Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 13 March 2013

Kau Rantai Hatiku 33


TENGKU Elman menghampiri katil yang menempatkan Humaira. Dia begitu nyenyak tidur. Mungkin sekarang gadis itu sedang di buai mimpi yang indah. Melihat wajah yang tenang itu, Tengku Elman menarik nafas lega. Dia terbayang kembali ketika Humaira pengsan pagi tadi, memang dia tidak dapat membayangkan segala kemungkinan yang berlaku. Serasa dia punya perasaan yang sama ketika dia menerima berita kehilangan ‘Ariana’ malah lebih dari itu kerana tubuh itu berada di depan mata!

Tengku Elman menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Wajah Humaira itu di renungnya. Entah mengapa wajah itu tidak jemu untuk di pandang. Ianya tetap manis dan menawan.

Perlahan tangan kanan Humaira di capai dan di genggam erat sebelum mengucupnya perlahan. Nasib baiklah segala perlakuannya itu tidak di sedari oleh Humaira. Jika tidak pasti Humaira akan mengamuk! Tengku Elman menyentuh lembut rambut Humaira. Alang-alang dia sudah mengaku dirinya suami Humaira kepada doktor tadi, tiba-tiba dia tersenyum nakal. Alangkah baiknya jika dia boleh melakukan lebih dari perkara itu. Namun fikirannya masih waras.

“Saya kat mana ni?” soal Humaira sebaik saja matanya di buka dan dia melebarkan pandangannya. Lain macam je tempat ni?

“Ira kat hospital..”  jawab Tengku Elman sambil tersenyum. Dia membetulkan duduknya. Nasib baik dia sudah melepaskan tangannya tadi. Kalau tidak pasti Humaira berfikir bukan-bukan tantang dirinya!

“Kenapa Ira ada kat sini?”

“Ira pengsan semasa dalam perjalanan kita nak balik KL. Jadi saya bawa awak ke sini..”

Humaira terkedu!

“Kenapa dengan Ira? Doktor cakap apa?” soalnya sambil memandang wajah Tengku Elman.

“Doktor cakap Ira stress.. Sebab itu Ira boleh pengsan. Tapi ada benda yang Ira tak cakap dengan sayakan?”

“Benda apa?” soal Humaira pelik. Entah mengapa lelaki ini benar-benar berminat mahu tahu sesuatu tentang dirinya.

“Ira pernah accidentkan?” soal Tengku Elman perlahan. Namun matanya tidak lari dari memandang wajah pucat Humaira.

“Mana Tengku tahu?” soal Ira hairan. Selama ini dia tidak pernah menceritakan perkara itu kepada lelaki itu. Hanya orang terdekat dan yang rapat dengan dirinya saja yang tahu.

“Tadi doktor cakap. Ira pernah accident. Sebab itu otak Ira tak boleh stress. Dan jika stress yang keterlaluan ia boleh menyebabkan Ira pengsan..” terang Tengku Elman lagi.

“Ya.. Ira memang pernah accident! Koma selama enam bulan..” akhirnya Humaira mengaku akan peristiwa yang pernah berlaku pada dirinya.

Tengku Elman terkedu!!

“Bila Ira boleh keluar?” soal Huamira lagi. Dia bukannya bimbangkan dirinya. Tetapi dia bimbangkan pasal kerja mereka. Sepatutnya mereka tidak berada di sini sekarang!

“Saya tak tahu.. Mungkin malam ini kita terpaksa bermalam di sini. Lagi pun Ira belum pulih sangat..”

“Tapi macam mana dengan Tengku? Takkan kerana Ira, Tengku akan bermalam di sini juga?? Lebih baik Tengku cari hotel dan tidur di sana. Kat sini mesti Tengku tak selesa.” Ujar Humaira sambil matanya gatal melihat sekeliling. Sekejap! Dia memang di tempatkan di bilik khas.. Semuanya tersedia.. Ada kerusi panjang, tv, bilik air...

“Lebih baik saya tunggu di sini bersama Ira. Manalah tahu Ira nak lari dari hospital! Saya juga yang susah nak cari”

“Apa?? Sampai begitu sekali yang Tengku fikirkan? Pada hal Ira tak terlintas pun..” ujar Humaira geram. Adakah patut Tengku Elman ingat dia akan larikan diri dari hospital ini..

“Dalam keadaan Ira seperti sekarang, apa-apa pun boleh berlaku. Dan sebelum apa-apa berlaku lebih baik saya mengawasi Ira 24 jam. Saya sanggup jadi bodyguard Ira tanpa gaji tau!!” kata-kata Tengku Elman di selangi tawanya.

“Tengku!!”

“Pasal tu, Ira tak payah bimbang!! Yang penting sekarang Ira berehat sepuas-puasnya. Esok pagi saya akan beritahu doktor supaya Ira dapat keluar dari hospital dan kita akan balik ke KL..”

Jawapan Tengku Elman itu melegakan hati Humaira.. dia sebenarnya rasa bersalah. Kerana gangguan kesihatannya, mereka terpaksa bermalam di situ untuk malam ini.

MALAM itu seperti yang di janjikan, Tengku Elman menjaga Humaira. biar pun dia rasa letih, namun apabila dia melihat wajah Humaira dia kembali bersemangat. Ketika inilah dia mengambil peluang untuk menatap wajah yang serupa dengan wajah ‘Ariana’ dulu!

Dahi gadis itu berkerut-kerut seolah-olah menahan kesakitan. Tengku Elman yang masih setia itu meneliti wajah Humaira dengan teliti. Pipinya yang gebu, bibirnya yang menawan, keningnya dan dagunya yang memikat.

Tengku Elman memejamkan matanya, dia cuba mengusir perasaan yang tidak ketentuan jauh-jauh.. Argh!! Bagaimana dia dapat menahan hatinya melihat Humaira begitu. Bagaimana dia dapat mengusir perasaan nakalnya sedangkan hatinya di ulit rasa rindu.

Akhirnya dia tertidur sambil tangannya memengang tangan Humaira.

HUMAIRA di benarkan keluar dari wad selepas dia di tahan untuk satu malam. Lagi pun mereka sepatutnya hanya pergi ke Johor dua hari satu malam. Kini sudah menjadi empat hari , tiga malam.

Mereka sampai di Kuala Lumpur dan terus menuju ke syarikat Global. Tengku Elman Qaufar masih merasa bimbang akan kesihatan Humaira. Ketika dalam perjalanan tadi pun dia sekejap-sekejap menoleh ke sebelah tempat duduk Humaira. Dia rasa sangat bimbang akan kesihatan Humaira.

“Ira dah rasa okey ke?”

“Saya dah okey Tengku.. Sakit kepala saya dah hilang pun..” jawab Humaira dengan senyumannya. Dia tidak mahu menyusahkan Tengku Elman Qaufar dalam keadaan sekarang. Cukuplah ketika mereka berada di Johor masa tu.

“Kalau Ira tak rasa okey, saya boleh hantarkan Ira sampai ke rumah Ira!”

“Tak apalah. Ira tak nak menyusahkan Tengku. Lagipun Tengku dah penat juga” jawab Humaira lagi.

“Saya rasa baik Ira ambil cuti. Lagi pun Ira berapa sihat lagi..”

“Tapi pasal perbentangan tu?”

“Tak apa, pandailah saya nak terangkan nanti. Lagipun Irakan dah bagi tau sikit-sikit dengan sayakan?” jawab Tengku Elman lagi. Wajah pucat Humaira di renungnya. Perasan akan mata Tengku Elman yang merenungnya cepat-cepat sahaja Humaira mencelah.

“Kalau macam tu terima kasihlah.. Ira pergi dulu..” ujar Humaira sambil menyambut beg pakaiannya dari tangan Tengku Elman. Dia terus masuk ke dalam keretanya. Nasib baik sakit kepalanya sudah hilang. Kalau tak keadaan ini akan menyusahkan Tengku Elman lagi.

HUMAIRA berjalan-jalan seorang diri. Dia mahu menenangkan fikiran. Cuti yang di ambil hanyalah sekadar alasan dia untuk merehatkan fikiran. Kalau otak sudah bercelaru semua kerja tidak akan menjadi. Dia mengambil tempat taman tempat dia selalu duduk. Dia akan datang untuk merehatkan mindanya di sini.

Sepatutnya hari ini di bekerja untuk menyiapkan tugasan bagi projek itu. Namun bila didesak oleh Tengku Elman barulah dia berehat dan mengambil cuti.

Kali ini dia mahu memikirkan masa depannya. Dia mahu berhenti kerja. Dia tidak mahu masalahnya membebankan orang lain. Tapi mahukah Tengku Elman melepaskan dia dari jawatan yang di sandang sekarang. Lagi pun majlis pelancaran projek itu pun belum di adakan. Arghhh dia cuba saja. Kalau Tengku Elman bersetuju dengan pendapatnya. Dia akan kembali ke butik untuk meneruskan perniagaannya dengan Arin. Dan kalau Tengku Elman tidak bersetuju dia terpaksa akur dengan perintah dari Tengku Elman. Dia sudah mengambil keputusan yang muktamad. Dia mahu meletakkan jawatan. Dia bersyukur juga kerana di beri peluang untuk mencapai impian dan cita-citanya. Dan akhirnya dia akan kembali ke rumah.

Akhirnya kakinya sudah berada di depan kedainya. Dia melihat Arin sedang sibuk membuat kerja. Mungkin dia ada tempahan dari pelanggan! Bisik hati Humaira.

Kedatangan Humaira ke kedainya itu mengejutkan Arin. Namun dia melihat wajah Humaira sedikit pucat.

“Ira tak kerja ke hari ini?” soal Arin hairan. Sambil itu dia menarik tangan Humaira agar masuk ke bilik mini pejabat mereka.

“Ira baru sampai dari Johor..”

“Baru sampai dari Johor?”

“Mmmm..”

“Macam mana kat Johor.. Mesti seronokkan dapat pergi Johor? Arin rindulah nak pergi sana..”

“Seronok sangat..  Arin tahu apa yang Ira jumpa kat sana?” ujar Humaira lagi.

“Ira tak cakap macam mana Arin nak tahu?” jawab Arin sambil memandang wajah sahabatnya itu. dia perasan wajah Humaira sedikit pucat tak berseri langsung!

“Ira jumpa Wan dengan wife dia..” tutur Humaira perlahan.

What?? Wan dengan wife dia? Sejak bila Wan nikah?” soal Arin bertalu-talu. Dia rasa tak percaya dengan kata yang baru di dengarinya tadi.

“Baru je.. sebab itulah Wan tak pernah angkat panggilan dari Ira..” ujar Humaira dengan nada sedih. Arin terus memeluk sahabatnya itu. Dia tahu Humaira tentu tengah bersedih sekarang.

“Apa pun Ira kena banyak bersabar.. Arin sentiasa ada disisi Ira..”

Humaira melepaskan rasa sedih di hatinya. Hanya pada sahabatnya itulah tempat dia mengadu segala masalah.

“Oh ya.. Buat apa Ira pergi ke Johor? Ira pergi dengan siapa?” dari tadi lagi dia mahu bertanya soalan itu.

“Ira pergi dengan Tengku Elman. Kami ada perbincangan dengan orang di sana. Kebetulan orang itu rupa-rupanya isteri Azwan..”

“Mungkin tuhan mahu tunjukkan sesuatu.. Tapi tak apalah mesti Tengku Elman yang temankan Ira masa bersedih bukan..”

“Sepatutnya kami pergi dua hari satu malam. Kini sudah menjadi empat hari, tiga malam...”

“Apa yang peliknya?”

“Sebab Ira masuk hospital untuk satu malam..” Arin terkejut mendengar kata-kata Humaira.

“Masuk hospital? Kenapa sampai jadi begitu? Kenapa tak call Arin?” Humaira melepaskan keluhan.

“Doktor cakap Ira stress sangat. Sampai menyebabkan Ira pengsan!”

“Jadi Tengku Elman temankan Iralah untuk satu malam di hospital itu?” soal Arin dengan senyuman di bibirnya..

 Humaira mengangguk!

“Wow!! Bestnya.. mesti dia seorang yang romantic!!” jerit Arin di depan Humaira.

“Apa Arin mengarut ni??” marah Humaira.

 Namun Arin tetap dengan sisa tawanya. Entah mengapa dia suka sangat menyakat Humaira dengan Tengku Elman walaupun dia tahu Tengku Elman sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

TENGKU Elman Qaufar berjalan semula ke meja kerjanya dan duduk. Dia benar-benar rindukan Humaira. Baru sehari dia tidak dapat menatap wajah Humaira. Esok hari Sabtu. Hendak ajak keluar jangan harap gadis itu akan mengikutnya. Alasannya dia sibuk di kedai. Maklumlah kedai itu hasil titik peluh dia dengan sahabatnya Arin.

Kedengaran pintu pejabatnya di ketuk. Tengku Elman menyuruhnya masuk.

“Ada apa you nak jumpa I?” keluar pertanyaan dari Isbaella. Selalu bukan main liat Tengku Elman Qaufar mahu berjumpa dengannya.

“Humaira ada datang kerja tak? Sepatutnya pagi ini dia kena buat perbentangan pasal projek tu..” soal Tengku Elman.

“Tak ada. Dah dua hari dia tak datang kerja. Ni surat perletakan jawatan oleh Humaira.” Surat tersebut di letakkan di atas meja Tengku Elman Qaufar.

“Surat letak jawatan? Dia ada masalahkah?” soal Tengku Elman kehairanan. Patutlah pagi ini dia tidak nampak kelibat Humaira.

“Entahlah. Sejak balik dari Johor hari tu dia tak turun kerja. Dan hari ini dia datang dengan menghantar surat perletakan jawatan” ujar Bella. Namun pandangannya tetap tidak teralih pada wajah Tengku Elman.

“Kenapa baru sekarang you bagitau I..” marah Tengku Elman.

Sorrylah. You tu sibuk sangat dengan meeting. Sebab tulah I tak sempat nak cakap dengan you” ujar Bella membela diri. Pada hal dia sengaja berbuat demikian.

Tengku Elman mengeluh. Memang dua hari ini dia betul-betul sibuk sampaikan dia tiada masa langsung melekat di pejabat. Sekarang pun dia bersiap-siap nak pergi mesyuarat dengan klien juga.

“Tak apalah.”

“You ada meeting lagi ke?” soal Isabella ketika dia melihat Tengku Elman berkemas.

“Yup.. kalau tak ada apa-apa you keluarlah dulu.. Sekejap lagi I nak keluar ni.”

“Okeylah jumpa lagi nanti..” Bella tersenyum mesra. Gembira rasanya bila dia mengetahui Humaira sudah letak jawatan. Selepas ini sudah tentu Tengku Elman akan memberi perhatian sepenuh kepadanya sahaja.

Selepas Isabella keluar dari biliknya, Tengku Elman terus mendail nombor telefon Ira. Namun tiada berjawab. Entah apa yang gadis itu buat agaknya. Mengenangkan mesyuarat penting sebentar nanti, Dia melupakan saja hasratnya untuk mencari Humaira di kedainya. Dia pasti mesti Humaira berada di sana.

SEMENTARA di butik IRARIN dua sahabat itu sedang berborak-borak. Arin tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila dia mengetahui bahawa Humaira akan kembali untuk membantunya.

Best jugalah awak dah ada untuk tolong aku ni!” ujar Arin.

Humaira cuma menoleh.

“Sukanya dia..”

“Eh mestilah suka. Kau balik kerja sini semula. Mestilah aku suka. Entah-entah dia yang tak suka kerja kat sini. Yelah kat syarikat tu, ada bos yang handsome, gaji pun boleh tahan. Kat sini apa yang ada?” Arin mengajuk cakapnya.

“Awak nikan suka hati je cakap Ira macam itukan!” ujar Humaira lagi.

“Awak ni betul ke dah berhenti kerja?” soal Arin dengan perasaan sangsi.

“Betul. Buat apa Ira nak tipu pula. Surat letak jawatan pun Ira dah bagi pagi tadi. Kenapa Arin tak percaya ke Ira dah berhenti kerja?” soal Huamira tidak senang dengan kenyataan Arin.

“Takkan semudah itu saja? Apa alasan kau berhenti? Mesti bos kau mengamuk gila kalau dia tahu!” soal Arin sangsi! Dia hairan juga bila mendengar Humaira sudah berhenti kerja!

“Pedulilah. Ira tak nak libatkan diri dengan hal dia tu!! Lagipun dia dah bertunang..” ujar Humaira sambil mencebik! Dia makin keliru dengan layanan Tengku Elman yang baik terhadapnya.

“Betul juga apa yang awak buat tu. Lagipun tak baik nak rapat dengan tunang orang.” nasihat Arin lagi. Dia tidak mahu sahabatnya makin susah hati. Dia faham dengan perasaan Humaira yang sudah terputus kasih dengan Azwan.