“Kenapa akak cakap Ira macam tu?”
“Yelah siapa yang sangka
rupa-rupanya Ira boleh dapat gelaran Miss Beauty! Padan muka Cik Bella.
Tergedik-gedik dekat Tengku Elman. Menyampah tau tengok muka dia!” sampuk Aya
pulak.
“Hish kau ni! Macamlah tak tahu.
Tengku tukan tunang dia. Tak lama lagi mereka akan kahwin. Suka hati dialah nak
buat apa!” balas Humaira lagi. Kemudian Aya berlalu pergi meninggalkan Humaira
dengan Kak Sofi.
“Ira tak ada apa-apa perasaan pada
Tengku Elman ke?” soal Kak Sofi sebaik sahaja tinggal mereka berdua sahaja di
ruang pantry itu.
“Apa maksud Kak Sofi?” soal Huamira
kehairanan.
“Tak begini. Sebenarnya akak tengok
Tengku tu macam ada hati kat Humaira. Yelah Ira pun tahu wajah Ira tu seiras
dengan arwah isterinya. Tapi cara dia pandang Ira tu lain macamlah..” Kak Sofi
meluahkan rasa hatinya. sudah lama dia perasan dengan layanan Tengku Elman
kepada Humaira. Tetapi dia diamkan saja kerana mungkin itu hanya apa yang di
fikirkannya. Namun dari hari kehari Tengku Elman semakin ceria dan sekarang
berani pula dia mengusik Humaira di depan mereka. Kadang-kadang dia hairan,
nama sahaja Cik Bella itu tunangan Tengku Elman tetapi mereka jarang-jarang
keluar makan bersama atau berjumpa selalu walaupun mereka berkerja di bawah
satu bumbung.
“Apa yang lainnya. Akak jangan nak
menakutkan Ira pulak!” ujar Humaira dalam gelaknya. ‘Kak Sofi ni mAcam-macam’
bisik hatinya. Tapi betul ke Tengku Elman ada hati dengannya. Kalau sekadar
usikan itu tak bermakna lelaki itu ada perasaan padanya. Siapalah dia jika di
bandingkan dengan tunang Tengku Elman.
“Entahlah perasaan akak je kot. Ira
tak payah ambil seriuslah dengan apa yang akak cakap” Kak Sofi mematikan
lamunan Humaira.
Humaira hanya mengangguk.
“Jom kita mula kerja.. nanti
mengamuk pula si bos kat kita..” Humaira mengangkat punggungnya sambil menuju
ke sinki untuk mencuci mug yang di gunakannya. Kak Sofi pun turut berbuat benda
yang sama. Kemudian mereka masing-masing menuju ke meja kerja masing-masing.
Petang itu, Zana terdengar Tengku
Elman memberitahu Erin tentang sesuatu. Namun dia segera bertanya pada Erin
untuk memastikan kebenaran cerita itu.
“Dengar-dengar, Tengku Elman nak
belanja petang ni?” ujar Zana kepada Aya.
“Mana kau tahu?” soal Aya kepada
Zana.
“Tadi bos cakap.. Bestnya dapat
makan bersama-sama bos!” ujar Zana kegembiraan.
Baginya bukan mudah dapat peluang
untuk duduk makan semeja dengan bos. Tapi bos ini sangat baik walaupun wajahnya
selalu saja susah mahu tersenyum. Cuma sejak kebelakangan ini, bosnya itu galak
mengusik Humaira. Biar pun dia tahu Isabella itu tunang bos, tetapi dia tidak
pernah melihat bos mereka gembira bila bersama dengan Isabella.
“Ira kau pergi tak petang ni?” soal
Zana kepada Humaira. kebetulan juga Humaira lalu di depannya.
“Pergi mana?” soal Humaira balik.
Dia tidak tahu apa-apa pun.
“Bos ajak semua staff keluar makan petang ni.. Dia nak belanja!!”
“Oh iya ker.. Ira tak nak
pergilah..” Humaira memberi alasan. Malas dia mahu pergi dengan mereka. Lagi
pun rasa penatnya belum hilang lagi.
“Siapa yang tak nak pergi?”
kedengaran suara garau mencelah perbualan mereka. Mereka bertiga berpaling. Dan
yang membuatkan mereka terkejut ialah suara itu datang dari mulut Tengku Elman.
“Ira bos..” jawab Zana dan Aya
serentak!
“Kenapa Ira tak nak pergi?” soalnya
dengan wajah yang serius! Saja dia mahu menunjukkan wajah serius itu kepada
Humaira!
“Ira memang tak nak pergi!” jawab
Humaira dengan berani.
“Beri seribu satu alasan Ira tak
boleh pergi..”
‘Seribu satu alasan? Apa dah gila
agaknya Tengku ni?? Kenapa aku kena bagi seribu satu alasan hanya kerana tidak
mahu pergi keluar makan dengan mereka petang nanti..’ gumam Humaira dalam hati.
“Ira penat..”
“Satu..”
“Ira malas..”
“Dua..”
“Memang Ira tak nak pergi!! Walaupun
Ira tak dapat bagi seribu satu alasan!” Humaira melawan. Geram betul hatinya
bila sedar yang dirinya di permainkan oleh Tengku Elman Qaufar.
“Okey, kalau Ira tak pergi, saya
batalkan rancangan tu..”
“Ira.. Pergilah.. Kami nak sangat
duduk makan semeja dengan bos. bukan selalu tau!”
“Yelah Ira, kempunan kami nak rasa
bos belanja kami makan..”
“Dengar ya.. Kalau Ira tak pergi,
saya batalkan rancangan untuk makan petang ini..” ugut Tengku Elman pula.
“Kenapa Ira mesti pergi?”
“Sebab kerana Iralah majlis kita
berjaya.. dan kita pun dapat beberapa tajaan besar.”
“Okeylah kerana kawan-kawan Ira, Ira
akan pergi..” akhirnya Humaira mengalah. Kalau dia tak pergi kesian dengan
rakan-rakan sepejabatnya yang bersusah payah menjayakan majlis itu dengan
sempurna.
PETANG itu seperti yang di janjikan,
selepas waktu bekerja, Tengku Elman meminta pekerjanya menunggu dia di sebuah
restoran. Dia sudah pun menempah bilik besar yang khas untuk mereka petang itu.
Isabella juga tidak ketinggalan. Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri
kerana Tengku Elman juga turut memujinya.
Sampai di restoran itu, Tengku Elman
sengaja menarik hujung baju Humaira supaya duduk dekat dengan dirinya.. Kini
Tengku Elman di apit oleh dua orang gadis. Manakala Isabella menjeling tajam ke
arah Humaira. ‘Dia ni saja je nak duduk dekat Tengku Elman. Macamlah tak ada
tempat lain dia nak duduk!’ bisik hati Isabella.
“Wah untungnya bos, dapat di apit
dua orang gadis lagi.. Ini yang buat kami jelous
ni..” usik Encik Johan. Yang lain pula bergelak ketawa.
“Kalau jelous duduklah di sebelah mana mana yang Encik Johan suka!” ujar
Tengku Elman dengan selamba. Kata-kata Tengku Elman itu di sambut dengan gelak
ketawa.
Makanan yang mereka pesan sudah
sampai. Masing-masing sudah tidak sabar melihat keenakan makanan di restoran
tersebut.
Tengku Elman menyeduk makanan untuk
Humaira. Isabella sekali lagi menahan perasaan. Dia cemburu dengan Humaira
kerana Tengku Elman sentiasa memberi perhatian kepadanya.
“Baiknya bos dengan Ira..” usik
salah seorang pekerja di situ.
“Mestilah.. Kalau bukan kerana dia,
majlis malam itu tidak akan berjaya tau.. Ini sikit je kalau nak dibandingkan
jasa dia pada syarikat kita.. Saya hanya nak berterima kasih dengan dia. Dan
tidak lupa juga dengan jasa kamu orang semua.. Sebab itulah saya belanja kamu
semua makan kat sini hari ini..” terang Tengku Elman.
Semua mereka mengangguk.
Selesai makan-makan, masing-masing
pulang dalam keadaan yang mengenyangkan! Lauk pauk di restoran itu semuanya
sedap! Yang paling best bila bos keluar belanja!
“Terima kasih bos, sebab belanja
kami makan malam ini..” ujar para pekerjanya. Tengku Elman hanya menganguk.
“Sama-sama..”
Dari dia datang ke restoran itu
lagi, dia lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin di sebabkan kepalanya yang
sedikit pening. Namun di gagahinya jua dirinya didepan rakan-rakan sekerjanya.
Mereka berpisah di tempat parking kereta. Mereka masing-masing masuk ke
kenderaan sendiri. Begitu juga Humaira.
Dia menghidupkan enjin keretanya
namun enjin keretanya tidak mahu hidup. Beberapa kali juga dia memusing kunci
itu namun tetap sama.
“Arghh!! Meragam lagi kereta ni!”
rungut Humaira sendirian. Kepala juga sedikit berdenyut. Rasa tidak sabar dia
mahu sampai kerumah. Tetapi keretanya pula buat hal!!
Tengku Elman yang menyedari keadaan itu
terus mendekati pintu di bahagian memandu. Dia menegur Humaira. Di tinggalkan
sahaja Bella sendirian berhampiran dengan keretanya. Lagi pun semua mereka
datang dengan kenderaan sendiri.
“Kenapa?” soal Tengku Elman
tiba-tiba.
“Kereta ni meragam lagi..” beritahu
Humaira.
“Selalu ke meragam macam ni?” soal
Tengku Elman lagi.
“Baru-baru ni pun meragam juga. Tapi
mujurlah Pak Teh tolong tengokkan untuk Ira..” terang Humaira lagi. Dia
melepaskan keluhannya.
“Apa kata Ira tinggalkan kereta ni
di sini.. Nanti saya suruh Encik Johan hantar kereta Ira ke bengkel..”
“Kalau macam tu saya call Pak Teh je jemput Ira kat sini..”
balas Humaira apabila mendengar Tengku Elman menghulurkan bantuan. sambil itu
tangannya mula menyeluk beg mencari telefon bimbitnya.
“Tak payah, saya boleh hantarkan Ira
balik..” jawab Tengku Elman dengan cepat.
Tengku Elman terus mendekati
keretanya. Namun dia melihat Isabella maih lagi berdiri di tempat tadi dengan
muncung yang panjang.
“Bella, I pergi hantar Ira balik
dulu.. You pun baliklah..”
“I belum habis cakap lagi dengan
you..” rengek Isabella.
“Nak cakap apa? Lain hari sajalah
ya!!”
“Habis bila kita nak bincang soal
majlis perkahwinan kita?” soal Bella dengan geram. Dari tadi dia menahan
perasaan apabila kehadirannya langsung tak di ambil perhatian oleh Tengku
Elman. Sikit-sikit Ira.. sikit-sikit Ira..
“Kita bincang hari lainlah.. Lagi
pun I nak hantar Ira balik ke rumah. Kereta dia rosak..”
“Kenapa tak suruh Encik Johan
hantarkan dia?”
“I suruh Encik Johan tunggu orang
tarik kereta Ira masuk bengkel..”
‘Huh!! Mengada-ngada..’ ujar Bella
dalam hati.
Tengku Elman segera membukakan pintu
untuk Humaira. Makin panaslah hati Bella melihat layanan baik yang di terima
oleh Humaira.
MEREKA masing-masing diam didalam
kereta milik Tengku Elman. Akhirnya Humaira memulakan bicara.
“Cik Bella tak marah ke Tengku
hantar Ira balik rumah?” soal Humaira. Dia pasti Cik Bellanya tidak suka
melihat Tengku Elman rapat dengan dirinya. Lagi pun tadi dia tidak sengaja
terdengar kata-kata Isabella..
“Buat apa nak marah? Bukan salah Ira
pun.. Dah memang kereta Ira tu meragam..” jawab Tengku Elman sambil matanya
memandang ke depan.
“Ira minta maaflah kerana terpaksa
menyusahkan Tengku..”
“Gunung akan ku daki, lautan akan ku
renangi.. kerana Ira, abang sanggup buat apa saja..” tiba-tiba Tengku Elman
berjiwang-jiwang. Berharap orang sebelahnya itu faham dengan maksud
ayat-ayatnya itu.
“Hish tak padan dengan rupa Tengku
ni. Terror jugakan dengan ayat-ayat
jiwang ni. Tengku ni pun pandai touching
jugakan?” Humaira berkata sambil ketawa. Dia sebenarnya geli mendengar
ayat-ayat yang keluar dari mulut Tengku Elman. Tak sangka dalam diam Tengku ni
romantik juga orangnya.
“Itu baru sikit je.. Intro je..
Kalau Ira nak dengar yang lebih lagi, lain kalilah ya!” ujar Tengku Elman. Dia
sudah membuat rancangan selepas ini dia mahu membawa Humaira ke rumah di tepi
pantai tempat mereka selalu menghabiskan hujung minggu suatu masa dulu.
“Gelilah Ira nak dengar.. Baik
Tengku mengucapkan ayat-ayat cinta Tengku tu pada Cik Isabella. Pasti Cik
Isabella terharu mendengarnya.. Lagi pun tak lama lagi kalian berdua akan
berkahwin!”
‘Abang tak nak kahwin dengan
Isabella.. Cukuplah abang mempunyai seorang isteri seperti Ira!’
Tanpa mereka sedari, mereka sudah
berada didepan rumah Pak Teh. Tengku Elman memberhentikan kereta.
“Terima kasih Tengku sebab hantar
Ira malam ini..”
“Alah apalah sangat jika nak di
banding kan dengan apa yang Ira buat untuk saya dan syarikat kita..” ujar
Tengku Elman. Humaira tersenyum.
“Jangan lupa esok kita kena pergi ke
Johor..” entah keberapa kali Tengku Elman berpesan. Barulah Humaira teringat.
“Ira ingat Tengku.. nanti Ira terus
kemas pakaian dan esok kita akan bertolak mengikut masa..”
“Bagus macam itulah yang saya nak..”
“Eh tengku tak nak singggah ke?”
soal Humaira lagi. rasa serba salah pulak. baik-baik Tengku bawa dia pulang,
tapi dia tak jemput masuk ke rumah pulak!
“Tak apalah Ira. lagi pun saya juga
nak pack barang malam ini..”
“Oh ya lupa pulak! Okeylah kalau
macam tu saya nak masuk kedalam dulu. Selamat malam..”
“Selamat malam sayang.. Jangan lupa
mimpikan abang tahu!!”
“Dah mulalah Tengku ni.. Apa-apa
sajalah..” gelak Humaira. Dia sedar macam mana pun dia memarahi Tengku Elman
kerana memanggilnya sayang, namun lelaki itu memang tak pernah makan saman.
SELESAI
mandi dan membersihkan diri, Humaira terus mengemas pakaiannya. Dia terpaksa
pergi ke Johor bersama dengan Tengku Elman. Pada mulanya dia memang malas mahu
mengikut Tengku Elman, kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia
tidak akan mengikut Tengku Elman atas urusan kerja di mana-mana selepas selesai
majlis itu. Namun sangkaannya itu ternyata meleset sekali.
Tengah
hari tadi, dia di panggil oleh Tengku Elman. Pada mulanya dia memang tidak mahu
berjumpa dengan bos mereka. Namun dia terpaksa juga kerana itu arahan kerja.
Rupa-rupanya Tengku Elman mahu memberitahu bahawa dia terpaksa pergi ke Johor
bersama-samanya. Pada mulanya Humaira memang membentak, namun Tengku Elman
Berjaya memujuknya.
“Boleh
Mak Teh masuk?” kedengaran suara Mak Teh yang kini berdiri di luar pintu bilik
Humaira yang memang terbuka.
“Masuklah..”
jawab Humaira ddengan senyuman di bibirnya. Hilang segala sumpah seranahnya
pada Tengku Elman.
“Ira
pergi outstation lagi ke?” soal Mak
Teh sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik Humaira. Selepas makan tadi
Humaira cepat-cepat naik ke biliknya.
“Nampaknya
begitulah Mak Teh.. Ingatkan bila dah selesai majlis pelancaran tu, Ira tak
payah nak kerja ke tempat lain, rupa-rupanya Ira tersalah tafsir pulak!” keluh
Humaira sekali lagi. Kalau bukan kerana mengenangkan itu pasal kerja memang dia
tidak mehu ikut Tengku Elman kemana-mana pun!
“Tak
apalah, dah memang itu kerja Ira nak buat macam manakan?” pujuk Mak Teh pula.
Dia tahu perasaan Humaira yang sejak kebelakangan ini agak terganggu.
“Iyalah
Mak Teh.. Kadang-kadang Ira fikir nak berhenti kerja je.. Nak kerja balik
dengan Arin. Kesian Arin buat kerja kat kedai itu tanpa bantuan Ira...” Humaira
menyuarakan perasaannya.
“Pasal
Arin tu, Ira janganla risau.. Dia kan ada pembantu yang lain.. Ira tak payah
risau punyalah.. Kalau memang benar Arin ada masalah pasti dia akan cari Ira..”
pujuk Mak Teh pula.
“Betul
kata Mak Teh.. Kami kawan pun lama, takkan Arin tak cari Ira kalau ada
masalah.. Lagi pun buat masa sekarang Ira tak ada masa nak jenguk dia..”
terdengat keluhan dari mulut Humaira. Mak Teh hanya tersenyum sambil membelai
rambut Humaira.
“Esok
pukul berapa bertolak?”
“Lepas
sembahyang Jumaat. Itu kata Tengku..” jawab Humaira lagi.
Mak
Teh hanya menganggukkan kepalanya. Dia berdoa dalam hati, semoga Humaira
kembali hidup bahagia bersama Tengku Elman. Dan janganlah ada cubaan dan dugaan
lagi buat mereka berdua! Semoga sinar kebahagiaan tetap menyinari kehidupan
mereka berdua.
Best... ^_^
ReplyDeletesweetnye TEH dan ira..anyway, cerita ne best
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDelete