Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday 15 December 2012

Kau Rantai Hatiku 23

 

MALAM ini, Arin akan berjumpa dengan Amir. Amir yang mengajaknya keluar makan selepas menutup butik. Awal-awal lagi Amir menunggu Arin di depan butiknya. Dia tidak mahu terlambat berjumpa dengan Arin. Senyuman tidak lekang pula di bibirnya. Membuatkan Arin malu sendiri. Entah mengapa dia merasa berdebar setiap kali dia berdepan dengan Amir. Mungkin ini yang di katakan cinta. Namun masih terlalu awal untuk dia membuat kesimpulannya. Dia mahu berkenalan dahulu dengan Amir dengan lebih rapat. Kalau memang mereka berdua ada jodoh, dia tidak akan menolak.

“Sebenarnya, minggu ni, keluarga Arin ada buat majlis doa selamat. Arin nak jemput Amir datanglah ke majlis tu. Lagipun disana nanti Amir boleh berkenalan dengan keluarga dan sahabat handai Arin..”

“Bagus juga kalau begitu. Lagipun malam Sabtu ni saya tak kerja. Tak tahulah pula kalau ada kes kecemasan…”

“Arin faham. Basalah pegawai polis yang berkaliber macam Amir ini memang berat tanggung jawabnyakan? Kalau boleh datang sekejap pun tak apa..” ujar Arin lagi. namun jauh di sudut hati dia berharap Amir dapat datang pada mahlis itu nanti.

“Janganlah cakap macam tu. Kalau memang tak ada kes kecemasan, saya akan berada di situ sampai majlis selesai.” Arin hanya tersenyum. Dia senang bergaul dengan lelaki itu. Entah mengapa hatinya pula berdebar-debar bila melihat senyuman yang terukir di bibir Amir. Hish.. Jangan nak mengarutlah. Entah-entah dia dah ada special. Manalah dia tahukan! bisiknya dalam hati.

PAGI Sabtu begini memang Isabella lambat sikit bangun. Lagipun dia tidak bekerja hari ini. Isabella duduk termenung di luar rumah. Fikirannya makin bercelaru. Sakit hatinya bila teringat bagaimana Tengku Elman Qaufar menangkan Humaira berbanding dirinya. Entah apa yang perempuan itu buat sehinggakan Tengku Elman selalu saja menyebelahinya.

“Hi, termenung lagi anak mummy ni. Fikirkan apa tu?” soal Datin Melinda. Dari tadi lagi dia mencari Bella. Rupa-rupanya anak gadisnya itu sedang duduk termenung di luar rumah.

“Tak ada apalah mummy..” ujar Isabella sambil tersenyum.

“Katanya tak ada apa, yang duduk termenung pagi-pagi tu tak ada apa-apa ke?” cebik Datin Melinda. Kedengaran Isabella mengeluh.

Mummy macam mana ni mummy, kata nak bincang hal pertunangan kami dengan Tengku Suraya. Tapi sampai sekarang pun mummy tak pergi lagi kerumah mereka tu..” soal Isabella sebaik sahaja Datin Melinda melabuhkan punggung di kerusi depannya.

“Sabarlah sayang, mummy dan daddy janji esok kami pergi kerumah Tengku Suraya bincangkan hal pertunangan kamu tu..”

“Macam mana kalau Tengku Elman tak setuju?” ada nada kerisauan di hujung suara anak manja itu. Datin Melinda memandang ke wajah anak gadisnya itu.

Mummy yakin, Tengku Suraya tidak akan mungkir janji…” Datin Melinda menyedapkan hati Isabella.

“Bella juga harap begitu. Dan yang pasti Tengku Elman akan menjadi tunangan Bella.. dan sampai saat itu nanti, Bellalah orang pertama yang berasa sangat gembira…”

Mummy pun akan berasa begitu sayang. Jangan lupa pesan mummy. Jangan biarkan lubuk emas kita terlepas lagi..”

“Bukan setakat lubuk emas lagi mummy Bella akan dapat hidup dengan lelaki yang amat Bella cintai! Bella rasa sangat bahagia pada saat itu nanti…”

“Kalau begitu, cuba Bella call Tengku Elman. Ajaklah dia keluar. Ni tidak asyik nak mengeluh kat sini, memang patut pun Tengku Elman tu dingin dengan Bella..”

Isabella tersenyum mendengar cadangan mummynya. Betullah. Dia tidak berusaha untuk mendekatkan diri dengan Tengku Elman, sebab itu lelaki itu semakin dingin terhadapnya.

Telefon bimbit itu berdering dari tadi. Pada mulanya Tengku Elman malas mahu mengangkatnya. Namun panggilan kali kedua, dia menyambutnya.

“Hello..”

“Hello.. sayang..”

“Ada apa call El ni?” soal Tengku Elman dingin.

“I nak ajak you keluar malam ni.. Itu pun kalau you tak ada rancangan lain...” ujar suara Bella di hujung talian.”

Sorrylah Bell, I ada jemputan malam ni.. Lagipun I dah janji dengan kawan I nak datang..” jawab Tengku Elman lagi. Memang dia tidak dapat menolak jemputan Arin kerana desakan hatinya sendiri.

“Jemputan? From who? Kenapa I tak tahu pun?” soal Bella tidak puas hati. Kawan Elman yang mana pula ada majlis. Kenapa Elman tak beritahu dia pun!

Sorrylah dia jemput I seorang saja. Lagi pun ni kawan I yang you tak kenal. Sorrylah ya..”

“Ok..okeylah.. Ni yang malas nak ajak you keluar. Ada saja alasannya..” tanpa sempat memberi salam, talian sudah di putuskan. Isabella menghempas telefon bimbit di atas meja.

“Kenapa?” soal Datin Melinda. Dia pasti Tengku Elman menolak ajakan anak gadisnya. Sebab itu anak gadisnya kelihatan geram!!

“Bell nak ajak dia keluar malam ni..”

“Terus apa jawapannya?”

“Dia cakap ada jemputan majlis malam ni.”

“Tengku Elman sudah melampau pula kali ini.. Tak apa! Dia belum kenal siapa mummy..” ujar Datin Melinda.

Mummy nak buat apa?” soal Isabella gelabah.

“Bell dah lupa ke, Mummy nak bincang hal kamu berdua esok dengan Tengku Suraya. Mummy tak boleh biarkan Tengku Elman buat anak mummy macam ni!!”

“Betul ke mummy..”

“Untuk anak mummy, mummy akan buat apa saja..”

Mereka berdua ketawa. Datin Melinda pasti Tengku Suraya tidak akan mungkir janjinya. Sudah lima tahun dia bersabar untuk bermenantukan Tengku Elman. Bukan setakat Isabella sahaja yang akan merasa kesenangan. Dia juga akan tumpang sekaki.

PETANG Sabtu itu, Humaira datang awal ke rumah Puan Jamilah. Manalah tahu dia dapat menolong apa yang patut. Lagi pun hari ini Arin menutup butik mereka sehari. Jadi dia gunakan masa ini untuk pergi ke rumah Puan Jamilah.

Malam itu ramai tetamu yang di undang oleh keluarga Encik Lokman dan keluarganya. Mereka terdiri dari pelbagai pangkat dan darjat. Pada malam itu, Inspektor Amir dan Tengku Elman juga di jemput hadir dalam majlis itu. Humaira juga tidak ketinggalan. Keluarga Arin memang rapat juga dengan Humaira. Mereka mengenali Humaira ketika Humaira dan Arin sama-sama melanjutkan pelajaran di UITM Skudai Johor. Bila keluarga Encik Lokman mendapat peluang untuk meluaskan perniagaan di Kuala Lumpur, mereka sama-sama juga berpindah ke Kuala Lumpur.

 “Kejap ye.. Ada tamu Arin yang lain datang.. Kamu sembanglah dulu..” Arin meninggalkan Humaira dengan Inspektor Amir. Tidak lama kemudian Arin membawa Tengku Elman berjumpa dengan tamu yang lain.

“Tengku Elman, kenalkan kenalan saya Amir!”

“Amir.. Awak pun kenal dengan Arin ke?” soal Tengku Elman tidak percaya. Namun matanya melirik pada seseorang yang berdiri di sebelah Arin. Malam ini dia begitu cantik sekali. Penampilannya lain dari hari yang biasanya. Malam ini gadis itu benar-benar menonjol. Tak rugi rasanya dia datang ke majlis keluarga Encik Lokman dan Puan Jamilah malam ini, Namun gadis itu membisu. Hanya matanya sahaja yang menjeling tajam pada dirinya.

“Kecilnya dunia. Aku memang kenal dengan Arin. Awak pula macam mana kenal dengan mereka ni?” soal Amir sambil tersenyum.

“Arin ni kawan baik Humaira. Dan Humaira ni pulak kerja di syarikat aku..” terang Tengku Elman Qaufar. Amir hanya mengangguk-angguk. Humaira menarik tangan Arin. Lalu dia berbisik ke telinganya.

“Buat apa dia datang ke sini?”

“Aku yang jemput dia datang. Lagi pun tak salah rasanya Arin jemput dia..” ujar Arin sambil tersenyum. Dia tahu sahabatnya itu tidak suka berjumpa dengan Tengku Elman Qaufar.

“Tapi aku rasa tak senang hati tengok dia ni!!” geram juga Humaira pada Arin. Kalau dia tahu Tengku Elman akan datang ke majlis ini, lebih baik dia duduk di rumah saja menemani Mak Teh dan Zeti. Tak cukup di pejabat, lelaki ini sentiasa ada di mana saja dia berada kecuali di rumahnya.

“Aku nak baliklah..”

“Kenapa pula? Bukan ke tetamu baru sampai?” soal Arin tidak senang hati. Nampak sangat Humaira tidak suka dengan kedatangan Tengku Elman. Salah dia juga yang gatal menjemput Tengku Elman datang ke majlis ini.

“Aku tak sedap badanlah..” Huamira memberi alasaan. Dia mahu segera pergi dari majlis ini yang sangat merimaskan. Menyesal dia kerana tidak terlintas di fikirannya untuk bertanya sama ada Arin menjemput Tengku Elman datang malam ini.

“Kalau ya pun tunggulah lepas majlis ini selesai okey. Atau kau nak masuk berehat kat bilik Arin saja” Arin memebri cadangan. Bukannya dia tidak tahu yang sahabatnya itu sering sakit kepala. Apatah lagi kalau dia penat.

Humaira mengangguk lemah. Bukan tak sihat badan tapi hatinya yang membengkak melihat Tengku Elman Qaufar asyik melirik pandang padanya. Entah apa pula yang lelaki itu fikir kali ini!! Beberapa hari ini dia berjaya mengelak dari bertemu dengan Tengku Elman. Tetapi malam ini dia terpaksa berdepan dengan lelaki itu. Sumpah kalau dia tahu lelaki itu datang ke majlis ini memang dia sanggup bertukar dengan Mak Teh untuk menjaga Zeti di rumah. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat.

“Kat sini rupanya anak bujang mama..” ujar Puan Maimon. Amir Naufal menoleh. Kelihatan ibunya Puan Maimon sedang menuju ke arah mereka dengan di ikuti oleh beberapa orang tetamu.

“Ni anak awak?” soal Puan Jamilah terkejut.

Puan Maimon mengangguk dan tersenyum.

“Dan kenalkan ni anak gadis saya Arin Natasya..” ujar Puan Jamilah lagi. Puan Maimon tersenyum. Cantiklah anak gadis dia ni!

“Umi!!” ujar Arin membulatkan anak matanya. Dia tidak menyangka uminya benar-benar mahu memperkenalkan dia pada kawannya.

“Dan anak saya Inspektor Amir Naufal..” balas Puan Maimon lagi.

“Ibu. Ibu kenal dengan umi Arin?” soal Amir.

“Umi pun kenal dengan ibu Amir?” soal Arin pula.

Kedua-dua wanita itu mengangguk. Kemudian terdengar mereka berdua ketawa. Senang hatilah tu!!

“Kalau macam tu tak lama lagi kita berbesanlah!!” kedua wanita separuh umur itu bergelak. Melopong mulut Arin dengan Amir mendengarnya.

Kedua-dua wajah mereka merah menahan malu. Siapa sangka mereka adalah anak sahabat orang tua masing-masing.

    

 

 

 

Tuesday 11 December 2012

Kau Rantai hatiku 22


Malam itu semasa mereka mahu menutup kedai, kelihatan seorang pemuda sedang menunggu di luar. Humaira memandang penuh dengan syak wasangka. Manalah tau lelaki itu orang jahat. Tapi bila melihat senyuman di bibir lelaki itu sambil memberi salam. Humaira menyambut salam itu.

“Saya nak tanya, Cik Arin Natasha ada?”

“Arin?”

Lelaki itu mengangguk. Humaira memandang lagi wajah lelaki itu. Seperti dia pernah nampak wajah itu tetapi di mana? Begitu juga dengan lelaki itu. Dia terkejut melihat gadis itu mirip seseorang. Baru dia teringat.

“Hellooo.. Cik Arin Natasha ada?” soal lelaki itu sambil melambai-lambai tangannya di depan wajah Humaira.

“Hai Amir? Dah lama tunggu ke?” soal Arin sebaik saja dia melihat lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

“Ira, kenalkan inilah Inspektor Amir tu..” Arin memperkenalkan lelaki itu kepada Humaira dengan perasaan malu-malu. yelah selama ini manalah dia pernah kenalkan mana-mana lelaki kepada Humaira. yang pasti selepas ini dia akan menerima usikan dari temannya itu.

“Dan ini best friend Arin namanya Humaira panggil dia Ira.”

“Hai saya Ira..” Humaira memperkenalkan diri.

“Saya Amir..” matanya tidak berkelip memandang wajah Humaira. Memang betul kata Tengku Elman tempoh hari. Wajah gadis itu mirip Ariana!

“Kita nak pergi makan ni. Ira nak ikut tak?” pelawa Arin.

“Tak naklah. Ira penat sangat. Lagi pun inikan masa date korang. Malas Ira nak kacau daun..” usik Humaira lagi sambil tersenyum penuh makna. Arin mencubit lengannya.

“Aduh!!” jerit Humaira lagi.

“Tengok awak kena hati-hati dengan dia ni, sebab dia dah jadi mak ketam!!” kali ini berderai ketawa mereka bertiga.

“Kalau macam tu tak apalah. Jumpa lagi esok..” ujar Arin sambil tersenyum mendenar jawapan Huamira.

“Okey.. hati-hati tau.. Oh Ya, EncikAmir.. Jaga kawan saya ni baik-baik!”

“Okey.. Ira jangan risau.. Saya akan jaga kawan awak ni baik-baik..” jawab Amir lagi. Arin dan Humaira ketawa! Namun Humaira gembira bila mendapat tahu, Arin berkenalan dengan seorang lelaki. Pada pandangannya lelaki itu pun nampak baik. Mungkin kalau sudah jodoh pun tak akan kemana. Dalam diam dia tersenyum sendiri.

“Apa yang awak senyumkan tu?” bisik Arin ke telinga Humaira.

“Tak ada apalah.. Aku nak gerak dululah..”

“Nakal!!” sambil itu sempat tangan Arin mencubit lengan Humaira untuk kali keduanya.

Mereka pun masing-masing beredar dari situ. Humaira mahu terus pulang ke rumah. Lagi pun esok dia mahu ke hospital melawat Zeti. Kalau Zeti beransur sihat, hari Isnin dia sudah boleh keluar. Itu yang Mak Teh beritahu dia. Dan dia bersyukur sangat kerana Zeti semakin pulih.

Tengku Elman sengaja mengekori setiap pergerakan Humaira. Sampai Humaira pulang kerumahnya pun di ekorinya. Dia ingin tahu di mana gadis itu tinggal. Kalau nak di tanya pada gadis itu tentang alamatnya jangan harap. Di pejabat pun dia gunakan alamat kedainya saja. Alamat rumah dia tak tulis pun dalam borang. Pelik betul dia dengan perangai gadis yang seorang itu.

Kerana hatinya kuat mengatakan gadis itu adalah Ariananya jadi dia mahu menyiasat sendiri. Mana tahu kalau betul isterinya itu masih hidup.

Selepas mengekori Humaira sampai ke rumahnya dia terus pulang dan menuju pula kerumah Dato Farid untuk meraikan hari jadi Isabella. Namun malang baginya majlis itu sudah selesai. Bila di tilit jam di tangan, memang dia sudah lambat. Tapi tak apalah sekadar menghadirkan diri pada saat-saat terakhir dan memberikan hadiah sudah cukup bagi dirinya. Lagipun kalau Isabella marahkan dirinya, dia akan buat pekak sajalah nanti.

ARIN dan Amir memilih untuk makan di kedai mamak yang masih di buka. Sementara menunggu, Amir membuka bicara.

“Dah lama ke Arin kenal Ira?” soal Amir berhati-hati. Dia tidak mahu Arin terasa dengan soalanya sebentar tadi.

“Adalah dalam empat tahun. Dulu kami sama belajar di Johor. Kami ni asalnya orang Johor. Kenapa?” Soal Arin hairan. Kenapalah pulak lelaki ni macam berminat mahu tahu perihal Humaira. Hari tu Tengku Elman. Sekarang Inspektor Amir pula.

“Tak adalah. Tapi Humaira pun orang Johor juga ke? Manalah tahu sebelum ni dia pernah tingaal di mana-mana?”

“Itu tak tahulah pulak. Keluarga angkat dia memang orang Johor. Lepas tu, kami pindah ke Kl sebab saya dengan Ira nak buka perniagaan butik kat sini. Jadi keluarga Arin dan keluarga angkat Ira pun ikut sama..”

“Ira tinggal dengan keluarga angkat? Ibu bapa dia mana?”

“Katanya ibu bapanya sudah meninggal. Jadi sekarang dia tinggal bersama keluarga angkat. Ni kenapa Amir bertanya pasal Humaira ni? Ada masalah yang Arin tak tahu ke?” dalam fikirannya sudah muncul pelbagai soalan. Dia tahulah Amir tu pegawai polis. Tapi dari apa yang dia dengar, Amir ni menyoalnya pelbagai soalan mengenai Humaira. Janganlah kata Humaira ada buat jahat. Itu memang mustahil! Dia dah lama kawan dengan Humaira. Semua perihal Humaira dia tahu.

“Tak adalah. Cuma mungkin pelanduk dua serupa. Dulu kami ada kawan mirip Humaira. Sebab itulah saya terkejut melihat wajah kawan Arin tu tadi.” Jujur Amir mengatakannya!

“Lepas tu apa jadi?” soal Arin ingin tahu kisah itu.

“Dia kemalangan. Tapi kemalangan yang menimpanya sangat dahsyat! Sampai  mayatnya pun susah untuk di kenal pasti!”

“Aduh kesiannyakan?” Arin rasa bersimpati terhadap nasib kawan Amri. Memang kesian. Tentunya keluarga kawan Amri tidak dapat melupakan kejadian yang tragis itu.

“Memang kesian. Tapi apakan daya itu sudah takdir dia..”

“Kawan istimewa Amir ke?” soal Arin lagi.

“Bukan. Dia sebenarnya isteri kawan baik saya. Tak lama mereka berkahwin. Saya masih ingat lagi macam mana kawan saya itu tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya sudah meninggal. Sedih sungguh.”

“Memang kesianlah kawan awak tukan? Macam manalah hidup dia selepas kehilangan isterinya?” soal Arin lagi yang turut bersimpati dengan nasib kawan Amir itu.

“Dia memang mengharapkan yang isterinya masih hidup. Walaupun ianya mustahil. Tapi itu bukan kuasa kita..” kedengaran sayu sungguh suara Amir.

“Memang benarlah..” jawab Arin lagi. Dia memang bersimpati pada nasib kawan Amri yang sudah kehilangan isterinya itu.

Amir hanya mengangguk. Sambil berkenalan dengan gadis ini, bolehlah juga dia mengorek perihal Humaira sekali. Sekali- sekala mereka bergelak ketawa. Nampaknya mereka agak serasi antara satu sama lain.

PAGI-PAGI lagi Humaira sudah bersiap mahu menjenguk Zeti di hospital. Selepas itu dia mahu menjenguk Arin di butik. Dia tidak lupa memasak makanan kegemaran Zeti. Sebab itulah dia bangun awal untuk menyediakan masakan yang mahu di makan oleh Zeti. Setelah puas dengan semua persiapannya, dia tidak berlengah lagi.

Sesampai sahaja di hospital, dia melihat Mak Teh seperti letih sahaja menjaga Zeti sepanjang malam. Namun wanita tua itu tidak mahu menampakkan wajah keletihan di depannya. Tetapi Humaira perasan dengan wajah yang sedikit cengkung itu.

“Kalau Mak Teh rasa penat, Mak Teh baliklah berehat di rumah. Biar Ira yang jaga Zeti. Nanti Ira boleh call Arin, Ira tak jadi datang ke butik..” ujar Humaira. Mak Teh memandangnya.

“Tak payahlah Ira. Ira buat je kerja Ira tu. Lagipun doktor cakap kalau semuanya ok, esok dah boleh keluar.”

“Syukur.. tak lama lagi Zeti boleh balik berehat di rumahkan?” soal Humaira.

“Zeti pun tak sabar nak balik rumah. Rindu dengan bilik tidur Zeti. Kawan-kawan sekolah.. tak sabarlah rasanya kak nak balik..”

Sudah beberapa kali Puan Jamilah membebel dengan anak gadisnya. Setiap kali dia membuka bab soal kahwin ada sahajalah alasan anak gadisnya. Pada hal umurnya semakin hari semakin meningkat. Dan dia sebagai seorang ibu memang risau melihat anak gadisnya yang seorang tu. Abang Arin iaitu Kamel juga sudah berumah tangga dengan gadis pilihannya. Namun Puan Jamilah tidak tahu kenapa anaknya yang seorang itu liat sangat. Mungkin kerana sibuk bekerja membuatkan dia tiada masa untuk keluar bersosial.

“Arin, ada jumpa Humaira tak?” soal Puan Jamilah kepada anak gadisnya.

“Ada.. Kenapa umi?” Arin hairan awal pagi uminya sudah bertanyakan hal Humaira.

“Jangan lupa jemput Humaira datang ke majlis umi dengan abah tau! Kalau boleh dengan Pak Teh, Mak Teh dan Zeti sekali. Lagipun umi rindulah dengan Ira. Dah lama dia tak datang ke sini” ujar Puan Jamilah kepada Arin. Barulah Arin tersenyum mendengar kata mamanya. Patutlah awal pagi uminya sudah tanya pasal Humaira.

“Oh.. Umi rindukan Ira ye? Memanglah, Ira kan sibuk sejak kebelakanagan ini sebab itulah dia tak dapat nak jenguk umi seperti selalu. Yelah nanti Arin bagi tahu kat dia. Lagi pun hari ini dia akan datang ke butik. Tapi umi, Zetikan masih sakit. Arin rasa Pak Teh dan Mak Teh tak akan datang kot? Kalau Arin nak jemput kawan-kawan Arin yang lain, umi tak kisah ke?” soal Arin lagi. Puan Jamilah tersenyum. ‘Bagus juga kalau kawan Arin ni lelaki’ bisiknya dalam hati.

“Jemputlah mereka datang. Lagipun umi nak kenalkan Arin dengan anak kawan lama mama. Arin tak kisahkan?” Arin hanya mengangguk. Memang uminya tidak akan berhenti menyebut soal jodoh. Jadi dia mengangguk sahaja. Puan Jamilah tersenyum suka. Nampaknya kali ini Arin tidak membantah seperti selalu.

HUMAIRA melihat jam di tangan. Dia harus beredar ke butik. Ada hal yang perlu dia dan Arin selesaikan. Dia boleh mengharapkan Arin namun dia rasa tidak selesa meninggalkan Arin membuat kerja itu sendirian.

“Mak Teh, Ira nak pergi ke butik dulu ya.. Nanti petang Ira datang bertukar jaga Zeti. Bolehlah Mak Teh balik berehat di rumah malam ni..”

“Tak payah susah-susah.. Nanti Ira pula yang penat. Ira kan bekerja..”

“Tak apalah Mak Teh.. Kalau di izinkan esokkan Zeti boleh keluar hospital.. Apa salahnya Ira jaga Zeti untuk malam ni..”

“Ikut suka awaklah Ira.. Nak cakap apa pun bukan Ira nak dengar..” Mak Teh mengalah dengan sikap degil Humaira. Humaira terus meninggalkan hospital lalu menuju ke butiknya.

Arin terpandang Humaira dari jauh. Dia ingatkan sahabatnya itu tidak datang bila melihat jam didinding sudah menunjukkan jam sepuluh.

“Hai.. ingatkan awak tak datang..”

“Mestilah aku datang. Cuma lewat sikit. Sebab Ira singgah di hospital tadi..” jawab Humaira. Arin mengangguk.

“Oh.. Macam tu.. Zeti macam mana? Dah makin sihat?” soal Arin lagi.

“Alhamdulilah.. Kalau di izinkan esok dia dah boleh keluar...”

“Syukur..” jawab Arin sambil tersenyum.

“Aku tengok kau buat makin memanjang senyum. Ada apa-apa nak kongsi dengan aku ke?” soal Humaira. Entah sejak dia datang tadi dia perasan wajah Arin berseri-seri. Mungkin dia gembira jumpa Pak we kot!

“Hishh.. Tak adalah memandai je kaukan? Tak baik tau serkap jarang..” Arin pura-pura merajuk.

“Mmmm macam mana dating dengan Encik Inspektor.. Ada rasa dalam hati ada taman tak?” soal Humaira.

“Hish.. Apa punya soalanlah kau ni? Ada rasa dalam hati ada taman?” Arin mengajuk percakapan Humaira. Namun Humaira hanya tersenyum. Sahabatnya ini memang tidak pernah jatuh cinta. Sebab itu dia suka mengusiknya. Asal ada lelaki yang berminat dengannya pastinya dia akan memberi komen tentang lelaki itu. Tapi berlainan dengan lelaki yang di gelar Inspektor Amir itu.

“Sebelum ni bukan main lagi kau selalu bagi komen dengan lelaki yang berminat dengan kau! Tapi sekarang, aku dapat melihat wajah kau yang ceria.. Ada rasa apa-apa tak?” sekali lagi Humaira mengusik sahabatnya. Kelihatan wajah Arin merah.

“Malulah tu.. Ok aku tak nak tanya lagilah.. Tapi aku rasa Encik Inspektor kau tu boleh tahan juga..” usik Humaira. teringat malam itu gelagat Arin yang malu-malu.

“Jahatnya kau.. Belum apa-apa lagi dah bagi komen..” ujar Arin seolah merajuk.

“Alo..lo..lo.. janganlah merajuk. Nanti tak pasal-pasal Encik Inspektor lari pula tengok muncung sedepa tu..”

“Oh ya baru aku teringat, tadi pagi umi ada pesan.”

“Pesan apa?” soal Humaira dengan cepat.

“Dia suruh Arin cakap dekat Ira, dia jemput Ira, Mak Teh, Pak Teh dan Zeti pergi ke majlis doa selamat.”

“Bila?”

“Minggu depan hari Sabtu. Lagipun katanya dia dah lama tak jumpa Ira..”

“Baiklah kalau begitu” soal Humaira teruja. Dia pun rindukan Puan Jamilah. Namun di pendamkan dalam hati kerana dia begitu sibuk sejak kebelakangan ini. Dan dia berharap Puan Jamilah tidak akan menyalahkannya.

PETANG itu, Sarah datang berjumpa dengan Isabella di tempat yang sudah di janjikan. Ada berita yang mahu di sampaikan kepada Isabella mengenai Tengku Elman Qaufar. Dan dia berpendapat Isabella perlu tahu hal itu. dari hari itu lagi dia mahu berjumpa dengan Isabella tapi dia langsung tak berkesempatan.

“Ada apa you nak jumpa I ni?” soal Isabella.

“Ni Sarah dapat tahu yang Tengku Elman telah masukkan sejumlah wang dalam akaun seseorang.. You tahu tak perkara ni?” ujar Sarah kepada Isabella. Kelihatan riak wajah Isabella terkejut.

“Masukkan sejumlah wang ke akaun seseorang? Berapa banyak?” soal Isabella.

“RM 10,000. Tapi Sarah tak tahu dia masukkan ke akaun siapa? Cuma yang Sarah dengar hujung namanya Hu..Humaira.. Betullah Humaira..”

“Humaira??”

“Kenapa you kenal orang nama tu ke?”

“Nama penuhnya Ariana Humaira..”

“Hah!! Ariana Humaira.. Bukan ke itu nama arwah isteri Tengku Elman dulu? Tapi..”

“Itulah yang I tak faham. Kenapa dia masukkan sejumlah wang kedalam akaun orang yang dah mati. Atau dia memang?? Hishh you salah dengar tak?” ujar Isabella pada Sarah.

“Tak mungkin I salah.. walau pun masa tu I curi dengar. Memang dia masukkan sejumlah wang kedalan akaun Humaira.”

“Ha.. ada seorang perempuan di tempat kerja I nama Ariana Humaira. Jangan-jangan orang itu yang kita maksudkan.” Isabella memberi pendapat.

“Jadi you tak tahulah hal ini?” asak Sarah lagi. Dia melihat Isabella betul-betul terkejut mendengar kata-katanya tadi.

“Tak. Selama ini ada banyak hal yang Elman selalu sembunyikan dari I. Contohnya pasal kemasukan duit tu!!”

“Jadi apa you nak buat?”

“I akan tanya Encik Johan. Dia pasti tahu hal ini. Sebab Elman tak rahsiakan apa-apa dari Encik Johan.” balas Isabella lagi. Dalam hal ini dia pasti hanya Encik Johan sahaja yang tahu.

“Ok. Apa pun you tanyalah dia elok-elok. Takut tak pasal-pasal kamu tak dapat kahwin dengan dia pulak…”

“Itu I taulah.. I mesti dapatkan Elman walau apa pun yang terjadi.” Nekad Isabella. Ya tiada siapa yang layak untuk merampas Elman darinya. Dan dia tak akan benarkan hal itu berlaku. Ini Isabellalah!!