Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 8 January 2013

Kau Rantai Hatiku 24



HUMAIRA berdiri di satu sudut jauh dari pandangan orang lain. Dia rasa mahu balik ketika itu. Tetapi dia kasihankan Arin yang beriya-iya menyuruh dia menunggu sehingga tamat majlis ini.

“Hai.. Ira masih marahkan saya lagi ke?” tegur satu suara itu. Macam kenal sangat dengan suara itu. Lalu Humaira menoleh. Baru saja dia melarikan diri dari pandangan orang ramai ada lagi insan lain yang menganggu ketenteramannya. Tengku Elman tersenyum.

“Taklah buat apa nak marah-marah. Nanti cepat tua!!”

“Ni sorang saje ke?”     

“Tengku nampak saya berdua ke?” soal Humaira geram. Dah terang-terang nampak aku seorang kat sini masih lagi nak bertanya. Menyampah betul!

“Manalah tahu kalau Ira bawa boyfriend sekali..” tekan Tengku Elman.

“Ikutkan hati memanglah nak bawa dia sekali. Tapi dia terpaksa balik ke tempat dia..” balas Humaira lagi. biar lelaki itu tahu bahawa dia memang memaksudkannya.

“Ira dah lama kenal ke dengan sidia?” soal Tengku Elman. Inilah masanya dia bertanya tentang lelaki yang dia nampak bersama Humaira tempoh hari.

“Kenapa? Tengku nak berkenalan dengan dia ke?”

“Dah lama ke Ira kenal dengan dia?” soalnya lagi.

“Soal ini tak ada kena mengena dengan Tengkulah..”

“Memang ada kena mengena. Dan Ira kena jawab soalan saya..”

“Dah tiga tahun...”

“Ira cintakan dia?”

Soalan itu sangat mengejutkan Humaira. Tengku ni kenapa emosi sangat. bertanya soalan yang langsung tidak terfikir olehnya. lagipun tengku Elman tu siapa yang sibuk bertanyakan pasal Azwan!

“Perlu ke saya jawab?” soal Humaira bodoh.

“Perlu.. sebab saya nak tahu!!”

“Untuk pengetahuan Tengku, kami akan bertunang.. Kalau tak ada aral melintang..”

“Ira cintakan dia?”

“Ya..”

“Betul Ira cintakan dia?”

Humaira rasa geram. Bahasa yang macam mana lagi dia mahu menerangkan kepada Tengku Elman. Kenapalah lelaki ini sangat degil dan tidak mahu percayakan kata-katanya.

“Ira langsung tiada perasaan pada saya?”

“Apa kena mengena pula dengan Tengku ni? Dahlah jangan asyik mendesak Ira. Ira jadi pening kalau macam ni nanti... Tengku tu kan nak bertunang tak lama lagi.. Sebaik-baiknya Tengku buat persiapan dengan Cik Isabella tu. bukannya sibuk dengan hal saya!”

“Tapi saya tak cintakan dia...”

“Kenapa pulak? Apa pun itu bukan masalah saya Tengku..” jawab Humaira geram. Entah apa kena dengan Tengku Elman malam ini. Sempat pula meluahkan rasa.

“Sebab saya sukakan awak!”

“Hah!! Tengku jangan nak mengarut okey.. Jangan di sebabkan terlalu ikut perasaan Tengku itu semua orang akan terasa.”

“I serius.. I falling in love with you..” terbuai seketika perasaan Humaira apabila mendengar bait indah itu. Namun dia segera tersedar di alam nyata.

“Itu bukan perasaan cinta Tengku. Mungkin itu di sebabkan wajah saya yang serupa dengan orang yang dulu tu. Sebab itu Tengku cakap macam tu..”

Tengku Elman menggeleng.

“Ini memang perasaan yang lahir dari dalam. Dan saya percaya awak juga punya perasaan yang samakan?” soalan dari Tengku elman itu membuatkan Humaira terpana!

“Hah.. Tengku jangan nak perasan okey.. Macam mana Tengku boleh yakin ada cinta di antara kita? Tak mungkin... Saya bukan siapa-siapa pun!” ujar Humaira agak gugup. Betul ke seperti yang di katakan lelaki itu.

“Ira yang tak mahu mengakunya. Tapi saya dapat lihat dari sinar mata Ira tu.. Mata itu tak pandai nak menipu.. Kalau di mulut memanglah!”

“Hish.. apa-apalah Tengku ni.. Apa pun Ira akan ganti balik duit yang Tengku berikan hari tu.. Terima kasih sebab tolong Ira masa tu..”

“Bila masa saya suruh awak ganti balik? Kan kita dah janji hari itu! Ira cuma ikut apa yang saya suruh. Dan saya tak suruh Ira pergi merompak bank! Tapi Ira pulak pergi rompak hati saya!! Nak buat macam mana?” ujar Tengku Elman sambil tergelak. Humaira terkejut. Bila masa pula dia rompak hati lelaki itu? Apalah yang dia suka mengarut ni!!

Dari jauh Arin dan Amir hanya tersenyum-senyum memandang kedua pasangan itu. Nampak ada keserasian. Pada pandangan Arin, mereka berdua memang sesuai. Tapi malangnya, Tengku Elman akan bertunang dengan gadis lain dalam masa terdekat ini. Dan Humaira pula akan meneruskan hubungannya dengan Azwan. Dan apa yang bermain di fikirannya kini, macam mana kalau Humaira itu memang isteri Tengku Elman seperti cerita yang di dengar dari mulut Amir. Arghhh!!!!!!! Semuanya macam tak masuk akal!!

“Tengok apa tu?” soal Amir bila melihat Arin kusyuk melihat pasangan di depannya.

“Mereka tu nampak serasikan?” soal Arin kepada Amir. Amir juga turut melihat ke arah Tengku Elman dan Humaira.

“Memang. Kadang kala aku terfikir yang Humaira itu memang Ariana..”

“Arin berharap apa yang kita fikirkan itu menjadi kenyataan!”

Mereka berdua saling berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum.

HARI minggu biasanya Amir Naufal hanya duduk di rumah. Namun dia sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas bila di perlukan. Selepas bersarapan dia akan meluangkan masanya di halaman rumah milik keluarganya itu. Di hujung minggu begini sajalah dia merehatkan minda dan badannya.

Amir tersenyum sendirian bila mengenangkan gadis yang bernama Arin Natasha. Orangnya cantik secantik namanya juga.

Puan Maimon datang mendekatinya bila dia melihat Amir sedang memberi ikan koi makan. Dari tadi lagi dia mencari anak terunanya itu. Maklumlah dia mahu menyampaikan sesuatu. Dia dan Puan Jamilah sudah berpakat mahu menjodohkan anak mereka berdua, itu pun dengan syarat kalau kedua-duanya belum berpunya.

“Kat sini rupanya anak ibu!” tegur Puan Maimon.

“Ada apa bu?” soal Amir sambil menoleh ke arah ibunya.

“Tak ada apa-apalah..” jawab ibunya Puan Maimon. Namun Amir dapat melihat wajah ceria terpamer.

“Kalau tak ada apa-apa masakan ibu mancari Amir?” duga si anak lagi. Puan Maimon tersenyum lagi.

“Ibu nak tanya ni, macam mana kamu kenal dengan Arin tu Amir?” Amir Naufal tersenyum mendengar soalan ibunya. Belum habis lagi rupanya soalan ibunya pasal Arin Natasha.

“Oh!! Hari tu kami berlanggar di hospital. Amir tak sengaja terlanggar dia masa dia baru masuk ke pintu utama. Ketika itu Amir baru nak keluar” terang Amir.

“Kamu tak berkenan ke dengan dia?” usik ibunya.

Tersengih Amir mendengar pertanyaan itu.

“Mak ni nampak je perempuan mesti mak ingat Amir sudah suka!” usik Amir. Ibunya ketawa. siapa tidak suka kalau orang yang berkenan di hati anaknya itu adalah anak kawan baiknya sendiri.

“Baik nampaknya budak tu. Hormatkan orang tua” ujar Puan Maimon. Dia tidak habis-habis memuji anak sahabatnya itu. Teringat kembali zaman mudanya. Katanya jika mereka punya anak nanti, mereka bercadang menjodohkan anak mereka. Tak kiralah anak siapa yang lelaki atau perempuan.

“Amir tak berkenan dengan dia ke?”sekali lagi Amir di asak dengan pertanyaan itu.

Macam mana dia nak jawab. Soalan dari ibunya terlalu mengejutkannya.

“Berkenan tapi tak taulah dia pulak. Takut dia ada buah hati nanti.” Akhirnya dia menjawab perlahan.

“Ibu dah tanya dengan Puan Jamilah, Arin tu belum ada buah hati lagi. Kalau kamu berdua kahwin nanti, kuatlah hubungan ibu dengan Puan Jamilah tu. Kamu tak suka?”

Amir terkejut. Tak di sangka sampai ke situ pula yang ibunya fikir. Wajah Arin Natasha terbayang di mata. Walaupun gadis itu kelihatan garang, tetapi dia tahu Arin seorang gadis yang baik. Kalau memang mereka berdua ada jodoh memang dia tidak akan menolak. Sebenarnya dalam diam dia mula sukakan Arin Natasha sejak pertama kali bertemu.

DI RUMAH Puan Jamilah, kelihatan mereka sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi. Kebetulan Arin baru turun dari tingkat atas.

“Selamat pagi umi” ucap Arin kepada kedua orang tuanya.

“Selamat pagi anak umi yang cantik..”

“Umi ni ada-ada sajalah nak kenakan Arin..” balas Arin sambil tersenyum. Namun dia hairan dari tadi lagi dia melihat uminya tersengih-sengih kepadanya. Entah apalah yang di bualkan oleh uminya dengan abahnya tadi.

“Kenapa umi tersengih-sengih ni?” soal Arin. Encik Lokman juga tersenyum mendengar soalan dari mulut anak gadisnya.

“Umi Arin ni nak menantu..” perlahan saja Encik Lokman berkata.

“Menantu? Maksud abah? Abang Kamel nak kahwin lagi ke?” tiba-tiba saja soalan begitu yang keluar dari mulutnya.

“Siapa yang nak kahwin lagi?” soal Kamel yang muncul dari entah mana bersama isterinya.

“Hishh budak bertuah ni!! Ada pulak abang Kamel? Menantu dari anak gadis umilah..” jawab Puan Jamilah. Dia masih teringat perbualannya dengan Puan Maimon.

“Arin?” soal Arin seperti orang bodoh.

“Yelah.. Berapa ramai anak gadis umi?” soal Puan Jamilah lagi.

“Manalah tau umi maksudkan Humaira..” ujar Arin selamba.

“Apa umi, adik nak kahwin? Bila? Dengan siapa?” soal Kamel lagi. Dia memang suka mengusik adik perempuannya yang seorang itu.

“Kalau Humaira dah jumpa jodoh pun, umi gembira juga..” balas Puan Jamilah. Dia memang suka kalau mereka berdua sudah berkahwin.

“Belumlah umi. Tak ada siapa pun yang berkenan..”

“Tak ada orang yang berkenan ke sengaja nak jual mahal? Adik mesti ingat jangan lama-lama membujang nanti jadi andartu.. Anak dara tua.. Masa tu memang tak ada orang naklah!!” giat Kamel pula.

“Abang ni memang tau!! Sukalah nak kenakan adik!!”

“Abang cakap sikit dengan anak gadis bang ni..” Puan Jamilah naik geram pula pada Arin. Boleh anak gadisnya buat-buat tak tahu pulak. Dia tidak peduli, kali ini Arin mesti kahwin dengan anak kawannya itu.

“Apa ni umi main paksa-paksalah pulak!” bentak Arin lagi.

semua mereka yang berada di meja makan itu ketawa.

“SELAMAT PAGI mama..” ujar Tengku Elman riang. Wajahnya nampak berseri-seri. Tengku Suraya hanya memandang sahaja.

Tengku Elman duduk sambil menghadap roti bakar seperti biasa.

“Oh ya El, mama lupa nak bagi tahu Datin Melinda dan Dato Farid akan datang kesini nanti..”

“Kenapa mereka datang? Ada apa apa hal ke?” soal Tengku Elman sambil mengunyah roti bakar di mulutnya.

“Mereka datang nak bincang hal pertunangan El dengan Bella. Asyik tertangguh je majlisnya itu.” terang Tengku Suraya. malam tadi Datin Melinda ada menghubunginya

Kata-kata Tengku Suraya membuatkan Tengku Elman resah. Macam mana dia mahu memujuk mamanya supaya membatalkan majlis pertunangannya dengan Isabella. Dia pasti mamanya akan terluka dengan tindakannya. Namun hati dia masih terluka dan tidak mahu meneruskan majlis itu.

Dia duduk merenung ke arah mamanya Tengku Suraya. Mamanya tersenyum melihat gelagat anaknya.

“Mama.”

“Ada apa?”

“Kalau El tak nak teruskan majlis pertunangan ini boleh tak?” soal Tengku Elman terus menerus.

“El.. Takkan kita nak batalkan majlis tu. Kan El dah janji dengan mama hari tu mahu teruskan juga majlis pertunangan ni?”

“El tahu mama.. Tapi..”

“Tapi apa? El ada perempuan lain ke selain Isabella?”

“El..”

“Mama tahu sukar untuk El teruskan tapi El, kita tak boleh mungkir janji pada keluar Dato Farid tu. Kesian dengan Isabella yang setia dan banyak berkorban dengan El selama lima tahun ni…”

“Itu El tahu mama.. Tapi El.. rasa tak dapat nak teruskan majlis ini..”

“Kenapa? Sebab budak nama Humaira tukan?”

“Mama.. berikan El sedikit masa mama..”

“Tak boleh El.. Majlis pertunangan kamu tetap akan di teruskan..” jawab Tengku Suraya tegas.

“Kalau macam tu El akan menetapkan syarat”

“Apa pula syarat-syarat ni?” soal Tengku Suraya. Sambil itu Tengku Elman berfikir. Apakah syarat yang akan di berikan nanti.

“Nanti El fikirkan..”

Memang kalau di ikutkan hatinya Tengku Suraya lebih berkenan dengan Humaira yang seiras menantunya dulu namun janji tetap janji. Dia tidak mahu melukakan hati keluarga di pihak sebelah sana. Lagi pun dia lihat Isabella terlalu menyintai Tengku Elman. Jadi tak salah kalau Tengku Elman memberi sedikit ruang dalam hatinya untuk gadis bernama Isabella itu. Lagi pun dia dengar Humaira juga sudah punya teman lelaki.

 

3 comments:

  1. rindunya...lama dah tuggu baru ada smbgnya.....cpt smbg ya....

    ReplyDelete
  2. LAMANYA X UPDATE RUNDU SANGAT-2 CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.

    ReplyDelete
  3. sori nk tumpang tanya. Novel Hanya Kau Miliku dah kluar ker...x der khabar berita pun..atau saya yg trlepas pandang...saya dah cuba cari rata dah selepas abis baca kat Penulisan2U....google pun x dpt cari...please tolong jawap yer. tqvm

    ReplyDelete