Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Sunday, 7 July 2013

Ada Dia Di Hati 17



“Abang tak sangka Sofia masih lagi menyimpan perasaan pada Zafran! Abang ingatkan selama ini Sofia cintakan abang. Rupa-rupanya Sofia masih mengharapkan cinta dari Zafran! Apa yang kurangnya pada abang!” Sofia yang terkejut mendengar suara Tuan Razman hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang ingin di katakan lagi. Nampaknya temberangnya sudah pecah. Ini gara-gara Zafran yang kembali waktu ini dan kebetulan suaminya juga pulang pada malam itu. Mungkin Tuan Razman sudah mendengar segala isi hatinya yang tersimpan selama ini. Semuanya terjadi di luar dugaannya.

“Sofia minta maaf..” Sofia terus bangun masuk ke dalam rumah. Tuan Razman tetap mengekorinya dari belakang sambil membawa begnya. Sofia sebenarnya masih terkejut. Dia tidak sangka suaminya balik pada malam ini.

“Apa yang kurangnya dalam rumah ini? Segala apa yang Sofia mahu abang akan tunaikan. Walau pun mahal, abang akan belikan. Tetapi ini balasan kasih sayang abang pada Sofia. Abang sangat mencintai Sofia tetapi Sofia tidak begitu. Apa gunanya Sofia berkahwin dengan abang? Apa motif Sofia sebenarnya?” soal Tuan Razman dengan marah.

Namun Sofia tetap membisu sambil melangkah menuju ke bilik tidur mereka. Kalau pun mereka bergaduh nanti dia tidak mahu ada orang lain yang emnonton pergaduhan mereka. Manalah tahu mereka akan bagi tau pada Zafran!

Tuan Razman menutup pintu bilik mereka. Dia masih rasa tidak puas hati. Soalannya tadi masih belum terjawab. Memang dia tidak dapat memaafkan apa yang telah Sofia buat padanya. Begitu penuh kasih sayang dan cintanya di curahkan pada Sofia, tetapi Sofia membalasnya dengan sebegini rupa! Dia sangat menyesal kerana kahwin dengan perempuan yang bermata duitan seperti Sofia.

“Sofia tak berniat apa-apa” jawab Sofia dengan tenang. Masakan dia mahu Tuan Razman mengetahui apa yang di rasakannya sekarang. Walaupun sebentar tadi dia benar-benar rasa sedih melihat pemergian Zafran, namun dalam masa yang sama dia juga tidak boleh melepaskan Tuan Razman juga! mungkin Tuan Razman tidak dapat membahagiakan dia namun dari segi kemewahan, Tuan Razman boleh berikan.

“Awak jangan nak bohong Sofia! Abang tak sangka Sofia masih cintakan Zafran!”

“Habis kalau memang Sofia cintakan Zafran, abang nak buat apa?” jerit Sofia lagi. Dari tadi lagi dia cuba mengawal perasaannya. Namun setelah di desak dengan beberapa soalan dia rasa geram!

“Jadi betullah apa yang abang dengar tadi?” soal Tuan Razman lagi. Sofia membeliakkan matanya. Dia terkejut! Adakah Tuan Razman sudah mengetahui apa yang terjadi tadi?

“Jawablah..” desak Tuan Razman lagi. Memang dia mendengar Sofia merayu-rayu pada Zafran namun dia mahukan kepastian dari mulut Sofia sekarang!

“Sofia cakap apa?” soal Sofia cuba berdalih. Rasa mendidih pula darah di badan Tuan Razman. Soalan Sofia itu seolah-olah dia cuba berdalih.

“Sofia masih cintakan Zafran?” soal Tuan Razman walau amat pedih dia rasakan ketika itu.

“Memang!! Memang Sofia masih cintakan Zaf! Sebab itu Sofia sanggup buat apa saja asalkan Zaf kembali pada Sofia..”

“Jadi ini adalah salah satu dari rancangan Sofia untuk memusnahkan rumah tangga Zaf?”

“Kenapa you nak peduli?” soal Sofia kasar.

“Jadi pasal kalung itu, Sofia sengaja nak kenakan Isha?” soal Tuan Razman lagi. Dia teringat bagai mana Sofia beriya-iya menyuruhnya menghalau Alisha keluar dari rumah. Sehingga kini dia langsung tidak mendapat berita dari Alisha.

“Memang itu plan I. You nak buat apa? You nak cari Isha menantu kesayangan you tu! Nak minta maaf, konon-kononnya I yang bersalah?”

“Sofia!!” jerit Tuan Razman lagi.

“Kenapa? You terkejut. Memang dah rancang perkara ini sebab kalau dia masih ada di depan Zaf, Zaf tak akan cari I..”

“You memang keji Sofia..” lalu Tuan Razman melafazkan cerai talak tiga di depan Sofia. Perlahan-lahan Sofia bangkit menuju ke almari pakaiannya. Dia mahu segera keluar dari bilik dan rumah agam itu.

...............................

Malam itu, Sofia keluar dari rumah. Dia bertengkar dengan Tuan Razman sehinggakan Tuan Razman melafazkan talak padanya. Dia mengemas pakaiannya yang patut dia ambil. Masa itu dia tidak terfikirkan siapa lagi. Hanya kawan baiknya sahaja tempat dia mengadu! Dia segera memandu menuju ke rumah Zaza. Kebetulan pada masa itu, Zaza belum tidur lagi. Dia terkejut melihat keadaan Sofia yang datang ke rumahnya dengan membawa beg besar di sisinya.

“I nak tumpang kat rumah kau boleh?” soal Sofia kepada Zaza.

“Nak tumpang kat rumah aku? Kau boleh tahan ke?” soal Zaza lagi. Bukannya dia tidak mahu kawannya itu menumpang di rumahnya namun dia tahu Sofia sudah biasa tinggal di tempat yang mewah juga selesa. Tahan kah dia dengan keadaan sekitar rumahnya nanti.

“I tak kisahlah Zaza. Yang penting sekarang ni, I nak tumpang kat rumah you.. Tak tahulah berapa lama..”

“Za tak kisah.. Takut you tu yang tak tahan duduk kat rumah ni..” balas Zaza lagi.

“Tahan tak tahan pun I akan duduk sehingga kes cerai kami selesai..” ujar Sofia perlahan. Apa yang di rasakan masa ini memang tak dapat di bayangkan. Dia tidak menyangka bahawa Tuan Razman sudah mendengar kata-katanya pada Zafran tempoh hari. Kerana hal itu berlarutan akhirnya pipinya menerima tamparan kerana membuatkan Tuan Razman marah. Selama tempoh perkahwinan mereka inilah kali pertama dia melihat Tuan Razman benar-benar marahkannya.

What?? You dah bercerai dengan Tuan Razman? You ni kenapa?” soal Zaza terkejut.

“Kami tak serasi. Lagipun I tak boleh paksa hati I nak cintakan dia..”

“I tak fahamlah dengan you ni..” Zaza menggeleng kepalanya.

“Tak apalah I duduk sekejap je.. Lepas tu I nak pergi ke KL..”

“Buat apa pergi ke KL?” soal Zaza tidak mengerti akan maksud Sofia.

“I nak cari Zafran..”

“You nak cari dia? Buat apa you nak cari dia?” soal Zaza kehairanan. Tak sudah-sudah kawannya yang seorang ini mencari masalah. Tak boleh ke dia berfikir secara baik. Tak boleh ke dia belajar menerima kenyataan bahawa Zafran Haicarl tidak cintakan dia. Tetapi hakikatnya begitulah manusia.

“Za, you taukan I terlalu cintakan Zafran. I nak sangat jumpa dia sebab I rindukan dia. Salah ke? Lagi pun Razman akan ceraikan I. Jadi I bebas untuk berbuat apa saja..”

“I tak fahamlah dengan you ni.. Hidup dah mewah, dapat pula lelaki yang sangat cintakan you, tapi hati you pula tak dapat nak cintakan dia.. Memang peliklah kau ni! Tak ada masalah cari masalah..”

“Hidup mewah, tak semestinya bahagia Za.. Makin hari semakin mendalam pula cinta I pada Zafran! Sehinggakan I tak boleh mengawal perasaan I pada Zaf! TApi tengoklah. Zaf langsung tak pedulikan I. Dia masih lagi teringatkan perempuan kampung yang tak guna tu!!”

“Hish!! Tak fahamlah I. Lepas satu-satu you ni..” rungut Zaza lagi.

“Mungkin you cakap I ni gila. Tapi I tak kisah. Janji I boleh terlepas dari genggaman Tuan Razman. Selepas bercerai nanti, I akan dapat sebahagian harta dia. Lepas tu I boleh pergi ke KL cari Zafran. I pasti dia ada di Kl sekarang.” ujar Sofia dengan yakinnya. Zaza hanya menggelengkan kepalanya. Semakin lama dia kenal dengan Sofia semakin dia tidak kenal pernagai Sofia.

“Suka hati youlah.. Asalkan you bahagia..” ujar Zaza sambil bangun meninggalkan Sofia sendirian. Dia tidak mahu terlibat dalam masalah Sofia.

..................................

Dato Hadi bercadang untuk meraikan pertemuannya dengan Alisha. Dia mahu mengadakan majlis kesyukuran. Pada majlis tersebut, dia akan menjemput sanak saudara mereka. Amri hanya bersetuju dan dia berjanji akan menolong papanya. Mereka semua rasa gembira. Penantian mereka selama ini sudah di makbulkan tuhan. Cuma arwah mamanya sahaja yang tidak sempat bertemu dengan Alisha. Alisha berasa sedih bila mengenangkan arwah mamanya. 

“Eh Dato, anak kamu yang mana buat kenduri ni?” soal Datin Maimon yang sedang berdiri di sebelah Dato Mahmod. Selama ini dia hanya tahu Dato Hadi punya seorang anak lelaki yang masih bujang. Tetapi dia pelik dengan majlis yang di adakan malam ini.

“Lupa saya perkenalkan, ini anak perempuan saya Alisha. Sebelum ni dia tinggal di Terengganu bersama keluarga angkatnya. Sekarang barulah dia kembali tinggal bersama kami.” Jawab Dato Hadi sambil tersenyum dan memperkenalkan Alisha kepada tetamunya. Ramai juga kenalannya yang datang. Tetapi ada juga yang tak dapat datang walau  pun hampir kesemua mereka sudah di jemput!

“Nanti bolehlah I kenalkan anak bujang saya pada anak perempuan Dato. Manalah tahu kita akan berbesan nanti..” ujar Dato Mahmod lagi. Dia berkenan sangat melihat Asliha yang berdiri di sebelah Dato Hadi. Macam arwah isteri Dato Hadi rupanya. Cantik yang semula jadi!

“Masalahnya anak perempuan saya dah kahwin..” bisik dato Hadi ke telinga Dato Mahmod.

“Aduh sayangnya.. Anak perempuan Dato tu cantik sangat. Bersopan santun pula tu.. ingatkan I masih ada peluang nak berbesan dengan Dato..” mengekek ketawa kedua-dua mereka itu.

“Memanglah.. dah anak perempuan aku tu dah kahwin nak buat macam mana?”

“Okeylah jom kita mulakan majlis ni..”

Dato Hadi segera menuju ke depan dan mengambil mikrofon!

Satu pengumuman yang mengejutkan para tetamu. Selama ini mereka tidak tahu yang Dato Hadi sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan.

..................................

Tuan Razman sudah menceraikan Sofia. Dia sudah mengetahui perbuatan Sofia yang sebenarnya. Segala kejadian yang menimpa mereka sekeluarga semuanya berpunca dari Sofia. Dia juga tidak menyangka Sofia itu hanya mahukan hartanya saja. Pada hal dia mencintai perempuan itu dengan sepenuh hati, sehingga dia sanggup bersaing dengan anak sendiri. Dan bukan salahnya juga kerana Sofia yang membuat keputusan untuk berkahwin dengannya bukan dengan Zafran.

Kini semua perbuatan Sofia itu terbongkar apabila dia mendengar dengan telinganya sendiri melihat Sofia merayu-rayu untuk kembali kepada Zafran. Pada masa itu dia baru sampai dari Kuala Lumpur. Dia melihat Sofia sanggup merendahkan maruahnya untuk memujuk Zafran Haicarl supaya menerima dirinya. Kononnya cintanya hanya untuk Zafran! Betapa hancurnya hatinya ketika itu apabila dia mengetahui Sofia tidak pernah menyintai dirinya seperti yang selalu di katakan.

Encik Rafi menjemput Sofia duduk di kerusi berhadapan dengannya. Dia sudah menerima panggilan dari Tuan Razman. Selepas kes cerai mereka selesai, Tuan Razman mahu Encik Rafi menyelesaikan masalah pembahagian harta. Semua butir-butir sudah di sediakannya sebelum Sofia datang berjumpa dengannya.

Sofia tersenyum riang. Siapa yang tidak suka walau pun dia sudah di gelar janda namun title janda itu bukannya sebarangan. Dia akan menuntut hak ke atas harta yang dimiliki oleh Tuan Razman. Encik Rafi juga membalas senyuman itu. dia tahu lambat atau cepat, pasti Sofia akan datang berjumpa dengannya.

“Macam mana dengan harta yang akan saya dapat Encik Rafi?” soal Sofia tanpa sabar.

Encik Rafi membuka fail yang berada di tangannya. Dia membaca dahulu sebelum dia beritahu keputusannya kepada Sofia.

“sebenarnya, Cik Sofia hanya mendapat 10% sahaja dari harta Tuan Razman..” ujar peguam itu. Sofia terkejut. Tak mungkin dia hanya mendapat 10 % dari harta Razman. Selebihnya ke mana?

“10 % je? Tak mungkin?”

“Itulah yang tertulis pada pembahagian harta itu. Kalau Cik Sofia tak puas hati, Cik Sofia tengoklah sendiri..”

Sofia terus sahaja merampas kertas wasiat itu. Memang benar, Tuan Razman hanya memberikan 10 peratus sahaja dari bahagian hartanya. Pada hal sebelum ini dia mendapat tahu Tuan Razman sudah mewasiatkan 50% hartanya.

“Kenapa boleh jadi macam ni? Jadi siapa yang mewarisi selebihnya?” soal Sofia lagi. Dia benar-benar ingin tahu siapa yang mewarisi harta Tuan Razman selain dirinya.

“Menurut yang tertulis, Tuan Razman hanya memiliki 40% harta ini dan Encik Zafran sebanyak 60%”

What?? Zafran mendapat 60% harta peninggalan ini?”

“Ya cik Sofia.. sebab harta yang di miliki oleh Encik Zafran di warisi dari arwah ibunya suatu masa dulu.” Kini barulah Sofia mengerti, Zafran memiliki harta dari arwah ibunya. Dia rasa sanagat menyesal. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak tahu dalam diam sebenarnya Zafran mempunyai asetnya tersendiri. Tapi dari gayanya dia memang seperti lelaki yang tidak punya apa-apa. Biar betul Zafran ni!!

“Terima kasih Encik Rafi.”

“Sama-sama..”

Sofia terus bangkit dari tempat duduknya. Kini misinya hanya memburu Zafran. Dia sudah bebas dari tangan Tuan Razman. Dan dia juga bebas untuk berbuat apa saja. Dia akan berbuat apa saja terhadap sesiapa sahaja yang akan menghalangnya untuk mendapatkan Zafran Haicarlnya kembali. Kali ini dia tidak akan membiarkan Zafran hidup bahagia dengan perempuan lain. Itu nekadnya.

 

3 comments:

  1. Perempuan ni tak tahu hukum ke? Sesaorang anak tak boleh nikah dengan bekas isteri ayahnya. Kalau nafsu dah menguasi diri, halal haram pon terjah.

    ReplyDelete
  2. Baru baca sampai bab ni. Terasa nak komen ckit. Harap dalam bab seterusnya(@ dlm versi cetak) akan dapat info berkaitan hukum. Ibu tiri(setelah bersama dgn ayahnya) akan jadi mahram. Takkan boleh kawin dgn anak tiri walau dah bercerai talak berapa pun dgn ayahnya.

    ReplyDelete