Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 9 July 2012

Hanya Kau Milikku 14


Selepas peristiwa yang berlaku di bilik tidur Mira jarang sekali mereka bertembung muka. Mira seperti sengaja mengelakkan diri dari Iqbal. Bila teringat peristiwa yang berlaku dia jadi malu sendiri. Namun hari ini Mira ingin memberitahu Iqbal Iskandar dia ingin balik kampung untuk menjenguk neneknya. Sudah dua bulan lebih dia tidak balik ke kampung. Apa khabar Nenek Nab agaknya. Walaupun dia sering berhubung dengan neneknya melalui telefon namun itu tidak cukup baginya untuk meleraikan rindu di hati. Dengan nenek dia boleh bermanja-manja dan menceritakan segala-gala. Dia tidak pernah menyembunyikan segala apa yang berlaku dalam perkembangan hidupnya. Kecuali peristiwa hitam empat tahun lalu.

“Awak, minggu ni Mira ingat nak balik kampung. Dah lama Mira tak jenguk nenek, Pak Su dan Mak Su. Bolehkan?” soal Mira perlahan. Kalau tidak kerana dia mahu balik kampong jangan harap dia akan mengahadap muka Iqbal Iskandar.
Iskandar mengalihkan pandangannya. Sengaja dia buat muka serius. Mira mengulang lagi pertanyaannya.

“Sayang nak balik kampung?”

Dia sengaja bertanya lagi.

“Hmm.. Boleh ke?” tanya Mira dengan wajah kasihannya. Dia membuat muka seolah-olah meminta simpati.

“Boleh dengan syarat!” pantas sahaja Iqbal menjawab. Kali ini dia harus mencari jalan agar Mira sentiasa berada disisinya.

Mira mengerutkan dahinya. Terus saja mulutnya bertanya.

“Apa? syarat? Mira balik kampung pun kena ada syarat juga ke?”

“Memanglah. Dengan syarat abang nak ikut Mira balik.”

Mira sudah mengagak. Apalah mamat ni orang nak balik kampung pun dia nak ikut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Iqbal Iskandar sengaja tersengih-sengih. Dia tahu Mira tidak puas hati.

“Kalau awak tak ikut tak boleh ker?”

“Tak boleh. Abang tak benarkan. Lagi pun apa kata nenek Nab dan Pak Su nanti. Tinggalkan Mira balik kampung sorang-sorang. Naik bas lagi tu. Jadi apa salahnya abang nak ikut sayang balik kampung. Lagi pun abang tak bekesempatan nak berkenalan dengan keluarga sayang hari tu..” ujar Iqbal bersungguh-sungguh.

“Ish.. menyampah betullah.” Mira terus bangun menuju kebilik tidurnya. Iqbal Iskandar hanya memandang sepi ke arahnya. Dia suka melihat gelagat Mira yang marah kepadanya. Semakin marah wajah itu semakin cantik pada pandangannya. Kenapalah aku ni semakin angau kat dia. Sedangkan dia tiada sedikit perasaan sayangkah kepadaku?

..............................................................

 Iqbal keluar berjumpa dengan Amirul. Kepalanya sudah buntu dengan kedinginan Mira terhadapnya. Macam mana dia mahu mendekatkan dirinya dengan Mira. Sampai bila mereka berdua terus dingin begini.

“Apasal muke moyok jer ni Bro?”soal Amirul. Ini mesti tak lain tak bukan masalah rumahtangga.

“Pasal apa lagi.. Kalau bukan Mira..”

“Kali ini dia buat apa? Atau kau ada buat apa-apa kat dia?”

“Dia makin marah kat akulah.. Aku just nak minta maaf dari dia pasal Rozie yang datang ke pejabat hari tu. Tapi makin lain pula jadinya. Lepas tu dia hidu bau arak kat baju aku lagi malam tu. Jadi dia ingat aku teguk air tu...” jawab Iqbal dengan perasaan resah dan gelisah.

“Eh.. Cuba kau ceritakan satu-persatu kat aku ni.. Aku tak pahamlah cerita kau ni..” ujar Amirul. Mahu tidak mahu terpaksalah Iqbal bercerita kepada Amirul tentang masalahnya. Memang dia sudah buntu apabila melihat Mira langsung tidak mahu bertegur dengannya. Masing-masing membisu.

“Aduh.. Bukan ke kau cakap dia nak balik kampung?” soal Amirul lagi. Dia memandang wajah sahabat di depannya itu. Hanya dia tempat sahabatnya itu mengadu nasib dan masalahnya. Kadang-kadang masalah rumah tangga lagi tu. Macam dia ni guru kaunseling pulak!

“Yelah.. apa kena-mengena pula hal dia nak balik kampong?” soal Iqbal balik. Dia langsung tidak faham apa yang ingin di sampaikan oleh Amirul. Apa yang dia tahu kini otaknya sudah buntu untuk mencari jalan berbaik semula dengan Mira. Arg!! Mira Syafika buat dunianya tidak aman.

“Hei bro nilah peluang kau nak tunjukkan kasih sayang kau.. Itu pun aku kena ajar ke?” ujar Amirul geram dengan sikap Iqbal. Cakap cinta tapi otak langsung tak dapat pakai.

“Ya tak ya juga.. Kenapa aku langsung tak pikir! Terima kasih bro.. Aku ni memang dah tak betul agaknya..”

“Memang kau tu tak betul..” jawab Amirul selamba. Memang dia sendiri pun hairan. Macam mana Iqbal boleh berubah seratus peratus sekarang. Bukan macam Iqbal Iskandar yang dia kenal dulu. Dan dia sedar, semenjak Iqbal bertemu dengan gadis yang bernama Mira Syafika memang dia cukup kagum dengan cinta Iqbal.

..................................................................

Pagi ini dia perlu ke pejabat. Sarapan pagi pun dia belum sediakan. Cepat-cepat dia memandang cermin. Dah okeylah ni.

Walau pun dia tidak suka kepada Iqbal namun segala kewajipannya sebagai seorang isteri  untuk menjaga makan minum dan pakaiannya tidak pernah di lupakan. Cuma kewajipan yang satu itu saja yang dia belum bersedia. Ketika kakinya melangkah masuk ruang dapur itu, dia sedikit tersentak apabila mendapati sekujur tubuh milik lelaki itu sedang berada di situ. Termenung menghadap ke tingkap kaca sambil bersandar di tepi meja. Mira mencebik sebelum menuju ke tepi dapur dan mencapai cerek. Langsung tidak menegur lelaki itu.

Iqbal menjeling Mira. Gadis itu langsung tidak menegurnya.

“Morning..”

 Namun senyap juga mulut Mira. Hish!! Tak mungkin dia dah pekak.

“Tak jawab dosa..” ujar Iqbal dengan perasaan sedikit geram. Dia paling pantang kalau dia menegur orang itu tak jawab.

“Bukan bagi salam pun..” jawab Mira geram. ‘Dia ni memang sengaja nak kenakan aku agaknya. Pagi-pagi dah cari gaduh dengan aku!’

“Assalamualaikum!”

 “Waalaikumusalam!”

Mira menjawab. Tadi dia juga yang menegur Iqbal bukannya memberi salam.

“Sayang masih ingatkan papa suruh kita pergi honeymoon hari tu..?” soal Iqbal. Sengaja dia mahu mengingatkan si isteri tentang honeymoon itu. Malam tadi dia sudah merencanakan pelbagai rancangannya. Itu pun kalau Mira mahu balik kampung baru jadi. Tapi kalau Mira tolak mentah-mentah rancangannya memang satu benda pun tak akan jadi..

“Ye.. kenapa?” soal Mira terkejut. Pagi-pagi lagi mamat ni berbicara soal honeymoon. Entah apa mimpinya malam tadi. Tak kan gara-gara dia nak balik kampung timbul pula isu pergi honeymoon. Mana pernah di buat orang honeymoon balik kampung?

“Kita pergi Cameron Highland” ujar Iqbal sengaja menarik perhatian Mira namun hampa apabila Mira langsung tidak menoleh kearahnya. Sebaliknya berpura-pura seolah tidak mendengar. Iqbal mula geram melihat sikap acuh tak acuh gadis itu. Tubuh Mira di hadapkan memandangnya. Dia memandang lama wajah Mira. Mira mendongak dengan wajah terkejut.

“Kita pergi Cameron Highland ya!” ujar Iqbal dengan lembut seolah-olah  bunyi memujuk. Mira pantas menarik lengannya dari terus berada dalam genggaman Iqbal. Dia tidak suka berada dekat dengan lelaki itu. Lalu dia bergerak sedikit jauh dari lelaki itu. Gerun sedikit dengan kelakuan lelaki yang kelihatan aneh sedikit pagi ini.

“Saya tak nak pergi. Saya cuma nak balik kampung je” ujar Mira dingin.

Iqbal Iskandar terdiam sejenak. Dia cuba memikirkan ayat seterusnya agar Mira bersetuju dengan rancangannya. Tubuhnya di sandarkan pada cabinet sambil matanya tak lepas memandang ke arah Mira. Sikap dingin Mira itulah yang sering kali mencabar egonya.

“Sayang kena pergi juga dengan abang” ujar Iqbal tegas.

“Kenapa pulak? Suka hati sayalah saya nak pergi ke tidak! Jangan nak paksa Mira okey!” ujar Mira cuba melawan kata-kata lelaki itu.

Iqbal Iskandar mendengus geram. Mira memang pandai menaikkan kemarahannya. Dari dulu sampai sekarang perangai tidak berubah.

“Betul tak nak pergi?” soal Iqbal meminta kepastian.

“Betul..!!” jawab Mira cepat.

“Abang tak kisah kalau sayang tak nak pergi Cameron Higland. Tapi.. jangan menyesal..”

“Menyesal? Kenapa pula Mira nak menyesal?” soal Mira tidak pasti.

“Abang tak kisah kalau sayang tak nak pergi, tapi abang cancel balik kampung” ayat Iqbal kedengaran mengugut. Mira segera menoleh. Ayat Iqbal itu menghancurkan harapannya untuk bertemu dengan Nenek Nab.

“Mira boleh balik sendirilah. Lagi pun bukannya Mira suruh awak ikut pun. Awak ikut tak ikut suka hati. Yang penting Mira dah cakap kat awak!” balas Mira. Memang dia tidak suka mendengar alasan Iqbal itu. Tak logik betul. Sebab dia tak nak pergi Cameron Higland terus tak bagi balik kampung.

“Kalau sayang degil, abang tak bagilah sayang pergi mana-mana. Jangan harap abang benarkan Mira keluar rumah minggu ni!” Iqbal mengugut. Terpaksa dia menggunakan kuasa veto sebagai seorang suami. Bukan Mira tak tahu hukum dalam agama. Melawan cakap suami itu dosa.

Mira kehilangan kata. Dia mengeluh perlahan. Air liur terasa kelat di telan. Perlahan di memalingkan tubuhnya menghadap Iqbal yang berdiri tidak jauh darinya.

“Tapi...”

“Muktamad. Kalau sayang tak nak ikut abang pergi ke Cameron Highland. Kita tak payah balik kampung” ujar Iqbal serius.

“Awak tak boleh buat macam tu..! Mira dah janji dengan nenek nak balik kampung minggu ni..” ujarnya perlahan. Hampir menitis air matanya bila mengenangkan janjinya dengan Nenek Nab. Dia cuba menahan air matanya dari gugur. Perlahan-lahan dia menyeka setitis air mata yang berguguran jua.

“So amacam?” Iqbal bertanya lagi.

“Awak ni kenapa? Kalau ya pun nak pergi Cameron Highland tu pergilah sendiri. Tak payah nak ajak Mira” jawab Mira dengan berani. Ada pulak ajak dirinya pergi ke Cameron Highland. Tapi best juga kalau dia dapat pergi sana. Cuma dia takut dengan Iqbal sebenarnya membuatkan dia fikir untuk ke seratus kalinya. Kalau pergi dengan kawan-kawan memang on time punya.

“Apa awak ingat suka-suka jelah abang nak ajak Mira pergi bercuti?” soal Iqbal tidak mahu mengalah. Takkan si isteri tidak faham maksudnya.

“Kan ke awak tu ramai awek. Takkan satu pun tak boleh bawa?” Mira mula cuak.

“Sebab Mirakan isteri abang” jawab Iqbal lembut.

Sekali lagi Mira terkedu. Mamat ni pagi-pagi lagi buat dia rasa terharu. Tapi dia harus kuatkan hati agar tidak terpedaya dengan kata-kata Iqbal.

“Tu jeer alasannya.. Mira tak percayalah..”

“Macam mana abang nak buatkan Mira percayakan abang ni?”

Lama Mira terdiam.

“Kenapa Cameron Higland?” soal Mira.

“Kalau macam tu sayang setujulah pergi ke Cameron Highland minggu ni. Masuk pejabat nanti jangan lupa isi borang minta cuti...” pesan Iqbal sambil tersenyum. Dalam kepala dia sudah merencanakan sesuatu.

Iqbal tersenyum. Soalan itu merupakan petanda baik buat dirinya. Mungkin gadis itu mahu pergi bersamanya. Tangannya di seluk ke dalam kedua-dua kocek seluarnya. Berjalan menghampiri Mira.

“Sayang pernah pergi Cameron Highland?” soal Iqbal.

“Tak pernah. Saya bukan berduit macam awak. Awak tu lainlah. Minta je semua dapat!” ujar Mira menggeleng perlahan. Sedikit pun dia tidak berani memandang muka Iqbal.

“Sebab tu abang nak bawa sayang pergi ke Cameron Highland. Abang nak bawa isteri abang pergi jalan-jalan. Tempat tu je yang dekat. Nanti kalau ada masa cuti yang panjang, abang nak bawa sayang ke tempat yang ingin sayang pergi” ujar Iqbal panjang berjela.

“Tapi kenapa Cameron Higland?” soal Mira kehairanan. Bukannya tidak ada tempat peranginan yang lain yang lebih menarik.

“Romantik. Lagi pun itu tempat yang paling abang suka. Lainlah kalau sayang nak pergi melancong ke luar negara. Abang tak kisah. Asalkan sayang suka”

Iqbal berjalan menghampiri Mira. Perlahan-lahan tangannya mengosok lembut kepala Mira. Mira lantas menepisnya tangannya. Wajah gadis itu kelihatan merona. Menahan marah barangkali, teka Iqbal. Kemudian dia mencium dahi Mira. Makin geramlah Mira di buatnya. Aku bukan budak kecik! Ishh peliklah.

..............................................................................

Iqbal Iskandar memandu menuju ke kampung Nenek Nab. Dalam perjalanan kedua mereka membisu. Hanya mendengar celoteh Dj di radio Era kedengaran. Mira Syafika membuang pandang ke luar tingkap. Langsung tidak mahu memandang kearah muka Iqbal. Iqbal sengaja mencari tangan Mira. Dia ingin menyentuhnya. Tiba-tiba Mira terkejut.

”Apa ni? Pandang depan tu. Tangan jangan nak menggatal. Nanti kemalangan” marah Mira. Dalam memandu pun sempat juga laki aku ni menggatal.. Hishh.. takutlah..

Iqbal Iskandar tersenyum.

“Akhirnya bersuara juga isteri abang ni. Ingatkan dah bisu tadi. Abang rasa muka abang ni dah cukup handsome. Tapi sampai hati sayang tak suka tengok muka abang ni?” rajuk si suami.

 Mira hanya mendiamkan diri. Malas dia nak melayan karenah Iqbal Iskandar yang merimaskan itu. Sebab itulah dia tidak suka Iqbal Iskandar balik bersama dia. Nanti ada-ada saja yang tak kena. Alih-alih dia juga yang di salahkannya.           

Sesampai di halaman rumah. Mira memberi salam. Nenek Nab muncul di muka pintu. Terkejut juga dia kerana Mira tidak memberitahu dia pulang pada hari ini. Dengan cepat Mira memeluk nenek Nab. Sampai tidak dapat berkata apa-apa orang tua itu di buatnya. Terlerai sedikit rasa kerinduan yang sarat di dada kepada orang yang di kasihinya itu.

Iqbal Iskandar memandang dengan perasaan cemburu. Dengan nenek Nab bukan main lagi kau peluk kuat-kuat, lama lagi tu. Dengan aku sikit pun kau tak pandang. Sedap-sedap je kau peluk nenek Nab tu.

“Ha.. Iqbal marilah masuk. Kalau nak tunggu Mira ni jemput memang dia tak akan ingat kalau dah jumpa nenek semua benda dia jadi lupa..” gurau Nenek Nab.

“Nenek ni tak baik tau buruk-burukkan Mira. Mira rindu sangat kat nenek. Sebab tu Mira nak peluk Nenek sekejap..” balas Mira dengan tidak puas hati.

“Mira memang macam tu nek, dengan kita ni dia kedekut sangat nak bagi sayangnya tu..”

“Awak!!!” Mira menjengilkan matanya. Dia tidak mahu Nenek Nab menghidu perhubungan mereka yang agak dingin itu. Biar hal itu hanya mereka berdua saja yang tahu.

Mereka pun masuk kedalam rumah. Sambil itu Iqbal mengangkat beg pakaian mereka dari bonet kereta.

...........................................................................

Petang itu Iqbal Iskandar duduk di bawah pokok rendang itu sambil menikmati pemandangan kampung yang amat mendamaikan. Terasa jiwanya tenang dari kesibukan kotaraya yang sememangnya sibuk 24 jam. Tanpa di sedari Nenek Nab duduk mendekatinya.

“Iqbal..”

Iqbal menoleh. Dia ternampak nenek Nab menghampirinya lalu melabuhkan punggungnnya di sisi Iqbal.

“Macam mana dengan hubungan kamu berdua. Mira selalu buat hal tak dengan Iqbal?” soal Nenek Nab.

Iqbal memandang wajah Nenek Nab yang kelihatan sedikit resah.

“Tak adalah nek. Dia budak yang baik. Lagi pun kami masih dalam proses saling mengenali” Iqbal jawab tenang. Dia tidak mahu nenek tua itu tahu tentang gelora rumah tangga mereka.

“Nenek tahu, Mira tu budaknya degil sikit. Dia kuat bermanja dengan nenek. Sejak kecil lagi dia kehilangan orang tuanya. Nenek bimbang sangat tengok dia tu. Jadi nenek harap walaupun perkahwinan kamu bukan atas dasar suka sama suka tapi nenek berharap kamu berdua hidup dengan bahagia.”

Iqbal Iskandar tersenyum manis. Dia tidak mahu orang tua itu menanggung perasaan sedih atas perbuatannya jika hal itu terbongkar macam mana nanti.

“Nenek jangan risau, Iqbal akan jaga Mira dengan sebaik mungkin. Lagi pun Iqbal sudah lama kenal sejak dulu lagi. Sejak kami di universiti lagi. Dia baik, penyayang dan rajin.”

Nenek Nab tersenyum suka mendengar pengakuan Iqbal tentang cucunya. Sebenarnya dia risau dengan perangai cucunya. Memandangkan pada hari itu, nampak sangat cucunya tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu. Namun dia cuba memujuk Mira agar menerima lelaki itu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

“Baguslah kalau macam tu. Lapang dada nenek mendengarnya. Nenek takut dia tak dapat menyesuaikan diri dengan Iqbal. Maklumlah, dia sebenarnya fobia dengan lelaki. Itu yang membuatkan nenek terkejut bila mendengar dia tiba-tiba di tangkap khalwat di hotel pulak tu..” ujar Nenek Nab dalam nada resahnya.

“Kenapa dengan Mira nek.. Mmm maksud Iqbal, kenapa dia fobia dengan lelaki?” soal Iqbal Iskandar. Dalam hati sudah berdetak detum rasanya. Mungkin kerana perbuatannya terhadap Mira empat tahun lalu yang membuatkan Mira jadi begitu. Rasa bersalah bersarang di dalam dada.

“Itu cerita lama. Masa itu Mira masih dalam tingkatan lima. Suatu malam ketika dia pulang dari kelas tambahan, dia di kejar oleh dua orang lelaki, malam itu hujan agak lebat, Nenek risau sebab hari hujan, lepas tu nenek suruh Pak Su kamu cari dia. Masa itu Mira di tangkap oleh dua orang lelaki itu. Pak Su kamu sempat sampai tepat pada masanya. Nasib baiklah mereka tak sempat apa-apakan Mira. Memang bajunya sudah koyak. Memang masa tu nenek pun menangis melihat keadaan Mira. Selepas itu. Mira jadi pendiam, murung. Bila dia mendapat keputusan yang baik Pak Su kamu suruh dia isi borang ke universiti. Nasib baik dapat. Sebab itu dia belajar di Kuala Lumpur..”

“Mira tak pernah ceritakan pada Iqbal pun. Mungkin dia rasa itu adalah rahsia hidupnya..” ujar Iqbal penuh kesal. Patutlah Mira seperti dingin dengan dirinya.

“Selepas habis belajar adalah tiga kali rombongan meminang datang ke rumah, semuanya di tolak olehnya.. Sampai masa kamu dia tangkap khalwat itu, nenek terpaksa menyuruh dia terima kamu sebab kalau naik makhamah pun bukannya ada duit nak bayar peguam. Nasib baiklah kamu terima saja cadangan mereka untuk berkahwin dengan Mira.”

“Sebab masa tu bukannya salah Mira. Kami memang mengadakan sesi temuduga. Iqbal tak tahu pula dia peserta terakhir. Masa itu kawan saya keluar sekejap. Masa dia masuk Iqbal ingatkan kawan Iqbal balik. Masa itulah pula pegawai pencegah maksiat datang. Memang tak di sangkalah.” Iqbal menerangkan perkara yang sebenarnya. Pada hari tersebut dia langsung tak berpeluang untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada Nenek Nab. Cuma satu yang menjadi rahsia.. sebenarnya semua itu dirancangnya...

“Itulah yang di namakan jodoh.. Kita tak dapat nak halang dari berlaku. Sebab itulah nenek risau dengan Mira. Memang dia tak dapat terima kenyataan ini. Nenek faham perasaan dia tapi nak buat macam mana?”

‘Memang dia tak dapat terima Iqbal nek. Sebab Iqbal dah musnahkan masa depannya. Iqbal telah berbuat salah padanya’ bisik Iqbal dalam hati.

“Oh ya, nenek lupa nak cakap dulu Mira selalu sakit. Dia alah dengan cuaca yang sejuk. Kalau dia di tempat yang sejuk mesti penyakit menggigilnya datang. Iqbal pernah nampak tak dia jadi macam tu? Kalau dulu bila penyakitnya itu datang mesti dia peluk nenek kuat-kuat. Walau pun nenek balut dengan selimut tebal. Dia sensitive dengan cuaca sejuk” Nenek Nab memberitahu.

“Oh...Iya ker.. Selama ini Iqbal tak pernah nampak lagi” Pelik juga penyakit isteri aku ni.

“Oh mungkin cuaca dekat bandar tu tak selalu sejuk macam kat kampung ni.. Tapi kalau penyakitnya itu datang cuma dengan cara memeluknya sahaja dia akan merasa lega.”

Iqbal Iskandar mengangguk perlahan. Ada juga kelemahan isteri aku rupanya. Patutlah dia tidak mahu duduk sebilik dengan aku sebab takut aku rahsianya. Dalam diam Iqbal Iskandar tersenyum.

...........................................

Malam ini sangat sunyi. Iqbal sudah membaringkan badannya dia atas katil di bilik Mira. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa malam pernikahan mereka. Malam itu sepatutnya malam pertama bagi dia dan Mira. Namun kerana Mira masih lagi berdendam dengan dia maka malam itu terus berlalu tanpa terjadi apa-apa.

Tiba-tiba pintu di tolak dari luar. Sengaja dia mengecilkan matanya. Dia melihat Mira masuk ke dalam biliknya. Tudungnya masih lagi di kepalanya. Dia melihat Mira mengambil toto dari dalam almarinya. Kemudian Mira bentang di atas lantai biliknya.

“Sayang.. Meh tidur kat atas ni.. Abang janji tak akan usik sayang” ujarnya. Tak sampai hati dia melihat Mira menjauhkan diri darinya. Membisu membuatkan hatinya tak senang. Kalau boleh biarlah hari-hari mereka bertekak. Tapi takkanlah di rumah kampung ini pun mereka berdua nak bertekak? Nanti habislah kena leter dengan Nenek Nab dan Pak Su.

“Tak apalah. Mira selesa tidur kat bawah ni” jawab Mira selamba. Malas dia mahu bercakap panjang dengan suaminya itu.

‘Mira ni memang degil orangnya. Betullah kata Nenek Nab. Mira memang jenis yang degil.’ Bisik Iqbal dalam hati. Teringat dia akan kata-kata Nenek Nab petang tadi.. memang benar, isterinya itu degil orangnya. Wajahnya nampak lembut tapi dalam kelembutannya itu dia punya sikap yang degil.

“Sini kejap. Abang ada perkara nak bincang dengan Mira.”

“Kita bincang bila kita kat Kl nanti” jawab Mira acuh tak acuh.

Alasan! Nanti kat Kl pun bukannya dia dapat cakap apa-apa dengan Mira. Dekat rumahnya Mira sentiasa berkurung dalam bilik. Keluar bila dia mahu minum dan makan. Dalam pejabat mereka langsung tak bertegur. Dia sendiri sudah pening kepala dengan perangai Mira. Dia terus bangun mendapatkan Mira yang sedang menyusun bantal dengan selimutnya. Dia duduk berhadapan dengan Mira.

“Awak ni kenapa?” serius sekali wajah Iqbal di depannya kini.

“Abang nak bincang sesuatu dengan Mira.” Tiba-tiba Iqbal mendapat satu idea.

“Nak bincang apa? Tak sabar-sabar nampak..” perli Mira.

“Abang nak sayang ambil lesen memandu. Nanti kalau abang pergi outstation senanglah sayang pergi hantar dan ambil. Atau senanglah sayang nak pergi mana-mana!”

“Tapi Mira tak mampu nak bayar yurannya. Awak bukan tak tahu yurannya mahal. Mira tak ada duitlah..”. Mira terus teringat, kalau nak ambil lesen memandu bukannya murah.

“Bukan abang suruh sayang bayar. Abang yang bayar. Yang penting sayang kena ambil lesen memandu tu..”

Akhirnya Mira mengalah. Lepas balik dari kampung ni dia akan belajar memandu. Bagus juga kalau dah ada kaki sendiri nanti senanglah dia berjalan kesana kemari. Dia tersenyum tanpa menyedari Iqbal masih berada di depannya. Terpegun Iqbal dengan senyuman Mira. Tidak pernah dia melihat Mira tersenyum indah seperti sekarang ini.

“Kan cantik kalau sayang selalu senyum macam ni selalu. Senyum macam tu buat abang tergoda jelah?” Iqbal mengusik lagi.

“Hah.. Apa awak mengarut ni?” ujar Mira sambil memukul Iqbal dengan bantalnya. Alangkah malunya bila dia tertangkap senyum sendirian.

“Abang nak tidur sini boleh? Abang rindulah nak tidur dekat sayang..”

“Jangan nak mengada tu katil tu dah tunggu awak..” Mira menolak tubuh Iqbal agar segera berlalu ke katilnya.

“La nak jugalah..” Iqbal merengek persis budak kecik.

“Saya cakap tak boleh...” sedikit tinggi suaranya.

“Oi.. Apa bising-bising tu, orang nak tidurlah..” tegur Nek Nab dari bilik sebelah.

“Kan kena marah dengan nenek..” ujar Mira. Dalam hatinya dia mahu tergelak melihat telatah Iqbal.

“Yelah orang tak sudi nak temankan kita tidur.. Nak buat macam mana?” Iqbal Iskandar terus bangkit dari tempat duduknya. Geram hatinya melihat Mira tersenyum kemenangan.

‘Tak apa nanti kalau sayang tidur, abang tidur kat sebelah sayang. Abang tak peduli kalau sayang marahkan abang’ gumam Iqbal dalam hati.

.........................................................................

Subuh mula menjelma. Tiba-tiba Mira merasakan sesuatu. Pelik!

‘Hish.. apa benda yang merayap kat muka aku ni?” bisik Mira dalam hati. Mata yang dirasakan masih berat itu sedaya upaya di buka.

“Selamat pagi, sayang!” terdengar bisikan halus di telinga Mira. Mulanya Mira tidak mengendahkan suara itu kerana dia menganggapnya itu hanyalah satu mimpi. Tapi itu cuma seketika. Untuk beberapa saat sahaja, matanya terus terbuka apabila mengingatkkan sesuatu. Terbeliak biji matanya memandang wajah Iqbal yang begitu hampir dengan wajahnya.

“Eh! Awak! Kenapa awak ada kat bawah sini? Siapa suruh awak tidur kat sini?” kelam kabut Mira mahu bangun dari pembaringannya. Tetapi tangannya sempat di tarik oleh Iqbal. Mira membetulkan baju tidurnya yang sedikit berkedut. Entah apalah yang di fikirkan oleh Iqbal tadi dan sudah berapa lama lelaki itu merenung wajahnya ketika tidur. Aduh malunya.. Mana dia nak letak mukanya itu. Mana tahu ada air liur basi kat wajahnya. Tanpa sedar tudung di kepalanya malam tadi pun turut hilang. Terburai rambutnya.

“Abang terjatuh malam tadi. Dalam mimpi. Lepas tu abang malas nak angkat ke katil semula..” Iqbal mencipta alasan yang sungguh tak logic. Kalau tidak mesti Mira marahkan dia habis-habisan. Pada hal malam tadi dia tak dapat tidur. Lepas itu dia sengaja mendekati Mira yang sedang lena. Lama juga dia memerhati keadaan Mira yang sedang tidur itu. Comel sangat macam bayi. Kemudian dia cuba menanggalkan tudung di kepala Mira tanpa Mira sedari. Akhirnya dia terlelap disisi Mira hinge ke pagi.

“Huh.. Alasan! Bukannya saya tak tahu taktik awak tu. Senganjakan.. Nak tidur kat bawah ni..” ujar Mira geram. Semakin hari lelaki itu semakin pandai buat taktik yang menyakitkan hatinya. Ada saja alasannya!

“La itu pun sayang marah ke? Sorrylah.. Abang sejuk sangat. Dahlah selimut abang tu nipis. Selimut sayang tebal. Sebab itulah abang menumpang kasih dengan sayang, walaupun abang tau sayang tak sudi” Iqbal buat muka kesiannya. Mira hanya terdiam sahaja. ‘Sampai hati juga aku ni kot?’ ujar Mira dalam hatinya. Wajah Iqbal di renung dengan perasaan serba salah. Namun dia segera tersedar!

Mira terus bangun bila mengenangkan waktu solat semakin hampir. Kalau nak di layan perangai Iqbal cerita tak akan habis!

5 comments:

  1. rupe-rupenye Mira fobia ngan laki...patut lah Mira x layan Iqbal mase kat universiti dulu..
    best..
    next n3..

    ReplyDelete
  2. cerita ni best sanggat, tolong up date lg..the netx N3..mmng terbaik sngt, kesian mira..
    x sabar k tggu time honeymoon trip..
    smbung N3 lg...cepat sikit...

    ReplyDelete
  3. writer bile nk post N3 HKM yg baru.. x sbar nk baca ttng honeymoon dorang kat cameron highlands...

    ReplyDelete
  4. sweetnya...best nak lagi..hehehe..:)

    ReplyDelete