Petang
itu tiba-tiba Alisha teringat pesanan yang di berikan oleh lelaki itu. Namun
dia malas mahu ke tepi pantai. Lagi pun cuaca hari ini tak beberapa baik.
Mungkin nak hujan!! Langit yang cerah tengah hari tadi pun menjadi mendung.
Dalam hatinya hanya berserah. Kalau ada jodoh tak kemana. Petang esok barulah
dia pergi. Itu pun kalau cuaca mengizinkan.
Zafran
Haicarl sudah menunggu gadis itu di tempat yang di janjikan. Namun kelibat
gadis itu langsung tidak kelihatan. Sudah dua jam dia menunggu sambil
melapangkan fikirannya. Namun orang yang di tunggu-tunggu tidak kunjung tiba.
Sudah sakit lehernya kerana selalu memalingkan kepalanya ke arah tempat
mengutip siput itu.
Akhir
nya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah agam itu. Mungkin dia ada hal
kot. Lagi pun dia memang tidak dapat menghubungi gadis itu kerana gadis itu
tidak mempunyai telefon bimbit.
Mak
Jah tersenyum melihat kelibat Zafran Haicarl yang baru pulang dari pantai. Lalu
dia mendekati Zafran. Wajah anak muda itu kelihatan tidak ceria.
“Ada
jumpa Isha tak?” soalnya. Zafran menggeleng. Mak Jah hanya tersenyum.
“Patutlah
muka moyok semacam je” usik Mak Jah.
“Tapi
Zaf dah janji nak jumpa dia..” ujar Zafran perlahan.
“Mungkin
dia ada hal kot! Kenapa tak telefon dia? Tanya dia kenapa tak datang jumpa?”
soal Mak Jah lagi. Zaman sekarang mana ada susah. Asal ada nombor telefon
bimbit call je..
“Kalaulah
Zaf boleh call dia taklah susah..” jawab Zafran Haicarl sambil tersenyum.
“Tak
apalah mungkin esok dia akan ke pantai. Kalau ada jodoh tak kemana..”
“Itulah
yang Zaf harapkan mak.. Mak masak apa hari ni? Zaf laparlah..” ujar Zafran
sambil menggosok-gosok perutnya. Dia memang sudah menganggap Mak Jah seperti
ibunya. Kerana wanita itu bekerja dengan keluarganya sejak dia di lahirkan
lagi.
“Mak
masak makanan kegemaran Zaf. Zaf pergilah mandi dulu, nanti mak siapkan..” Mak Jah menyuruh seperti anak kecil.
Zafran
Haicarl terus menuju kebiliknya dia mahu membersihkan dirinya. Rasa peluh yang
melekit di tubuhnya membuatkan dia tidak selesa.
...........................................
Zafran
berjalan-jalan di sekitar tempat peranginan itu. Beberapa orang gadis asyik
melirik pandang padanya. Mungkin mereka adalah pelancong.
“Handsome lelaki itukan?” kedengaran
seorang gadis berkata dengan kawannya.. kawannya yang lain juga mengia. Zafran
hanya tersenyum ke arah mereka. Apalagi menjerit kesukaanlah mereka. Kemudian
Zafran menggeleng kepalanya. Dia terus berjalan lagi. Tiba-tiba matanya
terpandang akan gerai yang menjual rantai kulit siput. Cepat sahaja kakinya
melangkai ke gerai cenderamata itu.
“Encik
nak beli ke?” soal si penjual itu.
“Saya
tengok-tengok je.. Semuanya cantik-cantik.. Teliti pula orang yang
membuatnya..” jawab Zafran ramah.
“Memang
betul cakap encik.. Saya pun suka kalau
dia yang buat gelang atau rantai ni..” ujar kakak yang bernama Eliza itu.
“Maksudnya
bukan kakak yang buat ni?” soal Zafran Haicarl lagi.
“Bukan
saya yang buat encik. Ada seorang gadis yang tolong buatkan untuk akak. Akak cuma
jual je..” terang kakak itu lagi.
“Seorang
gadis?” soal Zafran lagi.
“Ya..akak
selalu ambil barang dia untuk di jual. Dia yang tolong akak buat semua ni.. Nak
harapkan kakak mana ada masa. Benda ni semua nak dibuat dengan teliti dan
kemas. Barulah ada orang nak membeli.”
“Gadis
tu tinggal kat area ni ke kak?”
“Dia
tinggal di kampung sebelah.. namanya Alisha...”
“Isha?”
“Mana
encik tahu nama dia? Encik kenal dia ke?”
Zafran
mengangguk. Kak Tipah tersenyum. Dia tak sangka lelaki ini kenal dengan Alisha.
Patutlah dia banyak bertanya tadi..
Zafran
terus teringat akan janjinya dengan Alisha. Dia mahu awal sampai di sana
manalah tahu gadis itu akan datang
petang itu
“Kak
saya minta diri dululah ya..”
“Okeylah..
hati-hati..” ujar Kak Tipah lagi. Dia masih tersenyum melihat gelagat lelaki
itu tadi.
.........................................
Alisha
mengambil bakul untuk mengutip kulit siput. Nampaknya cuaca hari ini cerah
sekali. Tiada tanda-tanda mahu hujan. Dia mencari kelibat ibunya.
“Ibu...”
Alisha memanggil ibunya.
“Ye..
ibu kat sini..” jawab Mak cik Limah.
“Ibu,
Isha nak pergi ke pantai. Isha nak pergi kuitp kulit siput. Yang Isha kutip
hari tu dah habis..” terang Alisha lagi. Sudah menjadi kebiasaannya dia akan ke
pantai itu untuk mengutip kulit siput.
“Pergilah..
Jangan balik lewat sangat..” pesan Mak Limah.
“Baik
ibu..” ujar Alisha. Dia menyalami tangan Makcik Limah. Kemudian dia berjalan
menuju ke pantai.
Ketika
Alisha sampai di tepi pantai itu, sempat dia memerhati orang sekeliling.
Manalah tau tiba-tiba saja lelaki itu ada di situ. Sempatlah dia menyembunyikan
diri!! Namun dia tersenyum lega apabila dia tidak nampak bayang lelaki itu. Seronok
dia dapat mengutip kulit siput yang cantik kali ini. Memang rezeki dialah tu!!
“Hei Sweet girl!! Seronok nampak kutip
kulit siput.”
Alisha
tersentak mendengar teguran di depannya. Jantungnya berdegup kencang.
Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya. Matanya bulat!! Jelas lelaki yang berada
di depannya ini adalah Zafran! Dia memakai seluar pendek separa lutut dan
berselipar jepun. Sungguh santai gayanya dengan ber t-shirt biru. Lelaki itu
mengangkat kening dan tersenyum pada Alisha.
“Kenapa?
Terkejut ke? Sorrylah..” ujar Zafran Haicarl dengan senyuman.
“Atau
you takut dengan I” usiknya lagi. Merah muka Alisha mendengarnya.
“Eh..
mana ada!!” jawab Alisha gugup. Zafran tersenyum. ‘Tak nak ngakulah tu. Tadi
yang dia tercari-cari tadi tu apa?’ bisik Zafran. Sengaja dia bersembunyi di
sebalik batu bila dia melihat gadis itu ada datang tepi pantai. Memang betul
tekaannya bila gadis itu tidak nampak dirinya cepat-cepat dia meneruskan kerjanya.
“Boleh
kita berkenalan. My name is...”
“Cakap
English lagi..”
“Maaf..
Nama saya Zafran Haicarl bin Razman. Panggil Zaf pun boleh..”
Alisha
terpinga-pinga. Lelaki ni dah kerek kot. Kan malam itu dia dah tahu nama lelaki
itu. Dan lelaki itu pun tahu juga namanya. Buat apa nak berkenalan segala!!
“Maaf
Encik Zafran. Saya sibuk ni.. Lagipun saya kena cepat balik rumah.. Nanti hari
hujan” jawabnya. Zafran Haicarl hanya tersenyum manis. Mungkin si gadis ini
agak pemalu. Yelah mana di buat orang berkenalan dengan si ibu dulu baru
bertanya nama anak gadisnya.
“Kalau
macam tu, saya tolong awak..” dia mempelawa diri. Dia turut mengutip kulit
siput yang cantik pada pandangan matanya.
“Tak
payahlah Encik Zafran. Saya boleh buat sendiri..” jawab si gadis itu. Zafran Haicarl
memandang wajah gadis itu.
“Apa
kata I pergi rumah sweet girl. Boleh
I berkenalan dengan parent you!”
entah kenapa datang pula idea nakalnya untuk mengambil perhatian si gadis itu.
“What???” jerit Alisha. Lelaki ini biar
betul. Tak pernah di buat orang padanya!
“Owesome!!! Pandai pun you cakap Inggeris.. But I serious nak pergi rumah parent you..” ujar Zafran Haicarl lagi.
“Pergilah
kalau berani!!” cabar Alisha lagi. Mana pernah ada lelaki yang berani menjejak
kaki kerumah orang tuanya. Dalam diam dia tersenyum. Padan muka kau!!
“Saya
nak balik dulu..” Alisha berjalan dengan cepat. Hari pun macam mahu hujan. Lagi
pun bila teringat pesan ibunya tadi memang dia mahu cepat sampai ke rumah.
“I
belum habis cakap dengan you lagilah!!” laung Zafran. Dia sebenarnya tidak mahu
memaksa si gadis untuk lama-lama di situ kerana hari nampaknya mahu hujan.
Akhirnya dia pulang kerumah agam dengan senyuman. Dia harus menyahut cabaran
dari si gadis. Kalau benarlah dia pergi ke rumah si gadis itu apa yang dia mahu
katakan? Otaknya sudah ligat mencari alasan yang munasabah.
“Saya
peduli apa???”
Zafran
Haicarl hanya tersenyum mendengar jawapan dari si gadis itu..
..........................................
Entah
mengapa malam itu, Alisha tidak dapat melelapkan matanya. Ingatannya asyik
kepada lelaki yang bernama Zafran itu.. Hish!! Kenapa pula dengan aku ni?? Janganlah
cakap aku pun terkena penyakit macam Shikin.. Penyakit angau! Hishh tak naklah
aku!! Aduh mata, cepatlah kau tidur..
Tiba-tiba
dia teringat kata-kata lelaki itu. Dia jadi takut. Entah mengapa mulutnya
menggatal saja mencabar lelaki itu datang ke rumah. Kalau dia betul-betul
datang apa dia nak bua? Apa yang dia mahu jelaskan kepada ibu dan ayah?
“Arghhhh!!”
dalam keadaan tidak sedar dia menjerit sendiri..
“Kenapa
Isha?” terjengul wajah Mak Limah di pintu bilik. Dia terkejut mendengar Alisha
menjerit sebenarnya.
“Tak
ada apalah bu..” jawab Alisha yang terkejut dengan soalan Mak Limah.
“Habis
yang Isha menjerit tu kenapa? Ibu pun terkejut dengar tau!!”
“Maaflah
bu.. Isha tak sengaja.. Ni tadi ada lipas lalu.. Itu yang Isha menjerit..”
Alisha terpaksa memberi alasan yang agak logik juga.
“Baguslah
kalau tak ada apa-apa.. Ibu nak masuk tidur dulu..”
“Baik
ibu.. selamat malam..” ujar Alisha lagi.
‘Huh!!’
Alisha mengurut dadanya tanda lega..Ini semua gara-gara lelaki itu..
.........................................
Alisha
tengah menyiram bunga di tepi rumah. Kusyuk sekali dia menyiram. Kedengaran
orang memberi salam. Alisha menoleh. Terkejut!! Namun dia menjawab juga salam
itu. Perlahan kakinya melangkah ke arah lelaki itu.
“Encik
Zafran buat apa kat sini?” Soal Alisha terus saja pada lelaki itu.
“Sayakan
dah janji nak datang sini?” jawab Zafran selamba.
“Eh
budak ni, ada pula kata macam tu dengan tetamu. Encik Zafran dah datang, kita
jemput dia masuk.” Balas ayahnya Pak Hamid sebaik sahaja tawanya bersama Zafran
terlerai akibat kehadiran Alisha.
Alisha
mengetap bibir, malu apabila mendengar teguran sebegitu dari ayahnya. Apa lagi
Zafran Haicarl terus-terusan tersenyum sambil memandang Alisha.
‘Mesti
dia ingat aku main-main nak pergi jumpa keluarga dia kot? Sekarang kau
tengoklah’ Sekali lagi Zafran tersenyum. Sambil itu dia mengikut belakang Pak
Hamid.
Mereka duduk di atas kusyen kayu yang ada di
ruang tamu itu.
“Isha
tolong buatkan tetamu kita ni air?”
“Baiklah
ayah..” jawab Isha. Walaupun dia tidak suka dengan kedatangan lelaki itu namun
dia tetap juga melayan lelaki itu sebagai tetamu ayahnya.
Pak
Hamid menjemput Zafran duduk. Dia tidak tahu mengapa lelaki muda ini datang ke
rumahnya.
“Ada
apa Encik Zafran datang ke rumah Pak cik ni?” soal Pak Hamid samba tersenyum.
“Sebenarnya
pakcik, saya datang nak ucapkan terima kasih pada anak pakcik kerana dia tolong
saya hari itu.”
“Kalau
hal itu tak ada apa-apalah. Itukan kewajipan kita sebagai seorang insan, saling
tolong menolong..” jawab Pak Hamid. Dia sebenarnya tahu ada hal lain yang ingin
lelaki muda itu mahu katakan. Kalau setakat nak ucap terima kasih pun takkan
mahu sanggup sampai kerumahnya petang ini. Anak muda itu menggarukan kepalanya
yang tidak gatal. Pak cik Hamid masih menunggu.
“Saya
sebenarnya nak berkenalan lebih rapat dengan anak Pakcik. Itu pun kalau pakcik
izinkan..” ujar Zafran dengan hati-hati. Dia tidak mahu Pakcik Hamid tersalah
sangka pada niat ikhlasnya. Pakcik Hamid ketawa. Dalam zaman serba moden ini,
memang jarang nak jumpa lelaki muda yang beradab dan bersopan seperti lelaki
ini.
“Sebenarnya
Pak Cik tak kisah kalau kamu nak berkenalan dan berkawan dengan Alisha. Tapi
kita kamu tau sajalah.. dalam kampung macam ni, tak manis kalau orang nampak!”
“Saya
faham Pak cik. Sebab itulah saya nak minta kebenaran dari Pakcik terlebih
dahulu..”
Akhirnya
kedua mereka ketawa.
................................
Entah mengapa malam ini Zafran Haicarl tidak dapat
melelapkan matanya. Fikirannya asyik teringat pada Alisha. Gadis yang kian
mendapat tempat di hatinya. Zafran bangun dari katil lalu menuju ke ruang
beranda. Zafran membenamkan tubuhnya pada sofa itu. Matanya merenung kegelapan
malam. Simbahan lampu jalan dan lampu-lampu pagar rumahnya menerangi kawasan.
Fikirannya melayang lagi.
Malam ini Sofia bersendirian lagi di bilik tidurnya.
Tiba-tiba dia teringatkan Zafran yang berada di bilik sebelah. Dengan cepat dia
melangkah menuju ke bilik Zafran. Ketiadan Tuan Razman ketika ini seolah-oalh
memberi peluang untuk dia mendekati Zafran. Dengan perlahan dia membuka pintu
bilik Zafran. Dia tersenyum sendiri apabila pintu bilik Zafran tidak terkunci.
Selalunya pintu itu sentiasa berkunci jika ada dia di dalam. Zafran tidak menyedari
kehadirannya dalam bilik itu. Ketika itu dia melihat Zafran sedang duduk di
ruang lobi depan biliknya.
"Zaf.." telinganya menangkap suara halus di
belakangnya. Serentak itu, kedua-dua belah tangan Sofia memeluk lehernya dari
belakang. Zafran tersentak. Deangan pantas Zafran melepaskan diri.
"Sofia? Apa yang you buat ni?” Zafran terkejut
melihat Sofia berdiri di sisinya. Sofia cuba duduk di kisi sofa menghimpit
tubuhnya.
"Malam-malam macam ni you tak rasa sunyi ke? I sunyi Zaf!” Sofia dengan suara manjanya.
“Apa yang you buat ni?" soal Zafran dengan kuat. Perempuan ni dah gila
agaknya. Zafran bangun dengan pantas. Sofia mencapai tangannya.
“Zafran!!” Sofia memanggilnya agak kuat.
“Mengapa you tak suka I? Takkan you tak ridukan I?”
Sofia merayu. Zafran terkejut.
“You ni kenapa? Oh.. mentang-mentang papa I tak ada kat
rumah, you nak buat perangai!!”
“I miss you Zaf!
I rindukan segala kenangan kita yang dulu..” rengek Sofia lagi.
“Bawa mengucap Sofia. You tak bolah buat macam ni. Ini
salah dan berdosa!” Zafran cuba untuk menenangkan dirinya. Dia tidak mahu terus
memarahi Sofia.
“Tapi Zaf.. Zaf
tentu sunyikan? Kalau you nak, I boleh serahkan diri I..” soal Sofia lagi.
“You dah hilang akal ke? You tau tak you ni siapa bagi
I! You tu isteri papa I.. so maknanya you tu dah jadi mak tiri I! My step mother okey!!" marah Zafran
lagi. Dia tidak tahu macam mana lagi dia mahu bercakap dengan perempuan yang
sudah hilang akal ini.
“I miss you..."
tiba-tiba Sofia menerpa ke arah Zafran. Zafran terkejut. Dia cuba menolak tubuh
Sofea.
"Kau dah gila?" jerit Zafran lagi. Kali ini
dia sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya lagi.
"Memang I gila!! Gilakan you!"
“Tolong keluar dari sini!” Zafran memberi arahan.
"Tapi I nak luangkan masa dengan you.. I rindukan
you."
"I cakap keluar dari bilik I sekarang!"
Zafran menjerit dengan kuat,
Sofia masih juga tidak keluar. Keadaan itu menyebabkan
Zafran jadi berang. Lalu dia menarik tangan Sofia keluar dari biliknya.
Sofia mendengus geram. Cepat-cepat Zafran mengunci
pintu biliknya. Entah mengapa malam ini dia terlupa mengunci pintu biliknya.
Apa yang di fikirnya sekarang hanya mahu segera pulang ke kl secepat mungkin.
Terus sahaja dia mengambil beg pakaiannya. Dia tidak
tahu berapa hari lagi papanya akan pulang semula ke rumah itu. Dan kalau boleh
sepanjang ketiadaan papanya dia tidak mahu berada di rumah itu. Dia takut
kejadian tadi akan berulang lagi. Dan mungkin lebih teruk dari itu.
Satu persatu pakaiannya mula di kemas. Tidaklah banyak
pakaiannya yang perlu dibawa kerana dia sememangnya sudah punya rumah sendiri
di kuala lumpur.
Selesai mengemas pakaian, Zafran terus membaringkan
badannya. Entah pukul berapa dia terlelap.
......................................
Awal pagi Zafran sudah bersiap dengan beg pakaiannya.
Dan dia tidak mahu ambil tahu tentang perihal Sofia. Kalau boleh dia mahu
lupakan peristiwa malam tadi.
“Zaf nak kemana dengan beg pakaian ni?” soal Mak Jah.
“Zaf nak balik KL Mak.. ada urusan sikit..” jawab Zafran
sambil tersenyum.
“Apa pun sarapan dululah ya.. Mak jah dah sediakan
makanan kegemaran Zaf..”
“Okey..” ujar Zafran sambil mengambil tempat duduk di
meja makan. Mak Jah menghidangkan mee goreng kuning kegemaran Zafran. Zafran
tersenyum bila menghidu bau makanan kegemarannya itu.
“Kalau Mak Jah yang masak mesti sedap..” usik Zafran.
“Biasalah tu.. berapa hari Zaf nak pergi Kl tu?” soal
Mak Jah.
“Tak tahulah Mak. Kalau urusan Zaf dah selesai nanti
Zaf balik sini.. Mak ada nak pesan apa-apa tak?”
“Mak tak pesan apa-apalah.. Cukuplah Zaf pergi dan
balik dengan selamat..”
Zafran menghabiskan mee kuing di pinggannya. Kemudian
dia cepat-cepat bangun dan menyalami tangan Mak Jah.
“Mak, Zaf pergi dulu.. Mak jaga diri tau!” ujar
Zafran.
“Zaf pun sama. Hati-hati dalam perjalanan.. kalau ada
apa-apa tu telifon mak ya!!”
“Baik mak.. Zaf pergi dulu..”
Zafran terus mengambil begnya lalu menuju ke
keretanya.
Sofia yang menuruni anak tangga hanya sempat mendengar
bunyi kereta Zafran pergi. Mungkin dia pergi kerja bisik hatinya.
Best sangat...i like
ReplyDelete