia mahu melihat Suri bahagia bersama lelaki pilihannya.

Pak Long Zalilah antara orang yang paling sibuk untuk majlis itu nanti. Suri rasa gembira menerima berita baik itu. Tetapi bagai mana dengan penerimaan Mak Long Zainab. Adakah dia merestui hubungannya dengan Sharnaz? Dia mahu juga bertemu dengan Mak Longnya secara berdepan. Sepanjang persiapan majlis itu, Mak longnya langsung tidak menunjukkan mukanya kepada tetamu yang datang. Pak Long Zali pula terpaksa memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak berfikir yang bukan-bukan.

 Suri mengambil kesempatan masuk ke bilik Mak Longnya. Dia sedar Mak Longnya sengaja melarikan diri dari ruang tamu yang tengah riuh rendah menyiapkan hantaran dan bunga melur.

“Mak Long, Suri nak minta ampun dan maaf kalau Suri pernah terkasar bahasa dan buat silap pada Mak Long..”

“Buat apa nak minta maaf segala. Aku memang benci tengok muka kau tu. Budak pembawa malang. Kecik-kecil dah menyusahkan orang tua. Kau ingat kalau kau kahwin dengan orang kaya kau suka hatilah nak mengejek aku ni!” marah Mak Long Zainab. Entah mengapa dia langsung tidak boleh melihat wajah Suri. Biar bagus macam mana pun anginnya. Segera sahaja perasaannya berubah bila dia ternampak Suri. Dia masih marahkan arwah ayah Suri. Dia masih berdendam dengan arwah ayah Suri kerana dia cintakan lelaki itu. Tetapi malangnya lelaki itu memilih adiknya sebagai isteri.

“Kau ni kenapa Nab. Tak boleh ke kau bercakap elok dengan Suri?” soal Pak Long Zali. Kadang-kadang dia geram juga melihat sikap isterinya yang tidak pernah mahu berlembut dengan Suri. Biarpun isterinya selalu memarahi Suri namun baginya Suri itu bagaikan anak perempuannya sendiri.

“Aku memang tak boleh nak tengok muka dia tu. Makin aku tengok makin meluat. Meluat tau tak!!” jerit Mak Long Zainab.

“Dendam lama tu tak baik kau lemparkan pada Suri. Dalam hal ini, Suri tak bersalah. Kau ni dendam tak habis-habis..” ujar Pak Long Zali.

Suri hanya mampu menahan tangis. Dia juga rasa serba salah. Di sebabkan dia, Pak Long dan Mak Longnya selalu bergaduh. Sehingga hari ini dendam Mak Long tidak pernah padam. Entah apa silap orang tuanya sehinggakan dia di benci sebegitu. Tak lama lagi dia akan berkahwin dengan Sharnaz apa lagi, memang hari-hari dia mendengar Mak Longnya menyindir. Suri terus berlari menuju kebiliknya. Dia benar-benar rasa sedih.

“Itu aku punya hallah!!” jerit Mak Long Zainab.

“Abang tahu, Nab sebenarnya benci dengan kebaikan dan kecantikan Suri bukan. Tapi sampai hati Nab langsung tak memberi ruang walau pun sedikit pada Suri merasakah kasih sayang dari Nab. Nab harus ingat masa Nab sakit siapa yang selalu jaga Nab. Makan minum kita siapa yang tolong buatkan. Kain baju tu siapa yang tolong cucikan? Abang tak mahu Nab rasa menyesal dengan perbuatan Nab sekarang. Bila dia sudah kahwin nanti, pasti Nab akan merasa kehilangannya. Nab akan lebih terasa dengan kehilangannya..” ujar Pak Long Zali panjang lebar. Terus sahaja dia meninggalkan Mak Long Zainab di kamar tidurnya.

Suasana petang itu kedengaran riuh rendah. Khemah di dirikan. Penduduk kampung datang menolong. Budak-budak bermain bunga api. Mereka masing-masing meraikan hari kenduri kahwin. Suri masih juga bersedih kerana Mak Longnya tidak pernah mahu membantu mahu pun senyum manis kepadanya. Biar pun hari bahagianya semakin menghampiri, semakin itu jugalah dia payah untuk berdepan dengan wajah Mak Long. Dia sanggup berkurung di bilik dari pada keluar bertemu sanak saudara.

Tiba-tiba api yang kecil tadi menjadi marak. Entah di mana silapnya bila api itu mula memakan kain langsir. Lalu bertempik larilah mereka yang berada di rumah itu. Suri yang masih bersedih di bilik itu terkejut bila mendengar namanya di panggil. Bila dia tersedar kelihatan api sedang marak membakar sebahagian bilik itu. Suri bangun dan mencari jalan keluar. Dia juga terdengar Pak Long Zali memanggil namanya.

Akhirnya dia berjaya keluar dari rumah tersebut. Namun dia mencari-cari kelibat Wardiah. Dia bertanya pada Mak Longnya. Mereka semua mula memanggil nama Wardiah. Namun wajah Wardiah tetap tidak kelihatan. Suri merasakan Wardiah masih berada dalam rumah yang sudah di jilat api itu.

Suri kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar itu. Dia tidak peduli dengan teriakan yang memanggil namanya. Dia mencari Wardiah di bilik. Ketika dia memanggil nama Wardiah, dia melihat tubuh Wardiah sedang berbaring. Suri terus menerpa ke arah Wardiah tanpa mempedulikan api yang sedang marak. Dia segera  mengejutkan Wardiah dari pengsan. Nama Wardiah di panggil beberapa kali sambil dia menepuk-nepuk pipi Wardiah supaya sedar.

“Diah.. Diah bangun Diah..” panggilnya. Akhirnya Wardiah tersedar. Dia dapat melihat kak Surinya sedang memangkunya.

“Suri.. Suri..” kedengaran Pak Long Zali memanggil nama Suri. Suri terus menjawab. Kelihatan Pak Longnya mencari-carinya. Suri terus berusaha membawa Wardiah keluar dari bilik itu. Api semakin marak. Akhirnya mereka berjaya sampai di muka pintu. Namun malang tidak berbau apabila tiang rumah yang terbakar itu runtuh. Pada masa yang sama, Suri sempat menolak Wardiah dan dia sendiri yang terkena tiang tersebut. Semua penduduk kampung yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut. Nampaknya Suri berada di bawah runtuhan itu.

Pak Long Zali menjerit kuat nama Suri. Bagaikan mahu pengsan dia melihat Suri yang berada di bawah runtuhan itu. Nasib baik anggota bomba sudah sampai. Anggota bomba yang baru sampai terus sahaja memadam api yang sedang marak itu. Ambulan pula membawa Suri ke hospital di ikuti oleh Pak Longnya.

..............................

Sebaik sahaja mereka tiba di hospital, Suri di masukkan kedalam bilik kecemasan. Di luar kelihatan Pak Long Zali menunggu dengan penuh debar. Wardiah yang mendapatkan rawatan ringan juga turut menunggu Suri bersama ayahnya.

“Ayah, macam mana dengan keadaan Kak Suri ya?” soal Wardiah risau. Kalau bukan kerana untuk menyelamatkan dia, Kak Suri tentunya tidak akan menerima nasib begini.

“Kita pun tak tahu dia akan mengalami keadaan ini. Kak Suri kamu sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Diah. Bukan Diah tak tahu yang kak Suri tu sangat sayangkan Diah. Cuma mak Diah saja yang tak nampak kebaikan Kak Suri kamu itu..” ujar Pak Long Zali perlahan.

Di suatu sudut Mak Long Zainab sedang menangis mendengar kata-kata suaminya. Dia rasa sangat menyesal kerana dia tidak pernah memberi perhatian kepada Suri. Bukannya dia tidak tahu si anak itu selalu mahu berbaik dengannya sehinggakan dia sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Wardiah satu-satunya anak tunggalnya.

Doktor yang merawat Suri keluar dari bilik kecemasan. Laju sahaja Pak Long Zali mendekati Doktor tersebut.

“Macam mana dengan anak saya doktor?” soal Pak long Zali. Mereka yang menunggu ketika itu mahu mendengar dengan penuh debar. Dia harus menerima apa yang bakal doktor itu katakan.

“Saya minta maaf encik. Anak encik masih di tahap merbahaya. Marilah ikut saya ke bilik. Kita perlu berbincang..” terus sahaja Pak Long Zali dan Encik Murad mengikut doktor tersebut.

Mereka di jemput duduk oleh Doktor Radzi. Dia tahu dalam keadaan ini pasti sukar bagi keluarga si pesakit menerima berita buruk itu.

“Sebenarnya anak encik melecur hampir seluruh tubuhnya, bukan sahaja dia melecur di luar malah di dalamnya juga. Mujurah wajahnya tidak melecur.”

Bagaikan mahu pengsan Pak Long Zali mendengar berita yang amat menyedihkan itu. Dia tidak menyangka nasib Suri berubah menjadi begitu.

“Sabar Zali. Kita kena kuat” pujuk Murad sepupunya. Bukannya dia tidak tahu betapa Zali sayangkan Suri seperti anak kandungnya sendiri. Dia juga kasihan melihat Zali ketika ini.

“Macam mana aku nak berdepan dengan kedua ibu bapa Suri nanti. Mereka mengamanahkan agar aku jaga Suri dengan baik tetapi tengoklah apa yang terjadi pada Suri.” Ujar Pak Long Zali. Dia menangis teresak-esak. Inilah kali pertama dia menitiskan air mata kerana terlalu sedih.

“Kita tak boleh salahkan siapa-siapa. Benda dah nak jadi.. Kita berserah saja..” pujuk Murad lagi.

Akhirnya Pak Long Zali mengangguk. Dia mahu mendengar lagi keterangan yang akan di beritahu oleh doktor Radzi. Mereka keluar dari bilik doktor tersebut.

Tiba-tiba sahaja Encik Murad teringat dengan rombongan pengantin lelaki. Mereka akan sampai pada petang itu. Sebelum mereka sampai di kampung itu, pihak pengantin perempuan mesti memaklumkan berita itu kepada pihak pengantin lelaki. Dan mereka hanya mampu berserah sahaja sama ada majlis itu akan di teruskan atau tidak.

...............................

Pak Long Zali menekan nombor telefon sahabatnya Dato Hamzah. Dia cuba untuk tenang walau pun suaranya masih kedengaran bergetar-getar.

“Hello...”

“Helloo.. Kenapa suara Zali ni?” soal Dato Hamzah risau. Suara dari panggilan itu membuatkan dia risau.

“Kami minta maaf Ham..” ujar Pak Long Zali. Dia berasa sangat sebak ketika ini. Kenapalah di saat Suri akan di satukan dengan anak kawannya terjadi pula satu trajedi. Sungguh dia tidak menyangka kemeriahan mereka membuat persiapan perkahwinan itu bertukar menjadi trajedi.

“Kenapa ? Kenapa perlu minta maaf? Ada apa yang tak kena ni?” soal Dato Hamzah bertalu-talu. Dia mendengar suara resah dari hujung talian. Kalau tiada apa-apa tak mungkin suara sahabatnya itu seperti sebak.

“Seb..sebenarnya.. Suri di hospital..” akhirnya Dato Hamzah puncanya.

“Apa yang terjadi pada Suri? Zali cerita pada Ham.. Apa yang berlaku pada bakal menantu aku tu?” soal Dato Hamzah dengan suara yang agak tersekat-sekat.

Zali menceritakan perkara yang berlaku. Dato Hamzah mengucap. Lusa pagi hari pernikahan anaknya. Apa yang dia harus lakukan ketika ini?

“Sebab itu aku minta kau batalkan saja majlis akad nikah tu. Atau kau suruhlah anak kau tu kahwin dengan perempuan lain. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Suri sekarang. Dia pasti sangat sedih..” Terang Zali lagi. Kali ini dia terpaksa memberi keputusannya. Walaupun pahit dia rasakan namun dia tidak boleh mengabaikan kebahagiaan anak kawan baiknya.

“Tenang dulu. Nanti aku bincang dengan anak aku..” pujuk Dato Hamzah. Dalam keadaan begini dia tidak boleh membuat keputusan sendiri. Kejam rasanya menghukum Suri dalam dia berkeadaan begitu.

Sharnaz mendekati ayahnya. Dia seperti perasan wajah ayahnya berubah selepas menerima panggilan tadi. Lagi pun dia mendengar ayahnya menyebut nama Suri.

“Kenapa ayah?” soal Sharnaz perlahan.

“Ayah ada hal nak beritahu Sharnaz..” ujar Dato Hamzah perlahan. Biar apa pun dia harus memberitahu hal itu kepada anaknya. Akhirnya dia menceritakan apa yang berlaku pada Suri. Dia jadi begitu kerana dia mahu menyelamatkan Wardiah.

............................

“Doktor macam mana dengan keadaan anak saya doktor? Lagipun esok hari pernikahan mereka.” ujar Pak Long Zali kepada doktor tersebut.

“Encik Zali dalam keadaan Suri seperti sekarang adalah mustahil majlis akad nikah itu akan di teruskan. Dia masih berada di ambang maut. Jangankan bakal suaminya malah ahli keluarganya sendiri pun tidak mampu menerima kenyataan ini..” terang Doktor Radzi. Encik Zali terduduk. Dia sangat sedih. Kenapalah gadis sebaik Suri terpaksa menerima nasib yang sebegini?

“Jadi apa yang kami harus buat?” soal Encik Murad lagi. Doktor Radzi menerangkan apa yang mereka harus buat. Malah dia juga menyerahkan borang persetujuan pembedahan itu.

Pak Long Zali rasa sangat terharu melihat kedatangan keluarga Dato Hamzah dan juga Sharnaz. Dia tidak menyangka lelaki yang bakal menjadi suami Suri itu datang. Dan dia redha dengan keputusan yang bakal dia dengar nanti. Lelaki yang baik seperti Sharnaz berhak mendapat kebahgiaannya.

“Izinkan saya masuk jumpa Suri, Pakcik..” ujar Sharnaz sebaik saja dia mendekati lelaki yang merupakan Pak Long Suri.

“Tapi..”

“Pakcik jangan risau. Naz Cuma masuk nak jumpa Suri sekejap.. Naz janji Naz tak akan lama..” janji Sharnaz kepada Pak Long Zali.

“Sharnaz masuklah jumpa dia. Pakcik terima apa saja keputusan Sharnaz.” Ujar Pak Long Zali. Sharnaz mengangguk. Dia nekad walau apa pun yang berlaku dia tetap akan menerima Suri sebagai suri hidupnya. Dalam hatinya tiada insan lain yang mendapat takhta pertama di hatinya.

Sharnaz masuk ke bilik yang menempatkan Suri. Dia dapat melihat wajah Suri yang kelihatan sedih sekali.

“Buat apa abang datang ke sini?” soal Suri kesedihan.

“Abang nak tengok wajah Suri..” hati Suri bertambah sebak. Untuk apa lelaki ini datang menjenguknya dalam keadaan dia seperti ini.

“Suri dah cacat bang.. Abang tak perlu datang tengok keadaan Suri yang sekarang ini..” jawab Suri lagi. Kalau boleh dia tidak mahu Sharnaz melihat keadaan dia seperti sekarang.

“Abang nak juga.”

“Esok hari pernikahan kita. Lebih baik abang buat persiapan mencari pengganti Suri. Suri redha dengan apa yang terjadi. Suri terima takdir Suri..” perlahan-lahan Suri menuturkan kata. Dalam hati dia sudah sebak. Terasa dia bagaikan tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang sebenarnya menyakitkan hatinya sendiri. Tetapi dalam keadaan begini, dia harus terima. Terima kenyataan yang sebenarnya!

“Suri tak boleh cakap macam tu. Abang tak pernah terfikir mahu mencari pengganti Suri. Abang cuma mahu Suri menjadi suri hidup abang..” ujar Sharnaz berhati-hati. Dia tahu pasti perasaan Suri sangat sedih sekarang. Mungkin juga dia susah hati. Kalaulah dia boleh menggantikan dirinya di tempat Suri.

“Tapi.. Suri bukan Suri yang abang kenal dulu. Suri dah cacat bang...” jawab Suri sebak. Suri mengalihkan pandangannya. Dia tidak sanggup melihat wajah bakal suaminya dalam keadaan dia begini. Namun Sharnaz pergi ke sebelah untuk melihat wajah Suri sebelum pembedahan di jalankan.

“Abang tak kira. Abang tak perlu berfikir berkali-kali. Abang sudah nekad. Pernikahan kita tetap akan di teruskan. Tetapi selepas Suri menjalani pembedahan” ujar Sharnaz nekad.

Suri kehilangan kata. Memang mustahil baginya kalau pernikahan mereka di teruskan sedangkan dia masih bertarung dengan nyawa. Dia melecur hampir 40% di badannya. Nasib baiklah wajahnya tidak kena. Dan untuk kos perubatan bagi dirinya sekarang sangatlah mahal.

“Abang nak Suri bersabar. Suri kena kuat. Abang janji akan lakukan yang terbaik” janji Sharnaz pula. Suri hanya mampu mengukir senyuman. Janji Sharnaz itu dapat melegakan hatinya yang sudah gundah itu. Sharnaz terus keluar dari bilik tersebut.

“Biar saya tandatangan borang itu Pak Long..” ujar Sharnaz sambil mengambil borang yang masih di pegang oleh  Pak Long Zali.

“Tapi...”

Dato Hamzah mendekati Pak Long Zali. Dia tahu sahabatnya itu keberatan. Tetapi dia sudah berbincang dengan Sharnaz. Mereka sudah mencari doktor yang terbaik untuk membuat pembedahan terhadap Suri.

“Jangan risau Zali. Ham sudah membawa doktor yang terbaik untuk membuat pembedahan Suri. Lagi pun kami dah berbincang tadi..” ujar Dato Hamzah melegakan hati sahabatnya itu. Doktor yang di maksudkan itu berdiri di sebelah Dato Hamzah. Mereka membawanya dari Singapura untuk menjalani pembedahan ke atas Suri.

“Terima kasih Ham..” Balas Zali sambil memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia tidak menyangka semulia itu hati Dato Hamzah dan juga Sharnaz untuk menolong Suri. Dia sangat berterima kasih kepada sahabatnya itu. Mak Long Zainab hanya mampu mendengarnya dari jauh.

“Suri itu bukan setakat bakal menantu. Tetapi saya dah anggap dia macam anak perempuan kami..” terang Dato Hamzah lagi. Dia memang berkenan melihat Suri sejak kali pertama dia melihat Suri. Dia bukan sahaja cantik tetapi lemah lembut dan berbudi bahasa. Dia juga tidak menyangka anak lelakinya juga turut berkenan untuk berkenalan dan memilihnya menjadi isteri. Sebab itulah dia tidak melengah-lengahkan perkara yang baik itu.

Namun itulah yang di katakan malang tidak berbau. Sebelum hari pernikahan, Suri di timpa kecelakaan. Berita yang mereka sekeluarga terima sebelum hari pernikahan itu amat mengejutkan. Namun dalam diam dia berbangga kepada Sharnaz kerana tidak cepat melatah. Walau pun dia tahu keadaan Suri agak serius, namun anak lelakinya bernekad untuk meneruskan akad nikah mereka. Persandingannya pula akan di tunda pada hari selepas Suri benar-benar sembuh.

...............................

Pembedahan terus di jalankan. Mereka yang sedang menunggu sangat resah dan gelisah. Mereka berdoa supaya pembedahan itu selamat.

Akhirnya penantian mereka berakhir sebaik sahaja doktor yang membuat pembedahan itu keluar dari bilik bedah. Sharnazlah orang pertama yang menyerbu doktor tersebut.

“Macam mana doktor?”

“Alhamdulillah. Pembedahan berjalan dengan lancar. Itu pun berkat dari doa anda sekalian..” beritahu Doktor tersebut.

Mereka yang berada di ruangan menunggu masing-masing mengucapkan syukur! Semuanya mempamerkan perasaan gembira terutamanya Mak Long Zainab.

“Abang, Nab nak minta maaf pada abang..” ujarnya pada Pak Long Zali.

“Kenapa nak minta maaf dari abang pulak! Sepatutnya Nab minta maaf dengan Suri. Diakan anak saudara Nab sendiri..” ujar pak Long Zali. Bukan sekali dia memberi nasihat begitu pada isterinya, namun baru hari ini dia mendengar si isteri bercakap lembut dan meminta maaf darinya.

“Nab malu dengan Suri bang. Nab tak sangka hati Suri terlalu baik. Sehinggakan dia sanggup korbankan nyawanya semata-mata mahu menyelamatkan Wardiah. Kita dah berhutang budi dengan dia..” ujar Mak Long Zainab sambil mengesat air matanya.

“Abang tau. Suatu hari nanti pasti pintu hati Nab itu akan terbuka untuk Suri. Belum terlambat untuk Nab nak meminta maaf darinya. Suri dah banyak berkorban untuk keluarga kita. Cuma kita saja yang tidak tahu apa yang dia lakukan..” ujar Pak Long Zali lagi.

“Saya benar-benar malu dengan Suri. Tak sangka dia benar-benar seorang anak yang baik. Hingga kita tak terbalas dengan budi baiknya itu.. Nab menyesal sangat dengan perbuatan Nab..” ujar Mak Long Zainab pula.

Mak Long Zainab mendekati Suri yang baru tersedar dari pembedahan. Dia tersenyum pada Suri. Kali ini senyumannya ikhlas dari hatinya.

“Suri, Mak Long nak minta maaf di atas segala tingkah laku dan kata-kata yang selalu menyakitkan hati Suri.. Mak Long benar-benar rasa malu pada Suri.” Mak Long Zainab meminta maaf dari Suri. Suri hanya tersenyum. Ternyata doanya selama ini telah di makbulkan. Dan itulah yang sangat-sangat di nantikannya selama ini.

“Mak Long, Suri dah lama maafkan Mak Long. Suri tak pernah berdendam pun dengan Mak Long. Suri bersyukur sangat akhirnya Mak Long sudah dapat menerima Suri..”

“Sudahlah tu.. Bagilah Suri berehat. Diakan baru lepas menjalani pembedahan tu..” ujar Pak Long Zali lagi. Dia sangat gembira kerana akhirnya isterinya sudah menyesal dengan segala tingkah lakunya terhadap Suri.

“Kak.. Diah nak ucapkan terima kasih pada kakak. Kalau bukan kerana Diah, akak tak akan di timpa malang begini..” sambung Wardiah lagi.

“Sama-sama Diah. Itukan tanggung jawab akak juga untuk melindungi Diah.. Tak ada apa-apalah..” pujuk Suri lagi. Dia tidak mahu Wardiah rasa bersalah terhadap dirinya sensiri. Mungkin apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

Akhirnya mereka semua sudah rasa lega. Semuanya keluar kecuali Sharnaz. Sharnaz tetap setia menemani Suri.

“Esok hari pernikahan kita tau! Jadi abang nak Suri berehat puas-puas..” Sharnaz memberi nasihat. Dia mahu Suri kelihatan cantik dan berseri di hari pernikahan mereka nanti.

“Esok?? Tapi..”belum habis lagi ayat yang di ucapkan oleh Suri terus sahaja Sharnaz memotong.

“Tak ada tapi-tapi.. Abang tak nak tangguhkan. Biarlah kita bernikah pada hari yang kita pilih tu. Cuma tempatnya saja yang berbeza. Ayah pun dah bincang dengan tok kadi..” Sharnaz memberitahu hal itu kepada Suri.

Menitis air mata Suri mendengarnya. Begitu kasihkah lelaki itu pada dirinya. Sedangkan dia bagaikan tidak sanggup menerima kekurangan dirinya.

“Hei.. kenapa nangis ni? Tak cantiklah pengantin abang kalau nangis macam ni..” pujuk Sharnaz lagi. Suri ketawa. Sharnaz ni pandai sungguh buatkan dia ketawa. Hilang segala resah dan gelisahnya. Kini dia mula yakin bahawa Sharnaz memang serius dengan hubungan mereka.

...........................

Akad nikah di jalankan wad hospital. Bilik penginapan mereka tetap di hias dengan cantik setelah di beri keizinan untuk menghias. Sharnaz sangat gembira apabila pembedahan itu berjaya. Kini dia akan menjaga Suri sehingga dia sembuh.

Suri masih lagi berasa kekok bersama Sharnaz. Dia masih juga tidak percaya kini dia sudah bergelar isteri kepada lelaki yang di cintainya. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke cermin besar yang ada di sisi katilnya. Dari situ dia melihat wajahnya. Memang benar wajahnya tidak melecur. Syukurlah. Tetapi bahagian badannya yang lain masih dalam rawatan. Dari cermin itu dia dapat melihat wajah suaminya. Kelihatan Sharnaz tersenyum gembira ke arahnya.

“Terima kasih abang..” ucapnya tanpa sedar.

“Kenapa tiba-tiba ucap terima kasih?” soal Sharnaz pula. Sengaja dia mahu mengusik si isteri. Dia berjalan mendekati Suri yang berdiri di depan cermin. Tangannya di letakkan di bahu Suri.

“Terima kasih sebab sudi terima Suri dalam hidup abang..” ujar Suri lagi. Memang tidak dapat di nafikan bahawa cintanya memang luhur untuk suaminya.

“Alah apa nak kisah.. Sebab abang dah terlalu cinta, abang kena terima Suri seadanya.. Rupa paras itu bukan ukuran. Tetapi hati yang suci tu susah abang nak cari..” bisik Sharnaz ke telinga Suri perlahan. Suri pula kegelian.

“Hishh abang ni bergurau pula.. Suri cakap betul-betul..” rajuknya.

“Mana abang bergurau. Abang cakap betul-betullah. Biar beribu pun wanita cantik lalu depan abang nikan, abang cuma nampak Suri seorang saja tau!” Sharnaz meyakinkan Suri. Dia faham perasaan isterinya. Mungkin dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang.

“Yelah tu.. depan cakap lain. Belakang cakap lain..” muncung mulut Suri.

“Dah buatlah muncung itik tu..” seraya itu, Sharnaz ketawa. Dia sangat terhibur melihat Suri yang mula merajuk.

Tiba-tiba sister Milah sampai dengan membawa ubat untuk dressing. Dia tersenyum melihat pasangan pengantin baru tersebut. Sungguh dalam diam dia kagum dengan kuasa cinta dari Sharnaz untuk Suri.  Dalam kes seperti mereka, itulah kali pertama pengantin yang tetap pendiriannya untuk bernikah dengan pasangannya.

“Selamat malam.. Masa untuk dressing..” ucap Sister Milah. Sharnaz tersenyum. Dia faham dengan maksud Sister tersebut. Sebelum ini Sisiter itulah yang tolong merawat dan membasuh luka di badan Suri. Tetapi sejak dia melafazkan akad nikah itu, dia rasa sudah tiba masanya dia mengambil tanggung jawab itu.

“Malam ini biar saya yang buat kak..”

“Boleh ke?” soal Sister Milah sengaja mengusik pengantin baru itu.

“Boleh. Dah halal dah kak. Saya nak buat apa pun tak siapa dapat halang..” jawab Sharnaz sambil tersenyum memandang Suri. Sengaja dia mengenakan Suri sebenarnya. Dia rindukan senyuman Suri. Kalau dulu dia selalu sahaja menahan perasaan rindu pada Suri. Hanya telefon sahaja menjadi penghubung mereka. Tetapi sekarang, Suri sudah berada didepan mata. Dan dia berjanji pada diri sendiri untuk menjaga Suri sehingga Suri sembuh sepenuhnya. Dia juga menyuarakan hasrat itu kepada ayahnya dan Dato Hamzah hanya ketawa kerana dia berbangga mempunyai anak seperti Sharnaz.

“Hish abang ni..”

“Eleh malu-malu pulak.. Okeylah kak. Biar saya yang buat dressing untuk Suri. Akak boleh keluar ye!!” beritahu Sharnaz. Sejak dia bergelar suami kepada perempuan yang di cintainya itu dia akan menjalankan tanggung jawabnya. Tidak sesekali dia akan membiarkan orang lain menyentuh badan Suri.

“Menghalau nampak..” Sister Milah mengusik.

“Saya tak halau.. Tapi bagilah chance..”

Sister Milah terus keluar mendengar kata-kata Sharnaz. Sungguh bertuah Suri mendapat suami yang sangat menyayanginya. Semoga mereka akan bahagia hingga ke akhir hayat.

 

1 comment: