MALAM ini, Arin akan berjumpa dengan
Amir. Amir yang mengajaknya keluar makan selepas menutup butik. Awal-awal lagi
Amir menunggu Arin di depan butiknya. Dia tidak mahu terlambat berjumpa dengan
Arin. Senyuman tidak lekang pula di bibirnya. Membuatkan Arin malu sendiri.
Entah mengapa dia merasa berdebar setiap kali dia berdepan dengan Amir. Mungkin
ini yang di katakan cinta. Namun masih terlalu awal untuk dia membuat
kesimpulannya. Dia mahu berkenalan dahulu dengan Amir dengan lebih rapat. Kalau
memang mereka berdua ada jodoh, dia tidak akan menolak.
“Sebenarnya, minggu ni, keluarga Arin
ada buat majlis doa selamat. Arin nak jemput Amir datanglah ke majlis tu.
Lagipun disana nanti Amir boleh berkenalan dengan keluarga dan sahabat handai
Arin..”
“Bagus juga kalau begitu. Lagipun malam
Sabtu ni saya tak kerja. Tak tahulah pula kalau ada kes kecemasan…”
“Arin faham. Basalah pegawai polis yang
berkaliber macam Amir ini memang berat tanggung jawabnyakan? Kalau boleh datang
sekejap pun tak apa..” ujar Arin lagi. namun jauh di sudut hati dia berharap
Amir dapat datang pada mahlis itu nanti.
“Janganlah cakap macam tu. Kalau memang
tak ada kes kecemasan, saya akan berada di situ sampai majlis selesai.” Arin
hanya tersenyum. Dia senang bergaul dengan lelaki itu. Entah mengapa hatinya
pula berdebar-debar bila melihat senyuman yang terukir di bibir Amir. Hish..
Jangan nak mengarutlah. Entah-entah dia dah ada special. Manalah dia tahukan! bisiknya dalam hati.
PAGI Sabtu begini memang Isabella
lambat sikit bangun. Lagipun dia tidak bekerja hari ini. Isabella duduk
termenung di luar rumah. Fikirannya makin bercelaru. Sakit hatinya bila
teringat bagaimana Tengku Elman Qaufar menangkan Humaira berbanding dirinya.
Entah apa yang perempuan itu buat sehinggakan Tengku Elman selalu saja
menyebelahinya.
“Hi, termenung lagi anak mummy ni. Fikirkan apa tu?” soal Datin
Melinda. Dari tadi lagi dia mencari Bella. Rupa-rupanya anak gadisnya itu
sedang duduk termenung di luar rumah.
“Tak ada apalah mummy..” ujar Isabella sambil tersenyum.
“Katanya tak ada apa, yang duduk
termenung pagi-pagi tu tak ada apa-apa ke?” cebik Datin Melinda. Kedengaran
Isabella mengeluh.
“Mummy
macam mana ni mummy, kata nak bincang
hal pertunangan kami dengan Tengku Suraya. Tapi sampai sekarang pun mummy tak pergi lagi kerumah mereka
tu..” soal Isabella sebaik sahaja Datin Melinda melabuhkan punggung di kerusi
depannya.
“Sabarlah sayang, mummy dan daddy janji
esok kami pergi kerumah Tengku Suraya bincangkan hal pertunangan kamu tu..”
“Macam mana kalau Tengku Elman tak
setuju?” ada nada kerisauan di hujung suara anak manja itu. Datin Melinda
memandang ke wajah anak gadisnya itu.
“Mummy
yakin, Tengku Suraya tidak akan mungkir janji…” Datin Melinda menyedapkan hati
Isabella.
“Bella juga harap begitu. Dan yang
pasti Tengku Elman akan menjadi tunangan Bella.. dan sampai saat itu nanti,
Bellalah orang pertama yang berasa sangat gembira…”
“Mummy
pun akan berasa begitu sayang. Jangan lupa pesan mummy. Jangan biarkan lubuk emas kita terlepas lagi..”
“Bukan setakat lubuk emas lagi mummy Bella akan dapat hidup dengan
lelaki yang amat Bella cintai! Bella rasa sangat bahagia pada saat itu nanti…”
“Kalau begitu, cuba Bella call Tengku Elman. Ajaklah dia keluar.
Ni tidak asyik nak mengeluh kat sini, memang patut pun Tengku Elman tu dingin
dengan Bella..”
Isabella tersenyum mendengar cadangan
mummynya. Betullah. Dia tidak berusaha untuk mendekatkan diri dengan Tengku
Elman, sebab itu lelaki itu semakin dingin terhadapnya.
Telefon bimbit itu berdering dari tadi.
Pada mulanya Tengku Elman malas mahu mengangkatnya. Namun panggilan kali kedua,
dia menyambutnya.
“Hello..”
“Hello.. sayang..”
“Ada apa call El ni?” soal Tengku Elman dingin.
“I nak ajak you keluar malam ni.. Itu
pun kalau you tak ada rancangan lain...” ujar suara Bella di hujung talian.”
“Sorrylah
Bell, I ada jemputan malam ni.. Lagipun I dah janji dengan kawan I nak
datang..” jawab Tengku Elman lagi. Memang dia tidak dapat menolak jemputan Arin
kerana desakan hatinya sendiri.
“Jemputan? From who? Kenapa I tak tahu pun?” soal Bella tidak puas hati. Kawan
Elman yang mana pula ada majlis. Kenapa Elman tak beritahu dia pun!
“Sorrylah
dia jemput I seorang saja. Lagi pun ni kawan I yang you tak kenal. Sorrylah ya..”
“Ok..okeylah.. Ni yang malas nak ajak
you keluar. Ada saja alasannya..” tanpa sempat memberi salam, talian sudah di
putuskan. Isabella menghempas telefon bimbit di atas meja.
“Kenapa?” soal Datin Melinda. Dia pasti
Tengku Elman menolak ajakan anak gadisnya. Sebab itu anak gadisnya kelihatan
geram!!
“Bell nak ajak dia keluar malam ni..”
“Terus apa jawapannya?”
“Dia cakap ada jemputan majlis malam
ni.”
“Tengku Elman sudah melampau pula kali
ini.. Tak apa! Dia belum kenal siapa mummy..”
ujar Datin Melinda.
“Mummy
nak buat apa?” soal Isabella gelabah.
“Bell dah lupa ke, Mummy nak bincang hal kamu berdua esok dengan Tengku Suraya. Mummy tak boleh biarkan Tengku Elman
buat anak mummy macam ni!!”
“Betul ke mummy..”
“Untuk anak mummy, mummy akan buat apa saja..”
Mereka berdua ketawa. Datin Melinda
pasti Tengku Suraya tidak akan mungkir janjinya. Sudah lima tahun dia bersabar
untuk bermenantukan Tengku Elman. Bukan setakat Isabella sahaja yang akan
merasa kesenangan. Dia juga akan tumpang sekaki.
PETANG Sabtu itu, Humaira datang
awal ke rumah Puan Jamilah. Manalah tahu dia dapat menolong apa yang patut.
Lagi pun hari ini Arin menutup butik mereka sehari. Jadi dia gunakan masa ini
untuk pergi ke rumah Puan Jamilah.
Malam itu ramai tetamu yang di
undang oleh keluarga Encik Lokman dan keluarganya. Mereka terdiri dari pelbagai
pangkat dan darjat. Pada malam itu, Inspektor Amir dan Tengku Elman juga di
jemput hadir dalam majlis itu. Humaira juga tidak ketinggalan. Keluarga Arin
memang rapat juga dengan Humaira. Mereka mengenali Humaira ketika Humaira dan
Arin sama-sama melanjutkan pelajaran di UITM Skudai Johor. Bila keluarga Encik
Lokman mendapat peluang untuk meluaskan perniagaan di Kuala Lumpur, mereka
sama-sama juga berpindah ke Kuala Lumpur.
“Kejap ye.. Ada tamu Arin yang lain datang..
Kamu sembanglah dulu..” Arin meninggalkan Humaira dengan Inspektor Amir. Tidak
lama kemudian Arin membawa Tengku Elman berjumpa dengan tamu yang lain.
“Tengku Elman, kenalkan kenalan saya
Amir!”
“Amir.. Awak pun kenal dengan Arin
ke?” soal Tengku Elman tidak percaya. Namun matanya melirik pada seseorang yang
berdiri di sebelah Arin. Malam ini dia begitu cantik sekali. Penampilannya lain
dari hari yang biasanya. Malam ini gadis itu benar-benar menonjol. Tak rugi
rasanya dia datang ke majlis keluarga Encik Lokman dan Puan Jamilah malam ini,
Namun gadis itu membisu. Hanya matanya sahaja yang menjeling tajam pada
dirinya.
“Kecilnya dunia. Aku memang kenal
dengan Arin. Awak pula macam mana kenal dengan mereka ni?” soal Amir sambil
tersenyum.
“Arin ni kawan baik Humaira. Dan
Humaira ni pulak kerja di syarikat aku..” terang Tengku Elman Qaufar. Amir
hanya mengangguk-angguk. Humaira menarik tangan Arin. Lalu dia berbisik ke
telinganya.
“Buat apa dia datang ke sini?”
“Aku yang jemput dia datang. Lagi
pun tak salah rasanya Arin jemput dia..” ujar Arin sambil tersenyum. Dia tahu
sahabatnya itu tidak suka berjumpa dengan Tengku Elman Qaufar.
“Tapi aku rasa tak senang hati
tengok dia ni!!” geram juga Humaira pada Arin. Kalau dia tahu Tengku Elman akan
datang ke majlis ini, lebih baik dia duduk di rumah saja menemani Mak Teh dan
Zeti. Tak cukup di pejabat, lelaki ini sentiasa ada di mana saja dia berada
kecuali di rumahnya.
“Aku nak baliklah..”
“Kenapa pula? Bukan ke tetamu baru
sampai?” soal Arin tidak senang hati. Nampak sangat Humaira tidak suka dengan
kedatangan Tengku Elman. Salah dia juga yang gatal menjemput Tengku Elman
datang ke majlis ini.
“Aku tak sedap badanlah..” Huamira
memberi alasaan. Dia mahu segera pergi dari majlis ini yang sangat merimaskan.
Menyesal dia kerana tidak terlintas di fikirannya untuk bertanya sama ada Arin
menjemput Tengku Elman datang malam ini.
“Kalau ya pun tunggulah lepas majlis
ini selesai okey. Atau kau nak masuk berehat kat bilik Arin saja” Arin memebri
cadangan. Bukannya dia tidak tahu yang sahabatnya itu sering sakit kepala.
Apatah lagi kalau dia penat.
Humaira mengangguk lemah. Bukan tak
sihat badan tapi hatinya yang membengkak melihat Tengku Elman Qaufar asyik
melirik pandang padanya. Entah apa pula yang lelaki itu fikir kali ini!!
Beberapa hari ini dia berjaya mengelak dari bertemu dengan Tengku Elman. Tetapi
malam ini dia terpaksa berdepan dengan lelaki itu. Sumpah kalau dia tahu lelaki
itu datang ke majlis ini memang dia sanggup bertukar dengan Mak Teh untuk
menjaga Zeti di rumah. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat.
“Kat sini rupanya anak bujang
mama..” ujar Puan Maimon. Amir Naufal menoleh. Kelihatan ibunya Puan Maimon
sedang menuju ke arah mereka dengan di ikuti oleh beberapa orang tetamu.
“Ni anak awak?” soal Puan Jamilah
terkejut.
Puan Maimon mengangguk dan
tersenyum.
“Dan kenalkan ni anak gadis saya
Arin Natasya..” ujar Puan Jamilah lagi. Puan Maimon tersenyum. Cantiklah anak
gadis dia ni!
“Umi!!” ujar Arin membulatkan anak
matanya. Dia tidak menyangka uminya benar-benar mahu memperkenalkan dia pada
kawannya.
“Dan anak saya Inspektor Amir
Naufal..” balas Puan Maimon lagi.
“Ibu. Ibu kenal dengan umi Arin?”
soal Amir.
“Umi pun kenal dengan ibu Amir?”
soal Arin pula.
Kedua-dua wanita itu mengangguk.
Kemudian terdengar mereka berdua ketawa. Senang hatilah tu!!
“Kalau macam tu tak lama lagi kita
berbesanlah!!” kedua wanita separuh umur itu bergelak. Melopong mulut Arin
dengan Amir mendengarnya.
Kedua-dua wajah mereka merah menahan
malu. Siapa sangka mereka adalah anak sahabat orang tua masing-masing.
Terbaek la.. Best sgt..
ReplyDeleteEee, gram la azwan ni asal la dye wt g2 kt
ira..
Ira tu sape sbnarnye? Adakah ira tu istri
tngku elman?
Cpt la smbung, excitd nk tau ni. Hehe
sis... pak teh ngan pak lang tu sama ke??
ReplyDelete