Hadri terus sahaja
menuju ke pejabat. Ketika menjejak kakinya di pintu pejabat pertama sekali
matanya tertumpu kepada meja Zarra. Namun dia hampa apabila melihat meja itu
kosong. ‘Mungkin dia di pantry agaknya’ bisiknya sendirian. Entah mnegapa dia rasa
terganggu melihat kemesraan Zarra dengan seorang lelaki malam tadi. Sehinggakan
matanya langsung tidak dapat tidur dan pagi ini dia boleh turun awal dari biasa
ke pejabat.
Dia melihat kelibat
Melly yang duduk berdekatan dengan meja Zarra sudah datang. Laju sahaja
mulutnya bertanyakan pasal Zarra.
“Zarra dah sampai
Melly?” Melly berpaling bila mendengar ada suara bertanyakan pasal Zarra.
“Belum Encik Hadri..
Biasanya dia awal datang. Kenapa Encik Hadri?” soal Melly lagi.
Melly juga
tertanya-tanya kenapa Zarra belum sampai lagi. Setahu dia, Zarra seorang
pekerja yang berdedikasi. Lagi pun biasanya kalau Zarra sampai memang kecoh
sikit isi ruang pejabat itu. Mungkin Kak Zai tahu.
“Tak apalah. Kalau dia
dah datang suruh dia masuk jumpa saya” arah Hadri lagi.
“Baik bos.”
Hadri
terus menuju ke biliknya. Namun hatinya seperti risaukan sesuatu. Kenapa Zarra
belum datang lagi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Telefon
bimbitnya di ambil dia cuba mendail nombor Zarra. Namun hanya kedengaran suara
operator saja yang menjawab.
‘Hishh!! Kenapa tutup
telefon dia pula?’ Hadri merungut!
Di sudut pantry, Melly
terus menyapa Kak Zai. Manalah Tahu kak Zai tahu tentang Zarra. Lagi pun mereka
berdua amat rapat.
“Kak Zai, ada nampak
Zarra tak? Bos masuk jer terus tanya dia?” soal Melly.
“Zarra belum masuk
lagi.. Entah kenapa? Selalunya dia tak macam ni..” jawab Kak Zai. Dia faham
sangat dengan sikap Zarra yang jarang datang lambat kecuali ada hal penting.
Melly mengngguk. Dia juga setuju dengan apa yang Kak Zai cakap. Zarra tidak
pernah lewat kalau tidak ada hal penting.
Dia kemudiannya terus
menuju ke meja kerjanya. Baru saja dia melabuhkan punggungnya, keliahatan Zarra
berjalan terkocoh-kocoh menuju ke meja kerjanya.
Zarra tergesa-gesa duduk di
tempat duduknya. Beg tangannya pula di letakkan dalam laci. Dia tahu hari ini
dia lambat masuk kerja. Ini semua gara-gara keretanay meragam lagi. Nak menahan
teksi pulak satu hal. Jalan pula jam.. semuanya memang boleh buat dia gila hari
ini.
“Lambat kau hari ini?” tegur
Melly.
“Itulah pasal.. Tak pernah-pernah
aku lambat macam ni tau!! Kereta aku tu buat hal..” jawab Zarra sambil membuka power on computer di depannya.
“Tadi Encik Hadri cari kau”
“Kenapa?” soal Zarra lagi.
“Entahlah. Pasal kerja kot!”
Zarra terus sahaja bangun.
“Nak kemana pulak tu?” soal Melly
lagi.
“Nak jumpa Encik Hadrilah!” jawab
Zarra lagi. Entah apa yang Encik Hadrinya mahu awal pagi begini. Selalunya Encik
Hadri tidak begitu.
Zarra mengetuk pintu bilik Encik
Hadri.
“Masuk.”
Zarra terus membuka pintu bilik
Encik Hadri dan dia terus menapak masuk.
“Sorry bos, hari ini I lambat. Kereta buat hal..” ujar Zarra
selamba. Dia terus sahaja duduk di hadapan Encik hadri sebelum lelaki itu
menjemputnya duduk.
“Ada apa bos nak jumpa I ni?”
soal Zarra tanpa menunggu lama. Kalau boleh memang dia mahu keluar secepatnya.
Ada banyak lagi kerja di luar sedang menunggunya.
“Pagi ni kita ada meeting ke bangunan Mutiara Jaya.. I nak
you ikut.” Selamba sahaja Hadri memberitahu Zarra. Zarra mengerutkan dahi. Selalunya
bosnya tidak begitu. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti dia akan di beritahu
lebih awal.
“Meeting? Kenapa bos suruh I ikut?”
“Sebab I memang nak you ikut.”
Zarra hanya mendiamkan diri. Dia tak kuasa untuk berkata apa lagi. Dia hanya
pekerja dan lelaki itu adalah bosnya.
“Baiklah..” Zarra terus bangun
dan menuju ke pintu. Tombol pintu di pulas. Kemudian dia berjalan menuju ke
mejanya. Dia terus menghempaskan punggungnya di kerusi itu.
“Bos nak apa?” soal Melly sebaik
sahaja Zarra duduk di mejanya.
“Ikut dia keluar meeting.”
“Meeting? Ingatkan ada hal penting. Pagi-pagi dia dah cari kau”
balas Melly lagi.
Zarra mengeluh. Dia tahu tak baik
mengeluh awal pagi. Tetapi entah mengapa pagi itu dia bagaikan tak berdaya
sangat. Dengan keretanya yang rosak dan kesudahannya dia lamabat sampai ke
pejabat. Sekarang Encik Hadri pula mahu membawanya pergi meeting.. Argh!! Kusut benar fikirannya. Dia kembali tersenyum,
mengenangkan sikap Ashraf malam tadi. Entah mengapa malam tadi dia sudah
menunjukkan perubahan dalam hubungan mereka yang dingin selama ini. Dia tahu
pasti Ashraf gembira dengan perubahan sikapnya itu.
DATIN Rodiah segera pergi ke
Restoran Mesra sebaik sahaja dia menerima panggilan dari seseorang. Sudah lama
dia tidak berjumpa dengan insan tersebut.
Didalam restoran itu dia menunggu
kedatangan Burhan. Burhan cepat-cepat menuju ke tempat yang telah di janjikan
oleh Datin Rodiah. Dia perlukan sesuatu. Hanya dengan bekas isteri sahaja dia
dapat meminta pertolongan.
Sebaik saja dia sampai di
restoran itu, kelihatan Datin Rodiah sudah sedia menunggu.
“Awak nak apa?” soal Datin Rodiah
kasar. Cermin mata hitamnya di buka dari wajahnya. Bekas suaminya itu tidak
habis-habis mahu menyusahkan dia.
“Rileklah dulu.. Apa kata Diah
pesan minuman untuk abang.. Abang haus ni..” ujar Burhan sambil tersenyum.
Wajah Datin Rodiah di pandang.
“Yelah nak minum apa?” Datin
Rodiah merungut lagi. Sambil itu dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.
“Abang nak air Horlick ais..”
Pelayan itu terus sahaja berlalu
dari situ. Datin Rodiah merenung tajam ke arah lelaki yang duduk di depannya
ini.
“Awak nak apa sebenarnya ni?”
soal Datin Rodiah mengulangi pertanyaan yang sama. Dia sepatutnya tidak
berjumpa dengan lelaki itu di tempat begini. Kalau ada orang nampak apa dia nak
jawab?
“Takkan Diah dah lupa?” soal
Burhan lagi. Namun anak matanya tetap melirik ke arah Datin Rodiah. Wajah
wanita pujaannya suatu ketika dulu di pandang. Masih tidak berubah dengan
kecantikannya. Cuma memandangkan usia pun dah meningkat ada jugalah garis tua
itu timbul.
“Lupa? Lupa apa?” soal datin
Rodiah geram. Tidak tahu apa muslihat lelaki itu kali ini.
“Janji Diah.. Dah lupa?” soal
Burhan lagi. Dia bukannya mahu sangat meminta pada Datin Rodiah. Tetapi dia
terpaksa kerana kesempitan wang. Dia banyak hutang dengan Ah Chong. Kalau dia
tidak bayar pada masa yang di tetapkan, pasti konco-konco lelaki itu akan
memburunya.
“Janji?” Datin Rodiah mengerutkan
dahi untuk mengingati. Kini barulah dia faham dengan maksud Burhan.
“Oh.. Baru aku faham! Aku akan
bagi tapi tak banyak yang dapat aku bagi..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia pasti
Burhan mesti kalah judi dan sekarang dia tidak mempunyai banyak wang lagi.
Sebab itulah dia datang berjumpa dengannya tanpa pengetahuan anak-anaknya.
“Terima kasih. Sebab itu abang
masih sayangkan Diah..” ujar Burhan lagi.
“Awak nak berapa?”
“RM 10,000”
“Sepuluh ribu??”
“Diah nak bagi ke tak ni?” soal
Burhan mengeraskan suaranya. Dia tahu pasti sukar untuk Datin Rodiah mahu
memberikan duit sebanyak itu. Namun dia tiada pilihan.
“Baiklah. Diah akan bagi. Tapi
ingat jangan sampai anak-anak kita tahu. Kalau mereka tahu, Diah tak dapat
selamatkan awak lagi..” Burhan mengangguk faham. Takkan dia sengaja nak
beritahu anak-anaknya pasal duit itu. Nanti dia juga yang akan rugi.
“Nak jumpa kat mana?” soal Burhan
lagi. Dia risau juga kalau anak-anak mereka tahu apa yang dia buat.
“Nanti Diah call..”
“Baiklah.. Abang pergi dulu..”
ujar Burhan lagi. Dia tersenyum gembira. Dia terus melangkah keluar dari restoran
itu. Sambil itu dia memandang juga kiri kanan. Manalah tahu kot-kot dia
terserempak dengan salah seorang anak mereka.
Selepas Burhan keluar dari
Restoran itu, barulah Datin Rodiah pula yang keluar. Sebelum dia keluar dia
sempat juga mempastikan bahawa tiada orang yang melihatnya berjumpa dengan
Burhan.
DATUK Majid menekan intercom. Dia
mahu Ashraf berjumpa dengannya. Namun dia hampa apabila setiausahanya
memberitahu bahawa Ashraf belum masuk ke pejabat lagi. Dia benar-benar rasa
geram. Kenapalah anak lelakinya itu tidak memaklumkan hal tersebut.
“HIshh anak bertuah ni. Sehari
tak menyusahkan aku memang tak sah. Apalah nak jadi dengan kau ni Ash. Tak lama
lagi kau akan berkahwin dan semakin berat tanggung jawab kau selepas ini..”
bebel Datuk Majid lagi. Dia benar-benar risau dengan perangai satu-satunya anak
lelakinya itu.
Dia terus menelefon ke rumah. Dia
mahu orang gajinya melihat di mana Ashraf berada. Namun apa yang di beritahu oleh
orang gajinya, Ashraf masih lagi tidur di biliknya. Datuk Majid mengeluh resah.
Mungkin juga dia penat balik
semalam. Lagi pun beberapa hari dia berada di Langkawi. Mungkin benar anaknya
itu penat atau pun kurang sihat. Tapi kemana pulak isterinya pergi. Awal pagi
dia sudah keluar dari rumah? Sepatutnya isterinya ada di rumah untuk menjenguk
anak mereka Ashraf. Kalau benar Ashraf demam bolehlah bawa ke klinik. Datuk
Majid mengeluh resah. Dia meraup wajahnya.
“HAI Auntie!!” sapa Tasha dengan
senyuman yang meleret di bibir. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Datin
Melissa di tempat itu.
“Hai.. Tasha!” balas Datin
Melissa. Dia membalas senyuman dari tasha. Dia benar-benar gembira berjumpa
dengan Tasha.
“Auntie nak pergi mana ni?” soal
Tasha sambil menyalami tangan Datin Melissa.
“Auntie jalan-jalan. Boring duduk
kat rumah. Tasha?” kini giliran datin Melissa lagi bertanya pada Tasha.
“Samalah Auntie” jawab Tasha
lagi. Kemudian Tasha teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ashraf.
“Auntie, Ash dah balik ke belum?”
“Dah. Dia dah sampai malam tadi.
Tapi agak lewat juga..” jawab Datin Melissa.
“Lewat? Dahlah dia tak datang
masa makan malam. Dia pergi mana Auntie?” soal Tasha lagi.
“Katanya dia pergi jumpa
tunangnya itu.”
“Malam-malam?”
“Itu yang Auntie pelik. Sanggup
dia tak dengar cakap Auntie gara-gara perempuan tu!” cebik Datin Melissa. Dia
memang tidak pernah merestui hubungan Ashraf dengan Zarra. Tapi entah bagaimana
perempuan yang bernama Zarra itu boleh mempengaruhi fikiran anak dan suaminya.
Itu satu hal yang dia tidak faham. Apa yang di pandang sangat dengan perempuan
itu. Dia lebih suka kalau Ashraf memilih Tasha menjadi teman hidupnya. Lagipun
mereka sama taraf.
“Auntie” panggil Tasha lagi.
Datin Melissa terkejut!
“Ada apa?”
“Jauh Auntie termenung..” tegur
Tasha.
“Hemm.. Dah sampai mana tadi?”
soal Datin Melissa. Dia memandang wajah Tasha yang masih berdiri di depannya.
Dalam diam dia memarahi dirinya sendiri. Semuanya gara-gara perempuan yang
bernama Zarra itu.
“Jom kita pergi spa.. Kat sana
nanti boleh kita berborak panjang..” ajak Tasha lagi. Datin Melissa mengangguk.
Setuju dengan cadangan Tasha. Kalau boleh menantu sebegini yang dia mahukan.
Sentiasa saja dapat menemaninya kemana sahaja. Baru saja dia terdetik menyebut
menantu, tiba-tiba matanya ternampak tubuh seseorang. Bukankah itu Zarra tunang
anaknya? Tapi dia dengan siapa. Lelaki pula temannya itu. Takkan dia curang
dengan Ash!
“Auntie” panggil Tasha lagi.
Namun dia melihat mata Datin Melissa masih tertumpu pada seseorang. Tangannya
menggoncang lengan Datin Melissa dengan lembut.
“Auntie..”
“Ha.. iya.. Tasha.. Sorry.. Tasha tanya apa tadi?” soal
Datin Melissa lagi.
Dalam kekalutan itu tiba-tiba dia
di sapa.
“Assalammuailikum..” sapa gadis
itu. Datin Melissa dan Tasha berpaling. Kelihatan seorang gadis dan bersama
temannya itu menegur.
“Waalaikumsallam..” jawab kedua
mereka. Zarra segera menyalami tangan Datin Melissa.
“Ini mama tunang saya Encik
Hadri..” terang Zarra kepada lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sekadar tersenyum
pahit. Dia sebeanrnya terkejut mendengar apa yang katakan oleh Zarra. Tunang? Sejak
bila Zarra bertunang? Kenapa dia tidak tahu hal ini pun? Mungkin di sebabkan
dia sibuk sejak kebelakangan ini membuatkan dia terlepas pandang. Bertuahnya
tunang Zarra dapat gadis sebaik Zarra!
“Saya Hadri.. kawan sekerja
Zarra.” Encik Hadri memperkenalkan diri kepada kedua insan tersebut. Huluran
salam itu tidak di sambut oleh Datin Melissa dan juga Tasha.
Selepas bertegur dengan mama
Ashraf, Zarra dan Encik Hadri terus berlalu.
“Sejak bila you bertunang?” soal
Encik Hadri kepada Zarra. Zarra memandang wajah Encik Hadri.
“Sudah dua bulan. Kenapa?” Zarra
pelik dengan soalan Encik Hadri.
“Kenapa saya tak tahu. Pandai you
simpan rahsiakan?” ejek Encik Hadri lagi. Pada hal dalam hati dia sudah kecewa
kerana gadis yang menjadi pujaan dalam diam sudah emnjadi tunangan orang.
Betapa dia menyalahkan dirinya kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada
gadis tersebut. Kini dia sudah menjadi tunangan orang pun! Patutlah malam tadi
dia melihat Zarra begitu mesra dengan seorang lelaki yang di kenalinya itu. Rupa-rupanya
mereka sudah bertunang.
“I ingatkan Encik Hadri dah
tahu.. Lagi pun majlis kahwin kami pun tak lama lagi. Ingatkan masa majlis
kahwin nanti baru nak bagi kad jemputan..” ujar Zarra berseloroh. Hadri
tersenyum pahit. Agaknya dia sudah terlewat untuk memiliki hati si gadis itu.
Mereka terus sahaja pulang ke
pejabat setelah selesai urusan di luar. Hadri duduk di biliknya. Namun satu
kerja pun dia tak dapat buat. Hatinya betul-betul hancur dan kecewa kerana
dialah orang yang terakhir tahu Zarra sudah bertunang. Pasti Zarra bahagia
dengan tunangnya itu. Ashraf? Kau memang lelaki yang bertuah dapat memiliki
cinta dan hati Zarra.
Dia juga tidak menyangka lelaki
seperti Ashraf itu adalah lelaki pilihan Zarra. Dia rasa ingin meraung sahaja.
Namun dia masih dapat mengawal perasaannya.
best...
ReplyDelete