Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 6 May 2014

Kau Rantai Hatiku 45

Petang itu Tengku Elman Qaufar dan Humaira bertolak dari Kuala Lumpur. Sebelum ini memang pelbagai alasan yang dia terpaksa berikan kepada Humaira. Kononnya mereka pergi atas urusan kerja. Mahu tidak mahu, Humaira terpaksa menurut juga kata-katanya.

Sepanjang perjalanan mereka berdua masing-masing berdiam diri. Mungkin tidak tahu apa topik yang harus di bualkan. Tengku Elman memandang Humaira yang sedang melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

“Sayang.. Kenapa senyap je dari tadi?” suara Tengku Elman memecah kesunyian. ‘Sayang???’ Tengku Elman panggil begitu lagi? Humaira memandang tajam ke arahnya. Dia ni betul-betul tak faham bahasa kot!

“Berapa kali Ira cakap jangan panggil Ira sayang! Ira tak suka!” bentak Humaira.

“Tapi abang suka. Walaupun Ira marah beribu kali pun pada abang, abang tetap panggil Ira sayang.” Terdengar usikan dari Tengku Elman.

“Huh..! Tak faham bahasa agaknya. Makin di larang makin menjadi.” Gumamnya sendirian.

Tengku Elman Qaufar ketawa. Dia tahu Humaira bengang dengannya. Di tambahkan lagi dengan keadaan cuaca yang panas. Aircond pun tidak terasa lagi. Humaira mula sakit kepala. Dia cuba mencari ubatnya di dalam tas tangan. Kemudian dia mengambil botol air yang juga ada dalam tas tangannya.

“Sayang kenapa ni?” soal Tengku Elman gelisah. Dia melihat wajah Humaira berkerut menahan sakit. Kadang-kadang terdengar juga suara Ira mengaduh kesakitan.

“Kepala saya sakit”

“Kita berhenti dululah. Rehat sebentar. Mana tahu nanti elok sedikit” Humaira mengangguk tanda setuju. Lagi pun dia nak bersolat sekejap.

Selepas itu mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan mata Humaira sudah mula mengantuk. Mungkin kesan ubat yang di telannya.

“Nanti kalau dah sampai kejutkan Ira ya!”

“Baiklah. Sayang tidurlah dulu.” Tengku Elman mengalihkan pandangannya.

Walaupun dia sedar tempat yang mereka tuju semakin hampir, namun dia sengaja menyuruh Ira tidur. Sebelum memulakan perjalanan tadi dia sudah menelefon Mak Munah agar menyediakan apa yang patut.

Sesampai di halaman rumah itu dia melihat Mak Munah sudah sedia menunggu. Tengku Elman tersenyum. Lama juga dia tidak mengunjungi rumah itu. Kawasan rumah itu tetap seperti dahulu. Mak Munahlah yang tolong dia jagakan dan membersihkan rumah itu.

“Macam mana Mak Munah? Dah siapkan apa yang saya pesan tadi?”

“Dah Tengku. Semuanya Mak Munah sediakan.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Tengku Elman membuka pintu kereta lalu mengangkat tubuh Humaira dari dalam kereta. Humaira seperti tidak sedarkan diri. Dia mencempung tubuh Humaira lalu di bawa ke bilik utamanya. Perlahan-lahan tubuh itu di daratkan atas katil. Kemudian dia selimutkan Humaira. Hari nampaknya semakin gelap.

Jam pun sudah menunjukkan pukul 7 malam. Kemudian Tengku Elman masuk kebilik air untuk membersihkan diri. Dia tidak mahu mengganggu Humaira. Kesian dia melihat wajah Humaira yang sakit itu. Mungkin dia selalu sakit begini!

Selesai mandi dia hanya mengenakan seluar panjang warna hitam dan berbaju t-shirt putih. Dia keluar dari bilik lalu mendail nombor Pak Teh. Ketibaan mereka harus di beritahu kepada orang tua itu supaya mereka tidak risau dengan mereka berdua.

Dan seperti yang dijangka, Pak Teh memberitahu bahawa Humaira selalu sakit kepala. Bila di suruhnya pergi ke klinik dia tidak mahu.

Tengku Elman mengangguk. Dan malam ini merupakan malam dia bersama Humaira. Namun dia tidak tahu bagaimana reaksi gadis itu jika dia tahu mereka berada di rumah persendirian.

Lena sungguh Humaira tidur. Tengku Elman perlahan-lahan baring di sebelah Humaira. Dia terlalu rindukan wajah itu. Tangannya perlahan-lahan mengelus wajah itu. Sesekali Humaira menepis juga jarinya yang mendarat di pipinya. Namun Humaira tetap terus tidur. Lama Tengku Elman Qaufar memerhati wajah itu. Masih seperti dulu cuma sekarang dia semakin cantik dan matang.

Akhirnya dia tertidur sambil tangannya memeluk pinggang Humaira. Esok pagi dia mesti bangun awal dari Humaira. Kalau tidak masaklah dia bila Humaira mengamuk nanti.

HAMPIR jam 8 pagi, Humaira tersedar. Dia terdengar seseorang memasuki rumah itu. Humaira melompat dari katil. Dia mencari sesuatu yang boleh menjadi senjata untuk mempertahankan dirinya. Tidak ada satu pun yang boleh digunakan kecuali penyangkut baju. Dia berdiri di belakang pintu apabila pintu bilik terbuka. Dengan sekuat hatinya dia memukul seorang lelaki yang baru saja masuk. Lelaki tersebut kedengaran ketawa sambil memegang tangannya.

“Tengku Elman!”

Humaira menjerit geram dan sekali gus pipi lelaki itu di tamparnya. Dia tidak faham kenapa Tengku Elman melakukannya begitu. Apa maksud Tengku Elman sebenarnya!

“Huh..”

Itu saja yang dikatakan oleh Tengku Elman sebelum memaut tubuhnya dan merebahkannya di atas katil. Tengku Elman memeluknya erat. Humaira cuba meronta.

“Tengku Elman, lepaskan Ira! Lepaskan!” Humaira menjerit sekuat hatinya.

Humaira benar-benar marah dengan kelakuan Tengku Elman. Siapa dia yang berani menyentuh dan memeluknya sebegitu. Geram di hatinya tidak dapat di bendung. Apa tujuan Tengku Elman membawanya ketempat itu? Bukankah sepatutnya mereka menginap di hotel bukannya di rumah persendirian ini. Namun Tengku Elman seperti orang kehilangan akal. Dia masih memeluk Humaira. Berhempas pulas Humaira mahu melepaskan dirinya.

“Gila...!” Humaira menjerit kuat.

Tengku Elman bangun lalu ketawa kecil. Kemudian badannya di sandarkan ke dinding.

“Apa Tengku nak buat dengan Ira? Hah!!” jerit Ira.

Perasannya tidak dapat di kawal lagi. Hilang segala adab sopannya. Tengku Elman tersenyum sambil merenung Ira, hilang rasa rindunya. Semalam dia tidak dapat tidur kerana dia takut Humaira akan tersedar dan mungkin akan melarikan dirinya.

“Abang nak mandi dulu. Nanti baru abang ceritakan semuanya, okey!” ujar Tengku Elman selamba.

Tengku Elman langsung tidak menunjukkan rasa bersalahnya. Dia sentiasa tersenyum. Humaira hanya memerhatikan Tengku Elman membuka bajunya kemudian dia hilang di bilik air. Humaira meluru ke pintu bilik dan membukanya. Dia kini berada di ruang tamu. Dia terpegun seketika. Hiasan rumah tersebut memang cantik. Ada beberapa buah sofa di situ. Television dan rak buku. Perlahan-lahan dia duduk di sofa yang menggunakan kain fabric itu. Adakah rumah ini kepunyaan Tengku Elman Qaufar? Dan apa tujuan dia membawanya ke sini? Dia memerhati sekeliling. Hiasan dalaman rumah itu di atur dengan begitu kemas sekali dan teliti. Langsirnya juga begitu cantik dan menarik. Kedengaran deruan ombak. Dia menuju ke tepi tingkap. Pantai!! Dia tersenyum! Seolah-olah hilang segala kemarahannya sebentar tadi.

Lamanya dia tidak melihat pantai. Dia tersenyum melihat keindahan alam itu.matanya terpejam taktala mendengar suara ombak yang memukul pantai dan si selangi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

“Sayang suka tak?” Tengku Elman bertanya.

Humaira tersentak kerana pertanyaan itu betul-betul berada di telinganya. Hampir melompat Humaira mendengarnya. Dia menghadap Tengku Elman yang berada di depannya. Lelaki itu hanya tersenyum merenungnya. Lelaki itu sangat tampan walaupun hanya mengenakan baju T-shirt biasa dan seluar panjang.

“Tengku Elman dah gila agaknya? Ira boleh report polis kalau Ira mahu tahu tak?” Humaira berkata separuh menjerit. Geram rasanya. Tengku Elman mendepangkan tangannya sambil ketawa kecil.

Reportlah.. Apa yang polis boleh buat. Cuba cakap dengan abang. Mak Teh dan Pak Teh kenal abang. Polis nak cakap apa kalau mereka tahu abang ni suami Ira” Tengku Elman mengejek.

What??

Humaira tidak faham akan maksudkan dengan Tengku Elman. Tengku Elman duduk di sofa. Lelaki itu kelihatan tenang. Hanya memakai seluar panjang dan t-shirt warna biru. Humaira nampak pakaian itu di dalam almari tadi dan dia langsung tak terfikir itu pakaian Tengku Elman Iskandar.

“Suami?? Jadi kenapa bawa Ira ke sini? Apa salah Ira?” ujar Humaira.

“Ira tak salah apa-apa. Abang sengaja bawa sayang ke sini”

“Apa kena-mengena Ira dengan rumah ini?” soalnya kehairanan.

Humaira duduk semula tapi agak jauh dari Tengku Elman. Dia hairan kenapa lelaki itu boleh tenang begini. Dia cuba mengingati peristiwa yang berlaku semalam. Namun dia tidak dapat mengingat sepenuhmya.

“Apa pulak tak ada kena mengena. Kita akan duduk bersama nanti.”

Dengan selamba dan ketawa kecil Tengku Elman berkata. Terkebil-kebil mata Humaira melihat kelakuan Tengku Elman.

“Kita? Apa maksud Tengku ni?” tanya Humaira tidak puas hati. Tengku Elman ketawa. Selepas lima tahun berlalu baru hari ini dia benar-benar rasa gembira dan boleh ketawa senang.

“Yalah. Kitakan suami isteri. Takkan abang tak boleh gembirakan hati sayang!”

“Kita suami isteri? Bila masa pula kita nikah? Lepas tu Cik Isabella macam mana?” soal Humaira. Sempat lagi dia teringat kepada Isabella yang kini tunang kepada Tengku Elman.

“Itu yang abang nak terangkan sebenarnya” Tengku Elman bangun lalu mendekati Humaira.

“Ira nak balik sekarang!” ujar Humaira berani. Dia tidak mahu mendengar Tengku Elman merepek dengannya lagi. Makin lama dia dekat dengan Tengku Elman makin tak terkawal pula perasaannya nanti. Ingat!! Tengku Elman Qaufar bakal berkahwin Ira!!

“Kalau abang tak nak, sayang nak buat apa?” soal Tengku Elman selamba.

“Ira akan balik sendiri” jawabnya laju.

“Sayang... Dekat sini mana ada teksi. Tak ada bas. Atau apa saja kemudahan perkhidmatan awam. Kecuali sayang balik dengan abang..” Tengku Elman berkata dengan lembut.

“Tolonglah hantar Ira balik sekarang!” Humaira mula merayu. Dia takut bersendirian dengan lelaki yang di kenali sebagai Tengku Elman Qaufar itu.

“Tapi dengan syarat!”

“Apa syaratnya?”

“Kita akan balik esok pagi. Dan sebelum itu abang nak bawa Ira jalan-jalan kat pantai tu. Abang ada sesuatu nak cakap pada Ira...”

“Kita berdua saja ke dalam rumah ni?” soal Humaira lagi. Matanya tetap memandang keadaan sekeliling. Tiada sesiapa pun kecuali dia dengan Tengku Elman.

“Yup.. Kalau Ira takut pada abang, abang boleh minta Mak Munah datang temankan Ira.”

“Itulah yang sebaiknya..” jawab Ira. Lapang sedikit dadanya. Manalah dia tidak takut jika berada berdua-duaan dengan lelaki di depannya ini. Bukan boleh di jangka perangainya.

“Tengku.. Sarapan dah siap...” kedengaran satu suara yang menegur Tengku Elman. Kedua-dua mereka menoleh.

Mak Munah hanya tersenyum saja. Dia tahu mungkin isteri majikannya itu merasa pelik dengannya. Kalau mengikut cerita Tengku Elman pagi tadi memang wajarlah isteri majikannya itu tidak mengenalinya. Dan memang benar ‘Ariana’ langsung tidak mengenalinya.

“Terima kasih Mak Munah. Jom kita sarapan. Lepas sarapan abang bawa Ira pergi jalan-jalan” lembut sekali bicara Tengku Elman. Dia tidak setegang tadi. Humaira hanya mengangguk. Lega rasanya bila dia tahu dia tidak berdua saja dengan Tengku Elman. sebelum itu tadi dia bagaikan nak gila bila memikirkan mungkin hanya mereka berdua sahaja berada di rumah itu. Namun kini dia lega apabila dia mengetahui mereka bukan berdua sahaja tetapi ada orang gaji yang bernama Mak Munah turut berada di dalam rumah tersebut.

SELEPAS bersarapan, Tengku Elman membawa Humaira ke tempat yang selalu mereka berdua menghabiskan masa suatu ketika dulu.

“Kita duduk di sini dulu” ujar Tengku Elman. Humaira hanya menurut. Dia membuang pandang ke pantai. Memang dari dulu lagi dia suka mendengar bunyi ombak memukul pantai. Entah kenapa hatinya akan menjadi tenang.

“Ada apa-apa yang Tengku nak cakap dengan Ira ke” soal Humaira. Sebelum apa-apa dia harus tahu apa tujuan Tengku Elman membawanya ke sini. Dan bukannya tempat yang di sebutkannya tempoh hari.

“Ada. Tapi sayang kena percaya cakap abang” jawabnya lembut.

“Kenapa Ira mesti percaya cakap Tengku? Kita bukannya ada apa-apa pertalian pun. Cuma Tengku memandang Ira seperti arwah isteri Tengkukan?” soal Humaira berani.

“Itulah silapnya. Sebenarnya Ira memang isteri abang. Pada mulanya abang pun tak percaya. Ingatkan abang hanya bermimpi.”

“Macam mana Tengku percaya yang Ira ni isteri Tengku?”

“Sayang ingat tak masa abang pergi rumah sayang hari tu. Abang jumpa dengan Mak Teh dan Pak Teh.”

“Ingat. Kenapa?”

“Sebenarnya Mak Teh dan Pak Teh adalah bekas pekerja di rumah Ira. Hari itu abang gembira sangat”

“Kenapa pulak?”

“Sebab abang jumpa kebenarannya. Jumpa orang yang di cari-cari selama ini. Yang boleh membuatkan abang tersenyum semula. Bagaikan abang bermimpi tapi itulah kenyataannya.” terdengar tawa dari bibir Tengku Elman. Memang masa itu rasa mahu sahaja dia memeluk Humaira namun dia mengawal perasaannya bila mendengar nasihat Pak Teh. Mereka perlukan masa yang sesuai unutk berterus terang dengan Humaira.

“Tengku cakap apa ni? Boleh tak Tengku berterus terang saja. Kalau tak Ira nak balik!” otaknya semakin tidak dapat menerima berita yang baru di sampaikan oleh Tengku Elman tadi.

“Sabar.. Ni yang abang nak cakap. Sebenarnya Ira memang isteri abang.”

“Tak percayalah.. Kenapa Ira langsung tak ingat wajah Tengku?” selamba saja dia bertanya. Tengku Elman tergelak. Lucu sekali pertanyaan Ira.

“Tapi abang tak pernah lupakan wajah Ira. Walau pun Ira tidak ingat siapa abang. Abang tetap sayangkan Ira dan cintakan Ira lebih dari diri sendiri” balas Tengku Elman lagi. Hari ini dia akan menceritakan satu persatu tentang dia dengan Humaira. Kalau pun Humaira tidak ingat sekurang-kurang pertanyaan Humaira terjawab kenapa dia membahasakan dirinya abang dan memanggil Humaira sayang. Itu yang pertama dahulu.

“Huh.. Lelaki memang macam tu ke?” soal Humaira lagi. Tengku Elman membeliakkan biji matanya.

“Tapi, betul ke Ira ni isteri Tengku?” soal Humaira inginkan kepastian. Bagaikan dia bermimpi! Tengku Elman tersenyum. Dia tahu mungkin Humaira sukar menerima kenyataan tetapi itulah hakikatnya. Humaira itu isterinya.

“Betul sayang.. Buat apa abang nak tipu sayang?” jawab Tengku Elman dengan tenang. Humaira terdiam. Tetapi dia masih tidak dapat mengingat apa-apa tentang Tengku Elman seperti yang di ceritakan oleh Tengku Elman.

“Sejak bila Tengku tahu Ira ni isteri Tengku..” kali ini berderai ketawa Tengku Elman. lucu betul dengan wajah Humaira sekarang. kesian sungguh rupa isterinya yang langsung tak tahu apa-apa.

“Sejak bertemu semula dengan Pak Teh dan Mak Teh...” Humaira terkejut. Patutlah selama ini mereka seperti menyembunyikan sesuatu tetapi hingga ke hari ini barulah dia mengetahuinya.

“Tapi sayang tak boleh salahkan mereka.. Kalau abang jadi mereka pun abang akan buat benda yang sama..” Humaira megangguk! Mana dia sampai hati marah kepada kedua orang tua yang telah selamatkan nyawa dan menjaganya dengan baik. Sebaliknya dia yang berterima kasih dengan mereka.

“Kenapa? Masih lagi tak percaya ke? Cuba Ira buka kalung tu” Tengku Elman pun sama membuka kalung di lehernya. Humaira juga berbuat demikian.

“Bawa sini!!”

Humaira menurut saja kata Tengku Elman. Dia tidak tahu apa yang akan di buat dengan kalungnya itu.

“Sayang tau tak kali pertama abang nampak kalung ini di leher Ira, abang sudah yakin bahawa Ira adalah isteri abang. Namun abang mahu memastikan kebenaranya. Sehingga suatu hari tu abang pergi cari Ira sampai ke rumah Pak Teh. Dari situlah abang tahu bahawa Ira benar-benar isteri abang. Cuma Pak Teh beritahu yang Ira hilang ingatan. Sebab itu abang tidak mahu menyukarkan keadaan. Dan Ira tengok ni. Kalung ini adalah pemberian abang semasa hari pernikahan kita. Walaupun Ira hilang sekejap dari hidup abang, namun kalung ini tidak pernah abang buangkan. Abang sentiasa pakai walau kemana saja pergi.”

Dalam masa yang sama, Tengku Elman Qaufar mencantumkan kedua-dua biji kalung itu.


     “Dan inilah kebenarannya.”

     Terkejut Humaira melihat kedua-dua biji kalung yang di cantumkan itu. Memang benar dia isteri lelaki itu. Tapi bagaimana jika masih belum dapat mengingat semula. Sejak akhir-akhir ini dia sering pening kepala.

     “Jadi kita memang suami isteri?” soalnya lagi. Dia mahukan kepastian.

     Tengku Elman mengangguk. Kini barulah dia faham kenapa semenjak pertemuan Tengku Elman dengan keluarga angkatnya, lelaki itu galak mengusiknya dengan memanggilnya sayang dan berani mengakunya isteri pula. Dan paling penting, dia sentiasa berwajah ceria.

     Dia sendiri terkejut mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Tengku Elman.

     “Sayang masih tak percayakan abang ke?” soal Tengku Elman lagi. Namun dia percaya suatu hari nanti pasti Humaira akan mengingati dirinya. Cuma dia harus bersabar dan bertawakal.

     Humaira hanya menggeleng.

     “Bukan tak percaya. Tapi berikan Ira masa untuk menerima semuanya ini.” Gila dia tidak percaya dengan bukti yang Tengku Elman tunjukkan. namun dia mahu mengambil masa unutk melalui semuanya itu.

     “Abang tak kisah. Apabila semuanya selesai nanti kita boleh hidup bersama.”

     “Terima kasih. Tapi Ira betul-betul minta maaf sebab Ira langsung tak ingat cerita kita.”

     “Tak mengapa. Yang penting abang dah jumpa orang yang buat abang rasa sengsara sebelum ini.”

     Tangan Humaira segera di capai dan di kucup penuh kerinduannya. Sudah lima tahun dia tidak dapat mengucup jari jemari itu. Inilah kebesaran dari tuhan. Orang yang baik akan sentiasa di lindungi.

     Kemudian dia memeluk tubuh isterinya. Dikucup lembut ubun-ubunnya. Selepas ini tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Namun begitu dia akan membenarkan Humaira tinggal dengan Mak Teh dan Pak Teh untuk sementara waktu demi keselamatan Ira.

 

 

 

                                                                

5 comments:

  1. assalamulaikum. Thanks atas sambungan. Tengku Elaman dah berterus terang dengan Humairah tentang siapa dia sebenarnya. Tapi apa tindakan dia untuk menamatkan hubunganya dengan isabella

    ReplyDelete
  2. OMG! So sweet..hopefully ira ingat semula

    ReplyDelete
  3. w0w.. best... :)
    nak tau klnjutan dorang...
    mdh2an la isabela x kacau lebih hubungan TEQ & ira...
    huhh.. geram la dngan bella... :/

    ReplyDelete
  4. Bila lg kebenaran bakal terserlah? Yg buat onar jgn lepaskan. X sabar menanti!

    ReplyDelete