Wani
baru pulang kerja. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju ke stesen bas dia
terlanggar bahu seseorang. Lalu dia menoleh. Terkejut dia melihat si empunya
badan. Yusri!!
“Yusri!!”
“Wani!!
Hai.. Ingatkan siapalah yang terlanggar bahu I tadi.. Ni nak ke mana?” soal
Yusri. Memang dia tidak menyangka akan bertemu dengan Wani petang itu.
“Nak
balik kerja. Tunggu bas kat depan tu” ujar Wani sambil menunjuk kearah stesen
bas.
“Oh
ya kawan kamu yang sorang lag itu mana?” soal Yusri lagi.
“Siapa?”
soal Wani.
“La
awak lupa ke siapa kawan baik awak tu? Mira Syafika. Kau ada jumpa dia tak? Dah
lama aku cari dia tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi.”
“Buat
apa kau nak cari dia?” soal Wani. Patut ke tidak dia beritahu Yusri yang Mira
sudah berkahwin. Lagi pun tiada siapa antara kawan-kawan lain tahu yang Mira
sudah berkahwin. Arg.. biar sajalah.
“Rindulah
dengan dia. Lama aku tak dengar berita dari dia. Semenjak habis pengajian tu
langsung tak jumpa dia lagi. Pandai betul dia main sorok dari aku.” Jawab Yusri.
Memang selepas mereka berdua bergaduh besar hari tu, dia sudah tidak bertemu
dengan Mira lagi. Entah bagaimana keadaan gadis itu sekarang. Rindu dia pada
gadis itu.
“Aku
pun lama tak jumpa dia” Jawab Wani pendek. Yusri mengerutkan dahinya. Hairan!!
Sedangkan setahu diamereka tu berkawan baik.
“Awak
memang tak tahu kat mana dia sekarang?” Wani menggeleng kepalanya.
“Aku
pun tak tahu.” Sungguh dia pun tak tahu di mana Mira berada dan bekerja. Kerana
selepas hari pernikahan Mira mereka tidak pernah bertemu lagi atau menghubungi
antara satu sama lain. Kesibukan kerja juga menjadi dia lupa akan sahabatnya
itu.
“Kalau
kau ada jumpa dia kau cakap aku cari dia, atau suruh dia contact nombor aku
ni.”
Sekali
lagi Yusri berasa hampa. Hanya dengan Wanilah satu-satunya harapan terakhir
untuk mencari Mira Syafika. Sebab gadis itu adalah kawan karib kepada Mira
mustahil dia tidak tahu di mana Mira berada. Terasa pencarian dan penantiannya
hanya sia-sia. Gadis yang di puja sejak universiti dulu masih belum di temui.
.....................................................
Selepas
makan malam Mira melabuhkan pinggang di atas sofa yang terletak di ruang tamu.
Tangannya segera menekan remote control yang ada di tangannya. Seharian bekerja
inilah masanya dia berehat. Segala makan minum Iqbal Iskandar di sediakan walau
pun dia sudah bekerja.
Iqbal
Iskandar sengaja melabuhkan pinggangnya di sisi Mira yang asyik menonton
rancangan kegemarannya. Dia teringat permintaan papanya yang mengajaknya pulang
ke rumah papanya.
“Sayang..”
Namun
senyap saja. Mira masih menumpukan perhatiannya pada skrin television.
“Tak
jawab dosa..”
“Ye..
kenapa?”
“Minggu
ni kita kena pergi rumah parent abang..” ujar Iqbal Iskandar sambil memandang
wajah Mira yang berada di sisinya.
“Buat
apa pergi sana?” jawab Mira acuh tak acuh.
“Papa
dan mama nak buat majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi papa jemput kita
datang sekali. Kita tidur kat sana..”
“Kalau
Mira tak pergi boleh ker?” tanya Mira lagi.
“Mana
boleh ini permintaan papa tau! Sejak kita kahwin, Mira belum pernah pergi ke
rumah family abang. Lagi pun dalam majlis tu nanti papa dengan mama nak
memperkenalkan Mira pada semua orang“ agak keras sedikit suara Iqbal. Geram pun
ada.
“Yelah..
yelah.. Mira pergi.. Orang tanya sikit
pun dah nak naik angin..” kini giliran Mira pula yang terasa.
“Sorrylah
abang tak sengaja nak tinggikan suara..” matanya sempat melihat wajah Mira yang
menarik muka masam. Timbul pula nakalnya ingin mengusik Mira.
Baru
saja Mira ingin bangkit dari tempat duduknya, tiba-tiba tangannya di rentap
kasar. Bukan sengaja tapi dia tidak tahan melihat sikap Mira yang sengaja
melarikan diri darinya. Sedangkan dia setiap hari menanggung rindu pada wajah
itu.
“Mira
nak masuk tidurlah..”
“Duduklah
temankan abang. Ada banyak perkara yang abang nak cakap dengan sayang.”
“Esok-esok
sajalah. Mira mengantuk ni” jawab Mira tidak senang hati. Bukan dia tidak tahu
perangai Iqbal memang sukar di jangka. Teringat dia perbualan Dato Ismail
dengan Encik Fuad hari tu.
“Banyaklah
alasan. Abang suruh duduk sini temankan abang. Itu pun susah sangat ker?”
Mira
mengeluh keras. Tanda dia tidak suka dengan sikap Iqbal yang kadang kala
merunsingkan dia. Agaknya lelaki itu jenis yang suka memaksa. Kekadang dia
tidak faham dengan perangai lelaki itu. Kekadang okey kekadang tak okey.
“Yelah..yelah..
Awak nak cakap apa, saya dengar ni” akhirnya Mira mengalah.
Mira
kembali duduk di tempatnya yang tadi. Matanya di tuju ke arah television. Iqbal
mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah itu.
..........................................................................
Habis
waktu pejabat, Mira terus menuju ke stesen menunggu teksi. Dia sudah berjanji
dengan Wani untuk berjumpa di Restoran Melayu. Ketika sampai di sana, kelihatan
Wani sudah pun menunggu.
Mira
terlambat sampai. Maklumlah jalan akan sesak selepas waktu pejabat. Tergesa-gesa
dia mendapatkan Wani kemudian memeluk Wani apabila gadis itu menerpa ke
arahnya. Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Selepas majlis akad nikah
di kampung, mereka berdua sibuk bekerja membuatkan mereka susah bertemu.
“Mira
apa khabar?” Wani bertanya kepada Mira lembut dan dengan penuh kasih sayang.
Wajah Mira sedikit cengkung di tatapnya.
Mira
adalah kawan karibnya dari kecil lagi. Kawan karib yang dia boleh berkongsi segala
suka dan duka, susah dan senangnya. Dia melihat Mira menggeleng. Ada wajah
kesedihan terpamer.
“Apa
sudah jadi ni? Dia tak layan awak dengan baik ke?” soalnya lagi.
Mira
menggeleng kepalanya. Wani memimpin
tangan Mira lalu duduk di salah sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ.
“Dia
layan aku baik.. tapi aku..”
Mira
tidak dapat menahan rasa sebaknya. Wani mengurut bahu Mira lembut dan menyuruh
gadis itu bertenang. Dia faham apa yang di tanggung dan di alami oleh sahabat
karibnya itu sekarang. Bukan mudah untuk menerima hakikat dia terpaksa
berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Terutama seklai lelaki itu
pernah menjadi musuhnya ketika mereka berada di university lagi. Tapi itulah
jodoh tiada siapa yang mampu menolak aturan tuhan yang sudah di tetapkan.
“Sabar
Mira, mengucap banyak-banyak. Bertenang. Kita minum dan makan dululah ya.. hari
ni aku belanja kau. Sebab aku dah dapat gaji” ujarnya sambil gelak. Dia mahu
Mira kembali ceria semula.
“Oh..
patutlah beriya-iya nak ajak Mira keluar makan. Ni sebabnya” ujar Mira dengan
nada gurau. Air matanya di lapkan cepat-cepat.
Wani
melambaikan tangannya pada pelayan yang memandang kearahnya. Dia memesan
makanan untuk mereka berdua.
“Beb!!
Hari tukan aku ada jumpa Yusri. Dia ada tanya pasal kau” ujar Wani.
“Tanya
pasal apa pula?” soal Mira kehairanan. Memang sudah lama dia tidak berjumpa
dengan lelaki itu.
“Dia
tanya dengan aku sama ada aku ada jumpa kau ke tidak? Dia kata dah lama dia
cari kau tapi tak jumpa... dan dia ada bagi kad nama dia.. kalau aku ada jumpa
kau dia suruh aku bagi.” Cepat-cepat Wani keluarkan kad nama Yusri dari beg
tangannya.
“Kenapa
dia masih cari aku?” soal Mira lagi.
“Bukan
kau tak tahu dari dulu lagi dia suka kat kau. Kau tu je buat tak layan dia.
Kekadang aku pun tak faham dengan perangai kau ni. Pada hal dia tu baik,
handsome pulak tu. Ramai gadis suka kat dia. Tapi dia suka kat kau. Kiranya kau
bertuah tau.”’Bertuah’ Ini kali ketiga manusia di sekeliling mengatakan
perkataan bertuah pada dirinya. Entah bertuahlah sangat.
“Sebab
aku tak layak buat dia. Lagi pun sekarang aku dah jadi isteri orang.” Jawab
Mira menahan sebak dalam hatinya. Kalaulah dia seperti gadis lain sudah lama
dia menerima huluran cinta jejaka itu. Tetapi apa yang dia ada untuk di berikan
pada jejaka itu. Maruahnya sudah tergadai. Seandainya lelaki itu tahu kisah
silamnya, mahukah lelaki itu cinta kepadanya?
“Tak
layak? Dari dulu lagi kau selalu cakap
kau tak layak buat dia. Dari segi apa kau tak layak buat dia? Dia bukannya memilih
pasal harta dan darjat. Tapi ini soal hati” soal Wani hairan.
‘Kau
tak akan tahu dan tak faham apa yang ku rasa Wani. Tak apalah ada masa nanti
aku akan cerita dengan kau’
“Woi..
kau dengar tak ni aku cakap dengan kau.. mengelamun pula...”
Perbualan
mereka terhenti apabila pelayan datang membawa nasi goreng kampung.
“Jomlah
kita makan laparlah perut Mira ni.”ujar Mira. Sengaja dia menukar topic.
“Mmmm
Mira, Iqbal macam mana? Dia layan kau baik tak?” soal Wani. Dia memandang tepat
kearah wajah sahabatnya itu.
“Dia
layan aku baik tapi aku.. Entahlah.. Masih takut nak terima semua ni.. Aku
belum bersedia lagi..”
“Belajarlah
mencintai dia. Cinta akan datang apabila kau sudah menyiapkan diri untuk
menerima cinta. Lagipun tak salah kalau kau belajar cintakan suami kau. Manalah
tau nikmatnya nanti” Ujar Wani.
‘Belajar
untuk menyintai Iqbal. Bolehkah dia?’ dia
memandang tepat kearah muka Wani.
“Mira
belum bersedia untuk menerima semua ini. Dan awak tak akan faham dengan apa
yang Mira lalui.. Apa yang Mira rasa..” ujarnya perlahan. Kembali terlayar
peristiwa hitam itu. Walaupun dia sedaya upaya untuk mengusir sejarah hitam itu
namun seringkali sahaja ianya muncul dalam mimpi. Kini setelah dia bergelar
isteri kepada Iqbal, setakat ini dia tidak lagi mengalami mimpi ngeri itu.
Apakah jodohnya memang di takdirkan dengan lelaki yang bernama Iqbal Iskandar.
“Kalau
macam tu kau cakaplah apa yang kau rasa dan lalui itu. Mungkin dengan cara itu
ia dapat melapangkan hati dan perasaan awak tu.”
“Tunggulah
kalau ada masa yang panjang nanti aku akan ceritakan. Tapi bukan sekarang.
Sebab Mira belum bersedia untuk menceritakannya” jawab Mira lagi.
“Kau
ada rahsia tak bagi tau aku ke?” soal Wani sangsi. Mira hanya mengangguk.
“Tak
apalah kalau kau belum bersedia nak bagi tahu. Tapi janji jangan lupa nak cari
aku tau kalau dah rasa bersedia nak luahkannya.” Mira hanya mengngguk.
“Kau
dah kerja ke sekarang? Atau jadi suri rumah sepenuh masa? Maklumlah suami kau
tu orang kaya” usik Wani. Bertuah Mira. Kahwin dengan anak dato. Anak tunggal
lagi.
Mira
mencebik.
“Tak
ada maknanya aku sekolah tinggi-tinggi sekadar nak jadi suri rumah. Tak berbaloi
segala penat lelah aku. Lagi pun aku tak suka nak pakai duit orang macam tu.
Nanti aku terhutang budi pula dengan dia.”
“Hish..
tak baik cakap macam tu tau. Apa pun dia suami kau dan dia berhak bagi nafkah. Jadi
Iqbal bagilah kau kerja..?” soal Wani lagi.
Mira
mengangguk.
“Dia
bagi aku kerja dengan syarat kerja kat opis dia tu.. Leceh betul. Ingatkan
dapatlah aku nak lari dari santapan mata dia tu. Tapi kalau di fikirkan balik
memang susah nak cari kerja kat tempat lain.”
“Kau
kerja kat opis dia? Eh.. kejap.. kejap. Kan ke kau ada pergi interview hari tu,
macam mana?”
“Memang
benar pun ada jawatan kosong kat pejabat dia tu. Memang jawatan itu yang aku
pegang sekarang.”
“Bertuahnya
kau. Tu tanda dia sayang kat kaulah tu. Dia tak nak kau jauh darinya sebab tu
dia tak nak ambik calon lain. Jangan-jangan Iqbal dah jatuh cinta kat engkau.
Mana tahu!” Wani mengusik lagi.
“Hish
mana ada! Melampau betul dia tau tak. Aku memang tak ada pilihan. Kalau aku
kerja kat tempat lain dia tak bagi aku kerja. Apa yang aku boleh buat. Nak
duduk di rumah lagilah bosan. Kerja sajalah kat opis dia tu.”
“Mereka
tau tak awak bini bos mereka?” soal Wani lagi.
“Mereka
belum tau lagi. Malam esok baru nak umumkan kepada tetamu tentang status kami.”
“Malam
esok ada apa?” soal Wani pula.
“Majlis
ulang tahun perkahwinan orang tua Iqbal. Nilah yang Mira nak jemput Wani.
Datang ye malam esok kau carilah teman. Aku seganlah nak berdepan dengan tetamu
tu..”Mira cuba memujuk.
“Eh
aku mana ada kawan lain..”
“Laa
yang satu rumah dengan kau tu?”
“Tengoklah
nanti. Kalau aku rasa nak pergi aku call kau eh..”
“Tapi
kalau boleh pergilah..” Mira cuba memujuk.
“Tak
dapat nak janjilah..”
........................................................
Sejak
tadi dia menunggu Mira. Namun kelibatnya belum juga sampai. Dari tadi lagi dia
cuba menelefon Mira namun hampa. Asyik-asyik voice mail. Entah kemana dia
pergi? Dia risaukan keselamatan Mira. Dia pernah beritahu Mira tentang
peraturan tinggal di rumah itu. Baru sebulan inilah kali pertama Mira pulang
lewat darinya. Dia sanggup tinggalkan kerja yang masih berlambak kerana dia
mengingatkan Mira mahu pulang awal hari ini. Mana dia tahu apabila dia keluar
dari bilik pejabatnya Mira sudah tidak kelihatan lagi. Nak bertanya kepada
pekerja lain mesti mereka akan syak sesuatu. Dia menelefon tapi hanya
kedengaran suara operator wanita saja yang menjawab.
Jam
sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia membaringkan badannya di atas sofa.
Tiba-tiba pula matanya rasa mengantuk. Namun di lawannya juga rasa ngantuknya.
‘Lebih
baik aku keluar cari dia. Manalah tahu dia ada apa-apa hal..’ bisiknya dalam
hati. Baru saja dia melangkah kearah pintu. Bunyi pintu utama membuatkan dia
terkejut. Rasa marahnya masih lagi menyesakkan ruang dadanya.
“Awak
dari mana ni? Dah pukul 9 malam baru ingat nak balik. Bagus tak payah balik.”
soalnya garang. Mira mengangkat mukanya. Terkejut dia bila mendengar suara
Iqbal yang agak kasar itu. Bungkusan nasi goreng itu masih berada di tangannya.
Dia tahu pasti Iqbal lapar sebab selalunya dia akan memasak bila balik dari
pejabat. Namun hari ini dia pergi berjumpa dengan Wani. Dia mahu menelefon
Iqbal untuk memberitahu kemana dia pergi, namun handphonenya terpadam kerana
kehabisan bateri.
“Saya
tanya jawab. Itu pun susah sangat ke awak nak jawab!” Iqbal tiba-tiba naik
angin. Bayangkan dia tengah bersusah hati, tiba-tiba isterinya selamba saja
tanpa mempedulikan perasaannya. Memang sakit hatinya..
“Jumpa
kawan..” jawab Mira perlahan walau pun rasa terkejutnya tadi belum hilang lagi
namun dia tidak mahu cari gaduh masa
sekarang. Mira terus berlalu menuju ke ruang dapur. Iqbal terus
mengikutinya dari belakang. Dia masih belum puas hati dengan jawapan Mira tadi.
“Ni
Mira belikan nasi goreng kampung buat awak.. Mira tak tahu awak suka makan apa?”
seraya itu Mira meletakkan bungkusan nasi goreng itu di atas meja. Dia
mengambil sudu lalu di letakkan di atas bungkusan plastic itu. Kemudian dia
mengambil air kosong. Gelas itu di letakkan di tepi bungkusan plastic itu.
“Kawan
awak tu lelaki ke perempuan?” soal Iqbal tidak puas hati. Hatinya tiba-tiba
rasa cemburu. Memang dia mahu tahu sama ada Mira keluar dengan kawan lelaki ke
perempuan. Lebih baik dia bertanya terus. Tidak kisahlah kalau Mira kata apa
tentang dirinya.
“Kenapa?
Mira keluar dengan Wanilah. Baru hari ini kami ada masa terluang.” Jawab Mira
dengan rasa tidak senang hati. Lelaki ni memang kuat cemburu kot!!
“Tak
adalah. Manalah tahu Mira keluar dengan kawan lelaki. Habis kenapa tak call
abang. Boleh abang pergi hantar. Naik teksi bahaya tau. Zaman sekarang bukan
macam zaman dulu.” Dia menutur lembut suaranya.
“Tak
payahlah. Terima kasih. Lagipun teksikan ada. Memang pun Mira nak bagitahu tapi
bateri handphone Mira dah habis. Nak buat macam mana?”
“Alasan...
Awak tahu tak awak telah menyusahkan saya. Lain kali jangan nak buat perangai
macam tu. Abang tak suka.” Entah kenapa dia boleh bercakap macam tu di depan
Mira.
...........................................................................
Pagi
Sabtu mereka sudah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Dato Ismail. Mereka singgah di sebuah supermall utnuk
membeli hadiah. Selepas mereka membeli hadiah sempena majlis ulang tahun
perkahwinan, Iqbal Iskandar sengaja mengajak Mira ke sebuah butik. Dia mahu
membeli blaus untuk Mira pakaikan malam nanti. Dia tahu Mira tidak punya
pakaian untuk malam nanti. Mira yang tiada mood mengikut sahaja kehendak Iqbal.
Entah kenapa hatinya rasa tidak begitu sedap. Mungkin ada perkara yang berlaku
menjelang malam nanti.
“Hai
Auntie Lisda...”
“Hai..
pengantin baru.. Ada apa datang ke butik Auntie ni?”
“Ni
malam nanti ada majlis dekat rumah family Iqbal. Sebab tu Iqbal nak Auntie
pilih pakaian yang paling cantik dan selesa buat Mira.. Bolehkan Auntie..?”
“TAk
ada masalah.. Serahkan saja pada Auntie.”
“Tak payahlah nak belikan yang mahal-mahal..”
ujar Mira berbisik ke telinga Iqbal.
“Tak
apalah, malam nantikan malam yang bermakna buat kita. Abang nak semua tetamu
yang hadir terpegun dengan kecantikan Mira.” Balas Iqbal dengan senyumannya.
Dia suka kalau hari-hari dia dapat mengusik si isteri. Dan hari ini dia
berpeluang untuk berdua-duaan dengan Mira. Harapnya tiada siapa yang
mengganggu. Kalau tidak tak dapatlah dia bermanja-manja dan bergurau senda
dengan isterinya itu.
“Ni
yang malas ni. Leceh betul tau jadi perhatian ramai. Nak buat apa semua tu?
Semua orang dah taukan Mira ni isteri awak..” balas Mira lagi.
“Abang
tak kira abang nak juga belikan. Malam nanti sayang kena pakai.”
Ketika
Mira berada di dalam bilik persalinan itu datang pula Elly kawan si Rozie. Dari
luar tadi Elly melihat Iqbal sedang menilit gaun malam yang ada dalam butik
tersebut. Jadi dia mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan Iqbal.
“Hi
Iqbal you dengan siapa?” saolnya sambil matanya meliar mencari seseorang.
“Hi
Elly.. I dengan special girl. Kenapa?”
Lalu mata Elly terarah kepada seorang gadis
yang bertudung sedang berdiri di hadapan mama Amirul.
“Itu
ke your special girl? Kampung sangatlah.. Sejak bila pula your taste berubah ke
perempuan bertudung?”
“Really..
tapi bagi I dia yang teristimewa sekali. Kalau nak di bandingkan dengan you
all.”
“You..
sampai hati cakap macam kat kita orang. Ni Rozie tau tak?” ujar Elly mendengus
marah. Sakit hatinya bila dia mendengar Iqbal seperti mengejeknya.
“Dia
akan tahu malam nanti.. Tak payahlah nak kecoh sangat..” ujar Iqbal.
Dari
jauh Mira terlihat Iqbal sedang berbual dengan seorang gadis cantik dan seksi.
Mungkin begitulah citarasa si suaminya yang sebenarnya sebab itu dia bersusah
payah datang ke butik yang standard macam ni. Dasar lelaki pantang nampak
perempuan yang berdahi licin.
“Mira..
semua okey ke?” soal mama Amirul.
“Semuanya
okey auntie. Terima kasih sebab tolong Mira. Kalau Mira memang suka yang simple
saja.. tapi tak taulah citarasa Iqbal pula begini.”
“Mirakan
cantik. Mestilah dia mahu yang terbaik buat Mira. Auntie tak pernah lihat dia
bawa perempuan lain kat butik auntie. Sebab tu hari tu auntie terkejut bila dia
tiba-tiba bawa Mira ke butik auntie hari tu. Jadi tentulah auntie fikir Mira
sangat special buat Iqbal.”
“Ye
ke Auntie. Boleh percaya ke?”
“Kenapa
Mira cakap macam tu pula?” Aunti Lisda pula yang bertanya.
“Tu...
Dia tengah berbual dengan perempuan yang lebih cantik dari Mira..”
“Tapi
kalau auntie tengok, Mira lebih cantik dari perempuan seksi tu.. Ala dia cantik
pun sebab pakai makeup yang mahal dan tebal. Kalau auntie suka dengan wajah
yang solekan ala kadar saja macam Mira.”
“Terima
kasih Auntie..” jawab Mira samba tersenyum.
“Dah
okey ke?” soal Iqbal yang datang secara tiba-tiba di belakang Mira.
“Semuanya
okey. Cantik sangat dia pakai..” balas Auntie Lisda.
“Ruginya
abang tak sempat tengok tadi.”
“Ala
surprisekan.. Malam nanti awak boleh tengok dia pakai puas-puas..” jawab Auntie
Lisda. Dia memang kagum dengan kecantikan Mira Syafika. Alangkah bertuahnya
Iqbal memperisterikan gadis itu. Dahlah cantik, baik dan berbudi bahasa pula
tu.
“Aik..
mana kawan awak tadi. Dah balik ke?” soal Mira. Matanya masih melilau cari
perempuan yang berbual dengan suaminya sebentar tadi.
“Aaa..
Dah balik pun sengaja je dia singgah nak bertegur dengan abang..” jawab Iqbal.
“Oh
yeke.. cantik orangnya..” puji Mira lagi.
“Tapi
cantik lagi isteri abang...” jawab Iqbal dengan cepat.
“HIshh
tak malu betullah dia ni...”
‘Lain
aku cakap lain pula dia balas’
“Yelah..
Mira lebih cantik dari perempuan tadi tukan Iqbal? Dia kawan Iqbal ke?”
“Kenal
gitu-gitu saja. Kawan Rozie.” Jawab Iqbal selamba.
Selepas
keluar dari butik Mama Amirul, mereka terus menuju ke tempat makan. Terasa
laparlah pula. Kemudian mereka pergi menonton wayang. Sepanjang mereka bersama,
Iqbal langsung tidak melepaskan tangan Mira. Ada saja alasannya dia mahu memengang
tangan Mira itu. Sesekali Mira membantah namun dia terpaksa menurut sahaja.
Bukan selalu pun si suaminya berpeluang memengang tangannya itu.
Selepas
menonton wayang, Iqbal membawa Mira pergi ke rumah keluarganya. Sesampai di
sana mereka di sambut oleh Datin Mardiah dan Dato Ismail.
..................................................
Malam
sudah tiba, hati Mira rasa gelisah. Dapatkah dia menyesuaikan diri dalam majlis
itu nanti. Berkali-kali dia membelek blaus yang di beli oleh Iqbal dari butik Auntie
Lisda. Cantik!! Sangat cantik.
Kemudian
dia terus menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Selepas mandi tadi dia
memakai pakaian biasa. Kali ini baru dia nak bersiap-siap untuk majlis malam ini.
Lama
juga dia membelek dirinya di hadapan cermin. Kemudian dia meilit tudung pula.
Selesai
saja dia mempersiapkan diri, kedengaran tombol pintu di buka dari luar. Makin berdegup
kencang rasa jantungnya. Kali ini mesti Iqbal yang ingin masuk kebiliknya.
“Sayang
dah siap ke?”
“Tinggal
sikit lagi..”
Sekali
saja Iqbal mengangkat mukanya, dia terpegun. Terpegun dengan kecantikan
isterinya malam ini. Dia tidak menyangka gurauan Auntie Lisda petang tadi bukan
hanya gurauan.
“Cantiknya
isteri abang.. Ni yang buat abang tak tahan ni..” ujarnya sambil tersengih-sengih.
“Awak
jangan nak macam-macam.. Majlis tu akan bermula sebentar nanti.”
“Kalau
dah siap jom kita turun ke bawah.. Kalau lambat, Abang akan...”
“Awak
akan apa?”
“Nak
cium mulut tu.. banyak pula soalan..”
“Yelah-yelah
dah nak siaplah ni..” sekali lagi Mira membelek wajahnya di hadapan cermin. Dia
sudah berpuas hati. Makeup yang ala kadar saja. Yang penting dia selesa.
“Dahlah
tu dah cantik dah.. Abang pula yang rasa
takut..”
“Kenapa
pula awak nak rasa takut. Sepatutnya Mira yang rasa macam tu sebab nilah kali
pertama Mira berdepan dengan tetamu korporat”
“Takut sayang dilarikan orang nanti.. Cantik
sangat mesti orang suka. Jomlah.. nanti lambat pula..” sengaja tangan Iqbal
menarik tangan Mira.
“Sengajalah
tu nak pegang tangan Mira..”
“Eh
mana ada? Apa kata mereka nanti kalau abang tak pegang tangan Mira? Terutama
sekali di depan para tetamu papa tu..”
“Yelah-yelah..
Malam ni awak boleh pegang tangan Mira ni..” balas Mira mengalah.
“Terima
kasih sayang.. inilah yang abang selalu inginkan..”
Mereka
berdua terus keluar dari bilik menuju ke ruang halaman rumah.
Alololo,comelnyaa!!!
ReplyDelete