Semua
pereka yang bekerja dalam syarikat itu turut serta termasuklah Humaira pekerja
baru mereka. Dalam bilik mesyuarat itu, Humaira mencari tempat yang agak
terselindung dari pandangan Tengku Elman. Nasib baik ada kerusi kosong di
sebelah Kak Sofi. Nanti dia bolehlah berselindung di sebalik tubuh kak Sofi
yang gempal sedikit itu. Dia rimas melihat mata Tengku Elman Qaufar yang asyik
melemparkan pandangan padanya seperti mesyuarat hari itu.
“Okey,
saya nak anda semua sediakan satu rekaan yang bersesuaian dengan projek ini.
Dan berikan sampel ini kepada Cik Isabella sebelum ia di hantarkan kepada
saya..” arahan yang di terima dari Tengku Elman Qaufar membuatkan semua pekerja
mengangguk.
Isabella
yang duduk di sisi Tengku Elman Qaufar tersenyum manis kepada pekerja yang ada
dalam bilik tersebut. Dalam projek ini dia di lantik menjadi ketua pasukan.
Namun pandangan Isabella terhenti pada wajah Humaira. Wajah yang membuatkan
hatinya tidak senang! Kebetulan juga anak mata Humaira memandang ke arahnya.
‘Kelihatan
tajam benar pandangan Cik Isabella terhadapnya. Mungkin perasaan aku saja kot!’
Humaira memujuk hatinya.
Sebaik
saja mesyuarat selesai, semua pekerja keluar dari bilik mesyuarat itu. Humaira
juga mahu berebut keluar. Dia cepat-cepat menghayunkan langkahnya. Namun belum
sempat dia keluar dari bilik tersebut, kedengaran orang memanggil namanya. Lalu
dia menoleh. Kelihatan Tengku Elman memanggilnya sekali lagi dengan muka yang
sangat serius.
“Humaira,
awak ikut saya sekarang!” Tengku Elman seolah-olah memberi arahan. Isabella
yang masih lagi berada bersama mereka rasa hairan. Kenapa pula Tengku Elman
begitu serius suruh Humaira masuk ke biliknya? Apa yang tak kena dengan gadis
itu? Isabella tertanya-tanya sendirian.
“Elman
kenapa dengan you ni? Ada yang tak kena dengan Humaira ke?” soal Isabella yang
hairan melihat kelakuan Tengku Elman yang agak serius pagi itu. Dahlah
mesyuarat pun secara tiba-tiba, sekarang dia nak jumpa Humaira pula. Apa yang
tidak kena dengan dia pagi ini?
“Itu
bukan urusan youlah.. Ini urusan I dengan dia..” jawab Tengku Elman dengan nada
tegas. Namun dia sempat mengerling ke arah Humaira. Kecut perut juga Humaira
melihat wajah Tengku Elman yang serius itu.
Humaira
hanya mengangguk macam burung belatuk! Entah apa lagi yang lelaki ini tidak
puas hati terhadapnya. Nak kata
penampilannya tidak menarik, dia dah minta pendapat tentang penampilannya dari
Kak Sofi tadi. Kata Kak Sofi okey je! Memang dia suka berpenampilan yang
biasa-biasa saja. Kalau hari-hari macam ni memang dia boleh naik gila!! Ini
semua pasal kontrak tu. Kalau tidak sudah lama dia meletakkan jawatan dan
kembali ke kedai butiknya. Dia lebih selesa bekerja di kedai butik bersama
dengan Arin, walau pun kekadangnya dia terpaksa melayan karenah pelanggan yang
agak cerewet! Tapi bila dia mengenangkan impiannya dia harus menguatkan
semangat!!
Namun
Humaira mengikut juga belakang Tengku Elman. Dia perasan Cik Isabella merenung
tajam ke arahnya. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak ikut Tengku.. Itu arahan
yang dia sendiri pun tidak suka. Entah apa yang lelaki itu mahu darinya!
Sampai
sahaja di biliknya, Tengku Elman mempelawa Humaira duduk. Humaira sekadar
mengikut saja apa yang di suruh Tengku Elman. Lama dia duduk namun Tengku Elman
tidak bersuara. Entah apa yang ada dalam kotak fikiran lelaki itu! Namun dia
sedar mata lelaki itu sedang meratah seluruh wajahnya. Mungkin dia teringat
pada ‘isterinya’ kot!
“Tengku
tak ada apa nak cakap ke? Kalau tak ada saya nak minta diri dulu. Lagi pun saya
banyak kerja nak buat ni..” akhirnya Humaira yang memulakan bicara.
“Oppss sorry! Sebenarnya saya ada hal
penting panggil awak kemari”
“Hal
apa? Saya ada buat salah ke?” berkerut dahi Humaira. Dia cuba mengingatkan
sesuatu.
“Tak
bukan pasal tu, tapi ini hal lain.”
“Hal
apa?” Humaira langsung tidak faham apa yang Tengku Elman cuba sampaikan. Lelaki
itu benar-benar mengungat keimanannya. Cakaplah cepat-cepat! Ni tidak
perlahan-lahan macam siput berjalan. Apa dia ingat aku ni banyak masa nak spend
dengan dia kot!!
“Sebenarnya
saya dah masukkan duit dalam akaun awak sebanyak RM 10 ribu. Rasanya cukup
untuk kegunaan awakkan?” lelaki itu memberitahu hal pentingnya itu.
“Apa??
Tengku ni dah gila ke? Saya tak nak terima duit tu!” Humaira rasa mahu cepuk je
wajah lelaki di depannya ini.
“Saya
tahu, mesti awak cakap saya gila! Sebab itulah saya terus masukkan duit itu ke
dalam akaun awak! Kalau semua nak minta persetujuan awak, rasanya sampai tahun
depan pun tak mungkin awak akan setuju!!” sinis sekali kata-kata Tengku Elman.
‘Huh!! Kalau bab menyindir ni bagi sajalah pada lelaki ini’ gumam Humaira
sendirian.
“Mana
Tengku dapat nombor akaun saya?” soal Humaira kehairanan.
“Dunia
sekarang tiada yang mustahil! Lagipun boss mereka tu kawan I. Jadi segala
urusan tu senang!”
“Kenapa
Tengku buat macam ni? Tengku tak patut masuk campur dalam masalah keluarga
kami..” Humaira berkata dengan nada yang sedih. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu
melibatkan orang lain dalam hal keluarga mereka. Memang benar dia memerlukan
sejumlah wang yang besar namun dia tidak mahu menagih simpati dari orang lain.
“Mungkin
awak sudah lupa, yang darah awak tengah mengalir dalam tubuh saya. Jadi mulai
saat itu, segala masalah awak adalah masalah saya juga..” gertak Tengku Elman
lagi. Gadis ini tidak sudah-sudah menyalah tafsirkan dirinya.
“Jangan
jadikan itu alasan Tengku!! Saya tak nak duit Tengku itu. Cukuplah hadiah yang
saya terima hari tu..” ujar Humaira dengan nada tegas. Tengku ni makin di layan
makin menjadi-jadi pula perangainya.
“Itu
hadiah dari pihak penganjur. Ini hal peribadi saya. Saya tahu awak perlukan
duit yang banyak. Jadi saya terus masukkan duit tu dalam akaun awak!” jelas
Tengku Elman juga tidak mahu mengalah. Dalam diam dia memang kagum dengan sikap
jujur si gadis itu.
“Sebab
saya tahu itu pemberian peribadilah saya tak nak terima..” tegas Humaira.
“Dan
saya pun tahu awak tak akan terima duit tunai atau cek kalau saya bagi depan
awakkan!!” ujar Tengku Elman geram. Kemudian dia menyambungkan lagi
kata-katanya. Tapi kali ini nadanya lembut dari yang tadi.
“Saya
tahu satu beg darah yang awak dermakan itu tak ternilai harganya. Tapi itulah
salah satunya cara untuk saya membalas jasa baik awak! Atau awak rasa ianya
tidak mencukupi?” nada geram sudah kedengaran di telinga Humaira. dia tahu
mungkin TEngku Elman tersinggung dengan kata-katanya tadi. Tapi dia memang
tidak berniat mahu meraih simpati dari Tengku Elman.
Humaira
mendiamkan diri. Sudah mati akal dia mahu membalas balik kata-kata yang keluar
dari mulut Tengku Elman. Lama mereka menyepi. Lelaki ini memang degil!!
“Okeylah..
Saya terima saja duit itu. Dan saya berharap Tengku jangan buat kerja gila
macam ni lagi..” Humaira memberi amaran!
“Apa
pun terima kasih kerana menderma darah untuk saya hari itu..” balas Tengku
Elman pula. Senyuman terukir di bibirnya. Akhirnya gadis ini tahu juga nak mengalah!
“Saya
pun nak ucapkan terima kasih pada Tengku sebab duit itu. Duit itu akan
menyelamatkan nyawa seseorang yang paling saya sayang..” akhirnya Humaira
senyum. Terbayang-bayang wajah Zeti yang sedang menderita sakit jantung.
Zappp!!!
Darah Tengku Elman terasa. ‘Apa maksud Humaira? Orang yang paling dia sayang?’
“Saya
nak minta diri dululah..” ujar Humaira seraya bangun dari kerusinya. Tengku
Elman hanya menghantar pandangannya sahaja.
HUMAIRA
segera bergerak menuju ke meja kerjanya. Ketika itu dia rasa mahu meraung
saja!! Melayan karenah Tengku Elman yang semakin hari semakin melampau!! Namun
dia terus mengingatkan dirinya agar rasa bersyukur kerana masih ada insan yang
sudi menghulurkan bantuan ketika dia memerlukan. Duit itu nanti dapatlah dia
membayar rawatan untuk Zeti.
Dia
terus duduk di kerusinya. Pekerja lain pula mengeruminya.
“Bos
cakap apa pada awak tadi?” soal mereka bergilir-gilir.
“Tak
ada apalah.. Ada perkara penting yang dia nak bincangkan dengan Ira!” jawab
Humaira berterus terang.
“Oh..
macam tu.. Tak apalah Ira teruskanlah buat kerja tu. Kalau nak di layan mereka
ni samapai esok pun tak akan habis punya..” ujar Kak Sofi. Dia memang tahu
sangat perangai pekerja di situ.
Humaira
terus membuat kerjanya. Dia harus focus. Lagipun hatinya sudah tenang sekarang
kerana duit yang mahu di carinya sudah ada dalam genggamannya. Kekadang dia
sendiri tidak faham dengan sikap Tengku Elman. Dalam kasar ada lembutnya. Dalam
nakal ada baiknya.. Ddia tersenyum sendiri.
Waktu
makan tengah hari sudah tiba. Pekerja-pekerja di bahagian mereka sudah keluar.
Namun Humaira masih lagi meneruskan kerjanya.
“Ira,
awak tak keluar makan tengah hari ke? Dah waktu makan tengah hari ni?” soal Kak
Sofi. Dia sanagt prihatin tentang pekerja di bawahannya. Terutama sekali
pekerja baru seperti Humaira. ada banyak yang mereka perlu tahu dan pelajari.
Namun dia tidak kedekat dengan ilmu yang dia ada.
“Akak
keluar dululah. Lagipun Ira nak siapkan sikit lagi ni.. Sementara idea masih
ada ni..” jawab Humaira samba tersenyum.
“Kalau
macam tu, kami keluar dululah ya.. Awak jangan lupa makan tengahhari pulak!!”
“Baiklah
kak.. Akak jangan risau, nanti
pandai-pandailah Ira cari tempat makan..”
Kak
Sofi dan Lala segera keluar. Perut sudah lapar mana tahan nak menunggu Ira yang
belum habiskan kerjanya.
HUMAIRA
mengambil telefon bimbitnya lalu dia menelefon Mak Teh. Dia mahu bertanya
khabar tentang kesihatan Zeti. Minggu ini dia langsung tak berkesempatan mahu
melawat Zeti kerana dia baru memulakan pekerjaannya di syarikat ini. Mahu
memohon cuti pun bukannya senang. Selain itu dia juga mahu memberitahu Mak Teh
yang dia sudah mendapatkan duit untuk kos pembedahan jantung Zeti nanti.
“Helloo..”
“Helloo..”
“Mak
Teh, macam mana kesihatan Zeti hari ni?” soal Humaira. Walau pun dia bekerja
namun dia tidak lupa untuk bertanya khabar.
“Doktor
cakap mungkin lusa dia akan menjalani pembedahan itu.”
“Iya..
Syukur alhamdulillah, Lebih cepat Zeti buat pembedahan lagi bagus..”
“Tapi
Mak Teh risau mana nak cari duit sebanyak itu?” satu keluhan kedengaran di
hujung talian.
“Pasal
duit tu Mak Teh jangan risau. Yang penting Zeti mesti sihat cepat. Ni Ira nak
bagi tahu, Ira dah dapatkan duit untuk kos pembedahan Zeti. Jadi Mak Teh tak
payah risau tentang duit tu ya!” ujar Humaira dengan gembiranya.
“Iya..
Alhamdulillah.. Mana Ira dapat duit tu?”
“Kan
Ira menang pertandingan hari tu. Dan bos Ira ada juga hulur sedikit”
“Baiknya
bos Ira.. Cakap dengan dia Mak Teh ucap Terima kasih..”
“Baik
Mak Teh.. Nanti Ira cakap dengannya..”
‘MakTeh?’
bisik Tengku Elman dalam hati. Dia baru saja keluar dari biliknya melihat
Humaira sedang bertelefon. Lalu dia mengatur langkah dengan senyap berdiri
tidak jauh dari situ.
“Cakap
dengan Zeti kalau Ira ada masa nanti Ira pergi melawat dia. Tapi sekarang Ira
masih sibuk.. Maklumlah baru bekerja di tempat baru macam ni memang susah sikit
nak dapat cuti..”
“Baiklah
Ira, nanti Mak Teh bagitau Zeti. Kalau Zeti tau mesti dia gembira..” ujar Mak
Teh di hujung talian sambil mengelap air matanya. Dia rasa terharu dengan
pengorbanan Humaira.
‘Lembut
juga dia bercakap dengan orang lain kalau dengan aku ciss.. Selalu saja mahu
menyinga!’ tapi yang sebenarnya Tengku Elman lega apabila Humaira menyebut nama
orang bernama Zeti itu rupanya anak mak cik itu. Mati-mati dia ingatkan orang
yang di sayang oleh Humaira itu lelaki. Dia tersenyum sendiri! Lalu dia angkat
kaki dari situ sebelum Humaira menyedari kehadirannya di situ!
No comments:
Post a Comment