Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 4 August 2012

Kau Rantai Hatiku 7


  PAGI-pagi lagi Tengku Elman Qaufar sudah bersiap-siap untuk ke pejabat. Seperti biasa dia akan bersarapan bersama Tengku Suraya terlebih dahulu.
“Selamat pagi mama” sapanya.
“Selamat pagi. Ceria nampaknya anak mama. Ada apa-apa yang mama tak tahu ke?” Tengku Suraya mengusik satu-satunya anak tunggalnya. Sudah lama dia tidak melihat anaknya menjadi seperti sekarang. Awal pagi sudah tersenyum. Bukan senyuman yang terpaksa. Tapi sebuah senyuman yang menyatakan perasaan gembiranya.
“Tak ada apalah mama. Saja je. Pagi ni mood Elman baik sangat” dia menjawab.
“Ni mesti ingat nak bertunang dengan Bellakan tak lama lagikan?” soal mamanya.
“Mama ni ada-ada saja. Manalah El sempat berfikir tentang majlis pertunangan kami tu. Lagi pun lama lagikan?” jawabnya acuh tak acuh. Dia memang tidak suka bila buka bab pasal Isabella.
“Elman.. Awak dah lupa ke? Sebulan dari sekarang. Sempena majlis ulang tahun syarikat kita. Jangan Elman nak buat-buat lupa pula” Tengku Suraya menjawab dengan rasa tidak senang hati. Anaknya itu dia kenal sangat. Kalau buka bab pasal gadis bernama Isabella pasti macam-macam alasannya.
Sorrylah ma.. Elman sendiri tak ingatlah. Banyak sangat kerja kat pejabat tu. Ada projek baru lagi..” Tengku Elman memberi alasan.
“Huhh.. Alasan! Macam mama tak tahu... So Bella macam mana? Dia boleh handle ke bahagian pemasaran?” soal Tengku Suraya.
“Setakat ini Elman nampak okey je. Tak tahulah di belakang Elman..” jawab Tengku Elman acuh tak acuh.
“Awak jangan nak sakitkan hati dia tau. Dah lima tahun dia menunggu El tau! Dan mama tengok dia betul-betul sukakan kamu. Mama harap kau berbaiklah dengan dia ya! Lagipun dia akan jadi tunang kamu juga lepas ni.” nasihat Tengku Suraya lagi. Dia tidak mahu anaknya memikirkan kisah silamnya.
“Elman faham. Tahulah Elman uruskan dia nanti” ujarnya sambil tersenyum. Dia tidak mahu menghampakan perasaan ibunya.
Memang sudah lama Bella menantikan saat mereka di satukan namun dia tidak pernah menyintai wanita itu. Cintanya hanya pada Ariana. Dan entah mengapa gadis yang di temuinya semalam, hatinya kuat mengatakan itu adalah ‘Ariana’.
Bila di fikirkan balik, entah betul ke tidak itu mayat isterinya ketika itu. Muka langsung tak dapat di kecam kerana kereta yang di naiki oleh isterinya itu meletup. Dan mayat itu memang tidak dapat di sahkan mayat siapa. Cuma yang menjadi bukti itu adalah mayat isterinya ialah ada cincin kahwin dan dompetnya di jumpai bersama mayat itu. Namun rantai yang dia hadiahkan itu tidak ada pula di leher mayat itu. Namun dia pasrah apabila pakar forensik mengatakan itu adalah mayat isterinya.
TENGKU Elman Qaufar termenung panjang sambil tangannya mengetuk-ngetuk pen ke atas meja kerjanya. Sesekali dia menyandar seraya mendongak kepalanya di atas. Lamunannya terhenti apabila intercom berbunyi di sudut mejanya minta untuk di jawab.
“Ya, Erin?”
“Tengku, Encik Johan dah sampai Tengku..”
“Baik suruh dia masuk..”
“Baik, Tengku..”
Encik Johan datang berjumpa dengannya. Dia mendapat arahan dari Tengku Elman untuk menyiasat siapakah gadis yang di temuinya semalam. Dari maklumat yang dia dapat, gadis itu berasal dari Johor. Dia juga melanjutkan pelajaran di UTM Skudai Johor. Dan baru menetap di Kuala Lumpur setahun ni. Dia buka perniagaan bersama rakan kongsinya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Dia berpuas hati dengan maklumat yang di perolehi dari orang siasatannya. Memang benar gadis itu bukan isterinya. Lagi pun dari apa yang dia dapati ketika mereka makan bersama gadis itu langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya memang di kenali. Dirinya begitu asing pada pandangan gadis itu.
Senyuman Humaira bagaikan terbayang-bayang di kotak fikiran Tengku Elman Qaufar. Walaupun dia sedar akan hakikatnya, namun dia berasa senang berasa dekat dengan gadis itu. Entah kenapa hatinya tidak dapat menolak untuk bersama dengan gadis itu.
HUMAIRA berjalan-jalan di sekitar Time Square itu. Dia jarang mempunyai masa untuk berjalan-jalan. Waktu cuti begini barulah dia berkesempatan berjalan-jalan. Saja dia cuti hari ini kerana dia sudah lama tidak keluar untuk membeli barang.
Terdapat pelbagai kedai handphone. Dia teringat janjinya pada Zeti sekiranya dia dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pernah juga dia bertanya kepada Zeti handphone jenis apa yang di minatinya. Kemudian matanya terarah pada satu papan iklan. Dia membaca dalam hati. Dia melihat ada borang untuk pertandingan mereka fesyen. Bila di baca syarat-syarat yang di kenakan dan juga hadiahnya dia jadi tertarik.
Dia segera melangkah kearah tempat borang di sediakan. Dia terus bertanya pada orang di situ. Dia tersenyum senang. Berita ini harus dia khabarkan kepada Arin. Manalah tahu untung nasibnya akan dapat nanti. Baru saja kakinya melangkah. Dia terlihat kelibat seseorang dari jauh. Nampak bergaya sekali dengan kot hitam yang membaluti tubuhnya. Arhh.. Mengarut kenapa dalam diam dia memuji akan kekacakan lelaki itu. Tapi macam dia pernah jumpa dengan lelaki itu. Sekali lagi otaknya gagal berfungsi. Pelanduk dua serupa kot.
Dia meneruskan langkahnya. Tempat yang ditujunya ialah kedai kainnya. Dia melihat Arin sedang sibuk melayan pelanggan. Lalu dia mencelah masuk saja. Kalau Arin nampak dia pastinya Arin hairan. Kata cuti  tapi masih juga datang ke kedai.
“Hai Ira.. Cakap nak cuti ni apasal datang kat sini pula? Dah tak de tempat lain kau nak pergi ke?” soalan Arin bertalu-talu. Humaira hanya tersenyum. Kemudian dia tayangkan borang yang di ambilnya tadi sambil menuju ke arah Arin.
“Memang aku cuti pun, tapi masa aku jalan kat depan tu tadi aku jumpa borang ni” ujarnya sambil menyerahkan borang itu kepada Arin.
“Pertandingan mereka fesyen!” dengan kuat sekali Arin membacanya.
“Hei ini peluang baik beb!” dia pula yang rasa teruja.
“Ha.. itulah yang aku nak cakapkan pada kau..” ujar Humaira dengan sengihannya.
Arin memandang wajah Humaira. Dia tahu sejak dulu lagi gadis itu minat bidang fesyen. Semasa di university dulu pun dia mengambil bidang fesyen. Kalau di fikirkan Humaira boleh jadi model. Dengan rupa parasnya itu memang cukup menarik dan ketinggiannya yang boleh tahan juga. Bukan tidak ada lelaki yang mengusiknya, namun jiwa gadis itu bagaikan dingin. Sedingin salju!
“Aku simpan borang ni dalam laci ni ya. Kalau aku dah masuk kerja nanti aku isi. Sekarang aku nak pergi shopping dulu. Barang-barang keperluan aku banyak yang dah habis..” ujar Humaira lagi sambil mengambil borang yang berada di tangan Arin. Terus saja dia menuju ke meja kerjanya untuk menyimpan borang itu.
“Okey jaga diri elok-elok..” pesan Arin sebelum Humaira melangkah keluar dari kedai kainnya itu. Humaira hanya tersenyum saja. Dia memang dah biasa mendengar pesanan sebegitu dari Arin.
TIDAK lama kemudian, muncul pula Tengku Elman Qaufar di dalam kedai kain itu. dia tersenyum kepada Arin. Arin pula membalasnya.
“Kawan awak mana?” soalan pertama yang keluar dari mulutnya.
“Kawan yang mana?”Arin menyoalnya balik.
“Ira.. Humaira..”
“Oh.. Hari ini dia cuti” ujar Arin. Dia memang suka tengok wajah Tengku Elman. Rupanya memang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman setiap gadis. Memang padan dengan Humaira. Sebab itu dia tidak hairan kalau Tengku Elman terpikat dengan Humaira, kerana Humaira memang cantik dan menarik!     
“Cuti?”
‘Tadi bukan Humaira ke yang dia nampak lalu di depannya tadi?’ bisik hati Tengku Elman Qaufar.
“Ha..ha.. Dia cuti. Tadi dia baru pergi dari sini.”
“Oh.. Macam tu.. Kata cuti tapi kenapa dia datang juga kat sini?” soal Tengku Elman lagi.
“Dia singgah sekejap ada hal. Lepas tu dia kata nak pergi shopping. Rasanya dia belum jauh lagi tu” Arin memberitahu secara terperinci.
“Okey. Terima kasih..” ujar Tengku Elman Qaufar. Dia terus berlalu dari situ. Matanya liar mencari seseorang. Manalah tahu untung nasibnya dia akan berjumpa dengan gadis itu. Dia sendiri jadi bingung. Entah kenapa selepas bertemu dengan gadis itu dia terasa dekat dengan arwah Ariana. Mungkin kerana wajahnya yang serupa.
HUMAIRA berjalan-jalan di sekitar Time Square. Dia berhasrat untuk membeli barang-barang peribadinya yang sudah habis.
Humaira masuk kekedai baju. Dia berjalan-jalan sambil matanya meliar melihat rekaan baju yang terkini. Patung itu di sarungkan dengan baju yang baru. Tangannya ligat menyentuh baju tersebut. Kainnya sangat lembut. Warnanya juga cantik. Ni yang membuatnya rambang mata. Dia memang suka baju yang kainnya lembut. Selesa untuk dipakai.
Tiba-tiba matanya terjatuh pada sebuah patung yang tersenyum padanya.
“Hai Humaira..” kedengaran suara itu menyapa.
Humaira mengurut dadanya tanda terkejut. Badannya mengundur sedikit ke belakang. Rasa nak pitam saja kerana terkejut.
“Awak!! Awak buat apa kat sini?” soalnya laju.
“Sama macam awak!” selamba saja jawapan lelaki itu.
“Hish.. mengganggu betullah...” Humaira mendengus geram. Entah sejak bila lelaki itu mengekorinya.
“Awak mengekori saya?” soalnya tidak puas hati.
“Awak fikir macam tu?” soal Tengku Elman Qaufar balik.
“Awak jawablah.. Kenapa awak ikut saya!” ujar Humaira semakin geram.
“Sebab naluri saya suruh ikut.”
 Humaira terus melangkah keluar dari kedai tersebut. Moodnya tiba-tiba hilang. Tadi memang dia ingin membeli baju tu. Tetapi kehadiran lelaki itu membuatkan dia melangkah keluar dari kedai itu tanpa membeli apa-apa. Dia berjalan dengan cepat. Kelihatan Tengku Elman juga mengikutnya dari belakang.
“Humaira..”
Humaira terus berjalan tanpa mempedulikan panggilan itu.
“Humaira.. Tungguu..!” Tengku Elman Qaufar mempercepatkan langkahnya menyaingi Humaira. Dia memaut lengan Humaira.
Sorrylah kalau saya menganggu awak.. Tapi saya ingin temani awak” ujarnya perlahan. Seperti di duga gadis itu mesti mengelakkan diri darinya.
Langkah Humaira terhenti. Merenung tajam kearah wajah lelaki itu. Memang dia ni tak faham bahasa. Dia bukannya orang yang di carinya itu!!!
“Temani saya? Awak ni tak ada kerja ker?” soalnya. Dia tidak faham apa yang lelaki itu mahukan. Sejak pertama kali bertemu, lelaki itu tidak putus asa mahu berkenalan dengannya.
“Maksud saya, saya nak jadi kawan awak. Bolehkan? Lagi pun hari ini saya lapang. Jadi bolehlah kiranya saya temankan awak” ujar Tengku Elman berhati-hati dalam percakapannya.
“Awak nak jadi kawan saya?” soal Humaira lagi. Tengku Elman Qaufar mengangguk.
“Awak ni bukan jenis yang berputus asakan? Walaupun saya tak nak pun awak akan paksa saya jadi kawan awak jugakan?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Humaira.
Tengku Elman Qaufar mengangguk. Benar kata gadis itu. Dia selalu akan mendapatkan apa saja yang di ingininya. Kalau setakat berkawan dengan gadis itu apa salahnya.
“Baiklah.. Saya bagi peluang pada awak hari ini.Lagipun saya pun boring juga kalau keluar sorang-sorang macam ni. Tapi saya berharap awak jangan nak ambik kesempatan pulak. Sebab saya tak kenal sangat dengan awak” Humaira memberi peringatan.
“Okey.. Sebelum itu saya nak bawa awak ke suatu tempat” balas Tengku Elman Qaufar. Tiba tiba saja datang ideanya itu untuk mengenal pasti tentang gadis itu.
“Kita nak pergi mana?” soal Humaira hairan.
“Satu tempat. Tapi awak bawa keretalah ya. Saya tak berapa tau jalan” ujar Tengku Elman  Qaufar jujur. Tadi pun pemandu dia yang bawa dia datang ke sini.
“Tadi datang sini naik apa?”
“Naik teksilah.. Kalau naik bas saya tak tahu jalan. Naik teksi senang. Sebut je pergi mana tentu diaorang akan hantar.” Takkan dia cakap datang dengan pemandunya.
Humaira hanya mengangguk.
‘Rasanya dia baru sampai kat sini kot. Sebab itu dia tak tahu sangat jalan kat Kuala Lumpur ni’ bisik hati Humaira.
“Awak nak ke naik kereta saya. Kereta saya tu kereta Kancil je?” soal Humaira.
“Jenama kereta tak bermasalah. Masalahnya saya tak berapa ingat jalan kat sini.”
“Okey..” jawab Humaira pendek.
MEREKA berdua pun menaiki kereta Humaira. Humaira yang memandunya. Dia hanya mengikut arahan lelaki yang menggelarkan dirinya Elman.
“Berhenti kat depan tu..” tiba-tiba saja Tengku Elman Qaufar menyuruh Humaira berhenti di bahu jalan. Isyarat lampu kiri di berikan.
Tengku Elman Qaufar keluar dari kereta. Sambil itu dia menyuruh Humaira keluar sama dari keretanya.
“Awak buat apa kat sini?” soal Humaira kehairanan. Tiada apa pun yang menarik pandangannya. Dia memandang wajah Tengku Elman Qaufar.
“Betul ke awak tak ingat kejadian yang berlaku ditempat ini?” soal Tengku Elman Qaufar perlahan. Dia pula membalas pandangan Humaira.
“Tak.. Kejadian apa?” Humaira menyoal seperti orang bodoh. Tengku Elman Qaufar pun tak tahu nak cakap apa.
“Dekat sinilah kemalangan yang dahsyat itu berlaku. Kereta yang di naiki Ariana meletup sampai kami tak dapat mengenal pasti pun mayatnya.” ujar Tengku Elman perlahan. Sedih bila mengenangkan kembali peristiwa itu.
Humaira menekup mulutnya. Memang dahsyat betul peristiwa yang menimpa arwah Ariana itu. Dia cuba juga untuk mengingat namun otaknya tetap gagal juga.
“Betul ke awak tak pernah kemalangan?”
“Betul. Orang tua saya saja yang kemalangan. Mereka meninggal dalam kemalangan yang menimpa mereka.”
Tengku Elman Qaufar mengeluh perlahan. Tadi dia berharap benar yang gadis itu dapat mengingat kejadian yang berlaku lima tahun lalu namun dia gagal. Mungkin gadis itu bukan isterinya.
“Jomlah kita balik.”
“Nak balik kemana?”
“Balik ke tempat tadi. Kalau tak nak hantar, saya boleh naik teksi saja.”
“Tak apalah. Hari ini memang saya cuti pun. Memang saya nak jalan sepuas-puasnya.”
“Kalau macam tu kita pergi makan dan tengok wayang. Nak tak?” Tengku Elman Qaufar memberi cadangan. Entah kenapa dengan gadis itu dia berasa ringan mulut untuk mengajak kemana saja.
Humaira hanya menganggukkan kepalanya. Makan memang bab kesukaannya tapi tengok wayang dia tak berapa suka.
SELEPAS membeli sedikit barang mereka pergi menonton wayang. Sebenarnya Humaira bukannya suka sangat nak menonton terutamanya di dalam pawagam. Gelap! Dia memang takut akan gelap. Tetapi atas desakan lelaki itu dia mengikut saja. Dia perasan setiap kali mereka melintasi gadis-gadis semuanya memuji lelaki yang berjalan di sebelahnya.
“Amboi handsomenya lelaki itu.. Kalaulah jadi boyfriend aku, aku tak akan lepaskan dia..” ujar salah seorang dari mereka. Humaira hanya menggeleng kepalanya. Pada matanya lelaki itu tidaklah sehandsome mana. Atau mungkin matanya yang buta tidak dapat menilai asset itu.
“Jom kita masuk ke dalam. Cerita dah nak mula tu..” sergahan di telinganya mengejutkannya ke alam nyata. Dia melihat di tangan lelaki itu terdapat bungkusan popcorn dan air.
‘Biar betul lelaki ini. Entah cerita apa yang akan di tontonnya nanti. Lupa pula dia nak tanya.’
Humaira hanya mengikut saja Tengku Elman masuk ke dalam panggung. Malas pula dia mahu bercakap.
Dalam panggung pun manalah Humaira menonton sangat. Alih-alih matanya pula rasa mengantuk. Mahu saja dia tidur tetapi dia takut lelaki di sebelahnya mengambil kesempatan. Manalah taukan?
Keluar dari panggung membuatkan Humaira berasa lega. Cerita yang di tontonnya tadi langsung tidak dapat menarik perhatiannya.
“Saya tahu awak tak suka masuk pawagamkan?” soal Tengku Elman Qaufar.
“Eh.. Taklah..” cepat saja Humaira menjawab.
“Tak payah nak bohong! Saya tahu cara awak tadi. Saya minta maaf sebab dah menyusahkan awak temankan saya pula. Masalahnya saya tak ada kawan untuk di ajak berjalan dan pergi menonton macam ni..”
“Awak tak kerja ke? Atau awak cuma menghabiskan masa awak dengan cara ini?” soal Humaira berani.
“Saya kerja. Tapi kerja saya boleh minta cuti..” jawab Tengku Elman. ‘Kalau awak tahu siapa saya, mungkin awak tak akan sudi keluar bersama dengan saya seperti hari ini!’ detik Tengku Elman dalam hati. Dia memandang wajah Humaira. Tidak jemu matanya mahu memandang wajah itu.
Humaira cuba tersenyum. Dia tidak percaya yang lelaki itu tidak ada kawan. Tapi mungkin juga kerana dia terlalu cintakan isterinya sampai dia lupa pada dunianya yang sebentar.
“Cubalah awak buka hati awak tu untuk menerima orang lain dalm hidup awak, nescaya awak akan merasakan hidup initidaklah sekejam yang kau sangka..” ujar Humaira lagi. Dia tahu betapa sedihnya hidup lelaki yang bersamanya ini. Sama juga seperti mana dia rasakan ketika dia kehilangan orang yang di sayangi.
“Pandai awak nasihatkan orang lainkan? Habis tu yang awak tak nak cari kawan lelaki tu kenapa?” soal Tengku Elman kembali.
“Itu masalah sayalah.. Buat apa awak peduli..” ujar Humaira geram.
“Jadi yang awak sebut tadi pun masalah saya juga. Buat apa awak peduli?” balas Tengku Elman lagi.
“Sebab saya nak awak tahu dalam hidup ini masih ada orang sekeliling yang menyayangi kita.. dengan ikhlas.”
“Jadi, awak harus menyayangi saya kerana saya hidup untuk orang yang menyayangi saya..” balas Tengku Elman Qaufar membuatkan Humaira sekali lagi membisu.


 

3 comments: