“Sayang..
awalnya nak tidur?” ujar Tengku Elman berbisik di telinga Humaira. Ini
membuatkan Humaira terkejut. Tengku Elman hanya ketawa. Dia tahu isterinya
hanya pura-pura tidur.
“Hish..
Tengku ni.. Buat Ira terkejut saja.” Humaira terus terbangun.
“Aik
dah lupa nak panggil abang, abang ke?” Tengku Elman duduk mendekati pembaringan
Humaira.
“Tengku
nak apa ni?” soal Humaira bila menyedari wajah Tengku semakin mendekatinya.
“Masih
nak panggil abang ni Tengku ke?” Tengku Elman tidak puas hati.
“Iya..
Tengku. Tengku nak apa sebenarnya ni?” Humaira bertanya lagi. Hatinya sudah
tidak keruan. Rasa seram sejuk dengan pandangan Tengku Elman yang menusuk
kalbu.
“Abang
nak sayang..” jawab Tengku Elman dengan
senyuman.
“Tengku
jangan main-main boleh..” ujar Humaira dengan geram. Pada hal dalam hati dia
takut.
“Tengku
lagi!! Memang nak kenalah ni!!” kali ini Tengku Elman mendekatkan wajahnya ke
wajah Humaira. Si isteri ini perlu di beri pengajaran. Kalau tidak sedap je
mulutnya memanggilnya ‘Tengku’. Melihat wajah Tengku yang mendekat, Humaira
merayu.
“Ampun..
ampunkan Ira a..aa..bang..” ujar Humaira. Tengku Elman tersenyum gembira.
Sekian lamanya dia menyepi dan kesunyian, akhirnya hari ini dia dapat mengecap
semula kebahagiaan yang telah lama hilang.
‘Terima
kasih ya tuhan kerana mengembalikan kegembiraan buatku’ bisik Tengku Elman
dalam hati.
Mereka
menghabiskan hujung minggu bersama di rumah itu. Tengku Elman langsung tidak
berlengang dari Humaira walaupun seminit. Kadang-kadang, Humaira rasa rimas.
Rimas dengan perangai romantik Tengku Elman. Mengalahkan orang yang bercinta
lagaknya. Cuma dalam hati saja dia berkata demikian.
Humaira
dapat melihat kegembiraan di wajah Tengku Elman. Masalahnya sekarang hanya dia
yang belum dapat mengingati masa lalunya. Walau bagai mana pun Tengku Elman
tetap bersabar melayannya. Maklumlah orang sakit!!
HUMAIRA membuka matanya
perlahan-lahan. Dia bergerak perlahan. Namun dia terasa tubuhnya sudah di kunci
oleh lingkaran tangan seseorang di pinggangnya. Dia terkejut! Dia cuba untuk
meleraikan tangan itu tetapi tangan itu bagaikan mengunci pergerakannya.
Kemudian dia memusing badannya. Sekali lagi dia terkejut.
“Tengku!
Apa Tengku buat ni?” soal Humaira terkejut. Rupa-rupanya dia bukan bermimpi berada
dalam pelukan lelaki itu. Ia memang berlaku.
Kelihatan
Tengku Elman hanya tersenyum namun matanya di pejamkan. Sebenarnya dia sudah
lama tersedar. Apabila menyedari Humaira terjaga, sengaja dia memeluk pinggang
itu dengan kuat. Biar isterinya itu tidak dapat bangun.
“Good morning sayang.. Abang tak buat
apa-apa pun..” ujarnya lembut. Tangannya pula mengelus-ngelus rambut Humaira.
“Ma..macam
mana Tengku boleh berada di sini?” soal Humaira tanpa menghiraukan ucapan
selamat pagi dari Tengku Elman. Malam tadi lelaki itu membiarkan dia tidur
keseorangan. Tapi bila dia tersedar pagi ini dia tidur di sebelah lelaki itu.
“Ni
yang kena denda ni..” Tiba-tiba Tengku Elman mencium bibir Humaira.. Makinlah
Humaira bertambah bengang.
“Tengku
ni kenapa? Lepaslah..” ujar Humaira geram!
Sekali
lagi Tengku Elman mencium bibir Humaira. Ini menyebabkan Humaira berdiam diri.
Dia terfikir semula. Alamak!! Dia silap lagi memanggil suaminya itu dengan
panggilan ‘Tengku!’. Sebab itulah dia menerima hadiah istimewa dari Tengku Elman.
Malam
tadi Humaira tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin sebab itu dia tidak sedar
yang dia tidur di sebelah Tengku Elman. Cuma Tengku Elman saja yang tidak dapat
melelapkan matanya kerana dia asyik memandang wajah yang sangat di rinduinya
itu.
“Baru
malam tadi abang dapat tidur dengan lena..” ujar Tengku Elman. Humaira
memandang wajahnya.
“Kenapa
pulak?” soal Humaira kehairanan.
“Sebab
abang dapat tidur di sebelah isteri abang..” jawab Tengku Elman dengan
senyuman. Kalaulah Humaira tahu betapa gembiranya dia pada saat ini. Kalaulah
Humaira dapat melihat ke dalam hatinya ketika ini.. Segalanya kalau??
Humaira
bangun dan duduk di sisi katil sambil melepaskan keluhan. Kenapa dia langsung
tidak dapat mengingati apa yang berlaku malam tadi? Wajah lelaki itu pun sukar
juga baginya untuk dia mengingati kembali. Namun saat mereka bertentang mata
ada perasaan yang sukar dia mengertikan. Apakah itu perasaan cinta seperti yang
lelaki itu cakapkan. Tengku Elman tetap setia memandang wajah Humaira yang
duduk di sisi katil.
“Abang
minta maaf kalau sikap abang terlalu terburu-buru. Namun apa yang pasti,
Humaira isteri abang. Dan sah-sah isteri abang..” terang Tengku Elman dengan
jelas. dia tahu perasaan keliru Humaira buat masa ini.
“Habis
bagaimana dengan Cik Bella?” soal Humaira lagi. Entah mengapa tiba-tiba dia
teringatkan gadis yang sudah menjadi tunang kepada lelaki itu.
“Hal
Bella biar abang yang uruskan. Dahlah pergi mandi. Nanti abang nak bawa Ira
jalan-jalan sekitar sini..”
Humaira
terus bangun lalu mencapai kain tuala yang di gunakannya semalam. Manakala,
Tengku Elman sudah keluar dari bilik itu. Mungkin memberi laluan supaya Humaira
lebih selesa ketika ketiadaannya dalam bilik itu. Dia menuju ke ruang dapur.
Dia meminta Mak Munah agar menyediakan sarapan kegemaran isterinya. Mak Munah hanya mengangguk. Dia juga berharap
agar Tengku Elman akan hidup bahagia bersama Ariana selama-lamanya.
HARI ini, Tengku Elman
mahu menghabiskan masa bersama Humaira. Mereka pergi ke tepi pantai. Duduk di
tempat di mana dia dan Humaira suka duduk suatu masa dulu. Sementara itu,
Tengku Elman memberitahu segala kisah silam antara mereka berdua. Biar pun
Humaira tidak mengingati dia berharap dengan penerangan itu, dapat membantu
Humaira untuk mengingati semula.
Pada
mulanya memang Humaira rasa segan dan kelihatan malu-malu. Namun Tengku Elman
sangat pandai mengambil hati dan membuat lawak jenaka. Ini membuatkan Humaira
lupa pasal ketengangannya pada lelaki itu.
Tengku
Elman meminta tangan Humaira. Humaira memberikan tangannya. Tengku Elman
menuliskan sesuatu di tangan Humaira. Humaira tertawa kegelian. Dia mula
mengeja tulisan Tengku Elman.
“Apa yang
abang nak tulis ni?” ucap Humaira sambil tersenyum senang.
Tengku
Elman selesai menulis. Humaira hanya tersenyum. Dia dapat membaca apa yang di
tulis Tengku Elman di tapak tangannya.
“Ariana
Humaira, abang sangat cintakan sayang...” ulang Tengku Elman lagi. Wajah
Humaira berubah. Akhirnya dia menggeleng. Tengku Elman buat wajah sedih. Dia
terasa dengan tindak balas Humaira. Wajahnya itu membuatkan Humaira serba
salah.
“Abang,
kenapa ni?” tanya Humaira cemas.
Tengku
Elman menggeleng. Dia hanya berkata bahawa dia terlalu bahagia. Inilah
saat-saat yang tak pernah dia terfikir sebelum ini.
“Abang
tak perlu pujian dari seluruh dunia. Abang hanya perlu satu orang saja. Abang
hanya menginginkan Ira untuk mengatakan hal-hal yang menggembirakan hati abang.
Namun abang tak memaksa Ira mengatakannya dahulu...” Humaira memandang wajah
Tengku Elman. Dia berasa kesal dengan dirinya sendiri.
“Ira faham
perasaan abang. Tapi Ira berharap abang akan bersabar dengan Ira kerana Ira
masih tak mampu mengingati saat-saat penting kita.”
“Abang
akan sentiasa bersabar, seperti mana abang meneruskan hidup tanpa Ira di sisi
abang selama ini..”
Tanpa sedar Humaira memeluk lengan Tengku
Elman. Kalau boleh dia mahu mengingati kenangan bersama Tengku Elman sebagai
mana yang di terangkan oleh lelaki itu kepadanya.
“Ira
minta maaf bang. Ira masih belum dapat mengingati memori kita bersama. Tapi Ira
berharap abang akan sabar dan membantu Ira untuk kembali pulih seperti dulu.
“Abang
janji, abang tak akan menghampakan sayang.. Cuma sayang perlu berhati-hati
dengan orang sekeliling terutamanya Bella. Lagipun dia sekarang tunang abang..
Abang risau dengan keselamatan sayang..”
“Siapa
yang suruh abang gatal nak bertunang dengan dia?” soal Humaira. sayang ketika
pertunangan Tangku Elman dan Isabella itu dia tidak dapat datang..
“Sayang jelous yer?”
Humaira
menyepikan diri. Dia cemburu ke dengan Tengku Elman? Tapi dia dapat rasakan
perasaan kecewanya di malam pertunangan Tengku Elman dengan Isabella.
“Sayang,
sayang jangan risau. Perasaan abang tak pernah berubah. Abang masih sayang dan
cintakan sayang. Abang tak nak orang lain yang jadi peneman hidup abang. Abang
hanya perlukan sayang..”
Humaira
tersenyum. Bukan itu dia tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu, tetapi dia
takut untuk ‘kehilangan’ lagi.
“Ira
tahu. Abang sangat cintakan Ira, tapi..” Tengku Elman terus meletakkan jari
telunjuk ke bibir Humaira. Dia tidak mahu mendengar ayat yang menakutkan
dirinya.
“Sayang
jangan cakap apa-apa. Cuma abang hairan, masa majlis pertunangan abang dengan
Bella, kenapa Ira tak datang?”
“Abang
perasan ke Ira tak datang?” soal Humaira kembali.
“Mestilah!!
Tetamu pertama yang abang nak lihat ialah Ira.. Lagi-lagi lepas Ira menolak
perasaan dan cinta abang ketika itu.. Masa itu abang kecewa sangat!!”
“Masa
itu, Ira rasa tak yakin dengan diri sendiri. Kebetulan masa itu Mak Teh demam.
Jadi Ira mengambil keputusan untuk tidak hadir ke majlis itu..”
“Habis
tu, kenapa sayang larikan diri dari abang selepas hari pertunangan abang tu?”
“Sebab
abang dah jadi tunang orang!! Ira tak naklah orang salah faham dengan kita..”
balas Humaira. Dia masih terbayangkan keadaan masa itu. Bukan mudah baginya
untuk mengelakkan diri dari Tengku Elman.
“Bijaknya
isteri abang..” ujar Tengku Elman sambit mencuit hidung Humaira. Dia berasa
benar-benar bahagia hari ini.
“Abang!!
Sakit tau!!”
“Sayang
ni jahat!! Suka buat abang jadi tak betul!!” Tengku Elman pura-pura merajuk.
“Masa tu
manalah Ira tahu!!! Abang janganlah merajuk. Buruk muka abang yang handsome tu nanti..” Humaira memandang
wajah Tengku Elman. Walaupun dia belum mengingati kisah silam, namun dia dapat
merasakan hubungannya dengan Tengku Elman semakin baik.
Kali ini,
Tengku Elman merapatkan tubuhnya dengan Humaira. Dia memeluk bahu Humaira. Serasa
dia tidak mahu melepaskan lagi.. Di sini sahaja mereka bebas melakukan apa
saja. Bila pulang ke Kuala Lumpur, mereka terpaksa membataskan pergaulan
mereka.
Tunggu punya tunggu... akhirnya... eh new n3 hdir... xixixix...
ReplyDeleteBest sgt...
Happy la tengok dorang....
cpt la smbung .... thanks... :)
BEST.
ReplyDelete