MEREKA
sudah sampai di Johor Bahru. Tengku Elman dan Humaira sudah mendaftar masuk ke
hotel Hyatt. Humaira rasa sangat penat walaupun bukan dia yang memandu.
Perjalanan dari Kuala lumpur ke Johor Bahru memakan masa 5 jam. Sesampai sahaja
di bilik hotel, Humaira terus mandi dan dia mahu berehat. Rasa macam malas pula
dia mahu keluar makan. Dia memang ada membawa sedikit makanan ringan. Manalah
tau kalau lapar tengah malam!
Selepas
mandi dia melihat telefon bimbitnya. 10 miscall! Semuanya dari Tengku Elman
Qaufar. Baru sahaja Humaira mahu melabuhnya punggungnya, telefon bimbit itu
berbunyi lagi.
“Hello..”
“Hello..
Saya tunggu Ira kat depan pintu ni!” Tengku Elman memberitahu. Dari tadi lagi
dia mendail nombor Humaira. Dan sekarang baru panggilannya itu berjawab.
“Apa?
Tengku buat apa depan pintu bilik Ira?” soal Humaira lagi.
“Saya
nak ajak awak makan. Perut saya laparlah!” jawab Tengku Elman lagi.
Humaira
pergi ke muka pintu. Dia dapat melihat Tengku Elman melalui cermin kecil yang
terlekat di muka pintu itu.
“Ira
tak laparlah..”
“Tapi
saya lapar.. Kalau Ira tak nak makan, awak temankan saje pun dah cukup.. Tak bestlah makan sorang-sorang!” rayu
Tengku Elman lagi. Humaira menggaru kepalanya. ‘Mengada betullah lelaki ini.
Itulah lain kali ajaklah tunang sendiri pergi outstation.. Pasti dia tak kebulur macam sekarang!’
“Okeylah
tunggu sekejap. Ira nak bersiap dulu” akhirnya dia memberi kata putus. Kalau
dia tak keluar makan nantikan ada sajalah helah Tengku Elman. Lelaki itu memang
sukar di duga perangainya. Ada-ada saja!
“Okey
saya tunggu di depan pintu awak ni. Kalau awak tak keluar dalam masa sepuluh
minit saya ketuk pintu awak kuat-kuat” ujar Tengku Elman mengugut. Pada hal
dalam hati dia bagaikan nak tergelak pula. Lucu pulak dia buat perkara macam tu
dengan Humaira!
Panggilan
di matikan. Humaira bersiap-siap ala kadar. “Bukan makan malam romantic pun”
kata Humaira sendirian. Dia masih lagi membelek wajahnya di hadapan cermin bagi
memastikan tiada cacat celanya!
Kemudian
dia keluar. Memang benar Tengku Elman Qaufar masih setia menantinya di muka
pintu.
MEREKA
berdua berjalan seiringan. Tengku Elman Qaufar tak lekang dari senyumannya.
Rasa bangga pula dia berjalan dengan seorng wanita yang cantik seperti Humaira.
Semua mata asyik memandang kearah mereka. Manakala Humaira dengan muka mencuka.
Dia tidak suka dengan cara Tengku Elman yang asyik mengugutnya. Pada hal mereka
bukan berurusan sangat datang ke Johor Bahru ini. Tengku Elman boleh pilih Cik
Isabella pergi bersama dengannya bukan dengan dia.
“Awak
tak suka keluar dengan saya ke?” soal Tengku Elman bila melihat wajah Humaira
sugul dari tadi. langsung tiada senyuman di bibir gadis itu. bagaikan si gadis
itu terpaksa menurutinya.
“Memang
Ira tak suka keluar dengan Tengku pun…” jawab Humaira selamba. Tengku Elman
Qaufar tersenyum. Memang dia tahu akan jawapan Humaira kepada soalannya tadi.
‘Orang lain berbangga dapat keluar dengan aku tapi awak ni memang aku tak tahu
nak cakap apa?’ bisik Tengku Elman dalam hati.
“Ira
sayang.. Suka tak suka ke, awak tetap kena dengar arahan bos. But now I your partner.. You kena makan.
Nanti sakit.. Siapa yang susah? Saya jugakan?” Tengku Elman mengusik Humaira.
Namun usikan itu di hadiahi dengan jelingan tajam dari Humaira.
“Ira
nak tanya Tengku, kenapa Tengku pilih Ira dalam projek kita ni? Sedangkan
Tengku boleh bawa Cik Isabella bersama Tengku?” soal Humaira dengan geram!
“Itu
keputusan saya. Saya boleh buat apa saja untuk menentukan siapa yang layak
memengang jawatan dalam projek ini. Lagi pun saya pilih Ira sebab bakat yang
ada pada Ira. Bukan kerana soal peribadi!” jawab Tengku Elman dengan tenang.
Dia memang sengaja mahukan ruang bersama Humaira!
Humaira
mengeluh perlahan. Susah betul nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa.
“Awak
tak bangga ke dapat keluar makan dengan saya ni. Cuba Ira tengok sekeliling,
semua mata memandang ke arah kita..” ujar Tengku Elman dengan senyuman.
“Mereka
pandang kita sebab muka Tengku dah keluar majalah yang bertajuk Tengku Elman
Qaufar pemilik syarikat tungggal bertunang dengan Cik Isabella..” jawab Humaira
geram. Bengang dengan sikap Tengku Elman yang hanya tahu menyakitkan hatinya.
‘Dia ingat aku ini apa. Anak patung. Aku sendiri malulah keluar makan dengan
tunang orang!’
“Mereka
bukan tahu pun kita ni ada urusan..”
Tiba-tiba
satu suara garau menegur.
“Hi
Tengku Elman.. Remember me?” soal
lelaki yang berdiri di dekat meja mereka. Tengku Elman cuba mengingat siapakah
nama lelaki di depannya kini.
“Mmm Jamal right?”
“Ingat
pun kau! Bukan main popular lagi nama you dalam dunia perniagaan..”
“Mestilah..
Mana boleh lupa..”
“Perkenalkan
ini Humaira..” ujar Tengku Elman.
“Humaira
ini kawan I, Jamal..” sambung Tengku Elman lagi.
“Nice to meet you..” ujar Jamal sambil
menghulurkan tangan. Salam itu tidak di sambut oleh Humaira..
“Sorry non muhrim..”
“Oh..
okey..”
“Duduklah
sekali dengan kita orang..” ajak Tengku Elman Qaufar.
“Your girlfriend ke?” bisik Jamal ke
telinga Tengku Elman. Cantik gadis yang duduk di depan Tengku Elman Qaufar itu.
“My Asisstant..”
“Oh..
Bella?”
“Dia
kat KL.. Dah jadi tunang I pun..”
“Wow.. Congratulation.. akhirnya bersama
juga korang. Bila tarikh nikahnya pulak? Mana tau I dapat datang nanti.” Ujar
Jamal pula.
“Belum
lagilah. Sekarang I tengah sibuk dengan projek pertama ni.”
“Oh..
okey... So I nak balik dululah. Esok I ada meeting
di Singapura lagi..”
“Okey..
kami pun dah nak balik ke bilik juga ni.. Esok pun kami nak jumpa klien juga”
ujar Tengku Elman sambil mengerling Humaira di sisinya.
“Can you give the girl phone no?” bisik
Jamal ke telinga Tengku Elman. Panas Telinga Tengku Elman mendengarnya. ‘Mana
boleh!!’ bentaknya dalam diam.
“Nanti
I tanya dia dulu. Kalau dia bagi baru I bagi nombor dia kat you” bisik Tengku
Elman ke telinga Jamal. Jamal tersenyum lebar. Pasti dia akan memikat gadis
itu.
‘Perempuan
lain kau boleh ngurat tapi bukan Humaira ni..’ bisik Tengku Elman sendirian.
Mereka
bertiga sama-sama bangkit dari meja makan. Mahu balik ke bilik masing-masing.
“Untung
you selalu di temani oleh gadis cantik!”
Kata-kata
Jamal itu menyental hati Tengku Elman. ‘Memang aku selalu di temani gadis
cantik tapi bukan orang seperti Humaira. Dia lain dari yang lain’
“Tuah
badan Ilah tu..” jawab Tengku Elman. Sengaja dia mahu membakar hati Jamal.
Pantang nampak perempuan berdahi licin!! Mesti mahu di sapu! Yang lain boleh
tapi yang ini tidak!!
Humaira
terus berjalan menuju ke biliknya. Sementara Tengku Elman menuju ke biliknya
yang berdekatan dengan bilik Humaira. Namun langkah Humaira terhenti apabila
Tengku Elman bersuara.
“See you tomorrow.. Jangan lupa esok kita ada temujanji dengan
klien tau! Tepat jam sepuluh pagi. Saya tunggu kat depan pintu you!” ujar
Tengku Elman. Dia langsung tidak memberitahu Humaira pasal Jamal meminta nombor
telefonnya.
“Baiklah..
Terima kasih belanja makan tadi..” jawab Humaira bersahaja.
“Sama-sama..”
Kemudian
kedua mereka masuk ke bilik masing-masing.
DARI
petang tadi lagi Isabella cuba menghubungi Tengku Elman. Tapi panggilannya
langsung tidak berjawab. Mesti dia tengah berseronok dengan Humaira sebab itu
dia tak angkat call. Sakit betul hatinya bila membayangkan Tengku Elman yang
mesra dengan Humaira.
“Hish..
dia ni, bukannya reti nak angkat call! Ada saja benda yang dia buat nak
sakitkan hati!” rungut Isabella sendirian dalam biliknya. Sehari suntuk, dia
langsung tidak dapat membuat kerja. Fikirannya asyik membayangkan yang
bukan-bukan pasal Tengku Elman dengan Humaira. Sebab itulah hari itu dia
beriya-iya mahu ke Johor Bahru dengan Tengku Elman. Tapi Tengku Elman pula yang
memilih Huamira untuk menemaninya pergi ke Johor Bahru.
Malam
itu selepas makan malam, Isabella mendail lagi nombor itu. Kedengaran suara di
hujung talian menjawab.
“Sayang..
Dari petang tadi I call tak dapat-dapat. Sayang pergi mana dengan Humaira?”
terus sahaja Isabella menyembur kata-kata pedas kepada Tengku Elman. Pantang
baginya kalau dia call dan orang itu tak reti
nak angkat.
“Sorrylah.. Kita orang baru sampai. Ni
pun baru balik dari makan malam. Mana sempat nak pergi mana-mana! Lagipun I
tinggalkan handphone kat bilik sebab nak charge.
Ada apa you call ni?” soal Tengku Elman menahan rasa geramnya.
“Bukan
apa, Bella risaukan sayang.. Manalah tahu dah dekat dengan Humaira lalu sayang
lupakan Bella kat sini..” ujar Bella dengan bunyi merajuknya. Tengku Elman
rimas!
“Bella..
you jangan risaukan I okey.. I tahulah nak jaga diri.. lagipun I ni kan tunang
you. Tadi I ada terserempak dengan Jamal. Dia kirim salam kat you..”
“You
jumpa Jamal? Dia sorang-sorang je ke?” soal Isabella lagi. Teringat kembali dia
semasa mereka sama-sama belajar di oversea dulu, Jamal memang terkenal dengan
perangai kasanova. Dia sering bertukar teman wanita.
“Dia
sorang diri. Katanya dia ada meeting kat
Singapore..”
“Oh..
kalau you jumpa dia lagi, cakap dengan dia I kirim salam balik..”
“Okey.I
nak letak telefon dulu lagipun I penat sangat hari ni. I nak tidur awal sikit.
Lagipun esok nak jumpa klien lagi” Tengku Elman memberi alasan.
“Okey..Bye..
Jaga diri baik-baik tau!” suara girang Isabella di hujung talian.
Tengku
Elman Qaufar menarik nafas lega. Badannya di baringkan di atas tilam empuk itu.
Kepenatannya belum lagi hilang. Namun entah mengapa matanya tidak mahu tidur.
Tidurlah wahai mata, esok aku kena jumpa orang lagi ni.
nak lagi...
ReplyDeletebest citer nie...:)
NAK LG .
ReplyDeleteAigoooo~I really HATE Isabella n Sally, gediksss lah diorang ne...pity aira,huhy..anw,can't for the nxt story ;D
ReplyDelete