Hari ini Arin menerima
panggilan dari Tengku Suraya. Dia meminta agar bajunya di hantarkan ke
rumahnya. Namun kerjanya yang banyak membuatkan dia terlupa sekejap.
Humaira
sampai di kedai kainnya. Kesian dia melihat Arin tidak menang tangan dengan kerja
dan tempahan dari pelanggan.
Humaira segera mendekati Arin. Arin terpandang
wajah Humaira yang tidak sibuk itu segera dia teringat ada baju pelanggan yang
harus di hantar hari ini. Kata pelanggan tersebut, baju itu akan di pakai untuk
malam ini. Dia nak hantar tapi tidak sempat kerana kerjanya yang banyak itu
sedang menunggu. Pelanggan itu pula tak dapat datang sebab dia kurang sihat.
“Ira..
boleh tolong Arin tak?”
“Ye
ada apa ni.. Takut Ira dengar ni?” sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Sudah
seminggu dia tidak dapat singgah ke kedai itu. Di pejabatnya dia sibuk
menguruskan satu projek besar yang akan di langsungkan tidak lama lagi. Jadi
kadang-kadang dia terpaksa balik lewat.
“Tak..
macam ni, tolong Arin hantarkan baju ke rumah Tengku Suraya. Arin banyak keja
nak buat lagi ni! Lagi pun kau tak keja hari ni kan?” soal Arin sambil melihat
ke arah Humaira.
“Boleh.
Kau bagi alamat nanti aku tolong kau pergi hantar” jawab Humaira.
“Terima
kasih..”
“Sama-sama..”
Arin
segera mencari baju yang nak di hantarkan ke rumah Tengku Suraya. Dia bertuah
sangat sebab dalam keadaan darurat seperti sekarang ada pula sahabatnya datang
ke kedainya. Jadi bolehlah dia minta tolong dari Humaira.
Humaira
memberhentikan kereta di depan pagar rumah mewah itu.
‘Mak
ai besarnya rumah ni. Untung orang yang tinggal di dalamnya.’ Bisiknya
sendirian. Dia berdiri di luar pagar lalu menekan loceng. Tidak lama kemudian
pintu pagar itu di buka. Humaira mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah
besar itu.
Dia mengetuk pintu itu. Tidak lama kemudian
dia melihat orang gaji membuka pintu rumah itu. Kelihatan wajah orang gaji itu
nampak terkejut. Namun sempat dia memberikan senyuman pada Humaira. Humaira di
jemput masuk. Dengan langkah berhati-hati Humaira memegang baju yang di bawa dari
kedainya tadi sambil mengikut belakang pembantu rumah itu.
“Ku
Suraya, orang yang bawa baju Ku Suraya dah sampai” Kedengaran Mak Mah itu
memberitahu kepada majikannya.
“Suruh
dia tunggu di ruang tamu” Tengku Suraya memberi arahan. Pagi tadi dia sakit
kepala. Nasib baik sekarang dia sudah okey sedikit. Sambil itu dia turun ke
bawah menuju ke ruang tamu.
Tengku
Suraya perlahan-lahan mengatur langkah menuju kearah Humaira. Humaira
mengangkat kepalanya. Terkejutnya Tengku Suraya.
“Ariana!!!!!!!!!”
rasa macam tak percaya dengan wajah yang berdiri di depannya ini. Segera dia
mendekati Humaira lalu dia memeluk. Airmata laju menuruni pipinya.
“Ariana..
Mama rindu sangat dengan Ari..” ujar Tengku Suraya tanpa malu-malu.
Humaira
hanya berdiam diri tanpa berkutik. Dia tidak faham dengan situasi itu. Lama
mereka berpelukan. Terasa hangat sebelah bahunya di sirami oleh air mata
perempuan separuh umur itu.
“Puan,
puan kenal dengan saya ke?” soal Humaira.
“Saya
bukan Ariana seperti yang puan kenal!” sambung Humaira lagi. Memanglah nama
penuhnya Ariana Humaira. Tetapi janggal pula kalau ada orang memanggil nama
Ariana bukan Humaira.
Baru
Tengku Suraya tersedar apabila pertanyaan itu keluar dari mulut gadis itu. Tapi
wajah gadis itu mirip arwah menantunya dulu.
“Kamu
bukan Ariana?” dia bertanya kehairanan. Dia mengelap airmata yang masih
berisisa di pipinya.
“Nama
saya memang ada Ariana. Tapi Ariana Humaira. Keluarga saya dan kawan-kawan
panggil saya Ira” jawabnya sambil tersenyum. Dia tidak menyangka yang Tengku
Suraya pun beranggapan dia seperti ‘Ariana’ mereka. Sama seperti Tengku Elman
Qaufar.
“Mama..
Apa yang kecoh sangat tu?” kedengaran satu suara garau dari tangga tersebut.
Alangkah terkejutnya Humaira bila melihat seorang lelaki yang amat di
kenalinya. Walaupun suaranya saja pun dia sudah dapat mengangak. Memang benar
telahannya sebentar tadi.
“Tengku
Elman!!” tanpa sedar dia memanggil nama itu.
“Ira!!”
Tengku Suraya hanya menoleh ke arah anaknya. Dia inginkan kepastian.
“Ini
rumah Tengku ke?” soal Humaira lagi.
“Aaa..
Awak buat apa kat sini?” soal Tengku Elman. Dia segera keluar dari bilik
tidurnya bila dia melihat jam pukul 11.30 pagi. Malam tadi dia pulang lewat
dari berjumpa dengan kawan-kawannya. Hari ini dia menerima undangan dari
Isabella untuk hadir ke majlis hari jadinya.
“El
kenal dia ke?” tanya Ku Suraya. Kelihatan anaknya kenal dengan gadis itu.
“Kenal.
Dia pemilik kedai kain dekat Time square.”
“Dia
pemilik kedai kain dekat Time Square? Maksudnya Butik IRARIN?” Tengku Suraya
mula mengingati nama butik tempat dimana bajunya di tempah. Tengku Elman
mengangguk. Memang Tengku Suraya pergi ke buitk itu, tetapi dia tidak nampak
pun wajah gadis yang di katakan pemilik butik itu.
“Tapi
mama tak nampak dia pun dekat butik tu?”
“Memanglah.
Kalau nak tahu, Ira inilah yang menang peraduan hari tu dan terus mengikat
kontrak kerja dengan syarikat kita ma..” Terang Tengku Elman. Sambil itu dia
melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di ruang tamu itu.
“Tapi
dia mirip wajah Ariana. Dia bukan Ariana ke?” Soal Tengku Suraya yang masih
kebingungan lagi.
“Nama
dia memang Ariana Humaira. Tapi orang panggil dia Ira. Dia memang bukan Ariana
menantu mama tu..” ujar Tengku Elman. Memang susah nak percaya. Sama seperti
dirinya begitu juga dengan mamanya.
“Tapi
mama macam tak percaya. Mama ingat dia Ariana isteri El..” ujar Tengku Suraya
sayu dan sedikit kecewa. Sedih dia bila mengenangnya peristiwa yang meragut
nyawa menantunya.
“Memang
ma.. El pun macam mama juga dulu masa pertama kali jumpa dia. Lagi teruk El
peluk dia di tengah-tengah orang ramai” Tengku Elman Qaufar gelak sendiri bila
mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. Merah muka Humaira bila mengingatkan
peristiwa itu.
“Tapi..”
Humaira
tidak tahu apa perbincangan dua anak beranak itu.
“Mama..
nama penuh dia Ariana Humaira. Di panggil Ira. Lagi pun dia tak kenal pun siapa
kita ni? Sebab tu El ingat dia macam orang lain. Wajahnya memang sama tapi dia
bukan Ariana isteri El.” Bersungguh-sungguh Tengku Elman Qaufar menerangkan
perkara yang sebenarnya. Ini baru mamanya belum lagi bapa mertuanya. Macam mana
reaksinya jika dia berjumpa dengan gadis yang berada di depannya ini.
Tengku
Suraya berjalan mendekati Humaira. Dia tersenyum walaupun dia di timpa perasaan
sedih sebentar tadi.
“Maafkan
auntie ya.. A..”
“Ira.
Panggil Ira saja...” ujar Ira ramah. Dia turut tersentuh dengan sikap wanita
itu sebentar tadi. Nampaknya semua orang yang mengenali Ariana dulu selalu
silap tentang dirinya. Sedangkan dia tidak pernah kenal pun siapa mereka.
Tengku Suraya tersenyum. Dia memang terlalu rindukan Ariana mereka. Apatah lagi
anak lelaki tunggalnya itu. Wajah gadis yang seratus peratus mirip Ariana itu
di tenung lagi. Biarlah rindunya terubat sedikit apabila melihat wajah itu.
“Mama..
Jangan tenung anak dara orang macam tu.. Nanti malulah dia..” tegur Tengku
Elman membuatkan mamanya berpaling ke arahnya.
“Cakap
mama.. Dia pun apa kurangnya..” balas Tengku Suraya. Dia menarik tangan Humaira
supaya duduk di sofa tersebut. Humaira hanya menurut saja.
“Betul
ke Ira tak ingat wajah kami ni?” soalnya lembut.
“Saya
minta maaf auntie, Ira memang tak ingat langsung dengan wajah auntie.” Ira
merenung wajah wanita yang di panggil Tengku Suraya itu.
“Ira
tinggal dengan siapa?”
“Dengan
keluarga Ira. Pak cik Dan Mak cik.”
“Ibu
bapa Ira?”
“Mereka
dah meninggal..” jawab Humaira jujur.
Tengku Suraya mengeluh. Mungkin dia salah orang. Tetapi dia berharap benar
suatu hari nanti tuhan akan menunjukkan kebenarannya.
“Apa
kata tengah hari ini, Ira makan di rumah auntie?”
“Tak
apalah auntie, Ira dah nak balik ni..”
“Please..
Jangan tolak permintaan auntie..” Tengku Suraya benar-benar berharap.
“Ira..
Tak baik tau tolak rezeki.. Mama saya nak awak makan kat rumah. Bukan suruh
memasak pun. Terima sajalah. Lagi pun sekarang dah waktu tengah hari pun” ujar
Tengku Elman. Dia tahu gadis itu pasti akan menolak untuk jemputan makan tengah
hari di rumahnya itu.
“Baiklah..”
jawab Humaira pendek.
“El..
nak call seseorang dulu mama..” Tengku Elman terus berlalu dari situ.
Dia
terus mendail nombor telefon Dato Farid. Selepas berbual sekejap, Tengku Elman
mematikan taliannya.
Tidak
lama kemudian datang pula seorang tetamu keluarga tersebut. Ketika Humaira dan
Tengku Suraya bangun menjemput tetamu tersebut, lelaki separuh umur itu nampak
terkejut. Dan begitulah reaksi setiap orang yang melihat gadis itu.
“Ariana!!!
Anak papa dah balik..” lalu dia memeluk gadis itu. Gadis itu terpinga-pinga.
Lama dia memeluk gadis itu. Pada mulanya gadis itu mahu menolak. Kerana mereka
bukan muhrim. Berdosa berpelukan begitu. Tapi Humaira tidak sampai hati untuk
menolak. Lainlah kalau dengan Tengku Elman tempoh hari. Cuma kudratnya tak
setanding kudrat Tengku Elman untuk melonggarkan pelukan mereka pada masa itu.
Bila
pelukan itu terlerai barulah Humaira menarik nafas panjang.
“Pakcik
minta maaf ya! Bukan apa, Pakcik terlalu rindukan anak perempuan pakcik. Bila
melihat wajah awak, Pakcik tidak dapat mengawal perasaan” ujar Dato Farid bila
dia menyedari kelakuannya sebentar tadi.
“Tak
apalah Pakcik, Ira faham dengan keadaan Pakcik..”
“Pakcik
minta maaf ya..”
“Baiklah
Pakcik..”
“Kamu
kerja kat mana?” soal Dato Farid apabila melihat ada bungkusan baju untuk Ku
Suraya. Ini pasti gadis itu yang membawa bungkusan itu.
“Oh..
saya datang menghantar baju Auntie ni tadi. Kawan minta tolong untuk hantarkan.
Saya kerja sama syarikat dengan Tengku Elman.”
“Sama
tempat kerja dengan Tengku Elman? Kenapa saya tak pernah nampak pun awak
sebelum ini?” Dato Farid kehairanan. Sejak bila pula dia tidak kenal dengan
pekerja baru Tengku Elman.
“Papa
dia baru je masuk kerja. Dalam sebulan macam tu. Sama department dengan
Isabella. Kan hari tu Elman ada buat pertandingan mereka fesyen tu. Jadi Ira
adalah pemenangnya. Kalau papa nak tahu dia ada buka kedai pakaian dengan kawan
dia. Tu tempat mama saya beli baju tu.. IRARIN.”
“Oh
baguslah kalau macam tu. Ada usaha nak berjaya. Dalam bidang perniagaan ni kita
mesti berani!”
Humaira
hanya tersenyum. Entah kenapa hatinya begitu sejuk bila berbual-bual dengan
lelaki yang bergelar Dato itu. Bertuah ‘Ariana’ ni. Nampaknya semua orang
begitu menyayanginya.
“Macam
nilah Pakcik nak jemput Ira datang ke majlis harijadi di rumah Pakcik malam
ini. Sudi tak kiranya Ira datang”
“Saya
tak dapat datang Pakcik. Lagipun saya ada kerja lagi lepas ni. Lain kali
sajalah.”
“Baiklah
kalau begitu. Ingatkan Pakcik boleh kenalkan Ira dengan isteri dan anak
perempuan Pakcik. Kebetulan malam ini dia nak adakan majlis harijadi dia. Sebab
itu jugalah Pakcik kemari nak jemput Tengku Suraya dan Tengku Elman datang ke
rumah.”
“Oh..
minta maaflah Pakcik. Ira tak dapat nak datang. Ada banyak keja lagi kat kedai
kain tu. Hujung minggu begini saja Ira dapat tolong kawan Ira kat kedai tu.
Kesian dia sorang-sorang terpaksa uruskan kedai tu.”
“Ku
Suraya, makan tengah hari dah siap. Jemput makan semua..”
“Baik
Mak Mah. Terima kasih” ujar Ku Suraya.
Mereka semua beredar menuju ke ruang makan.
Segala lauk pauk sudah terhidang di atas meja.
Selepas
makan, Humaira meminta diri hendak pulang. Begitu juga dengan Dato Farid.
Lagipun malam nanti ada majlis keramaian. Tentu sekarang isterinya sedang sibuk
menguruskan majlis itu. Setiap kali melihat wajah Humaira dia sentiasa
terbayangkan anak tunggal perempuannya yang dikatakan meninggal dunia. Dari
cara pandangannya, suaranya, cara dan semuanya mirip anaknya.
Tetapi
apa yang membuatkan mereka percaya bahawa Humaira bukan Ariana mereka kerana
Humaira langsung tidak mengenali wajah mereka. Walaupun Tengku Suraya
menunjukkan beberapa buah album gambar itu namun satu pun dia tidak ingat
langsung.
bilalah dia nak tahu yg humaira tu isteri dia
ReplyDeleteBtul..btul.. xde ke kisah pcintaan yg mgingatkan humaira pd suami dia
Deletecik do
blh x batalkan ptunangan diaorg tu ek.. x suka ngan si bella tue. Hehe
ReplyDeletecik do