Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 28 January 2013

Kau Rantai Hatiku 28


TENGKU Elman mengacau air dengan sudu kecil. Dia rasa keseorangan. Hari minggu begini dia terpaksa keluar sorang-sorang. Kalau dulu dia sering meluangkan masa bersama Humaira. Namun selepas bertunang dengan Isabella, Humaira semakin menjauhkan diri darinya.
“Hai Tengku.. Seorang saja?”
Satu sapaan lembut menyebabkan Tengku Elman mengangkat kepalanya, wajahnya pucat seketika. Kelihatan Humaira sedang berdiri di sebelah seorang lelaki. Di amatinya wajah itu. Rasanya dia pernah melihat lelaki itu.
Tiba-tiba dia berasa cemburu membuak-buak. Bertuahnya lelaki ini. Mungkin dia ini buah hati Humaira!
“Tengku Elman kenalkan ini Azwan.”
Humaira memperkenalkan mereka berdua dan keduanya bersalaman. Hati Tengku Elman Qaufar terasa sakit tiba-tiba. Entah mengapa otaknya seperti tidak dapat menerima kemesraan yang terjalin di antara gadis itu dengan teman lelakinya.
“Kita duduk di sini sajalah Wan. Lagipun Tengku Elman seorang sajakan?” tanya Humaira. Tengku Elman mengangguk. Antara mahu dengan tidak. Humaira menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Tengku Elman begitu juga dengan Azwan.
“Termenung saja Tengku, teringatkan tunang ke?” Humaira mengusik. Tengku Elman merenung wajah Humaira tajam.
“Ira dari mana tadi?” Tengku Elman bertanya sambil menjeling. Tengku Elman rasa geram. Humaira langsung tidak memandangnya. Gadis tersebut leka meneliti menu yang di berikan oleh seorang pelayan sebentar tadi.
“Tengku tanya apa?” Humaira bertanya semula, mengangkatkan muka. Matanya bertembung dengan mata Tengku Elman Qaufar.
“Dia bertanya kita dari mana? Berangan betullah sayang ni..”
Azwan mentertawakan Humaira yang kemudian ketawa kecil. Dia sebenarnya leka sangat meneliti menu sebentar tadi.
“Balik dari menonton,” ujar Humaira pantas.
Berderau darah Tengku Elman Qaufar mendengarnya. Amboi kalau Azwan yang mengajak mahu pula dia pergi menonton. Kalau dengan dirinya seribu alasan! Sekali saja dia dapat pergi menonton dengan Humaira. Itu pun sebelum Humaira mengenali dirinya sebagai Tengku Elman Qaufar!
“Tengku dari mana seorang saja? Kenapa tak ajak Cik Isabella keluar?” Humaira bertanya.
Tengku Elman merenung wajah Humaira. Wajahnya masam mencuka.
“Tak. lebih baik saya kelaur sendiri.” jawab Tengku Elman dengan penuh makna.
“Kami pergi menonton teater tadi. Di Dewan Bandaraya. Seronok juga sekali sekala menonton live macam tu.” ujar Azwan.
Sekali gus Tengku Elman Qaufar merasa lega. Dia tersenyum sendirian. Dia rasa lega sangat-sangat bila mendengar jawapan dari Azwan.
“Bila Tengku nak kahwin? Ira cakap Tengku dah bertunang” soal Azwan.
Azwan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya merenung Tengku Elman Qaufar yang sudah menyandar di kerusi.
“Tak tahu lagilah. Mungkin tahun depan. Lagipun tunang saya tu jenis orang yang sibuk dengan kerja.”
Tengku Elman Qaufar menjeling Humaira yang diam tidak berkata apa-apa.
“Orang dah bertunang macam tulah. I ni nak pinang Ira. Tapi dia tidak mahu pulak. Jual mahal..” rungut Azwan lagi.
Berderau darah Tengku Elman mendengarnya. Adakah Azwan ni main-main? Tapi tak mungkin, dia tahu Azwan berminat dengan Humaira. Dari cara pandangan seorang lelaki dia tahu.
“Alah orang kacak macam kau, Ira takutlah.. Nanti tak lama kena kebas dengan orang.” jawab Humaira. Dia tahu ramai gadis yang terpikat dengan lelaki di sebelahnya itu. Azwan ketawa kuat. Lucu benar mendengar alasan Ira. Hati Tengku Elman mendidih dengan kemarahan yang amat sangat.
“Apa pula ni Ira, Wan jenis yang setia tau!”
Azwan membela diri. Humaira mengangkat keningnya seolah-olah mengejek. Tengku Elman rasa nak muntah mendengar kata-kata tersebut.
“Belum dapat boleh cakap setia. Bila dah dapat perempuan lain entah sumpah seranah yang di dapat, hilang sumpah setianya.”
Azwan ketawa mendengar kata-kata Humaira.
“Ira ni prejudis sangat. Tak semua laki-laki macam tu. Betul tak Tengku?” soal Azwan kepada Tengku Elman yang dari tadi membisu.
Mata Humaira bertembung dengan mata Tengku Elman. Sebenarnya dia berasa kasihan dengan Tengku Elman sebab itulah dia mengajak Azwan duduk disitu. Namun wajah masam itu seperti tidak menyenangi mereka berdua duduk disitu membuatkan Humaira rasa serba salah.
“Ira tu memilih sangat Wan. Entah siapa yang dia tunggu. Orang macam kita ni mana dia nak pandang.” Tengku Elman menjawab dengan dendam yang sarat di dada. Dia mendengar Azwan ketawa kuat, menganggap katanya itu sebagai gurauan.
“Ira memang memilih nanti jumpa jenis yang tak setia kan naya hidup Ira nanti.”
Humaira malas nak berdebat dengan mereka berdua. Kalau dia teruskan topik perbualan itu pun belum tentu dia akan menang.
MALAM ini Tengku Elman bersendirian lagi. Rasa mahu pecah kepalanya bila memikirkan tentang perasaannya ketika ini. Kemesraan yang di lihatnya petang tadi membuatkan hatinya bagai rasa di cucuk-cucuk. Telefon bimbitnya di capai. Dia mahu berjumpa dengan Amir. Hanya sahabatnya itulah tempat dia mengadu. Cuma sahabatnya itu sering kali sibuk dengan tugasannya.
Seperti yang di janjikan, Tengku Elman sudah sedia menunggu tempat mereka bertemu. Amir hanya tersenyum melihat Tengku Elman yang sedang menunggu di meja itu.
“Ada hal penting ke malam-malam ajak jumpa?” soal Amir sebaik saja melabuhkan punggungnya. Dia nampak wajah Tengku Elman seperti ada masalah.
“Memanglah.. aku tak boleh tahan ni..”
“Hai dah jadi tunang orang pun masih tak gembira?” soal Amir. Kedengaran Tengku Elman mengeluh. Wajahnya memang tidak ceria.
“Memang dah jadi tunang orang. Tapi aku rasa aku ni bodoh!”
“Kenapa cakap macam tu? Isabellakan gadis yang baik.. Takkan kau dah jatuh cinta dengan perempuan lain pulak!”
“Memanglah Isabella itu gadis yang baik. Tapi aku tak cintakan dia..”
“Habis kenapa kau orang bertunang? Hish tak fahamlah aku!” rungut Amir lagi.
“Kalau kerbau berpengang pada tali, manusia mesti berpengang pada janjikan? Itulah yang yang terjadi.”
“Susahlah kalau macam ni!”
“Aku rasa hidup aku ni kosonglah Mir..”
“Kenapa pula? Kau dah jatuh cinta dengan perempuan lain ke?” Tengku Elman mengangguk.
“Perempuan itu mesti Humairakan?” tembak Amir. Memang sebelum Tengku Elman bertunang nampak sangat sahabatnya itu menunjukkan minat pada gadis yang bernama Humaira itu. malangnya dia terpaksa bertunang dengan Isabella yang bukan pilihan hati.
“Sekarang makin susah aku nak dekat dengan dia.. Ada saja alasan yang tidak masuk akal di berikannya...”
“Memanglah.. Sekarang status kau tu dah lain. Tak macam dulu. Lagi pun tak lama lagi kamu akan berkahwin.. Takkan itu pun aku nak bagi tau!!”
“Tapi takkan macam tu sekali dia nak jauhkan diri dari aku..”
“Kau serius ke jatuh cinta pada Humaira?” Tengku Elman mengangguk. Terpaksa dia mengaku di depan sahabatnya. Makin di simpan makin berat dia rasakan masalah perasaannya itu.
“Kau tak bagitahu ke dengan Humaira tentang perasaan kau sebelum bertunang dulu?” soal Amir lagi. Seolah-olah dia menyiasat seorang pesalah pula.
“Dah.. Aku dah bagitau dia pasal perasan aku.. Siap aku soal lagi tentang perasaan diapada aku..”
“Apa jawapan dia?”
“Dia cakap dia tak cintakan aku. Pada hal dari sinar matanya aku tahu dia cintakan aku walaupun dia bercakap dalam keadaan marah. Mungkin silap aku juga..”
“Kau buat apa kat dia sampai dia tak nak mengaku perasaannya?” soal Amir berhati-hati.
“Aku ni lelaki Mir.. dan pernah berkahwin.. Aku nyaris-nyaris melakukan perbuatan yang aku tidak sedar. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku bila berada dekat dengan Humaira..Aku hampir-hampir cium dia di apartment itu...”
“Apa???”
“Ya hari itu sebelum aku bertunang dengan Isabella, aku pernah bawa dia pergi ke apartment yang pernah aku diami bersama Ariana dulu. Walaupun aku desak agar dia boleh ingat apa-apa tentang kenangan di rumah itu. Namun semuanya gagal. Dia langsung tak ingat apa-apa. Nasib baik kilauan buah rantai itu menyedarkan aku ke dunia yang nyata. Kalau tidak aku pun tidak dapat memaafkan diri aku sendiri. Mungkin itu sebabnya Humaira tolak perasaan aku!” Sekali lagi kedengaran keluhan dari bibir Tengku Elman.
“Apa pun apa yang kau lakukan itu memang tak patut.. Tapi baik juga kau lupakan dia.. sekarang masa depan kau dengan Isabella. Takut nanti Isabella nak buat hal pula dengan Humaira. Kesian Humaira..”
“Isabella tak kan berani kacau Humaira. Aku dah bagi amaran dengan dia. Kalau dia berani kacau Humaira, aku akan batalkan perkahwinan kami..”
DARI jauh Humaira dapat melihat kelibat Tengku Elman berjalan ke arahnya. Mahu bersembunyi pun dia tidak sempat lagi. Mahu tidak mahu dia terpaksa berdepan dengannya.
“Ada apa datang jumpa Ira kat sini?” soal Humaira.
“Awak sihat?” soalan pertama yang keluar dari mulut Tengku Elman. Memang dia akui semenjak akhir-akhir ini, Humaira seolah-olah melarikan diri darinya. Kalau bertembung di mana-mana, cepat sahaja Humaira melarikan. Sampaikan dia mau bertegur pun dia tidak sempat. 
“Macam yang Tengku nampak. Saya nampak sakit ke?” soal Humaira kembali.
“Saya tahu awak tak nak jumpa saya sebab ada orang tak bagikan?” ujar Tengku Elman Qaufar.
Tahukah gadis itu betapa dia merindukan senyuman di wajahnya itu. Sudah beberapa hari dia tidak dapat berjumpa dengan gadis itu membuatkan perasaan rindunya semakin membuak-buak. Gadis itu semakin hari semakin melarikan diri darinya. Dan dia langsung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan gadis itu kerana kesibukan kerja. Namun hari ini dia dapat juga bertemu dengan Humaira.
“Kenapa mesti nak libatkan orang lain. Ini keputusan saya sendiri. Saya tak nak terlibat dalam masalah Tengku sekeluarga. Lagi pun perkahwinan Tengku dengan Cik Isabella tidak lama lagi. Sepatutnya saya sedar dari dulu lagi. Tapi masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan tahniah..”
“Awak nak pergi mana?”
“Tak pergi mana.. Lagipun saya tak nak jadi penghalang dalam hubungan kamu..”
“Awak tak boleh buat saya macam ni. Gila saya dibuatnya nanti...” ucap Tengku Elman sambil memandang wajah pujaan hatinya itu. Sedih dia mendengar Humaira ingin menjauh darinya. Takkan sekadar kawan pun tak boleh?
“Tengku fikir gila Tengku saja. Tapi pernah tak Tengku fikirkan perasaan orang lain. Perasaan mereka yang berada di sekeliling Tengku? Yang amat sayangkan Tengku?”
“Memang selama ini saya sangat menjaga perasaan mereka sampaikan saya sanggup menerima apa saja cadangan mereka terutamanya pertunangan ini. Saya menjaga hati mereka walaupun hati saya sakit. Sakit sebab tidak dapat menyintai Isabella. Tetapi dengan awak lain. Hati saya jadi tenang, gembira bila berada di sisi awak..”
“Bukan di sebabkan wajah saya serupa dengan wajah isteri awak?”
“Tidak. Saya memang cintakan awak. Bukan kerana rupa paras awak yang menyerupai isteri saya terdahulu. Tetapi saya memang sangat cintakan awak sekarang.”
“Saya minta maaf. Saya tidak boleh terima cinta Tengku sekarang. Yang sebenarnya saya tak cintakan Tengku pun..” ujar Huamira tegas.
“Awak tipu.. Saya tak percaya tiada sekelumit perasaan cinta awak pada saya. Awak jangan tipu saya..” balas Tengku Elman Qaufar. Dia berasa sakit hati mendengar pengakuan berani dari Humaira. Tak mungkin semudah itu Humaira melupakan dirinya..
“Tengku.. Kita tidak semestinya dapat hidup bersama dsengan orang yang kita sayangi. Itu semua aturan jodoh. Jadi Tengku jangan bertindak bodoh. Tengku harus menerima kenyataan bahawa, Isabella adalah bakal isteri Tengku. Jangan di sebabkan saya, Tengku mahu berubah hati.”
“Tapi saya tetap cintakan awak!!”
“Terpulanglah.. Apa pun saya harap Tengku jangan datang ganggu saya lagi. Lebih baik Tengku menumpukan perhatian pada Cik Isabella tu.”
‘Ingat saya tak akan berputus asa. Selagi saya belum tahu siapa kau sebenarnya jangan harap saya akan lepaskan awak macam tu saja.’ Bisik Tengku Elman dalam hati.
PETANG itu Azwan datang ke rumah Pak Teh dan Mak Teh. Hari ini dia mesti berterus terang dengan kedua orang tua tentang hajatnya. Dia sudah fikir masak-masak. Baginya mengenali gadis bernama Humaira itu adalah perkara yang terindah dalam hidupnya. Mereka berkawan agak lama. Walau pun sampai sekarang dia tidak tahu dari mana Pak Teh dan Mak Teh berjumpa dengan Humaira. Pada masa ini, Humaira belum pulang dari pejabat. Jadi senanglah dia berbincang dengan Pak Tehnya. Dia ingin mengetahui lebih lanjut perkara peribadi tentang  Humaira.
“Saya datang ada hajat Pak Teh, Mak Teh..” ujar Azwan. Dia rasa sudah sampai masanya dia berterus terang pasal perhubungannya dengan Humaira.
“Kenapa pula ni? Cakap ada hajat pula tu” balas Pak Teh sambil tersenyum. Mak Teh meletakkan cawan yang di penuhi air kopi di atas meja.
“Pak Teh... Mak Teh, saya ingat nak kahwin dengan Ira” perlahan-lahan Azwan menyuarakan niatnya.
“Hah!!Awak nak kahwin dengan Ira? Betul ke?” soal Mak Teh dengan nada terkejut. Dia seperti tidak suka dengan apa yang di dengarnya tadi.
“Betul Mak Teh.. kami kawan pun dah lama. Wan ingat nak sunting dia jadi isteri Wan” ujarnya perlahan. Wajah kedua-dua orang di hadapannya di pandang.
Mak Teh dan Pak Teh terdiam. Selama ini mereka hanya menganggap Azwan hanya berkawan biasa saja dengan Ira. Langsung tak terlintas di hati mereka bahawa Azwan serius dalam hubungan mereka.
“Wan, kami tak setuju Wan rapat sangat dengan Ira” ujar Pak Teh terus terang. Sememangnya pada mulanya lagi dia tidak suka Ira terlalu rapat dengan Azwan. Dan apa yang dirisaukannya sudah pun terjadi.
“Kenapa Pak Teh? Wan ada buat salah ke?” timbul rasa tak puas hatinya. Biasalah orang muda, cepat rasa naik angin. Bukan tahu bersabar!
“Wan tak buat salah.. Tapi Wan tak boleh teruskan niat nak kahwin dengan Ira” ujar Pak Teh. Dia tidak mahu Azwan berasa tersinggung dengan niat baiknya.
“Wan berniat baik Pak Teh lagipun Wan sangat cintakan dia” kedua-dua mereka terdiam. Parah ni. Macam mana mereka nak jelaskan perkara yang sebenarnya.
“Iya kami tau, tapi Wan tetap tak boleh kahwin dengan Ira. Kami tak setuju Wan kahwin dengan Ira” ujar Pak Teh dengan lembut. Dia tidak mahu Azwan berkecil hati dengan mereka.
“Kenapa pula? Ira ada orang lain ke?”
Mendengar soalan Azwan begitu. Kedua mereka mengangguk.
“Apa-apa sajalah Pak Teh ni..” ajar Azwan dengan rasa marah. Dia tidak puas hati. Sudah tiga tahun dia mengenali Humaira. Setahu dia Humaira tidak mempunyai kawan lelaki yang lain kecuali dia. Dan dia senang berada di sisi Ira. Gadis itu sangat periang dan selalu membuatkan dia gembira. Sebetulnya, Humaira lain dari pada gadis yang lain. Dia terus bangkit dari tempat duduknya.
“Wan balik dululah..” ujarnya. Dia berasa kecewa dengan penjelasan Pak Teh dan Mak Teh.
Dia sudah berangan-angan menyunting Humaira untuk menjadi permaisuri hatinya tapi sekarang dia tidak dapat menerima alasan yang Pak Teh dan Mak Teh berikan sebentar tadi. Yang menjadi persoalan kenapa dia tidak boleh berkahwin dengan Humaira? Dia mahu penjelasan dari mulut Humaira.
MALAM ini di kamar tidur, Pak Teh sedang berbaring dan Mak Teh pula duduk di birai katil. Sesekali Pak Teh mendengar keluhan dari bibir isterinya.
“Bang, kita kena beritahu hal yang sebenarnya pada Ira.. Uteh tak sedap hatilah bang..” rungut si isteri. Pak Teh memandang isterinya.
“Abang tau. Tapi abang takut Ira akan rasa terkejut nanti.. Dan boleh ke dia terima hal yang mengejutkan ini?”
“Uteh risaulah bang.. Macam mana kalau hal ini terbongkar suatu hari nanti? Mesti Ira kecewa dengan sikap kita..”
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Bila tiba masanya nanti kita akan berterus terang dengan Ira. Jangan ingat abang tak risaukan keadaan Ira..” jelas Pak Teh kepada isterinya.
“Yalah Uteh ikut je cakap abang. Uteh berharap tak akan berlaku apa-apa nanti..”
“Dah tidur.. jangan di fikirkan sangat hal itu. Awak tu bukannya sihat sangat.” Nasihat Pak Teh kepada isterinya.
“Amboi-amboi abang sukalah nak usik Utehkan?” jawab Mak Teh lagi. Namun dia sentiasa bersyukur kerana di anugerahi seorang suami yang baik dan penyayang seperti Pak Teh itu.
 
 

 

Tuesday 22 January 2013

Ada Dia Di Hati 2


Malam itu Zafran Haicarl menunggu Mak Jah bersiap untuk ke majlis kahwin di kampung sebelah. Dia sudah berpakaian kemas. Malam itu dia kelihatan sungguh kacak! Sofia hanya mampu menjeling wajah itu!

Mereka terus bertolak apabila Mak Jah sudah bersiap. Takut lambat kata Mak Jah. Dan dalam diam dia berharap akan berjumpa dengan gadis tepi pantai hari itu. entah mengapa ada sesuatu yang menarik minatnya pasal gadis itu.

Dalam kenduri kahwin itu, Zafran berjalan di belakang Mak Jah. Kiranya Mak Jah memang terkenal juga di kampung itu. Sebab ramai makcik-makcik yang bersalaman dengannya dan menegurnya.

Mata Zafran meliar mencari gadis itu. ‘Tak kan dia tak datang kot? Tapi tak hairan juga kalau dia jenis yang tak suka pergi ke majlis macam ni!’gumam hati Zafran.

“Isha.. sini!” jerit Shikin. Dia melambai-lambai kearah Isha yang baru datang dengan Mak Limah. Dari tadi lagi dia menunggu kedatangan Alisha.

“Hish.. perangai. Malulah sikit. Nanti orang ingat apa!” marah Alisha pada teman baiknya.

“Sini.. cuba kau tengok laki tu.. Yang pakai baju biru laut tu? Handsome tak?” soal Shikin. Mata Isha mencari-cari gerangan yang di maksudkan oleh Shikin. Lelaki yang pakai baju biru laut?

“Tu.. yang berdiri di tepi Mak Jah tu.. Itulah lelaki yang aku cakapkan hari tu..” memuncung mulut Shikin memberitahu.

‘Alamak! Bukan ke itu lelaki yang dia tolong di tepi pantai tempoh hari ke? Kenapa dia ada di sini? Dan kenapa dia berdiri di tepi Mak Jah?’ Dia mendiamkan diri sambil bersembunyi di belakang Shikin.

“Isha!! Isha!! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” marah Shikin. Dia geram dengan sikap Alisha yang tidak pedulikan kata-katanya sebentar tadi! Namun dia hairan bila melihat Alisha bersembunyi di belakangnya.

“Awak ni kenapa?” soalnya hairan!

“Senyaplah!!” bisik Isha lagi. Dan Shikin mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah lelaki yang kacak itu. Tapi kenapa Alisha seperti takut di lihat oleh lelaki itu.

Zafran Haicarl hanya tersenyum bila dia menangkap tubuh yang sedang bersembunyi di belakang insan lain. Entah mengapa matanya sempat menangkap wajah yang di carinya itu.

“Hei dia senyum kat akulah!!” ujar Shikin. Alisha hanya berdiam diri.

“Hishh.. Diamlah.. Nanti dia nampak aku!!” balas Isha pula.

Dia menarik tubuh Shikin agar lari dari tempat itu. Namun Shikin tetap juga tidak berganjak dari situ. Alisha perlahan-lahan melangkahkan kaki lari dari situ. Sekali lagi Zafran HAicarl tersenyum. Dia melihat gadis itu berlalu dari belakang kawannya. ‘Kemana dia nak pergi?’ bisik hatinya.

“Isha.. Dia senyum kat aku lagilah..” suara Shikin separuh menjerit! Namun bila dia berpaling, Isha sudah hilang dari belakangnya. ‘Hish, kemana pula dia pergi ni?’ gumam Shikin keseorangan di situ!

.....................................................

Sudah puas Alisha cuba melarikan diri dan menyembunyikan diri namun dia sendiri pula jadi lelah. Akhirnya dia berdiri di satu sudut yang terpencil dari tetamu yang ramai itu.

“Hai sweet girl?” sapa Zafran. Alisha menoleh. Terkejut dia melihat lelaki itu berdiri betul betul di belakangnya. Baru saja tadi dia mahu melarikan diri dari pandangan lelaki itu. Kini lelaki itu sudah ada di depannya.

“Asalamuailikum...”  jawab Alisha sebaliknya. Zafran Haicarl tersenyum. Malu dengan diri sendiri. Sebagai orang islam dia sepatutnya menegur gadis itu dengan memberi salam. Perlahan-lahan dia menjawab salam si gadis itu.

“Kenapa bersembunyi kat sini? You takut dengan I ke? I tak makan oranglah” gelak Zafran lagi.

“Eh!! Mana ada? Saja je nak jauh sikit. Di sanakan sesak dengan tetamu. Encik tak nampak ke?”  jawab Alisha dengan gelabah. ‘Hish mamat ni.. suka nak buatkan aku terkejut. Nasib baik aku tak ada sakit jantung..” bebel Isha dalam hati.

“Oh ya ke? So what should I call you sweet girl?” soal Zafran sambil tersenyum-senyum dan memandang tepat ke mata gadis itu. ‘Dia ni masih tak berputus asa mahu mengetahui nama aku kot?’ bisik Alisha.

Bertambah meluat lagi bila dia mendengar lelaki itu berbicara dalam bahasa Inggeris. Lelaki ini sudah tak tahu berbahasa melayu lagikah? Mungkin dia ingat nampak mancholah bila berbahasa Inggeris. Menyampah betullah!!

“Dah tak reti nak berbahasa Melayu ke?” soalnya pada lelaki itu.

Lelaki itu ketawa besar sebaik saja mendengar kata-kata Alisha. Alisha membeliakkan matanya, tanda protes dengan tawanya. Alisha tidak tahu apa yang kelakar dengan soalannya tadi sampai lelaki itu boleh tergelak kuat sekali.

Alisha merenung lelaki itu dengan renungan tajam. Rasanya ingin saja dia menelan lelaki itu hidup-hidup. Atau mungkin lelaki ini kurang siuman kot. Dia tak tau ke yang ini kenduri kahwin bukannya pertandingan siapa ketawa kuat!

Why? Don’t you understand English?” soal lelaki itu pada Alisha. Semakin galak pula lelaki itu mengenakan dirinya.

 Suka sangat nak pandang rendah pada dia yang sekadar budak kampung. Kalau di ikutkan hati nak saja aku nak balas balik dengan menggunakan bahasa Inggeris tapi nak buat apa. Kalau sekadar nak menunjuk-nunjuk. Lagipun aku akan cakap melayu dengan orang yang tahu bahasa melayu. Dan begitu juga sebaliknya. Dia ni ingat dia seorang saja ke yang pandai cakap English. Bagi Alisha lelaki ini sudah melampau.

“Kalau macam tu, saya berbahasa melayu saja dengan awak.” Makin galak pula lelaki itu mengenakan Alisha.

“Jadi, macam mana saya nak panggil awak?” desak lelaki itu terus pada Alisha apabila melihat Alisha masih mendiamkan diri.

“Panggil jelah apa-apa. Asal jangan panggil yang pelik-pelik sudah.”

“So I masih kena panggil you sweet girl sajalah..” ujar Zafran sambil tersenyum.

“Mmmm..” jawab Alisha.

“Alisha.. Jom kita balik..” Mak Limah mengajak Alisha balik. Dia tidak sedar ada lelaki yang sedang berdiri di depan anaknya itu. Alisha mengangguk. ‘Alamak! Ibu dah sebut namanya tadi. Pasti lelaki itu sudah tahu namanya.’

“Makcik, boleh saya berkenalan dengan anak Mak cik?” soal lelaki itu. Hishh! Gentlemannya dia! Kalau Shikin tahu memang dia pengsan punyalah!! Sebab tadi Shikin yang terlebih aksi bila melihat lelaki itu dari jauh.

Alisha menjengilkan mata. Terkejut mendengar soalan yang keluar dari bibir lelaki itu.’ Dia nikan sengaja nak kenakan aku.’ Getus hati Alisha.

“Anak ni siapa? Makcik tak pernah nampak pun sebelum ini?” ujar Mak Limah ramah. Dia pun hairan bila menyedari lelaki itu berdiri didepan anaknya tadi.

“Nama saya Zafran Haicarl. Pangil Zaf pun boleh. Saya sebenarnya baru sampai kawasan sini. Saya dengar kampung ni buat kenduri sebab itulah saya datang ke sini..” jawab Zafran dengan ramah.

“Oh.. macam tu. Saya Mak Limah. Ini anak saya Alisha.  Kami panggil dia Isha. Dia memang macam tu. Kasar sikit.. Maafkan dia ya..” Mak Limah mewakili anaknya memperkenalkan diri.

“Oh Tak apa makcik. Saya faham. Saya ni orang luar mungkin sebab itu dia tak suka kat saya kot..” balas Zafran sambil tersenyum. Namun matanya tetap memandang wajah gadis yang berada di sebelah Mak Limah itu. Ayunya dia.

“Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih pada Alisha sebab tolong saya hari tu.”

“Bila pula tu? Tolong apa?” soal Mak Limah kehairanan.

“Hari tu tepi pantai. Kaki saya kena sengat. Dia yang tolong saya hari tu. Tapi saya langsung tak sempat nak tanya nama dia...” ujar Zafran Haicarl sambil tersenyum. ‘Berbudi bahasa juga anak muda ni. Ingatkan dah lupa adab sopan.’ Baru Mak Limah teringat di mana Alisha balik lewat petang itu. Masa itu dia ada cakap yang dia menolong orang. Mungkin itu yang di maksudkan lelaki ini.

“Tak ada apalah. Bukannya salah pun tolong orang yang dalam kesusahan..”

“Ibu jom kita balik..” ujar Alisha. Dia rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang. Malu pun ada bila teringatkan sampai termimpi-mimpi wajah lelaki itu. Dan hari ini dia tiba-tiba ada di depannya.

“Kami balik dululah ya. Dah lewat dah ni..” ujar Mak Limah pula.

“Biar saya hantar makcik dan anak makcik balik rumah..” Zafran mula mempelawa. Mak Limah hanya tersenyum. Seganlah nak naik kereta besar dengan anak muda ni.

“Tak apalah. Terima kasihlah. Rumah kita orang dekat je..”

“Jomlah naik sekali.. Ini anak majikan saya.. Jangan malu.” sampuk Mak Jah yang datang entah dari mana pula. Baru Mak Limah tahu siapa gerangan anak muda itu. Patutlah macam pernah nampak rupa-rupanya dia anak kepada pemilik chalet di sebelah sana. Anak Tuan Razman!

Alisha tetap berkeras tidak mahu menaiki kereta itu. Segan katanya di bisikkan ke telinga ibunya. Benar juga kata Alisha, nanti apa pula kata penduduk kampung kalau mereka tumpang kereta Zafran.

...........................................

Dalam perjalanan, Mak Jah dan Zafran masing-masing membisu.

“Sejuk mata memandang anak gadis Mak Limah tukan?” ujar Mak Jah ketika dia berada dalam perut kereta itu. Zafran hanya tersenyum. Nampaknya Mak Jah pun sukakan gadis itu.

“Zaf suka kat dia tak?” soal Mak Jah kepada Zafran. Zafran Haicarl hanya tersengih-sengih. Entahlah dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh terpaut pada seraut wajah itu.

“Entahlah mak. Zaf rasa yalah kot!” guraunya.

“Eh anak bertuah ni, kalau maklah, memang Is..Is.. Apa nama dia?”

“Isha. Alisha..” dengan cepat Zafran menjawab persoalan maknya dengan cepat.

“Mmm cepatnya Zaf jawab!” usik Mak Jah. Dia melihat senyuman di bibir Zafran.

“Mak.. janganlah nak usik Zaf..”

“Zaf malu ke? Kalau Zaf berkenan, bincang dengan papa Zaf, kita pergi hantar rombongan. Tak payah nak tunggu lama-lama.. Manalah tau nanti di kebas orang. Orangnya cantik, bersopan pula tu” Mak Jah memberi cadangan yang memang boleh di pakai. ‘Alamak.. tak terlalu cepat ke?’ bisik hati Zafran.

“Tunggu dululah semua urusan Zaf dah selesai. Kalau memang ada jodoh tak kemana kan mak?” Mak Jah hanya tersenyum mendengar jawapan dari Zafran. Sekurang-kurang anak muda itu sudah terbuka hatinya untuk menerima insan lain dalam hidupnya. Dalam diam dia berdoa semoga Zafran menemui orang yang benar-benar ikhlas menyintainya. Bukannya kahwin hanya kerana harta seperti bini baru majikannya.

..............................................

Shikin singgah sekejap ke rumah Alisha. Entahlah dia tak dapat nak lupakan lelaki yang di lihatnya dalam majlis malam tadi. Dia bagaikan orang mabuk cinta. Sejak dia terpandangkan lelaki yang datang ke kenduri kahwin malam tadi dia bagaikan orang mabuk rindu. Pada sahabatnya itulah tempat dia meluahkan ceritanya.

“Wei handsome betullah lelaki yang datang masa kenduri hari tu. Dia senyum-senyum kat aku. Mungkin dia suka kat aku kot! Alangkah bagusnya kalau dia jadi boyfriend aku..” ujar Shikin. Dia masih menjerit seronok. Dalam kampung ini mana ada lelaki yang kacak macam lelaki itu.

“Hish!! Muka tak malu!! Mana kau tau kalau dia suka kat kau? Dia senyum tak semestinya dia suka kat kau!” ujar Isha lagi. Kalaulah Shikin tau apa yang terjadi, pasti kawannya itu tidak berani nak berangan jauh.

“Betul Isha.. Aku dah syok kat dia! Kalau dia sudi jadi boyfriend aku memang aku akan ikut je cakap dia”

“Kau ni belum apa-apa dah mabuk cinta. Belum lagi kalau dia betul-betul. Rasanya kau akan gila kot!” balas Isha. Malas betul dia nak melayan perangai Shikin yang makin mengarut-ngarut.

“Kau janganlah cakap aku macam tu. Tapi aku memang dah falling in love dengan lelaki tu. Dahlah kacak, bergaya dan dia kaya pulak tu! Kalaulah dia jadi suami aku memang aku tak pandang yang lain dah!!”

“Dah mula nak beranganlah tu!!”

“Isha, aku kena pergi kedai ni. Lupa pula yang mak aku suruh pergi beli lauk tadi..” Shikin baru teringat yang Mak Piah suruhnya pergi ke kedai membeli lauk.

“Okeylah. Baik-baik jalan tau..” pesan Alisha kepada sahabat baiknya itu.

“Okey.. Shikin jalan dulu..”

Dengan cepat, Shikin mengayuh basikalnya menuju ke kedai Pak Ali. Dia mahu cepat-cepat membeli barang untuk di bawa balik ke rumah. Namun dalam perjalanan, sebuah kereta mewah berhenti di tepinya. Tingkap cermin kereta itu di turunkan. Alangkah terkejutnya Shikin apabila melihat siapakah gerangannya itu.

“Adik..”

“Abang panggil saya ke?” soal Shikin. Lelaki itu mengangguk.

“Panggil saya Shikin” cepat Shikin memberitahu namanya.

“Kalau boleh abang tanya sesuatu pada adik?” soal lelaki itu.

“Nak tanya apa bang? Kalau saya boleh jawab saya akan jawab..” ujar Shikin teruja. Baru tadi dia singgah di rumah Alisha bercerita tentang lelaki itu dan sekarang lelaki itu benar-benar terpacak di depannya. Rasanya dia macam bermimpi!!

“Nama abang Zafran. Tapi adik boleh panggil abang Zaf. Begini, saya nak berhubung dengan kawan awak tempoh hari tu?”

“Alisha.. Isha?” Shikin bertanya dengan cepat. Mana ada kawan dia yang lain yang rapat dengan dirinya. Hanya Alisha sahaja!

“Mmmm.. dialah tu..”

“Abang nak tanya apa?”

“Macam mana saya nak berhubung dengan dia? Dia ada nombor telefon tak?” soal Zafran Haicarl.

Shikin menggelengkan kepalanya. Sedangkan dia sendiri pun terpaksa berkunjung ke rumah Alisha jika ada sesuatu yang ingin di kongsikan cerita atau lain-lain. Puas juga dia menyuruh Alisha membeli telefon bimbit. Tapi kata Alisha dia tidak mahu membazirkan duit.

“Habis tu macam manalah?” soal Zafran bila melihat gadis itu menggelengkan kepalanya.

“Kawan saya tu pelik sikit. Dia tidak suka pakai telefon bimbit. Lagipun katanya membazir nak beli telefon bimbit. Saya selalu pergi ke rumahnya kalau ada apa-apa. Dan begitu juga di sebaliknya.

“Boleh Shikin tolong abang tak?” soal Zafran lagi. Dia pun pelik dengan sikap gadis yang di temuinya di tepi pantai hari itu.

“Beginilah bang, abang tulis kat kertas apa yang abang nak tulis, esok Shikin pergi hantar kat dia.” Zafran Haicarl  aic arl mengangguk. Bagus juga idea gadis itu. Lalu dia masuk semula dalam keretanya. Dia mencari kertas dan pen. Mahu menulis sesuatu bagi pada gadis pantai itu. Selepas menulis sesuatu, kertas itu di lipat. Kemudian dia keluar dari dalam keretanya. Kertas itu di hulurkan pada Shikin.

“Harap Shikin dapat bagi pada Isha secepat mungkin. Petang esok abang akan tunggu dia di tepi pantai itu...”

“Okey.. nanti Shikin akan sampaikan pesanan abang tu..”

“Terima kasih..” ucap Zafran. Shikin hanya tersenyum. Beruntungnya kau Isha. Lelaki pujaan aku ni minat kat kau! Bisik hati Shikin.

“Sama-sama.. Shikin balik dululah ya, takut mak Shikin tertunggu-tunggu nanti..” seraya itu Shikin mengayuh basikalnya menuju ke rumahnya. Dia bimbang nanti emaknya membebel kerana lambat bawa lauk untuk di masak petang itu.

.............................................

Shikin terus menuju ke rumah Alisha apabila dia teringat lelaki yang menemuinya semalam. Merayu-rayu lelaki itu meminta nombor telefon Alisha. Tetapi sayangnya Alisha tidak mempunyai telefon bimbit. Shikin duduk di sebelah Alisha. Dia asyik tersenyum dari tadi lagi. Nampak dia gembira sangat.

“Awak ni kenapa? Tersengih-sengih dari tadi lagi.” Soal Alisha sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di tepi Shikin.

“Semalam lelaki itu jumpa aku. Kau nak tahu kenapa dia jumpa aku?”

Alisha menjungkitkan bahunya. “Entah mungkin dia nak ngorat kau kot.” Itu saja jawapan yang terlintas di fikirannya. Dia teringat bagaimana Shikin terlalu teruja bila melihat lelaki yang di maksudkannya itu.

“Ish.. Kau ni tak tahu dek untung tau. Kalau dia nak kat aku memang aku tak tolak punya.” Pantas Shikin menutup andaian Alisha.

“Mamat tu nak jumpa aku sebab dia nak tahu nama penuh kau dan nombor telefon.”

“Bila?” soal Alisha seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Masa aku balik dari kedai Pak Ali. Aku rasa dia minat kat kaulah. Entah-entah dia nak ngorat kau” usik Shikin dengan senyuman nakal yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“Jangan nak merepeklah..”

“Kau nak tahu semalam dia ada minta nombor telefon kau kat aku.. Tapi aku cakap kau tak ada telefon bimbit. Dia nampak macam kecewa sikit.” Ujar Shikin kepada Alisha.

“Nak buat apa dia nak tanya semua tu? Lagipun aku pun tak kenal sangat dengan dia?” ujar Alisha yang duduk bersantai di luar rumahnya.

“Ala biasalah tu. Dia nak ngorat kaulah tu. Beruntungnya kau dalam diam ada orang minat.  Dahlah handsome kaya pulak tu!! Hish kau ni langsung tak bersyukur!!”

“Nak bersyukur amendenya. Bukannya terus dapat kahwin dengan dia pun!” tempelak Alisha.

“Kalau memang kau ada jodoh dengan dia macam mana?”

“Kalau memang dah jodoh aku, terima sajalah..”

Shikin tersenyum mendengar jawapan dari mulut Alisha. Memang benar juga kata Alisha. Kalau memang ada jodoh tak ke mana.Ada Dia Di Hati

Friday 18 January 2013

Kau Rantai Hatiku 27




Budak pejabat masih lagi memenuhi ruang pantry. Waktu makan tengah hari tidak semuanya keluar makan di kedai makan atau di gerai-gerai. Ada di antara mereka membawa bekal sendiri dari rumah.

“Aku rasalah mereka berdua tu ada hubungan speciallah!! Korang perasan tak semenjak Humaira masuk kerja ke syarikat ini bos kita caring sangat dekat dia. Dan sejak akhir-akhir ni mereka nampak rapat pula..” sampuk Aya pula.

“Semalam rehat aku ada perasan juga bos ajak Humaira keluar makan. Tapi Humaira menolak dengan baik. Sebab dia nak keluar makan dengan kami” tambah Ayu pula. Teringat dia ketika Tengku Elman mengajak Humaira keluar makan dengannnya.

“Kalau betullah mereka ada hubungan, macam mana dengan Cik Isabella tu ya?” tanya Zana tiba-tiba.

“Alah... Entah-entah Tengku Elman tu biasa-biasa saja dengan dia. Dia saja agaknya yang perasan lebih. Kalau perempuan gedik macam tu, aku pun tak nak weyh!” ucap Afiz.

“Lagipun Humaira dengan Tengku tu memang sesuai, dua-dua pun sama bujang.. so, tak ada masalah bagi aku kalau dia orang nak berhubungan pun..” jelas Zana pula. Sedang mereka berempat asyik berborak, tiba-tiba Isabella muncul.

“Apa yang you all buat ni? Tak ada kerja ke? Hah!!”

“Tak ada apa-apa Cik Bella..”

“Aya, apa yang you nak tunjuk tu? Bawa sini!!” Aya cuba menyembunyikan handsetnya, tapi tidak sempat.

Isabella sudah pun merampasnya terlebih dahulu. Wajahnya berubah serta merta saat melihat gambar-gambar yang terdapat pada handset Aya. Gambar itu menunjukkan Tengku Elman sedang membuka pintu kereta untuk Humaira.

“Gambar ni tak ada maksud apa-apa. Asalkan korang tahu sebulan dari sekarang, saya akan bertunang dengan Tengku Elman. Tak kisahlah korang suka atau tidak suka itu hal kami..” beritahu Isabella. Puas hatinya bila dia dapat memberitahu hal pertunangannya dengan Tengku Elman. Tidak kisahlah apa yang mereka fikirkan.

Dia terus menuju ke bilik pejabat Tengku Elman. Pintu di hempas kuat menandakan ada kemarahan di wajahnya.

“Elman..! Betul ke apa yang I dengar...?” tanya Isabella ketika berada di bilik Tengku Elman Iskandar.

“Apa yang you dengar?” tanya Tengku Elman kembali. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba je dia datang mengamuk! Mesti ada yang tak kena ni!

“You dengan Humaira? You berdua ada special relationship, betul ke?” tanya Bella meminta kepastian. Sebenarnya dia sakit hati bila melihat gambar yang di tunjukkan oleh Aya tadi. Tetapi dia berlagak yang tidak tidak apa-apa di depan pekerjanya.

“Emm...” Keluh Tengku Elman. Kemudian dia mengangguk perlahan.

‘‘What..?! Sejak bila?” tanya Bella seakan tidak percaya.

“Sampai hati you buat I macam ni Elman! You tahukan I betul-betul cintakan you...! Lagipun tak lama lagi kita akan bertunang...” Isabella memukul-mukul dada Tengku Elman Qaufar. Tengku Elman segera memegang tangan Isabella dari terus-terusan memukulnya. Sakit dadanya di pukul begitu.

Bella..! Please, stop it..!

“I minta maaf.. I tak boleh nak terima cinta you. I cuma anggap you kawan I, tak lebih dari itu! Lagipun I tak pernah cakap pun yang I suka you lebih dari kawankan? So, tolong faham...” tambah Tengku Elman lagi.

Tanpa berkata apa, Isabella terus berlalu meninggalkan Tengku Elman sendirian. Isabella terus mendapatkan Humaira ditempatnya. Erin pula risau melihat keadaan itu. Lantas dia menghubungi Tengku Elman.

“Ah..! Sudahlah..! Jangan nak berpura-pura baiklah! You dah bagi ubat guna-guna apa pada Tengku ke hah?” Isabella semakin menggila. Dia sudah mendekati Humaira. Wajahnya bertukar menjadi garang.

“Apa yang Cik Bella merepek ni? Tolonglah Cik Bella... Istighfar banyak-banyak.. Cik tak malu ke, semua orang tengok kita bergaduh sebab lelaki?” Humaira cuba memujuk Isabella tapi Isabella masih lagi begitu.

“Oh tahu malu.. Ah..! I peduli apa...!!” Isabella geram melihatkan Humaira yang sedikit pun tidak melawan.

Lantas dia menolak Humaira ke belakang. Nasib baik Tengku Elman Qaufar datang tepat pada masanya. Dengan pantas dia menahan Humaira dari terjatuh. Gelagat itu telah menjadi tontonan para pekerjanya.

“You ni kenapa? Jangan nak buat hal dalam pejabat. Ini waktu bekerja bukan waktu cari gaduh!” jerit Tengku Elman kepada Isabella.

“Dah nampak sangat you sebelahkan perempuan murahan tu! Pun masih nak berdalih lagi ke?” soal Isabella garang.

“Itu urusan peribadi I lagi pun tak salahkan, I masih bujang dan dia pun bujang. Tak ada yang salahkan? Dan you jangan berani kacau Humaira lagi. Dia datang ke sini untuk bekerja bukannya datang nak cari gaduh!” Tengku Elman semakin marah. Marah bila melihat Isabella menyakiti Humaira.

Ada juga dia antara pekerja yang menyaksikan adegan pergaduhan itu ketawa. Memang benarlah. Mereka berdua sama-sama bujang dan tak salah pun kalau mereka berdua menjalinkan hubungan yang erat. Semua mereka tidak suka dengan cara dan perangai Cik Isabella yang mengalahkan bos mereka.

Nampaknya kali ini Cik Isabella itu betul-betul di permalukan oleh bos mereka di depan pekerja bawahannya.

“Bersurai. Buat kerja masing-masing. Kita iklan sekejap tadi..!” ujar Tengku Elman berseloroh. Kedengaran suara tawa dari pekerja lain. Isabella menarik muka yang sedang marah. Bukan iklan sekejap. Itu namanya pergaduhan! Apalah dia ni bongok sangat!

Dia terus melangkah ke biliknya. Sementara itu, Tengku Elman menarik tangan Humaira menuju ke biliknya pula. Dia tidak peduli dengan pandangan orang sekelilingnya.

DALAM bilik itu, Humaira hanya membisu sahaja. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Memang dia tidak menyangka Cik Isabella akan menyerangnya seperti itu. Memang dia malu sangat dengan peristiwa yang berlaku itu tadi. Mana dia nak letakkan mukanya untuk berdepan dengan pekerja lain.

“Ira, jangan ambil hati sangat tentang kelakuan Isabella itu tadi. Semuanya salah I sebab tak bagitahu perkara yang sebenarnya.”

“Tengku, lebih baik Tengku selesaikan masalah dengan Cik Isabella tu. Lagi pun tak lama lagi kalian akan bertunang. Saya tidak mahu menjadi penghalang antara kamu berdua. Saya tak sanggup di tuduh perampas hak orang!”

“Masalahnya saya belum jadi hak siapa-siapa pun buat masa sekarang. Jadi awak jangan nak cari alasan menjauhi diri awak dari saya. Saya tak akan benarkan awak jauh dari saya!” ujar Tengku Elman Qaufar dengan tegas.

Humaira terkedu. Biar betul lelaki yang berada di depannya kini. Dalam pejabat pun dia masih berani mengungkapkan kata-kata yang selalu mendebarkan hatinya.

Argghhh!!! Sedar diri tu Ira. Dia cuma menganggap awak sebagai pelepas kasih saja. Dia suka awak sebab wajah awak mirip isteri dia!!

“Adalah lebih baik mencegah dari terlewat. Tengku masih ada masa untuk mengatur persiapan majlis pertunangan dan perkahwinan. Sebaiknya Tengku gunakan masa ini bersama-sama dengan Cik Isabella, bukannya membuang masa dengan saya. Mulai hari ini Tengku jangan kacau hidup saya! Saya dah penat dengan semua ini. Cukup-cukuplah Tengku kembali ke dunia realiti. Masa depan Tengku ada bersama dengan Cik Isabella. Lagi pun saya akan bertunang tak lama lagi.”

Humaira terus melangkah keluar dari pejabat itu. Makin lama dia berada di dalam bersama Tengku Elman semakin sesak pula nafasnya. Namun dia harus cekalkan hati dan kuat semangat. Sedarlah bahawa Tengku Elman itu bakal tunang Cik Isabella. Sama juga dengan dirinya yang bakal menjadi tunang Azwan.

Tengku Elman terperanjat mendengar kenyataan dari mulut Humaira sebentar tadi. Betulkah Humaira akan bertunang? Dengan siapa? Dengan lelaki yang dia nampak hari itukah? Pelbagai persoalan yang timbul di fikirannya. Entah kenapa dia tidak menyenangi berita yang di dengarnya tadi. Mungkin itu alasan dia cuba menjauhkan diri darinya saja kot?

“Tengku tak apa-apa?” soal Encik Johan sebaik saja dia masuk ke bilik pejabat Tengku Elman Qaufar. Dia ada mendengar ada kekecohan berlaku antara Cik Isabella dengan Humaira. Pastinya Cik Isabella menyerang Humaira kerana cemburu dengan Humaira. Maklumlah sejak kebelakangan ini Tengku Elman banyak meluangkan masa bersama dengan Humaira berbanding Isabella.

“Aku tak tahu nak buat macam mana dengan Isabella ni. Runsing kepala aku memikirkannya..”

Pada hal dalam hatinya bukannya dia runsingkan pasal Isabella tetapi dia runsingkan pasal Humaira!!

PAGI itu mesyuarat tergempar di adakan. Semua mereka yang terlibat hadir termasuklah Humaira. Selepas sejam setengah, akhirnya mesyuarat itu di tamatkan. Sebelum Isabella keluar dari bilik mesyuarat, sempat lagi dia berpesan kepada Tengku Elman.

“Sayang jangan lupa petang ni kita nak beli cincin tau!” Isabella memberi peringatan kepada Tengku Elman. Dalam diam dia sudah punya rancangan. Dia mahu Humaira tahu dan sedar bahawa tidak lama lagi dia akan menjadi tunang kepada Tengku Elman Qaufar. Dan tiada mana-mana gadis yang dapat merampas Tengku Elman Qaufar darinya.

Seperti yang di janjikan, Humaira pergi berjumpa dengan Isabella di sebuah kedai emas yang berada di dalam menara KLCC. Dari jauh Isabella tersenyum melihat wajah Humaira yang membawa barang yang di pesannya ketika dia dan Tengku Elman dalam perjalanan ke situ. Riak wajah Tengku Elman juga berubah. Mungkin dia terkejut melihat Humaira ada di sana.

“Ni barang yang Cik Isabella pesan. Maaflah kerana terlambat..” ujar Humaira. Dia melihat Isabella tersenyum gembira di sisi Tengku Elman. Entah mengapa hatinya terasa lain melihat kegembiraan di wajah Tengku Elman dan Isabella. Dalam diam hatinya berasa kecewa. Dia rasa kecewa kerana dia percaya Tengku Elman betul-betul sukakan dirinya.

“Terima kasih. I lupa nak ambilnya tadi. Tengku ni yang tak sabar nak sampai ke sini sampai I lupa nak ambil beg penting ni…” ujar Isabella sambil memandang wajah Tengku Elman Qaufar.

“Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak balik ke pejabat dululah..” ujar Humaira lagi. Segan juga dia nak bersama dengan pasangan kekasih itu.

“Apa kata you ikut kita orang pergi memilih cincin tunang?” tiba-tiba Isabella memberi cadangan. Humaira terkejut. Dia tidak menyangka Cik Bellanya mahu mempelawanya sekali.

“Dalam bab ini memang saya tak pandailah Cik Bella..” Humaira menolak dengan baik. Mujurlah Isabella tak ambil hati dengan apa yang berlaku tempoh hari.

“Apa susah sangat pilih je mana yang you suka ambiklah.. Tak payah nak minta pendapat orang!” ujar Tengku Elman Qaufar. dia rasa tidak senag hati dengan pelawaan Isabella.

Humaira melihat barangan kemas yang ada di depannya. Sungguh cantik sehinggakan dia sendiri tidak dapat memilih yang mana paling cantik. Namun matanya tiba-tiba tertancap pada satu bentuk cincin yang sangat cantik walaupun kecil tapi sangat indah bentuknya.

“Ira pilihlah yang mana Ira suka..”

Humaira menoleh ke sisi. Takkan Tengku Elman nak belikan dia barang kemas? Nanti apa kata Cik Isabella?

“Kat sini?” Soal Humaira hairan. setahu dia tempat ini mahal. Dan dia memang sedia maklum Tengku Elman itu mampu. Wajah Tengku Elman di tenung dan lelaki itu tersenyum sambil mengangguk kepalanya.

“Iya. Ira pilih yang mana Ira suka nanti saya bayarkan..”

“Tapi?”

“Tak ada tapi-tapi..”

“Kenapa ni sayang?” ujar Isabella sebaik saja dia mendekatkan dirinya dengan Tengku Elman. dari tadi dia perasan Tengku Elman mendekati Humaira. rasa menyesal pula mempelawa Humaira melihat cincin sekali tadi.

“Ira ni, I suruh pilih mana satu dia nak.. Sebab I nak belikankan sebagai hadiah..” terang Tengku Elman sambil tersenyum. Isabella tercengang! Hadiah untuk apa?

“Hadiah? Sempena apa?”

“Sebenarnya, tak lama lagi dia akan bertunang. Sebab itulah I suruh dia pilih mana satu jenis cincin yang dia berkenan sebagai hadiah dari kita berdua..” jawab Tengku Elman selamba. Humaira rasa geram. Pandai betullah lelaki di depannya ini mahu mengenakan dia!

“Oh iya ke? Tahniah!! Ira pilihlah mana satu yang Ira berkenan. Anggap je itu hadiah dari kami berdua..” jawab Isabella teruja. Dia tidak sangka rupa-rupanya Humaira juga bakal menjadi tunangan orang!

“Tapi??”

“Ira.. I nak minta maaf atas keterlanjuran sikapI tempoh hari. I tak tahu pun yang you ni bakal jadi tunangan orang.. Kalau I tahu I tak akan berburuk sangka dengan you..” Isabella memohon maaf.

“Tak apalah Cik Bella. Saya dah lama maafkan cik.. Memanglah kalau saya di tempat Cik pun akan rasa cemburu juga..” jawab Humaira perlahan.

BERITA hari pertunangan antara Tengku Elman Qaufar dan Isabella sudah tersebar luas. Mana tidaknya memang bertuahlah gadis yang dapat mendampingi lelaki yang berjaya seperti Tengku Elman Qaufar. Bukan sahaja dia kaya, kacak tetapi juga dia sudah dikatakan berjaya dalam bidang perniagaannya.

Pertunangan mereka dia adakan di sebuah dewan hotel yang terkemuka. Ramai tetamu yang hadir. Isabella tersenyum gembira di sisi Tengku Elman. Tetapi Tengku Elman Qaufar dengan anak matanya sentiasa tercari-cari akan wajah seseorang.

‘Mengapa Humaira tidak kelihatan?’ bisik hati kecilnya. ‘Semua tetamu yang lain hadir kecuali Humaira. Takkan dia tak sudi datang. Atau dia tidak mahu melihat aku akan bertunang?’bisik hati kecilnya.

“Sayang.. Sayang cari siapa tu?” soal Bella bila melihat Tengku Elman seperti mencari seseorang.

“Tak cari siapa-siapa..  I cuma nak tengok para tetamu jemputan je.. Kenapa tanya?” soal Tengku Elman menutup gelisah di hati.

“Manalah tau, you tengah tunggu Humaira. Tapi ingat malam ini you akan menjadi tunang I, jadi jangan nak buat hal pula!” ujar Bella mengingatkan Tengku Elman tentang perkara itu.

“Yeahh.. I taulah.. you akan jadi tunang I. Jadi berhentilah nak tuduh I sebarangan. I tak suka!” jawab Tengku Elman berbisik ke telinga Isabella.

Isabella mencebik. Kelihatan sudah ramai tetamu yang hadir pada malam itu. Siapa sangka pewaris Syarikat Global itu masih muda. Walaupun tidak ramai yang tahu dia pernah berkahwin, tetapi status duda itu menghangatkan suasana dan para media sibuk mengambil kesempatan ini untuk mendekati Tengku Elman Qaufar.

SELEPAS majlis pertunangannya dengan Isabella, Tengku Elman merasakan yang Humaira semakin menjauhkan diri darinya. Pelbagai cara yang dilakukan untuk bersama seperti dulu tapi tidak mungkin. Humaira hanya akan bercakap apabila perlu saja. Pedih hatinya melihat Humaira bersikap begitu dengannya. Pertengkarannya dengan Humaira sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Bukan itu masalahnya Tengku, masalahnya sekarang Tengku tu dah bertunang. Bagi Ira tunang orang sudah hampir kepada suami orang. Jadi batasnya dah ada. Kita tak boleh kesana kemari berdua. Tengku kena jaga perasaan Cik Isabella. Dan Ira sebagai perempuan memahami perasaan Cik Isabella tu. Ira tak nak jadi orang ke tiga” tegas Humaira.

Tengku Elman Qaufar mengeluh lagi. Sudah beberapa minggu hidupnya kosong. Dia kesana kemari seorang diri. Dengan Isabella dia tak sanggup melayan karenah perempuan itu. Walau pun dia sudah bertunang dengan Isabella namun hatinya bagaikan kosong. Bila bersama dengan Humaira, hatinya bagaikan terisi dan dia gembira sekali. Tapi itu hanya di masa sebelum dia bertunang dengan Isabella. Kini dia sunyi dan kadangkala ingin saja dia menjerit. Terasa betapa bodohnya dia kerana bertunang dengan Isabella.

Malam ini dia bersendirian termenung di bilik tidurnya. Keadaan petang tadi benar-benar menyakitkan hati dan jiwanya. Dia tidak mahu Humaira berjauhan darinya. Namun dia tidak boleh terlalu mementingkan diri. Kini dia tunangan orang. Betul juga kata Humaira petang tadi. Tapi kerinduannya untuk bergelak ketawa dengan Humaira semakin menebal.

‘Argh!!! Kalaulah awak mengerti perasaan aku ini pastinya kau tidak akan membuat aku jadi begini. Mungkin kau fikir aku sukakan kau kerana kau mirip arwah isteriku tapi aku percaya bahawa kau adalah isteriku cuma aku perlukan masa untuk membuktikannya.’

Telefon bimbit itu di ambil. Tangannya laju mendail nombor Humaira. Apa yang dia sedang buat agaknya ketika ini. Lama berbunyi namun langsung tidak di angkat oleh tuannya di sana. Hatinya sedikit kecewa. Bukan sedikit tetapi kecewa sangat. Kalau berterusan macam ini dia boleh hilang nyawa sekali lagi.