Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 3 September 2012

Kau Rantai Hatiku 10




Pagi ini Tengku Elman Qaufar sangat sibuk dengan tugas pejabat yang telah di tinggalkan selama seminggu ini. Gara-gara dia kemalangan seminggu lalu kerjanya sudah bertimbun untuk di tandatangani. Namun dia sudah menyiapkan kerjanya itu secepat mungkin dan menelitinya dengan sebaik-baiknya agar segala kesilapan dapat di lihat. Dokumen terakhir ialah pasal pertandingan tempoh hari. Dia akan mengadakan mesyuarat dengan anak buahnya.

Dalam mesyuarat itu sebulat suara memilih nama itu untuk menjadi johan dalam pertandingan itu. Akhirnya keputusan itu sudah ada di tangan Tengku Elman Qaufar. Sebelum ini dia belum sempat lagi mahu melihat hasil kerja tangan orang yang terpilih menjadi pemenang itu. Setelah Isabella menyerahkan gambar itu barulah Tengku Elman dapat melihatnya.

Dup!! hatinya berdetik laju. ‘Macam pernah nampak lukisan tu tapi di mana ya?’ Otaknya masih ligat memikir. Namun matanya tetap tajam melihat lukisan yang berada di tangannya.

“You setuju tak dengan pemilihan kami ni?” soal Bella.         

Namun Tengku Elman langsung tak terkutik matanya melihat lukisan itu terkejut. Dia tidak pasti apa yang di katakana oleh Isabella sebenarnya.

“Tengku Elman..” panggil Encik Johan ke telinganya dengan perlahan. Tengku Elman terkejut. Dia memandang ke arah Encik Johan.

“Ada apa?” soal Tengku Elman gelabah.

“Macam mana? Yang itu okey ke?” soal Encik Johan perlahan.

“Ya..ya.. saya berkenan  juga kalau dia ni jadi pemenang.. Okeylah kalau macam tu kita bersurai saja..” ujarnya memberi arahan. Semua yang hadir ke mesyuarat itu mula bersurai.

“You ni kenapa? Ada apa-apa yang tak kena dengan lukisan itu?” tanya Isabella sebaik saja mereka yang hadir menyuarat tadi keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

“Tak ada apa-apa” jawab Tengku Elman perlahan. Terus dia memasukkan lukisan itu ke dalam fail kerjanya. Dia terus bangun dari kerusinya. Isabella mengikutnya dari belakang.

“Man.. jom keluar makan tengah hari bersama. Dah lama kita tak keluar bersama…”

Sorrylah.. I ada hal kat luar.. Lagi pun petang ni I terus ada meeting kat luar” balas Tengku Elman Qaufar. Bukan apa dia sengaja memberi alasan agar dia dapat menjauhkan diri dari Isabella. Dia rimas dengan perangai Isabella.

Isabella menarik muka masam. Dia tidak menyangka Tengku Elman sekali lagi menolak permintaannya.

“Kita dah ada nama pemenang untuk pertandingan tu.  Nanti awak call supaya dia datang jumpa saya esok” ujar Tengku Elman Qaufar. Dia tidak pilih kasih atau apa saja alasan lain, tetapi lukisan yang berada di tangannya sungguh cantik secantik namanya juga.

“Baik Tengku. Kami akan uruskan hal ini” jawab Encik Johan. Dia terus keluar dari pejabat Tengku Elman.

ARIN melihat Humaira asyik termenung dari tadi lagi. Mungkin dia masih memikirkan masalah yang melanda mereka sekeluarga. Bukan dia tidak tahu kalau Humaira ada masalah pasti dia tidak mampu untuk tersenyum.

“Ira..”

“Mmmm...”

“Oh ya macam mana dengan Zeti?”

“Itulah yang membimbangkan aku ni..  Mana nak cari duit sebanyak RM 10 ribu tu. Dalam simpanan aku tu pun tak cukup”  jawab Humaira lagi. Sesungguhnya dia memang bingung memikirkan pasal duit itu. Mana nak cari duit lebih?

Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor yang tidak di kenali kelihatan. Namun dia sambut saja.

“Hello..”

“Hello.. Boleh saya tanya ni Cik Ariana Humaira ke?” soal satu suara gadis di hujung talian.

“Ya saya.. kenapa?” Humaira menyoal balik. Nombor yang tertera di telefon bimbit itu tidak di kenali. Dan bagaimana pula orang itu tahu nombornya.

“Tahniah cik dah terpilih untuk menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Saya berharap Cik datang ke pejabat kami esok. Masanya waktu pejabat” satu panggilan yang di terima oleh Humaira. Dia tersenyum lebar. Nampaknya dia pemenang dalam pertandingan itu. Dan syarikat yang menawarkan kontrak itu bukannya syarikat kecil. Dia adalah salah satu syarikat tang terkenal di Kuala Lumpur.

Panggilan itu di matikan. Dia menjerit kesukaan.

“Arin!!!”

“Ya.. Awak ni kenapa?” ujar Arin. Dia hairan melihat telatah kawannya itu. Gembira sungguh. Entah hantu mana yang merasuknya sampaikan terjerit-jerit Humaira memanggil namanya.

“Kau tau tak.. Aku menang dalam pertandingan itu. Aku gembira betul..” ujar Humaira menjerit kesukaan.

“Oh iya.. Tahniah..” Arin serta merta memeluk sahabatnya itu. Memang dari mula lagi dia yakin bahawa sahabatnya akan memenangi pertandingan itu. Tiba-tiba dia rasa sedih pula. Kalau Humaira pergi kerja ke syarikat itu dengan siapa dia nak menguruskan kedai yang ada sekarang.

“Awak ni kenapa? Sedih pula?”

“Habis kalau kau dah kerja dengan mereka siapa nak uruskan kedai ini dengan aku?” soal Arin lagi. dia bukannya apa, tapi dia akan kesunyian bila Humaira tidak lagi bekerja di kedainya.

“Itu awak tak payah risaulah.. Aku akan selalu menjenguk kau kat sini. Nanti apa-apa yang boleh aku tolong kau tolong okey.. Kau tak payah risau. Lagipun kalau aku dah sign kontrak nanti kita ada modal lagi untuk kedai kita ni dan selebihnya aku nak bagi kat Mak Teh..”

“Betul juga kata kau. Janji kau tak lupakan aku dekat sini. Nampaknya selepas ini terpaksalah aku cari pekerja baru.”

“Kita kena berkorban Arin. Kalau tak sampai bila kita akan Berjaya. Betul tak?” ajar Humaira lagi. Kedua sahabat itu tersenyum.

HARI ini Humaira sungguh gembira. Tidak sabar rasanya dia menyampaikan berita baik itu kepada Mak Teh dan juga Pak Teh. Selepas ini mungkin dia dapat menaikkan taraf hidup mereka sekeluarga. Dia juga ingin mencapai cita-cita dan impiannya untuk menjadi pereka fashion yang terkenal.

“Mak Teh, Ira ada berita baik tau!” ujarnya bersungguh-sungguh.

“Berita apanya.. Jangan cakap Ira nak kahwin!” Mak Teh sengaja mengusik.

“Eh taklah Mak Teh.. Hari ini Ira dapat panggilan dari sebuah syarikat bahawa Ira menang peraduan hari tu.  Selain itu syarikat itu mahu sign kontrak dengan Ira selama setahun. Jika kerja Ira bagus mereka akan sambung.”

“Iya betul ke? Alhamdulilah..” Mak Teh mengucapkan syukur. Dia sebenarnya kagum dengan semangat Humaira. Sifat itu memang dia warisi dari ayahnya.

“Ira gembira sangat. Esok Ira akan pergi ke syarikat tu. Ini peluang untuk Ira buktikan bakat Ira. Lagi pun ini saja caranya Ira tolong carikan duit untuk pembedahan Zeti.”

“Malam ni Pak Teh jaga Zeti ke?”

“Mmm ya. Nanti esok pagi Mak Teh datang awal ke hospital.. bertukar dengan Pak Teh kamu tu..”

“Baguslah kalau macam tu. Ira masuk bilik dululah. Lagipun Ira belum sediakan pakaian apa yang sesuai untuk ke sana esok.”

“Ha.. eloklah tu. Siap awal. Esok tak payah kelam kabut. Pukul berapa Ira bertolak esok?”

“Pukul 7 pagi. Takut jalan sesak pula nanti. Ira nak awal sampai.”

“Baguslah. Kalau Ira belum bangun pukul 6, Mak Teh pergi kejutkan esok.”

“Terima kasih Mak Teh..” ujar Humaira. Dia terus bangun dari tempat duduknya tadi menuju ke biliknya.

Dia tak sabar menantikan hari esok. Inilah kali pertama orang melihat bakatnya. Entah macam mana suasana ke syarikat itu esok.

MALAM ini Tengku Elman terpaksa menemani Isabella keluar membeli belah. Kononnya nak sambut hari jadi dengan meriah sempena kepulangan mereka dari oversea.

“Sayang yang ini okey tak?” soal Isabella.

Tengku Elman hanya mengangguk. Manalah dia berminat dengan apa yang di tunjukkan oleh Isabella. Otaknya melayang ke lain. Dia tidak tahu macam mana mahu berdepan dengan Humaira hari esok. Hari pertama Humaira mendaftarkan diri. Apa yang gadis itu tahu ialah dirinya hanya insan biasa. Dan jika hal itu terbongkar esok macam mana dia mahu jelaskan pada Humaira.

“Sayang kenapa ni? You penat ker?” soal Isabella sebaik sahaja mereka keluar dari kedai pakaian.

“Banyak lagi yang you nak beli?” soal Tengku Elman sambil melirik kearah Isabella.

“Taklah.. Cuma yang ni saja. Jomlah balik kalau you penat. Esok kita nak kerja jugakan?”

“Mmm..”

“Oh ya esokkan pekerja baru kita sampai. You rasa dia cantik tak?” soal Isabella. Memang dia risau kalau ada pekerja baru masuk kerja. Manalah tahu tiba-tiba Tengku Elman tersangkut dengan perempuan itu!

“Manalah I tahu. I belum nampak wajah dia lagi..” ujar Tengku Elman berbohong. Padahal dia sudah pun melihat gambar yang berukuran passport yang di kelipkan bersama borang penyertaan itu.

“Esoklah kita tengok macam mana rupanya. Harap dia boleh jadi pereka yang berkaliber” Isabella meneruskan katanya.

Tengku Elman hanya tersenyum. ‘Memang dia seorang yang berkaliber. Tak percaya nanti tengoklah.’

Akhirnya Tengku Elman membawa Isabella balik ke Teratak Humaira. Dalam perjalanan fikirannya asyik kepada Humaira. Sebaris nama yang mampu membuatkan perasaan tidak tenteram.

Humaira tiba awal di pejabat itu. Dia rasa berdebar-debar pula kerana ini hari pertama dia masuk kerja di sebuah syarikat yang besar dan ternama. Nasib baiklah penyambut tetamu itu sangat peramah dan menyenangkan hati Humaira yang berdebar-debar. Tidak lama kemudian, penyambut tetamu membawa Humaira berjumpa dengan Encik Johan yang berada di biliknya.

“Selamat pagi Cik Ariana Humaira. Sila ikut saya” Encik Johan mempelawa Humaira mengikutnya ke suatu bilik. Seperti kata bosnya tadi, gadis itu perlu menandatangai kontrak supaya segala urusan senang di selesaikan.

Humaira terus masuk kebilik tersebut. Dia di jemput duduk. Rasanya itu adalah bilik mesyuarat. Hanya terdapat sebuah meja besar dan beberapa buah kerusi saja. Dan juga papan besar. Mungkin untuk pembentangan kertas kerja agaknya.

“Cik Humaira silakan tandatangan kontrak tu. Tapi sebelum tandatangan baik Cik Humaira baca betul-betul... Kalau ada yang Cik Humaira tak faham boleh tanya saya..” ujar Encik Johan sambil menghulurkan pen yang ada di tangannya. Memang benar juga wajah gadis itu mirip wajah arwah isteri Tengku Elman. Patutlah Tengku Elman Qaufar seperti berminat untuk mendekati gadis itu.

“Dah siap..” ujar Humaira sambil tersenyum.

“Terima kasih” jawab Encik Johan.

Kemudian dia meminta Humaira menunggunya sekejap. Dia mahu menghantar surat kontrak itu kepada Ketua Pengarahnya Tengku Elman Qaufar. Begitulah yang di arahkan oleh Tengku Elman Qaufar.

Setelah dia selesai memberitahu kepada Tengku Elman, Encik Johan terus menemui Humaira yang di tinggalkan dalam bilik mensyuarat tadi.

“Cik Humaira, bos kami nak jumpa cik!”

“Baiklah..”

“Lagi satu, bos cakap Cik Humaira boleh mulakan kerja esok. Tapi sebelum tu Cik Humaira kena berjumpa dengannya dahulu sebagai pengesahan Cik dapat kerja di sini..”

“Baiklah..Boleh tunjukkan jalan mana satu bilik pejabat bos?”

“Oh silakan ikut saya..” ujar Encik Johan. Nampaknya gadis ini punya sopan santun yang tinggi. Begitu juga budi bahasanya.

“Inilah bilik bos. Cik Humaira boleh masuk sekarang..”

“Baiklah terima kasih encik!”

“Sama-sama..”

Humaira mengetuk pintu kaca itu. Kedengaran suara orang yang menyuruhnya masuk dari dalam. Perlahan-lahan Humaira membuka pintu bilik pejabat itu. Beratnya untuk dia menolak pintu kaca tersebut.

Perlahan-lahan langkah kakinya menuju ke arah meja itu.

“Selamat pagi tuan, saya Ariana Humaira datang untuk melaporkan diri”

Namun masih senyap juga. Orang yang di panggil bos itu masih lagi kaku di tempat duduknya. ‘Dia tertidur ke?’ ujar Humaira dalam hati.

“Assallamuailikum dan selamat pagi. Nama saya Ariana Humaira datang untuk melaporkan diri.” Kali ini suara sedikit kuat dari tadi. Biarlah orang itu terjaga. Namun orang itu tetap juga begitu.

‘Kalau macam ni bagus aku keluar’ bisik hati Humaira. Baru saja kakinya mahu melangkah keluar terdengar satu suara menegurnya.

“Awak nak pergi mana? Belum apa-apa lagi dah nak angkat kaki?” satu suara itu kedengaran di telinga Humaira. Seperti dia pernah dengar suara ini, tapi di mana? Humaira terus memusingkan badannya. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah yang selalu mengganggunya itu berada di depannya. Biar betul!!!!!!

“Awak!!!!!!!” terjerit Humaira melihat wajah itu yang tersenyum ke arahnya. Tampan sekali perwatakannya. Rasanya dia ingin pengsan disitu. Mukanya juga sudah sedikit pucat.

“Ya saya.. Cik Ariana Humaira!”

“Awak.. Awak ni siapa sebenarnya?” soal Humaira. Dia teringat kembali di hospital hari itu. Ada pengawal yang menjaga di luar pintu bilik lelaki itu.

“Awak tak nampak nama saya tukah?” dia menunjukkan nama yang tertulis di atas mejanya.

“Ketua pengarah Tengku Elman Qaufar bin Tengku Harith Ismail” Humaira membaca nama yang tertera di depannya. Biar betul!!! Lelaki pelik itu sebenarnya Ketua Pengarah dan berketurunan Tengku! Nampaknya lelaki itu bukan calang-calang orangnya. Sekali lagi dia terkejut.

“Kalau macam tu, saya nak batalkan kontrak tu. Saya tak boleh kerja kat sini..” laju saja dia bercakap bila mengingati kontrak yang telah di tandatangainya tadi.

“Mana boleh! Awak dah sign kontrak tu. Lainlah kalau awak ada duit sebanyak sepuluh kali ganda dari nilai kontrak yang di tawarkan” terang Tengku Elman sambil tersenyum. Dia tahu gadis itu marahkan dirinya.

“Kecualilah awak setuju dengan syarat saya..” sambung Tengku Elman lagi. Matanya membandingkan wajah yang ada dalam photo dengan orang yangberdiri di hadapannya.

“Apa syarat Tengku tu?”

“Syarat yang pertama ialah, seperti yang ada dalam kontrak tu, kalau awak nak batalkan kontrak tu, awak kena bayar sepuluh kali ganda dari yang kami tawarkan.”

‘Mana nak cari duit lagi. Sekarang aku perlukan duit itu..’ bisik Humaira dalam hati.

“Syarat yang kedua, awak kahwin dengan saya lepas tu secara automatik saya batalkan kontrak itu..” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

“Apa?? Kahwin dengan Tengku?? Tengku ni dah gila ker??” jerit Humaira. Dia tidak peduli dia berada di mana sekarang. Yang penting dia mahu tahu apa lagi muslihat lelaki itu. Panggilan itu terus saja keluar dari mulutnya selepas dia membaca nama lelaki itu tadi.

“Kan saya dah cakap tadi, kami boleh batalkan kontrak tu jika awak menerima salah satu syarat itu.”

“Saya tak sangka ini syarikat kepunyaan Tengku. Patutlah dengan mudah saya menang peraduan itukan?” wajah Humaira sudah sedikit mendung. Walaupun dia pada mulanya yakin bahawa lukisan rekaannya itu memang boleh menang, tetapi sekarang dia beranggapan bahawa dia di pilih sebagai pemenang kerana kepentingan lelaki yang berada di hadapannya ini. Seraya itu Tengku Elman Qaufar bangun dari kerusi yang di dudukinya tadi. Dia berjalan menghampiri Humaira.

“Itu salah. Awak ingat mudah ke kami nak buat keputusan. Semua peserta amat berbakat dan kreatif. Dan sebulat suara menyokong awak sebagai pemenang. Jadi saya nak buat macam mana?” ujar Tengku Elman Qaufar. Nampaknya gadis itu sudah salah faham terhadap dirinya.

“Mungkin ini helah Tengkukan?” soal Humaira geram. Bukan dia tidak tahu lelaki ini penuh dengan muslihatnya.

“Kan saya dah cakap, kalau awak bersetuju dengan salah satu syarat saya, saya akan batalkan kontrak tu.. Jika awak tak bersetuju, awak kena bekerja di syarikat kami..” ujar Tengku Elman lagi.

 Walaupun dia tahu keputusan itu di pilih secara sebulat suara tetapi dia yang menentukan keputusannya. Mereka berdua beradu mata. Sekali lagi Tengku Elman Qaufar terpana apabila melihat rantai yang menghiasi di leher Humaira. Sebiji!! Mungkin Humaira terlupa memasukkan rantai itu ke dalam baju kurung yang di pakainya. Biasanya dia tidak pernah mengeluarkan rantai itu untuk tatapan orang.

“Tengku ni kenapa?” soal Humaira. 

Terkejut melihat pandangan mata Tengku Elman Qaufar yang tajam melihat ke arah lehernya. Dia segera menutup lehernya menggunakan tangannya. Baru dia perasan, rantai yang di pakainya itu terkeluar dari baju kurungnya. Perlahan-lahan dia masukkan rantai itu kembali. Dia tidak pedulikan gelagat Tengku Elman Qaufar. Kemudian dia melihat mata Tengku Elman sudah merah.

‘Dah mulalah dia ni jadi mat cengeng.’ Bisik hati Humaira. Memang dia kesian melihat Tengku Elman Qaufar yang menanggung sengsara kerana kehilangan isteri yang tersayang. Tetapi dia bukan orang itu.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu.”

“Baiklah.. Esok jangan lupa datang kerja tau..” pesan Tengku Elman Qaufar.

 “Apa pun terima kasih” balas Humaira. Kakinya melangkah lemah menuju kearah pintu pejabat. Tengku Elman mengeluh berat. Berat rasa hatinya bila melihat Humaira keluar dari bilik pejabatnya. Rantai itu menguatkan lagi sangkaannya bahawa Humaira itu sebenarnya Ariana isterinya. Namun siapa yang boleh membuktikan kenyataan itu benar. Tanpa sedar satu keluhan keluar dari bibrnya.

 

 

No comments:

Post a Comment