Pak Teh membawa Tengku
Elman keluar dari rumah. Mereka duduk di ruang rehat. Ada sebuah pondok kecil
yang di bina oleh Pak Teh untuk minum petang ketika mereka sekeluarga lapang.
Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
Pak
Teh memulakan bicara. Ada banyak perkara yang ingin dia beritahu pada Tengku
Elman. dia berharap Tengku Elman tidak akan menyalahkannya dalam hal ini.
“Saya
minta maaf banyak-banyak Tengku. Di sebabkan hal ini, Tengku sudah banyak
menderita..” ujar Pak Teh.
“Saya
masih tak faham!! Apa sebenarnya yang berlaku?” soal Tengku Elman Qaufar
bertubi-tubi. Dia mahukan penjelasan dari mulut Pak Teh.
“Sebenarnya,
pada malam itu Mak Teh terdengar perbualan Datin Melinda di telefon. Dia
mengarahkan orang berbuat sesuatu dengan kereta Cik Ariana. Apabila
mendengarnya dia terus bagitau pada Pak cik. Selepas Cik Ariana keluar, Pak cik
mengekorinya dari belakang. Memang betul, kereta Cik Ariana kena langgar dan
salah seorang itu menuang minyak pelincir ke atas kereta itu. Pada masa itu Cik
Ariana tidak sedarkan diri.
Mereka
terus berlalu apabila api sudah menyala memakan minyak pelincir itu. Pak cik
terus menuju ke arah kereta itu. Sedaya upaya pakcik keluarkan Cik Ariana dari
perut kereta itu. Kemudian Pak cik tanggalkan cincin perkahwinan dan beg tangan
Cik Ariana, pakcik letakkan di situ. Baju panjang yang Cik Ariana pakai Pakcik
tanggalkan. Ini Pakcik lakukan supaya boleh dijadikan bukti bahawa Cik Ariana
terbakar dalam letupan itu” cerita Pak Teh lagi.
“Saya
terus membawa Cik Ari pergi ke hospital. Saya pastikan tiada siapa yang
mengekori kami. Masa itu keadaan Cik Ari memang tenat. Di tambahkan lagi bayi
dalam kandungannya tidak dapat di selamatkan.. Pakcik betul-betul minta maaf..
Pakcik dah sedaya upaya untuk menyelamatkan Cik Ari dan juga kandungannya itu.”
“Ari
mengandung?” soal Tengku Elman terkejut. Pak Teh hanya mengangguk. Dia
sebenarnya pun terkejut apabila masa itu doktor telah mengesahkan Ariana
mengandung dan bayi dalam kandungannya itu tidak dapat di selamatkan.
Tengku
Elman Qaufar mengingat kembali ketika itu, sebelum dia pulang ke tanah air,
Ariana ada berkata sesuatu. Ada berita gembira yang ingin di sampaikan tetapi
isterinya mahu memberitahu apabila dia pulang kelak!
Teringat
kembali bagai mana perasaannya ketika itu. Menerima berita yang amat
menyedihkannya. Seolah-olah dia tidak dapat menerima bahawa insan yang
dicintainya sudah pergi buat selama-lamanya. Kepulangannya dari London malam
itu di sambut dengan berita yang menyedihkannya.
Pada
mulanya dia begitu gembira dan tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira
buat isteri tercinta. Mereka akan sama-sama sambung belajar di London. Dia
pergi ke London seorang diri atas urusan itu. Penemuan cincin dan beg tangan
milik isterinya juga turut di temui. Dan kereta yang meletup pada malam itu
memang kereta milik isterinya.
Tengku
Elman terdiam. Dia tidak menyangka Ariana menderita begitu sekali. Bagai mana
perasaannya seandainya suatu hari nanti dia kembali mengingati masa lampaunya.
Pasti dia akan sedih kerana kehilangan bayi dalam kandungannya semasa
kemalangan itu.
“Kesian
Ari. Saya tak dapat nak bayangkan macam mana perasaannya kalau dia tahu dia
pernah kehilangan bayi kami...” kedengaran keluhan dari mulut Tengku Elman.
“Saya betul-betul minta maaf Tengku..”
“Saya tak salahkan Pak Teh. Walau pun
saya juga sedih bila mendengar berita itu. Apa yang penting Ariana masih hidup
dan sihat..”
“Kita
berdoa saja agar dia dapat menerima kenyataan itu.”
“Apa
pun saya memang bersyukur sangat. Tapi Pak cik, kenapa dia tak kenal saya?”
soal Tengku Elman lagi.
“Dia
hilang ingatan selepas kemalangan yang dahsyat itu. Penyakit apa ya? Am.. am.. amnesia” ujar Pak
Teh yang cuba mengingati nama penyakit itu. Susah betul dia nak menyebut nama
penyakit itu!
“Penyakit
amnesia Pak cik. Penyakit hilang ingatan” sambung Tengku Elman Qaufar.
“Ha..
macam tulah bunyinya. Selama enam bulan dia koma. Masa dia komalah Mak Teh kamu
berhenti kerja kerana dia nak menjaga Ari..”
Melopong
mulut Elman mendengarnya. Hatinya sudah berbunga-bunga. Dia bersyukur sangat
kerana isteri yang di sangkakan sudah meninggal itu masih hidup!! Tapi apa
motif Datin Melinda mahu membunuh Ariana? Pelbagai soalan yang timbul di
fikirannya.
“Tapi
kenapa Datin Melinda mahu membunuh Ariana?” soal Tengku Elman.
“Itulah
yang menjadi tanda tanya Pak cik. Kenapa dia mengupah orang membunuh Cik Ari,
sedangkan Cik Ari tu orang yang baik. Kalau nak di banding kan dengan Isabella,
Cik Ari memang jauh lebih baik..” jawab Pak Teh geram! Dia teringat semenjak
Dato Farid berkahwin dengan Datin Melinda, Ariana selalu mengalah dengan
Isabella. Apa saja yang Isabella mahukan pasti, Datin Melinda dan Dato Farid
akan tunaikan.
Suatu
hari, mereka terkejut apabila Tengku Elman menghantar rombongan untuk meminang
Ariana. Hanya perkahwinan di antara Tengku Elman dan Ariana sahaja yang di
restui oleh mereka. Tetapi akhirnya, Datin Melinda tetap merancang mahu
membunuh Ariana juga akhirnya.
“Saya
betul-betul terkejut mendengar semua ini..” jelas Tengku Elman lagi.
“Pak
cik pun ada juga menjenguk ke rumah kamu selepas kejadian itu, tapi Tengku
tidak pernah balik dari London. Dan sampai sekarang Pak cik hanya berdiam diri
saja. Lagi pun Pak cik dengar Tengku dah bertunang dengan cik Isabella.”
“Betul
Pakcik. Saya mengambil masa lima tahun belajar di London. Saya cuba untuk
melupakan Ariana. Walaupun Isabella sentiasa ada di sisi saya, saya tetap tidak
dapat melupakan wajahnya. Sehinggakan Isabella selalu marahkan saya, Pak cik..”
gelak Tengku Elman. Teringat kembali bagaimana Isabella merajuk apabila dengan
tidak sengaja dia menyebut nama Ariana!
“Tetapi
bila saya pulang ke Malaysia saya terus jumpa dia di hari pertama saya menjejak
kaki ke Malaysia. Saya kejar dia masa tu Pak Cik.. Saya betul-betul macam orang
gila.. Akhirnya saya jumpa kedai tempat dia bekerja..”
Pak
Teh menceritakan keadian selepas kemalangan itu.
“Kami
berpindah ke Johor selepas Ariana keluar dari hospital. Setelah dia sihat
sepenuhnya kami mendaftarkan dia ke universiti. Baru satu setengah tahun ni
kami pindah semula ke Kuala Lumpur. Sebab dia nak mulakan perniagaan butiknya”
Pak Teh berhenti sekejap.
“Patutlah
masa kami di Johor hari itu, dia pengsan dan saya bawa dia ke hospital. Mereka
beritahu saya yang Ira pernah accident. Mungkin
Ira di rawat di hospital itu ke Pakcik?”
“Ya
Tengku.. Humaira pernah dirawat di Hospital Kluang. Saya harap Tengku dapat
rahsiakan perkara ini dari orang lain. Pak cik tak nak Datin Melinda
mencederakan Ariana lagi. Kita tidak tahu apa akan terjadi jika dia tahu Ariana
masih hidup.” Tengku Elman menghembuskan nafasnya. Tiada perkataan lain yang
dapat dia ucapkan ketika ini. Syukur!!!
“Baiklah
Pak Teh. Terima kasih banyak kerana menolong saya menjagakan Ariana selama ini.
Saya tak dapat nak membalas budi baik Pak Teh dan keluarga..” Sebuah senyuman
terukir di bibirnya. Manalah dia tidak gembira mendengar berita bahawa
isterinya masih hidup. Sekarang dia sudah ada keyakinan dalam hidup. Dia akan
selesaikan satu-persatu perkara yang perlu di selesaikan segera. Menitis
airmata gembira di pipi. Siapa sangka aturan tuhan untuknya. Rasanya mahu saja
dia memeluk gadis itu. Namun di sabarkan dulu hatinya.
“Sama-sama..
Lagi pun bukan sehari dua saya tengok Ariana. Dari bayinya masih merah lagi
sampai sekarang. Pak cik dan Mak cik bertanggung jawab untuk menjaga dia.” celah
Mak Teh yang datang dari arah dapur.
“Saya
harap Pak Teh pun jangan bagitahu Ira yang saya ni suami dia. Nanti dia
terkejut pula. Kita buat macam biasa.” Cadang Tengku Elman. Mereka berdua
mengangguk.
“Baiklah..
Lega hati saya sekarang. Lima tahun kami simpan rahsia ni. Sebenarnya Azwan ada
melamar Ira hari tu. Tapi kami cakap dia tak boleh kahwin dengan mana-mana
lelaki.”
“Dia
tak hairan ke Pak Teh?” ada nada cemburu di hujung suaranya. Amboi
mentang-mentang isteri aku ni cantik ada saja lelaki yang suka dengannya. Ini
tak boleh di biarkan. Humaira hanya milik aku seorang.
“Mestilah
dia hairan kenapa dia tak boleh kahwin dengan lelaki lain. Tapi sampai sekarang
kami tak bagitau apa sebabnya” Mereka bergelak ketawa.
“Gelak
sampai tak ingat dunia pulak.. Ni Mak Teh nak jemput korang masuk makan..
Makanan dah siap di hidangkan..”
Mereka
bertiga terus menuju ke ruang meja makan.
“MMM
Pak Teh, Mak Teh, saya pergi dulu ya. Saya pun dah lama kat sini.. Kalau di
ikutkan hati memang saya nak duduk lama-lama kat sini” ujar Tengku Elman
berseloroh. Dia melirik pada Humaira yang baru keluar dari arah dapur.
“Baiklah..
Ada masa datanglah ke sini lagi..” ujar Mak Teh.
“Ira
tolong hantar Tengku Elman ke luar.” Pak Teh pula bersuara.
“Baik
Pak Teh..”
Humaira
berjalan di belakang Tengku Elman. Dari tadi lagi senyuman tak putus-putus
menguntum di bibir Tengku Elman. Kalau di ikutkan hatinya nak saja dia memeluk
Humaira yang berada di hadapannya. Namun dia takut Humaira akan terkejut dengan
tindakanya. Lagi pun mereka berada di luar rumah Pak Teh. Nanti apa pula kata
jiran sekeliling.
“Tengku
ni kenapa dari tadi lagi senyum tak henti-henti? Dah dekat dalam tadi bukan
makin seronok berbual dengan Pak Teh dan Mak Teh. Korang kenal ke?” soal
Humaira dengan perasaan hairan. Pak Teh dan Mak Teh pun satu. Kalau dengan
Azwan tak juga mesra mereka melayannya. Tetapi berbeza pula dengan Tengku
Elman. Malah dirinya di suruh pula menghantar Tengku Elman sampai ke luar
pagar.
“Tak
ada apa. Saya gembira sangat. Tak tahu kenapa saya gembira sangat dapat
berjumpa dengan Pak Teh dan Mak Teh Ira.”
“Aaa...
Yalah tu..” memuncung bibir Humaira tanda tak puas hati.
“Esok
Ira tunggu saya tau. Saya datang ambik esok” ujar Tengku Elman.
“Nak
pergi mana? Esokkan cuti.. Ira nak duduk di rumah berehat.”
“Tapi
hari Isnin jangan lupa datang kerja..”
“Tapi
saya kan dah tulis surat perletakan jawatan..”
“Saya
tolak perletakan jawatan awak tu.. Jadi hari Isnin, Ira mesti masuk kerja
semula.”
“Tak
naklah kerja kat sana lagi. Lebih baik Ira jaga butik tu. Lagipun Ira tak nak
ada masalah dengan Cik Isabella tu.”
“Ini
arahan saya.. Ira kena juga turun kerja hari Isnin. Saya tunggu..”
“Yelah..
Ira turun keja hari Isnin..”
“Haa
macam tulah.. dan esok Ira tunggu saya kat rumah. Jangan nak keluar
kemana-mana..” ujar Tengku Elman sambil jarinya menyentuh pipi Humaira.
“Kenapa
Tengku ni, sejak bila pandai menggatal pulak ni?” Humaira mencebikkan bibir.
Tanda tidak puas hati. Lelaki ini memang suka betul mengambil kesempatan.
“Apa
salahnya. Saya lelaki. Ira pula perempuan. Tak salah bukan.. Lainlah kalau saya
ni pondan atau sama jenis.. Normallah sebagai seorang lelaki sejati itu, ada
sifat gatalnya. Barulah di katakan lelaki. Ira ni cute betullah..” Tengku Elman
sekali lagi mencubit pipi Humaira.
“Tengku
ni suka betul ambik kesempatan. Ingat muka Ira ni muka model agaknya.”
“Sorry tangan saya ni gatal sangat..”
Tengku Elman tersengih-sengih. Sakit hati Humaira memandang wajah selamba itu.
“Yalah
tu. Dasar lelaki gatal...”
“Tapi
bukan dengan orang sebarangan tau. Dengan Ira je saya menggatal...” jawab
Tengku Elman dengan sengihannya.
“Tengku
nikan.. Heii.. geramnya Ira..”
“Saya
lagi geram tengok Ira tau. Rasa nak cium-cium pipi tu. Blushing sangat!!” Memang dia geram bila tengok wajah Humaira yang
merona merah. Langsung tiada perubahan. Cuma kini gadis itu langsung tidak
ingat segala kisah silamnya.
“Dahlah..
Balik cepat!! Makin lama Tengku kat sini makin menjadi-jadi pula gatalnya.”
Marah Humaira. Tengku Elman sekali lagi mencubit pipi Humaira. makin lama dia
berdepan dengan gadis itu makin dia merasakan tidak dapat mengawal perasaannya.
Sesampai
di rumah, Tengku Elman terus menuju ke biliknya. Membersihkan diri. Seharian
dia bekerja memang penat juga rasanya. Namun semuanya berbaloi apabila dia
mengetahui gadis yang selama ini dia ekori itu adalah isterinya sendiri. Cuma
sekarang bagaimana dia mahu menyelesaikan masalah isteri dan orang-orang di
sekelilingnya.
best terubat juga rindu..
ReplyDeleteassalamulaikum. Akhirnya ada juga sambungan. cerita ini akan habis diblog atau akan dibukukan
ReplyDeleteTerima kasih Hasiza, tak sangka masih ada juga pembaca yang sudi menjenguk ke blog saya yang tak seberapa ini. Mungkin saya akan habiskan dalam blog..
DeleteLama tunggu sambungan cite nie. Terubat rindu kat couple nie. Bila laa depa nak merasa bahagia. Yg jahat tu jangan kasi lepas yer. Biar depa dpt balasan yg setimpal.
ReplyDeleteI miss this story..best sangat
ReplyDeleteTq sebab sudi follow cerita ni.. by the way I akan cuba yang terbaik..
DeleteBest2...
ReplyDeleteBesttt...
ReplyDelete-alaina-