Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 27 July 2012

Hanya Kau Milikku 17


Mira sudah bersiap dengan pakaian tidurnya. Nasib baik dia tidak lupa bawa baju sejuk dan stokinnya. Kalau tidak pasti dia akan rasa sejuk nanti. Dahlah aircond tu pun sejuk. Dia melihat Iqbal sudah memejamkan matanya. Mungkin dia sangat letih. Perlahan-lahan Mira mendekati katil itu untuk mengambil bantal. Namun belum sempat dia melangkah terasa lengannya di tarik. Terkejut dia lalu menoleh. Kelihatan Iqbal sudah terjaga.

“Sayang nak kemana pula tu?”

“Nak tidur kat situ” jawab Mira.

“Apa?”

“Awak tidur je kat katil tu.. Lagipun awak penatkan? Tak apa Mira tidur kat sofa. Mira dah biasa juga..”

“Hei siapa cakap sayang boleh tidur kat situ?” soal Iqbal lagi.

“Suka hati Miralah nak tidur kat mana pun..” jawab Mira lagi.

“Sayang lupa ke buat-buat lupa?”

“Lupa apa pula nih?”

“Memang pelupalah ni kot? Kan tadi dah janji dengan abang, untuk selama kita berada di sini, jangan ingkar cakap abang..” Iqbal mengingatkan Mira.

“Tapi?”

“Sayang jangan risau, abang janji abang tak buat selagi Mira tak mahu. Abang nak Mira betul-betul dah bersedia menerima abang sebagai suami, masa itu nanti memang abang akan nak punya!” Iqbal memberi jaminan.

Lima minit kemudian, Mira bersuara sambil memandang wajah Iqbal. Walaupun dalam hatinya dia tidak percaya akan kata-kata Iqbal namun dia menurut saja. Malas dia mhu bergaduh lagi..

“Okey kalau itu jaminan awak..”

“Janji!!” Iqbal mengangkat tangannya.

“Tapi kalau awak mungkir janji, jangan menyesal!” ujar Mira lagi tidak mahu mengalah.

“Menyesal apa sayang?” soal Iqbal tidak puas hati. Ada getar pada nada itu.

“Mana boleh bagi tau!”

“Oh nakalnya isteri abang ni.. Ni yang buat abang makin geram ni..”

 Mira tergelak. Kemudian mahu tak mahu terpaksa juga kakinya naik ke atas katil. Dia berada di atas katil sibuk membina benteng. Mira menepuk-nepuk bantal sebelum membaringkan badannya.

“Sayang..”

Mira terkejut.

“Kenapa pula ni?”

“Biar abang tidur di sebelah kanan sayang, okey”

“Kenapa pula? Kan sama je tidur di belah mana pun..” ujar Mira tidak faham kata-kata Iqbal.

“Sayangkan rusuk kiri abang..” ujar Iqbal dengan lembut sambil tersenyum.

“Yelah-yelah..” ujar Mira sambil menukar tempat tidurnya. Mira membaringkan badannya semula.  Dia baring membelakangkan Iqbal. Baru saja dia menutupkan matanya kedengaran suara Iqbal memanggilnya.

“Sayang...” panggil Iqbal lagi.

‘Hish dia ni kan tak habis-habis nak panggil’ detik hati Mira.

“Ada apa lagi?”

“Tak baik tau, tidur membelakangkan suami..”

“Macam-macamlah..” ujar Mira geram. Sejak bila pula ada banyak pantang larang ketika tidur.

“Mira tak takut ke kalau abang buat sesuatu di belakang?” soal Iqbal lagi. Sengaja dia bertanya begitu. Mahu melihat reaksi Mira.

“Eeee Takutnya..” balas Mira balik.

Kemudian dia mengiring memandang Iqbal.  Kalau tak pandang, takut Iqbal berbuat sesuatu seperti masa mereka di kampung hari tu. Iqbal juga begitu. Namun senyuman tak lekang dari bibirnya. Memandang wajah itu sebelum tidur, moga dapat jumpa lagi dalam mimpi!

..........................................

Kilat yang dari tadi asyik berbunyi membuatkan Mira tidak dapat tidur. Dia diam.

‘Iqbal dah tidur ke? Kalau aku kejut dia suruh dia bersembang dengan aku. Agak-agak dia marah tak?’ Mira gigit bibir. Ah, macam mana pun dia kena kejut jugak suaminya tu. Dah takut sangat ni!! Asyik terbayang peristiwa lalu.. Peristiwa yang hampir meragut kesucian dirinya.

“Awak.. Awak..” panggilnya.

Masih lagi tak ada respons. Mira bangun dari baringnya lalu menghadap Iqbal yang masih terbaring di sebelahnya

“Awak…” Senyap.

“Awak…” Senyap juga.

BOOM!

“Abang!” Mira memanggil sekali lagi. Kali ini suaranya sedikit tinggi dari tadi. Guruh yang sedang sabung-menyabung makin lama makin kuat bunyinya.

Iqbal menggosok-gosok matanya kemudian sedikit terjaga. Dia menoleh ke sebelah kanannya, pandangan matanya masih lagi kabur. Almaklumlah, baru bangun tidur. Dia duduk di atas katil kemudian menarik nafas. Dia mendengar seperti ada orang memanggilnya ‘Abang’ sebentar tadi. Kelihatan Mira sedang duduk di sebelahnya sambil memeluk kakinya. Hairan juga dia melihat Mira berkeadaan seperti itu!!

“Ada apa ni sayang? Gerak abang pagi-pagi buta ni. Kenapa?” tanya Iqbal dalam suara mendatar. Dia menghela nafasnya perlahan-lahan. Dia kembali baring. Perlahan-lahan matanya tertutup kembali. Rasa penat masih menguasai diri.

“Mira takut la…” Dengan jujurnya Mira mengaku.

“Takut apa pulak ni, sayang?” soal Iqbal yang masih terkebil-kebil. Apa yang Mira takutkan?

Sekali lagi guruh memekik sehingga Mira melompat terus dia memeluk ke arah Iqbal yang baru mahu terlelap.

“Abang!!” panggil Mira lagi dengan nada yang kuat.

Dia memeluk pinggang lelaki itu tanpa segan-silu. Ala, bukan salah pun. Akukan isteri dia? Makin lama makin kuat pelukan Mira.

Iqbal Iskandar terkejut. Dipegangnya bahu Mira perlahan. Terasa badan Mira mengigil ketakutan. Rasa kasihan menerpa di hati.

“Dah, apa yang nak takut sangat ni? Guruh je kan? Jom lah tidur…” Iqbal bangun dan menarik tubuh Mira perlahan-lahan ke dalam dakapannya. Baru dia teringat bahawa Mira memang takutkan bunyi guruh. Terasa gementar sekali tangan Mira dalam genggamannya. Bibirnya bergetar ketakutan.

Kedua-duanya berbaring kembali. Apabila cuaca sudah reda barulah Mira kembali ke tempat baringnya. Malunya dia!!

Mira menguis-nguis hujung bantal peluknya, namun matanya masih juga tidak mahu pejam. Apalagi bila memikirkan Iqbal Iskandar yang berada di sebelahnya. Dia masih berasa malu dan takut sebenarnya.

“Awak..”

Namun suasana senyap saja.

“Abang?” suara lembut menyapa telinga Iqbal. Matanya masih tertutup. Namun telinganya masih mendengar.

“Hmm?”

“Apa!! Mira panggil abang.. Abang?” terbangun Iqbal apabila menyedari Mira memanggilnya abang. Tadi ada sekali dia dengar tapi mungkin khayalannya saja kot! Namun kini memang sah-sah telinganya mendengar Mira memanggilnya abang!

Mira tersenyum sedikit. Tak tidur lagi rupanya. Hujan yang tadinya turun lebat kini sudah beransur rintik. Mira melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Air hujan yang rintik itu ditatapnya penuh asyik. Jam telefon bimbit sudah pun menunjuk ke pukul tiga pagi.

“Tak tidur lagi?” Mira menanya. Sengaja mencari topik perbualan. Dah la tak boleh tidur, senyap je tu. Dia memang perlukan teman berbual. Kalau dulu masa tinggal dengan Wani, sahabatnya itulah yang menjadi penemannya. Sampai mengantuk di tempat kerja gara-gara matanya yang tidak mahu tidur bila mendegar bunyi guruh di langit.

“Abang tunggu sayanglah..” jawab Iqbal.

“Mata Mira tak nak tidur..”

“Kenapa? Abang dah mengantuk sangat ni” jawab Iqbal lagi.

Mira tergelak kecil. Membuatkan Iqbal tidak jadi memejamkan matanya yang memang mahu tidur tadi. Entah mengapa matanya kembali segar bila mendengar Mira tergelak manja... Dia semakin berdebar-debar. Hatinya bagai di palu.. Sabarlah kau wahai hatiku!!

“Abang…” panggil Mira lembut.

“Yeah?”

“Terima kasih”

“For?”

“Pasal petang tadi, the birthday, the surprise and all. Tapi pasal kat bilik mandi tu tolong lupakan...yer!” jawab Mira sambil tersenyum malu. Memang di malu dengan Iqbal bila mengenangkan peristiwa petang tadi.

Senyap.

“Abang? Abang dah tidur ke?”

Senyap.

Mira jadi bingung. Aik, tadi punya la cergas nak dengar aku cakap apa. Sekarang dia pulak dah tidur? Mira bangun dari baringnya. Baru seinci kepalanya ditoleh ke depan dan…

ZUUUP!

Satu ciuman hinggap di bibirnya. Dia terkejut tapi dibiarkan sahaja. Iqbal Iskandar memandang isterinya yang kini sudah berada di depan muka. Muka Mira mungkin sudah merona merah sekarang! Dia tidak berapa nampak kerana keadaan gelap.

“Kenapa abang buat macam tu?” Mira menanya dalam dengar dan tidak. Menahan rasa getar di hati. Bkan mudah untuk mengawal rasa itu.

“Because I love you and thank you for calling me abang..” Iqbal Iskandar jawab jugak soalan yang bodoh tu.

“Awak!!”

Jarinya diletakkan ke atas bibir Mira. Serta-merta Mira diam. Kedua-duanya menatap anak mata satu sama lain. Jantung sudah bedegup kencang. Terasa macam nak gugur masa tu jugak! Air hujan yang merintik-rintik menambahkan lagi bunyi pada malam itu.

“Sayang nak kena cium kat bibir lagi ke? Dah elok panggil abang tadi” usik Iqbal lagi.

Mereka diam seketika.

“Abang lupa nak cakap sesuatu” ujar lelaki itu kemudian mengusap-usap pipi Mira yang halus itu.

“Apa?” Perlahan sahaja Mira menanya. Dia menelan liurnya.

“Happy birthday sayang and I love you so much…” Iqbal berbisik di telinga Mira kemudian mengucup bahu isterinya itu perlahan.

“Kan tadi dah ucapkan” sempat lagi Mira menegur.

“Memang pun. Tapi abang nak Mira sentiasa ingatkan abang dari saat ini sampai bila-bila” Iqbal memberitahu dengan penuh lembut. Mira menunduk.

“Sayang.. Mulai saat ini, kita akan habiskan masa seumur hidup untuk bersama. Dan abang nak sayang ikhlas terima abang dalam hidup sayang.. Sebagai mana abang ikhlaskan hati dan jiwa raga abang untuk mencintai Mira.. ya sayang..” pujuk Iqbal lagi.

Mira terkedu dengan bait-bait cinta yang di luahkan oleh Iqbal Iskandar. Hampir tidak percaya ayat-ayat itu keluar dari bibir lelaki itu. Lelaki yang mendatangkan sejarah hitam dalam hidupnya, lelaki yang tidak pernah di undang dalam hidupnya, lelaki yang amat dia benci dalam dunia ini dan akhirnya lelaki inikah yang akan menyayanginya seumur hidup..?

“Please.. Bagi abang peluang untuk menebus segala kesilapan abang yang lalu.. Abang merayu sangat..”

Suara itu separuh merayu itu membuatkan Mira sebak. Wajah jernih Iqbal Iskandar di renung penuh kasih dan dia nampak akan keikhlasan terpamer di situ. Tiada keraguan.. Namun bolehkah hatinya menerimanya?

Tanpa sedar kepalanya mengangguk perlahan. Genggaman Iqbal Iskandar semakin kemas di jari jemarinya menerbitkan rasa nyaman dan tenang sekali.

“Dahlah Mira nak tidur ni..” Mira memberi alasan. Sebenarnya dia masih gementar. Dia takut untuk mendengar ucapan Iqbal yang mungkin boleh mencairkan hatinya. Dia belum bersedia untuk menerima semuanya itu.

Dalam diam Iqbal bersyukur kerana akhirnya tuhan telah membuka sedikit pintu hati Mira untuk menerima cinta dan kasih sayangnya secara perlahan-lahan. Dia berjanji tidak akan mempersiakan kasih sayang Mira terhadapnya. Bukalah hatimu wahai isteriku.

.................................................

Pagi-pagi Iqbal sudah menghilang. Entah kemana dia pergi, Mira tidak tahu. Dia terus menuju ke bilik mandi. Takut Iqbal akan balik sebentar lagi. Kalau Iqbal ada di bilik segan pula takut terjadi lagi kejadian semalam. Malu gila dia dengan Iqbal.

Mujurlah Iqbal belum sampai walaupun dia sudah mandi. Dia duduk di atas katil yang empuk itu. Teringat dia kejadian malam tadi. Gara-gara dia takut akan bunyi guruh, dia bersengkang mata sehingga waktu subuh. Selepas subuh barulah matanya mengantuk. Dan sekarang sudah pukul 8.30 pagi. Perutnya juga berasa lapar.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut wajahnya. Hatinya terasa sedikit lapang dengan keadaan begitu malah matanya juga senang menatap keindahan di hadapan matanya. Senyuman mengayuti bibir Mira bila kenangan itu menyapa. Entah mengapa tiba-tiba ingatannya kembali kepada suasana ketika kedua orang tuanya masih hidup. Di zaman kanak-kanaknya terasa sungguh bahagia.

Iqbal membuka pintu bilik dengan membawa sejambak bunga di tangannya. Di sebelah tangannya pula ada beg plastic berisi makanan dan juga pakaian.

“Sayang..” panggil Iqbal.

‘Hish kemana pula Mira pergi. Takkan dia keluar dari bilik. Matanya meliar mencari kelibat Mira. Namun pencariannya terhenti apabila melihat tubuh Mira berada di luar bilik. Mungkin dia sedang menikmati keindahan alam kali. Perlahan lahan dia meletakkan plastik di atas meja dan menyembunyikan sejambak bunga di belakangnya. Dia berjalan menuju ke tempat Mira berdiri.  Tiba-tiba sahaja Mira menoleh apabila dia terbau sesuatu.

Dia melihat Iqbal sedang menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Dia memang sudah agak pastinya sejambak bunga yang dia tidak suka.

“Jangan datang dekat dengan Mira..” ujar Mira sebaik saja melihat Iqbal berjalan menuju ke arahnya. Iqbal hairan. ‘Apa dah jadi pada bini aku ni?’ namun dia tetap juga berjalan menuju ke arah Mira sambil menghulurkan sejambak bunga yang baru di belinya tadi.

“Mira cakap jangan datang dekat” tiba-tiba Mira menengking.

“Kenapa? Sayang tak sudi terima bunga ini?” soal Iqbal dengan nada kecewa.

Mira hanya menggeleng. Berubah wajah Iqbal yang tadi tersenyum kini bertukar menjadi kelat. ‘Sampai hati tak nak terima bunga yang ikhlas dari hati abang ni!’

“Jauhkan bunga itu dari Mira.” Dia sudah sedaya upaya menahan bersin. Memang dia alah kepada bunga. Bukan niatnya mahu menyinggung perasaan Iqbal. Namun Iqbal masih berdiri sambil memegang sejambak bunga itu. Dia tidak faham kenapa Mira menolak bunya itu.

Akhirnya Mira Syafika tidak dapat menahan bersinnya. Berkali-kali dia bersin sehingga air matanya keluar. Dia mencari kotak tisu yang tadi dia nampak di atas meja tv. Iqbal sudah cemas bila melihat Mira seperti orang menangis. Lalu dia meletakkan bunga di hujung sudut bilik itu.

‘Orang perempuan biasanya suka bunga. Tapi isteri aku ni takut bunga.’

“Sayang kenapa ni?” ujarnya sambil mendekati Mira.

Mira tetap bersin selagi bau bunga itu menusuk hidungnya, selagi itu dia akan bersin.

“Mira alah dengan bunga..” ujar Mira  perlahan sambil mengelap hidungnya yang sudah kemerahan.

“Abang minta maaf. Abang tak tau..” balas Iqbal dengan perasaan serba salah. Tadi bukan main gembira hatinya ketika memilih bunga untuk di berikan kepada Mira. Tup.. tup.. Mira alah kepada bunga.. Patutlah dia tidak pernah nampak Mira dekat dengan bunga.

Iqbal membantu Mira. Rasa kesal bersarang di hati. Sepatutnya dia lebih berhati-hati dengan apa yang Mira suka dan tak suka.

.........................................................

Pak Cik Fuad datang ke pejabat Dato Ismail. Sudah lama dia tidak datang berjumpa dengan Dato Ismail.

“Sibuk ker?” soal Encik Fuad apabila melihat Dato Ismail sedang asyik membuat kerjanya. Dato Ismail mengangkat kepalanya.

“Tak adalah Pakcik. Tinggal sikit je kerja ni..” jawab Dato Ismail.

“Kerja ni masih juga ke kau buat. Bagilah Iqbal tolong kau.. Ni Iqbal tak tolong ker?”

“Ni saya ambil alih kerja dialah ni. Dia tengah bercuti..” jawab Dato Ismail.

“Cuti? Dia pergi mana?”

“Katanya nak balik kampung isteri dia.. Lepas tu dia orang pergi ke Cameron Highland.”

“Cameron Highland?? Eh.. Sejak bila pula cucu aku seorang tu dah berubah selera. Paling tidak pun pergilah ke Paris ke, London ker? Ini Cameron Highland...” ujar Pakcik Fuad dengan tawanya.. Dia betul-betul tidak faham dengan Iqbal.

“Dia tak nak ambik cuti panjang. Cuti pun tiga hari jer.. Mana cukup nak pergi ke oversea..” jawab Dato Ismail.

“Lain kali awak bagilah cuti panjang sikit kat di orang.. Mana tau balik dari bercuti bawa hasil.. Taklah kempunan nak main dengan cucu..” ujar Pakcik Fuad sambil tergelak.

“Budak bertuah tu memang.. Susah nak jangka perangainya.. Boleh pula bawa bini dia pergi ke Cameron highland jer?” sambung Encik Fuad lagi. Mereka berdua ketawa lagi. Sungguh dunia orang di lamun cinta ni, macam-macam!

.........................................................

Mereka pergi ke ladang teh, kebun strawberi dan tempat-tempat yang menarik yang lain. Iqbal mengambil gambar di tempat-tempat yang menarik itu. Tidak lupa juga dia mengambil gambar Mira secara terang terangan.

“Jomlah sayang, kita tangkap gambar..” ajak Iqbal bersungguh-sungguh.

“Dah berapa keping yang abang dah ambik?”

“Abang rasa dekat 50 keping kot... Kenapa?”

“Banyaknya. Gambar apa yang abang ambik sebanyak tu?”

“Gambar sayang..”

“Mana? Mira nak tengok!”desak Mira lagi.

“Hish.. mana boleh sayang tengok. Abang sayang tau semua gambar yang abang tangkap dalam ni. Rahsia, tak boleh tunjuk kat sayang. Nanti sayang delete gambar tu..” Iqbal tergelak-gelak. Mira semakin geram!

“Eleh simpan jelah buat pekasam. Mira pun tak sudi nak tengok..” Mira bingkas bangun meninggalkan Iqbal yang masih tertunduk melihat gambar yang di tangkapnya. Malas dia mahu melayan Iqbal.

“Sayang..” Iqbal menoleh ke sebelah. Aik.. dah lesap pulak dah!!

“Sayang.. Marilah sini tengok..” pujuk Iqbal lagi. Iqbal menyentuh-nyentuh bahu isterinya. Mira menepis.

“Sayang.. Marilah sini tengok gambar dalam ni..”

Namun laungan Iqbal langsung tidak di pedulikan oleh Mira lagi. Di terus meninggalkan Iqbal tang tercungap-cungap mengejar dari belakang. Kemudian Mira duduk di sebuah kerusi itu. Iqbal pun turut duduk di sebelahnya.

“Sayang.. sampai hati tinggalkan abang macam tu.. Penat tau tak kejar sayang..”

 Mira tetap membisu. Rasa lucu pulak dia merajuk. Iqbal terus meletakkan kameranya dalam keadaan mode view di hadapan Mira. Dia tak peduli. Mira mesti tengok gambar tu!

Gambar Mira yang sedang lena ketika subuh tadi di bilik hotel mereka!

“Abang malulah Mira nak tengok gambar tu! Abang kena delete gambar tu!”

“Kenapa pula? Kan betul abang dah cakap tadi. Kalau Mira nampak gambar tu mesti suruh abang deletekan!” ujar Iqbal samba tergelak-gelak.

“Suka hati awaklah!!”

“Janganlah merajuk. Kalau nak tau orang inilah yang paling abang sayang!! Tak ada orang lain yang dapat mengatasi dia! Cupp!!” satu ciuman singgah di pipi Mira.

Iqbal cepat-cepat bangun meninggalkan Mira, sebab dia tahu Mira pasti akan marah padanya nanti.

“Abang!!!” geramnya Mira.. Dia memengang pipinya. Dalam hatinya dia suka!

Mereka terus berjalan pulang ke hotel. Lagi pun hari dah semakin gelap.

3 comments:

  1. ngeee...senyum lagi..best..sngt2,mira bagi la peluang pada iqbal, ssenguhnya dia dh berubah..iqbal betol2 syng kat mira,hmmm mira pon dah boleh terima iqbal wlpon secara perlahan,soo sweet..romantik habislah..meletop ,writer..N3 kali ni sangat menarik..hehe..so jangan lupa N3 18 pulak hehe...

    ReplyDelete
  2. ala....betambah best citenya.....nak n3...

    ReplyDelete
  3. sweetnya...,best sangat..nampaknya macam mira da bole terima kehadiran iqbal..:)
    bestnya nak tau n3 seterusnya ..

    ReplyDelete