Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 30 April 2013

Kau Rantai Hatiku 34




MALAM ini Tengku Elman bagaikan orang yang hilang arah. Surat perletakan jawatan oleh Humaira yang di terimanya petang tadi masih lagi dalam kotak pemikirannya. Memang dia ingin bertemu dengan Humaira tetapi dia sibuk dengan mesyuarat dengan ahli lembaga. Dan ketika ini pun dia baru balik dari pejabat. Keletihan masih terasa. Handphone di ambilnya. Di dailnya nombor milik Humaira. Hanya kedengaran suara wanita yang menyatakan talian tiada dalam perkhidmatan.

Dia dailnya nombor itu sekali lagi. Namun jawapannya masih sama. Lalu dia mencari nombor telefon rumah milik Humaira. Kedengaran suara seorang gadis menyahutnya. Dia menyatakan Humaira sudah tidur. Mungkin dia tidak sihat itulah alasan yang gadis itu berikan.

Terdengar bunyi pintu dari bilik Humaira, Zeti menoleh. Kelihatan Humaira sedang menuruni anak tangga.

“Akak nak ke mana pula tu?” tanya Zeti.

Humaira memuncungkan bibirnya ke dapur. Dia mahu buat minuman. Tiba-tiba pula tekaknya berasa haus.

“Zeti nak air?” soal Humaira kepada Zeti.

“Boleh juga kalau akak rajin”

Humaira terus menuju ke ruang dapur. Malam ni ada cerita best. Esok hari cuti. Dia boleh tidur lewat sikit malam ini. Selepas membuat air dia membawa mug menuju ke ruang tamu.

Ketika meletakkan mug di hadapannya, terasa Zeti memandangnya.

“Kenapa Zeti?”

Berkerut dahi Humaira. Dia terasa seolah-olah dia buat silap.

“Bos kakak call sebentar tadi.”

Berubah wajah Humaira. Apa yang Tengku Elman mahu tengah malam buta ni? Dia melihat jam dinding sudah pukul 10 malam. Lama juga dia dalam biliknya sebentar tadi.

“Dia nak apa?” tanya Humaira.

“Dia tanya kenapa akak off handphone? Akak ni kenapa? Ada masalah dengan dia ke? Diakan sudah bertunang. Akak jangan layan sangat dia tu.”

Terkedu Humaira mendengar bebelan Zeti itu. Dia tahu itu yang akan di katakan oleh Zeti. Walaupun umurnya masih muda tetapi kadang-kadang pemikirannya boleh tahan juga.

“Apa dah jadi ni kak?” tanya Zeti lagi tanpa menunggu jawapan darinya.

“Jadi apa?” tanya Humaira buat tak tahu apa sebenarnya maksud Zeti. Zeti mengeluh perlahan.

“Kenapa dia kacau kakak lagi. Diakan sudah bertunang?” suara Zeti seolah keras bunyinya.

“Akak pun tak tahu. Sebab itulah kakak off handphone. Malaslah nak fikir pasal dia tu. Biarkan saja nanti jemulah dia” ujar Humaira kepada Zeti.

Kedua mereka mendiamkan diri. Memang perangai Tengku Elman Qaufar susah di jangka.

TELEFON bimbitnya sudah berapa kali berbunyi. Namun tidak Humaira endahkan. Apa lagi yang dia mahu? Tak reti bahasa agaknya. Kalau berterusan begini boleh jadi gila agaknya dia nanti. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi ketukan pintu biliknya. Mesti Zeti yang mengetuk pintunya.

“Buka jelah. Tak kunci pun” ujar Humaira dari dalam bilik.    

Zeti terus membuka pintu bilik Humaira. Sambil tersengih-sengih. Dia sebenarnya bukan apa terkejut bila melihat Tengku Elman Qaufar yang tercengat berdiri di depan pagar rumah mereka sebentar tadi.

“Kenapa sengih-sengih macam kerang busuk tu?” ujar Humaira. Geram melihat kelibat Zeti dengan keadaan yang tersengih-sengih.

“Bos kakak datang. Dia tengah tercongok kat depan pagar tu” ujarnya sambil tersenyum. ‘Bos??? Siapa pula bos dia ni? Takkan Tengku Elman?’detik hati Humaira.

“Bos? Siapa?” soal Humaira lagi.

“Ala..! Kakak ada berapa orang bos? Tengku Elmanlah kakakku sayang oi!! Si Handsome tu..”

“Apa? Kenapa dia datang sini pula? Takkan pasal kerja dari pejabat di bawa sampai kat sini pulak” bebel Humaira.

“Entahlah.. Dia cakap ada hal penting nak jumpa kakak..” jawab Zeti lagi.

“Ada-ada sajalah dia ni. Dia nak apa lagi? Kakakkan dah berhenti kerja.”

“Manalah Zeti tahu!”

“Apa-apalah dia ni..” Zeti hanya tersenyum saja mendengar bebelan dari mulut Humaira. Humaira terus menuju ke pintu pagar rumah. Dari muka pintu, dia sudah dapat melihat wajah lelaki itu.

Geram juga dia dengan lelaki yang berada di depannya sekarang ini. Ada apa lagi masalahnya sekarang ini. Sedangkan surat perletakan jawatan dia sudah serahkan kepada Cik Bella.

“Ada apa Tengku nak jumpa saya ni?” soal Humaira sebaik saja dia berdiri di depan pagar rumah. Namun pintu pagar di bukanya sedikit.

“Saya ada hal penting nak bincang dengan Ira” terang Tengku Elman.

“Tapi saya dah bagi surat letak jawatan! Nak bincang apa lagi?”

“Sebab itulah saya datang ke mari. Nak bincang pasal tu..”

Dari dalam lagi Mak Teh mendengar bunyi bising. Dia terus menuju ke pintu utama rumah..

“Siapa tu Ira? Dari jauh lagi Mak Teh dengar suara kamu ni?” soal Mak Teh sambil mendekati Humaira dan lelaki itu.

“Bos Ira..” jawab Humaira pendek. Tengku Elman terkejut dengan orang yang berada di hadapannya kini.

 “Mak Teh??” cepat saja Tengku Elman Qaufar menyalami orang tua itu.

“Awak ni siapa?” Mak Teh bertanya. Hairan juga kenapa pemuda di depannya itu tiba-tiba mengenalinya.

“Saya Elman. Mmm.. Tengku Elman. Mak Teh tak ingat wajah saya ker?” soal lelaki itu lagi. Berkerut-kerut dahi Mak Teh cuba mengingati sesuatu.

“Mak Teh kenal dengan Tengku Elman ke?” Mak Teh menggeleng.

“Sebenarnya bos Ira inilah yang beri sumbangan masa Zeti buat pembedahan hari itu..” terang Humaira lagi. Terkejut juga bila mendengar Tengku Elman menyebut nama Mak Teh sebentar tadi.

Sekali lagi Mak Teh terkejut. Mak Teh mengangguk perlahan. Lain benar wajah Tengku Elman Qaufar sekarang. Memang patut pun dia tidak kenal sebentar tadi.

“Jemputlah masuk..”

“Aaaa.. Jemputlah masuk kalau Tengku tak malu..” balas Humaira. Sakit hatinya masih lagi terasa bila lelaki itu suka mendesaknya. Sebenarnya tadi dia tak terfikir pun untuk menjemput lelaki itu masuk ke rumah. Tetapi sekarang dia terpaksa mengikut kata Mak Teh.

 “Ira! Kenapa cakap macam tu!! Mak Teh tak ajar pun sikap biadap dengan tetamu..” Mak Teh menegur sikap Humaira. Kalaulah dia tahu siapa lelaki itu padanya, tak mungkin Humaira bersikap dingin begitu.

Opppp.. Sorry.. ” ujar Humaira selamba.

“Ira ni kan ada-ada saja...” jawab Mak Teh.

“Tak apalah Mak Teh.. Mungkin salah saya juga..” balas Tengku Elman dengan senyumannya.

“Ira nak ke dapur dulu. Tengku bersembanglah ya dengan Mak Teh” ujar Humaira. Dia terus meninggalkan Mak Teh dan Tengku Elman di ruang tamu.

“Duduklah Tengku..” pelawa Mak Teh.

“Terima kasih. Mak Teh apa khabar? Dah lama kita tak jumpakan?” ujar Tengku Elman yang memulakan bicara. Dia teringat kembali ketika mereka di Johor, Humaira ada menyebut nama Mak Teh, tetapi dia tidak percaya Mak Teh ini yang di maksudkan.

“Baik sihat. Dah lima tahun kita tak jumpa sebenarnya” tidak lama kemudian Mak Teh melihat kelibat suaminya yang baru masuk kedalam rumah. Cepat sahaja Mak Teh mendapatkan suaminya.

“Bang kita ada tetamu..” ujarnya perlahan ke telinga Pak Teh.

“Siapa?”

“Tengku Elman...” jawab Mak Teh pendek. Wajah Pak Teh sedikit terkejut.

“Tengku Elman?” Mak Teh mengangguk.

Dia terus berjalan menuju ke ruang tamu rumah mereka. Pak Teh mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tengku Elman.

“Ada apa datang sini?” serius saja bunyinya. Tengku Elman Qaufar memandang wajah Pak Teh. Dia kehairanan! Kenapa kedatangan dia ke rumah itu seperti tidak di ingini?

Dan mungkin gadis yang di panggil Humaira itu adalah Ariana? Dia harus mengambil kesempatan ini untuk bertanya. Dan dia teringat kata-kata yang di ucapkan oleh Humaira bahawa dia tidak di benarkan kahwin dengan mana-mana lelaki pun.

“Pakcik, itu Arianakan?” Tengku Elman bertanya tanpa sabar.

Pak Teh memandang Mak Teh. Begitu juga Mak Teh. Dia memandang tepat ke arah suaminya. Kemudian Pak Teh bersuara.

“Sebenarnya..”

“Sebenarnya apa Pak Teh? Dia siapa sebenarnya?” Tengku Elman Qaufar bertanya dengan tidak sabar.

“Bang mungkin dah tiba masanya kita cakap saja perkara yang sebenarnya” ujar Mak Teh. Dia kesian melihat wajah itu. Dia tahu bukan salah Tengku Elman Qaufar. Semua orang tahu bahawa Tengku Elman terlalu sayang kepada isterinya. Semua terjadi atas angkara Datin Melinda yang tidak mahu melihat kebahagiaan mereka!!

“Apa yang benar Mak Teh? Ada apa yang saya tak tahu.. Pak Teh cakaplah apa yang sebenarnya berlaku??” soal Tengku Elman tidak sabar.

Pak Teh mengeluh. Pandangannya tetap pada wajah yang berada di depannya itu. Terbayang peristiwa yang berlaku lima tahun yang lalu.

“Sebenarnya dia memang Ariana isteri Tengku...”

“Apa?? Biar betul Pak Teh?” melopong mulut Tengku Elman. Selama ini firasatnya tidak pernah salah. Ingin saja dia menghemburkan rasa marahnya tetapi dia harus bersabar jika dia mahu tahu kebenarannya.

“Iya betul. Dia memang Ariana isteri Tengku..” jawab Mak Teh pula. Dia tahu mungkin lelaki muda di hadapannya itu tidak percaya. Tetapi itulah kebenarannya!!

“Patutlah begitu mudah untuk saya jatuh cinta dengan Humaira. Hati saya mengenali dia dan cinta saya” ujar Tengku Elman kepada Pak Teh.

“Pak Teh dan Mak Teh benar-benar minta maaf kerana menyembunyikan isteri Tengku...” ujar Pak Teh perlahan.

“Tapi kenapa Pak Teh panggil dia Humaira?”

“Untuk keselamatan dia. Kami tak mahu ada orang tahu dia masih hidup!”

“Tapi kenapa perkara ini boleh berlaku? Lima tahun saya hidup menanggung sengsara. Kerinduan yang tiada penghujung.. Saya masih tak faham...” wajah tua di hadapannya di tatap. Ada perasaan sedih di wajahnya.

“Panjang ceritanya..” ujar Pak Teh. Baru saja Pak Teh mahu menceritakan hal itu, Humaira sudah muncul dengan dulang minuman di tangannya.

Segera dia tersenyum agar Humaira tak perasan tentang topik mereka tadi! Sorotan matanya memang tidak berkelip memandang Humaira yang sedang mambawa air di dulang. Perasaan yang penuh kerinduan memang tak tertanggung rasanya.

“Amboi senang hati nampak!! Ni mesti kes kutuk Ira ni!” celah Humaira. Sakit betul hatinya apabila melihat kemesraan Tengku Elman dengan Mak Teh dan Pak Teh.

“Eh mana ada! Kami berborak kosong je.. Ada cerita lucu, jadi kami ketawalah..” jawab Tengku Elman. Pak Teh dan Mak Teh tadi yang dalam mood sedih juga tersenyum mendengar jawapan dari Tengku Elman. Mereka tidak mahu Humaira tahu hal yang rumit itu. Lalu Mak Teh bangun dari tempat duduknya.

“Saya nak masak untuk makan tengah harilah ya.. Nanti Tengku boleh makan dengan kami sekali..” ujar Mak Teh mesra.

“Tak payah susah-susah Mak Teh..” ujar Tengku Elman.

“Tak ada yang susahnya. Lagi pun kami nak balas budi Tengku yang menolong kami masa itu.. Kalau tak ada bantuan dari Tengku tentu anak kami tak sihat seperti sekarang..”

“Bagus juga.. Ira tolong Mak Teh masaklah ya.. Nanti kita makan sama-sama.. Kami nak berborak di luar dulu..” ujar Pak Teh kepada Humaira.

“Baiklah Pak Teh.. Saya tolong Mak Teh masak..” jawab Humaira sambil menuju ke ruang dapur bersama Mak Teh.

Humaira dan Mak Teh segera beredar di dapur.          

 

 

 
 


 

Wednesday 24 April 2013

Ada Dia Di Hati 8


Perlahan-lahan Zafran Haicarl membawa beg besar keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Sementara itu dia mahu menunggu Alisha siap berpakaian. Maklumlah tadi selagi dia ada di bilik, Alisha segan nak menukar pakaiannya. Kebetulan pada masa itu, Sofia turun dari tingkat atas.

“You nak pergi mana?” soal Sofia sebaik dia melihat Zafran membawa bagasi.

“You tak payah nak menyibuklah. Ini hidup I” jawab Zafran.

“Mestilah I nak tahu. You honeymoon kat mana?” soal Sofia tidak senang hati. Yang sebenarnya lebih kepada perasaan cemburu!

“Bukan ada kaitan pun dengan you! Ini urusan I dengan wife I. You tak sedar ke yang you dah jadi wife papa I. Jadi urusan you dengan papa I bukan I!” jawab Zafran keras. Dia tidak suka melihat Sofia asyik mengekori bayang-bayangnya.

Sofia sakit hati. Tidak pernah sekali Zafran mahu berbaik dengan dirinya. Semenjak pulang dari London hari itu, Zafran sudah berubah sikap pada dirinya. Dia bukan seperti Zafran Haicarl yang dia kenal dahulu.

“You tak boleh buat I macam ni! You tak boleh sakitkan hati I..” suara Sofia perlahan. Takut di dengari penghuni rumah itu.

“Kenapa tidak! Lagipun masalahnya ini bukan urusan you. Urusan you dengan I dah lama tak ada semenjak you pilih jalan ini. Itu pun you tak puas hati lagi? Sekarang I kena teruskan hidup. I juga mahu hidup bahagia seperti insan lain. Dan mulai hari ini, you jangan masuk campur dalam urusan I dengan wife I” tegas Zafran sekali lagi.

“Apa yang bising-bising ni? Dari atas papa boleh dengar!” ujar Tuan Razman. Entah apa yang di gaduhkan oleh dua orang itu pada waktu pagi begini. Cuma dia melihat Zafran berdiri di sisi bagasi besarnya.

“Tak ada apa-apa bang, Sofia hanya nak tanya mereka nak honeymoon kat mana? Tapi anak abang marah-marah pulak!” ujar Sofia dengan rengeknya. Zafran menjeling tajam. ‘Pandai you berlakon depan papa I kan?’ getus hati Zafran.

“Zaf, tak kan itu pun awak boleh gaduh! Cakap jelah korang honeymoon kat mana? Itu pun salah ke?” Tuan Razman juga tidak suka cara Zafran melayan isterinya. Tak boleh ke dia sekali sekala beralah.

“Papa.. Zaf malas nak gaduh dengan papa dan bini papa ni! Cuma Zaf harap mulai hari ini papa dan wife papa jangan ganggu hidup Zaf. Zaf dah ada kehidupan sendiri. Zaf tak nak ada orang masuk campur dalam urusan peribadi Zaf!” tegas sekali Zafran memberitahu. Alisha yang baru keluar dari bilik mereka terkejut juga mendengar suara Zafran yang agak meninggi itu. Nampak sangat keluarga ni bermasalah. Namun dia tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka bertiga walaupun dia adalah sebahagian dalam keluarga ini.

“Isha dah siap ke?” soal Zafran sebaik saja melihat kelibat Isha didepan pintu bilik bawah itu.

“Dah bang..” jawab Isha takut-takut.

“Kami pergi dulu pa...” ujar Zafran kepada Tuan Razman. Walaupun mereka sering bergaduh tetapi dia tetap ada rasa hormat sedikit pada papanya itu. Tangan papanya di salam. Namun sebuah jelingan tajam pula dia hadiahkan pada Sofia. Alisha juga turut bersalam pada kedua dua insan itu.

Kelihatan Pak Samad sedang sedia menunggu untuk menghantar mereka. Terus saja Pak Samad mengambil bagasi yang di bawa oleh Zafran dan Alisha itu.

Sofia terus menuju kebiliknya. Dia tidak mahu melihat keberangkatan Zafran dengan isterinya itu. Dia jadi makin cemburu. Cemburu dia pada perempuan yang menjadi isteri sah lelaki itu.

Dia mahu menelefon seseorang. Seseorang yang dapat menolongnya untuk menjejaki Zafran. Dia tidak akan membiarkan Zafran dan isterinya gembira begitu sahaja.

 

SEPERTI yang di rancang, Zafran Haicarl membawa Alisha pergi melancong di Pulau Langkawi. Negeri yang belum pernah di jejaki oleh Alisha. Cuti selama seminggu di manfaatkan oleh sepasang suami isteri ini.

“Bang tempat ni cantikkan? Teruja betul Isha tengoknya..”

“Memanglah cantik tempat ni ditambahkan lagi dengan wajah isteri abang yang cantik ni..”

“Ishh abang ni.. Isha puji tempat ni cantik bukan pasal Isha.. Apalah abang ni..” Alisha menampar lembut lengan Zafran. Zafran tersenyum bahagia. Sudah lama dia tidak merasa saat-saat bahagia begini.

“Isha tak percaya ker..? Cuba Isha tengok sekeliling.. Semua pelancong jeles tengok kita ni tau..?” ujar Zafran tidak puas hati. Dia mahu mengenakan isterinya. Suka benar melihat wajah isterinya yang merona merah.. Alisha memerhati seperti yang di katakan oleh Zafran itu. Ya memang benar mereka jadi perhatian para pelancong di situ. Tiba-tiba Alisha naik malu..

“Abang nak tanya Isha sesuatu boleh?”

“Tanyalah.. Apa dia?”

“Isha pernah bercinta tak?” soal Zafran. Soalan itu membuatkan Alisha ketawa. Namun kemudian dia menggeleng.

“Abang?” soal Alisha kembali. Dia pun mahu tahu rahsia hidup suaminya.

“Pernah..”

“Pasti abang tak dapat melupakan dia..” tembak Alisha lagi.

“Cinta pertama tak semestinya tak dapat di lupakan. Jika kita sudah bertemu dengan cinta sejati...”

“Habis, abang nak cakap yang cinta abang yang sekarang ini sejati. Macam lagu kumpulan wings yang dulu-dulu tu..”

“Sejati.. Itu yang kau ucapkan.. Bila janji ku genggam, bawah pohon kemboja...” Zafran menyanyi bait-bait lagu itu. Alisha makin galak ketawa.

“Abang malulah kat orang...” ujarnya lagi.

..........................

MALAM itu sekali lagi Alisha terkejut dengan sikap romantic dari suaminya. Dia tidak tahu bahawa Zafran sudah menempah meja untuk makan malam mereka berdua. Dia juga menempah untuk orang bermain muzik.. Alisha begitu teruja dan gembira sekali. Dalam hidup ini dia memang selalu di kejutkan dengan sikap romantik suaminya itu. Memang dia seorang wanita yang sungguh bertuah sekali di dunia ini.

Selepas makan malam, Zafran membawanya pergi bersiar-siar di sekitar hotel penginapan mereka. Sungguh romantik sekali suasana malam itu. Setelah penat berjalan akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang ke bilik hotel mereka.

“Kenapa abang buat macam ni?” soal Alisha. Tiba-tiba dia jadi terharu dengan sikap Zafran yang melayaninya begitu. Aah, mengapa cepat betul hatinya cair dengan sikapnya. Suaminya ini memang sweet sangat!

“Hei, kenapa Isha menangis ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zafran panic. Dia memang pantang kalau melihat air mata seorang perempuan.

“Tak ada apa-apalah.. Isha tak sangka..”

“Abang ni romantik?” Zafran berlagak tenang. Terus-terusan dia menggenggam jari-jemari Alisha dan mengucupnya penuh kasih dan sayang.

“Tapi kenapa abang layan Isha dengan baik macam ni?”

“Sebab abang nak sayang tahu, abang sayangkan Isha.. I want you to know that I am in love with you.”

“Bahasa Inggeris lagi.. Isha tak fahamlah..” usik Alisha lagi.

Zafran tersenyum.

“Tak mengapalah. Isha belajar sikit-sikit. Nanti lama-lama Isha akan faham.. yang penting Isha belajar cakap I love you dulu.. Itu bermaksud saya cintakan awak!!” Zafran menerangkan apa yang di rasakan kini.

‘Huh kalau itu saya pun tahu nak sebut dan maksudnya’ bisik hati Alisha. Namun dia tersenyum gembira.

Di dalam bilik pun Zafran tidak pernah lupa untuk bersikap romantik buat isteri tercinta. Malam-malam mereka terus juga melapangkan masa bersama.

.............................

Shikin mula rasa sepi, semenjak Alisha berkahwin, gadis itu tidak lagi bertandang ke rumahnya seperti dulu. Entah dia mungkin betul-betul bahagia bersama Zafran Haicarl. Dia mula rasa cemburu terhadap Alisha. Pada hal dia yang mula sukakan lelaki itu. tetapi akhirnya lelaki itu memilih Alisha untuk di jadikan teman hidup. Dia benar-benar rasa terkilan.

Dia masih lagi duduk termenung. Mungkin Alsiha tengah menyulam bahagia. Dari apa yang dia tahu, Alisha pergi honeymoon. Bertuahnya kawan baiknya itu. Dapat lelaki yang kacak dan berduit pula tu! Kenapalah nasibnya tidak sebaik nasib Alisha. Kemudian teringat tawaran Lina hari itu. Mungkin aku boleh pergi ke KL. Manalah tahu untung nasibnya dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih kacak dan berduit dari Zafran Haicarl. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Dia mula berangan.

Tapi bagai mana kalau emak dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi? Tidak dia harus nekad untuk mengejar impiannya. Impiannya yang ingin menjadi pelakon.

Shikin mula berfikir lagi. Alangkah baiknya kalau dia dapat pergi ke KL bersama Lina. Dia melihat Lina yang baru dua tahun bekerja sudah dapat membeli kereta baru dan tiap-tiap bulan dia berikan wang kepada kedua orang tuanya.

Tapi kalau emak dan ayahnya tidak bersetuju macam mana? Argh!!! Dia harus memikirkan cara lain. Terus sahaja dia masuk ke biliknya. Dia mengambil beg pakaian besar. Satu persatu helai pakaian di masukkan ke dalam begnya itu. akhirnya dia menzipkan begnya itu. malam ini dia akan berbincang dengan kedua orang tuanya. Sebelum itu dia mahu menelefon Lina terlebih dahulu.

Akhirnya kata sepakat sudah di ucap. Kalau kedua orang tuanya tidak bersetuju pun dia tetap akan pergi.

Malam itu selepas makan malam, Shikin duduk dekat dengan emaknya. Ada perkara penting yang dia harus beritahu. Ternyata apa yang difikirkannya petang tadi terjadi. Emak dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi ke Kuala Lumpur. Menurut mereka dia tu anak gadis. Jadi mereka sangat risaukan tentang keselamatan anak gadis mereka. Biar pun beberapa kali Shikin memujuk, namun niatnya itu tetap di tolak.

Shikin benar-benar rasa sedih. Tak apa, mungkin bukan hari ini dia pergi. Bila tiba masa yang sesuai, tiada siapa dapat menghalangnya lagi. Dia nekad akan pergi ke Kl juga suatu hari nanti.
 
 

Thursday 18 April 2013

Ada Dia Di Hati 7


Pagi-pagi lagi Alisha sudah bangun. Dia tidak biasa bangun lambat apalagi meninggalkan solat subuhnya. Dia langsung tidak pedulikan lelaki yang sedang nyenyak tiduk dia atas katil pengantin itu. Mungkin dia biasa tidak solat. Pedulikan dia. Selesai menunaikan kewajipannya, telekung itu di lipat kemas lalu di sidaikan dalam almarinya. Matanya masih memandang wajah yang sedang lena di buai mimpi itu.

Malas nak pedulikannya. Kakinya di langkah menuju ke dapur. Mana tau dia boleh membantu Mak Jah di dapur. Dia melihat Mak Jah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat keluarga Tuannya itu.

“Selamat pagi Mak Jah.. Ada apa-apa yang boleh Isha tolong tak?” ujarnya. Walau pun pertama kali dia menjejaki ke ruang dapur rumah ini namun dia tidak kekok kerana dia sudah biasa membuat kerja di dapur rumahnya.

“Eh selamat pagi Isha.. Awalnya kamu bangun!  Tak rasa penat ker?” Mak Jah membalas dengan senyumannya. Dia kagum dengan sifat dan keperibadian gadis itu. Walaupun sudah bergelar menantu kepada keluarga ini namun sikapnya tidak sombong. Malah pagi ini dia bangun awal pulak untuk membantunya di dapur.

“Tak adalah Mak Jah. Isha dah biasa bangun awal dan sediakan sarapan pagi kalau kat rumah. Suka nak tolong ibu kat dapur. Ni Mak Jah nak masak apa?” Alisha cuba berbual-bual dengan Mak Jah kerana semalam dia tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan pembantu rumah itu.

“Nak masak mee kuning.. Zaf dan p Tuan suka makan mee goreng kuning..”

“Oh.. Isha tak tahu..”  jawabnya malu. Malu kerana dia tidak tahu apa makanan kegemaran suaminya.

“Tak mengapa Mak Jah faham. Kamukan baru kahwin. Mestilah ada banyak perkara yang kamu tak tahu dan tak faham..” Mak Jah menjawab sambil itu dia memotong sawi yang baru di cucinya tadi.

“Kalau macam tu Isha tolong masakkan boleh ker?”

“Pandai ker?” soal Mak Jah sengaja dia ingin mengusik gadis di hadapannya itu. Dia senang dengan perangai gadis itu.

Alisha hanya mengangguk. Lalu dia mengambil alih tugas Mak Jah menggoreng mee kuning itu. Sementara itu Mak Jah menyiapkan ruang meja makan di luar.

Minyak di masukkan kedalam kuali. Kemudian dia masukkan tumisan bawang. Bila bawang sedikit kuning, dia masukkan sotong dan udang. Lalu di gaul sekali. Sedang asyik dia menggaulkan masakan dalam kuali itu, terasa seperti ada tangan yang melilit di pinggangnya. Apa lagi terkejutlah dia. Sudu di tangan hampir saja di hayun untuk memukul si pengacau itu.

“Ait.. Ni abanglah.. Tak baik tau pukul suami sendiri pakai sudu tu..” usik Zafran. Memerah pipi Alisha bila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Eh.. Lepaslah.. Geli tau buat macam ni..” marahnya. Dia mula rasa tidak selesa dengan kelakuan lelaki itu. Pandai betul dia mengambil kesempatan. Mujurlah hanya mereka berdua saja di dapur. Mak Jah pun satu, kenapa dirinya di tinggalkan bersama Zafran!

“Tak nak. Abang nak peluk juga macam ni.. Dahlah malam tadi kita belum.. tut..tut..” kata Zafran separuh berbisik di telinga Alisha.

“Hish.. Bagi malu jer.. Nanti Mak Jah nampak. Lepaslah..” Alisha memohon simpati. Namun makin Zafran mengeratkah lagi tangannya di pinggang Alisha siap dia meletakkan dagunya di bahu Alisha lagi. Membuatkan pergerakan Alisha terkunci!!

Sengaja dia menggeselkan bibirnya di pipi Alisha. Makin Alisha rasa sakit hati. Ambik kesempatan betul laki dia ni!!!

“Amboi-amboi awal pagi dah romantik kat dapur ni..” ujar Mak Jah sambil tersenyum-senyum melihat pengantin baru sama-sama ada di dapur. Dia sebenarnya gembira bila melihat kemesraan di antara Zafran dan Alisha. Rasa bersyukur pula kerana walaupun perkahwinan mereka terlalu cepat namun dia percaya pasangan ini akan bahagia.

“Ala mak ni, Zaf romantik pun dengan isteri Zaf sendiri. Bukan dengan orang lain pun..” Kali ini baru dia lepaskan tangannya dari pinggang Alisha.

Lega rasanya Alisha apabila Zafran melepaskan pelukannya sebentar tadi. Memang dia mula rimas dengan kelakuan lelaki itu. Namun dia tidak dapat melawan memandangkan mereka berada di rumah keluarga Zafran.

Pada masa itu Sofia yang baru hendak melangkah ke ruang dapur tidak jadi meneruskan langkahnya apabila melihat kemesraan Zafran bersama Alisha dan gurauan Mak Jah itu sangat menyakitkan hatinya. Dia rasa cemburu!! Perempuan tak tahu malu! Pagi-pagi dah tunjuk adegan mesra dengan Zafran! Hatinya betul-betul sakit!!

..............................

Di ruang meja makan Alisha hanya membisu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Zafran. Terasa kerdil sahaja dirinya jika di bandingkan dengan suaminya itu.

“Mmmmm... Nampak sedap jer mee goreng kuning tu.. Mee goreng basah pulak tu.. Papa rasa bukan Mak Jah yang masakkan?” Tuan Razman kenal sangat dengan cara masakan Mak Jah. Ini mee goreng basah memang mee goreng kesukaannya.

“Memang bukan Tuan, menantu Tuan, Cik Alisha yang tolong masak tadi..” jawab Mak Jah yang sedang menuang air teh kedalam cawan di atas meja itu.

“Eleh macamlah sedap sangat.. Entah-entah dia letak ilmu pengasih di dalamnya. Sebab itu semua orang puji masakan ni sedap!!” ujar Sofia selamba. Dari tadi lagi telinganya panas mendengar pujian yang di tujukan kepada Alisha. Tuan Razman yang memulakankannya tadi.

“Kalau awak tak suka tak payah nak cakap.. Makan sajalah...” jawab Zafran. Dia perasan sejak mereka duduk di ruang meja makan itu, Sofia sering kali melemparkan renungan tajam pada Alisha. Sofia tidak suka dengan Alisha! Tetapi Alisha isterinya yang sah. Dan dia berhak meneyebelahi isterinya yang tidak tahu apa-apa tentang mereka. Dalam kesenyapan itu tangannya sudah manggenggam tangan Alisha di bawah meja. Dia tidak mahu Alisha terasa dengan kata-kata Sofia sebentar tadi. Dia tahu walau pun Alisha sneyap itu tak bermakna dia tidak terasa dengan kata-kata sofia yang melampau itu.

...................................

Baru saja Alisha melabuhkan pinggangnya di sofa tempat dia tidur malam tadi, terdengar pula bunyi pintu bilik di buka. Pasti bukan orang lain. Ah.. pedulilah.

 Dia duduk sambil menyambung membaca novelnya yang beberapa hari tidak di sentuhnya kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinannya.

Zafran Haicarl sengaja melabuhkan punggungnya disebelah Alisha. Sengaja dia mahu mengalih perhatian si gadis itu. Alisha tidak pedulikannya. Masih juga matanya menatap novel yang berada di tangannya. Zafran makin geram. Boleh dia buat tak tau aku ada di sebelahnya.

Dia mencari idea. Nak mengusik gadis di hadapannya ini. Masa ini saja kesempatan yang ada. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik.

“Ada apa ni kacau jelah..” ujar Alisha bila terasa ada tangan yang cuba hinggap di bahunya.

“Tau pun.. Sayang tak boleh ingnore abang macam tu je..”

“Yelah kalau ada apa-apa nak cakap cakap jelah. Tangan tu jangan nak menggatal pula..” di jelingnya lelaki yang berada di tepinya itu. Zafran Haicarl tersenyum nakal.

“Sayang nikan jangan jeling abang macam tu tau!! Nanti abang kiss your eyes dan bibir tu baru tau!!” memang bunyinya seolah-oleh dia mengusik tapi itulah hakikatnya. Entah dari malam tadi lagi hatinya akan berdebar-debar bila berdepan dengan Alisha.

“Ye ada apa cik abang sayang oi.. Kalau ada benda nak cakap, cakaplah sekarang..” ujar Isha dengan nada geram.

“Macam tulah isteri abang...” jawab Zafran lagi. Dia terasa lucu pula bila melihat mimic muka Alisha itu.

“Mmmm..”

“Sayang, abang nak sayang packing barang sekarang. Boleh?” soalnya perlahan.

“Boleh. Tapi nak pergi ke mana?” jawab Isha dengan cepat. Tetapi dalam pemikirannya dia naik hairan. Mereka mahu kemana nak kemas barang?

Pagi itu, Zafran mahu Alisha mengemas beg pakaiannya. Dia mahu membawa Alisha jauh dari rumah agam ini. Selagi dia bernafas dalam ruang rumah agam itu, dia rasa rimas. Dia juga penat nak bergaduh dengan papanya dan juga Sofia. Bukannya dia suka dengan keadaan ini tapi entahlah.

“Abang sebenarnya nak bawa Isha jauh dari tempat ni..” ujar Zafran perlahan.

“Kita nak pergi mana?” soal Alisha lagi.

“Kita pergi jalan-jalan. Nak pergi melancong. Pasti Isha sukakan?” soalnya lagi.

“Tapi kita nak pergi mana?” Alisha tetap menyal kemana mereka akan pergi.

“Kalau abang beri Isha pilihan, Isha rasa nak pergi mana?” soal Zafran lagi. Dia melihat isterinya tersenyum. Alangkah cantiknya senyuman itu. dan dia mahu isterinya tersenyum begitu hanya dengan dirinya sahaja! Hishh.. melampau betul pemikirannya itu.

“Korea..”

“Kenapa Korea?”

“Sebab jejaka di sana handsome.. Macam dalam cerita tu.. Manalah tau dapat jumpa artis sana..” terang Isha dengan penuh minat. Dia selalu menonton cerita Korea. Dan memang tidak di nafikan pelakon lelaki Korea memang kacak dan pelakon wanitanya pula cantik. Dan paling dia suka melihat suasana yang di gambarkan dalam sesebuah cerita. Sangat sejuk dan cantik sekali!!

“Habis muka abang ni tak handsomelah!” soal Zafran tidak puas hati. Adakah patut, isterinya memuji lelaki lain lebih kacak dari dirinya.

“Entahlah..”

Buku novel di tangannya terus di tutup. Dia terus bangun menuju kearah almari pakaian. Dia mengeluarkan beg pakaian. Lalu dia memasukkan pakaian ke dalam beg tersebut. Petang nanti tak payahlah dia kelam kabut mengemas lagi.

“Boleh kemaskan beg abang sekali tak?” soal Zafran Haicarl kepada isterinya.

“Boleh.. itukan tanggungjawab Isha..” jawab Alisha tanpa memandang wajah itu.

Sekali lagi Zafran memandang wajah itu. Polos benar wataknya. Tak boleh jadi ni.. Rasa geram juga dia melihat wajah itu. Cukup memikat hatinya.

“Hello jangan pandang Isha macam tu boleh tak.. Isha malulah...” tegur Alisha apabila dia menyedari lelaki itu dari tadi asyik merenung ke arahnya. Tidak senang dia di buatnya.

“Sorry. Tapi you my wife sekarang.. Dan mata ni asyik nak pandang wajah sayang saja..” Zafran menjawab terus terang.

“Ada yang tak kena dengan wajah Isha ker?” soal Alisha hairan.

“Tak adalah..” Zafran menutup malunya. Malu jika gadis di hadapannya itu tahu dia sudah mula terpikat dengannya. Mungkin pencariannya selama ini akan terhenti selepas dia berkahwin dengan gadis itu.

Friday 5 April 2013

Ada Dia Di Hati 6



Zafran Haicarl sedia menunggu Alisha di depan rumah Pak Hamid. Pak Hamid dan isterinya juga terkejut apabila pagi-pagi lagi melihat Zafran sudah berdiri di depan rumah mereka. Lalu mereka menjemput Zafran naik kerumah mereka. Dengan berbesar hati, Zafran menerima sahaja pelawaan mereka. Sementara menunggu Alisha bersiap mahu pergi kerja, Pak Hamid berbual-bual dahulu dengan Zafran. Sementara itu, Mak Limah menuju ke bilik Alisha sebaik sahaja selesai menyediakan air minuman.

“Isha dah siap ke belum?” soal Mak Limah.

“Dah ibu.. Kenapa?” soal Alisha. Dia hairan melihat senyuman di bibir ibunya. Tadi dia terdengar seperti ayahnya sedang berbual dengan seseorang. Takkan pagi-pagi lagi mereka sudah menerima tetamu!

“Encik Zafran tunggu Isha kat ruang tamu. Katanya dia nak hantar Isha pergi ke tempat kerja..” beritahu Mak Limah. Alisha berpaling.

“Apa bu, biar betul?” soal Alisha terkejut.

“Betul.. Itu yang dia minta izin dengan ayah Isha tu..” jawab Mak Limah senang.

“Kenapa dengan Encik Zafran tu?” soal Alisha sendirian. Selalu saja buat benda yang dia sendiri tak terfikir. Semalam dia di lamar, hari ini dia di jemput pergi kerja.. esok, lusa apa lagi kejutannya.. Mak Limah cuma tersenyum. Kalau sudah pekena cinta, apa saja pun sanggup di lakukan. Dan dia percaya lelaki yang bernama Zafran itu ikhlas terhadap Alisha.

Alisha keluar dari biliknya bersama Mak Limah. Memang betul Zafran sudah duduk bersembang dengan ayahnya di ruang tamu.

“Ayah, Isha pergi dulu ye!” ujar Alisha lagi.

“Pakcik kami pergi dulu..” Zafran pula menyusul kata.

“Baiklah.. hati-hati memandu..” pesan ayah Isha.

“Terima kasih..” jawab Zafran sambil melangkah keluar dari rumah Pak Hamid dan menuju ke keretanya. Namun Alisha sudah berjalan melimpasi kereta Zafran.

“Isha..” panggil Zafran lagi. Alisha berhentikan langkah dan menoleh. Kelihatan Zafran Haicarl berjalan menuju ke arahnya.

“Ada apa?”

“Abang nak bawa Isha pergi ke tempat kerja.. Lagi pun abang pun nak pergi kerja juga ni.. Jalan kitakan sama..” Zafran mencari alasan yang munasabah. Dia sedar mungkin gadis itu terkejut melihat kehadirannya pagi ini. Dan dia sudah menyediakan alasan yang munasabah.

“Isha tak nak susahkan Abang Zaf!” ujar Alisha perlahan. Namun dia tidak berani memandang ke wajah Zafran.

“Susahkan apa. Tak lama lagikan, Isha akan jadi isteri abang. Sepatutnya dari sekaranglah abang belajar bertanggung jawab pada Isha..” jawab Zafran dengan senyuman. Namun wajah Alisha lain pula.

“Tapi Isha tak cakap Isha terima lamaran abang tu..” serius sekali wajah Alisha. Sebenarnya dia sekadar mahu menguji Zafran.

“Ye ker? Tapi tadi Pak Hamid kata dia dah setuju..” jawab Zafran tidak mahu mengalah!

“Itu ayah Isha yang cakap. Keputusannya di tangan Ishakan?” soal Isha balik. Berubah wajah Zafran mendengarnya. Janganlah gadis itu menolak dirinya. Memang betul cakap Shahrul hari tu. Kalau dia tak cepat-cepat takut hati gadis itu sudah berpunya.

“Isha dah ada buah hati ke?” soal Zafran resah. Mendengar soalan itu yang keluar dari bibir lelaki itu dia medapat satu idea. Apa salahnya dia menguji perasaan lelaki itu sebelum dia menjadi suaminya!

Alisha mengangguk!

“Isha.. tolonglah jangan nak dera perasaan abang. Abang nak kahwin juga dengan Isha..” kedengaran Zafran merayu-rayu. Entah mengapa dengan gadis itu dia cepat sejuk hati dan mudah megalah. Pada hal apa yang di rasainya sekarang berbeza dengan sikapnya yang sebenar.

“Suka hati dia je nak cakap apa!” ujar Alisha sambil melangkah. Namun dia terasa lengannya di paut.

“Isha lupa ke, kita pergi kerja bersama..”

Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa juga menaiki kereta bersama Zafran.  Mak Limah dan Pak Hamid hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Mula-mula tu memanglah malu. Nanti bila dah biasa dan juga sudah berkahwin, pasti mereka akan bahagia.

Sampai di tempat kerja, Zafran memberhentikan keretanya. Alisha segera turun. Hanya ucapan terima kasih saja dia ucapkan kepada Zafran.

Dia segera mendapatkan Kak Tipah yang baru mahu membuka pintu kedai.

“Wah!! Isha naik dengan siapa tu? Buah hati ke?” soal Kak Tipah sebaik sahaja Alisha berdiri di depannya.

“Dengan bakal suami!!” jawab Alisha sambil tersenyum. Dia melihat wajah Kak Tipah yang terkejut.

“Bakal suami?? Sejak bila pula ni?” soal Kak Tipah sambil mengerutkan dahinya kehairanan.

“Eh tak adalah,, Isha gurau je kak!” balas Alisha lagi. Dia tidak mahu kak Tipah berfikir yang bukan-bukan.

“Apa salahnya kalau betul dia bakal suami Isha. Masin mulut Isha tu nanti..” sambung Kak Tipah lagi.

“Hish akak ni..” Alisha sudah malu-malu. Kalaulah Kak Tipah tahu siapa yang menghantarnya tadi pasti dia orang yang paling suka.

..........................................

Sofia mundar mandir di bilik tidurnya. Dia bangun dalam keadaan yang masih pening. Dia juga terfikir apa yang berlaku semalam. Kalau boleh dia hanya menganggap itu hanyalah mimpi. Tetapi dia sedar, dia tidak bermimpi. Hakikatnya Zafran sudah menemui pengganti dirinya. Dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Mereka hanya menunggu kepulangan Tuan Razman sahaja untuk membuat keputusan!

“You memang tak tau untung Zaf. Mana ada orang di dunia ini yang sangat menyintai you kecuali I seorang saja Zaf. You ingat I dah lupakan segala-galanya kenangan cinta kita. I tak akan biarkan you hidup bahagia dengan perempuan lain..” tekad Sofia lagi. Dia akan lakukan apa saja asalkan Zafran tidak melupakan cinta mereka. Kalau Zafran sudah berkahwin pun tak bermakna dia berputus asa untuk merebut kembali hati lelaki itu.

Dia duduk di depan ruang balkoni. Pandangan itu di tujukan ke garaj. Nampaknya kereta Zafran pun sudah tiada. Takkan dia balik ke KL lagi. Macam dulu tu. Mungkin dia pergi kerja. Sekarang dah pukul sembilan. Dia saja yang tidak menentu untuk masuk ke pejabat.

........................................

Petang itu, Alisha pergi ke rumah Shikin. Ada hal yang dia mahu katakan kepada Shikin selaku kawan baiknya. Dan dia tidak mahu Shikin akan berburuk sangka dengan dirinya.

“Kau cuti ke hari ni?” soal Shikin sebaik saja melabuhkan punggungnya di depan Alsiha.

“Taklah. Kak Tipah nak tutup kedai awal. Katanya ada hal. Sebab itulah Isha terus singgah kat sini..” Alisha menerangkan perkara yang sebenarnya.

“Nasib baik Shikin ada kat rumah.. kalau tak memang kita tak jumpa..”

“Itulah.. Isha singgah pun sebab ada hal yang nak Isha sampaikan kepada Shikin..”

“Hal apa?” soal Shikin tanpa sabar.

“Sebenarnya...”

“Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya Encik Zafran lamar Isha..” ujar Alisha perlahan.

“Apa??? Bila?” soal Shikin sedikit teruja. Walau pun dia terkejut mendegar kata-kata Isha namun dia cepat-cepat menyembunyikan perasaannya.

“Selepas dia balik dari KL hari itu. Isha pun terkejut. Yelah tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja dia lamar Isha..”

“Beruntungnya kau Isha.. Aku yang menaruh minat kat dia, alih-alih dia suka kat kau!” tutur Shikin perlahan.

“Sebenarnya aku pun tak pasti dan bingung..”

“Kenapa pulak?”

“Ini soal kahwin bukan perkara main-main. Aku rasa tak yakin dengan diri sendiri.. yelah, umur kita nikan masih muda. Takut kita tak mampu nak galas tanggung jawab sebagai seorang isteri pulak..”

“Soal jodoh bukan urusan kita..”

“Aku tau! Aku sebenarnya bingung..”

“Apa kata kau terima sajalah. Manalah tau dia memang jodoh kau! Lagi pun abang Zaf tu baik orangnya.. itu yang Shikin nampak..”

“Kau tu memang..”

Akhirnya mereka bergelak ketawa. Namun jauh di sudut hati Shikin dia sebenarnya sedih. Kerana dia tidak berpeluang untuk mendekati abang Zafran lagi.

..........................................

Akhirnya Tuan Razman pulang petang itu. Zafran Haicarl mencari masa yang sesuai untuk berbincang ddengan ayahnya. Biarpun dia tahu ayahnya masih penat tetapi dia sendiri tidak sabar untuk menyampaikan berita itu kepada ayahnya.

“Papa..”

“Ada apa Zaf?” soal Tuan Razman sebaik sahaja melihat Zafran duduk bersamanya di luar rumah.

“Zaf ada hal nak bincang dengan papa..”

“Hal apa yang kedengaran penting sangat tu?”

“Sebenarnya Zaf nak kahwin!”

Tersembur Tuan Razman mendengar kata-kata Zafran. Biar betul!! Bukankah selama ini anaknya itu sangat susah nak di bawa berbincang apa lagi kalau bab perempuan. Sehinggakan hari-hari dia bergaduh dengan Sofia!

“Dengan siapa?”

“Anak kampung sebelah. Itu pun kalau papa restu..” ujar Zafran perlahan.

“Kenapalah nak tunggu papa balik. Kan bagus kalau Zaf uruskan dengan cepat...” Tuan Razman memberi cadangan.

“Zaf nak ayah ada masa majlis tu nanti. Yelah Zaf sedar selama ini Zaf selalu menyakiti hati ayah. Tapi Zaf mengakui dalam bab ini Zaf memang tidak arif. Itu yang Zaf nak minta papa uruskan untuk Zaf..”

Tuan Razman ketawa senang hati. Rupa-rupanya dalam kemarahan Zafran terhadapnya masih juga ada ruang untuk menghormati dia sebagai seorang ayah. Dia rasa malu pula terhadap anak lelakinya itu.

“Papa tak keberatan langsung.. Malah papa sangat gembira kerana anak papa akan menemui kebahagiaan sendiri.”

“Papa tak kisah ke kalau dia gadis kampung sebelah?” soal Zafran berhati-hati.

“Kenapa? Zaf pilih gadis kampung sebelah ke? Papa tak kisah siapa pun pilihan Zaf. Yang penting dia boleh buat Zaf hidup bahagia. Sepatutnya Zaf bahagia dari dulu lagi.. Papa minta maaf atas apa yang berlaku..” ada nada kesal di hujung suara Tuan Razman. Zafran memandang wajah papanya. Buat apa dia memikirkan benda yang dah lepas. Lagi pun tak baik dia menyimpan dendam terhadap papanya sendiri. Sudah bertahun-tahun dia memikirkan hal itu. Akhirnya tuhan menemukan dia dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya.

“Bukan salah papa pun.. Mungkin ini takdir dalam hidup kita. Lagi pun Zaf tak nak mengenang kisah lama itu. Biarkanlah ianya berlalu. Lebih baik Zaf bina hidup baru.”

‘Anak dengan ayah sama saja..’ bisik hati Sofia yang terdengar perbualan mereka dari muka pintu. Dia kembali masuk ke dalam rumah.

....................................

            Setelah kedua pihak keluarga bersetuju, Alisha menjadi tunang Zafran Haicarl. Semenjak mereka sudah bertunang, hubungan Alisha dan Zafran semakin baik. Kalau sebelum bertunang itu susah juga Zafran mahu membawa Alisha kemana-mana. Alisha terlalu menjaga adabnya. Tetapi selepas bertunang, Zafran merasakan Alisha semakin rapat dengan dirinya. Malah dalam sehari pasti mereka akan bertemu. Kalau tak bertemu pun, Zafran akan menelefon.

Zafran telah menghadiahkan sebiji telefon bimbit kepada Alisha bagi memudahkan dia menghubungi gadis itu. Biar pun beberapa kali Alisha menolak, namun Zafran tetap berdegil!

Tarikh pernikahan mereka semakin hampir. Semua persiapan sudah hampir siap. ZafranHaicarl pula berjanji pada diri sendiri, walau apa pun yang akan berlaku pada masa hadapan dia akan menjaga Alisha dengan baik. Dia akan cuba menempuhinya. Dan semoga dengan perkahwinan ini, Sofia tidak lagi menganggunya.

Dia bersyukur semenjak dia bertunang dengan Alisha, Sofia tidak lagi menganggunya seperti dulu. Mungkin Sofia sedar bahawa dia sudah menjadi tunangan orang dan bakal bernikah tak lama lagi. Rasanya tidak sabar dia menantikan hari bahagianya bersama Alisha.  

Hari yang bahagia kini muncul jua. Alisha di hias dengan anggun sekali. Alisha diam di tempatnya. Dadanya semakin berdebar kencang. Hari ini pernikahannya dengan Zafran Haicarl. Kebaya putih yang tersarung di badan di pandang dengan perasaan bercampur baur. Gembirakah dia? Bersedihkah dia? Selesai akad nikah dia mengurut lega.

Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa juga menerima lamaran dari Zafran. Memang dia tiada daya untuk menolak peminangan dari pihak Zafran apabila melihat kedua wajah orang tuanya yang penuh mengharap. Penerimaan orang tuanya terhadap Zafran itu bukan kerana harta, rupa dan darjat tetapi kesungguhan yang di tunjukkan dan sikap keperibadian yang mulia itu membuatkan kedua orang tuanya menerima lelaki itu.

Shikin mengukir senyuman. Dalam hati dia cemburu terhadap Isha kerana mendapat suami yang menjadi lelaki idamannya. Dia yang sebenarnya dalam diam mula jatuh cinta kepada lelaki itu langsung tidak mendapat perhatian dari Zafran. Sebaliknya lelaki itu memilih kawan baiknya untuk di jadikan pasangan hidupnya. Dalam sedih pun dia sempat mengukir senyuman buat Alisha.

“Tahniah Isha.. kau dah jadi isteri orang pun.. Tak sangka kau ada jodoh dengan abang Zafran..” ujar Shikin perlahan.

“Terima kasih.. Doakan kebahagiaan kami...” balas Alisha dengan nada sayu. Pelbagai rasa yang timbul ketika ini.

Dia masih berangan lagi ketika pengantin lelaki duduk di hadapannya untuk menyarungkan cincin di jarinya.

“Sayang.. Ingatkan abang ker?” gemersik sungguh suara di hadapannya. Membuatkan Alisha terkejut. Merah padam mukanya kerana malu di tegur begitu. ‘Kurang asam si Zafran ni. Dalam majlis macam ni pun dia sempat bergurau lagi’ getus hati Alisha.

Tangannya di hulurkan untuk menyarungkan cincin di jari. Mereka berdua berbalas. Kemudian Isha menunduk dan menyalami tangan suaminya. Kemudian terasa hangatnya kucupan di dahi serta kata-kata yang gemersik kedengaran di telinganya. Majlis itu di teruskan dengan acara bersanding dan makan-makan.

Selesai majlis itu, Alisha dari tadi sibuk mengemas apa yang patut. Walau berapa kali di tegah namun dia tetap degil untuk menolong berkemas. Dia tahu hari itu adalah hari bahagia buatnya. Pengantin raja seharilah katakan. Setelah selesai barulah dia menuju ke biliknya. Mengambil pakaian dan membersihkan dirinya. Langsung dia tidak ingat untuk menyediakan keperluan suaminya. Lagi pun suaminya juga tidak kelihatan. Entahlah dia malas nak layan.

.........................................

Akhirnya majlis perkahwinan antara Zafran Haicarl dengan Alisha sudah selamat di jalankan. Mereka mengadakan majlis di kampung sebelah itu sahaja. Biarpun beberapa kali Tuan Razman mahu membuat persepsi di hotel, namun Alisha menolak. Zafran Haicarl sekadar menurut sahaja.

Alisha terus saja mengambil bantal dan selimut lalu di lemparkan ke atas sofa yang ada di hujung penjuru bilik itu. Malas dia bercakap banyak. Kepenatannya tiada tandingannya. Matanya sudah berat di rasakannya. Tudung di kepala pun tidak di tanggalkannya. Dia sudah lupa. Matanya itu sudah tidak dapat ditahan lagi.

‘Aik cepat betul dia tidur. Mungkin dia penat agaknya’ bisik hati Zafran. Dia pun terus membaringkan badannya di atas katil pengantin itu. Malam ini walaupun malam pertamanya sebagai seorang pengantin namun dia tidur sendirian di atas katil itu. Matanya tiba-tiba melekat pada wajah yang sedang tidur di penjuru bilik itu. ‘Tidur pun masih pakai tudung. Aku ni suami dia!!’ bentak hati Zafran!

Perlahan dia bangun menuju ke arah tempat itu. Perlahan-lahan dia mencempung tubuh itu. Lalu dia membawa tubuh isterinya itu ke atas katil di sebelah pembaringannya tadi. Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh itu agar isterinya itu tidak terjaga. Ternyata tubuh langsung tidak terkutik pun! Kemudian dia pergi kesebelah untuk membaringkan tubuhnya sambil menghadap wajah itu dengan dekat lagi. Sesungguhnya ada perasaan halus menembusi ruang hatinya ketika dia memandang wajah itu. Dia berasa tenang bila melihat wajah yang mulus itu.

Entah pukul berapa dia terlelap kerana asyik meneliti wajah itu. Wajah yang menghadirkan satu perasaan yang halus.. Susah untuk dia nyatakannya. Arghh! Dia sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Tak kan sekejap itu sahaja cintanya pada Sofia sudah hilang. Atau mungkin perasaan yang hadir ketika bersama Sofia dulu bukannya perasaan cinta. Tapi sekarang gadis itu sudah halal untuk dirinya..